jenis bunga

19
Mari Kenali Tumbuhan Hiasan : Pokok Renek - bhg. 2 Assalamualaikum dan selamat petang. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan daripada kawan-kawan mengenai bahagian yang lepas, saya kini merasa sangat teruja untuk meneruskan projek bergambar saya iaitu Pokok Renek bahagian ke 2. Sumber-sumber bagi gambar dan informasi di sini adalah sebenarnya daripada kertas kerja saya bagi semester yang lepas. Orang kata dah ada, kongsi-kongsikan. Gambar-gambar pokok adalah diambil menggunakan kamera persendirian di sekitar kawasan Universiti Putra Malaysia, Serdang. Selamat membaca. ....buat Ami dan Zaki. Pokok Puding, Croton

description

jenis-jenis bunga terkenal

Transcript of jenis bunga

Page 1: jenis bunga

Mari Kenali Tumbuhan Hiasan : Pokok Renek - bhg. 2Assalamualaikum dan selamat petang.

Oleh kerana sambutan yang menggalakkan daripada kawan-kawan mengenai bahagian yang lepas, saya kini merasa sangat teruja untuk meneruskan projek bergambar saya iaitu Pokok Renek bahagian ke 2.

Sumber-sumber bagi gambar dan informasi di sini adalah sebenarnya daripada kertas kerja saya bagi semester yang lepas. Orang kata dah ada, kongsi-kongsikan. Gambar-gambar pokok adalah diambil menggunakan kamera persendirian di sekitar kawasan Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Selamat membaca.

....buat Ami dan Zaki.

Pokok Puding, Croton

Page 3: jenis bunga

Nama saintifik:Codiaeum variegatum

Famili:Euphorbiaceae

Kegunaan:- Pokok renek berdaun pelbagai warna.- Mencantikkan taman dan halaman rumah daripada bentuk dan warna yang pelbagai.

Firebrand Cordyline

Page 4: jenis bunga

Nama saintifik:Cordyline fruticosa 'Firebrand'

Famili:Agavaceae

Kegunaan:- Sejenis pokok seakan palma; sesuai ditanam tunggal dan dibiarkan tinggi.- Boleh ditanam dalam rimbunan atau pagaran, mudah dicambah menggunakan keratan batang.- Pokok yang mempunyai daun pelbagai warna dalam pelbagai varieti.

Buta-buta, Picara, Blind Eyes

Page 6: jenis bunga

Nama saintifik:Excoecaria cochinchinensis

Famili:Euphorbiaceae

Kegunaan:- Daun yang menarik dengan dua warna; merah dan hijau.- Ditanam sebagai pagaran, sempadan di halaman.- Boleh merawat kejang otot, sengal-sengal, parotitis.

Bunga Raya, Shoe Flower

Page 7: jenis bunga

Nama saintifik:Hibiscus rosa-sinensis

Famili:Malvaceae

Kegunaan:- Ditanam di sepanjang jalan. Mempunyai bunga yang besar dan menarik.- Bunga, daun dan akar mempunyai pelbagai kegunaan perubatan.- Sesuai ditanam untuk menaikkan semangat cintakan negara. Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia. Malangnya bunga ini berasal dari

Page 8: jenis bunga

Negara China, bukan Malaysia.

Jarak Biola, Jatrofa Bunga Merah

Page 9: jenis bunga

Nama saintifik:Jatropha pandurifolia

Famili:Euphorbiaceae

Kegunaan:- Ditanam sebagai pagaran tidak formal, menarik minat rama-rama singgah.- Sesuai ditanam di sepanjang jalan dan lebuh raya.- Mempunyai bunga yang mekar hampir sepanjang tahun.

Page 10: jenis bunga

Diterbitkan Oleh, Luqman Zainal   pada 9:56 PTG

Entry Autopublish

Untuk Part 1 : Sila Klik SINI     Info tentang Pudina, Serai Makan dan

Dukung Anak

KECUBUNG

Nama Tempatan: Kecubung 

Nama Saintifik: Datura Metel Linn 

Nama Lain: Horn Of plenty,angel”s trumpet,Downy thorn apple,Devil”s

trumpet, 

Famili: Solanaceae 

Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar 

Kecubung ialah sejenis pokok renek yang bercabang

banyak.Batangnya keras berkayu dan cabangnya seolah-olah

membentuk rumpun.Tinggi pokok kecubung selalunya kurang dari 2

meter. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang. Kini

kecubung banyak ditanam ebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya

yng cantik dan unik.Bunga kecubung membentuk serombong yang

besar dan boleh dijumpai dalam saiz dan warna yang berbeza.Jenis

yang biasa dijumpai ialah kecubung dan kecubung kecil. Warnanya

bunganya yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih, ada juga yang

berwarna kuning dan oren.Buahnya pula berwarna coklat mempunyai

duri-duri halus diluarnya.Kandungan kimia dalam kecubung

ialah:hiosin,oksalik,lemak dan hyosiamin. Kecubung putih ialah

kecubung yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian

Page 11: jenis bunga

alkaloid.Penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk

kegunaan luar sahaja. 

