Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

55
JELAS DAP BUKAN PEMBELA MELAYU PULAU PINANG SATU demi satu kedai dan restoran orang Melayu di Pulau Pinang dirobohkan. Alasan dirobohkan oleh pihak berkuasa kerajaan negeri - perniagaan dijalankan diatas tanah milik kerajaan negeri.Kalau benar, peniaga tidak boleh membina premis di atas tanah kerjaan, makalakukan tindakan yang sama ke atas peniaga kaum Cina dan bukan Melayu yang lain.Jika demikian, tidaklah orang ramai menuduh tindakan kerajaan negeri zalim keranahanya bertegas ke atas peniaga satu kaum sahaja.Tindakan tidak bertimbang rasa kepada peniaga Bumiputera di Pulau Pinang itumungkin atas dasar untuk memajukan kawasan terbabit. Tetapi apakah setelahdimajukan, peniaga akan dapat membeli atau mampu menyewa di kawasan yangdimajukan?Jelas Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak prihatin akan nasib peniaga Bumiputera.Kalau dahulu, isu-isu melibatkan kepentingan rakyat seumpama ini akan menjadiperjuangan habis-habisan parti pembangkang khasnya DAP. Apa sudah jadi dengan perjuangan DAP dalam membela nasib rakyat? Dahulubukan main bijaksana DAP mempertahankan dan membela rakyat termasuk orang Melayu .Kenapa, bila sudah ada kuasa, perjuangan itu tidak nampak lagi? Ingatlah, rakyatMalaysia boleh melihat, mendengar dan masih ingat akan janji-janji pemimpin DAPkhasnya kepada penduduk Pulau Pinang termasuk orang Melayu.Dalam tempoh hampir dua tahun mentadbir Kerajaan Negeri Pulau Pinang yangturut dibantu melalui undi orang Melayu, sudah bermacam-macam perubahandilakukan. Jika ia menyenangkan hati rakyat, tidak apa. Sebaliknya yang dilakukanoleh pemimpin DAP adalah bertentangan dengan kehendak rakyat khususnya orang Melayu yang berasa mereka teraniaya.Banyak pihak kecewa dan marah. Jelaslah pemimpin DAP hanya pandai mengkritikdan berjanji.Kita bersimpati dengan nasib penduduk Bumiputera di Pulau Mutiara itu. Khabarnyakeadaan mereka semakin teruk. Lebih menyedihkan, kepentingan Melayu kianterhakis sejak Guan Eng menjadi Ketua Menteri.Kalau diimbas kembali peristiwa Mac 2008, sebaik sahaja angkat sumpah sebagaiKetua Menteri baru, Guan Eng bertindak untuk membebaskan negeri itu daripadasemangat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam bahasa lain, ia bermaknapemansuhan. Guan Eng tuduh DEB sebagai punca berlakunya kronisme dan rasuah. Tetapi hariini, Guan Eng bukan sahaja gagal menunaikan janji-janjinya termasuk untuk melaksanakan sistem tender

description

politik

Transcript of Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

Page 1: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

JELAS DAP BUKAN PEMBELA MELAYU PULAU PINANG

SATU demi satu kedai dan restoran orang Melayu di Pulau Pinang dirobohkan. Alasan dirobohkan oleh pihak berkuasa kerajaan negeri - perniagaan dijalankan diatas tanah milik kerajaan negeri.Kalau benar, peniaga tidak boleh membina premis di atas tanah kerjaan, makalakukan tindakan yang sama ke atas peniaga kaum Cina dan bukan Melayu yang lain.Jika demikian, tidaklah orang ramai menuduh tindakan kerajaan negeri zalim keranahanya bertegas ke atas peniaga satu kaum sahaja.Tindakan tidak bertimbang rasa kepada peniaga Bumiputera di Pulau Pinang itumungkin atas dasar untuk memajukan kawasan terbabit. Tetapi apakah setelahdimajukan, peniaga akan dapat membeli atau mampu menyewa di kawasan yangdimajukan?Jelas Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak prihatin akan nasib peniaga Bumiputera.Kalau dahulu, isu-isu melibatkan kepentingan rakyat seumpama ini akan menjadiperjuangan habis-habisan parti pembangkang khasnya DAP. Apa sudah jadi dengan perjuangan DAP dalam membela nasib rakyat? Dahulubukan main bijaksana DAP mempertahankan dan membela rakyat termasuk orang

Melayu .Kenapa, bila sudah ada kuasa, perjuangan itu tidak nampak lagi? Ingatlah, rakyatMalaysia boleh melihat, mendengar dan masih ingat akan janji-janji pemimpin DAPkhasnya kepada penduduk Pulau Pinang termasuk orang Melayu.Dalam tempoh hampir dua tahun mentadbir Kerajaan Negeri Pulau Pinang yangturut dibantu melalui undi orang Melayu, sudah bermacam-macam perubahandilakukan. Jika ia menyenangkan hati rakyat, tidak apa. Sebaliknya yang dilakukanoleh pemimpin DAP adalah bertentangan dengan kehendak rakyat khususnya orang Melayu yang berasa mereka teraniaya.Banyak pihak kecewa dan marah. Jelaslah pemimpin DAP hanya pandai mengkritikdan berjanji.Kita bersimpati dengan nasib penduduk Bumiputera di Pulau Mutiara itu. Khabarnyakeadaan mereka semakin teruk. Lebih menyedihkan, kepentingan Melayu kianterhakis sejak Guan Eng menjadi Ketua Menteri.Kalau diimbas kembali peristiwa Mac 2008, sebaik sahaja angkat sumpah sebagaiKetua Menteri baru, Guan Eng bertindak untuk membebaskan negeri itu daripadasemangat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam bahasa lain, ia bermaknapemansuhan. Guan Eng tuduh DEB sebagai punca berlakunya kronisme dan rasuah. Tetapi hariini, Guan Eng bukan sahaja gagal menunaikan janji-janjinya termasuk untuk melaksanakan sistem tender terbuka, sebaliknya beliau mempengerusikan sendirilembaga tender dan mengamalkan penganugerahan kontrak mengikut asas 'siapakenal siapa.'Jadi, jangan menaruh harapan kepada Guan Eng untuk membela dan membantupenduduk Bumiputera negeri itu. Mungkin bila dapat kuasa, dia lupa bahawasebahagian besar Bumiputera di negeri itu masih ketinggalan, apatah lagi dalammenikmati sedikit keistimewaan dalam mendapatkan kontrak kerajaan.Kini jelas, sikap pemimpin DAP. Hasrat pemberian kontrak kerajaan negeri sudahtentu untuk menjaga penyokongnya dan kaumnya sendiri sahaja.Kepada pemimpin Melayu yang menyokong DAP, kenapa mendiamkan diri.Tuntutlah

Guan Eng menafikan tuduhan dan kritikan keras Ahli Parlimen BayanBaru, Zahrain Mohd. Hashim itu.

Utusan Malaysia, 1 Februari 2010

APAKAH KESUDAHAN NASIB MELAYU PULAU PINANG?

DULU, kira-kira 40 tahun lalu, waktu Perikatan, kemudiannya Barisan Nasional (BN)memerintah Pulau Pinang yang diterajui Gerakan, UMNO, MCA, MIC bukannyatidak ada gerai Melayu yang diroboh. Memang ada gerai yang diroboh atas sebab-sebab tertentu. Paling popular sudah tentu tidak ada lesen

Page 2: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

atau untuk memberilaluan kepada projek lain. Dulu, bukannya tidak ada peniaga yang berniaga ikut sukasehingga mengganggu lalu lintas.Memang ada sehingga sekarang tetapi tidak ada tindakan yang drastik diambil danmereka terus berniaga seperti biasa. Semuanya itu berlaku di Pulau Pinang ketikakerajaan BN diketuai oleh Ketua Menteri, Dr. Lim Chong Eu dan kemudiannya Dr.Koh Tsu Koon. Kini, kerajaan negeri pakatan pembangkang DAP, PKR, Pas yangbaru berusia setahun jagung dan diketuai oleh Lim Guan Eng lebih berani bertindak.Tetapi kenapa riuh rendah jadinya? Mungkin kerana ramai yang terkejut disebabkantindakan drastik kerajaan pakatan pembangkang ini. Mulanya mereka mungkinmengharapkan pakatan dapat memberi nafas baru kepada peniaga atau penjajakecil. Mereka tentu lega dengan slogan keadilan, kebebasan, ketelusan, kebajikandan entah apa lagi slogan yang 'manis-manis' dan enak didengar yang dibawa olehpakatan pembangkang semasa kempen pilihan raya. Malangnya, ibarat mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan atau panas tidak sampai ke petang.Kebahagiaan yang diharap tidak muncul. Gerai milik orang Melayu yang dulunya'hidup bebas' di bawah naungan BN kini tinggal sejarah atau bakal menjadi catatansejarah. Dua puluh tahun beroperasi tanpa masalah tetapi kini muncul masalah.Kalau tidak ada lesen, kenapa tidak diberi lesen? Sementara menurut dakwaanPersatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), gerai milik bukan bumiputerayang banyak beroperasi tanpa mengikut garis panduan ditetapkan oleh pihakberkuasa tempatan (PBT) terlepas daripada sebarang tindakan. Berjalanlah disepanjang Jalan Weld Quay, Lebuh Chulia, Lebuh Kimberley, Jalan Macalister,Jalan Burma dan Sungai Dua. Lihatlah panorama indah ini yang boleh dijadikan jugaproduk pelancongan. Kalaulah semua ini - gerai-gerai Melayu dirobohkan - benar,maka sungguh malang nasib Melayu Pulau Pinang. Apakah ini sudah suratan takdir mengenai nasib kaum minoriti di Pulau Mutiara itu?Mungkinkah Melayu Pulau Pinang lebih terbela di bawah gandingan mantap danmesra DAP, PKR, Pas?Media arus perdana sudah tentu akan dipersalahkan kerana membangkitkan isuorang Melayu ini dan akhirnya akan dilabel sebagai rasis. Sudah lumrah, apa yangmereka lakukan salah di sisi orang lain tetapi akan dianggap betul jika merekasendiri yang melakukannya. Tindak tanduk memijak atau melangkah kepala orangyang mereka lakukan secara spontan tidak dianggap satu tindakan provokasi yangboleh mencetuskan kemarahan. Tetapi apabila orang lain mengambil tindakan yangsama dalam keadaan marah, mereka pula tidak sabar dan membuat laporan polis.Itulah lumrah politik pihak sebelah sana yang sering melaungkan slogan yang enakdidengar.Khabarnya selain kedai makan atas pokok Do Re Mi di Tanjung Bunga, Three NIkan Bakar di Bukit Dumbar dan gerai buah di Permatang Pauh milik orang Melayu ,ramai lagi yang akan menerima nasib sama selepas ini.Sejauh mana kebenarannya tidak pasti. Gerai-gerai ini bukannya wujud semalamatau kelmarin tetapi telah lama. Malahan sejak kerajaan BN memerintah. Apakahkerajaan BN yang silap? Atau adakah kerajaan BN lebih peka dan prihatin terhadapgolongan peniaga seperti ini? Justeru, apakah tujuan sebenar di sebalik tindakankerajaan DAP yang mengarahkan gerai-gerai ini dirobohkan?Gerai atas pokok memang unik. Dalam filem Do Re Mi ada kisah orang duduk ataspokok. Dalam cerita 'Dewan Undangan Negeri Perak' ada kisah bersidang bawahpokok sehingga pokok tersebut dijadikan satu tempat bersejarah. Dalam filem Laksamana Do Re Mi pula, raja bersemayam di bawah pokok. Begitulah ceritapokok. Maka kenapa restoran unik atas pokok ini mahu dihapuskan?Memang mudah untuk menumbangkan pokok. Seperti filem Do Re Mi , ugut nakgergaji pokok, maka Do Re Mi yang menjadi penghuni rumah pokok itu cabut lari.

Page 3: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

Agaknya siapa yang lebih bertimbang rasa jika dibandingkan dengan kerajaan BN Perak yang tidak memusnahkan tempat yang menjadi pujaan pakatan pembangkangdengan kerajaan DAP Pulau Pinang yang mahu 'mengusir' pengusaha restoran ataspokok. Siapakah yang lebih prihatin masalah rakyat terutama yang berpendapatan rendahapabila sejak 20 tahun lalu berniaga tetapi tidak diganggu gugat oleh kerajaansebaliknya yang baru pegang kuasa sudah tunjuk belang.Jika ini berterusan – peniaga Melayu menjadi mangsa - maka ke ceruk mana lagi Melayu Pulau Pinang hendak pergi. Berapa kerat orang Melayu yang mampuberniaga di tengah-tengah Georgetown sama ada di Chowrasta, Komtar, Perangin Mall dan sekitarnya?Malang sungguh nasib Melayu Pulau Pinang. Yang dikejar tak dapat, yangdikendong berciciran, macam orang Tanjong selalu buat seloka... Balik Pulau, BayanLepas, Sana Terpelau, Sini Terlepas.Terbelakah Melayu Pulau Pinang?Terserahlah kepada rakan kongsi DAP iaitu PKR dan juga Pas. Jika PKR dan Pasmahu melihat semua kaum diberi layanan sama rata, maka Melayu Pulau Pinang tidak akan ke mana. Mereka akan terus ketinggalan dalam segala segi. Melayu umpama melukut di tepi gantang. Justeru Melayu Pulau Pinang perlu insaf dan sedar bahawa tidak ada sesiapa yangdapat membela nasib mereka kecuali diri mereka sendiri. Melayu perlu menghentikan sandiwara politik. Jika ada di antara Melayu yang ada kuasa lupaakan bangsanya, maka lambat laun, mereka juga akan terus hanyut. Janganlahkerana ketamakan kuasa, mereka akhirnya akan 'dijual' kemudian dilelong sepertiyang berlaku ke atas Abdul Wahab dan Abdul Wahib dalam filem Tiga Abdul . Selain masalah gerai Melayu ini, menarik juga untuk disentuh ialah isu melibatkanbekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Zahrain Mohd Hashim. Apakah isu Zahrain'menyerang' Guan Eng dengan kata-kata diktator, cauvinis dan berfikiran komunis'sebagai satu lagi sandiwara sekadar ribut dalam cawan menjelang hari bicarapenasihat PKR? Sama ada sandiwara atau disebabkan masalah peribadi, sekurang-kurangnya rakan pembangkang DAP sendiri tidak puas hati dengan Guan Eng. Biar apa pun alasannya, Zahrain sudah berani mendedahkan sikap Guan Eng. Dan seperti yang dijangka, kepimpinan PKR akan menolak segala dakwaan AhliParlimen Bayan Baru itu. Atas semangat kerjasama politik, yang hitam tidak bolehdihitamkan lagi tetapi perlu diputihkan. Dalam politik, biarlah kritik orang di luar partibukannya mengkritik parti sendiri. Jika tidak buruk padahnya seperti dialami KhalidSamad, Hasan Ali dan begitu juga Zulkifli Noordin, Zaid Ibrahim dan Zahrain.Semuanya ini menarik untuk dinantikan kesudahannya. Adakah ia sekadar sandiwara politik atau masalah dalaman yang sukar dibendung.

