jenayah internet

36
2010/05/28 KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan 'rondaan dalam internet' menerusi Bahagian Cyber Crime (Jenayah Siber) Bukit Aman bagi membanteras perbuatan menyalahi undang-undang, termasuk cubaan menjejaskan keselamatan negara melalui laman sosial yang semakin berleluasa. Difahamkan, Bahagian Cyber Crime Bukit Aman yang mirip peranan Cyber Cops (Polis Siber) di Amerika Syarikat itu, turut ditugaskan memantau blog dan web, perkhidmatan dalam talian serta jaringan komunikasi dan multimedia lain, termasuk menangani penipuan terhadap pengguna internet. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata usaha itu dilakukan bagi menangani pelbagai jenayah di internet di samping membendung trend ugutan berbaur ancaman dalam laman sosial, Facebook yang semakin meningkat sejajar perkembangan pantas teknologi maklumat. Beliau berkata, Bukit Aman juga sentiasa meningkatkan hubungan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia bagi memantau pelbagai aktiviti di internet yang boleh dikategorikan sebagai jenayah siber. “Pemantauan sentiasa ditingkatkan menerusi Bahagian Cyber Crime Bukit Aman. Bagaimanapun, mereka yang menerima ugutan melalui laman sosial serta menjadi mangsa salah laku di internet perlu tampil membuat laporan polis supaya tindakan segera dapat diambil bagi menjalankan siasatan dan mengesan pihak terbabit,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam. Beliau diminta mengulas mengenai kecenderungan pengguna internet, termasuk remaja yang menyalahgunakan kemudahan itu terutama menerusi laman sosial dan blog untuk menabur fitnah serta membuat ancaman berbaur ugutan terhadap pelbagai pihak. Sebelum ini, pengadu dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat dua laporan polis kerana mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi Facebook. Menteri Besar

Transcript of jenayah internet

2010/05/28

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan 'rondaan dalam

internet' menerusi Bahagian Cyber Crime (Jenayah Siber) Bukit Aman bagi

membanteras perbuatan menyalahi undang-undang, termasuk cubaan

menjejaskan keselamatan negara melalui laman sosial yang semakin berleluasa.

Difahamkan, Bahagian Cyber Crime Bukit Aman yang mirip peranan Cyber Cops

(Polis Siber) di Amerika Syarikat itu, turut ditugaskan memantau blog dan web,

perkhidmatan dalam talian serta jaringan komunikasi dan multimedia lain,

termasuk menangani penipuan terhadap pengguna internet.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata usaha itu dilakukan bagi

menangani pelbagai jenayah di internet di samping membendung trend ugutan

berbaur ancaman dalam laman sosial, Facebook yang semakin meningkat

sejajar perkembangan pantas teknologi maklumat.

Beliau berkata, Bukit Aman juga sentiasa meningkatkan hubungan kerjasama

dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security

Malaysia bagi memantau pelbagai aktiviti di internet yang boleh dikategorikan

sebagai jenayah siber.

“Pemantauan sentiasa ditingkatkan menerusi Bahagian Cyber Crime Bukit

Aman. Bagaimanapun, mereka yang menerima ugutan melalui laman sosial

serta menjadi mangsa salah laku di internet perlu tampil membuat laporan polis

supaya tindakan segera dapat diambil bagi menjalankan siasatan dan mengesan

pihak terbabit,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai kecenderungan pengguna internet,

termasuk remaja yang menyalahgunakan kemudahan itu terutama menerusi

laman sosial dan blog untuk menabur fitnah serta membuat ancaman berbaur

ugutan terhadap pelbagai pihak.

Sebelum ini, pengadu dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,

Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat dua laporan polis kerana mendakwa

menerima ugutan bunuh menerusi Facebook. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik

Aziz Nik Mat turut menerima ancaman sama.

Malah, ada juga pengguna internet menggunakan laman blog bagi menghina

institusi Raja, selain menyentuh sensitiviti kaum dan agama di negara ini. Selain

itu, kegiatan mencuri identiti pengguna internet serta kes penipuan dan

pelaburan haram juga dilaporkan semakin meningkat kebelakangan ini.

Sementara itu, Musa meminta pengguna laman sosial dan pengendali blog serta

web supaya menggunakan kemudahan itu dengan berhemah dan tidak

menyalahgunakannya sehingga mencetuskan rasa kurang senang pengguna

internet di samping mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam

Ong SQ (U6B/2010)

Posts: 148

Join date: 2009-05-17

Age: 19

Pelajar sekalian,

Isu hangat pada masa ini ialah peningkatan jenayah siber.

Anda dikehendaki mencari artikel dalam internet tentang hal ini dan tampalkan

pautan tersebut di dalam forum ini untuk rujukan rakan-rakan anda.

Carilah artikel yang memnpunyai kandungan tentang ha-hal berikut:

a. Apa itu jenayah siber?

b. Apakah punca-punca tersebarnya jenayah siber

c. Bagaimanakah pihak-pihak tertentu boleh menangani masalah jenayah siber

tersebut.

Selamat Maju Jaya

Pn Leela

PnLeelaAdmin

Posts: 351

Join date: 2008-01-03

 

Re: Jenayah siber  ChanLM on Tue Feb 05, 2008 4:55 pm

1. Jenayah siber merupakan jenayah yang dilakukan melalui komputer

dalam internet seperti mengeluarkan duit akaun orang lain, membuat

jualan atas talian yang palsu, menceroboh sistem syarikat dan lain-lain.

2. Masyarakat sekarang yang suka mudah dan pantas menyebabkan

jenayah siber tersebar. Banyak orang membeli barang, jelaskan bil, kirim

wang melalui internet. Ini menyebabkan orang yang pandai dalam

komputer giat dalam jenayah ini. Selain itu, komputer yang senang diguna

setelah banyak perubahan dilakukan ke atasnya juga menyebabkan

jenayah siber tersebar. Banyak kemudahan telah ditambah dalam

komputer. Ini mendorong ramai orang giat dalam belajar guna komputer

sama akan guna ilmu pengetahuan komputer dalam perkara bermanfaat

atau jahat.

