Jawapan Rasmi Sskm Ssu(Uk) Kepada Pengguna Facebook Yang Bernama Deddy Mul

2
JAWAPAN RASMI SSKM-SSU(UK) KEPADA PENGGUNA FACEBOOK YANG BERNAMA DEDDY MUL Pihak SSKM-SSU(UK) ingin membuat kenyataan RASMI ringkas berhubung dengan beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Deddy Mul's (nama Facebook). Antara perkara yang dibangkitkannya adalah seperti berikut; Mungking saya akan sokong penuh perjuangan SSKM sekiranya terbukti beberapa perkara. Antaranya; 1. Bila bandar utama di Sabah dikuasai semula oleh parti tempatan diketuai bumiputra. 2. Namakan pemimpin tertinggi didalam SSKM yang mewakili kepelbagaian kaum di Sabah termasuk Bajau, Suluk, Brunei, Bisaya, Kedayan, Sungai dsb. Bukan cuma KDMR. 3. Namakan pemimpin tertinggi didalam SSKM secara seimbang yang mewakili masyarakat Islam, penulisan ilmiah membuktikan penduduk asal di Sabah antaranya masyarakat Bajau, Suluk Muslim. 4. Suara utama yang bercakap soal hak Sabah for Sabahan perlu berada di Sabah (bukan disemenanjung atau di UK), dan apabila orang Sabah (bukan orang malaya atau cina atau india atau pakistan dsb) dan untuk kuasa orang Sabah (bukan orang malaya atau orang british atau australia atau israel atau amerika).

Transcript of Jawapan Rasmi Sskm Ssu(Uk) Kepada Pengguna Facebook Yang Bernama Deddy Mul

Page 1: Jawapan Rasmi Sskm Ssu(Uk) Kepada Pengguna Facebook Yang Bernama Deddy Mul

JAWAPAN RASMI SSKM-SSU(UK) KEPADA PENGGUNA FACEBOOK YANG BERNAMA DEDDY MUL

Pihak SSKM-SSU(UK) ingin membuat

kenyataan RASMI ringkas berhubung

dengan beberapa perkara yang telah

dibangkitkan oleh seorang individu

yang dikenali sebagai Deddy Mul's

(nama Facebook). Antara perkara yang

dibangkitkannya adalah seperti berikut;

Mungking saya akan sokong penuh

perjuangan SSKM sekiranya terbukti

beberapa perkara. Antaranya;

1. Bila bandar utama di Sabah dikuasai semula oleh parti tempatan diketuai

bumiputra.

2. Namakan pemimpin tertinggi didalam SSKM yang mewakili kepelbagaian

kaum di Sabah termasuk Bajau, Suluk, Brunei, Bisaya, Kedayan, Sungai dsb.

Bukan cuma KDMR.

3. Namakan pemimpin tertinggi didalam SSKM secara seimbang yang mewakili

masyarakat Islam, penulisan ilmiah membuktikan penduduk asal di Sabah

antaranya masyarakat Bajau, Suluk Muslim.

4. Suara utama yang bercakap soal hak Sabah for Sabahan perlu berada di Sabah

(bukan disemenanjung atau di UK), dan apabila orang Sabah (bukan orang

malaya atau cina atau india atau pakistan dsb) dan untuk kuasa orang Sabah

(bukan orang malaya atau orang british atau australia atau israel atau amerika).

Page 2: Jawapan Rasmi Sskm Ssu(Uk) Kepada Pengguna Facebook Yang Bernama Deddy Mul

JAWAPANNYA:

1. Hal politik itu diserahkan sepenuhnya kepada parti-parti tempatan yang Pro

Sabahan untuk melakukan tugasnya. Apa yang kami lakukakan adalah memberi

kesedaran secara keseluruhan tentang mengapa sokongan perlu diberikan

kepada parti-parti tempatan yang Pro Sabahan dan bukan parti-parti malaya dan

tempatan yang pro malaya. Kesedaran ini diberikan melalui sejarah politik

yang berlaku di negara Sabah.

2. Maaf. Siapakah pemimpin-pemimpin yang mewakili etnik-etnik Orang Asal

(Natives) dan bukan Orang Asal (Non-Natives) adalah bukan untuk

didedahkan. Ia adalah rahsia. Cukuplah untuk anda tahu bahawa sudah ada

pemimpin-pemimpin untuk etnik-etnik ini (Natives dan Non-Natives).

3. Maaf. Pihak kami tidak boleh mendedahkan nama-nama mereka walaupun ia

seharusnya diketahui. Masanya belum tiba untuk didedahkan. Apa yang

penting, kepimpinan SSKM-SSU(UK) adalah seimbang kerana ia terdiri

daripada pelbagai etnik yang menganuti pelbagai agama di negara Sabah dan

negara Sarawak. Islam, Kristian, Buddha dan golongan Free Thinker.

4. Adakah belum cukup sudahkah suara-suara pemimpin tempatan yang lantang

bersuara di negara Sabah tentang hak-hak yang dilanggari, tidak dihormati dan

sebagainya? Jikalau semua suara itu hanya berada di Sabah, malaya akan

tersenyum lebar kerana itulah yang berlaku selama ini sejak tahun 1970an lagi.

Pihak antarabangsa tidak dapat memahami sepenuhnya keadaan yang berlaku

di negara Sabah sehinggalah perkara ini didedahkan di peringkat antarabangsa.

Kini, dunia sudah memahami bahawa bangsa Negara Sabah khususnya telah

teraniaya dan ditindas oleh kerajaan bn-umno melalui projek IC, pencerobohan,

penculikan yang berlaku kerana hasil perbuatan tangan umno-bn yang terdiri

daripada barua-barua tegar malaya seperti musa aman, yahya hussein, rahman

dahlan, pairin dan seterusnya. Siapakah yang layak bercakap tentang Hak

Sabah? Mereka adalah Bangsa Negara Sabah yang lahir di bumi Negara

Dibawah Bayu tanpa mengira apa jua etnik yang terdiri daripada Natives dan

Non-Natives.

Harap jawapan ini memenuhi persoalan yang telah dikemukan oleh anda.