Utusan Malaysia, 1 Februari 2010

BISIK-BISIK

Sekali pun benar dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya kontraktor Melayu memenangi lebih 50 peratus tender yang ditawarkan olehkerajaan negeri itu, ia bukan jaminan peratusan yang sama kepada perkongsian nilaitender yang dikeluarkan. Maknanya, kenyataan Guan Eng yang tidak lengkap itu bukan memperjelaskankeadaan, malah ia memperluaskan lagi tanggapan banyak pihak berhubung layanankerajaan negeri terhadap kontraktor Melayu .Maka, ada asas bagi banyak pihak termasuk Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia mendesak Guan Eng memperjelaskan perkara itu - senaraikan kontraktor bumiputera yang didakwa memperoleh tender berserta dengan nilai tender terlibat.Berasaskan data-data itu kelak, rakyat boleh membuat penilaian tepat. Guan Eng tidak boleh berdolak-dalih sebaliknya perlu telus seperti mana ia perjuangkansebelum menjadi Ketua Menteri lagi.Kegagalan Guan Eng berbuat demikian bermakna akan timbul banyak lagitanggapan negatif

Page 4: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

terhadap beliau dan kerajaan negeri lebih-lebih lagi ketika kemelut yang dihadapi peniaga Melayu di Pulau Pinang hangat diperkatakan dan gagal ditangani. Awang - Belajar kira-kira. Awang Selamat , Utusan Malaysia, 3 Februari 2010

JADI KERAJAAN BUKAN MUDAH

DARI sehari ke sehari manifesto negara berkebajikan yang diuar-uarkan olehpakatan pembangkang semakin menunjukkan kebenarannya. Selepas pendudukKampung Buah Pala hilang tapak rumah dan tanah untuk membela lembu, kini peniaga-peniaga gerai sudah mula merasa ‘kebajikan’ yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang.Di Pulau Pinang khususnya di Balik Pulau, gerai yang dibina di kaki lima jalan rayabanyak jumlahnya dan jika operasi meroboh diteruskan maka identiti Pulau Pinangsendiri akan lupus ditelan masa.Kertas manifesto berwarna-warni jika disertai dengan janji-janji manis pasti akanmembuatkan rakyat terangsang untuk memilih yang terbaik sahaja.Janji untuk memelihara kebajikan dan kepentingan rakyat boleh dibuat oleh sesiapasahaja waima calon Bebas sekalipun.Namun logiknya calon Bebas hanya akan menjadi calon penyendal sahaja keranawalaupun menang untuk memenuhi tuntutan setiap pengundi dan penyokong bukanperkara mudah melainkan mereka mempunyai wang yang banyak.Mengharapkan gaji sebagai ADUN atau Ahli Parlimen hendak menanggung keluargasendiri tidak cukup, tambah yang berpoligami.Janji-janji pilihan raya melalui kempen dan manifesto umpama modal kertas dan air liur namun apabila memerintah pemimpin tetap perlu juga melaksanakan sesuatupelan pembangunan. Masakan hendak menjadi kerajaan yang statik?Menjadi pemerintah bukan semudah menjadi pembangkang. Jika menjadipembangkang setiap kesalahan kerajaan boleh sahaja dikritik dan kalau cukupmaklumat risalah-risalah mengecam diedarkan.Semasa menjadi pembangkang, para pemimpin kerajaan dituduh sebagai rasuah,namun kisah kemajuan yang dibawa oleh kerajaan dianggap pembaziran.Menjadi kerajaan dan menjadi pembangkang mahupun aktif sebagai aktivis adalahtiga perkara berbeza dan inilah hasil yang rakyat akan dapat apabila pemimpin yangmahir mengkritik berada di tempat di mana mereka akan mengambil giliran untukdikritik pula.Kini mereka pasti akan berasa empati dengan nasib pemimpin yang pernah merekakritik dahulu.Hukum karma walaupun bukan kepercayaan umat Islam tetap dianggap sebagaisebahagian daripada kepercayaan sesetengah dari masyarakat Malaysia.Inilah yang dihadapi kerajaan negeri Pulau Pinang sekarang. Rakyat kini sedar memerintah negara bukan sekadar mengubah kerajaan tetapi diri kita juga akandiubah dan tempat kita mencari rezeki juga akan terlibat sama.Semasa pilihan raya, rakyat diyakini untuk memilih pemimpin kerana rakyat adalahpelanggan utama dan mereka yang patut dijanji dan digula-gula.Sedangkan Kerajaan Malaysia bukan sahaja memberi gula-gula malah memberinyawa kepada setiap rakyat dengan menjaga ekonomi dan wang rakyat dengantadbir urus yang sistematik sejak 50 tahun dahulu.Rasuah yang berlaku bukan amalan semua pihak terbabit jika semuamengamalkannya negara ini telah lama hancur sebelum cukup 50 tahun di bawahBarisan Nasional.Jangan kerana seekor lembu yang terlepas tali pedati semua ladang diinjak-injaktermasuk tempat rakyat mencari makan.Sesungguhnya putaran roda kehidupan ini perlu tetap ke depan mencapai destinasiwalaupun ia turun dan naik.Begitu juga kerajaan yang memerintah sebelum ini di Pulau Pinang, dianggap tidakmenjaga kepentingan orang Melayu namun hari ini siapa yang merobohkan gerai orang Melayu yang selama mencari rezeki dengan aman dan sentosa sejakberpuluh tahun.Rakyat perlu sedar kemiskinan bukan hanya kerana kita tidak dibantu oleh kerajaantetapi diri kita sendiri yang tidak mahu

Page 5: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

berubah dan sedar dengan siapa yangmampu menjaga kepentingan bangsa walaupun sedikit kesusahan melanda. Hari ini pemimpin yang dipilih telah sedikit demi sedikit menunjukkan ‘kebajikan’ mereka. Namun ketahuilah bahawa kebajikan bukan untuk rakyat yang mengundimereka tetapi pelabur yang telah juga dijanjikan dengan prasarana lokasi yangstrategik.Bila menyebut perkara strategik ini, negeri Pulau Pinang yang comel ini walau manaatur letak tetap strategik dan apabila ia berkeadaan begitu pasti ada yang membukaperniagaan.Bak kata pepatah sekali tsunami datang sekali gerai melayang. Sekali jentolakmerempuh ada hati yang akan mengeluh. Apa erti kebajikan dan orang Malaysiamembantu orang Malaysia.

Utusan Malaysia , 5 Februari 2010

PENIAGA MELAYU DITINDAS GAMBARAN JELAS PERKAUMANGUAN ENG

Oleh Ramli Abdul [email protected]

BERITA mengenai semakin banyak gerai milik Bumiputera di Pulau Pinangdirobohkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menjadi topik hangat buatbeberapa hari kebelakangan ini. Pentadbiran Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP diketuai Lim Guan Eng masih berkeras tidak mahu berganjak daripada pendiriantegasnya untuk meneruskan tindakan penguatkuasaan oleh MPPP.Pulau Pinang adalah negeri kedua termaju di Malaysia. Penduduk majoriti di pulauitu bukan Melayu. Selama 52 tahun membangun dengan kaedah model ekonomibebas, masyarakat Melayu tidak terserap sepenuhnya dalam arus perdana perkembangan ekonominya, lantas muncul ungkapan ‘Melayu terpinggir’. Melayu terpinggir adalah benar kerana di dalam sektor utama seperti pendidikan,ekonomi, ekuiti dan perumahan, tiada perwakilan masyarakat Melayu dalam bidang berkenaan. Meskipun ada pelbagai program untuk mengatasinya, isu ‘Melayu terpinggir’ tetap tidak banyak berubah. Misalnya di tengah-tengah Georgetown cuma ada beberapa kerat peniaga besar Melayu yang mempunyai perniagaannya di premis seperti di Queensbay Mall,Times Square, Prangin Mall, Komtar, Gurney Plaza dan Tesco.

Peniaga Melayu

bertumpu di pasar malam sama ada sebagai penjaja beredar,statik atau penjaja sementara. Mereka adalah peniaga kecil dan mungkin daripadaitu akan meningkat menjadi pengusaha lebih besar.Setiap tahun bilangan peniaga kecil ini akan meningkat sementara ruang atau lokasiuntuk perniagaan mereka semakin terhad atau mengecil. Bagi mereka yang mahuberniaga meskipun tidak memenuhi syarat seperti tidak memiliki lesen menjadipeniaga haram dalam konteks peraturan dan prosedur mengikut Undang-UndangKecil (penjaja-penjaja) 1979.Pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng kononnya mahu mengatasi masalahpeniaga haram ini melalui kaedah perundangan, maka kaedah lain sepertimusyawarah iaitu perbincangan/dialog/komunikasi antara MPPP, penduduk sekitar kawasan perniagaan dan penjaja bagi mencari jalan penyelesaian terbaik, gagaldisempurnakan.Saranan dikemukakan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang melalui Presidennya, Rizal Farez Mohideen tidak diendahkan, sebaliknya pentadbiran DAPbertindak secara tidak berhemah. Awal tahun lalu, MPPP meroboh banyak gerai haram di sepanjang lima kilometer dari Hotel Rasa Sayang hingga ke Hotel Bayview Beach Resort, sebahagianbesarnya milik Bumiputera yang mendukung lebih

Page 6: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

kurang 500 pekerja dalam bidangberkaitan dengan pelancongan. Mereka menceburi perniagaan pelancongan sejak30 tahun lalu. Pencerobohan itu dibuat ketika negara didera dengan tempias krisiskewangan global.Baru-baru ini sebuah kedai makan atas pokok Kafe Do Re Mi, Three N Ikan Bakar diBukit Dumbar dan gerai buah di Permatang Pauh milik Bumiputera dirobohkanhingga mendapat liputan meluas media massa. Tindakan meroboh gerai milik orang Melayu bagaikan menjadi-jadi.Tiada pula tindakan dibuat terhadap gerai milik bukan Melayu . Ia membuat Melayu marah sangat terhadap pentadbiran Guan Eng. Orang Melayu mempersoalkan kenapa peniaga haram bukan Melayu yang tidak kurang banyaknya di Georgetowntidak dikenakan tindakan undang-undang sama?Bagaimana misalnya peniaga haram bukan Melayu di Batu Feringgi? Dua lagicontoh syarikat swasta yang menduduki tanah kerajaan di sebelah Lot 296, Seksyen11E, Bandar Georgetown, di sekitar Lintang Macullum 2 dan syarikat lain yangmengguna tanah kerajaan bersebelahan premis milik syarikat berkenaan di GatLebuh Cecil. Ada banyak lagi contoh yang tidak mungkin ada ruang untuk dicatatkan di sini.

Logiklah orang Melayu beranggapan Guan Eng tidak prihatin dan angkuh terhadap perkembangan perusahaan Melayu. Orang Melayu mahu berniaga secara kecil-kecilan dan kegiatan itu harus diberi galakan sepenuhnya, sekurang-kurangnya masalah ‘Melayu terpinggir’ dapat ditangani. Sebaliknya, Guan Eng membunuh jiwakeusahawan orang Melayu. Isu ini akan menjadi kompleks kerana ia boleh menjadi sensitif. Isu ‘ Melayu terpinggir’ beraromakan kepek aan bangsa, agama dan budaya. Jika ia ditindasmaka sulit nanti senario hubungan perpaduan bangsa. Penulis ialah Pengurus Pengetahuan di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, PulauPinang

Berita Harian, Jumaat 5 Februari 2010

Page 7: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

PEMIKIRAN ASAS MENGENAI PEMBANGUNAN DALAM KONTEKSPENTADBIRAN PEMBANGUNAN DI MALAYSIA

 Nasrudin Mohammed 

Abstract

This paper discusses the main conception of development. It looks at various issues that encompass the basicunderstanding development holistically. The basic concepts of development are re-visited and compared by lookingat some selected public policies such as the New Economic Policy, the five-year development plans, the NationalAgenda etc. Some theories of development are revisited and discusses in brief.Keywords: administration, management, policy analysis, national development plan

Pengenalan

Secara umum, Perlembagaan Persekutuan (Artikel 92) memperuntukkan kuasa secara langsungkepada kerajaan untuk mentadbir pembangunan secara langsung. Bagaimanapun, peruntukantersebut hanya merujuk kepada ‘pelan’ pembangunan sahaja, iaitu:

a plan for the development, improvement, or conservation of the natural resources of a development area, the exploitation of such resources, or the increase of means of employment in the area

.i Dengan memikirkan sistem kerajaan negara ini yang berasaskan tiga peringkat, iaituKerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan, sebarang pelan pembangunanyang dirangka perlulah melalui proses-proses khusus yang ditetapkan oleh perundangan tertentuyang juga melibatkan pandangan, rujukan dan nasihat badan-badan tertentu yang diberi kuasa,umpamanya Majlis Kewangan Negara, Majlis Tanah Negara serta mana-mana peringkatkerajaan yang berkenaan. Setelah semua proses dan prosedur yang berkaitan sesuatu rancangan pembangunan telah diperlengkap secara yang memuaskan peruntukan perundangan, barulahYang di Pertuan Agong akan mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasanpembangunan.Satu lagi perspektif menerangkan mengenai ‘pembangunan’ atau ‘pemajuan’ sebagaikegiatan yang tertakluk kepada beberapa perundangan sedia ada seperti Kanun Tanah Negara1965 (Akta 56) dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang merupakan asaskepada pentadbiran pengawalan pembangunan tanah. Beberapa undang-undang lain yang sediaada turut menjadi punca rujukan, seperti Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Undang-UndangKecil Bangunan Seragam 1984, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Kaedah-Kaedah PengawalanPerancangan (Am) dan akta-akta lain yang dirujuk dari semasa ke semasa.Walau bagaimanapun, amalan semasa sistem pengawalan perancangan termasuk sistemmemproses permohonan untuk tujuan pemajuan atau pembangunan di negara ini, lebih banyak terikat kepada peruntukan sedia ada di dalam Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) dan AktaPerancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) kerana kedua-dua perundangan ini digubaluntuk mewujudkan satu pentadbiran tanah yang sistematik, mengatur, mengawal, merancangpemajuan dan penggunaan tanah dan bangunan di dalam negara.Dengan itu, oleh kerana ‘projek’ pembangunan adalah berfokuskan misalnya kepadakawasan, sumber semulajadi yang terdapat di kawasan berkenaan serta potensi ekonomi yangdicetuskan oleh tindakan memajukan kawasan tersebut, maka dari sudut ini projek

Page 8: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

pembangunandihadkan takrifan dan konsepnya setakat hubungan yang terjalin antara kerajaan dan pemaju,iaitu

“...menjalankan apa-apa kerja bangunan, kejuruteraan, perlombongan, perindustrian, atau apa-apa kerja lain yang seumpamanya pada, di atas, disebelah atau di bawah tanah, membuat sesuatu perubahan matan tentang penggunaan sesuatu tanah atau bangunan atau mana-mana bahagiandaripadanya, atau memecah-sempadan atau mencantumkan tanah.”

ii Bagaimanapun, buku ini tidak membataskan perbincangan hanya kepada takrifan pembangunansecara teknikal dan operasional sebagaimana digariskan oleh perundangan khas sepertiPerlembagaan Persekutuan. Takrifan tersebut memaparkan pengertian pembangunan secarakhusus dari sudut ‘rancangan’ atau ‘projek’ pembangunan. Dengan kata lain, projek-projek pembangunan itu bersifat sangat khusus, diberikan sifat yang konkrit, objektif dan boleh diukurberdasarkan tafsiran yang boleh dipertimbang dan diputuskan oleh mahkamah pengadilan.Apa yang diliputi oleh buku ini adalah untuk melihat komponen-komponen pentadbiranpembangunan khususnya dari sudut peranan dan tanggungjawab jentera pentadbiran kerajaan,perkhidmatan awam serta unsur-unsur dan sokongan-sokongan yang diperlukan untuk melancarkan pembangunan secara bermakna. Ini meliputi aspek-aspek polisi dan pelaksanaan.Oleh itu, istilah pembangunan bukan hanya boleh diulas dan ditafsir oleh pihak kehakiman dimahkamah sahaja, malah boleh juga ditafsir dan dibahas di peringkat awal atau perancangan,misalnya dengan melihat kepada bantahan atau aduan awam berkenaan kesan sesuatu rancanganpembangunan kepada masyarakat sama ada secara khusus manhupun umum.Dengan kata lain, sesuatu rancangan pembangunan itu belumlah dianggap sebagaipembangunan sehinggalah ia betul-betul dianggap dan disahkan, yakni apabila diwartakansebagai suatu pembangunan. Oleh itu, buku ini bertujuan untuk melihat dan membincangkanaspek-aspek pembangunan yang di luar daripada perspektif undang-undang. Selanjutnya,penulisan buku ini juga bertujuan untuk memberi pertimbangan dan tumpuan kepada psikologidan motivasi pembangunan itu sendiri yang dilihat dari beberapa sudut, dengan pendekatan

khusus sains politik. Antaranya meliputi evolusi takrifan dan konsep pembangunan, isu danbidang tumpuan, serta kaedah dan strategi yang digunakan dalam mentadbir pembangunan.Bahagian ini membincangkan beberapa perspektif mengenai pembangunan serta skop yangmenentukan batas atau sempadan perbincangan. Dengan soal ruang dan keutamaan di fikiran,bahagian ini akan memberi penekanan kepada soal-soal takrifan dan tujuan pembangunan.

