Jenis-jenis Suruhanjaya
-
Upload
halina-noordin -
Category
Documents
-
view
37 -
download
2
description
Transcript of Jenis-jenis Suruhanjaya
-
Jenis-jenis Suruhanjaya
-
Suruhanjaya
Bertujuan memastikan kesaksamaan dalam hal ehwal pentadbiran awam seperti pelantikan, pengesahan
jawatan, kenaikan pangkat, dan mengawal tatatertib kakitangan awam. Terdapat 5 buah Suruhanjaya
Perkhidmatan.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran,Suruhanjaya
Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang,Suruhanjaya Perkhidmatan Polis n Majlis Angkatan Tentera
Suruhanjaya tetap : Suruhanjaya Pilihanraya dan Suruhanjaya Perkhidmatan.
Suruhanjaya sementara - mengkaji perkara-perkara dan membuat perakuan untuk penyelesaian sesuatu
masalah atau perkara yang tertentu.
Tujuan : memastikan suruhanjaya ini dapat menjalankan tugas pentadbiran dengan bijak, adil dan cekap,
khususnya dalam membentuk negara yang aman dan harmoni.
-
Ciri-Ciri Suruhanjaya
Bersifat adil dan berkecuali. Bebas daripada pengaruh politik kerana
Semua anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas budi bicara baginda selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
Hanya penjawat awam, hakim, dan golongan profesional boleh menganggotainya.
Anggota suruhanjaya hanya boleh dipecat melalui tribunal Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut syor tribunal dan syor tribunal adalah muktamad.
Saraan semua anggota suruhanjaya ditetapkan oleh Parlimen dan ditanggung oleh Kumpulan Wang Persekutuan yang disatukan.
-
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Bidang kuasa- semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan awam am Persekutuan.
Anggota SPA terdiri daripada:
Tugas-tugas: Melantik, mengesahkan jawatan, menaikkan pangkat, dan menukar
anggota-anggota perkhidmatan awam. Memasukkan anggota-anggota perkhidmatan awam ke dalam perjawatan
tetap atau perjawatan berpencen Menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota-anggota
perkhidmatana awam.
Pengerusi
4-30
anggota
Tim. Pengerusi
Lantikan:Anggota/bekas anggota perkhidmatan awam x > 5 thn sblm
-
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
SPR termaktub dalam PP dan bertanggungjawab untuk menjalankan pilihan raya bagi Dewan Undangan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
Tugas Bagi memastikan pilihan raya bebas daripada sebarang pengaruh dan
penyelewengan, Perlembagaan menghendaki satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menguruskan proses pilihan raya termasuklah:
(a) menyemak persempadanan kawasan pilihan raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (b) menyemak daftar pemilih (pengundi) (c) menetapkan peraturan-peraturan dalam pilihan raya (d) mengendalikan pendaftaran dan penamaan calon (e) mengira undi dan mengisytiharkan keputusan pilhan raya
-
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Bidang kuasa- semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan
pelajaran. Anggota
Tugas-tugas Melantik, mengesahkan jawatan, menaikkan pangkat, dan menukar
anggota-anggota perkhidmatan pelajaran Memasukkan anggota-anggota perkhidmatan pelajaran ke dalam
perjawatan tetap atau perjawatan berpencen Menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota-anggota
perkhidmatan pelajaran.
Pengerusi
4-30 anggota
Tim. Pengerusi
Lantikan:Anggota/bekas anggota perkhidmatan awam x > 5 thn sblm
-
Suruhanjaya Perkhidmatan Polis
Bidang kuasa- meliputi semua orang yang menjadi anggota pasukan polis. Anggota : Menteri Keselamatan Dalam Negeri - pengerusi. Ketua Polis Negara - pemerintah seluruh pasukan polis Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Seorang anggota SPA 2 hingga 6 orang anggota lain. Tugas-tugas: a. Melantik, mengesahkan jawatan, menaikkan pangkat, dan menukar
anggota-anggota pasukan polis b. Memasukkan anggota-anggota pasukan polis ke dalam perjawatan
tetap atau perjawatan berpencen c. Menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota-anggota pasukan
polis.
-
Majlis Angkatan Tentera
Bidang kuasa- meliputi semua orang yang menjadi anggota angkatan
tentera. Anggota: a. Menteri Pertahanan sebagai Pengerusi b. Wakil raja-raja yang dilantik oleh majlis raja-raja c. Panglima Angkatan Tentera d. Setiausaha Kementerian Pertahanan e. 2 orang pegawai kanan turus kanan angkatan Tentera Persekutuan f. Seorang pegawai kanan Tentera Laut Persekutuan g. Seorang Pegawai kanan Tentera Udara Persekutuan h. 2 orang ahli tambahan Tugas-tugas: a. Pemerintahan dan pentadbiran angkatan tentera b. Menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota-anggota angkatan
tentera.
-
SURUHANJAYA TIDAK TETAP / SEMENTARA / KHAS
Suruhanjaya Khas diwujudkan secara sementara (ad hoc) untuk membincang dan mengkaji masalah-masalah yang timbul serta mencari jalan penyelesaian ke atas masalah tersebut. Ahli-ahli Suruhanjaya ini terdiri daripada: a. Pengerusi b. Dua orang ahli lain Antara suruhanjaya khas yang pernah diwujudkan ialah: a. Suruhanjaya Gaji Aziz b. Suruhanjaya Gaji Harun c. Suruhanjaya Diraja tentang Gaji dan Syarat-syarat Perkhidmatan bagi Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak Berkuasa Perbadanan, 1973. d. Suruhanjaya Khas Penambahbaikkan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia ditubuhkan pada tahun 2004 atas syor Perdana Menteri Malaysia. Tugas-tugas suruhanjaya khas ini termasuk: a. Menyiasat fungsi dan tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan undang- undang negara; b. Menyiasat keperluan sumber manusia PDRM; c. Menyiasat etika kerja dan prosedur bagi kakitangan PDRM; d. Menyiasat isu-isu hak asasi manusia yang berkaitan dengan tugas-tugas PDRM.