jawi 2

21
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran : Pendidikan Islam Tahun : Tiga Bilangan Murid : 16 orang Masa : 8.30 pagi-9.00 pagi Tajuk : Mengenal, membaca dan menulis perkataan berimbuhan Awalan Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran murid dapat : Aras 1: 1. Mengenal dan menyebut perkataan berimbuhan awalan ber dan ter. Aras 2: 1. mengenal, mengeja dan membaca dan menulis perkataan berimbuhan awalan ber dan ter 2. mengelaskan perkataan imbuhan awalan ber dan ter Aras 3 : 1. menyusun ayat berimbuhan awalan ber dan ter dengan betul dan tepat Fokus : Pemikiran ; murid dapat mengetahui perkataan berimbuhan Amalan: Murid dapat membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan ayat pendek. Kaedah : latih tubi, penerangan , bersoal jawab, perbincangan 2

description

n

Transcript of jawi 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANMata Pelajaran:Pendidikan Islam

Tahun:Tiga

Bilangan Murid:16 orang

Masa:8.30 pagi-9.00 pagi

Tajuk:Mengenal, membaca dan menulis perkataan berimbuhan

Awalan

Hasil Pembelajaran:Di akhir pembelajaran murid dapat :

Aras 1:

1. Mengenal dan menyebut perkataan berimbuhan awalan ber

dan ter.

Aras 2:

1. mengenal, mengeja dan membaca dan menulis perkataan

berimbuhan awalan ber dan ter

2. mengelaskan perkataan imbuhan awalan ber dan ter

Aras 3 :

1. menyusun ayat berimbuhan awalan ber dan ter dengan betul

dan tepat

Fokus:Pemikiran ; murid dapat mengetahui perkataan berimbuhan

Amalan: Murid dapat membaca dan menulis perkataan

berimbuhan dan ayat pendek.

Kaedah:latih tubi, penerangan , bersoal jawab, perbincangan

2

Pengetahuan Sedia Ada:1.Murid telah mengenali kata dasar

2.Murid dapat membaca perkataan jawi

Bahan Sumber:1. Kad perkataan

2.slaid power point

3. komputer riba

4. lembaran kerja

Gabung Jalin:1.Bahasa Melayu

2.Kemahiran berfikir

Nilai-nilai Murni:1.Kerjasama

2.Menghormati guru

3. rajin

4. berani

5.Rendah diri

Langkah /IsiAktiviti Pengajaran PembelajaranCatatan

MasaPelajaran

Aktiviti GuruAktiviti Murid

PendahuluanDoa1. Guru meminta murid1. Semua muridNilai:

belajarmenadah tangan untukmenadah tangan dan-Rendah diri

belajar.berdoa beramai-

ramai.

Set induksiTayangan1. Guru menyoal 2 orang1. Murid menjawabNilai:

( 4 minit )Slaidmurid untuk mengetahuisola guru dengan-Berani

powerkefahaman mereka bagitepat.-Bekerjasama

pointpelajaran yang lalu2. Murid melihat

Gambar2.Guru meminta muridgambar yang

datukmelihat gambar yangdipaparkan menerusiBBM:

sedangdipaparkan melaluitayangan slaid powerTayangan

berjalantayangan slaid power pointpointslaid power

point

2. Guru menyoal murid3. Murid menjawabKomputer

perlakuan yang dilhat olehsoalan guru .

riba

mereka berdasarkanJawapan:

LCD

dan murid

lelaki

gambar yang dilihat.1. berjalan

sedangProjektor

Cth:2. bersukan

1. Apa yang sedang datuk3. bersenam

ini lakukan?

3. Guru mengaitkan

jawapan murid dengan tajuk

pelajaran.