Mentakrif Pembangunan

Istilah dan konsep pembangunan telah terlalu lama diperbahas. Setelah melewati beberapa dekadyang menyaksikan kebangkitan beberapa negara baru daripada belenggu penjajahan, istilahtersebut semakin kerap dibincangkan dan diperbaharui pemahamannya menurut berbagai-bagaipertimbangan yang tersendiri. Meskipun amat sukar untuk mendapatkan suatu takrifan yangbenar-benar boleh diterima bersama oleh kebanyakan orang berkenaan istilah pembangunantersebut, namun tidak dinafikan bahawa pelbagai perbincangan yang telah diadakan padapelbagai platform di peringkat antarabangsa terutamanya telah memberi perspektif serta dimensiyang baru terhadap konsep tersebut.Dengan itu,

Page 9: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

tidaklah menghairankan apabila sehingga pada hari ini, makna pembangunandigunakan bersilih ganti dengan istilah-istilah yang lain yang secara umumnya disamakandengan pembangunan. Barangkali perbezaan-perbezaan antara istilah-istilah "pembangunan"dengan "kemajuan", "pemodenan", "pembaharuan" dan sebagainya hanya merupakan perbezaandari sudut peristilahan sahaja kerana kemungkinannya adalah kebanyakan daripada pemikiranberkenaan pembangunan lebih menjurus kepada aspek "perubahan" berdasarkan konteks yangtertentu. Negeri Selangor misalnya dilaporkan menetapkan sasaran untuk menjadi “maju”dengan menjadikan Denmark, Switzerland dan Norway sebagai penanda aras (benchmark ).iii

Selain Selangor, Kedah turut mengisytiharkan bahawa negeri tersebut dijangka mencapai statusmaju menjelang 2010. Bagaimanapun, dengan meneliti kenyataan-kenyataan serta laporan-laporan rasmi, apa yang dirujuk sebagai “maju” oleh kerajaan negeri Kedah bolehlah ditafsirkansebagai ideologi yang tujuan utamanya adalah untuk merangsang psikologi dan motivasi rakyatuntuk mencetuskan perubahan yang bermakna.

iv Dengan apa yang dipaparkan di atas, adalah jelas bahawa walau apapun istilah yangdigunakan, kenyataannya konsep pembangunan sentiasa terus terbuka kepada perbincangan sertapenilaian lebih lanjut dari semasa ke semasa. Dengan kata lain, takrifan pembangunan perlusentiasa terbuka kepada usaha-usaha mengubahsuai dan pemikiran semula sesuai dengan konteksdan maksud khusus yang telah ditentukan sejak awal. Namun, sesuatu yang agak jelas yang telahmendominasi persekitaran wacana tempatan dan antarabangsa mengenai pembangunan adalahkenyataan bahawa kebanyakan pemikiran mengenai pembangunan merujuk istilah tersebut lebihkepada pertumbuhan ekonomi serta perubahan sosial yang dicetuskan akibat daripadapertumbuhan ekonomi.Ungkapan ‘Negara-Negara Membangun’ (developing countries) misalnya telahdigunakan secara longgar dan bebas terutamanya oleh Barat untuk menggambarkan keadaansebahagian besar negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin. Berdasarkan ukuran Barat,negara-negara tersebut - yang didominasi oleh ekononomi-ekonomi berasaskan tani –mempunyai ciri-ciri utama yang antara lainnya termasuklah:

(1) pendapatan per kapita dan tabungan yang rendah;

(2) pertumbuhan penduduk yang pesat;

(3) kegagalan pertanian;

Federalisme, sistem dua parti dan realiti politik Malaysia - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/nik-nazmi/article/Federalisme-sistem-dua-parti-dan-realiti-politik-Malaysia#sthash.uevyxn5G.dpuf

NOV 27 — Pada 21 November lalu saya dijemput Institut Kajian Dasar untuk bersama-sama YB Datuk Husam Musa dan YB Teng Chang Khim di dalam forum membincangkan Sistem Dua Parti dan Hubungan Negeri-Persekutuan. Forum tersebut sebahagian daripada Simposium Kebangsaan IKD tentang Pakatan Rakyat dan Bermulanya Sistem Dua Parti di Malaysia.

Page 10: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

Husam menyentuh tentang hipokrasi Kerajaan BN dalam hubungan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, sementara Teng pula mengusulkan agar prinsip Federalisme ditafsirkan dengan lebih luas sesuai dengan perkembangan semasa.

Dalam ucapan saya, saya bermula dengan memetik tulisan YM Tunku ‘Abidin Muhriz: “Regional autonomy was practised for centuries amongst the present constituent states of Malaysia — the only formal federation in Southeast Asia — yet the country is among the most centrally administered in the region.”

Itulah ironinya, bagaimana satu-satunya Persekutuan formal di rantau ini kini semakin terjerat dengan penguasaan Kerajaan Pusat. Saya turut mengingatkan hadirin bagaimana Umno sendiri menentang konsep unitari yang diusulkan Britain menerusi Malayan Union, sebaliknya mengusulkan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948.

Dalam sejarah negara kita, wujud beberapa episod pencabulan prinsip Federalisme, antaranya: campurtangan Kerajaan Pusat bagi menjatuhkan Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan pada 1960an, Pemerintahan Darurat di Kelantan pada 1977 yang membolehkan Kerajaan Pusat menjatuhkan Kerajaan PAS, peminggiran hak Sabah di bawah PBS pada awal 1990an dan isu royalti minyak Terengganu dan Kelantan.

Sejak 8 Mac 2008, apabila buat pertama kali 5 kerajaan negeri jatuh ke tangan pihak pembangkang kita melihat bagaimana Perak dirampas, Pulau Pinang terus dipinggirkan dan terbaru isu royalti minyak Kelantan.

Sebagai sebahagian daripada Kerajaan Selangor, kami sendiri melalui beberapa pengalaman yang sama: program People-Centric anjuran bersama Jabatan Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Suruhanjaya Pilihan Raya; halangan Datuk Noh Omar selaku Menteri Pertanian kepada semua pegawai agensi Persekutuan untuk hadir dalam program Kerajaan Negeri dan usaha Kerajaan Persekutuan menggagalkan penstrukturan semula industri air Selangor.

Tema sama yang mendasari insiden-insiden ini jelas: bagaimana sebuah Kerajaan Persekutuan yang dipimpin satu parti (atau pakatan parti-parti) menolak kerjasama dengan Kerajaan Negeri yang dipimpin pihak lawan dan secara tersusun menggunakan jentera kerajaan terhadap negeri-negeri tersebut, lantas terhadap rakyat mereka sendiri!

Malah sejak 8 Mac kini melihat ketegangan antara negeri dan pusat turut menular di negeri-negeri BN seperti perlantikan Menteri Besar di Perlis dan Terengganu.

Jelas sekali, prinsip Federalisme yang mendasari pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia semakin terhakis, ditelan dek zaman, hasil pindaan Perlembagaan kesan majoriti besar BN selama ini.

Kuasa serta sumber kewangan Kerajaan Negeri teramat terhad. Kekuatan kewangan, jentera kerajaan, institusi keselamatan — semuanya di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan. Pada masa sama, saya

Page 11: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

menegaskan, Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat perlu kreatif dalam mencari jalan dan bukan hanya memberi alasan untuk mengatasi kemelut ini.

Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha mendrafkan Enakmen Kebebasan Maklumat bagi merealisasikan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban. Pun begitu, ketika mana Menteri Besar menggunakan kuasanya di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi, Kerajaan Persekutuan cuba mencari jalan menggagalkannya. Dalam insiden Bukit Antarabangsa, rakyat perlu bertanya: bagaimana laporan tanah runtuh mengancam keselamatan atau menjejaskan kepentingan strategik negara?

Pada masa sama, usaha Majlis Bandar Raya Petaling Jaya menubuhkan polis bantuan (auxiliary police) bagi membantu Polis Di Raja Malaysia menjaga keselamatan di Petaling Jaya sehingga hari ini tidak mendapat lampu hijau Kerajaan Persekutuan. Ya, keselamatan adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Tetapi sebagai langkah pro aktif sebuah PBT yang mempunyai hasil yang banyak dan dibelenggu jenayah, MBPJ mahu membantu PDRM yang kerap mengeluh kekurangan pegawai polis. Lapangan Terbang, Pelabuhan semuanya mempunyai polis bantuan. Mengapa rakyat Petaling Jaya dinafikan hak tersebut? Di banyak negara lain, polis terletak di bawah kuasa PBT!

Bagi memecah kebuntuan ini, kita perlu mencari beberapa jalan. Antaranya melahirkan semangat dwiparti (bipartisanship) antara BN dan PR, memandangkan wujud pihak-pihak di dalam BN yang juga tidak berpuas hati dengan keadaan berat sebelah hari ini (boleh kita tanya YB Datuk Seri Idris Jusoh!). Kesediaan YM Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai kaukus menuntut royalti minyak adalah contoh yang baik, dan harus dikembangkan lagi.

Kita juga mesti memulakan anjakan paradigma daripada mentaliti winner takes all (menang atau kalah kesemuanya) kepada win-win (menang-menang). Jika kita merujuk kepada Perlembagaan kita jelas wujud imbang balik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Cadangan YAB Tan Sri Datuk Abdul Khalid Ibrahim agar diwujudkan Independent Grants Commission bagi memastikan keadilan penyaluran dana kepada Kerajaan Negeri harus dikaji dengan teliti. Bayangkan, rakyat Selangor membayar cukai sebanyak RM16 bilion kepada Kerajaan Persekutuan. Namun bajet Kerajaan Negeri cumalah RM1.3 bilion. Sebagai anggota Persekutuan, kami menerima perlunya dana Selangor yang kaya ini dikongsi negeri-negeri lain yang lebih memerlukan, tetapi sekiranya setiap negeri dijamin memperoleh minima 20 peratus cukai yang diperolehi daripanya, Selangor sendiri berhak mendapat peruntukan RM3.2 bilion!

Beberapa buah negara berjaya dengan model Federalisme mereka, seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Jerman. Malah negara Indonesia yang secara asasnya adalah republik unitari, semakin melonggarkan kuasa Kerajaan Pusat pasca Reformasi hingga kini gergasi tidur tersebut bangkit kembali dengan kemajuan ekonomi, politik dan sosial yang mengagumkan.

Dalam hal ini, Pakatan Rakyat perlu bersatu. Tekanan terhadap Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat hanya dapat kita hadapi jika kita bersama. Dalam hal ini Konvensyen Pakatan Rakyat dan Persidangan Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat harus digunakan sebaik-baiknya untuk melakar dasar dan kerjasama antara negeri, selain manifesto di peringkat nasional.

Menyebut tentang perkara ini saya ingin mengulas beberapa pandangan kritis tentang kewajaran sistem dua parti di Malaysia. Sahabat saya, Wan Saiful Wan Jan yang mempengerusikan salah sebuah panel dalam simposium yang sama. Dalam kolum The Malaysian Insider beliau, Wan Saiful merasakan sistem dua parti akan merugikan negara dalam jangkamasa panjang memandangkan sistem tersebut

Page 12: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

membunuh pilihan dan persaingan. Beliau bertanyakan saya perkara sama ketika forum saya berlangsung.

Haris Zalkapli di Harakah Daily pula melihat perbezaan ideologi di dalam Pakatan Rakyat sebagai penghalang sistem dua parti tersebut, memandangkan sistem dua parti memerlukan perbezaan dua ideologi yang jelas.

Sejarah negara membuktikan bagaimana dominasi Umno-BN selama 50 tahun telah menghakis muafakat Perlembagaan yang dicapai ketika Kemerdekaan dahulu. Ya, pilihan raya ada, tetapi pilihan raya tersebut tempang dan antara tempoh pilihan raya tersebut rakyat tidak merasai nikmat demokrasi: media dikongkong, garis parti/kerajaan kabur, hak-hak asasi dicabuli.

Antara faktor yang membolehkan hegemoni Umno-BN wujud ialah masyarakat kita yang majmuk. Hanya Umno-BN yang berjaya mendapat sokongan seluruh spektrum masyarakat; PAS hanya mampu meraih sokongan di kawasan majoriti besar Melayu di Utara dan Pantai Timur sementara DAP pula meraih sokongan kawasan majoriti besar kelas pekerja Cina.

Dalam hal itu PAS dan DAP boleh fokus kepada pengundi masing-masing, menjuarai isu-isu kelompok mereka namun gagal melakar agenda nasional yang mampu menarik sokongan semua. Justeru BN selesa di tampuk kekuasaan.

Lahirnya Keadilan yang bersifat pelbagai kaum mengubah senario ini. Ditambah pula rasa jelek terhadap sentimen perkauman dan penderitaan dasar ekonomi Umno-BN pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu menimbulkan situasi unik di mana rakyat pelbagai kaum buat pertama kali menolak Umno-BN bersama-sama. Sebelum ini hanya satu kaum yang menentang Umno-BN: 1986 kaum Cina dan 1999 kaum Melayu.

Femonena unik melibatkan pengundi Cina, India dan Melayu bandar pada 2008 sukar untuk diulang tanpa kesepakatan Pakatan Rakyat untuk berada di jalur tengah dan menjadi sebuah pakatan parti politik yang bersatu-padu dengan prinsip-prinsip asas dan dasar-dasar bersama yang jelas.

Justeru pendaftaran dan Konvensyen Pakatan Rakyat Disember ini teramatlah penting. Selepas serangan media dan kegagalan kita menunjukkan imej bersama yang lebih erat, kita tidak boleh melepaskan peluang ini.

Pandangan bahawa dengan membuka lebih banyak persaingan dalam arena politik akan mengangkat tahap politik kita mengandaikan semua parti politik akan bersaing atas padang yang sama rata: media yang adil, peruntukan pembangunan yang saksama dan pegawai kerajaan yang bebas dan menerima semua parti dengan terbuka.

Namun, tanpa kerjasama yang jelas, pihak lawan kepada BN akan terus rapuh dan berpecah seperti dahulu kala. Adakah situasi bagi pihak pembangkang akan bertambah baik dalam keadaan tersebut?

Ini bukannya bermakna kita mahu Pakatan Rakyat menjadi seperti Umno-BN, yang mana Umno berperanan sebagai “abang sulung” dan ruang untuk berbeza pendapat dan mengkritik pimpinan teramat sempit. Itu politik lapuk yang tidak relevan.

Hakikat bahawa tiada parti perkauman di dalam Pakatan Rakyat menghalang elemen “abang sulung”. Pimpinan Pakatan Rakyat perlu berlapang dada terhadap perbezaan pendapat dan pandangan kritis.

Page 13: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

Tetapi prinsip collective responsibility yang bukan sahaja berasaskan demokrasi Westminster Britain malah berakar umbi dalam adab berjemaah Islam daripada zaman Rasulullah s.a.w. harus dijunjung. Wujud perbezaan antara anggota kerajaan dan seorang wakil rakyat backbencher.

Sesiapa yang mengikuti perkembangan politik di Barat mengetahui bahawa walaupun setiap parti utama berasaskan prinsip-prinsip asas yang disepakati bersama wujud pelbagai perbezaan pandangan. Di Britain Tony Blair dan Gordon Brown memimpin Parti Buruh yang sederhana dan menerima realiti pasaran, namun masih ada sosialis lama yang menentang keras perubahan tersebut. Parti Demokrat sendiri ada sayap kanan dan kirinya.

Malah, setiap gerakan politik yang berjaya berasaskan gabungan luas yang melibatkan pelbagai kelompok fokus pada matlamat bersama. Ya Pakatan Rakyat ada golongan liberal, ada golongan sosialis dan ada golongan Islam. Tetapi dalam isu menjunjung Perlembagaan, pilihan raya yang bebas dan adil, ekonomi yang dinamik dan sejahtera, memartabatkan hak asasi manusia, saya tidak fikir kita banyak berbeza. Pengalaman kita menjadi mangsa pemerintahan autoritarian Umno-BN seharusnya mengajar kita tentang perubahan yang kita inginkan. Dalam hal ini setiap parti politik harus mencari titik temu yang relevan untuk kelompok besar rakyat Malaysia.

Dalam Islam sendiri, hatta sesama golongan Ahlul Sunnah Wal Jamaah kita ada perbezaan dalam perkara furuk (cabang) sedangkan asas iktikadnya sama. Namun kita juga boleh belajar dari dinamisme ini di mana kesepakatannya bukannya ‘dipaksa’ dari atas, tetapi timbul daripada masyarakat yang lahir dari ijmak ulama’.

Justeru wujud mekanisme seperti pemilihan satu ahli satu undi (sebagaimana telah dibuat Keadilan) dan pemilihan calon oleh peringkat akar umbi (sebagaimana cadangan Tengku Razaleigh untuk Umno dan diamalkan di Britain) boleh dipertimbangkan. Dengan ini sistem dua parti pun mengekalkan suatu dinamisme dengan masyarakat yang ramai dan mewakili jamak pandangan.

Pun begitu, saya tidak nafikan mungkin di masa hadapan kita perlu memikirkan situasi berbeza. Sekiranya kita mengubah sistem pilihan raya daripada first-past-the-post kepada satu bentuk proportional representation tidak mustahil kita melihat situasi lebih fleksibel seperti di Jerman dan Indonesia. Namun jika rakyat tidak bersedia, sistem ini mungkin melahirkan kelompok ekstrim dalam politik. Kita boleh memperbaiki sistem sedia ada dengan kembali kepada peruntukan asal Perlembagaan yang mana perbezaan antara kawasan Parlimen tidak boleh melebihi 15 peratus antara satu sama lain. Peruntukan ini dimansuhkan pada 1962 sehingga timbul situasi cacamerba hari ini.

Justeru, kita harus berbalik kepada perkara asas. Buat masa ini, melihat realiti masyarakat Malaysia, sistem dua parti adalah suatu kemajuan buat demokrasi kita. Sekurang-kurangnya, dua parti adalah lebih baik dari dominasi satu parti selama ini!

Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan ADUN Seri Setia, Selangor dan turut menjawat Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor serta Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia. Beliau menulis blog di www.niknazmi.com. Pandangan ini merupakan pandangan peribadi.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/nik-nazmi/article/Federalisme-sistem-dua-parti-dan-realiti-politik-Malaysia#sthash.uevyxn5G.dpuf

Page 14: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/nik-nazmi/article/Federalisme-sistem-dua-parti-dan-realiti-politik-Malaysia#sthash.uevyxn5G.dpuf

Federalisme dan Pengamalannya di Malaysia - Bhgn 1 6:51 PM   Saifullah Zulkifli   No comments

FEDERALISME DAN PENGAMALANNYA DI MALAYSIA - Bhgn 1.

MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI

PENGENALAN

Federalisme atau sistem Persekutuan adalah merupakan sistem yang diperkenalkan British sejak sebelum merdeka bagi melicinkan sistem pentadbiran dan pengurusan ekonomi. Pengamalan Federalisme di Malaysia memberikan pelbagai kesan signifikan dalam ekonomi dan politik di Malaysia. Kertas ini akan membincangkan pelaksanaan sistem Federalisme di Malaysia dengan memberi pemahaman konsep faderalisme dan seterusnya perjalanan pelaksanaan federalisme. Kertas ini turut membuat perbandingan pengamalan federalisme di Malaysia dan di negara lain serta memberikan gambaran isu penting yang berlegar di sekirar federalisme di Malaysia sejak zaman pentadbiran Perdana Menteri Pertama hingga Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammad bagi melihat aspek positif dan negatif sistem federalisme di Malaysia.

