Jenis-jenis-khemah

10
Jenis-jenis khemah

description

Jenis-jenis-khemah

Transcript of Jenis-jenis-khemah

  • Jenis-jenis khemah

  • Ridge TentMempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung.Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.

  • Dome TentBerbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan fleksibel.Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan.

  • Frame TentKhemah jenis besar yang digunakan untuk perkhemahan yang keluarga.Rangka khemah akan dipasang dahuludan kanvas dipasang kemudian.

  • Bell TentMempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah.Khemah jenis sudah jarang digunakan dan digantikan dengan jenis DOME.

  • Cara mendirikan khemah dome

  • Keluarkan khemah serta kain tapak (ground cloth).Buka kain tapak dan buka sepenuhnya khemah. Keluarkan tiang dan pacang serta tali-tali dan letakkan di tempat yang berbeza.Sambungkan tiang-tiang yang bersambung dengan getah.Seterusnya masukkan tiang yang tersedia itu ke lubang luar khemah bermula dari satu sisi ke sisi bertentangan. Pastikan tiang itu tidak terputus di tengah-tengah.

  • Setelah tiang itu kelihatan seperti huruf x, sekarang anda akan mendirikan khemah tersebut.Tempatkan hujung tiang itu di lubang sisi khemah. Dan pastikan rakan anda juga buat benda yang sama pada sisi yang bertentangan.Semasa anda hendak memasukan tiang ini anda hendaklah membengkokkan tiang tersebut kepada bentuk D. ulangi proses ini untuk tiang lagi satu.

  • Seterusnya memasang kain hujan ( kain luar) pemasangan kain ini adalah sama caranya dengan pemasangan khemah tadi.Memasang pacang di sekeliling khemah agar khemah itu kemas dan tidak mudah diterbangkan angin.Apabila siap, pastikan kain tapak itu kemas dan tidak terkeluar.

  • Seterusnya letakkan beg khemah dan alatan khemah yang tidak di gunakan seperti pacang yang berlebihan di dalam khemah supaya tidak hilang.Untuk buka semula khemah caranya sama seperti memasang khemah itu tetapi secara terbalik. Tapi sila pastikan khemah anda kering sebelum gulung dan buka semula khemah itu apabila sampai di rumah untuk pastikan khemah itu berkeadaan baik.