3. Setiap lapisan masyarakat patut ada pengetahuan komputer yang

sepatutnya. Ini membolehkan mereka membezakan antara maklumat yang

betul atau salah. Selain itu, pihak yang menjalankan perniagaan melalui

internet patut sentiasa memastikan tiada pihak lain yang menggunakan

nama syarikat mereka menjalankan jenayah.

ChanLM

Posts: 8

Join date: 2008-01-13

 

JENAYAH SIBER  sim on Tue Feb 05, 2008 7:12 pm

1.Jenayah siber adalah mana perlakuan yang mempunyai niat dan

dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan

mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian

dan berterusan.

2.Punca utama adalah penjenayah sukar dikenalpastikan,umumnya

penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun

profesional. Mungkin kawan kita , mungkin pelajar, mungkin profesor

atau siapa sahaja. Mereka akan melakukan jenayah terhadap intitusi

mereka sendiri atau intitusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak

tertentu contohnya.Selain itu,sikap manusia juga salah satu punca

jenayah siber tersebar,kerana jenayah siber sering dilakukan oleh

manusia yang mempunyai attitude negetif.Mereka menyerang sistem

hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba ilmu yang baru mereka

pelajari.Kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun dalam

lengkongan 20 an.Golongan remaja mempunyai sikap yang sukar

diramal. Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat

jenayah yang mereka lakukan. Lebih malang kerana kecanggihan

teknologi gagal mengenal pasti penceroboh.

3.Undang-undang siber tidak boleh kita harapkan untuk melindungi

kita dari ancaman jenayah komputer.Walau bagaimanapun kita kena

mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer kita sendiri.

Lengkapkan diri kita dengan ilmu tentang komputer dan mungkin kita

boleh lindungi sistem komputer kita dengan perisian yang ada di

pasaran seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker, anti-spyware dan

apa saja perisian keselamatan yang lain.

sim

Posts: 49

Join date: 2008-01-29

 

Bacaan tambahan di internet  PnLeela on Tue Feb 05, 2008 9:33 pm

Hi semua,

Jika anda dapat bacaan tambahan seperti ini, sila tampalkan di

fourm ini.

Cthnya seperti ini:

1.http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenayah_siber

2. http://www.kempen.gov.my/index.php?

option=com_content&task=view&id=72&Itemid=107&lang=malay

Sila baca bahan-bahan tersebut dan jawab soalan berkaitan

Jumpa lagi

Pn Leela

PnLeelaAdmin

Posts: 351

Join date: 2008-01-03

 

Re: Jenayah siber  vinclam1314 on Wed Feb 06, 2008

9:31 am

a) Jenayah Siber ialah Jenayah yang dijalankan oleh

seseorang untuk menderita atau merugikan orang lain

malalui komputer.

B) Sifat Manusia yang tamat dan cepat menguntungi

merupakan salah satu punca berlakunya jenayah

siber.Seseorang akan cuba mendapat keuntungan dengan

masa yang singkat melalui jenayah siber.Selain itu,

kekurangan ilmu tentang komputer orang ramai juga

menyumbang kepada jenayah siber. Orang yang bermahir

tentang komputer akan cuba menggunakan ilmunya untuk

merugikan atau menderita orang lain yang kekurangan ilmu

tentang komputer.

c)Kerajaan harus menjalan pengajaran komputer kepada

pelajar di sekolah. Dengan inilah, pelajar dapat tahu lebih

banyak ilmu tentang komputer supaya mereka tidak mudah

dijadikan mangsa jenayah siber. Selain itu, pihak polis

haruslah menubuhkan satu kumpulan polis untuk

menentang jenayah siber dengan ahlinya mahir dengan

ilmu pengetahuan komputer. Dengan penubuhan kumpulan

anti-jenayah siber, jenayah siber tentu dapat dikurangkan

dan dibentangkan dengan lebih efficient.

Selamat Tahun Baru Cina.. makan banyak banyak tikus

supaya badan sihat, otak cergas..

link kepada cara tangani jenayah siber:cara tangani jenayah siber

Last edited by on Thu Feb 14, 2008 1:38 am; edited 1 time in total

vinclam1314

Posts: 344

Join date: 2008-01-11

Age: 22

Location: Streamx

 

Re: Jenayah siber  siewMei on Sun Feb 10, 2008

11:19 pm

a)Jenayah siber adalah kegiatan-kegiatan melanggar undang-undang yang

dilakukan melalui komputer dan perkhidmatan internet.

b)Antara punca utamanya adalah sifat ketamakan manusia dan keinginan untuk

menjadi kaya dalam masa yang cepat dengan menggunakan kaedah alternatif.

Sesetengah manusia hanya mementingkan hasilnya dan mereka tidak ambil

peduli akan cara mereka mendapat hasil tersebut,oleh itu mereka sanggup

melakukan jenayah siber semata-mata ingin mendapatkan hasil dengan cepat.