KONSEP FEDERALISME

Sistem federalisme adalah merupakan sistem yang telah digunapakai sejak zaman kegemilangan Yunani pada kurun ke 13 bagi meningkatkan keselamatan di negera-negara sekitar Yunani dari serangan musuh. Sistem ini dipoluparkan kemudiannya oleh tokoh falsafah Perancis, Jean Bodin yang menyatakan sistem federalism ini adalah merupakan sistem terbaik bagi melicinkan perjalanan pentadbiran negara dan memberikan kuasa kepada wilayah-wilayah kecil. Ini secara langsung dapat meningkatkan pembangunan ekonomi dan keselamatan sesebuah negara. Jean Bodin melihatkan walaupun wilayah atau negeri kecil ini terpaksa menyerahkan sebilangan kuasa kedaulatan mereka kepada pemerintahan pusat, tetapi negeri ini diberikan kelebihan melalui penyatuan wilayah lain secara persekutuan dan masih mengekalkan identiti mereka.

Secara pemahaman konsepnya federalisme seperti yang dinyatakan olehWheare bahawa pemerintahan federalisme adalah merupakan sistem kerajaan yang mempunyai kuasa pusat dan kuasa negeri atau wilayah dengan masing-masing mempunyai kuasa untuk memerintah seperti yang dipandukan oleh perlembagaan. Secara ringkasnya ciri-ciri negara yang mengamalkan federalisme adalah mempunyai

Page 15: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

dua bentuk kerajaan iaitu diperingkat negeri/ wilayah dan pusat dengan masing-masing mempunyai kuasa. Federalisme hanya boleh terwujud dengan persetujuan wilayah kecil atau negeri ini ingin bergabung antara satu sama lain dan menyerahkan sebilangan kedaulatan kuasa negeri kepada kuasa pusat dengan jaminan oleh perlembagaan dan masih mengekalkan identiti mereka. [1]

PELAKSANAAN FEDERALISME DI MALAYSIA

Pelaksanaan sistem federalisme di Malaysia adalah seawal 1896 yang melibatkan negari-negeri Melayu Bersekutu iaitu Selangor, Pahang, Perak, dan Negeri Sembilan sewaktu sistem residen dibawah penjajah British. Sir Frank Swetthenham selaku pegawai tadbir British merasakan negeri-negeri Melayu bersekutu ini perlu disatukan melalui sistem persekutuan bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan ekonomi.

Dalam sudut yang lain, penubuhan sistem Residensi ini bukanlah satu sistem persekutuan tetapi perjanjian persekutuan ini sebenarnya adalah untuk memperluaskan cengkaman kuasa penjajah British di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam pada masa yang sama cuba mencerminkan bahawa penjajah British melindungi kepentingan Melayu. Ini dapat dilihat apabila 5 Perjanjian Persekutuan (Treaty of Federation), dalam artikel 4 menyebut bahawa Monarki bersetuju untuk melantik pegawai British yang dikenali sebagai ‘Residency General’ yang akan mengawal selia segala urusan pentadbiran dan kewangan kecuali dalam hal agama Islam dan adat. Penerimaan sistem residen di empat buah negeri ini memberikan kuasa yang besar kepada British selaku Residen Umum berbanding penasihat British dalam sistem yang lama.

Fasa baru dalam sistem pelaksanaan Federalisme di Malaysia adalah pada tahun 1948, sewaktu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu digunapakai. Perjanjian ini adalah merupakan perjanjian yang menggantikan Malayan Union yang mendapat tentangan hebat daripada penduduk Melayu. Malayan Union merupakan simbol kebangkitan rakyat menentang dasar British dan kemudiannya menjadi titik tolak kepada perjuangan menuntut kemerdekaan. Terdapat tiga intipati penting Malayan Union iaitu mewujudkan kesatuan yang menggabungkan kesemua negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Selat kecuali Singapura. Secara langsung Malayan Union menghapuskan kuasa negeri-negeri dan menggunakan sistem Unitari atau kesatuan. Kedua adalah kesemua negeri yang berada dibawah kesatuan Malayan Union akan diketuai oleh seorang ‘Governor-General’ yang mengawal seluruh pentadbiran Malayan Union dan ini secara langsung mengecilkan kuasa raja-raja Melayu kecuali dalam hal adat dan agama Islam. Intipati Malayan Union ketiga adalah sistem kerakyatan berlandaskan ‘Jus Soli’. Jus Soli adalah pendekatan yang diambil British dalam memberikan kerakyatan kepada mana-mana kaum berlandaskan tempat kelahiran dan tempoh tinggal di tanah Melayu.

Pada 1 April 1946, Edward Gent dilantik menjadi ‘Governor-General’ pertama selepas Harold MacMicheal ditugaskan penjajah untuk mendapatkan persetujuan raja-raja Melayu. Pelaksanaan Malayan Union dan tindakan British membelakangkan raja-raja Melayu menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu.

Page 16: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

Pelbagai tindakan diambil termasuk penubuhan UMNO dan semua parti serta pertubuhan Melayu bergabung menentang pelaksanaan Malayan Union.

Akibat penentangan ini, penjajah British menghantar 2 orang ahli Parlimen, LD Gammans (Parti Konservatif) dan Kolonel Rus William (Parti Buruh) untuk berbincang dengan pimpinan Melayu dan Raja-Raja Melayu. Hasil dari perbincangan ini cadangan yang dibuat kepada penjajah British adalah untuk mempunyai kerajaan pusat yang kukuh dengan memberi kuasa serta pengiktirafan kepada negeri-negeri Melayu. Akhirnya pada 1 Februari 1948 telah dilaksanakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang menggunapakai sistem federalisme sebagai sistem pentadbiran antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri[2].

Sehingga Mac 1957, satu suruhanjaya Reid telah ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai langkah penting menuntut kemerdekaan. Antara intipati penting dalam Perlembagaan Persekutan Tanah Melayu yang diketuai oleh Lord Reid adalah untuk mengadakan kerajaan pusat yang kuat dan kukuh disamping kuasa-kuasa negeri yang dijamin perlembagaan, kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan, mengadakan sistem kerakyatan seperti yang dipandukan perlembagaan, dan menjamin kedudukan istimewa orang melayu[3].

Perlembagaan Malaysia terdapat 15 Bahagian dengan 131 Perkara selepas kemasukkan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963. Dalam hal ini, Kerajaan persekutuan diberi kelebihan kuasa berbanding Kerajaan Negeri. Ini dapat dilihat dalam aspek kewangan dan aspek perundangan. Dalam artikel 75 menyatakan bahawa jika undang-undang negeri yang tidak selari dengan undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan akan digunapakai dan undang-undang negeri akan terbatal. Jadual Kesembilan dalam Perlembagaan Malaysia juga telah menggariskan 3 senarai bidang kuasa pusat, negeri dan bersama. Dalam senarai ini, kuasa utama adalah kepada kerajaan pusat selebihnya seperti hal tanah, muzium, perairan dan saliran, agama Islam dan adat adalah dibawah kerajaan negeri. Peruntukkan kewangan pula dalam Perlembagaan Malaysia meletakkan cukai-cukai utama dan sumber kewangan penting negara di bawah kuasa kerajaan pusat seperti yang di peruntukkan dalam Artikel 96-112 Perlembagaan Malaysia.

PERBANDINGAN FADERALISME DI MALAYSIA DAN NEGARA LUAR

Federalisme adalah konsep yang digunakan pakai oleh kebanyakkan negera pasca kolonialisasi. Antara faktor utama adalah kerana sistem ini mampu menyatukan kepelbagaian dalam sesebuah negara seperti yang dinyatakan dalam buku Federalism in Asia oleh Bhattacharrya. Dalam beberapa fakta termasuk yang dinyatakan oleh Guibernau melihat bahawa negara mengamalkan sistem federalisme adalah merupakan sistem yang memenuhi tuntutan kumpulan minoriti dan ideal kepada negara yang mempunyai pelbagai kaum.[4] Ini dapat dilihat dalam beberapa pengamalan faderalisme di Belgium yang berdepan dengan wilayah majoriti berbangsa Flemish dan tuntutan autonomi diberikan berdasarkan pengamalan

Page 17: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

sistem faderalisme di Belgium. Begitu juga dengan Kanada yang mengangkat sistem faderalisme sebagai sistem yang ideal bagi berhadapan dengan kaum minoriti seperti golongan Quebecois. Di Sepanyol, golongan etnik minoriti Basque, Catelonia dan Galacia menggunakan sistem federalisme ini di Sepanyol bagi memenuhi tuntutan mereka.

Walaupun sebenarnya sehingga hari ini tuntutan dari puak Flemish di Belgium dan puak Quebecois masih menuntut pemerintahan sendiri atau dalam erti kata lain kemerdekaan dari Belgium dan Kanada, tetapi sistem federalisme masih dilihat yang terbaik dan ideal bagi memenuhi tuntutan kaum minority sekaligus mengurangkan konflik dalam negera.

Dalam konteks ini pengamalan federalisme di Malaysia bukanlah didorong oleh memenuhi tuntutan etnik minoriti seperti yang dinyatakan di atas, tetapi Simandjuntak[5] dalam tulisan beliau meletakkan federalisme di Malaysia sebagai sebuah kejayaan kerana federalisme adalah merupakan solusi kepada masalah berkauman  di Malaysia berbanding kegagalan federalisme dalam menyelesaikan masalah perkauman di India Barat.

Federalisme di Malaysia tidak dilihat didorang daripada faktor masalah perkauman tetapi pengalaman federalisme di Malaysia adalah berkait rapat dengan geografi politik negeri yang telah diamalkan sejak sebelum merdeka terutamanya melalui Persekutuan Tanah Melayu 1948. Sebelum Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan pada 1948, pihak penjajah British cuba untuk menggunakan sistem Unitari di Tanah Melayu melalui Malayan Union 1946-1948. Melalui Malayan Union pihak British cuba menghapuskan kedudukan dan kuasa negeri-negeri termasuk institusi beraja di negeri-negeri. Kuasa raja-raja Melayu termasuk kuasa terhadap tanah nageri dihapuskan kecuali kuasa dalam hal-ewal agama Islam. [6] Akibat tercetusnya penentangan terhadap cadangan Malayan Union ini makalah wujudnya Perjanjuan Persekutan Tanah Melayu pada 1 April 1948 yang menolak sistem unitari dan mengguna pakai sistem persekutuan dengan mengekalkan negeri-negeri Melayu serta kuasa sultan.

Walaupun sistem yang diguna pakai di Malaysia kebanyakkan adalah sistem peninggalan British, tetapi adalah sesuatu yang menarik apabila di dalam Suruhanraja Reid mengguna pakai sistem federalisme berbanding British yang menggunakan sistem Unitari atau kesatuan. Dalam suruhanjaya Reid yang turut disertai oleh wakil dari India, Pakistan dan Australia yang juga mengamalkan sistem federalisme mengiktiraf Tanah Melayu sebagai negara persekutuan, federalisme.[7] Dalam konteks ini Malaysia adalah lebih rapat dengan Amerika Syarikat yang turut mengguna pakai sistem Federalisme berbanding British yang menggunakan sistem Unitari, Kesatuan.

Amerika Syarikat pada awalnya menggunakan sistem konfederasi yang memberikan kuasa besar kepada negeri-negeri di Amerika Syarikat yang akhirnya tercetus pelbagai masalah termasuk peperangan.

Page 18: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

Akhirnya pada tahun 1787 sebuah Konvensyen Perlembagaan di Philadephia telah diadakan bagi merangka perlembagaan baru Amerika Syarikat. Hasil daripada konvensyen ini Amerika Syarikat telah mengguna pakai sistem baru Federalisme. Berdasarkan penulisan Dr Joseph Fernando, Federal Constitutions: A Comprehensive Study of Malaysia and the United State[8] telah meletakkan bahawa Malaysia dan Amerika Syarikat berkongsi satu persamaan yang utama iaitu memberikan kuasa yang besar kepada kerajaan persekutuan.

[1] Muhammad Agus Yusof, Politik Federalisme di Malaysia, Jati, Bil 7, Disember 2002

[2] Mohammad Agus Yusoff, Malaysian Federalism: Conflict or Consensus: Penerbit Universiti Kebangsaan, Bangi, 2006.

[3] Joseph M Fernando, The Alliance Road To Independence: Universiti Malaya Press, Kuala Lumpur, 2009

[4] Guibernau, M, Nationalisms: The Nation State and Nationalisme in the Twentieth Century, Polity Press, Cambridge, 1996.

[5] Simandjuntak, B. Malayan Federalism, 1945-1963: A Study of Faderal Problem in a Plural Society, Oxford Press. Kuala Lumpur, 1969.

[6] Muhammad Kamil Awang, The Sultan and The Constitution, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1998

[7] Joseph M Fernando, The Alliance Road to Independence, University Malaya Press, Kuala Lumpur. 2009

[8] Joseph M Fernando, Federal Constitutions: A Comparative Study of Malaysia and the United States, University Malaya Press, Kuala Lumpur. 2007

ISU SEKITAR FEDERALISME DI MALAYSIA

Sistem faderalisme sewaktu zaman pentadbiran Tunku Abdul Rahman berdepan dengan beberapa isu. Ini melibatkan hubungan antara kerajaan Pusat dan kerajaan negari yang dipimpin oleh dua parti yang berbeza. Pacsa pilihanraya 1959 memperlihatkan pentadbiran Kelantan dibawah PAS dan kerajaan pusat dibawah Parti Perikatan. Akibat daripada haluan politik yang berbeza pihak kerajaan pusat enggan bekerjasama dengan kerajaan negeri, begitu juga sebaliknya pihak kerajaan negeri tidak mahu menerima

Page 19: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

bantuan kerajaan pusat kerana tidak mahu dilihat dikawal pihak kerajaan pusat. Pihak kerajaan pusat enggan memberikan peruntukan kewangan kepada kerajaan negeri malah telah menubuhkan Kelantan State Land Development Authority (KSLDA) bagi mengenepikan kerajaan negeri dalam soal pembangunan tanah di Kelantan. Satu lagi konflik yang timbul adalah kerana keengganan pihak kerajaan pusat membiaya kos pembinaan jambatan Sultan Yahya Petra yang akhirnya pihak kerajaan negeri terpaksa membayar sendiri kos pembinaan jambatan tersebut.

Kerajaan negeri Kelantan juga mempunyai pengalaman menyaman kerajaan pusat di dalam kes kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapore ke dalam pembentukkan Malaysia. Konflik yang dibawa ke mahkamah ini, Government of the State of Kelantan vs The  Government of Federation of Malaya and Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, 1968 MLJ 322 kerana pihak kerajaan negeri Kelantan berpendapat kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura tidak mendapat persetujuan daripada negeri-negeri termasuk Kelantan. Namun, keputusan mahkamah memberikan kemenangan kepada pihak kerajaan persekutuan kerana kerajaan pusat mempunyai kuasa untuk memasukkan mana-mana negeri ke dalam Malaysia tanpa persetujuan kerajaan negeri yang lain.

Krisis federalisme sekali lagi timbul apabila pihak kerajaan pusat tidak memberikan peruntukkan kewangan kepada kerajaan negeri Kelantan pada tahun 1968.  Ini diakibatkan oleh pihak kerajaan negeri Kelantan tidak berunding terlebih dahulu dengan pihak kerajaan pusat dalam Bajet Kerajaan Negeri 1968. Ini berlaku setelah pilihanraya 1964 kerajaan negeri Kelantan mengambil sikap berkerjasama dengan pusat dan kerajaan Pusat bersetuju memberikan peruntukkan kewangan serta pinjaman kepada kerajaan negeri Kelantan sebanyak 1 Juta ringgit. Dari pinjaman ini, kerajaan pusat meletakkan beberapa syarat termasuklah keperluan untuk rundingan terlebih dahulu dalam perangkaan bajet kerajaan negeri. Krisis kewangan kerajaan negeri ini menunjukkan betapa besarnya kuasa kewangan yang diperuntukkan oleh perlembagaan Malaysia seperti yang dibincangkan diatas.

Peruntukkan perlembagaan dalam Perkara 111(2) dibuktikan melalui kesGovernment of Malaysia vs Government State of Kelantan (1968), MLJ 223apabila kerajaan mendapat kewangan daripada syarikat swasta Timbermine Industrial Corporation Co Ltd yang dianggap sebagai pinjaman kewangan oleh pihak kerajaan persekutuan. Seperti yang telah dibincangkan diatas, dalam perkara 111(2) Perlembagaan Malaysia menyatakan pihak kerajaan negeri tidak dibenarkan untuk meminjam wang dari mana-mana pihak tanpa mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan Pusat. Namun demikian pihak mahkamah persekutuan tidak menganggap perjanjian kewangan ini sebagai satu pinjaman dan secara langsung tidak melanggar perkara 111(2)[1]. 

