Jenayah Siber Karangan

24
` CUPRINS I.Argument……………………………………………………………………………………………….2 II.Capitolul I Prezentarea generala a institutiei Primaria municipiului Sighetu-Marmatiei……………………………………………………………………………...………………....3 Scurt istoric……………………………………………………………………………………...3 Obiectul de activitate…………………………………………………………………………...3 Organigrama…………………………………………………………………………………….3 III.Capitolul II Tipuri de scrisori………………………………………………………………………….5 1.Cereri oficiale si personale…………………………………………………………………..5 2.Corespondenta oficiala………………………………………………………………………7 3.Corespondenta administrativa………………………………………………………………9 4.Corespondenta juridica………………………………………………………………………11 5.Corespondenta diplomatica…………………………………………………………………12 IV.Capitolul III Concluzii si propuneri………………………………………………………………….15 V.Bibliografie……………………………………………………………………………………………..16 VI.Anexe…………………………………………………………………………………………………..17 Pagina 1 din 24 “A.C.T.I.V. – Aplicarea Cunoştinţelor Teoretice – Investiţie pentru Viitor” Proiect cofinanţat din Fondul Social European prin Programul Operaţional Sectorial Dezvoltarea Resurselor Umane 2007-2013 „Investeşte în OAMENI !” Grup Şcolar pentru Industrie Mică şi Servicii Sighetu Maramţiei 435500, G-al Mociulschi 17-19, Maramureş, România Tel./Fax: +40262311993 email: [email protected]

description

Tingkatan 1

Transcript of Jenayah Siber Karangan

Page 1: Jenayah Siber Karangan

Pengenalan:

Ruang Siber boleh diertikan sebagai suatu ruang maya yang menyediakan

komnukasi tanpa sempadan. Komunikasi melalui ruang siber ini mudah, pantas dan

bebas serta menjadi satu yang popular dewasa ini. Jenayah siber merupakan satu

jenayah yang baharu pada abad ini. Jenayah ini mempunyai modes operandi yang

berbeza daripada jenayah-jenayah yang lain. Jenayah ini tercetus akibat daripada

kemunculan capaian Internet sebagai alat komunikasi terkini yang menjanjikan satu

wadah penyebaran maklumat bagi memantapkan lagi ilmu dan maklumat. Oleh sebab

yang demikian, maka tiada sesiapa pun yang dapat mengawal perjalanan maklumat di

dunia siber. Ini adalah disebabkan oleh berjuta-juta laman sesawang mahupun media

sosial yang ada dan ia semakin bertambah saban waktu. Melalui laman sesawang serta

media-media sosial seperti facebook dan twitter telah menyebarkan bermacam-macam

maklumat tanpa dapat disahkan kesahihan maklumat tersebut. Antara yang sering

disebarkan melalui medium-medium ini termasuklah idealogi, propaganda serta bahan

pornografi. Jenayah ini siber juga dikenali sebagai jenayah maya merangkumi aspek

yang luas bentuknya. Penggodaman simpanan maklumat dalam komputer, pencurian

butiran fail peribadi untuk penipuan traksaksi perbankan internet, penyebaran virus dan

penyebaran fitnah.

Page 2: Jenayah Siber Karangan

Punca-punca Jenayah Siber

Antara salah satu punca jenayah siber berlaku ialah sukar untuk dikenalpasti

siapakah penjenayahnya. Menurut Michael A. Vatis dari FBI, "Satu masalah utama

untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah susah untuk

menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana".

Umur penjenayah siber biasanya adalah golongan berpengetahuan ataupun

profesional. Berkemungkinan kawan kita , mungkin pelajar, ataupun profesor atau siapa

sahaja. Mereka akan melakukan jenayah siber terhadap institusi pesaing atau mereka

diupah oleh pihak tertentu , dan biasanya mereka susah untuk ditangkap.

Selain itu , Sikap manusia yang negatif juga antara salah satu punca  jenayah siber

tersebar,kerana jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai sikap

yang negatif. Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba

ilmu baru yang mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja.Golongan

remaja ini mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk

berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan. 

Tambahan pula , sifat ketamakan manusia juga punca tersebut. Antaranya

keinginan untuk menjadi kaya dalam masa yang singkat dengan menggunakan kaedah

alternatif. Sesetengah manusia hanya mementingkan hasilnya dan mereka tidak ambil

peduli akan cara mereka mendapat hasil tersebut,oleh itu mereka sanggup melakukan

jenayah siber semata-mata untuk mendapatkan hasil dengan cepat kerana jenayah

siber tidak perlu melibatkan tenaga fizikal seperti jenayah-jenayah lain , contohnya

merompak.

Page 3: Jenayah Siber Karangan

Langkah-Langkah Jenayah Siber

Antara langkah yang paling efeektif ialah melindungi sistem komputer

sendiri.Undang-undang siber tidak boleh kita harapkan untuk melindungi kita dari

ancaman jenayah siber .Walau bagaimanapun kita kena mengambil langkah untuk

melindungi sistem komputer kita sendiri dengan lengkapkan diri kita dengan ilmu

tentang komputer. Contohnya kita boleh lindungi sistem komputer kita dengan perisian

yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker, anti-spyware dan apa-

apa saja perisian keselamatan yang lain

Kerajaan juga patut mewajibkan pelajaran komputer dan kursus komputer di

kalangan pelajar. Semua pelajar tidak kira umurnya harus menghadiri kelas komputer

ini dan mereka diajar tentang ancaman jenayah siber ini. Selain itu,kerajaan juga patut

menyediakan lebih banyak kursus komputer kepada semua pegawai kerajaan ataupun

pekerja yang terlibat dalam transaksi di internet supaya mereka boleh tingkatkan

keselamatan siber.