Jawatan Kosong TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja Malaysia
-
Upload
jawatan-kosong -
Category
Career
-
view
1.248 -
download
2
Transcript of Jawatan Kosong TUDM 2016 - Tentera Udara Diraja Malaysia
TERHAD
1
TERHAD
PROSPEK KERJAYA
PERAJURIT MUDA UDARA SIRI 55/16
Peluang keemasan kepada belia negara untuk menjadi salah seorang warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.
KELAYAKAN
Pemohon yang memenuhi kelayakan seperti berikut akan dipertimbangkan untuk perlantikan ke pangkat Perajurit Muda Udara (PjM U) dan mengikuti Latihan Asas Ketenteraan:
1. Syarat Akademik. Pemohon memenuhi salah satu daripada syarat akademik berikut:
a. Skim SPM. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Salah Satu Mata Pelajaran Sains (Sains/Sains Tambahan/Fizik/Kimia/Biologi/Matematik Tambahan); serta Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. [Gaji Permulaan : RM1,137.00]
b. Skim SKM. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan ke atas dalam bidang tertentu; dan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Salah Satu Mata Pelajaran Sains (Sains/ Sains Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik Tambahan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). [Gaji Permulaan : RM1,202.84]
c. Skim Diploma. Diploma dalam Bidang Kejuruteraan* (Rujuk Jadual Senarai Diploma Kejuruteraan) dan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta Lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Salah Satu Mata Pelajaran Sains (Sains /Sains Tambahan /Fizik /Kimia /Biologi /Matematik Tambahan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). [Gaji Permulaan : RM1,899.07] Diploma hendaklah disahkan pengiktirafan setaraf dengan Diploma Kejuruteraan oleh JPA. Keutamaan akan diberikan kepada graduan dari Politeknik dan IPTA.
TERHAD
2
TERHAD
2. Syarat Lain. Warganegara Malaysia memenuhi kesemua syarat berikut:
a. Umur. Hendaklah tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 24 tahun pada 1 Jul 2016 (Tarikh Angkat Sumpah).
b. Tahap Kesihatan. Tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan teruk seperti patah tulang dalam tempoh 2 tahun kebelakang, tidak menghidap penyakit Asma/Lelah atau penyakit kronik yang lain.
c. Tahap Penglihatan. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa menggunakan kaca mata atau kanta lekap/sentuh; dan memiliki pengecaman warna yang sempurna (Tidak Rabun/Buta warna).
d. Tahap Pendengaran. Kebolehan mendengar yang baik tanpa menggunakan alat bantu pendengaran.
e. Fizikal. Memenuhi syarat fizikal seperti berikut:
(1) Berat Badan Minimum. Lelaki – 47.5 kg / Wanita – 40.5 kg.
(2) Ketinggian Minimum. Lelaki – 1.62 m / Wanita – 1.57 m.
(3) Indeks Jisim Badan (BMI). Diantara 18 hingga 25 (Lelaki dan Wanita). Cara pengiraan:
BMI = _____Berat (kg)_____
Tinggi (m) x Tinggi (m) (4) Ukuran Dada Minimum. Lelaki sahaja – 76 cm (keadaan biasa).
f. Taraf Perkahwinan Pemohon Wanita. Hanya terbuka kepada wanita bujang sahaja.
g. Kecergasan Jasmani. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi. Cara menguji:
(1) Larian 2.4 km – Kurang dari 15 minit.
(2) Lari Ulang-Alik 4 x 10m – Kurang dari 11 saat.
(3.) Lompat Jauh Berdiri – Melebihi 221 cm.
(4) Bangkit Tubi – Melebihi 35 kali dalam masa 1 minit.
h. Sukan. Keutamaan akan diberikan kepada atlet yang pernah mewakili negeri atau negara dalam kejohanan yang diiktiraf bagi sukan tertentu.
TERHAD
3
TERHAD
KEISTIMEWAAN
3. Gaji dan Elaun Tetap. Pemohon yang berjaya akan mengangkat sumpah setia dan dilantik ke pangkat Perajurit Muda TUDM. Seterusnya akan mengikuti Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan. Anggota yang berjaya menamatkan Latihan Asas Ketenteraan akan dinaikkan ke pangkat Laskar Udara II dan ditempatkan di dalam perjawatan Tentera Udara Diraja Malaysia mengikut kepakaran dan cawangan yang telah ditetapkan.