Dalam zaman pentadbiran Tun Razak (1970-1976) dan Tun Hussien Onn (1976-1981) tidak ada krisis yang besar melibatkan faderalisme kerana ketika Tun Razak, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berada bersama Barisan Nasional bagi membentuk kerajaan campuran. Namun krisis dalaman Barisan Nasional pasca Pilihanraya Umum 1974 akibat daripada perlantikan Dato Muhammad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan yang akhirnya mengakibatkan PAS ditendang keluar daripada Barisan Nasional pada tahun 1977.Zaman pemerintahan Dr Mahathir menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat mahupun politik Malaysia. Pendekatan pentadbiran beliau yang dianggap berpusat kepada kerajaan persekutuan dan autokratik telah menimbulkan pelbagai krisis dalam politik Malaysia. Krisis perlembagaan 1983 dan 1993

Page 20: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

adalah yang paling ketara selain pencabulan hak asasi manusia termasuk dalam kes pembunuhan Ibrahim Libya dan pengikutnya di Baling. Begitu juga krisis dalaman UMNO yang berpecah kepada UMNO baru dan Semangat 46’ menghasilkan Angkatan Perpaduan Ummah manyapu bersih kerajaan negeri di Kelantan dalam pilihanraya umum 1990.

Titik tolak penting dalam sejarah politik Malaysia adalah apabila Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dengan tuduhan rasuah dan liwat mengakibatkan kebangkitan rakyat Reformasi 1998. Kesan daripada Reformasi 1998 adalah Barisan Alternatif Berjaya menawan Kerajaan Negeri Terengganu dan mengekalkan kuasa Kerajaan Negeri Kelantan. Krisis federalisme sekali lagi timbul pasca Pilihanraya Umum ke-9 ini. Dibawah kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir, Kerajaan Pusat menggunakan kuasa persekutuan untuk mendapat pengaruh dan mengawal kerajaan negeri.

Hak kerajaan negeri Kelantan untuk mendapat royalti minyak dinafikan. Bercanggah dengan Tun Abdul Razak yang menyelia pewartaan Akta Petroleum 1974, berkata Royalti 5 peratus perlu dibayar walaupun minyak ditemui di luar pesisir.

Jawapan yang diberikan pada 12 November 1975 itu berbunyi:“Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya.”

Pada 9 Mei 1975, Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut yang kebelakangan ini cuba pula dinafikan oleh beberapa pemimpin BN termasuk tokoh BN Kelantan bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”.

Section 4 di dalam perjanjian tersebut di baca seperti berikut,“Section 4. Cash payment by the Corporation.In return for the ownership and the rights, powers, liberties and privileges vested in it by virtue of this Act, the Corporation shall make to the Government of the Federation and the Government of any relevant State such cash payment as may be agreed between the parties concerned.”[2]

Perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas, YM Tengku Razaleigh Hamzah. Namun adalah malang bagi rakyat Kelantan apabila Royalti digantikan kepada wang ihsan pada tahun 2000. Perjuangan mendapatkan hak rakyat Kelantan masih berterusan sehingga hari ini.

PENUTUP

Secara umumnya federalisme di Malaysia adalah merupakan sistem yang telah diamalkan sekian lama telah terbukti memberikan signifikan positif khususya di dalam melicinkan pentadbiran negara dan membangunkan ekonomi negara. Sistem federalisme ini juga dapat menyelesaikan masalah perkauman di Malaysia yang masyarakatnya adalah berbilang kaum. Ini secara lebih jelas dapat dibuktikan di negeri seperti Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang mana populasi kaum di negeri berkenaan adalah majoriti

Page 21: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

bukan Melayu. Melalui sistem federalisme, kaum majoriti bukan Melayu dapat mengekalkan kuasa pentadbiran dan identiti negeri mereka walaupun berada dalam kumpulan masyarakat majmuk. Negeri-negeri yang kecil dapat peluang pembangunan ekonomi dan bantuan kerajaan pusat yang adil disamping pentadbiran yang lebih licin dan keselamatan yang lebih terjamin.

Namun demikian aspek kerjasama negeri dan pusat ini dalam situasi tertentu terhalang serta menjerumus kepada konflik apabila pemerintah negeri dan pemerintah pusat adalah tidak sehaluan atau dipegang oleh Parti Politik yang berbeza. Dalam beberapa kes yang dilontarkan diatas memperlihatkan sinario di Kelantan seringkali berlaku konflik diantara Kerajaan Pusat yang di perintah oleh Barisan Nasional dan Kerajaan Negeri oleh Pakatan Rakyat. Penyelesaian kepada konflik ini hanya dapat dibuat jika aturan yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia dapat dipegang dan diikut tanpa mengira kepentingan politik.

 RUJUKAN

Muhammad Agus Yusof, Politik Federalisme di Malaysia, Jati, Bil 7, Disember 2002Mohammad Agus Yusoff, Malaysian Federalism: Conflict or Consensus: Penerbit Universiti Kebangsaan, Bangi, 2006.Joseph M Fernando, The Alliance Road To Independence: Universiti Malaya Press, Kuala Lumpur, 2009M Guibernau, Nationalisms: The Nation State and Nationalisme in the Twentieth Century, Polity Press, Cambridge, 1996.B. Simandjuntak, Malayan Federalism, 1945-1963: A Study of Faderal Problem in a Plural Society, Oxford Press. Kuala Lumpur, 1969.Muhammad Kamil Awang, The Sultan and The Constitution, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1998Joseph M Fernando, The Alliance Road to Independence, University Malaya Press, Kuala Lumpur. 2009Joseph M Fernando, Federal Constitutions: A Comparative Study of Malaysia and the United States, University Malaya Press, Kuala Lumpur. 2007Raja Nor Alaini, A Historical Perspective of Federalism in Malaysia,International Journal of Business, Economic and Law, Vol 1, 2012PETIKAN SURAT YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang dihantar kepada YAB Menteri Besar Kelantan bertarikh 30 Julai 2009

MEMAHAMI KONSEP FEDERALISMEAugust 10, 2009

1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan berasaskan prinsip federalisme. Persekutuan Tanah Melayu ini ditubuhkan sebagai ganti kepada Malayan Union atau Kesatuan Malaya yang ditubuhkan pada 1946 dan mendapat tentangan hebat orang Melayu.

Page 22: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

Dahulu, negeri-negeri Melayu pada asalnya adalah terpisah antara satu sama lain mengikut kerajaan negeri masing-masing sehingga mudah kuasa asing menyerang dan menjajah negeri Melayu. British cuba menyatukan negeri-negeri tersebut melalui Malayan Union, tetapi orang Melayu mahukan persekutuan supaya setiap negeri kekal dalam kuasa autonomi masing-masing dan Sultan Melayu terus berdaulat.

Secara prinsipnya, konsep persekutuan atau federalisme merupakan satu proses hubungan antara kerajaan pusat-kerajaan negeri di mana bidang kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri dinyatakan dengan jelas.

Dalam amalan kebanyakan negara federal yang lain seperti Amerika, negeri diberikan kuasa autonomi untuk membolehkan mereka mentadbir urusan-urusan di bawah bidang kuasa mereka dengan berkesan. Di Malaysia, amalan federalisme ini dinyatakan melalui agihan kuasa secara jelas sebagaimana yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. Satu set senarai bidang kuasa yang dikenali sebagai Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama menjelaskan agihan bidang kuasa ini.

Umno dan Perikatan (kemudian BN) diberikan kepercayaan oleh rakyat semenjak merdeka pada 1957 untuk melaksanakan prinsip federalisme ini dalam sistem politik Malaysia. Semenjak dari itu, sehingga ke hari ini, senarai panjang pencabulan prinsip federalisme telah banyak merosakkan reputasi UMNO di mata rakyat dan mencemarkan nama baik pemimpin mereka Allahyarham Dato' Onn Jaafar, antara yang memainkan peranan utama ke arah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, juga merupakan pengasas parti UMNO walaupun kemudiannya meninggalkan UMNO.

Pencabulan prinsip ini semakin ketara selepas tewasnya BN di lima negeri kepada Pakatan Rakyat dalam PRU 12.

Krisis perlantikan Menteri Besar yang berlaku di Perlis dan Terengganu jelas menunjukkan UMNO yang berkuasa di Putra Jaya cuba menafikan kuasa yang dimiliki sultan yang memerintah negeri untuk melantik dan mengurniakan watikah perlantikan seorang Menteri Besar yang diyakini akan mendapat sokongan majoriti ahli dewan undangan negeri. Kuasa ini adalah hak negeri atau sultan dan bukannya hak pusat. Isu yang lebih jelas timbul apabila Perdana Menteri selaku Pengerusi BN mengeluarkan watikah perlantikan menteri besar yang kemudiannya tidak direstui oleh istana. Begitu cepat Perdana Menteri menuduh Sultan Terengganu melanggar perlembagaan.

Persoalan perlantikan penghulu atau ketua kampung juga memperlihatkan kedangkalan pemahaman pemimpin UMNO yang berkuasa di pusat atau mereka memang sengaja buat-buat tak faham.

Mengejutkan apabila Pengerusi Perhubungan Umno Selangor mengadakan pertemuan dengan lebih 300 orang penghulu di Selangor baru-baru ini. Atas kapasiti apa dia berbuat demikian, dan mengapa para penghulu menghadiri perjumpaan tersebut? Bukankah semua

Page 23: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

penghulu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, bukannya di bawah Umno walaupun penghulu tersebut ahli Umno.

Perkara yang sama berlaku di Terengganu ketika diperintah kerajaan PAS tahun 1999-2004. Walaupun kerajaan negeri dengan bidang kuasa yang sah mengikut undang-undang, telah menubuhkan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) mengantikan JKKK, tetapi jelas kerajaan pusat tidak mengiktiraf dan tidak menghormatinya hinggakan borang pinjaman buku teks anak-anak sekolah pun tidak diterima, melainkan setelah ditandatangani oleh Pengerusi JKKK.

Adakah kerajaan pusat tidak faham bahawa semua pentadbiran awam pada peringkat yang lebih rendah daripada kerajaan negeri adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Dan tindakan kerajaan pusat membentuk JKKK di bawah Kementerian Luar Bandar dan Rukun Tetangga di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat tanpa persetujuan kerajaan negeri adalah mencabul kuasa kerajaan negeri. Adakah kerajaan pusat melihat lantikan penghulu kerajaan negeri ini menjejaskan kesejahteraan keseluruhan persekutuan sehingga terpaksa melantik JKKK di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat

Pengagihan peruntukan perkapita kepada negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat juga jelas menunjukkan sikap tidak menghormati amalan federalisme oleh kerajaan pusat. Negeri-negeri yang diperintah PR juga turut sama menyumbang kepada hasil kerajaan persekutuan. Cukai pendapatan, cukai jalan, cukai kastam, saman trafik, bayaran passport, cukai setem, denda mahkamah dan banyak lagi senarai hasil yang dikutip dari bumi negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat sama seperti yang dikutip dari negeri-negeri yang diperintah oleh BN.

Persoalannya kenapa lima negeri Pakatan Rakyat berada dalam senarai penerima peruntukan terendah. Pulau Pinang 119, Kedah 172, Kelantan 179, Selangor 221 dan Perak 230. Kita boleh menerima alasan sekiranya dikatakan selangor menerima peruntukan rendah kerana negeri itu telah sedia kaya, lalu peruntukan perlu diagihkan lebih banyak ke negeri-negeri miskin. Tetapi bagaimana pula dengan Kelantan dan Kedah. Sedangkan gah UMNO mencanangkan, Kelantan adalah negeri miskin.

Baru-baru ini Menteri Pertanian, Dato' Noh Omar memberi amaran supaya supaya mana-mana pegawai kerajaan dari Kementerian Pertanian dilarang sama sekali hadir bersama dalam mesyuarat dengan negeri-negeri pembangkang. Noh Omar seorang menteri, setahu saya berkelulusan undang-undang sepatutnya berfikir lebih baik dari mentaliti seolah -olah seperti seorang ketua cawangan UMNO dan bukannya menteri kerajaan pusat. Dulu, sewaktu di Kementerian Pelajaran, beliau memberikan amaran kepada pelajar-pelajar di luar negara supaya jangan sekali-kali hadir ke program yang dihadiri pemimpin PAS. Ada pelajar yang dikenakan tindakan tarik biasiswa serta-merta.

Umno pernah melakukan jenayah besar berkaitan perlanggaran konsep federalisme

Page 24: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

dengan membatalkan perjanjian royalti minyak di Terengganu sedangkan hasil bumi adalah jelas hak negeri. Kini bayaran royalti minyak untuk Kelantan pula dinafikan. Selepas ini mungkin banyak lagi sabotaj yang akan dibuat oleh kerajaan pusat untuk melemahkan kerajaan negeri walaupun dengan alasan-alasan yang langsung tiada fakta dan kekuatan.

Datuk Mustapa Mohamad sendiri mengakui di dalam sidang DUN Kelantan, bahawa beliau pernah mendesak kerajaan pusat melambatkan pembayaran geran wajib kepada Kelantan, negerinya sendiri. Sebelum ini, dalam kes royalti Terengganu, ketua UMNO bahagian Dungun, Datuk Awang Jabar mencadangkan di dalam Perhimpunan Agong UMNO tahun 2000 supaya kerajaan pusat menarik balik bayaran royalti minyak kepada kerajaan PAS Terengganu. Dua pemimpin UMNO yang khianat kepada negeri sendiri ini akan terus diingat di dalam lipatan sejarah.

Perbuatan mencabul konsep federalisme berterusan apabila bekas Menteri Pelancongan yang tidak dikehendaki di era Najib membatalkan MoU berkaitan program pelancongan di lima negeri berkaitan, kerana kononnya tidak bersefahaman. Adakah rakyat lima negeri ini bukan rakyat Malaysia atau Azalina Othman yang memiliki latar belakang undang-undang sudah hilang kewarasan. Kasihan, apabila bekas bosnya Pak Lah berundur, dia turut sama terbuang. Pemikiran kepartian yang sempit tidak wajar dijadikan asas untuk menindas rakyat yang wang cukai mereka digunakan untuk membayar gaji menteri.

Kedangkalan seperti ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin Umno/BN sebenarnya tidak berjiwa sebagai seorang negarawan, sebaliknya hanyalah pemimpin kampungan yang mengamalkan undang-undang balas dendam.

Kalau pun UMNO sekarang sedang berdepan dengan krisis yang parah, mereka sedang melalui satu proses pemulihan yang sukar, kekecohan dan krisis dalaman Umno biarlah Umno sendiri yang tanggung, dan ia tidak perlu dibebankan kepada rakyat melalui pendekatan politik yang begitu sempit dan tidak bermaruah seperti ini.

Artikel berkaitan

FEDERALISME DALAM PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN DAN BAGAIMANA PELAKSANAANNYA DIMALAYSIA

MALAYSIA adalah antara negara yang mengamalkan konsep federalisme (Persekutuan). MohdFoad Sakdan dalam bukunya Asas Politik Malaysia (DBP, 1999) memetik pandangan Wheare yangmenyebut bahawa konsep federalisme bermaksud wujudnya dua peringkat kerajaan, iaitu kerajaan pusatdan kerajaan negeri yang tiap-tiap kerajaan itu mempunyai had bidang kuasa masing-masing serta bebasdaripada campur tangan orang lain.Ditinjau dari sudut sejarah, konsep federalisme di negara kita telah wujud dan diguna pakaisejak 1896. Ia bermula apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu diperkenalkan melalui PerjanjianPersekutuan 1895 yang menggabungkan empat negeri yang dijajah British iaitu Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan di bawah satu kerajaan pusat yang diketuai oleh seorang Residen Jeneral. Setiap negeri itu pula diketuai oleh seorang Residen yang mentadbir

Page 25: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

berdasarkan panduan kuasa yang telahdigariskan.Sebelum itu, keempat-empat negeri tersebut diperintah oleh Residen masing-masing denganmemiliki kuasa yang terlalu luas sehingga kemajuan dan pembangunan di keempat-empat negeri itu tidakseimbang. Konsep federalisme yang dilaksanakan British itu telah berjaya mengubah landskappembangunan di kesemua negeri terbabit. Banyak masalah dapat diatasi melalui pemerintahan berpusatitu.Seterusnya pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan berasaskan prinsipfederalisme bagi menggantikan Malayan Union (Kesatuan Malaya) yang ditubuhkan pada 1946 tetapimendapat tentangan hebat orang Melayu. Ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, kesemuanegeri-negeri di Tanah Melayu menandatangani perjanjian persekutuan dan menerima kewujudan negarayang dikenali sebagai 'Persekutuan Tanah Melayu' dengan kerajaan pusatnya berada di Kuala Lumpur.Justeru, jika kita meneliti peruntukan asal Perlembagaan Perkara 1 (1), PerlembagaanPersekutuan 1957 dengan jelas menyatakan bahawa 'Persekutuanhendaklah dikenali dengan namaPersekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya).' Pada 16 September 1963, idea mengenai gagasanMalaysia yang diilhamkan Tunku Abdul Rahman pada 1961 telah dapat direalisasikan. Sabah, Sarawak danSingapura bersetuju untuk berada dalam Persekutuan yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia.Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada itu digunakan dengan pindaandibuat bagi membolehkan kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak. Perkara 1 (1) PerlembagaanPersekutuan yang telah dipinda menyebut bahawa 'Persekutuan adalah dinamakan Malaysia dalamBahasa Melayu dan dalam Bahasa Inggeris'. Di dalam Perkara 1(2) disebut dengan jelas 13 buah negeri didalam Persekutuan. Singapura menarik diri dari Malaysia dan menjadi sebuah negara merdeka pada 1965.Secara mudahnya, konsep federalisme menonjolkan ciri-ciri pembahagian kuasa antarakerajaan pusat dan kerajaan negeri. Doktrin pengasingan kuasa juga menetapkan wujudnya pembahagiankuasa antara tiga badan utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Doktrinpengasingan kuasa bertujuan memastikan setiap cabang kuasa itu tidak diganggu atau dipengaruhi olehcabang kuasa lain.Dari segi praktiknya,kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat,manakala kerajaan negeri pula melalui Dewan Undangan Negeri. Hal perkara undang-undangPersekutuan dan Negeri dinyatakan dalam Perkara 74 iaitu Bahagian 6 Perlembagaan Persekutuan.HanyaParlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan (iaitu Senarai Pertama yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan). Senarai Persekutuan, iaituSenarai I, mempunyai 28 perkara yang merangkumi hal ehwal luar negeri, pertahanan, keselamatan dalamnegeri, undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, kewangan, perdagangan

Page 26: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

Konsep federalisme negara masih utuhMALAYSIA adalah antara negara yang mengamalkan konsep federalisme (Persekutuan). Mohd Foad Sakdan dalam bukunya Asas Politik Malaysia (DBP, 1999) memetik pandangan Wheare yang menyebut bahawa konsep federalisme bermaksud wujudnya dua peringkat kerajaan, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang tiap-tiap kerajaan itu mempunyai had bidang kuasa masing-masing serta bebas daripada campur tangan orang lain.Ditinjau dari sudut sejarah, konsep federalisme di negara kita telah wujud dan diguna pakai sejak 1896. Ia bermula apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu diperkenalkan melalui Perjanjian Persekutuan 1895 yang menggabungkan empat negeri yang dijajah British iaitu Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan di bawah satu kerajaan pusat yang diketuai oleh seorang Residen Jeneral. Setiap negeri itu pula diketuai oleh seorang Residen yang mentadbir berdasarkan panduan kuasa yang telah digariskan.

