Jenis - Jenis Dadah Dan Kesannya

21
JENIS- JENIS DADAH DAN KESANNYA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI

description

Info untuk anda dalam mengenal jenis dadah dan kesannya terhadap diri dan persekitaran. sebarang pertanyaan/komen/cadangan boleh berhubung di talian 03-79576034 atau http://aadkselangor.blogspot.com

Transcript of Jenis - Jenis Dadah Dan Kesannya

JENIS-

JENIS

DADAH

DAN

KESANNYAAGENSI ANTIDADAH KEBANGSAANKEMENTERIAN DALAM NEGERI

KANABIS (GANJA)

JENIS SIFAT FIZIKAL

Ganja mengandungiTetrahydro-Cannabional (THC)

Daun dan pucuk berbungapokok kanabis yang dikeringkandan kadangkala bercampurdengan bijinya

Hashish Getah pucuk bunga kanabisyang dikeringkan. Berwarnacoklat/hitam berbentukserbuk/bebola

Minyak Hashish Cecair pekat dan berbagaiwarna dari tidak berwarnahingga warna hitam

KANABIS (GANJA)

KESAN-KESAN

Semua jenis kanabis mempunyai kesan yang negatif terhadap mental dan jugafizikal seseorang

Kesan fizikalBahan kimia terutamanya bahan psikoaktif yang diberi nama Delta 9 –Tetrahydro-Cannabinol (THC) yang terdapat dalam kanabis akan berkumpul didalam badan manusia dan mengambil masa lebih kurang 4 minggu untuk keluardari tubuh mengikut proses fisiologi normal. Jika seseorang itu terlibat dengankanabis terus menerus dalam satu minggu atau satu bulan, THC sentiasaterkumpul dalam semua sel tubuh terutamanya sekali di bahagian otak, paru-paru dan organ pembiakan

KANABIS (GANJA)

KESAN-KESAN

Kesan ke atas paru-paruKanabis mendatangkan kerosakan yang teruk kepada paru-paru dalam masayang singkat (18-24 bulan). Asap yang mengandungi bahan kimia serta racunseperti karbon monoksida dan ammonia akan merosakkan sistem ketahananparu-paru yang berfungsi sebagai penapis bahan asing dan bakteria. Akibatnyaparu-paru akan menjadi hitam dan kerosakan struktur paru-paru yang teruk danboleh mengakibatkan kanser

Kesan ke atas jantungKanabis mengubah fungsi jantung. Ia meningkatkan kadar debaran jantung danmenjejaskan pengaliran darah yang boleh mengakibatkan sakit dada bagimereka yang menghidap sakit jantung

KANABIS (GANJA)

KESAN-KESAN

KESAN KE ATAS SISTEM PEMBIAKAN

LelakiKanabis menyebabkan pengeluaran hormon testosterone merosot danmengakibatkan ketidakseimbangan hormon yang boleh merubah keadaan fizikalseseorang lelaki. Ia juga boleh mengurangkan bilangan sperma atau menabahsperma yang tidak normal. Bagi mereka yang mengambil kanabis dalam kuantitiyang banyak dan jangkamasa yang lama akan mengakibatkan mati pucuk.

PerempuanKanabis boleh menyebabkan kedatangan haid yang tidak menentu danberkemungkinan kurangnya bilangan telur di dalam ovari. Jika seseorang ibu itumenagih kanabis, kemungkinan bayi yang akan dilahirkan mengalami gejalatarikan (withdrawal symptoms) yang teruk kerana berada di bawah pengaruhTHC yang terdapat di dalam darahnya

KANABIS (GANJA)

KESAN-KESAN

Kesan ke atas mental

Menagih kanabis boleh mengubah persepsi masa dan jarak serta mencacatkandaya ingatan jangka pendek. Ia juga boleh mengurangkan keupayaanmelaksanakan tugas yang memerlukan tumpuan dan koordinasi.

Satu reaksi daripada penggunaan kanabis ialah perasaan cemas yang datangdengan tiba-tiba. Seseorang itu akan menjadi bimbang dan syak sehingga merasadirinya tidak terkawal lagi. Ia merosakkan personaliti secara keseluruhan danmenyebabkan seseorang itu mengasingkan diri dari keluarga. Perubahan yang paling ketara ialah sikap tidak peduli, kurang motivasi dan tidak mengambil berattentang masa depan. Penggunaan kanabis dalam masa yang panjang akanmenyebabkan pergantungan secara psokologikal dan memerlukan dadah inidalam dos yang lebih tinggi untuk mendapatkan kesan yang sama

STIMULAN

JENIS SIFAT FIZIKAL

Amphetamine Kapsul Pil Tablet

Metafetamin Serbuk putih Berbentuk kristal Seperti kristal Pil

Lain-lain bahanstimulan

Kapsul Pil Tablet

STIMULAN

KESAN-KESAN

Perasaan yakin pada diri sendiri, bertenaga dan cergas serta dapat melakukanapa jua jenis pekerjaan

Menggeletar

Rasa resah gelisah

Boleh berjaga tanpa tidur sehingga 2-3 hari

Tidak merasa lapar dan penat

Bercakap berlebih-lebihan

STIMULAN

KESAN-KESAN

Penurunan berat badan dan tekanan darah tinggi serta denyutan jantung yang tidak stabil

Keadaan gila yang dipanggil psikosis selepas mengambil satu dos besaramfetamin atau selepas menggunakan beberapa dos biasa denganberterusan. Seseorang akan mengalami paranoia atau perasaan syakwasangka dan takut terhadap orang lain. Halusinasi juga mungkin berlakuyang menyebabkan kelakuan menjadi agresif terhadap orang lain.