PANGKAT GAJI ASAS (RM)
ELAUN KHIDMAT
(RM)
BAYARAN INSENTIF
ATM (RM)
IMBUHAN TETAP
PERUMAHAN (RM)**
ELAUN SARA HIDUP (RM)**
KENAIKAN GAJI
TAHUNAN (RM)
Perajurit Muda TUDM (Semasa Latihan)
1,037.00 115.00 200.00 275.00 125.00 -
Laskar Udara II
Skim SPM 1,137.00
115.00 200.00
Kadar bergantung
kepada kawasan bertugas.
Kadar bergantung
pada kawasan bertugas.
100.00 Skim SKM 1,202.84
Skim Diploma 1,899.07
** Bergantung kepada syarat dan kelayakan. 4. Keistimewaan LLP. Selain daripada menerima gaji dan elaun tetap, anggota TUDM juga akan menerima keistimewaan seperti berikut (tertakluk kepada syarat dan kelayakan):
a. Elaun dan Insentif.
(1) Bayaran Insentif Penerbangan.
(2) Bayaran Insentif Sabah/Sarawak/Semenanjung.
(3) Elaun Perjalanan ke Tempat Bertugas.
(4) Elaun Khas Pasukan Khas Udara.
b. Keistimewaan Lain.
(1) Makan dan tempat tinggal percuma.
(2) Rawatan perubatan dan pergigian percuma (anggota dan keluarga).
(3) Pakaian Seragam percuma.
(4) Waren Perjalanan Tahunan percuma untuk bercuti bersama keluarga.
TERHAD
4
TERHAD
(5) Caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera.
(6) Semua jenis Pinjaman Kerajaan.
(7) Peluang untuk melanjutkan pelajaran melalui Skim Pengajian Tinggi secara percuma.
TATACARA PEMILIHAN
5. Permohonan. Calon yang berminat boleh memohon melalui permohonan secara atas talian di laman sesawang www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA/Account/Login.
6. Pemilihan. Calon yang berjaya terpilih akan menjalani 2 peringkat pemilihan seperti berikut:
a. Pemilihan Awal. Calon yang berkelayakan dan berminat hendaklah menghadiri sesi temuduga terbuka di Pusat Pemilihan yang telah ditetapkan (di pangkalan tertentu mengikut zon) dengan membawa semua dokumen berikut:
(1) MyKad (Dokumen Asal).
(2) Sijil Lahir (Dokumen Asal).
(3) Salinan MyKad Ibu dan Bapa (Yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara).
(4) Sijil Akademik SPM/SKM/Diploma (Dokumen Asal). (Surat Pengesahan Tamat Pengajian perlu sekiranya calon masih belum mendapat sijil asal).
* Aktiviti semasa Pemilihan Awal adalah seperti berikut :
(1) Pemeriksaan Dokumen.
(2) Pemeriksaan Fizikal.
(3) Ujian Personaliti.
(4) Ujian Kecergasan.
b. Pemilihan Akhir. Calon yang lulus dalam Pemilihan Awal akan dipanggil untuk Pemilihan Akhir di Pusat Pemilihan yang telah ditetapkan untuk menjalani ujian seterusnya.
7. Lembaga Pemilihan Akhir Perajurit Muda Udara. Lembaga yang dipengerusikan oleh Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Bahagian Sumber Manusia, Markas Tentera Udara ini akan memilih calon terbaik dikalangan calon-calon yang berjaya dalam 2 peringkat pemilihan tersebut untuk ditawarkan menyertai TUDM sebagai Perajurit Muda Udara.
TERHAD
5
TERHAD
8. Latihan Asas Ketenteraan. Calon yang terpilih akan melapor diri di Institut Latihan Tentera Udara (ITU), Ipoh untuk menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan. Perajurit Muda Udara yang berjaya menamatkan Latihan Asas Ketenteraan akan dinaikkan ke Pangkat Laskar Udara II dan akan memulakan kerjaya mereka sebagai seorang anggota LLP di dalam TUDM.