Sebelum itu, keempat-empat negeri tersebut diperintah oleh Residen masing-masing dengan memiliki kuasa yang terlalu luas sehingga kemajuan dan pembangunan di keempat-empat negeri itu tidak seimbang. Konsep federalisme yang dilaksanakan British itu telah berjaya mengubah landskap pembangunan di kesemua negeri terbabit. Banyak masalah dapat diatasi melalui pemerintahan berpusat itu.

Seterusnya pada 1 Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan berasaskan prinsip federalisme bagi menggantikan Malayan Union (Kesatuan Malaya) yang ditubuhkan pada 1946 tetapi mendapat tentangan hebat orang Melayu. Ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, kesemua negeri-negeri di Tanah Melayu menandatangani perjanjian persekutuan dan menerima kewujudan negara yang dikenali sebagai 'Persekutuan Tanah Melayu' dengan kerajaan pusatnya berada di Kuala Lumpur.

Justeru, jika kita meneliti peruntukan asal Perlembagaan Perkara 1 (1), Perlembagaan Persekutuan 1957 dengan jelas menyatakan bahawa 'Persekutuan hendaklah dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya).' Pada 16 September 1963, idea mengenai gagasan Malaysia yang diilhamkan Tunku Abdul Rahman pada 1961 telah dapat direalisasikan. Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju untuk berada dalam Persekutuan yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia.Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada itu digunakan dengan pindaan dibuat bagi membolehkan kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak. Perkara 1 (1) Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda menyebut bahawa 'Persekutuan adalah dinamakan Malaysia dalam Bahasa Melayu dan dalam Bahasa Inggeris'. Di dalam Perkara 1(2) disebut dengan jelas 13 buah negeri di dalam Persekutuan. Singapura menarik diri dari Malaysia dan menjadi sebuah negara merdeka pada 1965.

Secara mudahnya, konsep federalisme menonjolkan ciri-ciri pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Doktrin pengasingan kuasa juga menetapkan wujudnya pembahagian kuasa antara tiga badan utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Doktrin pengasingan kuasa bertujuan memastikan setiap cabang kuasa itu tidak diganggu atau dipengaruhi oleh cabang kuasa lain.

Ringkasnya, tiada campur tangan antara satu sama lain. Namun, check and balance antara satu sama lain tetap berlaku mengikut peranan masing-masing. Dari segi praktiknya, kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat, manakala kerajaan negeri pula melalui Dewan Undangan Negeri. Di antara kuasa-kuasa yang ada pada kerajaan pusat adalah kewarganegaraan Persekutuan, hubungan luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, kewangan, pendidikan, perdagangan dan industri.Kuasa kerajaan negeri pula merangkumi undang-undang Islam, tanah, pertanian dan perhutanan, kerajaan tempatan, perkhidmatan tempatan dan jentera kerajaan negeri. Untuk memastikan tujuan, agenda dan misi negara (nasional) tercapai, maka kerajaan negeri dan kerajaan pusat bersetuju bekerjasama dalam banyak bidang.

Page 27: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

Di antara kuasa bersama ialah kebajikan awam, biasiswa, taman negara dan hidupan liar, parit dan tali air dan perkara-perkara lain yang bersangkutan. Kerajaan atau pemerintahan pusat juga mengatur beberapa urusan yang dianggap nasional yang perlu diikuti oleh kerajaan negeri. Pemerintah pusat mengatur polisi nasional untuk kesejahteraan seluruh negeri dan rakyat. Bagaimanapun, kerajaan pusat masih tetap menghormati bidang kuasa yang dimiliki oleh negeri.

Satu lagi unsur penting dalam sistem federalisme di negara kita ialah ketua negara adalah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Institusi YDPA dibentuk setelah negara mencapai kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan diperkenalkan. Sebelum itu, terdapat sembilan raja-raja Melayu yang berkuasa ke atas negeri masing-masing. Apabila institusi YDPA diperkenalkan, maka seorang daripada mereka akan dipilih bagi setiap lima tahun untuk memegang jawatan tersebut.

Berdasarkan Perlembagaan Negara, takhta YDPA diperoleh secara lantikan mengikut Jadual iii Perlembagaan Malaysia. Baginda dipilih mengikut kekananan dalam negara dan pemilihan dilakukan oleh Majlis Raja-raja. Ini bermakna Raja-raja Melayu akan bersidang setiap lima tahun untuk memilih salah seorang daripada mereka sebagai YDPA. Baginda adalah seorang Raja Berperlembagaan yang melaksanakan kuasanya secara terikat mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan.

Baginda memerintah mengikut nasihat jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Perlu difahami bahawa Perdana Menteri boleh dilantik berdasarkan budi bicara baginda sendiri. Baginda mempunyai beberapa keutamaan dan keistimewaan seperti yang diperuntukkan di dalam perlembagaan. Misalnya, baginda tidak boleh didakwa di dalam perbicaraan mana-mana mahkamah sekalipun.

Baginda yang merupakan sebahagian daripada Parlimen juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Baginda juga bertindak sebagai Ketua Agama Islam di Malaysia dan juga negeri-negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Selain itu, baginda boleh mengisytiharkan pembubaran Parlimen jika Parlimen hendak dibubarkan. Baginda juga mempunyai kuasa mengisytiharkan darurat jika baginda sendiri berpendapat keadaan memang memerlukan baginda berbuat demikian. Kedua-dua perkara tersebut akan dilaksanakan baginda atas nasihat Perdana Menteri. Baginda juga boleh memanggil raja-raja lain untuk mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja dan boleh membuat segala keputusan dalam mesyuarat itu.

Demikian juga, sebelum sesuatu rang undang-undang itu menjadi undang-undang, ia perlu mendapat perkenan baginda dalam tempoh 15 hari daripada rang undang-undang itu dipersembahkan kepada baginda. Jika selepas tempoh itu, rang undang-undang itu tetap akan diluluskan dengan menganggap rang undang-undang itu telah dipersetujui oleh baginda.

Ini adalah kerana rang undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen di mana YDPA adalah sebahagian daripada Parlimen itu sendiri. Justeru, apabila sesuatu rang undang-undang itu telah diluluskan oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat, maka rang undang-undang itu telah sah dan hanya memerlukan cop mohor daripada baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Hanya undang-undang yang menyentuh hak, kedudukan, keistimewaan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu yang perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-raja Melayu terlebih dahulu jika hendak diluluskan.

Di peringkat negeri pula, Sultan-sultan Melayu, Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri adalah ketua kerajaan bagi negeri yang baginda warisi. Namun, seperti juga YDPA, baginda tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memerintah negeri masing-masing. Baginda menjalankan tugas dengan nasihat Menteri Besar atau pun Ketua Menteri.

Di negeri-negeri yang beraja, baginda juga adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing kecuali bagi empat negeri yang mana ketuanya adalah YDPA.

Kesimpulannya, sehingga kini konsep federalisme yang diperkenalkan sejak merdeka masih lagi berjalan dengan berkesan di negara ini. Prinsip pengasingan kuasa bagi tiga badan utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman masih lagi berjalan dengan baik. Kedudukan YDPA masih lagi kukuh dan dapat berfungsi dengan baik.

Kerajaan negeri masih bebas menjalankan kuasanya. Setiap Dewan Undangan Negeri di negara ini masih berfungsi dengan baik tanpa campur tangan kerajaan pusat. Ini termasuk di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Dewan Undangan Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah terus dapat bersidang tanpa sebarang halangan.

Page 28: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

Polisi-polisi nasional yang dibuat oleh kerajaan pusat pula tetap mengambil kira kepentingan semua rakyat tanpa mengira kaum dan ia juga tidak meminggirkan mana-mana negeri di negara ini. Semuanya menikmati faedah dan kebaikan yang sama. Kerajaan terus berusaha keras untuk menyeimbangkan pembangunan dan kemajuan di setiap negeri, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Justeru, tuduhan pembangkang yang menyatakan bahawa kerajaan pusat menodai konsep federalisme hanyalah tuduhan politik liar yang dangkal dan bermotifkan kepentingan politik semata-mata.

Penulis ialah Ketua Unit Komunikasi Media di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm#ixzz3vCuzSaL3 © Utusan Melayu (M) Bhd 

(WARTAWAN UTUSAN)APABILA Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan jatuh ke tangan pembangkang, maka timbul persoalan adakah hubungan kerajaan di kelima-lima negeri itu dengan Kerajaan Persekutuan akan terputus.Adakah antara kerajaan negeri dan Pusat akan berkerat rotan, berpatah arang semata-mata kerana �jurang yang amat melebar di antara kedua-duanya?

Perlukah kesemua negeri yang rakyatnya memilih untuk bernaung di bawah pentadbiran parti pembangkang (kini bergelar pemerintah) dihukum dengan cara tidak dihubungkan kepada� � � � Pusat lantaran membuat keputusan seumpama itu?

Sememangnya menarik untuk disorot hasil pilihan raya yang berlangsung pada 8 Mac lalu apabila angka satu bertambah menjadi lima semestinya ia membawa dimensi baru dalam konsep federalisme� yang selama ini menjadi teras pemerintahan di Malaysia.

Biarpun bukan perkembangan terbaru kerana Kelantan telah pun diperintah oleh Pas selama 18 tahun, manakala Terengganu pernah juga ditadbir oleh parti yang sama biarpun hanya untuk tempoh lima tahun.

Namun perancangan ekonomi yang melibatkan sumber kewangan Kerajaan Persekutuan di negeri-negeri berkenaan terutamanya projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menyebabkan isu federalisme ini berbangkit semula.

Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Shamrahayu A. Aziz ketika diajak memperkatakan perihal tersebut berkata, konsep federalisme umumnya melibatkan pemerintahan dua peringkat iaitu Persekutuan dan negeri.

Walaupun begitu, katanya, konsep federalisme tidak terikat atau terhad kepada satu jenis pemerintahan federalisme sahaja.

Pun begitu, federalisme mempunyai beberapa prinsip asas.

Antara dua prinsip asas tersebut ialah Kerajaan Persekutuan memberi kuasa autonomi kepada negeri-negeri dan memberi layanan sama rata antara negeri-negeri yang membentuk Persekutuan.

Maksudnya, dalam konsep negara persekutuan hendaklah wujud dasar tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri-negeri mengenai perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Ini dapat dilihat dalam peruntukan Perkara 74 dan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Perkara dasar dalam federalisme juga bahawa setiap negeri harus diberi layanan yang sama rata, �� ��katanya kepada Utusan Malaysia.

Page 29: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

Walaupun perkara dasar ini tidak dimasukkan secara jelas di dalam Perlembagaan, menurut penolong profesor itu, ia merupakan amalan dan prinsip asas konsep federalisme.

Ini kerana federalisme bukan hanya berkaitan pembahagian kuasa antara dua peringkat kerajaan, tetapi ia melibatkan bagaimana pelaksanaan pentadbiran itu sendiri.

Ditanya mengenai asas kewujudan konsep federalisme itu, katanya, ia adalah didorong oleh faktor sejarah dan terdapat dua tujuan asal pembentukan negara Persekutuan.

Pertama, bagi tujuan membantu negeri-negeri yang miskin dengan cara negeri yang lebih kaya menyumbang kepada negeri yang miskin.

Keduanya ialah bagi menjamin keselamatan negeri-negeri yang menyertai Persekutuan (The main purpose in setting up a federal type of goverment is to help the states that are economically and/or militarily weak).

Menonjol

Menurut Dr. Shamrahayu, mungkin sebelum ini dimensi pemerintahan federalisme tidak begitu menonjol kerana hanya satu atau dua negeri sahaja yang diperintah oleh parti politik berbeza dengan Kerajaan Pusat.

Mungkin hanya pemerintah negeri Kelantan yan�� g mengetahui dasar sebenar Kerajaan Pusat terhadap negeri tersebut yang diperintah oleh kerajaan berlainan politik, yang selalu dirujuk sebagai kerajaan pembangkang, katanya.��Katanya lagi, isu federalisme tidak penting di negeri-negeri lain kerana mereka diperintah oleh parti politik yang sama dengan Kerajaan Persekutuan.

Beliau memberi contoh dalam kes Kerajaan Malaysia lawan kerajaan Negeri Kelantan dalam tahun 1968, yang mana kerajaan Persekutuan telah mencabar cara bagaimana kerajaan Kelantan pada masa itu.

Walaupun keputusan mahkamah menyebelahi kerajaan Kelantan, fokus di sini bukan bertujuan untuk menunjukkan siapa yang menang dan siapa yang kalah, tetapi apa yang jelas ialah, Kerajaan Persekutuan telah meletakkan tekanan ke atas kerajaan negeri dalam hal membuat pinjaman bagi meningkatkan pendapatan negeri.

Seperti yang dimaklumi, selepas keputusan kes tersebut, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda bagi memperjelaskan kuasa negeri-negeri untuk membuat pinjaman kewangan.

Melihat kepada senario se�� karang, setelah terdapat lima negeri yang diperintah oleh kerajaan yang berbeza parti politik dengan kerajaan pusat, maka satu dimensi baru harus diberikan dalam konteks pemerintahan federalisme, katanya.��Katanya, mungkin tindakan memberi tekanan kepada kerajaan-kerajaan negeri bukan lagi satu metod yang terbaik dan berkesan sebagai bukti, Kelantan kekal di bawah kerajaan pembangkang walau apa� cara sekalipun yang dibuat oleh Kerajaan Pusat.

Dalam dimensi ini, menurut pemerhatian beliau, pihak Kerajaan Pusat tidak sepatutnya memberi layanan berbeza atau tekanan kepada negeri-negeri tersebut.

Jangan dianaktirikan negeri-negeri berkenaan, katanya.� ��Ini kerana, ia bukan sahaja bertentangan dengan prinsip asas sebuah negara Persekutuan bahkan juga tidak akan memberi implikasi positif terhadap reputasi Kerajaan Pusat.

Dalam kata lain, bagi tujuan politik, ia tidak akan memihak kepada Kerajaan Pusat dan ia mungkin boleh dijadikan isu politik pihak pembangkang. Mungkin emosi yang membelenggu para pemimpin BN di Pulau Pinang telah mendorong mereka mengusulkan kepada Perdana Menteri agar menarik balik peruntukan projek mega di negeri itu.

Namun kenyataan Perdana Menteri untuk meneruskan projek-projek yang telah diluluskan oleh BN memperlihatkan tindakan positif.

Ia tidak dianggap sebagai dendam politik BN kepada parti pembangkang umumnya dan rakyat khasnya. Mungkin ini boleh dilihat sebagai cara terbaik untuk Kerajaan Pusat.

Page 30: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0322&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm#ixzz3vEDdZmwx © Utusan Melayu (M) Bhd 

Konsep federalisme atau persekutuan merupakan pembahagian kuasa berdasarkan wilayah. Ia juga dapat diertikan sebagai suatu bentuk pemerintahan di mana terdapat sebuah kerajaan pusat yang mewakili wilayah-wilayah lain. Ia bertindak mewakili wilayah-wilayah tersebut dalam hal ehwal luar negeri. Dalam hal ini, kedua-dua kuasa Persekutuan dan Negeri boleh bekerjasama dalam membuat sesuatu keputusan.

