jawi macam-macam

download jawi macam-macam

of 7

Transcript of jawi macam-macam

  • 7/27/2019 jawi macam-macam

    1/7

    Pemilihan permainan ini jelas menunjukkan keberkesanannya dan dapat membantu

    murid untuk mengingat dan juga penguasaan 3 kemahiran asas jawi yang diterapkan

    pada

    setiap permainan berjaya membantu murid menguasai huruf jawi tunggal.

    5.2 Melalui permainan ini, wujud persaingan yang sihat kerana kaedah pengiraan markah

    yang diperkenalkan menyebabkan murid-murid berusaha untuk mendapatkan markah

    yang tinggi. Sikap kepimpinan juga dapat dibentuk dalam aktiviti ini semasa murid

    membantu rakan dalam melakukan aktiviti ini.

    5.3 Didapati melalui kajian ini juga didapati murid-murid telah menunjukkan perubahan

    sikap dimana mereka lebih berminat terhadap matapelajaran jawi.

    ANALISA PENCAPAIAN PROGRAM

    1. Mengenal huruf tunggal

    Pada langkah pertama sebelum permainan boling dijalankan, murid-murid diminta

    menyebut dan membaca terlebih dahulu semua huruf jawi dan pada langkah ini penekanan

    diberi kepada huruf-huruf jawi yang sukar, pada langkah kedua ini murid-murid dilihat

    semakin kurang melakukan kesalahan.Hasil daripada langkah ketiga, peningkatan jumlah

    kutipan ini menunjukkan perkembangan positif dan murid-murid kurang membuat kesalahan.

    Pada langkah pertama semasa permainan boling dijalankan, terdapat murid yang

    mampu menguasai huruf jawi tunggal namun pada tahap yang memuaskan sahaja. Pada

    langkah kedua, murid telah menunjukkan peningkatan dan dapat mengingat lebih banyak

    huruf. Pada langkah ketiga, murid-murid masih tidak mampu mengingat kesemua huruf

    dengan tepat kecuali 3 orang murid yang berada pada peringkat memuaskan.

    2. Mengenal suku kata

    Pada pusingan pertama permainan pancing dijalankan, hanya 5 orang murid sahaja

    yang berjaya mencari dan mencantumkan suku kata.Antara suku kata yang diarahkan oleh

    guru ialah duri,satu,roti,paku,lori.Pusingan kedua menampakkan lebih pemahaman dimana 10 orang murid telah berjaya mencari dan mencantumkan suku kata mengikut arahan

    guru.Manakala pada pusingan ketiga, seramai 13 orang berjaya mencantumkan suku kata.

    Kesimpulannya,ingatan murid-murid terhadap pelajaran ini terutamanya huruf jawi tunggal

    dan mengenal suku kata semakin baik berbanding sebelum ini. Keputusan yang dicatat

    amat memuaskan walaupun terdapat kelemahan menulis huruf dengan cara yang betul.

    TINDAKAN SUSULAN

  • 7/27/2019 jawi macam-macam

    2/7

    Peningkatan yang dicapai oleh murid agak memuaskan dan kaedah ini berjaya

    menarik minat mereka dan membolehkan mereka menguasai huruf dengan cepat

    berbanding kaedah pengajaran kelas biasa.Antara tindakan susulan yang akan saya

    jalankan selepas ini ialah:

    1. Ulang huruf yang sukar diingat setiap waktu samada dalam bentuk perkataan ataupun

    tunggal.

    2. Tulis huruf dalam kertas atau pada tapak tangan mereka dan suruh mereka baca setiap

    masa walaupun dah habis waktu jawi.

    3. Bila ada masa,panggillah seorang-seorang jumpa mereka atau kita terserempak dengan

    mereka dimana-mana sahaja, tanya kembali huruf tu berulang kali dan lakukannya setiap

    hari.bagilah sesuatu kalau mereka dapat mengingatinya sebagai perangsang untuk mereka

    terus berusaha.