Langkah 1Imbuhan1. Guru menerangkan1. Murid mendengarNilai:

PeneranganAwalanpengertian imbuhan awalanpenerangan guruMenghormati

imbuhankepada murid.mengenai pengertianguru dan

awalan2. Guru juga menerangkanimbuhan awalan danrakan

(5minit)bahagian-bahagianbahagian-bahagian

imbuhan awalan ber dan terimbuhan awalan :BBM:

3. Guru meminta beberapai) ber- Tayangan

orang murid menyebutii) terslaid power

contoh perkataan imbuhan2. Murid memberi

point

imbuahan awalan ber dancontoh perkataan

ter.imbuhan awalan berKomputer

dan terriba

LCD

Projektor

Langkah 21. Guru meminta murid1. Murid membacaNilai:

PerkataanMengelaskmembaca kad perkataankad perkataan yang-Bekerjasama

Imbuhananyang ditunjukkan oleh guru.dilihat.-berani

awalan Berimbuhan2. Guru meminta murid2. Murid mendengar

dan Terawalan bermengelaskan kadarahan guru.BBM:

(6 Minit)dan terperkataan berimbuhan3. beberapa orang-Kad

awalan ber dan ter danmurid datang keperkataan

dilekatkan di papan tulis.hadapan kelasimbuhan

3. Setelah mengelaskanmengelaskan kadawalan ber

Guru meminta muridperkataan imbuhandan ter

membaca kad-kaddan membacanyaKemahiran

perkataan tersebut secaradan melekatkan kadBerfikir:

kelas dan individu.tersebut di papanPengkelasan

tulis.Imbuhan

3. Semua muridawalan Ber

membaca kaddan ter

perkataan yangGabung jalin:

dilihat.Bahasa

4. beberapa orangMalaysia

murid membaca kad

perkataan imbuhan

awalan ber dan ter

secara individu.

Langkah 3Perbinca-1. Guru mengedarkan1. Murid berada diNilai:

Menyusun kadngansampul surat yang berisidalam kumpulan dan-Bersungguh-

perkataansecara ber-kad perkataan imbuhanmembuka sampulsungguh

menjadi ayatkumpulanawalan kepada 4 kumpulan.surat yang berisi kad-Bekerjasama

yang lengkapApabila kad tersebut telahperkataan imbuhan

(5minit)menjadi ayat yang lengkapawalan ber dan ter.

dan tepat, kumpulan2. Setiap kumpulanBBM:

tersebut dikira pemenang.menyusun kad-kadSampul

2. Guru meminta semuaperkataan imbuhanSurat

kumpulan membuka sampulawalan ber atau terKad

yang diberi.menjadi ayat yangPerkataan

3. Setiap kumpulanlengkap.

dikehendaki menyusun kad-3.Setiap kumpulan

kad perkataan tersebutmembaca kad kad

menjadi ayat yang lengkap.perkataan yang telah

4.Setelah kad disusunsusun menjadi ayat

menjadi ayat yang lengkapyang lengkap.

kumpulan itu mestilah4. Murid menyebut

membaca ayat tersebutperkataan imbuhan

5bersama-sama dalamawalan yang

kumpulan.terdapat dalam ayat

5. Guru meminta ketuayang telah disusun.

kumpulan menyebut

perkataan imbuhan awalan

yang terdapat dalam ayat

tersebut.

Langkah 4Penilaian1. Guru meminta murid dari1. Murid dari setiapNilai:

( 5 minit )-Soalanempat kumpulan tadikumpulan menyusun-Yakin pada

lisanmenyusun ayat yang telahayat yangdiri sendiri

disusun dalam kumpulanmengandungiBBM:

untuk dilekatkan di papanimbuhan awalan diKad

tulis.papan tulis.Perkataan

2. guru meminta semua2. semua murid

murid membaca ayat yangmembaca ayat yang

dilihat secara kelas dandilihat secara kelas

juga individu.dan individu.

3. guru mengedarkan3. murid melakukan

lembaran kerja kepadalatihan yang

setiap murid.diedarkan

Penutup1.Rumusan1. Guru memastikan semua1. Murid memberiNilai:

( 5 minit )murid mengenal perkataantumpuan terhadap-Berkasih

imbuhan awalan ber dan terrumusan guru.sayang

dengan merumuskan fungsi-Hormat

imbuhan ber dan ter-Beradab

sopan

Refleksi Pembelajaran bagi sesi Makropengajaran6PengenalanPengajaran makro merupakan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan juga penutup. Biasanya pengajaran makro dipraktikkan dalam bilik darjah sepenuhnya. Sebelum melakukan pengjaran makro guru perlulah merancang dan menyediakan persediaan mengjaar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap akan menghasilkan pengajaran yang berkesan.Prinsip pengajaran makroAntara prinsip pengjaran makro ialah: Objektif pengajaran dan pembelajaran. Jumlah pelajar. Strategi pengajaran. Jangkamasa pengajaran Bahan pengajran Perbincangan dan refleksi Refleksi makro pengajaran bagi tajuk pelajaran jawi : Imbuhan Awalan Ber dan TerBagi makro pengajaran yang telah dirakamkan saya telah memilih dan melaksanakan pengajaran mata pelajaran pendidikan islam dalam bidang pelajaran jawi bagi murid tahun 3. Jumlah keseluruhan murid di dalam kelas adalah 20 orang murid yang terdiri daripada 4 orang Siam dan 16 orang murid Melayu.Tajuk makro pengjaran saya ialah imbuhan awalan. Saya telah memilih imbuhan awalan ber dan ter sebagai unit pengajaran untuk imbuhan awalan.Di dalam kelas tahun 3 terdapat tiga kategori murid iaitu murid lemah, murid sederhana dan murid pandai. Hasil pembelajarab yang telh ditetapkan adalah :Aras 1:mengenal dan menyebut perkataan berimbuhan awalan ber dan ter.