Selain itu,kekurangan perlindungan dari pihak berkuasa terhadap golongan

penjenayah siber ini. Kebanyakan penjenayah siber ini lebih mahir dan berilmu

dalam pengendalian komputer berbanding pihak berkuasa. Namun demikian,ilmu

pengetahuan orang ramai tentang pengedalian komputer yang cetek juga

merupakan salah satu punca.mereka sering menjadi sasaran golongan

penjenayah siber ini kerana mereka tidak ketahui cara-cara mengelak daripada

ancaman jenayah siber dan boleh dikatakan mereka mudah terpedaya.

c)Undang-undang dikuatkuasakan,hukuman dan dendaan yang dikenakan

ditambah berat. Kerajaan juga boleh mewajibkan pengajaran penggunaan

komputer di kalangan pelajar. Semua pelajar tidak kira umurnya harus menghadiri

kelas komputer ini dan mereka diajar tentang ancaman jenayah siber ini. Selain

itu,menyediakan lebih banyak kursus komputer kepada semua pegawai kerajaan

ataupun pekerja yang terlibat dalam transaksi di internet supaya mereka boleh

tingkatkan keselamatan mereka.

siewMei

Posts: 171

Join date: 2008-01-14

Age: 21

 

Jenayah Siber  lim siew yuen on Tue

Feb 12, 2008 10:37 am

(a)Jenayah Siber merupakan jenayah yang

dilakukan melalui internet atau melalui bahan-

bahan telekomunikasi.

(b)Bagi saya ibu bapa merupakan punca utama

berlakunya jenayah siber.Mereka tidak

mengambil masa untuk menemani anak mereka

melayari internet dan tidak menyemak mesej-

mesej yang diterima atau dihantar oleh anak

mereka dengan alasan tidak mahir dlm teknologi

ini........ Selain daripada ini,mereka juga tidak

menjalankan tanggungjawab ibu bapa dengan

sempurna.Mereka hanya tahu beri kekayaan kpd

anak mereka tetapi telah mengabaikan kefikiran

mereka.Mereka yang tidak dapat mengambil

perhatian daripada ibu bapanya dan tidak

terdapat orang yang boleh bercakap

dengannya,barulah mereka melakukan jenayah

melalui bahan-bahan telekomunikasi.Dengan

fikiran mental yang tidak matang dan kekurangan

kefahaman tentang kesilapan yang telah

dilakukan,seorang mangsa terancam oleh

jenayah siber lagi.................

(c)Untuk menangani jenayah siber ibu bapa

perlulah menemani anak mereka semasa mereka

melayari internet bukan sahaja mengawasi

mereka dan juga mengelakan mereka daripada

dibuli oleh pembuli siber!ibu bapa juga

memainkan peranan mengajar anak mereka

mengamalkan kehidupan sebenar perlu

digunakan dalam talian siber kerana mereka

perlu mengetahui mengenai bahaya, risiko apa

yang mereka lakukan.

lim siew yuen

Posts: 40

Join date: 2008-01-13

 

RE : JENAYAH SIBER  NCH CHEAN on

Wed Feb 13,

2008 11:15 pm

1) Jenayah siber ialah perbuatan kriminal

yang dilakukan melalui komputer dalam

internet untuk mendapat keuntungan

dengan menderitakan serta merugikan

mangsa yang terperangkap.

2) Kebijaksanaan pencuri maklumat

mendapat maklumat daripada kejuruteraan

sosial tanpa disedari oleh mereka untuk

memperoleh maklumat peribadi mangsa

untuk menjalankan penipuan telah

mennyebarkan lagi jenayah siber .Di

samping itu , kelonggaran undang-undang

telah menyebabkan penjenayah siber

menjalankan aktiviti mereka dengan

sewenang-wenangnya . Masyarakat kini

yang mudah tertarik atau dipengaruhi oleh

tawaran dan pujukan menyebabkan

penjenayah siber menjalankan aktiviti

mereka dengan lancar dan memperolehi

keuntungan yang besar.Dengan ini , jenayah

siber mudah disebarkan demi memperoleh

keuntungan yang banyak .

3) Pihak kerajaan harus menguatkuasakan

undang-undang untuk mengawal masalah

jenayah siber agar penjenayah siber tidak

berani menjalankan perbuatan kriminal yang

menderitakan mangsa . Selain itu ,

masyarakat juga harus mempunyai

pengetahuan yang mendalam dalam

komputer supaya tidak mudah ditipu oleh

pihak lain melalui layaran internet.

NCH CHEAN

Posts: 39

Join date: 2008-01-15

 

Jenayah siber  yuweilim

on Tue Feb

19, 2008

1:55 pm

a) Jenayah siber merangkumi sebarang

bentuk ancaman dan serangan yang

boleh dikenakan terhadap seseorang

pengguna internet melalui pesanan

teks,gambar menerusi e-

mel,blog,telefon bimbit serta rangkaian

web bagi menganggu,memalukan, dan

mengugut.

b) Punca-punca berlakunya jenayah

siber ialah kemunculan Internet

sebagai alat komunikasi terkini

menjanjikan satu wadah penyebaran

maklumat yang memantapkan ilmu

dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa

yang dapat mengawal perjalanan

maklumat di dunia siber, berjuta-juta

laman web telah dihidupkan.

Bermacam-macam maklumat tidak kira

sama ada benar atau salah, idea,

ideologi, propaganda dan tidak kurang

juga pornografi disebarkan melalui

Internet.Pada masa yang sama,

kebebasan maklumat yang dijanjikan

oleh dunia siber ini menimbulkan rasa

gerun bagi pihak pentadbir sesetengah

negara yang selama ini mahu

mengongkong kebebasan bersuara,

berfikir dan berpendapat penduduk

mereka.

c) Bagi menangani masalah ini, pihak

bank harus mamastikan segala urusan

yang disediakan dijamin mempunyai

ciri-ciri keselamatan yang tinggi seperti

sijil digital.Sijil ini mampu memastikan

setiap pemalsuan laman web dikenal

pasti dengan serta-merta.Individu pula

perlu ada tahap kesedaran yang tinggi

tentang risiko dari ancaman siber ini,

terutamanya ketika menggunakan

komputer masing-masing.Kita perlu

ada rasa tanggungjawab untuk

menentukan komputer kita terjamin

selamat dan tidak mengandungi virus

dan trojan yang boleh mengancam

keselamatan maklumat orang lain.Di

pihak kerajaan pula, kerajaan perlu

mengadakan dan menentukan

prasarana ICT yang selamat dengan

melaksanakan polisi-polisi yang efektif,

terkini dan praktikal.