    4. Identitikan setiap huruf dengan sesuatu yang murid suka.Contohnya,`Cha` dengan

    `Cawan` dan `Cangkul`.Sekurang-kurangnya dua benda yang boleh yang boleh

    digambarkan secara maujud.Tampalkan dalam kelas atau buat carta atau mural dalam bilik

    pemulihan.

    5. Saya akan cuba mereka lagu untuk mengenal huruf tersebut.

    6. Selain itu,saya cuba untuk buat perbandingan antara konsonan rumi dengan konsonan

    jawi dan vokal rumi dengan vokal jawi dengan menggunakan warna pada sukukata

    7. Saya akan meminta kebenaran daripada Guru Besar untuk menggunakan masa

    perhimpunan 15 minit selepas rehat sebelum murid masuk ke kelas.Masa itu akan saya

    gunakan dengan mengajak murid-murid pemulihan jawi itu melakukan aktiviti seperti:

    i. Hari isnin: tulis dengan mewarna huruf

    ii.Susun huruf atau eja perkataan

    iii.Cerita huruf

    iv.Nasyid huruf

    Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) adalah bercorak pendidikan asas untuk

    memastikan perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang yang meliputiaspek, rohani, emosi dan jasmani, ini bermakna melalui KBSR murid-murid akanmenguasai kemahiran-kemahiran asas membaca, menulis dan mengira,memperolihi ilmu pengetahuan sesuai dengan peringkat umur dan perkembangandiri mereka mempunyai akhlak yang baik, mengamalkan nilai-nilai murni danmemelihara tubuh badan yang sihat. KBSR juga memberi peluang untuk memupukdan mengembangkan minat dan bakat murid-murid.Pelajaran Jawi KBSR ialah suatu program yang memberi penekanan kepadakemahiran membaca dan menulis Jawi. Bagi memenuhi kehendak itu, sebuah BukuPanduan Khas Tahun Tiga dan Empat (Kementerian Pendidikan Malaysia- 1995) diadakan. Buku ini memberi penekanan kepada kemahiran membaca dan menulisJawi.( Unit Pendidikan Islam, Pusat Perkembangan Kurikulum, KementerianPendidkan Malaysia, 1995).

  • 7/27/2019 jawi macam-macam

    3/7

    Perancangan awal KBSR. menyarankan bahawa Pelajaran Jawi adalah sebahagiandaripada Pelajaran Bahasa Malaysia dan mula diajar pada Tahap II. Murid diajarmengeja, membaca dan menulis dengan huruf Jawi. Walau bagaimanapunrancangan ini tidak dilaksanakan dan sebaliknya Pelajaran Jawi dirangkumi dalammata pelajaran Pendidikan Agama Islam.

    Pelajaran Jawi diajar melalui mata pelajaran Pendidikan Agama Islam mulai Tahun3. Mata pelajaran Pendidkan Agama Islam mendapat tambahan masa 30 minitdalam seminggu. Tambahan masa 30 minit mulai Tahun 3 adalah untuk PelajaranJawi.( Surat Pekeliling. KP. TKPP II, 11/41 bertarikh 14 Disember 1984)Dr.Arfah A.Aziz, 1992 menegaskan bahawa proses pengajaran dan pembelajaranjawi telah dicapkan sebagai proses yang membosankan murid, tidak ada ruanguntuk para guru memasukkan apa-apa pembaharuan atau perubahan dan tidakmenunjukkan peningkatan murid yang tinggi. Keadaan ini membawa implikasi yangnegatif terhadap usaha Kementerian Pendidikan untuk memajukan penggunaanskrip jawi sebagai sebahagian daripada bidang Pengajian Melayu di semuaperingkat persekolahan.