9. Alamat Perhubungan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi alamat berikut:
MARKAS TENTERA UDARA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
SEL KERJAYA DAN PENGAMBILAN TINGKAT 7, BANGUNAN TH SELBORN 153, JALAN TUN RAZAK 50400 KUALA LUMPUR Tel : 03-2681 2412/13
TERHAD
6
TERHAD
SENARAI KURSUS DIPLOMA KEJURUTERAAN PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA UDARA
SIRI KELULUSAN DIPLOMA
1. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik)
2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal 3. Diploma Kejuruteraan Aeroangkasa 4. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik) 5. Diploma Kejuruteraan Elektro-Mekanikal 6. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
7. Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
8. Diploma Kejuruteraan Elektrik Serta Teknologi 9. Diploma Kejuruteraan Elektrik
10. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Kuasa & Kawalan) 11. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) 12. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) 13. Diploma Kejuruteraan Automotif
14. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
15. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
x Diploma di iktiraf setaraf dengan Diploma Kejuruteraan oleh JPA. x Keutamaan kepada graduan dari Politeknik dan IPTA.
TERHAD
7
TERHAD
SENARAI KEPAKARAN DAN KURSUS DIPLOMA KEJURUTERAAN PENGAMBILAN JURUTEKNIK TUDM
SIRI KELULUSAN DIPLOMA KEPAKARAN TRED
1. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik)
AIRFRAME AEROMECH 2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
3. Diploma Kejuruteraan Aeroangkasa
4. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik) SENJATA/ ELEKTRIK
AEROMECH/ AVIONIK 5. Diploma Kejuruteraan Elektro-Mekanikal
6. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) INSTRUMEN
AVIONIC
7. Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
8. Diploma Kejuruteraan Elektrik Serta Teknologi
ELEKTRIK 9. Diploma Kejuruteraan Elektrik
10. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Kuasa & Kawalan)
11. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
12. Diploma Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan) GROUND ELECTRONIC
13. Diploma Kejuruteraan Automotif ASE ASE
14. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) 15. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) IT IT
TERHAD
8
TERHAD
SENARAI KEPAKARAN LAIN-LAIN PANGKAT (LLP) TUDM
SIRI KETUKANGAN KEPERLUAN LELAKI WANITA
PENERBANGAN 1. KUARTER MASTER UDARA 9 8 2. PRAMUGARI 8 9
KEJURUTERAAN (TUGAS KHUSUS)
1. AEROMECH 9 9 2. AVIONIK 9 9 3. ASE 9 8 4. IT 9 9
SISTEM DARAT
1. PKTU 9 9 2. JPU 9 9 3. BOMBA 9 8
MATERIEL
1. LOGISTIK 9 9 2. PEMANDU 9 8
URUSETIA
1. PEMBANTU TADBIR 9 9 2. JASMANI 9 8 3. PEMBANTU SAJIAN 9 9 4. PANCARAGAM 9 9 5. PEMBANTU TAHAN 9 9
PETUNJUK :
9 - Ada 8 - Tiada
jomjobs.com http://www.jomjobs.com/2016/01/jawatan-kosong-tudm-2016-pemilihan.html
Jawatan Kosong TUDM 2016 - Pemilihan Perajurit Muda Udara
Siri 55/16
Iklan Jawatan Kosong TUDM 2016. Pemilihan Perajurit Muda Udara Siri 55/16 (LELAKI) awal tahun 2016 ini.
Warganegara Malaysia yang berkelayakan diminta untuk memohon kekosongan jawatan Tentera Udara Diraja
Malaysia TUDM tahun 2016 ini.
IKLAN TERKINI Pemilihan Perajurit Muda Udara TUDM Siri 55/16 (LELAKI)
KELAYAKAN AKADEMIK
1. SKlM SPM. Sijil Pelajaran Malaysia (5PM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan
mendapat Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik clan Salah Satu Matapelajaran Sains (Sains /
Sains Tambahan / Fizik KTmia/ Bioogi Matematik Tambahan) serta Lulus dalam mataperagaran Bahasa lnggeris.
2. SKlM SKM. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang tertentu dan mendapat Kepujian dalam
matapelajaran Bahasa Melayu serta lulus matapelajaran Bahasa lngeris, Matemati dah‘ Salah Satu Mata Pelajaran
Sains (Sains / Sains Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Matematik Tambahan) di peringkat Pelajaran Malaysia
(SPM).