Undang-undang siber dan yang

berkaitan dengannya perlu dikaji dari

masa ke semasa mengikut tahap

ancaman global yang selalu berubah-

ubah.

yuweilim

Posts: 10

Join date: 2008-01-11

 

Jenayah siber

  Je

nnif

er

Ong

on

Tue

Feb

19,

200

8

9:30

pm

1) Jenayah siber merujuk kepada

penyalahgunaan pengetahuan

dalam komputer dan internet

untuk mencuri, menipu harta

benda,

pemalsuan, peras ugut,

mengubah data-data syarikat dan

lain-lain yang mengakibatkan

kerugian dan penderitaan

mangsa-mangsa

jenayah siber.

2) Jenayah siber berlaku kerana

munculnya Internet sebagai

telekomunikasi sedunia di mana

maklumat-maklumat yang

dipaparkan di berjuta-juta laman

web tidak dapat dikawal oleh

sesiapa pun. Tambahan pula,

dengan kemudahan ini,

penjenayah siber yang tamak

ataupun yang berdendam akan

melakukan pencurian, pemalsuan

data, meletakkan virus dan

sebagainya untuk mendapatkan

apa-apa sahaja yang mereka

ingini. Kesalahan jenayah ini

dimudahkan lagi dengan ramai

pengguna internetyang tidak celik

komputer dan tidak berhati-hati

apabila memberi

maklumat peribadi mereka di

internet.

3) Setiap bank harus mempunyai

sijil digital sebagai jaminan

keselamatan kerana ia mampu

memastikan setiap pemalsuan

laman web

dikenal pasti dengan serta merta.

Selain itu, kerajaan haruslah

menguatkuasakan undang-

undang jeneyah siber yang sedia

ada serta memberi hukuman yang

lebih berat lagi ke atas

penjenayah siber. Di samping itu,

satu unit khas yang celik

komputer dan berpengetahuan

tinggi dalam dunia siber haruslah

ditubuhkan untuk menangani

penularan jenayah siber dengan

lebih berkesan. Kelas komputer

juga haruslah diwajibkan di semua

sekolah untuk mengajar pelajar

tentang pengetahuan komputer

serta internet di samping

menjelaskan langkah untuk

mengelakkan diri pelajar daripada

menjadi mangsa jenayah siber.

Jennifer Ong

Posts: 60

Join date: 2008-01-12

 

Re: Jenayah siber 

 

w

o

n

d

e

r

f

o

o

_

9

9

o

n

W

e

d

F

e

b

2

0

,

2

0

0

8

2

:

3

8

p

m

1.Jenayah siber ialah

seseorang melakukan

sesuatu perkara yang

melanggar undang-undang

di internet.

2.Punca-punca tersebarnya

jenayah siber adalah

pengaruhi media

massa.Contoh,filem-filem

yang mengandungi

kandungan yang melakuan

jenayah siber. Justeru,

kandungan itu dipelajari oleh

penonton. Selain itu, ibu

bapa yang kurang prihatin

terhadap anaknya

mengakibatkan berlakunya

jenayah siber.

3. Kerajaan harus menetap

kan undang-undang untuk

menangani jenayah siber.

Disamping itu, ibu bapa

memeriksa anaknya dan

mendidik anak-anaknya agar

tidak melakukan jenayah

siber.

wonderfoo_99

Posts: 111

Join date: 2008-01-11

 

Re: Jenayah siber 

 

A

n

g

3

l

a

W

o

n

g

o

n

W

e

d

F

e

b

2

0

,

2

0

0

8

4

:

2

6

p

m

1. Jenayah siber adalah

sesuatu perkara yang

sesiapa saja organisasi

kerajaan, swasta serta

individu melanggarkan

undang undang di

internet,contohnya

phishing, mencuri

maklumat, dan

kebocoran data.

2. punca jenayah siber

adalah manusia yang

tidak sedar apa yang

dibuat itu salah atau

tidak begitu berfikir

secara rasional sebelum

berbuat sesuatu.

Hakikatnya manusia

juga mudah membuat

penilaian tanpa apa-apa

bukti, tanpa usul

periksa. Selain

itu,jenayah siber juga

berpunca daripada

budaya yang begitu

lama tertanam dalam

masyarakat kita.

3. Langkah

pertamanya,kerajaan

harus mengadakan

kempen sedar diri

terhadap jenayah

siber.Langkah kedua

adalah anggota polis

perlu kuasai ICT supaya

mereka boleh

membendung jenayah

di negara ini.

Ang3laWong

Posts: 36

Join date: 2008-01-11

 

Maklumat mengenai jenayah siber 

 

w

e

n

z

e

o

n

W

e

d

F

e

b

2

7

,

2

0

0

8

2

:

0

7

p

m

Kepada rakan sekalian,maklumat ini adalah didapati daripada internet:~

Klasifikasi Jenayah siber

Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan

dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau

peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data,

operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk

tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar

1. Penipuan

2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.

3. Kecurian maklumat.

4. Capaian secara tidak sah keatas sistem

5. Menyalin perisian secara tidah sah.

6. Pengintipan

7. Judi siber

8. Skim cepat kaya

9. Pornografi

10. Penggodam atau "Hacker"

11. Penyebaran virus

dan banyak lagi dan mungkin juga kita akan berhadapan dengan bentuk

jenayah baru selaras dengan kepesatan pembangunan komputer .Isu yang

ingin di bincangkan di sini bukanlah berkenaan bagaimana jenayah dilakukan

tetapi mengapakah jenayah ini sukar dibendung. Antara beberapa faktor yang

dikenal pasti ialah

1. Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya

2. Kepentingan ekonomi

3. Berbeza takrifan jenayah

4. Kepentingan ketenteraan

5. Sikap manusia "Human attitude"

Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya

Siapakah penjenayah siber? Apakah jenayah yang dilakukan? Di mana

jenayah dilakukan? Soalan-soalan yang sukar di jawab. Kalau jenayah lain

senang dikenali contohnya perompak tentu sekali memegang senjata ,

penculik tentu sekali meminta wang tebusan tetapi bagaimana mengenali

penjenayah siber. "Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber

dengan ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang

sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana," Michael A. Vatis dari FBI.