    Pada umumnya tulisan jawi dieja mengikut kebiasaan penulis namun dalam hal iniwujud ketidakseragaman dalam penulisan jawi.penulisan jawi perlu kepada satusistem dan kaedah yang sistematik serta selaras dalam semua penggunaannya.Setakat ini, proses penyelarasan sistem ejaan jawi masih dijalankan. Namunpenerimaan masyarakat dalam hal ini adalah tidak sekata kerana ejaan jawi bukansesuatu yang boleh dieja secara qiyas seperti ejaan rumi. Ini kerana ejaan jawimempunyai ciri-ciri dan keistimewaan yang tersendiri serta unik. Ia merupakanwarisan melayu yang dibina berasaskan kepada huruf-huruf al quran dansebahagian ejaan juga di ambil dari kaedah ejaan dalam al quran.Dalam pelaksanaan kemahiran jawi dalam KBSR ini, ia akan disusuli dengan satuprogram yang dikendalikan oleh guru-guru j-QAF iaitu pemulihan jawi. Pemulihanjawi ini dilaksanakan untuk membantu murid yang tercicir dalam matapelajaran jawi.Kebolehan dalam penulisan dan Bacaan JawiMenurut satu kajian yang telah dijalankan oleh ustaz zali bin muda dari jabatanpendidikan islam dan moral,Murid-murid telah dinilai kebolehan diri mereka dalamtiga bidang kemahiran , iaitu bacaan , kefahaman dan penulisan. Mereka diberimarkah bagi setiap aspek kemahiran iaitu sangat baik, agak baik, sederhana danlemah.Jadual 1: Kebolehan dalam kemahiran JawiBidang S.Baik Agak Baik Sederhana lemah(%) (%) (%) (%)

    Bacaan 16 52 26 6Penulisan 2 36 43 18Kefahaman 9 47 34 10Dari segi kemahiran penulisan didapati 43% murid-murid adalah sederhanapencapaiannya dan dua peratus sangat baik dalam bidang kemahiran ini. Seramai47% daripada murid yang diuji kemahiran membaca tulisan Jawi di dapati 16%sahaja mendapat pencapaian sangat baik dan 6 % sahaja yang lemah. Dari segikefahaman pula 47% pencapaian agak baik dan 9% pula adalah sangat baik.Kepentingan mempelajari jawiAntara masalah yang begitu ketara yang dihadapi oleh murid-murid sekolah adalahkelemahan dalam membaca dan menulis jawi. Masalah ini bukan sahaja

    menimbulkan masalah dalam pembelajaran tetapi juga menimbulkan kesukarankepada guru-guru pendidikan islam yang mengajar matapelajaran jawi. Untuk itu,

  • 7/27/2019 jawi macam-macam

    4/7

    dengan mempelajari jawi, kelemahan ini dapat diatasi. Kelemahan ini berpuncaapabila tulisan jawi tidak lagi diajar di sekolah kerajaan sejak tahun 1960 yangmenyebabkan kemerosotan kemahiran murid dalam menulis dan membaca jawi.Namun begitu atas desakan masyarakat, tulisan jawi dimasukkan semula dalamsilibus KBSR pada tahun 1982 sebagai sebahagian dari pendidikan islam bagi murid

    tahun 3 hingga tahun 6. Dan langkah mengatasi masalah ini juga semakinmenampakkan kesan apabila program j-QAf dilancarkan pada tahun 2005 untukmemulihkan murid-murid yang tercicir dalam matapelajaran jawi ini.Seterusnya, dengan mempelajari jawi, ia dapat memantapkan penggunaan tulisanjawi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, bagi murid-murid yang menghadiri sekolah agama pada sebelah petang, mereka lebih mudahmempelajari, memahami dan membaca tulisan jawi berbanding murid yang tidakmenghadiri mana-mana kelas agama. Ini kerana di sekolah-sekolah agama,penggunaan tulisan jawi merupakan perkara asas samada dalam pengajaran danpembelajaran, pembuatan soalan ujian dan penilaian, penerbitan buku teks, malahdalam pentadbiran, penggunaan tulisan jawi lebih mendapat perhatian.