Mengambil amfetamin dalam jangka waktu yang panjang akan mengakibatkanpergantungan fizikal dan mengalami gejala tarikan. Penagih kronik menjadipsikotik, bingung dan hilang daya ingatan selama 6-12 bulan selepas berhentimenggunakan amfetamin.

DEPRESEN

JENIS SIFAT FIZIKAL

Barbiturat Kapsul yang bewarna merah, kuning dan biru

Methaqualone Tablet

Tranquilizers Tablet kapsul

DEPRESEN

KESAN-KESAN

Kesan depresen lebih menyerupai kesan alkohol. Pengambilan dos yang tinggimenyebabkan pertuturan menjadi kurang jelas, persepsi tidak tepat, berjalanterhoyong hayang, hilang pertimbangan, marah-marah, hilang daya ransangandan suka bertengkar.

Apabila penggunaannya dihentikan dengan tiba-tiba, gejala tarikan sepertiberikut akan berlaku;

Tidak boleh tidur Lemah anggota badan Suhu badan meningkat Tekanan darah menjadi rendah Sakit-sakit anggota badan Muntah-muntah Bingung Sawan atau maut

DEPRESEN

KESAN-KESAN

Pengambilan depresen dengan alkohol akan mempunyai kesan yang lebih hebatyang boleh menjadikan seseorang itu tidak sedarkan diri

Bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang menggunakan dadah ini akan mengalamikesan gejala tarikan sebaik saja mereka dilahirkan

HALUSINOGEN

JENIS SIFAT FIZIKAL

Phencyclidine Cecair Kapsul Serbuk kristal bewarna putih Pil

Lysergic Acid Diethylamide Tablet yang berwarna terang Blotter paper Gelatin persegi yang nipis Cecair

Mescaline dan Peyote Disk berwarna coklat Tablet Kapsul

Psilocybin Cendawan kering atau segar

HALUSINOGEN

KESAN-KESAN

Halusinogen adalah sejenis dadah yang mengubah pencerapan deria. Iamengubah pandangan visual dan menyebabkan berlakunya ilusi sehingga amatsusah membezakan yang benar dan yang tidak

Penggunaan PCP mengganggu fungsi ‘neocorteks’ dalam otak yang menyebabkan seseorang itu tidak merasa sakit dan akan mencederakan dirisendiri. Koordinasi otot-otot menjadi lemah, percakapan juga tidak dapatdifahami dan daya ingatan yang lemah

Pengambilan dalam dos yang tinggi boleh membawa maut akibat salur darahpecah

Mengalami halusinasi dan paranoia

KOKAIN

JENIS SIFAT FIZIKAL

Kokain Serbuk kristal putih yang dicampurdengan lain-lain campuran

Crack Ketulan kristal yang berwarna coklatmuda

KOKAIN

KESAN-KESAN

Kokain merangsang sistem saraf tunjang dan mengakibatkan kesan-keasn sepertiberikut;

Euforia Bercakap berlebih-lebihan dan dengan mengambil dos yang tinggi

menyebabkan percakapan tidak difahami oleh orang lain Tidak dapat tidur Tidak menghiraukan kesihatan dan kebersihan diri Halisinasi dan paranoia Desakan untuk melakukan kerja yang berulang-ulang Kokain akan menyebabkan pergantungan fizikal dan psikologikal di mana

seseorang itu merasakan dirinya tidak dapat berfugsi tanpa menggunakandadah jenis ini

Boleh menyebabkan kematian jika diambil secara berterusan kerana iamenjejaskan fungsi jantung dan sistem pernafasan

DESIGNER DRUG

JENIS SIFAT FIZIKAL

Analog Fentanyl Serbuk putih menyerupai heroin

Analog Meperidine Serbuk putih

Analog Amphetamines and Methamphetamines

Serbuk putih Tablet Kapsul

Analog Phencyclidine Serbuk putih

DESIGNER DRUGS

KESAN-KESAN

Designer drug merupakan satu kumpulan analog kepada bahan kimia yang telahdiubahsuai akan struktur molekularnya. Dadah jenis ini mempunyai kesan yang lebih berganda lebih kuat daripada dadah yang asal

Pengambilan dadah seperti ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalamisimptom seperti yang terdapat pada pesakit Parkinsons seperti menggeletaryang tidak boleh dikawal, pertuturan yang tidak jelas, lumpuh dan kerosakanyang teruk pada otak

Analog amfetamin dan metamfetamin mengakibatkan rasa loya, penglihatanyang kabur, keadaan badan yang berpeluh dan pitam

Kesan psikologikal pula menyebabkan seseorang itu merasa cemas, mengalamitekanan perasaan yang teruk dan paranoia. Jika penggunaannya diteruskan iaakan menyebabkan kerosakan pada otot

OPIAT

JENIS SIFAT FIZIKAL

Heroin Serbuk yang berwarna coklattua menyerupai tar

Methadone Cecair

Kodein Cecair berwarna Kapsul Tablet

Morphine Kristal putih Kapsul Tablet

OPIAT

JENIS SIFAT FIZIKAL

Meperidine Serbuk putih Cecair Tablet

Candu Serbuk berwarna coklat atauputih

Lain-lain Percocet Percodan Tussionex Fentanyl Darvon

Tablet Kapsul Cecair

OPIAT

KESAN-KESAN

Meninggalkan kesan euforia dan diikuti dengan rasa pening, mual dan muntah

Mata berair dan gatal dan mata hitam mengecil

Mengambil dos yang berlebihan akan menyebabkan kesukaran bernafas, koma dan boleh membawa maut

Gejala tarikan cepat berlaku dan boleh membawa kepada pergantungansecara fizikal

Penggunaan opiat di kalangan ibu mengandung akan mengakibatkankandungan mati atau prematur serta gejala tarikan yang teruk