Umumnya penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun

profesional. Mungkin kawan kita , mungkin pelajar, mungkin profesor atau

siapa sahaja. Mereka akan melakukan jenayah terhadap intitusi mereka

sendiri atau intitusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu

contohnya.

Organisasi perniagaan mungkin menjadi sasaran pesaingnya, pekerja atau

bekas pekerja. Bank serta institusi kewangan oleh perompak dan penjenayah

profesional. Manakala, pihak universiti menjadi sasaran pelajar atau bekas

pelajar. Agensi kerajaan pula mungkin menjadi mangsa pengganas dan

komputer militari mungkin disabotaj.

Kalaulah orang yang melakukan jenayah tidak di kenali undang-undang yang

di rangka untuk membendungnya tidak akan bermakna. Di Amerika yang

canggih teknologinyapun gagal mengesan perancang trajedi 11 September.

Semasa Peristiwa 11 September 2001, 19 orang perampas kapal terbang

memasuki Amerika Syarikat dengan menggunakan visa yang sah. Selain

secara peribadi, mereka berhubung melalui Internet atau membuat panggilan

telefon dengan menggunakan kad prabayar untuk merancang serangan

terhadap New York dan Washington.

Berbeza takrifan jenayah

Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi untuk membincangkan jenayah siber

ini, terlebih dahulu marilah kita lihat terlebih dengan definisi jenayah siber itu

sendiri. Jenayah membawa maksud aktiviti seperti kecurian, penipuan,

pemalsuan, peras ugut dan sebagainya. Jenayah komputer pula melibatkan

segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras

ugut dan segala aktiviti yang melibatkan jenayah.

Walau bagaimana, definisi yang lebih baik dan komprehensif telah dibuat oleh

Mr Donn B. Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan

keselamatan untuk SRI International di Menlo Park, California. Beliau

menyatakan bahawa jenayah komputer adalah mana perlakuan yang

mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan

menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan,

kerugian dan berterusan.

Jabatan Kehakiman US menguatkan lagi definisi ini dengan mengatakan

bahawa jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana

pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan untuk

merealisasikannya.

Namun demikian kita harus akui bahawa ujudnya takrifan jenayah siber antara

negara. Bagi negara-negara islam judi, pornography, pengiklanan sex adalah

suatu jenayah tetapi bukan jenayah dikebanyakan negara.contohnya di

America syarikat hal-hal sebegini dianggap remeh hanya pornography kanak-

kanak saja dianggap jenayah . Mereka lebih memberi tumpuan kepada

keselamatan dan perdagangan. Berbagai –bagai undang yang berkait rapat

dengan keselamatan dan perdagangan di rangka seperti trademark low,

copyright low,undang yang berkaitan hacker dan penyebaran virus dan

sebagainya. Dengan adanya takrifan yang berbeza ini sukar untuk

dikuatkuasakan undang-undang siber. Dimalaysia yang terikat dengan janji

tidak menapis internet terpaksa merelakan jenayah ini.

wenze

0

0

8

4

:

4

0

p

m

1. Jenayah siber meliputi penggunaan peralatan teknologi maklumat seperti

komputer,komunikasi atau rangkaian IP dan multimedia dengan melibatkan

kegiatan mencuri identiti penduduk Malaysia(passport & kad

pengenalan),transaksi kewangan(mata wang & cek),dan maklumat-maklumat

projek-projek pembangunan negara yang menyebabkan pengguna mengalami

kerugian yang banyak terutama daripada transaksi kewangan oleh institusi

kewangan.

2. Punca-punca tersebarnya jenayah siber adalah disebabkan penawaran

perkhidmatan melalui Internet yang semakin bertambah.Yang diketahui,pihak

bank berlumba-lumba menawarkan perkhidmatan On-line atau lebih dikenali

sebagai perbankan Internet dan mendapat sambutan hangat daripada

pengguna.Walaupun pihak bank berkali-kali mengatakan keselamatan menjadi

keutamaan mereka,hakikatnya masih ada pengguna yang mengadu kehilangan

wang menerusi transaksi yang dijalankan tanpa disedari atas kesilapan yang

dilakukan oleh pihak bank.

Selain itu,sikap pengguna yang bersikap malas kini lebih mengutamakan

kemudahan atau kepantasan gemar melakukan perkhidmatan melalui

Internet.Dengan ini,mereka dapat menjelaskan pelbagai bil,menjalankan

pembelian atau menjalankan transaksi wang tanpa keluar dari rumah mereka

telah memberi peluang keemasan kepada orang ramai untuk melibatkan diri

dalam jenayah siber demi mengaut keuntungan.Oleh itu,laman-laman web kini

telah dicipta seolah-olah untuk menghalalkan penipuan.

3. Pihak-pihak tertentu boleh menangani masalah jenayah siber ini dengan

memberi perlindungan kepada komputer.Ini membolehkan mekanisma kata

laluan terjamin dan menukarkan kata laluan lebih kerap dengan memberi kata

laluan yang unik serta cuba elakkan dari menggunakan kata laluan yang

menggunakan nama awal dan akhir atau initial.Selain itu,penubuhan dasar dan

peraturan keselamatan tapak web juga digalakkan.Dengan ini,dasar

keselamatan bertulis disediakan untuk menentukan siapa yang dibenarkan

menggunakan sistem ,menentukan tahap pengguna sistem,dan menyediakan

prosedur tertentu.Justeru,penggunaan piawaian keselamatan IT demi

menyediakan dasar keselamatan IT di mana Jawatankuasa Standard

Keselamatan IT Kerajaan(JKSKITK)yang telah ditubuhkan pada 3 Feb 1999

sebagai sumber rujukan untuk piawaian keselamatan IT.

lingwei

Posts: 3

Join date: 2008-03-20

 

Jenayah Siber 

 

I

c

e

o

n

T

h

u

M

a

r

2

0

,

2

0

0

8

9

:

1

4

p

m

1.