    Melalui pemerhatian yang dapat kita buat di sekeliling kita, anak-anak yang tidakmempunyai asas yang kukuh tentang ilmu penulisan jawi, mereka agak sukar untukmemahirkan diri dalam membaca al quran. Ini kerana, jika melihat pada sejarahkewujudan tulisan jawi ini, ia merupakan satu pengadaptasian dari huruf-huruf alquran malah terdapat sebahagian dari sistem ejaannya juga diambil dari kaedahejaan al quran. Justeru itu, dengan mempelajari jawi, anak-anak atau generasi mudayang masih lemah dalam penguasaan bacaan al quran, ia dapat mengatasikelemahan ini sedikit demi sedikit.Selain itu, kita dapat melihat keruntuhan nilai-nilai islam dalam diri generasi mudakhususnya adalah berpunca dari kurangnya penghayatan terhadap ajaran islamadan nilai-nilai yang dibawa. Jika dibentuk satu kronologi, dapatlah dikaitkan antarakepentingan mempelajari jawi dengan punca masalah sosial yang berlaku sekarang.Generasi muda menghadapi masalah keruntuhan akhlak kerana kurangnyapenghayatan terhadap islam, kurangnya penghayatan terhadap islam pula berpuncadari kurang ilmu agama, kurangnya ilmu pula bermula apabila masyarakat mulamengenepikan budaya membaca bulu-buku agama, pembacaan buku-buku agamapula diketepikan kerana hilangnya minat untuk membaca, hilangnya minat membacabermula dari ketidakfahaman individu akan bahan yang dibacanya, ketidak fahamanini pula berpunca dari ketidakbolehannya membaca dan memahami tulisan jawikerana kitab-kitab lama ditulis dalam tulisan jawi oleh para ulama, namun usahauntuk menterjemahnya dalam tulisan rumi juga masih pada tahap minimum.

    Begitupun, usaha-usaha penterjemahan ini ada pro dan kontranya pula, pro nyaadalah ilmu agama dapat disebar luaskan, namun kontranya pula, ia akan mengikiskeperluan untuk mempelajari ilmu jawi dan ia bakal mengakibatkan hilangnyawarisan pusaka melayu yang satu ini.Antara lain kepentingan mempelajari jawi ini juga ialah ia dapat membantu parapengkaji untuk mengkaji peradaban silam. Ini kerana manuskrip-manuskripperadaban nusantara khususnya melayu banyak ditulis menggunakan tulisan jawiseperti batu persurat Terengganu, hukum kanun Melaka dan undang-undang lautMelaka.Seterusnya, melalui pembelajaran dan penggunaan tulisan jawi, ia juga dapatmemartabatkan islam di mata masyarakat justeru menunjukkan islam itu satu agama

    yang indah dan unik. Ideologi atau doktrin yang diterima oleg masyarakat sejakzaman berzaman,mereka menganggap jawi sebagai tulisan rasmi islam. bagi

  • 7/27/2019 jawi macam-macam

    5/7

    mereka, tulisan jawi disinonimkan dengan identiti islam. pemikiran ini juga dapatdikaitkan dengan sejarah kewujudan tulisan jawi sepertimana yang disebutkansebelum ini.Langkah-langkah Penyempurnaan Ejaan Jawi (1981-1989).Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan ejaan

    Jawi ialah usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor(P.Bm.P.B) yang menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937 , dan usaha yangdibuat oleh Allahyarham Zainal Abidin bin Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) padatahun 1939. Tulisan Jawi yang terpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagaiurusan sejak awal abad ini hingga tahun 1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba(seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada tahun 1939 itu.Selepas itu, usaha untuk meneliti dan menyempurnakan ejaan Jawi tidak berlakusehingga akhir tahun 1970-an, kecuali oleh pihak swasta seperti Penerbit MajalahDian. Dalam dekad 1980-an, antara usaha yang diambil untuk menyempurnakansistem ejaan Jawi diperturunkan di bawah.i) Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yang

