Jawatan kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) April 2014

4
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN PELAJARAN Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11 dan Pembantu Operasi Gred N11. Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) melalui portal JobsMalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my . Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 April 2014. Urusan pengambilan akan dijalankan berdasarkan maklumat kekosongan jawatan yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan hanya calon yang melepasi asas tapisan akan dipanggil temu duga. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-8871 7300.

description

Jawatan kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bulan April_2014. 1. Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11 2. Jawatan Pembantu Operasi Gred N11.

Transcript of Jawatan kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) April 2014

Page 1: Jawatan kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) April 2014

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN

PELAJARAN

PELUANG KERJAYA

DALAM PERKHIDMATAN PELAJARAN

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11 dan Pembantu Operasi Gred N11.

Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) melalui portal JobsMalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 April 2014.

Urusan pengambilan akan dijalankan berdasarkan maklumat kekosongan jawatan yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan hanya calon yang melepasi asas tapisan akan dipanggil temu duga. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-8871 7300.

Page 2: Jawatan kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) April 2014

Jawatan : Pemandu Kenderaan

Kementerian : Kementerian Pendidikan Malaysia

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Klasifikasi : Perkhidmatan Kemahiran

Jadual Gaji :

Gred Gaji Gaji Minimum (RM) Gaji Maksimum (RM) Kadar Kenaikan Gaji

Tahunan (RM)

H11 837.00 2,619.00 80.00

Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(ii) lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

Lesen D RM 896.15

Lesen E/E1/E2 RM 942.30

Lesen F/H RM 988.45

Lesen G/I RM 1,034.60

(d) kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Taraf Jawatan : Tetap

Ringkasan Tugas :

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.

Skop dan fungsi Bidang Tugas :

Secara amnya, skop dan fungsi Pemandu Kenderaan adalah merangkumi tanggungjawab sebelum memandu pada setiap hari, semasa memandu, selepas tamat perjalanan: dan sekiranya berlaku kemalangan.

Page 3: Jawatan kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) April 2014

Jawatan : Pembantu Operasi

Kementerian : Kementerian Pendidikan Malaysia

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

Jadual Gaji :

Gred Gaji Gaji Minimum (RM) Gaji Maksimum(RM) Kadar Kenaikan

Gaji Tahunan (RM)

N11 802.00

2,663.00

80.00

Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(e) warganegara Malaysia;

(f) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(g) (iv) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N11:RM847.99); atau

(v) PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)].

(Gaji permulaan ialah pada Gred N11:RM894.14).

(h) kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Taraf Jawatan : Tetap

Ringkasan Tugas :

(a) Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.

(b) Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.

(c) Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat.

Skop dan fungsi Bidang Tugas :

Secara amnya, skop dan fungsi Pembantu Operasi adalah merangkumi aspek tugas-tugas operasi am, penyampaian surat/dokumen/saman/notis dan pemanduan kenderaan iaitu :

(a) Melaksanakan tugas penyampaian atau kutipan surat/dokumen/saman/notis dengan sempurna, cekap dan berkesan.

(b) Membantu membuat salinan pendua dan penjilidan dokumen.

(c) Mengangkat, menyusun dan mengemas barang-barang atau peralatan bekalan

Page 4: Jawatan kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) April 2014

daripada stor pejabat.

(d) Mengemas dan menyusun atur bilik mesyuarat sebelum dan selepas mesyuarat serta memastikan peralatan di bilik mesyuarat disenggarakan dengan baik.

(e) Membantu membawa peralatan penggambaran dan memastikan keselamatan peralatan berkenaan.

(f) Memastikan kebersihan dan kekemasan pejabat sepanjang masa.

(g) Melaksanakan tugas pemanduan kenderaan pada bila-bila masa apabila diarahkan oleh ketua jabatan.

www.jomjobs.com