Jenayah siber melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti

kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan

jenayah.Aktiviti ini dilakukan melalui komputer dalam internet untuk mendapat

keuntungan dengan menderitakan serta merugikan mangsa yang terperangkap.

2. Masyarakat kini suka mudah dan pantas untuk menjelaskan bil,membeli

barang akan menyebabkan jenayah siber tersebar.Contohnya,sebahagian orang

biasa menempah barang-barang melalui internet,ia mungkin ditipu oleh orang

yang cuba menipu melalui internet. Sifat manusia yang tamak dan ingin mencari

keuntungan dalam masa yang singkat merupakan salah satu punca berlakunya

jenayah siber.Seseorang akan cuba mendapat keuntungan yang lebih banyak

melalui internet.Selain itu,pihak-pihak yang tertentu tidak mengamalkan sikap

jujur juga ialah salah satu punca daripadanya.Ibu bapa yang sibuk dalam

kerjanya akan menyebabkan anaknya kekurangan kasih sayang,oleh

itu,anaknya mungkin menyertai kegiatan jenayah siber.

3. Pihak kerajaan boleh meningkatkan ilmu pengetahuan rakyat dan

menyebarkan berita yang benar di media cetak atau TV. Dengan cara ini orang

ramai akan dapat mempertimbangkan kebenaran.Selain itu, masyarakat kena

mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer kita sendiri. Lengkapkan

diri kita dengan ilmu tentang komputer dan mungkin kita boleh lindungi sistem

komputer kita dengan perisian yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall,

pop-up blocker, anti-spyware dan apa saja perisian keselamatan yang lain.

Ice

Posts: 10

Join date: 2008-02-03

Age: 21

Jenayah siberDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari

Jenayah Siber. Mengapa sukar dibendung

Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.

Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka.

Isi kandungan[sorokkan]

1 Kecanggihan Internet - kemampuannya mengatasi sempadan geografi 2 Perlukah internet dikawal selia 3 Klasifikasi Jenayah siber 4 Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya 5 Kepentingan ekonomi 6 Berbeza takrifan jenayah 7 Kepentingan ketenteraan 8 Sikap manusia 9 Kesimpulan 10 Lihat juga

[sunting] Kecanggihan Internet - kemampuannya mengatasi sempadan geografiKeupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman memainkan alat yang penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, bahan-bahan media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti Internet. Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakan negara mempunyai peruntukan undang-undang yang mengawal percetakan dan kandungan televisyen. Di Malaysia contohnya, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai

Bahan media yang tradisional juga dibatasi oleh had geografi. Penyebaran buku, makalah dan surat khabar memerlukan kos, tenaga manusia, infrastruktur jalan dan kemudahan kenderaan. Kesemua faktor ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan pengawalan maklumat.

Perbezaan antara Internet dan bahan media yang sedia ada amatlah nyata kerana Internet adalah satu platform yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Internet memungkinkan seseorang menyebarkan maklumat dan berinteraksi dengan orang lain yang mungkin beribu-beribu batu jauhnya.

[sunting] Perlukah internet dikawal seliaPengawal seliaan bahan-bahan media dan cetak adalah satu praktis yang sudah lumrah di negara membangun dan juga di kebanyakan negara maju. Dengan perkembangan Internet, timbullah tanda tanya sama ada Internet harus dikawal selia atau tidak.

Namun pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah yang positif untuk tidak menapis dunia siber. Ini termaktub dalam rang undang-undang jaminan yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat Koridor Raya Multimedia. Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun peruntukan di bawah akta tersebut yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku.

Prinsip ini adalah berdasarkan pendapat bahawa pengawalan maklumat hanya akan memberikan kesan yang negatif kepada perkembangan teknologi komunikasi yang canggih ini.

Ini berbeza sekali dengan sesetengah negara yang mengambil pendirian yang jauh lebih agresif. Negara-negara seperti Cuba dan China, mengamalkan penapisan maklumat secara total atau separa. Mereka menganggap kandungan yang dibawa di dalam Internet sebagai ancaman ideologi kepada penduduk mereka. Mereka lebih suka penduduk mereka pasif, buta dan tidak celik kepada maklumat dan perkembangan dunia terkini.

Banyak juga negara yang bersikap sederhana dan menapis hanya maklumat yang mungkin merosakkan fikiran orang awam.

Kebebasan bersuara yang sedia ada seharusnya tidak disalahgunakan. Namun demikian jika adapun penyebar maklumat palsu ataupun pihak pembangkang sesuatu kerajaan menggunakan Internet untuk menyebarkan ideologinya, ia bukannya satu ancaman serius. Pihak kerajaan masih ada cara lain untuk mengatasinya contohnya adalah dengan cara meningkatkan ilmu pengetahuan rakyat dan menyebarkan berita yang benar di media cetak atau TV. Dengan cara ini orang ramai akan dapat mempertimbangkan kebenaran. Tapi bagaimana dengan jenayah siber yang lain. Bolehkah kita bertolak ansur dengan jenayah siber yang boleh membawa ancaman kepada masyarakat dan tamadun ?