    dilantik oleh Y.B. Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "Sistem EjaanJawi yang ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Sebuah bukuDaftar Ejaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkan dengansegera".ii) Untuk melaksanakan perakuan tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telahmelantik sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada bulanFebruari tahun 1983 (seterusnya disebut Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP).Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh pakar-pakar sistem ejaan Jawi yangmewakili Pusat Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia,dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi Tempatan . Bidang Tugas Jawatankuasa ini ialahmembuat kajian semula terhadapSistem Ejaan Jawi Za'ba ( Pelita Bahasa Melayu Penggal I [Permulaan NahuMelayu]tahun 1941, dan Daftar Ejaan Melayu [Jawi-Rumi]tahun 1949), SistemEjaan Jawi Dian (Majalah Dian) dan sistem ejaan Jawi yang digunakan dalampenerbitan-penerbitan Syarikat Utusan Melayu Sdn. Berhad , serta beberapapenerbitan Jawi yang lain.iii) Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu dibentangkan dalamKonvensyen Tulisan Jawi (Anjuran Yayasan Islam Terengganu, dan Dewan Bahasadan Pustaka) yang diadakan pada 9-11 April 1984 di Terengganu. Konvensyen inidihadiri oleh 150 orang pakar tentang ejaan Jawi, termasuk mereka yang fasihdalam bahasa Arab dan ahli agama Islam, yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan

    kerajaan, pusat pengajian tinggi, institusi dan badan sukarela di seluruh negara,serta beberapa perwakilan rasmi dari negara Indonesia, Brunei Darussalam,Singapura, dan Thailand.iv) Cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah diterimadengan baik oleh peserta Konvensyen di Terengganu itu. Hasilnya telah dirumuskandan disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985, dan diterbitkanpada tahun 1986 dalam bentuk buku berjudul Pedoman Ejaan Jawi yangDisempurnakan (seterusnya disebut PEJYD).v) Dalam tahun 1987, Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuandan menerima pandangan daripada beberapa orang pakar serta bersetuju membuatsedikit pembaikan ke atas rumusan yang terkandung dalam PEJYD tahun 1986 itu.

    Kemudian, naskhah pedoman tersebut diperkemas dan diterbitkan sebagai edisikedua dengan judul PEJYD yang sama pada tahun 1987.

  • 7/27/2019 jawi macam-macam

    6/7

    vi) Dengan berdasarkan PEJYD (1987) itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telahmenyusun Daftar Ejaan Rumi-Jawiyang pertama kali diterbitkan pada tahun 1988.Senarai kata masukan adalah berdasarkan senarai kata masukan dalam buku DaftarEjaan Rumi Bahasa Malaysia (1998).vii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi(1988) ini telah diterima dengan pelbagai reaksi oleh

    pengguna kerana terdapat beberapa banyak kesalahan pengejaan kata.Berdasarkan pandangan beberapa orang pakar, daftar ini telah disemak semula danditerbitkancetakan kedua pada tahun 1989 . Dalam cetakan kedua ini, terdapat pembetulanterhadap beberapa perkataan yang dicetak salah atau kurang tepat pengejaannyadalam cetakan pertama, terutama perkataan pinjaman dan serapan daripada bahasaArab. Buku cetakan kedua tahun 1989 ini memansuhkan penggunaan buku cetakanpertama tahun 1988. Beberapa kesalahan pengejaan kata yang masih terdapat didalamnya akan dibetulkan supaya sesuai dengan PEJYD .viii) Kini, Dewan Bahasa dan Pustaka sedang menyusun edisi kedua Daftar EjaanRumi-Jawi. Daftar ini akan mengandungi semua kata dasar dan kata terbitan yang