***Amaran:Semua bahagian tumbuhan ini beracun.Keracunan hanya akan berlaku jika sekiranya sebarang bahagian tumbuhan ini dimakan dalam kuantiti yang banyak.Jika ada yang keracunan kecubung , terutamanya kanak-kanak, jangan biarkan pesakit tertidur sebaliknya usahakan supaya mereka terus berada dalam keadaan sedar dengan cara minum kopi dan menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang. 

KEGUNAAN  

Kecubung biasa digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit-

penyakit seperti asma, rheumatik,sakit pinggang dan bisul. Untuk asma,10 helai

daun kecubung dihiris halus dan dijemur hingga kering. Ia kemudiannya dijadikan

rokok dengan dibungkus dalam kulit jagung. Kaedah ini juga dikatankan dapat

merawat resdung.Untuk rheumatik pula daun kecubung diramas hingga layu an

disapukan minyak kelapa. Daun ini kemudiannya dilayurkan pada api dan

ditampal pada bahagian yang sakit ketika masih panas.Untuk sakit pinggang dan

sengal-sengal badan 4 helai daun kecubung dicampurkan dengan kapur sirih

secukupnya dan ditumbuk hingga lumat dan menjadi adunan yang sebati untuk

disapukan pada bahagian yang sakit.

BUNGA MELUR

Page 12: jenis bunga

Nama Tempatan: Bunga melur Nama Saintifik: Jasminum Sambac 

Nama Lain: bunga melati, arabian jasmin, jasmin, yasmin Famili: Oleaceae 

Bunga melur atau nama saintifiknya jasminum sambac terdir dari

pelbagai variaties namun yang paling biasa dijumpai di negara kita

adalah 3 jenis utama iaitu duke of tuscany, maid of orlean dan star

jasmin. Maid of orlean dan duke of tuscany dikenali sebagai melur

susun di negara kita bezanya duke of tuscany mempunyai lapisan yang

lebih banyak dan saiz dan bentuknya menyerupai bunga ros mini, tapi

baunya tidak sekuat maid of orlean dan bunga melur selapis yang

biasa.Tumbuhan ini memerlukan cahaya matari yang secukupnya

untuk tumbesaran dan pembungaan.Medium yang sesuai adalah dari

jenis kompos dan mempunyai pengaliran yang baik. Tumbuhan ini

membiak secara keratan batang. untuk menyemai,keratan batang

yang agak tua direndam kedalam air suam dan ditanam kedalam

tanah. Pastikan airnya mencukupi untuk pertumbuhan akarnya.Tunas

baru akan muncul selepas lebih kurang 6 minggu. Bunganya berbau

sangat harum dan mekar sepanjang tahun. ketinggian yang paling

sesuai untuk tanaman ini adalah 800 meter dari aras laut, namun di

Malaysia ia didapati dapat menyesuaikan diri untuk semua ketinggian. 

Page 13: jenis bunga

KEGUNAAN

Bunga melur banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan

ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaanya

ialah untuk menambahkan air susu ibu.caranya daun bunga melur digilig hingga

halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi.cuci bersih

sebelum menyusukan bayi.Untuk sakit mata(mata merah) segenggam daunnya

ditubuk halus dan ditampal pada dahi. setelah kering , tampal yang lain

pula.Ulang hingga berasa sedikir lega(sembuh).untuk mengubat bengkak dari

gigitan lebah, segenggam bunganya diramas hingga hancur dan ditampal pada

bahagian yang terkena sengatan itu.untuk demam dan sakit kepala segenggam

daun dan bunganya diramas dalam air dan airnya digunakan untuk

membasahkan dahi.untuk sesak nafas pula, 20 helai daunnya di rebus dengan

secubit garam hingga mendidih, tapis dan minum airnya.

BUNGA LAWANG

Nama Tempatan: Bunga lawang Nama Saintifik: Illicium verum Hooker fil. 

Nama Lain: Star anise,Indian anise, Chinese anise, Badian anise (English),Fructus Anisi stellati(nama farmaseutikal),Ba jiao, Pak kok,

Baat gok (cina),Adas china, bunga lawang(Malaysia), Famili: Illiciaceae/ Magnoliaceae 

Lokasi dijumpai: Rempah 

Page 14: jenis bunga

Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa

maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga

lawang yang mempunyai lapan kelopak.Bunga lawang mempunyai bau

wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan diEropah pada awal kurun dan

17 dan mula menjadi popular semenjak itu. Minyak yang terhasil dari

proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga

lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang

dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi pokoknya boleh mencapai

hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning.Ia

membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan

dikeringkan menggunakan cahaya matahari. 