[sunting] Klasifikasi Jenayah siberKesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar

1. Penipuan2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.3. Kecurian maklumat.4. Capaian secara tidak sah keatas sistem5. Menyalin perisian secara tidah sah.6. Pengintipan7. Judi siber8. Skim cepat kaya9. Pornografi 10. Penggodam atau "Hacker"11. Penyebaran virus

dan banyak lagi dan mungkin juga kita akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras dengan kepesatan pembangunan komputer .Isu yang ingin di bincangkan di sini bukanlah berkenaan bagaimana jenayah dilakukan tetapi mengapakah jenayah ini sukar dibendung. Antara beberapa faktor yang dikenal pasti ialah

1. Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya2. Kepentingan ekonomi3. Berbeza takrifan jenayah4. Kepentingan ketenteraan

5. Sikap manusia "Human attitude"

[sunting] Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnyaSiapakah penjenayah siber? Apakah jenayah yang dilakukan? Di mana jenayah dilakukan? Soalan-soalan yang sukar di jawab. Kalau jenayah lain senang dikenali contohnya perompak tentu sekali memegang senjata , penculik tentu sekali meminta wang tebusan tetapi bagaimana mengenali penjenayah siber. "Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana," Michael A. Vatis dari FBI. Umumnya penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun profesional. Munkin kawan kita , mungkin pelajar, mungkin profesor atau siapa sahaja. Mereka akan melakukan jenayah terhadap intitusi mereka sendiri atau intitusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu contohnya.

Organisasi perniagaan mungkin menjadi sasaran pesaingnya, pekerja atau bekas pekerja. Bank serta institusi kewangan oleh perompak dan penjenayah profesional. Manakala, pihak universiti menjadi sasaran pelajar atau bekas pelajar. Agensi kerajaan pula mungkin menjadi mangsa pengganas dan komputer militari mungkin disabotaj.

Kalaulah orang yang melakukan jenayah tidak di kenali undang-undang yang di rangka untuk membendungnya tidak akan bermakna. Di Amerika yang canggih teknologinyapun gagal mengesan perancang trajedi 11 September. Semasa Peristiwa 11 September 2001, 19 orang perampas kapal terbang memasuki Amerika Syarikat dengan menggunakan visa yang sah. Selain secara peribadi, mereka berhubung melalui Internet atau membuat panggilan telefon dengan menggunakan kad prabayar untuk merancang serangan terhadap New York dan Washington.

[sunting] Kepentingan ekonomiE-commerce dan K –ekonomi menjadi begitu penting sekarang. Dalam era globalisasi sekarang sesebuah negara akan ketinggalan jika masih bergantung kepada kaedah traditional sahaja dalam urusan ekonomi. Mereka perlu bergerak seiring dengan negara-negara yang mengamalkan K- ekonomi. Bagi negara-negara membangun kepakaran dalam bidang teknologi maklumat amat terhad. Untuk mengatasi masalah ini mereka perlu membuka pintu untuk perlaburan luar. Malaysia contohnya telah membina Multimedia Super Corridor (MSC), iaitu sebuah kawasan seluas 15 km x 50 km selatan Kuala Lumpur. MSC mensasarkan untuk menarik syarikat teknologi bertaraf dunia menggunakan MSC sebagai pusat untuk mengujian teknologi. Tujuh aplikasi perdana telah dibentuk untuk mengujudkan aktiviti di dalam MSC. Ia terdiri daripada sekolah bestari, kad pintar,teleperubatan, kluster R&D, kerajaan elektronik, rangkaian pengilangan sedunia dan pemasaran tanpa sempadan.

Untuk menarik pelaburan asing yang berstatus MSC Malaysia telah memperkenalkan sebuah senarai yang dikenali sebagai Rang Jaminan (Bill of Guarantees) yang antara jaminannya ialah

tiada pernapisan internet.selain malaysia banyak negara lain mengambil langkah yang sama contohnya Indonesia, India, mexico dan boleh dikatakan semua negara maju tidak menapis internet. Tidak menapis internet bermakna semua orang boleh menggunakan internet dengan bebas ini termasuklah penjenayah siber. Oleh itu tidak bermakna dirangka undang-undang jenayah siber. Beberapa contoh peristiwa akibat tiada penapisan internet : melalui alam siber Zapatista National Liberation Army di Mexico semakin bertenaga dalam menegakkan perjuangan mereka , aktivis siber di Indonesia berjaya menumbangkan rejim Suharto pada bulan Mei 1998, Pelampau Hindu yang merobohkan masjid pada awal tahun 1990-an dan menyerang penganut Kristian pada akhir tahun 1990-an terdiri daripada golongan pekerja di India yang menggunakan kaset video dan Internet untuk menyebarkan mesej serta tragedi 11 sept juga menggunakan komunikasi internet.

[sunting] Berbeza takrifan jenayahSebelum kita melangkah lebih jauh lagi untuk membincangkan jenayah siber ini, terlebih dahulu marilah kita lihat terlebih dengan definisi jenayah siber itu sendiri. Jenayah membawa maksud aktiviti seperti kecurian, penipuan, pemalsuan, peras ugut. Jenayah komputer pula melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undang yang sedia ada.

Walau bagaimanapun, definisi yang lebih baik dan komprehensif telah dibuat oleh Mr Donn B. Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan keselamatan untuk SRI International di Menlo Park, California. Beliau menyatakan bahawa jenayah komputer adalah mana perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan.

Jabatan Kehakiman US menguatkan lagi definisi ini dengan mengatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan untuk merealisasikannya.

Namun demikian kita harus akui bahawa ujudnya takrifan jenayah siber antara negara. Bagi negara-negara islam judi, pornography, pengiklanan sex adalah suatu jenayah tetapi bukan jenayah dikebanyakan negara.contohnya di America syarikat hal-hal sebegini dianggap remeh hanya pornography kanak-kanak saja dianggap jenayah . Mereka lebih memberi tumpuan kepada keselamatan dan perdagangan. Berbagai –bagai undang yang berkait rapat dengan keselamatan dan perdagangan di rangka seperti trademark low, copyright low,undang yang berkaitan hacker dan penyebaran virus dan sebagainya. Dengan adanya takrifan yang berbeza ini sukar untuk dikuatkuasakan undang-undang siber. Dimalaysia yang terikat dengan janji tidak menapis internet terpaksa merelakan jenayah ini.