    terdapat dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu umum dewasa ini. Denganterbitnya daftar ini kelak, maka cara pengejaan kata dalam tulisan Jawi bagi semuabentuk kata dasar dan kata terbitan umum dapat diselesaikan dan disebarkan.Perbezaan jawi klasik dan jawi modenJawi klasikJawi modenDalam sistem ejaan jawi yang diperkenalkan sebelum tahun 1986, sistem ejaanyang ada adalah tidak seragamSelepas tahun 1986, pembaikan dalam sistem ejaan jawi sedia ada dibuat sedikitdemi sedikit menjadikan ia lebih seragamSistem ejaan klasik yang dipelopori oleh Za`ba didapati masih ada beberapaklemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. Apabila perkara ini disedari olehpara pengkaji dari pihak swasta, mereka mendesak agar sistem yang sedia adadikaji semula.Selepas kajian semula dibuat, sistem ejaan jawi yang ada kini lebih sistematikdengan kaedah-kaedah yang lebih mudah difahami dan dipelajari.Sistem ejaan jawi yang diperkenal sebelum ini atau lebih dikenali sebagai jawi klasikini adalah tidak selaras dengan perkembangan ejaan rumi.Sistem jawi moden yang ada pada masa kini adalah sistem yang telah diselaraskan

    dengan perkembangan sistem ejaan rumi menjadikan kaedah mempelajarinya juga

    hampir serupa dengan kaedah mempelajari bahasa melayu atau ejaan rumi sepertipenggunaan suku kata terbuka tertutup dan sebagainya yang diketuai oleh pak

    Matlub.

    Konsep kelas pemulihan jawi yang dlaksanakan di bawah j-Qaf adalah satu alternatif yang harus diberi

    pujian kerana ia adalah usaha murni untuk memartabatkan jawi seterusnya dapat melahirkan insan

    yang berakhlak mulia. Ini adalah kerana murid yang celik Jawi dapat menguasai pelajaran Agama

  • 7/27/2019 jawi macam-macam

    7/7

    dengan lebih mudah. Pelaksanaan pemulihan Jawi sedikit sebanyak dapat membantu murid yang lemah,

    dengan wujudnya kelas ini dapat memberi peluang kepada guru untuk menumpukan perhatian kepada

    proses pengajaran mereka walaubagamanapun pelaksanaan pengajaran Jawi tidak dapat lari daripada

    kebaikan dan kelemahannya.

    Sepanjang tempoh saya mengajar atau bertindak sebagai guru pemulihan Jawi terdapat kelebihannya dari segi

    proses P & P yang lebih kepada permainan.Ini dapat menarik minat pelajar untuk meneruskan pembelajaran.

    Terdapat pelbagai teknik yang boleh dlaksanakan seperti yang telah diterangkan dibawah tajuk kaedah

    pengajaran Jawi, namun masih ada kelemahan dari segi pelaksanaan kerana mungkin di sekolah yang saya

    mengajar terdapat ramai murid pemulihan kerana kelas kami digabungkan iaitu dua dalam satu. Ini

    manyebabkan guru tidak dapat memberi tumpuan yang lebih kepada mereka yang lemah. Alat-alat permainan

    juga terhad, jadi tidak semua murid dapat mengambil bahagian .Ini menimbulkan rasa tidak puas hati

    mereka. Selain daripada itu peruntukan masa untuk pemulihan jawi hanya sejam seminggu, pada pendapat

    saya ia tidak mencukupi kerana mereka perlu diberi latihan yang banyak terutama dari segi penulisan.

    Sebagai tindakan , sebagai guru pemulihan jawi, teknik yang pelbagai perlu di aplikasikan agar proses p & p

    dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Guru juga tidak seharusnya bergantung kepada ABM yang

    disediakn oleh jabatan sebaliknya menggunakan kreativiti sendiri untuk mempelbagaikan teknik dan

    strategi. Selain daripada itu kelas pemulihan Jawi memerlukan ramai guru terutama bagi kelas yang

    mempunyai ramai murid khasnya seperti sekolah kami yang menggabungkan dua kelas pada satu masa.

    Bilangan murid yang ramai tidak membolehkan kami mengenalpasti masalah murid dengan teliti serta tidak

    dapat memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih efektif dan berkesan.