Jenis Gaya Pembelajaran

2
Apakah jenis-jenis gaya pembelajaran yang kamu tahu? Gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam meperolehi pengetahuan. Pembelajaran pula merupakan kebolehan seseorang mengambil maklumat , mengekod dan failkan maklumat tersebut supaya ia menjadi mudah untuk digunakan apabila digunakan. Selain itu, gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang individu bertindak balas terhadap dunia sekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya berinteraksi dengan persekitarannya. Jenis-jenis gaya pembelajaran yang saya tahu adalah gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran abstrak, gaya pembelajaran konvergen, dan gaya pembelajaran auditori. Gaya pembelajaran visual adalah belajar dengan menggunakan huruf, gambar, gambar rajah, teks, benda-benda maujud dan sebagainya. Selain itu, orang yang memiliki gaya pembelajaran ini lebih cenderung membelajari sesutu dengan melihat teks yang sedia ada dan lebih suka membelajari melalui penglihatan. Mereka ini memerlukan tulis nota apabila mengingati sesuatu dan tidak perlu penerangan lisan.Sebagai contohnya, semasa dalam kelas, Zack menyalinkan semua nota yang dibagi oleh guru dan cuba membuat rujukan yang berbentuk teks dan gambar untuk menambahkan pengetahuannya terhadap pembelajaran. Selain itu, gaya pembelajaran abstrak adalah transformasi maklumat menerusi pemerhatian reflektif atau pengkajian aktif. Orang yang mengamalkan jenis gaya pembelajaran ini sentiasa menekankan teori dan analisa sistematik. Biasanya mereka lebih kepada pemikiran logik serta suka benda dan simbol-simbol untuk mewakili sesuatu. Di samping itu, murid jenis ini suka pada mata pelajaran matematik dan sains yang dapat mengaplikasikan simbol-simbol dan formula tertentu. Sebagai contohnya, Ali suka menganalisis situasi dengan secara abstrak serta membuat pemerhatian dan berfikir akan kesimpulannya. Di samping itu, gaya pembelajaran konvergen adalah gaya yang cekap menyelesaikan masalah terutamanya yang berkaitan dengan tugasan teknikal. Orang jenis ini lebih fokus dan cekap membuat penaakulan deduktif. Selain itu, gaya konvergen terdiri daripada satu proses yang menggabungkan idea-idea yang berlainan berdasarkan tema atau topik yang tertentu dalam satu struktur yang tersusun dan boleh difahami. Mereka yang mengamalkan gaya pembelajaran ini lebih sesuai dengan mata pelajaran sains, matematik dan teknologi. Sebagai contohnya, Siti telah mencari jalan penyelesaian yang pelbagai dari pusat sumber untuk menyelesaikan masalah tekanan di kalangan murid-murid. Dengan ini, Siti mempraktikan gaya pembelajaran konvergen dengan mengintepretasikan maklumat dari pelbagai sumber.

description

ini adalah tentang gaya pembelajaran

Transcript of Jenis Gaya Pembelajaran

Page 1: Jenis Gaya Pembelajaran

Apakah jenis-jenis gaya pembelajaran yang kamu tahu?

 Gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam meperolehi pengetahuan. Pembelajaran pula merupakan kebolehan seseorang mengambil maklumat , mengekod dan failkan maklumat tersebut supaya ia menjadi mudah untuk digunakan apabila digunakan. Selain itu, gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang individu bertindak balas terhadap dunia sekitarnya dan menggunakan gaya pembelajarannya berinteraksi dengan persekitarannya. Jenis-jenis gaya pembelajaran yang saya tahu adalah gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran abstrak, gaya pembelajaran konvergen, dan gaya pembelajaran auditori. 

Gaya pembelajaran visual adalah belajar dengan menggunakan huruf, gambar, gambar rajah, teks, benda-benda maujud dan sebagainya. Selain itu, orang yang memiliki gaya pembelajaran ini lebih cenderung membelajari sesutu dengan melihat teks yang sedia ada dan lebih suka membelajari melalui penglihatan. Mereka ini memerlukan tulis nota apabila mengingati sesuatu dan  tidak perlu penerangan lisan.Sebagai contohnya, semasa dalam kelas, Zack menyalinkan semua nota yang dibagi oleh guru dan cuba membuat rujukan yang berbentuk teks dan gambar untuk menambahkan pengetahuannya terhadap pembelajaran.

Selain itu, gaya pembelajaran abstrak adalah transformasi maklumat menerusi pemerhatian reflektif  atau pengkajian aktif. Orang yang mengamalkan jenis gaya pembelajaran ini sentiasa menekankan teori dan analisa sistematik. Biasanya mereka lebih kepada pemikiran logik serta suka benda dan simbol-simbol untuk mewakili sesuatu. Di samping itu, murid jenis ini suka pada mata pelajaran matematik dan sains yang dapat mengaplikasikan simbol-simbol dan formula tertentu. Sebagai contohnya, Ali suka menganalisis situasi dengan secara abstrak serta membuat pemerhatian dan berfikir akan kesimpulannya.

Di samping itu, gaya pembelajaran konvergen adalah gaya yang cekap menyelesaikan masalah terutamanya yang berkaitan dengan tugasan teknikal. Orang jenis ini lebih fokus dan cekap membuat penaakulan deduktif. Selain itu, gaya konvergen terdiri daripada satu proses yang menggabungkan idea-idea yang berlainan berdasarkan tema atau topik yang tertentu dalam satu struktur yang tersusun dan boleh difahami. Mereka yang mengamalkan gaya pembelajaran ini lebih sesuai dengan mata pelajaran sains, matematik dan teknologi. Sebagai contohnya, Siti telah mencari jalan penyelesaian yang pelbagai dari pusat sumber untuk menyelesaikan masalah tekanan di kalangan murid-murid. Dengan ini, Siti mempraktikan gaya pembelajaran konvergen dengan mengintepretasikan maklumat dari pelbagai sumber.

Page 2: Jenis Gaya Pembelajaran

Seterusnya, gaya pembelajaran auditori adalah jenis pembelajaran yang menekankan pendengaran perkataan dan arahan lisan. Orang yang mengamalkan gaya pembelajaran ini perlu mengingati penerangan melalui bacaaan kuat atau menggerakkan bibir ketika mempelajari sesuatu. Selain itu,mereka akan mengukuhkan ingatan dalam mendengar semula rakaman pita audio dan juga mengajar kawan-kawan lain serta berbincang dengan guru. Sebagai contohnya, Muthu tidak menyalin nota semasa guru memberi penerangan tentang konsep fotosintesis. Tetapi dia hanya mendengar dan mengingati apa yang diterangkan sahaja. Selepas itu, guru memberikan latihan kepada mereka. Muthu dapat menjawab dengan baik dengan menggunakan teknik ingat kembali. Oleh itu, Muthu menggunakan gaya pembelajaran auditori.