[sunting] Kepentingan ketenteraanDunia tanpa sempadan menjanjikan peluang serta ancaman, kesejahteraan serta kemusnahan, dan keamanan serta peperangan. Akibat semakin saling berhubungan, maka sistem dan rangkaian

maklumat kini terdedah kepada pelbagai ancaman dan mudah diserang. Keadaan ini mewujudkan isu baru tentang keselamatan, seperti yang disebut dalam OECD Guidelines for the Security of Information Systems and Networks: Towards A Culture of Security. Sesetengah negara, seperti Amerika Syarikat meletakkan perlindungan daripada serangan berasaskan siber dan jenayah teknologi tinggi sebagai salah satu keutamaan yang penting. Ekoran Peristiwa 11 September kerajaan dalam OECD merangka Garis Panduan Keselamatan Sistem dan Rangkaian Maklumat yang baru untuk bertindak balas terhadap keganasan siber, virus komputer, penggodaman, dan ancaman lain.

“Walaupun Zaman Maklumat ini menjanjikan kecekapan yang semakin meningkat, namun keselamatan negara lebih sukar untuk diurus,” kata Eliot A. Cohen, pakar strategi dan kuasa ketenteraan, semasa Persidangan Tahunan Keenam di Abu Dhabi. Teknologi maklumat bukan sahaja mengaburkan sempadan antara perkhidmatan dan sempadan antara dunia ketenteraan dengan dunia awam, tetapi juga mengaburkan sempadan keselamatan.

Peperangan zaman teknologi maklumat bukan sahaja peperangan yang melibatkan kekuatan fizikal ketenteraan sahaja malahan peperangan ilmu pengetahuan. Pihak musuh akan menggunakan teknologi ini untuk menyerang sistem komputer kita. Serangan dilakukan dengan berbagai cara temasuklah mencuri maklumat dan merosakkan sistem .kita sebagai pihak yang diserang perlu melengkapkan diri dengan ilmu bagaimana mempertahankan diri dan menyerang balas. Situasi ini secara tidak lansung akan menggalakkan ilmu bagaimana untuk menceroboh sistem dan merosakkan komputer berkembang. Secara tidak langsung hacker dilahirkan. Hacker ini jika disalahgunakan terhadap awam akan menjadi jenayah jenayah. Dalam masa undang undang siber di rancang dan dalam masa yang sama kita melahirkan hacker. Sampai bila masaalah ini akan selesai.

[sunting] Sikap manusiaSikap manusia memang sesuatu yang sukar dikawal. Kita tidak boleh mengubah kelakuan seseorang melainkan orang itu sendiri mengubahnya. Jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai kelakuan yang negatif. Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba ilmu yang baru mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja ataupun dalam lengkongan 20 an. “Pertumbuhan penduduk dunia kira-kira 20 peratus hingga tahun 2010, dengan 95 peratus daripadanya berlaku di negara membangun, dan kemunculan golongan remaja, berdasarkan pengalaman sejarah, merupakan faktor utama ketidakstabilan.” Leftenan Jeneral Patrick M. Hughes, Pengarah Agensi Perisikan Pertahanan, Amerika Syarikat menyatakan kebimbangan ini kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat pada Februari 1997.

Golongan remaja mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan. Lebih malang kerana kecanggihan teknologi gagal mengenal pasti penceroboh. Misalnya, pada Februari dan Mac 2000, pencerobohan telah berlaku terhadap lebih 500 sistem komputer tentera, kakitangan kerajaan, dan sektor swasta di Amerika Syarikat. Ketika itu Amerika bersiap sedia dengan angkatan tenteranya di Teluk Parsi ekoran ketegangan antara Iraq dengan pemeriksa senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Apabila berlaku pencerobohan sedemikian, pihak berkuasa Amerika Syarikat

mengesyaki Iraq, tetapi terbukti bahawa pihak yang bertanggungjawab ialah dua orang juvenil dari Cloverdale, California, dan beberapa orang penduduk Israel.

Soalannya dari mana remaja atau mereka yang gemar menceroboh mempelajari ilmu ini. Mereka ini sebenarnya mahir tentang komputer. Mereka bukan belajar khusus untuk menceroboh tetapi dengan mempelajari ilmu komputer secara tidak lansung. Mereka boleh mencuba untuk menceroboh sistem atau cuba mencipta virus. Oleh itu semakin tinggi teknologi IT berkembang semakin tinggi juga teknologi bagaimana jenayah dilakukan.

"Pembangunan teknologi meningkatkan keselamatan sistem maklumat secara keseluruhan," kata Gillespie dan Nakatomi dari Direktorat Sains, Teknologi, dan Industri OECD. "Namun begitu, teknologi juga menyediakan kapasiti kepada bakal penyerang atau penceroboh untuk melakukan penerobosan yang lebih pantas dengan kesan yang sangat luas dan mendalam, yang sukar dijejak."

Oleh itu undang-undang siber tidak bermakna jika masih terdapat orang yang bersikap negetif dan menggunakan kemajuan komputer ke arah negatif.

[sunting] KesimpulanDaripada perbincangan di atas undang-undang siber tidak boleh kita harapkan untuk melindungi kita dari ancaman jenayah komputer. Dalam dunia tanpa sempadan, serangan mungkin dilakukan beribu-ribu batu jauhnya ataupun dari orang yang di sebelah kita dan amat malang sekali kita sukar mengenali siapa mereka dan dari mana mereka menyerang kita. Walau bagaimanapun kita kena mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer kita sendiri. Lengkapkan diri kita dengan ilmu tentang komputer dan mungkin kita boleh lindungi sistem komputer kita dengan perisian yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker, anti-spyware dan apa saja perisian keselamatan yang lain.

[sunting] Lihat juga