Aras 2:i) mengenal, mengeja, membaca dan menulis perkataan berimbuhan

7

awalan ber dan terii) mengelaskan berimbuhan awalan ber dan terAras 3:membaca dan menyusun ayat berimbuhan awalan ber dan ter denganbetul dan tepat.Saya memberi fokus kepada dua aspek dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu dari sudut pemikiran dan amalan. Dari sudut pemikiran murid akan dapat memperolehi dan mengetahui fungsi-fungsi perkataan berimbuhan awalan. Manakala dari sudut amalan pula murid dapat membina, membaca dan menulis perkataan imbuhan awalan dengan betul serta dapat membina ayat pendek dengan menggunakan perkataan berimbuhan ini. Saya juga menyerapkan mata pelajaran lain dalam pelajaran jawi iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu. Seperti yang diketahui umum, pelajaran Jawi dan Bahasa Melayu mempunyai perkaitan dan hubungan terutamanya dari sudut fonologi dan morfologi. Di dalam Bahasa Melayu juga semua murid didedahkan dengan tajuk pelajaran imbuhan awalan ber dan ter. Oleh itu pengetahuan sedia ada murid banyak membantu saya dalam mengajar tajuk pelajaran imbuhan awalan ber dan ter ini.Kekuatan dalam Makro PengajaranSemasa menjalankan makro pengajaran saya telah mengesan beberapa kekuatan dalam pengajaran saya bagi tajuk imbuhan awalan ber dan ter ini. Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran saya telah merancang rancangan pengajaran harian, strategi, kaedah dan teknik yang akan diaplikasikan dalam pengajaran saya ini. Antara pendekatan yang saya gunakan ialah mencuba kaedah baru iaitu persembahan slaid power point yang menggunakan penceritaan Tom and Jerry bagi menarik perhatian murid dalam pengajaran untuk tajuk ini. Kaedah ini telah dikongsikan oleh rakan-rakan saya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Ternyata kaedah dan teknik ini menampakkan hasil apabila saya menggunakan dalam pengajaran saya. Ini kerana sepanjang penggunaan tayangan slaid ini murid memberi penumpuan sepenuhnya terhadap persembahan slaid ini. Mereka sangat memberi kerjasama di dalam aktiviti yang dijalankan terutamanya dalam set induksi.Di dalam set induksi, saya memaparkan dua gambar slaid power point yang menunjukkan perlakuan yang boleh dikaitkan dengan imbuhan awalan. Paparan gambar ini8telah dapat menggerakkan murid untuk berfikir dan merangsang naluri ingin tahu ketika soal jawab dilakukan oleh guru. Ini dapat dilihat apabila reaksi mereka menjawab soalan ketika soal jawab dilakukan. Semua murid teruja untuk memberi jawapan dan suasana yang ceria dan seronok dapat diwujudkan yang akan memberi peneguhan positif kepada murid yang lemah turut serta untuk memberi jawapan walaupun jawapan yang diberikan adalah tidak tepat. Dengan penggunaan slaid power point ini juga telah membantu murid untuk memahami dengan lebih jelas terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh saya.Selain itu, kelantangan suara guru juga memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar dengan lebih jelas dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran yang disampaikan. Walaubagaimanapun, sekiranya guru selalu menggunakan suara yang tinggi dan kuat juga akan menimbulkan rasa kebimbangan dan ketakutan kepada murid. Oleh itu, saya sentiasa mengubah intonasi suara dan kelajuan sebutan perkataan supaya dapat mengekalkan minat murid terhadap tajuk pelajaran. Dengan menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami ketika mengajar dapat membantu saya menyampaikan arahan dengan jelas seterusnya murid dapat melakukan tugasan atau aktiviti pembelajaran seperti mana yang dikehendaki oleh guru.Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya sentiasa meningkatkan motivasi murid dengan memberi peneguhan positif seperti pujian, tepukkan dan galakkan apabila mereka berjaya menjawab sesuatu soalan dengan betul. Sebagai contoh, saya mengungkapkan ucapan bagus apabila murid menjawab soalan dengan tepat. Selain itu tepukan secara kelas juga digunakan sebagai rangsangan kepada murid untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Selain peneguhan lisan dan peneguhan gerak geri , saya juga menggunakan peneguhan dampingan dan sentuhan kepada murid apabila melakukan aktiviti mahupun ketika menjawab soalan. Peneguhan sentuhan dan dampingan amat penting buat murid yang kurang berkeyakinan untuk menjawab soalan dan juga menglibatkan secara aktif dalam gerak kerja berkumpulan. Apabila guru berada berdekatan atau berdiri disebelahnya ketika menjawab soalan yang diajukan akan memberi rangsangan dan keyakinan kepada murid tersebut untuk menjawab soalan. Lebih-lebih lagi apabila murid berada di hadapan kelas untuk melakukan aktiviti.Di sepanjang pengajaran dan pembelajaran, saya banyak menggunakan kemahiran penyoalan yang begitu kompleks berbanding kemahiran yang lain. Ini kerana kemahiran9penyoalan merupakan teknik yang penting dalam pengajaran guru. Kemahiran ini digunakan bagi membantu murid mengingatkan kembali ilmu pengetahuan yang lepas. Oleh itu guru perlu menguasai kemahiran ini untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti pengajarannya. Dalam teknik mengemukan soalan saya kepada murid, saya mengemukan soalan yang mudah, sederhana susah dan susah kepada murid supaya murid faham, berfikir