Jenis dan kelengkapan paip

14
SELAMAT SEJAHTERA

Transcript of Jenis dan kelengkapan paip

Page 1: Jenis dan kelengkapan paip

SELAMAT SEJAHTERA

Page 2: Jenis dan kelengkapan paip
Page 3: Jenis dan kelengkapan paip

PENGENALAN

Sumber bekalan air adalah satu keperluan kita seharian .

Tanpanya banyak masalah akan dihadapi oleh semua

manusia. Banyak kerja rutin harian kita yang memerlukan

penggunaan air. Misalnya, memasak makanan, membuat

minuman, mencuci pakaian,, mencuci kenderaan,

membersih tubuh badan, dan banyak lagi aktiviti yang

amnggunakan air.

Page 4: Jenis dan kelengkapan paip

Pada zaman dahulu masyarakat dinegara kita menggunakan sumber air yang datangnya dari sungai, perigidan mata air yang mana sumber air ini tidak dijamin tentangkebersihannya. Namun pada zamansekarang, teknologi untukmenyalurkan air bersih melalui paip-paip yang disediakan. Air yang ditakung dalam empangan akanmelalui proses-proses tertentu sepertipenapisan dan pembersihan bagimerasmikan kualiti keberishan air dansterusnya air disalurkan ke tangkisimpanan . Dari tangki itu air akandibekalkan ke setiap rumahkediaman, bagunan pejabat, sekolahdan premis perniagaan.

Page 5: Jenis dan kelengkapan paip

Terdapat tiga paip yang ada dipasaran, iaitu paip Poly Vinyl Chloride (PVC), paip besi bergalvani(BG) dan paip poli High Density Polyethylene (HDPE)

Page 6: Jenis dan kelengkapan paip

(A) PAIP POLY VINYL CHLORIDE (PVC)

Diperbuat daripada Polyvinyl Chloride (PVC)

Saiz dan kegunaannya samadengan paip besi bergalvani(BG) tetapi paip ini tidaksesuai untuk menyalurkan air panas kerana ia tidak bolehtahan panas . Paip ini ringan, murah dan mudahdikendalikan

Paip PVC ini terdapat dalamdua jenis iaitu tebal dan nipis.

Ciri-ciri :

Murah

Ringan

Tidak tahan panas

Mudah patah dan pecah

Page 7: Jenis dan kelengkapan paip

(B)PAIP BESI BERGALVANI (BP)

Paip BG dibuat daripada besi dandisadurkan dengan zink. Saiz paipBG ditentukan oleh diameter lubangdan yang ada di pasaran bergarispusat 13mm, 20mm, 25mm, 32mm, 38mm dan 50mm . Biasanya panjangpaip BG ialah 6 meter . Paip BG dikelaskan kepada tiga gred, iaitu :

GRED KOD WARNA KETEBALAN KEGUNAAN

A Perang Nipis Paip limpah

B Biru Sederhana Paip agihan

C Merah Tebal Paip perhubungan

dan paip

perkhidmatan

Page 8: Jenis dan kelengkapan paip

Ciri-cirinya :

Tahan lasak

Tidak mudah patah

Berat

Tahan haba tinggi

Boleh berkarat

Page 9: Jenis dan kelengkapan paip

(C) PAIP POLI

Paip getah tiruan hitam (HDPE)

Paip poli boleh dilentur yang tahan panas dan hujan.

Paip ini berwarna hitam. Paip ini lebih kuat daripada

PVC dan tidak berkarat seperti paip BG. Tambahan

pula ia ringan dan boleh digulung. Paip ini dijual

dalam bentuk yang panjang, iaitu 30 meter.

Ketebalannya terdapat dalam satu saiz tetapi

mempunyai diameter yang pelbagai.

Page 10: Jenis dan kelengkapan paip

Paip ini lebih mahal dan tidak boleh ditegakkan.

Apabila penyambung dibuka, hujung paip terpaksa

dipotong kerana terdapat kesan cekaman pada hujung

paip ini.

Paip ini juga boleh dipotong menggunakan pemotong

paip PVC atau gergagi besi. Untuk tujuan

penyambungan, paip ini tidak perlu menggunakan

gam kerana di dalam penutupnya terdapat ‘sleve’

untuk mencengkam paip poly. Di dalam ‘sleve’ pula,

terdapat gulung getah .

Page 11: Jenis dan kelengkapan paip

Ciri-ciri :

Tahan karat

Tidak mudah patah

Mudah disambung dan mudah

ditanggal

Liat dan elastik

Boleh dilentur

Page 12: Jenis dan kelengkapan paip

JENIS PENYAMBUNG PAIP

JENIS

PENYAMBUNG

PAIP BG PAIP PVC PAIP POLI

1 Soket sana Ada Ada Ada

2 Soket pengecil Ada Ada Ada

3 Sike 90 Degrees Ada Ada Ada

4 T ama Ada Ada Ada

5 T pengekil Ada Ada Ada

6 Penyuai soket injap Ada Ada Ada

7 Penyuai soket PT Ada Ada Ada

8 Putting heksagon Ada Tiada Ada

9 Palam Ada Ada Tiada

10 Soket penjodoh Ada Tiada Ada

Page 13: Jenis dan kelengkapan paip

ALATAN TANGAN

Alatan tangan Cara menggunakannya

(a) Pitar pengukur

Mempunyai senggatan metrik.

Digunakan untuk kerja-kerja

mengukur. Terdapat dalam pelbagai

saiz dan saiz yang sesuai untuk

kerja paip ialah 3 meter hingga 6

meter.

1. Bebaskan penguci.

2. Tarik pita bersenggat

3. Masukkan pita perlahan-lahan

ke dalam perumah selepas

digunakan

(b) Gergaji besi

Digunakan untuk memotong paip

besi bergalvani dan paip PVC.

Ketika memotong , gergaji besi perlu

dipegang dengan kedua-dua belah

tangan supaya pemotongan dapat

dibuat dengan tepat

( c ) Pemotong paip beroda

Digunakan untuk memotong paip

besi bergalvani dengan cepat dan

tepat

Page 14: Jenis dan kelengkapan paip

(d) Ragum paip yoke

Digunakan untuk memegang

atau mengapit paip besi

bergalvani ketika kerja-kerja

memotong , mengulir , dan

memasang paip

1. Masukkan batang paip

besi bergalvani ke dalam

rahang

2. Pastikan pengunci

dipasang

3. Pemutar pemulas ikut

arah putaran jam sehingga

cengkaman kukuh