Definisi Federalisme

Berikut ialah tiga definisi federalisme atau persekutuan.

1. K.C. Wheare =Suatu sistem kerajaan yang mengandungi kerajaan Federal dan wilayah dalam kawasan-kawasan tersendiri. Ia mempunyai darjah yang sama dan bebas. Pembahagian kuasa adalah asas pengelasan sistem federal.

2. W. S. Livingston = Berasaskan kepada kuasa ekonomi, sosial, politik dan kebudayaan dan tak sepatutnya berasaskan istilah perlembagaan dan perundangan. Ia ditubuhkan untuk mengatasi masalah yang timbul oleh tarikan kuasa tertentu (ekonomi, sosial, budaya dan politik)

3. A.H. Birch =Suatu sistem yang mengandungi pembahagian kuasa dan fungsi antara satu kewibawaan am dan beberapa wilayah. Tiap-tiap kewibawaan ini bergerak secara langsung di kalangan penduduk melalui agensi-agensi pentadbiran mereka sendiri.

Federalisme dalam Konteks Malaysia

Untuk pengetahuan anda, pemerintahan negara Malaysia boleh dibahagikan

kepada dua konsep pemerintahan iaitu:

1. Sistem Federalisme iaitu pengagihan kuasa antara kerajaan negeri dan Persekutuan; dan

2. Doktrin pengasingan kuasa iaitu pengagihan kuasa antara badan eksekutif, legislatif dan judisiari.

Page 31: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

Negara Persekutuan bermaksud negara yang mengandungi sebuah kerajaan Persekutuan atau pusat serta beberapa buah kerajaan negeri. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Amerika Syarikat, India, Nigeria dan Australia.

Ciri-ciri Sebuah Negara Persekutuan:

1. Terdapat Perlembagaan bertulis yang diterima pakai oleh semua pihak Setiap negara Persekutuan mempunyai perlembagaan bertulis. Oleh sebab adanya perkongsian kuasa antara Persekutuan dan Negeri, maka perlulah ada perjanjian bertulis dalam bentuk perlembagaan.

2. Terdapat pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan persekutuan -Dalam kerajaan Persekutuan, kuasa pentadbiran perlu dibahagikan antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri. Dalam hal ini, Perlembagaan memainkan peranan penting dalam memperuntukkan kuasa kepada kerajaan Persekutuan dan negeri.

3. Rakyat dalam negara berkenaan tertakluk kepada dua kerajaan iaitu kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan - Dalam hal ini, setiap warganegara sesebuah negara Persekutuan perlu patuh pada undang-undang kerajaan negeri tempat beliau bermastautin dan juga peruntukan-peruntukan kerajaan Persekutuan.

4. Pemisahan kerajaan Dalam sebuah kerajaan Persekutuan, perlu ada pembahagian kuasa antara badan eksekutif, legislatif dan judisiari.

5. Perlembagaan Tegas Perlu ada satu perlembagaan yang tegas yang tidak terjejas oleh apa-apa kuasa yang boleh menjejaskan sistem pemerintahan negara tersebut.

6. Badan kehakiman yang bebas Dalam sebuah negara yang mengamalkan pembahagian kuasa, rakyat dan pemerintah, parti kerajaan dan parti pembangkang, sudah tentunya akan menimbulkan konflik. Justeru itu, perlu ada satu badan kehakiman yang bebas yang tidak memihak kepada mana-mana pihak demi menjamin kedaulatan negara.

Isu Federalisme dalam Perlembagaan

1. Perkara 73 berkaitan dengan had sempadan kuasa perundangan kerajaan Persekutuan dan negeri.

2. Perkara 74 bidang kuasa perundangan dengan merujuk kepada Jadual Kesembilan.

3. Perkara 75 ketinggian undang-undang Persekutuan mengatasi undang-undang negeri.

4. Perkara 76 tentang kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang untuk negeri dalam hal tertentu seperti untuk melaksanakan perjanjian antarabangsa, untuk tujuan penyelarasan dan jika diminta oleh negeri.

5. Perkara 76A berkenaan kuasa Parlimen untuk meluaskan kuasa perundangan negeri.

6. Perkara 80 pembahagian kuasa pemerintah iaitu mengikut kuasa perundangan

Page 32: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

Kebaikan pemerintahan persekutuan

1. Sebagai tapak untuk perpaduan dan integrasi

2. Federalisme dapat melindungi kepentingan kaum

3. Federalisme dapat menggelakkan berlakunya pemerintahan yg zalim

4. Dapat mewujudkan persefahaman dan kelincinan sistem pentadbiran

5. Memberi ruang kepada kerajaan menjalankan pentadbiran sendiri

Ketua Negeri Juga Tertakluk di bawah

Perlembagaan Persekutuan

Kuasa pentadbiran di peringkat negeri dipegang oleh raja/sultan sebagai Ketua Negeri, manakala di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka digelar Yang Dipertua Negeri. Sebagaimana Yang di-Pertuan Agong, sultan juga memerintah mengikut kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Baginda menjalankan pemerintahan dengan mendapat nasihat Ketua Menteri atau Menteri Besar serta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di Semenanjung. Di Sabah, ia dikenali sebagai Kabinet Menteri manakala di Sarawak, ia dikenali sebagai Majlis Tertinggi. Fungsi majlis-majlis ini sama dengan Kabinet/Jemaah Menteri di peringkat Persekutuan.

Apakah contoh-contoh kepada masalah ini?

Saya beri dua contoh. Contoh pertama, air, sampah, dan sanitasi. Ketiga-tiga ini dahulunya di bawah isu majlis ataupun kerajaan negeri. Air, sampah dan sanitasi merupakan fungsi kerajaan tempatan tetapi pada awal 1990an, Mahathir Mohamad berpendapat bahawa, kuasa ini perlu dipusatkan di bawah kerajaan pusat dan diberikan kepada kontraktor besar-besaran yang ada kaitan dengan kerajaan pusat. IndahWater diberikan kepada Berjaya dan kemudiannya gagal. Dikembalikan pula kepada kerajaan pusat.

(Berkenaan) isu air pula, dulu ia merupakan senarai negeri tetapi pada 2005 perlembagaan dipinda supaya ia dijadikan senarai bersama. Sisa pepejal setelah sekian lama berada di bawah senarai negeri, pada 2007 akta telah digubal supaya kuasa (pengurusan) sisa pepejal diletakkan di bawah kerajaan pusat. Perkara ini baru dikuatkuasakan pada tahun 2011. Kompromi terbaru ialah Selangor, Perak dan Pulau Pinang dikecualikan daripada akta itu. Tetapi bagaimana Putrajaya mengendalikan sampah sarap di siri rumah di Kelantan ataupun di kampung di Johor. Tidak boleh. Ia tidak akan berkesan. Birokrasi

Page 33: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

yang diciptakan ini tidak akan berkesan. Isu-isu ini harus dikendalikan oleh kerajaan negeri ataupun tempatan.

Contoh kedua ialah pengangkutan. Saya beri satu contoh, pengangkutan awam di Pulau Pinang.  Feri dulunya di bawah kerajaan pusat , Penang Port Commission (PPC) tetapi pada  1990-an satu syarikat baru ditubuhkan, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) – anak syarikat di bawah kerajaan pusat . Pengerusi PPSB daripada UMNO. Pengerusi PPC selalunya daripada MCA, sekarang Chua Soi Lek. PPC kecil tetapi PPSB besar.

Jambatan Pulau Pinang pula dikuasai oleh UEM satu syarikat konsesi kroni dan bas RapidPenang dibawah syarikat yang dikuasai oleh Prasarana, juga syarikat di bawah Kementerian Kewangan. Syarikat-syarikat ini seharusnya berbincang antara satu sama lain supaya suatu sistem pengangkutan yang lancar dan berintegrasi dapat diadakan, tetapi ini tidak berlaku. Jambatan tak bincang dengan feri, feri tak bincang dengan bas. Semuanya bekerja secara berasingan. Tiada sinergi langsung. Dan kerajaan negeri tiada kawalan atas mana-mana pihak. Malah lapangan tebang Pulau Pinang pun di bawah kawalan kerajaan pusat dan juga diswastakan kepada Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB). Cara yang lebih baik ialah supaya pengurusan pengangkutan awam, sisa pepejal dan air dikembalikan kepada negeri. Sudah tentu kita tidak mahu satu diktator itu menggantikan diktator yang lain. Yang penting itu ia perlu terlibat dalam proses demokratisasi secara keseluruhan. Dalam jangka panjang mungkin isu pendidikan pun boleh diserahkan kepada negeri. Sama juga dengan isu kesihatan. Dengan adanya penyertaan orang tempatan dalam proses membuat keputusan dalam sistem pendidikan atau kesihatan, ia akan menjadi lebih responsif.

Seperti contoh di Sarawak, kerajaan negeri boleh diberikan lebih kuasa untuk memajukan bahasa-bahasa tempatan seperti Bahasa Iban. Memang orang Iban mengharapkan yang bahasa mereka dapat dimajukan. Tetapi ini tidak bermakna kita meminggirkan bahasa kebangsaan. Kita boleh bertutur dalam lebih daripada satu bahasa. Idea lama yang mengatakan kita hanya boleh bertutur dalam satu bahasa adalah salah. Hari ini kita boleh bertutur dalam beberapa bahasa. Itu menunjukkan bahawa jika peluang diberikan beserta dengan mekanisme sokongan rakyat Malaysia boleh bertutur dalam beberapa bahasa. Ini semua hanya dapat dicapai dengan disentralisasi. Untuk sistem yang lebih kompleks, adakah kita akan lihat pertambahan kos untuk membiayai strukur pentadbiran sebegini?

Page 34: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

Perbincangan tentang kos ini agak sukar untuk diteliti. Saya beri contoh seperti  di Taiwan. Jumlah penduduknya hampir sama, seramai 24 Juta orang berbanding kita yang mempunyai 28 Juta orang. Kerajaan pusat diberi peruntukan sebanyak RM195 billion. Peruntukan untuk kerajaan pusat kita ialah sebanyak RM232 billion. Ini bermakna kalau kita bandingkan bajet kerajaan pusat Malaysia dengan Taiwan, kerajaan pusat Malaysia mempunyai sumber yang lebih banyak daripada kerajaan pusat Taiwan.

Sekarang kita bandingkan bajet Taipei dengan Selangor. Kerajaan Taipei mempunyai bajet sebanyak RM19 bilion. Selangor pula mempunyai bajet sebanyak RM1.6 bilion. Cuba bandingkan kedua-duanya, RM19 bilion dengan RM1.6 bilion. Bandar raya keduanya, Kaohsiung, mempunyai bajet sebanyak RM13 bilion. Pulau Pinang hanya RM 747 Juta. Malahan USM mempunyai bajet yang lebih besar daripada Pulau Pinang. Bajet USM sebanyak RM1.2 bilion. Satu masalah lagi ialah kerajaan negeri tiada kuasa mengutip cukai. Cukai di hantar ke Kuala Lumpur. Jadi isunya bukan isu kos. Isunya berapa bidangkuasa yang diamanahkan  kepada kerajaan negeri dan juga apa sumber kewangan yang diamanahkan kepada negeri.

Bagaimana pula dengan kos pentadbiran?

Sekarang ini (kita) langsung tidak ada pilihan raya tempatan. Perdana Menteri akan mengarahkan seseorang itu menjadi Menteri, Datuk Bandar atau Ketua Pengarah. Rakyat tidak diberikan peluang untuk memutuskan siapa yang akan mewakili mereka dan siapa yang akan bertanggungjawab terhadap keputusan-keputusan yang dibuat Kuala Lumpur untuk jangka panjang. Apa-apa keputusan yang dibuat sama ada mereka hendak membina bangunan di sini atau jalan di sana, semua ini tiada penyertaan awam. Kos untuk membiayai pegawai dan pentadbiran tidak banyak beza dengan sekarang. Sekarang juga ada ahli majlis tetapi mereka memainkan peranan sebagai penasihat. Mereka tak dapat gaji tetapi dapat elaun, sama juga.

(Sekarang) kos pentadbiran atau untuk membiayai gaji-gaji pimpinan kerajaan baru ini sudah diperuntukkan kepada orang lain yang tidak dipilih. Kos untuk pilihanraya memang tidak wujud sekarang kerana semua perwakilan tempatan dilantik, tetapi seperti yang saya kata sebelum ini jika kita peruntukkan RM10 juta setiap 5 tahun untuk membiayai pilihanraya bagi Kuala Lumpur, itu adalah kos yang perlu untuk demokrasi berfungsi. Saya rasa ini boleh diterima oleh rakyat 

Punca isu air P.Pinang...

Page 35: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB*

Kerajaan Negeri merancang kenaikan tarif air demi mencegah pembaziran sumber asasi itu, selain, mengelak risiko catuan seperti yang terjadi di beberapa negeri lain pada masa akan datang.

Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng pada Sabtu lepas masih belum mengumumkan tarif air yang baru, tetapi, memberi jaminan bahawa rakyat akan tetap menikmati tarif air termurah di Malaysia.

Sebelum ini, katanya, tarif air negeri terendah di Malaysia,  iaitu masih pada kadar 32 sen bagi 1,000 liter padu hingga 35,000 liter padu air yang pertama.

Guan Eng, yang juga Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam kenyataan terbarunya dipetik menjelaskan, diskaun 60 peratus bagi surcaj pemuliharaan air (WSC) akan tetap diberikan kepada keluarga yang terdiri oleh isi rumah lapan orang dan ke atas berkuatkuasa 1 Mei depan, demi memastikan kenaikan tarif nanti tidak membebankan pengguna.

"Mereka hanya perlu ke PBAPP dan menunjukkan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal di rumah untuk layak menerima diskaun ini," kata Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP.

Presiden Water Watch Penang, Prof. Dr. Chan Ngai Weng pada satu reaksi berkata, pihaknya bersetuju bahawa tiada kenaikan untuk 20 kubik meter pertama air di negeri ini.

Beliau mencadangkan tarif pada harga kos akan dikenakan pada kegunaan 21 hingga 30 kubik meter air.

Tambahnya, dua kali ganda daripada harga kos akan dikenakan pada kegunaan 21 hingga 40 kubik meter air.

Pembaziran?Purata kegunaan air Pulau Pinang adalah 311 liter per kapita sehari, berbanding purata negara pada 212 liter per kapita sehari.

Angka ini digambarkan sebagai kegunaan air di Pulau Pinang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Cadangan menaikkan tarif air serta pengenaan surcaj kepada pembazir air negeri ini adalah berdiri atas angka kegunaan air terbanyak ini.

Sesetengah pihak menganggap angka per kapita sehari yang ditunjukkan ini bukanlah gambaran sebenar kegunaan air isi rumah di negeri ini.

Ini kerana, menurut pihak tersebut, kegunaan air berlebihan atau major adalah dalam sektor perindustrian, berbanding kegunaan minor di rumah.

Ertinya, purata 311 liter per kapita di negeri ini adalah bukan kegunaan isu rumah semata-mata, tetapi, angka itu merupakan jumlah kalkulatif penggunaan sumber sama daripada sektor perindustrian juga.

Page 36: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

Justeru, angka yang sedia ada ini sewajarnya dilihat secara mikro dan makro, agar langkah konstruktif yang diambil oleh pihak berwajib benar-benar berdiri atas gambaran cabaran sebenar yang sedang didepani di Pulau Pinang, belakangan ini.

Pembaziran atau produktiviti?Sebagai misalan lanjut, perindustrian di Pulau Pinang lebih besar produktivitinya berbanding perindustrian di Perlis.

Ertinya, kegunaan air untuk tujuan perindustrian di Pulau Pinang secara subjektif dan logik tentulah lebih banyak berbanding kegunaan air di Perlis.

Jika kalkulatif ini diguna pakai, tentu akan menolak kayu ukur menggunakan liter per kapita sehari, yang digambarkan ini - iaitu pengguna Pulau Pinang paling membazir air di negara ini (termasuk jika dipertandingkan dengan Perlis) kerana angka kegunaan air di negeri ini adalah 311 liter per kapita sehari ini.

Kalau jumlah kegunaan air sebenar negeri dilihat bersama-sama dengan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) untuk nilai RM1 umpamanya, mungkin kegunaan air Pulau Pinang akan ditentukan menurut dimensi yang lebih realistik, sama ada suatu pembaziran atau bertujuan produktiviti perindustrian?

Sesungguhnya, formula perkiraan yang berbeza sudah tentu akan melahirkan justifikasi yang berbeza.

Major kegunaan air di Pulau Pinang sebenarnya mendekati maksud pembaziran atau produktiviti?

Keutamaan industri.Jika benar major kegunaan air di negeri ini bukanlah berpunca oleh pembaziran isi rumah, kejuruteraan sumber asasi itu perlu dilakukan di sektor perindustrian terlebih dahulu sebelum kaedah penguatkuasaan dilakukan ke atas pengguna terbanyak.

Mustahil sebuah Kerajaan akan memusuhi perindustrian sendiri atas sebab kegunaan sumber air negeri berlebihan, walhal pendapatan negeri antaranya bergantung pada upaya sektor perindustrian.