dan memberi jawapan kepada soalan yang diajukan. Namun demikian, sekiranya murid tidak memberi respons saya akan memanggil nama murid tersebut untuk memberi jawapan. Kebanyakkan soalan yang diajukan adalah secara kelas dan individu. Saya juga mengemukakan soalan berdasarkan aras kebolehan, pengalaman murid, dan juga menggunakan bahasa , perkataan dan istilah mudah yang dapat dipelajarim oleh murid. Setelah memberi jawapan saya memberi peneguhan positif sebagai galakkan murid lain terlibat secara aktif dalam memberi jawapan dan kerjasama dengan guru dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Kelemahan dalam Makro PengajaranWalaupun terdapat kekuatan dalam makro pengajaran ini, tidak dapat dinafikan terdapat beberapa kelemahan yang telah berlaku di sepanjang makro pengajaran ini. Kelemahan yang paling ketara yang telah berlaku ialah saya terlupa memberi penilaian formatif iaitu lembaran kerja di akhir pembelajaran.Saya hanya menyerapkan ujian lisan dalam pengajaran saya bagi menguji tahap pencapaian murid. Penilaian formatif adalah aspek penting untuk menguji tahap penguasaan murid terhadap pengajaran guru. Selain itu penilaian formatif dapat meningkatkan, memperbaiki kualiti dan meramlkan pencapaian murid. Menjadi satu kepuasan kepada guru apabila guru itu dapat meningkatkan pencapaian dari semasa ke semasa. Bahkan dengan mengetahui pencapaian murid guru dapat mengunah kaedah dan teknik pengajaran bagi mencapai hasil pembelajaran di samping murid dapat menguasai tajuk pelajaran.Seterusnya kelemahan yang kedua yang dapat saya selidiki ialah saya kurang memberi perhatian kepada murid yang lemah penguasaan bagi tajuk pelajaran ini. Faktor peruntukan masa yang terhad juga adalah penyebab utama saya tidak memberi penumpuan sepenuhnya terhadap murid-murid yang lemah dalam bacaan imbuhan awalan ber dan ter ini.10Faktor kelemahan yang ketiga, terdapat beberapa orang murid kurang memberi kerjasama dan perhatian terhadap aktiviti kumpulan. Murid-murid ini banyak bergantung kepada murid cerdas untuk memberi jawapan dan menyelesaikan aktiviti pembelajaran.Penambahbaikan Dalam Makro PengajaranSebagai penambahbaikan dalam makropengajaran ini, saya perlu memberi perhatian dalam pelbagai aspek agar mencapai hasil pembelajaran dalam tajuk yang di ajar. Faktor utama yang perlu diberi perhatian adalah tahap pencapaian murid di dalam kelas. Kelas yang di ajar oleh saya mempunyai pelbagai aras pencapaian. Ini menyebabkan saya perlu mempelbagaikan aktiviti bagi memastikan semua murid menguasai pembelajaran bagi tajuk yang di ajar oleh guru. Selain itu, saya boleh mengubah pembelajaran di dalam kelas ke luar kelas. Pengajaran dan pembelajaran di luar kelas boleh di lakukan di padang sekolah, makmal komputer, surau, perpustakaan, kantin, rumah rehat dan sebagainya. Situasi ini diwujudkan bagi mengubah mood murid agar lebih seronok dan sentiasa aktif dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Seterusnya penambahbaikan lain yang perlu diberi perhatian oleh saya adalah penggunaan masa dalam setiap langkah pengajaran dan pembelajaran. Saya perlu membahagikan aktiviti selaras dengan masa yang diperuntukan agar aktiviti yang dijalankan tidak melebihi masa yang diperuntukkan. Selain itu juga akibat masa yang tidak diperuntukan dengan betul akan mengakibatkan murid tidak diberi perhatian yang sewajarnya oleh guru ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Penambahbaikan yang seterusnya ialah aktiviti kumpulan yang dilakukan di dalam kelas. Oleh kerana saya mempunyai murid pelbagai tahap dan aras di dalam kelas, saya perlu merancang aktiviti kumpulan yang mempunyai pelbagai tahap pencapaian. Ini bermaksud satu kumpulan murid yang mempunyai pelbagai aras dan tahap pencapaian. Suasana ini diwujudkan untuk memastikan murid yang cerdas dan pandai dapat membantu murid yang lemah penguasaan mereka dalam sesuatu tajuk yang dipelajari. Dengan ini secara tidak langsung penerapan nilai-nilai murni dapat diserapkan di dalam diri murid seperti kerjasama, toleransi dan kasih sayang.11PenutupKemahiran makro pengajaran adalah asas penting bagi pendidik terutamanya bagi guru-guru pelatih. Tujuan utama makropengajaran ini dilakukan adalah untuk mendedahkan kepada guru mengenai pengajaran dan pembelajaran yang berkesan disamping mengetahui tahap pencapaian murid di dalam kelas. Melalui makro pengajaran juga guru dapat mengaplikasikan pelbagai kaedah dan teknik baru yang boleh disesuaikan dengan tahap murid dan tajuk yang diajar. Seterusnya guru dapat membuat refleksi dan kajian tindakan sekiranya permasalahan timbul setelah pengajaran dan pembelajaran dijalankan terhadap murid.BibliografiMok Soon Sang .(2004).Ilmu Pendidikan Untuk KPLI: Psikologi Pendidikan dan Pedagogi. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.http://www.slideshare.net/mazlan81/kemahiran-mikropengajaran http://norhalawatizulkifli.blogspot.com/2011/10/refleksi-kemahiran-mikropengajaran.html http://www.youtube.com/watch?v=XKNF9GHiOOQ http://nuruldyanaibrahim.blogspot.com/2011/11/kemahiran-mikropengajaran.html http://www.slideshare.net/shyh193/kemahiran-set-induksiKemahiran Set Induksi Mengenal Bentuk 3 Dimensi.flv - YouTube http://www.youtube.com/watch?v=bxoO_Z2xUYo

12