KEGUNAAN

Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit

kayu manis dan bunga cengkih.Untuk kegunaan perubatan pula di Asia ia

digunakan untuk mengubati colic (angin) dan rheumatik (sakit sendi).Ia juga

biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh.Teh dari bunga lawang juga boleh

dijadikan ubat batuk.Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan

loya bagi ibu mengandung.kredit utk : Bicaramuslim.com

PUDINA

Page 15: jenis bunga

Daun Pudina merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak kegunaannya. Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha.Nama TempatanPudinaNama SaintifikMentha arvensisNama LainBo He (china), field mintFamiliLabiatae / lamiaceaPudina , sejenis tumbuhan yang biasa digunakan dalam masakan melayu dan barat seperti ulaman untuk laksa, bahan pewangi untuk nasi beriani dan digunakan dalam pelbagai jenis masakan kerana baunya.Ia sejenis tumbuhan kecil(tutup bumi) yang membiak melalui keratan batang dan anak dari akarnya.Tumbuhan ini mempunyai aroma yang kuat.Sekarang pudina banyak ditanam secara kormersial di Malaysia kerana permintaan yang tinggiKegunaanPudina telah lama digunakan dibarat sebagai penawar untuk penyakit seperti batuk. Ia juga digunakan sebagai teh untuk kegunaan harian.Dalam perubatan cina pudina disifatkan sebagai tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk. Ia biasanya digunakan untuk mengubat penyakit yang berkaitan dengan paru-paru seperti demam selesema dan permulaan demam selesema.Ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan dan mengubat penyakit seperti ruam kulit . Ia juga digunakan untuk mengurangkan tekanan.tumbuhan ini senang ditemui ditempat lembap.  Daunnya boleh dimakan sebagai ulam.  Di Barat pudina digunakan sebagai penawar penyakit spti batuk.  Ia juga digunakan sebagai teh untuk kegunaan harian.  Dalam perubatan Cina pula pudina disifatkan sebagai tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk.  Boleh mengubati penyakit berkaitan paru2 seperti demam selesema dan juga elok untuk membuang angin dalam badan dan juga mengubati penyakit ruam kulit. (kredit to :http://bayuu.blogdrive.com)

SERAI MAKAN

 Nama Botani : Cymbopogen citratus (DC.) Stapf.

Page 16: jenis bunga

Nama lain : Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand)Lemongrass (Inggeris)Famili : GraminaeTanaman serai makan (Cymbopogen citratus) dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China.  Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat.  Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom.  Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm.  Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari.  Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.

Khasiat dan Kegunaan : Di Malaysia, serai makan terutama batangnya

digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan

rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan

rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan

selera.

Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak

pati.  Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan

berbau limau atau `lemon’.  Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan

kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide.  Peratusan sitral dalam

minyak pati serai makan adalah antara 65% hingga 85%.  Sebatian-sebatian lain

yang menpunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol,

citronellal, citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol.

Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu

dan produk lain..  Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya

Page 17: jenis bunga

digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara

tindak balas kimia terhadap sitral).

Bagi kegunaan tradisi, serai digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, sengal-sengal (rheumatism), sakit

perut dan masalah membuang air kecil. Bagi mengubati sakit kepala dan sengal-sengal, daun serai haruslah ditumbuk lumat dan

diletakkan di dahi (bagi sakit kepala) atau bahagian-bahagian tubuh yang terasa sengal. Bagi sakit perut dan masalah membuang air

kecil pula, daun dan akar serai haruslah direbus dan diminum air rebusan tersebut. Selain daripada itu, batang serai pula boleh

digunakan untuk menambahkan keharuman di dalam makanan. Di samping itu juga, ekstrak daripada akar serai boleh digunakan

sebagai pewangi di dalam syampu dan minyak wangi. Ia juga boleh digunakan di dalam air mandian bagi menyegarkan tubuh badan.

(kredit to :http://pkukmweb.ukm.my)

DUKUNG ANAK

NAMA HERBA: Dukung Anak

NAMA SAINTIFIK : Phyllanthus Niruri

Tumbuh terbiar di sekeliling rumah dan bersama tumbuhan lain. Tumbuhan ini

berbuah pada batang di bawah daun. Mempunyai ketinggian 50- 70 cm.

Batangnya tumbuh menegak dan daunnya tumbuh secara majmuk dan

berselang-seli antara 6 – 10 mm. Pokok ini berbatang lembut dan bercabang-

cabang. Setiap cabang ditumbuhi daun berbentuk tunggal. Daunnya bujur,

panjang dan di hujungnya tajam. Permukaan bawah daunnya terdapat biji-biji

kecil yang berwarna hijau muda. Mempunyai bunga di bahagian bawah dan di

atas daun.

KEGUNAAN:

Mujarab untuk masalah hati, ginjal, batuk, luka, lebam, ulser dan cirit-birit. Ia juga

baik untuk demam kuning bayi baru lahir. Selain daripada itu boleh mengubati

masalah sembelit , membersihkan darah dan menurunkan kolesterol badan.

Page 18: jenis bunga

Mengubati sakit saluran kencing , batu karang, masalah hati, ginjal, penyakit

hepatitis dan demam kuning kanak-kanak. Mengurangkan tekanan darah tinggi,

mengawal diabetis dan menghalang sakit hempedu.