Sebab itu, jarang didengar gangguan air turut didepani oleh kilang atau sektor perhotelan di Selangor impiannya, walaupun langkah catuan sumber asasi tersebut acap kali dialami oleh rakyat yang tinggal di rumah kos rendah dan sederhana rendah.

PolisiDi negara-negara maju seperti Scotland umpamanya, beberapa amalan kejuruteraan semula (re-engineering) dilakukan di sektor perindustrian dan di semua jenis kediaman demi memulihara kegunaan sumber air.

Sistem paip air rendah aliran akan digunakan untuk mengelak kegunaan air secara berlebihan.

Tangki flush ditukar kepada tandas simbah.

Oleh kerana kilang lebih banyak menggunakan air, hampir semua kilang di Scotland mempunyai sistem kitaran semula air tersendiri.

Page 37: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

Sistem penyejuk mesin turut direka untuk menjimatkan sumber air serta sumber tenaga lain.

Denda yang tinggi turut dikenakan kepada industri yang gagal merawat air sebelum dilepaskan ke parit.

Lanskap pengairan, iaitu penyusun pola kegunaan air turut diperkenalkan untuk memastikan kelestarian sumber.

Sebagai contoh, tarif kegunaan air selepas tengah malam diturunkan supaya menggalakkan aktiviti penggunaan air (dan elektrik sebenarnya) di rumah (contoh: basuh kain) pada bukan waktu puncak, iaitu masa sektor perindustrian beroperasi.

Selain itu, pengkalan data mengenai info pengguna mengikut isi rumah, rekod operasi sistem paip, meter dan rumah pam, aduan pelanggan, kualiti air, sistem pemilihan sumber mentah dibangunkan secara komprehensif untuk mengurus serta meluaskan sumber air.

Kempen nilai menjimatkan air serta pengenaan surcaj kepada pembazir sumber sebagaimana diamalkan di Pulau Pinang merupakan antara langkah yang dikenakan kepada sektor perindustrian sahaja; kerana sumber air adalah percuma untuk isi rumah rakyat dekat Scotland.

PuncaCadangan kenaikan tarif air, inisiatif penyusunan semula surcaj hatta kemungkinan langkah catuan sebenarnya untuk menghukum pembazir air serta menjimatkan sumber bekalan air negeri.

Jika Putrajaya meluluskan permohonan Skim Bekalan Air Mentah Dari Sungai Perak ke Pulau Pinang, seperti yang dicadangkan George Town, tentulah semua isu berkaitan sumber air ini tidak timbul sekarang.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximum Ongkili tidak wajar menjadikan rekod kejayaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghadapi musim kemarau berpanjangan baru-baru ini dengan tidak menggalakkan sebarang catuan air rakyat sebagai dalih untuk menolak permohonan Skim Bekalan Air Mentah Dari Sungai Perak ke Pulau Pinang, 18 September tahun lepas.

Sepatutnya cadangan permohonan tersebut tidak diabaikan secara semberono memandangkan surat Guan Eng bertarikh 18 Jun tahun lepas antara lain meminta skim itu disegerakan, sepertimana dalam inti perjanjian penghijrahan aset air negeri yang dimeterai oleh Putrajaya dan George Town, tahun 2011 lalu.

Federalisme AdilPulau Pinang adalah sebahagian Malaysia. Rakyat Pulau Pinang pun adalah rakyat Malaysia.

Janganlah disebabkan perbezaan politik pentadbiran George Town dan Putrajaya, krisis air yang sengaja diada-adakan di Selangor sejak beberapa tahun lepas, mahu ditimpa pula ke atas rakyat Malaysia yang bermukim di Pulau Pinang.

Malaysia sebelum ini sanggup membekalkan air kepada Singapura dengan bayaran 3 sen per 1,000 gelen, walhal Melaka sendiri membayar 30 sen per 1,000 gelen air dari Johor.

Page 38: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

Sekarang, Singapura membina logi air diperbaharui serta memperkenal 'New Water' kepada pengguna negara republik itu, sejak menolak iltizam politik Malaysia untuk memperbaharui perjanjian air pada tahun 2011.

Jika Singapura pernah dilayan 'istemewa' sehingga era pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiga tahun lepas, tidak bolehkah Putrajaya melayan Pulau Pinang sekurang-kurangnya secara adil atas semangat federalisme Malaysia?

"Dan janganlah sesekali kebencian kamu terhadap satu-satu puak, mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adil lah kerana (sikap) adil itu lebih dekat pada ketakwaan."[Surah Al-Maidah: 8]

GEORGE TOWN, 28 Ogos: Kerajaan tidak membenarkan mana-mana negeri menubuhkan pasukan

keselamatan mereka sendiri kerana soal keselamatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, kata

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pasukan keselamatan seperti polis dan tentera yang ada di negara ini adalah mencukupi

untuk menjalankan penguatkuasaan dan menjaga keselamatan semua negeri.

“Bayangkan jika kita benarkan Pulau Pinang buat (pasukan keselamatan) sendiri, semua negeri juga nak

tubuhkan siap dengan pemakaian pangkat dan sebagainya, negara akan penuh dengan pasukan

keselamatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Wan Junaidi merasmikan Seminar Gejala dan Bahaya Penggunaan Daun Ketum Peringkat

Zon Utara Agensi Anti Dadah Kebangsaan di Universiti Sains Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang

yang dikatakan sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta

Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Wan Junaidi berkata setiap pasukan untuk menjaga keselamatan yang ingin ditubuhkan mesti mendapat

pengiktirafan kerajaan persekutuan dan setiap persatuan mesti berdaftar sebelum bergerak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh pula  meminta semua pihak

bersabar dan menyerahkan kepada polis untuk melengkapkan siasatan berhubung PPS Pulau Pinang itu.

   “PPS sebuah pertubuhan yang haram dan kami sedang siasat mengikut Seksyen

41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS. Kalau ada kesalahan polis

akan buka kertas siasatan dan bincang dengan Peguam Negara untuk tindakan

Page 39: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

“Biar polis jalankan kerja kami dulu iaitu buat siasatan dahulu, pihak lain bertenang dan tunggu laporan

siasatan polis,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Penguatkuasa

Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2014, di sini hari ini.

Selasa lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan bahawa PPS

dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta  Pertubuhan

kerana tidak berdaftar dengan ROS.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Air Itam Wong Hon Wai pada sidang akhbar di sini,

berkata PPS di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Itam akan bertugas seperti biasa.

Beliau berkata seramai 100 anggota PPS melibatkan kawasan DUN itu iaitu di Desa Mawar, Kek Lok Si,

Jalan Thean Teik dan Kampung Melayu komited meneruskan rutin harian mereka bagi membantu pihak

berkuasa menjaga kebajikan komuniti setempat.

“PPS memainkan peranan penting di sini. Lagipun trafik kawasan Air Itam agak sesak dan mereka

banyak membantu mengawal keadaan,” katanya.

Beliau berkata tugas rondaan trafik PPS di kawasan berkenaan mempunyai koordinasi dengan polis di

Balai Air Itam dan buku log bertugas mereka dicop dan ditandatangani oleh Ketua Balai Polis Air Itam

sendiri.

“Mereka hanya penduduk setempat yang hanya mahu berbakti. Apa-apa kejadian seperti kebakaran,

kenderaan hilang, orang kemalangan mereka lebih cepat sampai bagi bantuan kerana mereka lebih

dekat,” katanya. – BERNAMA

Rumah mampu milik isu yang nyata di Pulau PinangMOHD KHUZAIRI ISMAIL  |  13 Julai 2015 1:56 AM

  1  0 Google +0

BAGI golongan miskin dan berpendapatan rendah di Pulau Pinang, kesukaran memiliki rumah sendiri adalah isu sebenar dan nyata, bukannya modal politik pihak tertentu untuk mencari siapa yang betul dan siapa yang salah.Tanyalah mana-mana golongan masyarakat ini yang merupakan kelompok majoriti terutama di pusat bandar Georgetown, rata-ratanya akan mengeluh kerana payahnya untuk mereka mempunyai kediaman sendiri.

Page 40: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

Bukan tidak ada projek perumahan yang dibangunkan malah di setiap ceruk kawasan negeri ini sebenarnya sangat padat dengan projek perumahan baharu. Namun hampir keseluruhannya adalah projek perumahan mewah yang harga seunit sudah semestinya melangkaui kemampuan mereka.Acap kali juga diajukan persoalan mengapa kerajaan negeri Pulau Pinang lebih berminat menawarkan projek perumahan mewah. Sedangkan permintaan yang mendesak ketika ini adalah daripada kalangan penduduk miskin dan berpendapatan rendah.Tetapi sehingga kini, tidak ada jawapan meyakinkan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang melainkan satu demi satu projek perumahan mewah diluluskan pembinaannya di lebih banyak kawasan di negeri ini.Tidak dinafikan di bawah polisi kerajaan negeri ketika ini, ada ditawarkan unit rumah mampu milik pada harga bermula RM72,000. Namun, daripada apa yang dibangkitkan pembeli, itu bukanlah harga sebenar yang perlu dibayar mereka kerana terdapat kos-kos lain yang perlu ditanggung sehingga menjadikan rumah tersebut bukan lagi unit mampu milik.Antaranya pembeli perlu bersetuju dengan pelbagai pakej ditawarkan pemaju seperti pengubahsuaian rumah, lot parking dan sebagainya yang keseluruhannya boleh mencecah lebih RM100,000.Akibatnya, golongan miskin dan berpendapatan rendah ini terpaksa melupakan hasrat membeli rumah mampu milik itu kerana kegagalan menyediakan wang pendahuluan sebanyak 10 peratus seperti ditetapkan pihak bank.Maka tidak hairanlah apabila kerajaan negeri Pulau Pinang mendakwa kira-kira 70 peratus golongan miskin dan berpendapatan rendah itu gagal memiliki rumah mampu meskipun secara asasnya layak untuk memohon unit rumah tersebut.Disebabkan tidak ada langkah susulan diambil kerajaan negeri Pulau Pinang dalam membela nasib 70 peratus golongan itu tadi, maka jumlah mereka yang tidak mampu memiliki rumah di negeri ini semakin membesar terutama sejak pembangkang mentadbir negeri ini pada 2008.Dalam hal ini sudah semestinya penduduk Pulau Pinang merindui polisi `sewa dan milik’ seperti yang diperkenalkan ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN) suatu ketika dahulu.Ketika itu rumah mampu milik tidak menjadi isu dalam kalangan penduduk kerana ditawarkan dalam pelbagai unit dengan harga bermula pada RM25,000, RM42,000 dan RM50,000.Memang secara logiknya harga itu tidak boleh dibandingkan dengan harga semasa yang pastinya lebih tinggi.Tetapi semuanya berbalik kepada keinginan dan kesungguhan kerajaan negeri untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat. Bezanya dengan kerajaan BN, unit rumah mampu milik itu disewakan terlebih dahulu kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah untuk satu tempoh tertentu.

Page 41: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

Apabila mencapai satu persetujuan, unit rumah itu akan dijual kepada penyewanya dan daripada kaedah itulah penduduk miskin dan kurang berkemampuan di negeri ini mampu memiliki rumah.Tetapi kaedah itu tidak lagi wujud ketika ini yang mana unit rumah dijual secara terbuka dan ditawarkan hanya kepada golongan berkemampuan. Akibatnya, hanya beberapa golongan sahaja yang mampu memiliki kediaman sendiri di negeri ini dan golongan miskin di pusat bandar Georgetown perlu menunggu lebih lama untuk mempunyai rumah sendiri, mungkin sehingga akhir hayat mereka.- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/rumah-mampu-milik-isu-yang-nyata-di-pulau-pinang-1.113454#sthash.sXlmaXnZ.dpuf

Kerajaan tempatan dan Pulau Pinang

Saya percaya, kini adalah masa yang tepat untuk kita memikirkan semula keperluan untuk kerajaan tempatan yang lebih demokratik. Dalam pada itu, saya berasa bahawa Pulau Pinang adalah tapak mula yang paling afdal kerana di sinilah terlahir kerajaan tempatan yang pertama di negara kita.

Pada tahun 1801, sebuah badan yang dipanggil Majlis Penilai (Council of Assessors) telah ditubuhkan di Pulau Pinang. Majlis ini diberi peranan untuk merancang dan melaksanakan pembangunan bandar. Hatta diikuti dengan penubuhan majlis perbandaran yang pertama di Malaya pada tahun 1857. Majlis-majlis tempatan yang lain kemudiannya dibentuk di negeri-negeri lain sehingga ke Sarawak dan Borneo Utara.

Bagi melaksanakan proses kerajaan tempatan yang bertanggungjawab, pihak British telah memperkenalkan pelbagai perundangan seperti Ordinan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1950 yang memberi kuasa kepada majlis-majlis tempatan untuk menganjurkan pilihan raya. Selain itu, Ordinan Kerajaan Tempatan 1952 pula memberi kuasa kepada penduduk-penduduk setempat untuk membentuk majlis-majlis tempatan di mana perlu. Pada penghujung era penjajahan British, terdapat sejumlah 289 majlis tempatan di Malaya. Selepas kemerdekaan dicapai pada tahun 1957, kuasa kerajaan tempatan telah diletakkan ke dalam senarai negeri.

Alangkah tetapi, seperti yang telah dinyatakan, demokrasi di peringkat tempatan sudah lama dihapuskan. Untuk pengetahuan ramai, Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang dipilih secara demokratik pada tahun 1960an sebelum penghapusan pilihan raya kerajaan tempatan, merupakan majlis perbandaran yang mempunyai belanjawan paling besar di Malaysia. Pada masa itu, Majlis telah memiliki stesen janakuasa, membina empangan air serta menguruskan perkhidmatan trem elektrik.

Malangnya, kerajaan-kerajaan tempatan zaman ini sudah tidak mampu mencerminkan daya usaha yang begitu dinamis, bukan sahaja kerana kebanyakan bidang kuasa sudah dipusatkan di peringkat kerajaan persekutuan, tetapi juga kerana pemimpin-pemimpin kerajaan tempatan sekarang merupakan lantikan politik semata-mata. Oleh kerana mereka tidak dipilih oleh penduduk tempatan, sudah tentu mereka tidak akan mengamalkan kebertanggungjawaban yang sepatutnya.

Pun begitu, sukacita saya memaklumkan bahawa Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah pada awal tahun ini meluluskan Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan yang sekaligus mewajibkan penganjuran pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang. Pada ketika ini, kesahihan undang-undang tersebut sedang dipertikaikan oleh kerajaan persekutuan, namun sekurang-kurangnya usaha telah dibuat sebagai langkah pertama untuk mengembalikan demokrasi tempatan.

https://zairil.wordpress.com/category/speeches/

Page 42: Jelas Dap Bukan Pembela Melayu Pulau Pinang

Kerajaan Negeri memberi sokongan penuh penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) demi memastikan kadar indeks jenayah terus menurun sekaligus menyahut cabaran dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri paling selamat di Malaysia.

Dalam kenyataan akhbar Ketua Menteri, Tuan Lim Guan Eng, beliau menyatakan bahawa Pulau Pinang telah mencatat penurunan kadar jenayah yang paling besar di Malaysia sebanyak 27 % pada 2010 manakala bagi enam bulan yang pertama tahun ini penurunan sebanyak dicatatkan adalah 25 %.

Di antara faktor penurunan kadar indeks jenayah adalah kerjasama dan sumbangan gigih daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Ketua Polis Negeri, Dato' Wira Ayub bin Yaakob, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan hitam serta penyertaan pasukan kepolisan komuniti.

Pasukan kepolisan komuniti (CP) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang telah ditubuhkan di beberapa JKKK dilihat sebagai langkah penting dalam menjaga keselamatan awam. Malah penubuhan PPS kelak juga dilihat sebagai medium untuk membantu pihak polis membuat rondaan dan bukannya mengambil alih bidang kuasa PDRM dalam menjaga dan menjamin keselamatan warga Pulau Pinang.

Antara objektif penubuhan PPS ini adalah untuk membantu Pihak Berkuasa Keselamatan dalam menangani kegiatan atau aktiviti sosial yang negatif di kawasan-kawasan panas termasuk membersihkan kawasan daripada anasir dadah.

Malah, penubuhan ini juga sedikit sebanyak dapat membantu PDRM untuk mencegah dan membanteras jenayah dengan bertindak sebagai pemberi maklumat di samping menjalinkan hubungan kejiranan yang utuh di kalangan anggota masyarakat tempatan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh yang juga bertanggungjawab di atas penubuhan PPS berkata bahawa PPS diwujudkan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang aspek keselamatan selain membantu pihak polis menjaga ketenteraman awam.

PPS kini dianggotai oleh 840 ahli sukarelawan yang berdaftar di 18 kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) dan dijangka akan bertambah keahliannya dari masa ke masa. Malah Ketua Menteri turut menyatakan bahawa suatu plan pelindungan insurans bakal dipertimbangkan bagi semua ahli PPS yang berdaftar

Dalam pada itu, Guan Eng berharap agar PPS dapat menjalankan tugasan dengan berpandukan Standard Operating Procedure (SOP) sedia ada agar tidak timbul perkara-perkara yang tidak diingini sekaligus dapat mewujudkan persekitaran kejiranan yang ceria, selamat dan bersatu padu.

http://www.suara.tv/tag/pps-pulau-pinang/