3. SKIM TUGAS KHUSUS. Diploma dalam Bidang Kejuruteraan (Rujuk ladual Senorai Diploma Kejuruteraan) dan
mendapat Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu serta Lulus matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan
Salah Satu Matapelajaran Sains (Sains / SainsTambahan / Fizik/ Kimia / Biologi/ Matematik Tambahan) di peringkat
Siiil Pelajaran Malaysia (5PM). Diploma hendaklah disahkan pengiktirafan setaraf dengan Diploma Kejuruteraan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Cara Permohonan
Permohonan secara atas talian di laman sesawang:
www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA/Account/Login
Tarikh tutup permohonan : 10 Januari 2016
Berminat memohon? Iklan rasmi jawatan kosong Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2016, syarat kelayakan
lain, sila layari portal AirForce MIL disini.
jomjobs.com http://www.jomjobs.com/2016/01/jawatan-kosong-pramugari-tudm-2016.html
Jawatan Kosong Pramugari TUDM 2016 - Pengambilan Khas
Iklan Jawatan Kosong Pramugari TUDM 2016. Pengambilan Khas Pramugari TUDM Perajurit Muda Udara Siri
55/16. Warganegara Malaysia yang berkelayakan diminta untuk memohon kekosongan jawatan TUDM tahun 2016
ini.
PENGAMBILAN KHAS PRAMUGARI TUDM
PERAJURIT MUDA UDARA SIRI 55/16
SYARAT AKADEMIK:
- SPM : Kepujian dalam Bahasa Malaysia, Matematik dan Subjek Sains serta Lulus Bahasa lnggeris.
SYARAT LAIN:
- Umur : Diantara 18 hingga 20 tahun pada 1 Julai 2016
- Tinggi Minimum : 162cm dan BMI: 18 - 23
- Bujang
- Aktif , Lasak dan berpersonaliti menarik.
- Sihat tubuh badan, penglihatan baik tanpa memerlukan alat bantuan dan tidak rabun warna.
CARA PERMOHONAN:
Hantar resume beserta gambar terkini berukuran (1) Passport. (2) 4R Pandangan Penuh Sisi dan
Hadapan (Latarbelakang warna biru).
Tarikh Tutup Permohonan : 10 Januari 2016
MARKAS TENTERA UDARA, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, SEL
KERJAYA DAN PENGAMBILAN, TINGKAT 7 MENARA TH SELBORN,
153 JALAN TUN RAZAK, 50400 KUALA LUMPUR
Berminat memohon? Iklan rasmi jawatan kosong Pramugari TUDM 2016, syarat kelayakan lain, sila layari portal
AirForce MIL disini.
jomjobs.com http://www.jomjobs.com/2016/01/iklan-rasmi-jawatan-kosong-juruteknik.html
Iklan Rasmi Jawatan Kosong Juruteknik TUDM 2016
Iklan Jawatan Kosong Juruteknik TUDM 2016. Pengambilan Juruteknik TUDM Perajurit Muda Udara Siri 55/16.
Warganegara Malaysia yang berkelayakan diminta untuk memohon kekosongan jawatan TUDM tahun 2016 ini.
PENGAMBILAN JURUTEKNIK TUDM - PERAJURIT MUDA UDARA SIRI 55/16
SYARAT AKADEMIK:
- Memiliki Diploma KEJURUTERAAN - Mekanikal, Elektrikal, Aeronautik, Aeroangkasa, Mekatronik,
Elektronik dan Automotif. (Senarai penuh kursus boleh dirujuk di www.airforce.mil.my (Prospek
Kerjaya Perajurit Muda Udara Siri 55/16).
- Diploma hendaklah diiktiraf setaraf dengan Diploma Kejuruteraan oleh JPA.
- Keutamaan adalah untuk graduan lepasan lPTA dan Politeknik.
SYARAT LAIN:
- Warganegara Malaysia yang berumur diantara 18 hingga 24 tahun pada tarikh 1 Julai 2016.
- Tahap kesihatan yang baik, penglihatan yang baik tanpa alat bantuan dan boleh mengecam warna
dengan sempurna.
- Tinggi Minimum : 162cm, Berat Minimum :47.5kg, BMI : 18- 25 dan Ukuran Dada Minimum
76cm.
CARA PERMOHONAN:
Pemohon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian di laman sesawang
www.math.mil.my/JOMMASUKTENTERA/Account/Login
Tarikh Tutup Permohonan : 10 Januari 2016
MARKAS TENTERA UDARA, BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, SEL
KERJAYA DAN PENGAMBILAN, TINGKAT 7 MENARA TH SELBORN,
153 JALAN TUN RAZAK, 50400 KUALA LUMPUR
Berminat memohon? Iklan rasmi jawatan kosong Juruteknik TUDM 2016, syarat kelayakan lain, sila layari portal
AirForce MIL disini.