Jenis-jenis Zikir

105
Zikir Dan Hikmah Disyariatkan Berdasarkan Al-Quran Dan As-Sunnah Keutamaan Dan Buah Zikir Tasbih Dan Dalil Disyariatkan BAB KEEMPAT Kandungan

Transcript of Jenis-jenis Zikir

Page 1: Jenis-jenis Zikir

469

� Zikir Dan Hikmah Disyariatkan BerdasarkanAl-Quran Dan As-Sunnah

� Keutamaan Dan Buah Zikir

� Tasbih Dan Dalil Disyariatkan

BABKEEMPAT

Kandungan

Page 2: Jenis-jenis Zikir

471

Zikir adalah tanda-tanda wilayah, penjelasan hubungan,tahqiq kemahuan, tanda-tanda awal yang baik, dan dalil

akhir yang bersih. Justeru, ia merupakan jalan kebenaran danwasilah kejujuran. Itulah yang ditempuh oleh orang yangmenghendaki jalan zikir yang lebih benar dan terang. Sekalipunhanya dengan mengatakan : ‘Aku ikut berzikir,’ itu sudah cukup.

Zikir membuahkan bagi semua pelakunya maqam kesedarankepada tauhid dan menghasilkan ma’rifat dan keadaan yangdiinginkan oleh pelakunya. Maka tidak ada jalan untuk memetikbuahnya kecuali dari pepohonan zikir. Semakin besar pohon itu,semakin kukuhlah akarnya, dan semakin besar buahnya.

Ia merupakan asal semua maqam dan kaedah yangmembentuknya.

Apabila seseorang hamba tidak bangkit dari kelalaiannya,maka tidak mungkin dia merentasi jalan yang membawanyakepada ma’rifat Allah yang menciptakan manusia untuk tujuanitu.

‘Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusiamelainkan untuk mereka menyembah dan beribadatkepadaKu.’

(Az-Zariyat : 56)

ZIKIR DAN HIKMAHDISYARIATKAN

Berdasarkan Al-Quran Dan As-Sunnah

471

FASAL 1

Kandungan

Page 3: Jenis-jenis Zikir

472 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Tidak akan bangun manusia dari tidur atau mati hatinya,kecuali dengan zikir dengan penuh kepatuhan untukmelaksanakan perintah Tuhannya.

Memperbanyakkan zikir kepadaNya menjadikan kehidupanmanusia laksana kehidupan malaikat. Hati mereka tidakterpesona dengan dunia dan tidak disibukkan oleh hal-hal yangdisukainya. Mereka menenggelamkan diri untuk duduk bersamaTuhannya, dan melenyapkan diri dari segala sesuatu selain Dia,sehingga menemui kesejatian diri.

Barangsiapa mengingati Tuhannya di setiap waktu, dia akanmemperolehi dada yang lapang, hati yang tenang, dan roh yangluas sebab dia telah memperolehi habuan dari firman Allah :‘Orang-orang yang berzikir kepadaKu adalah anggota majlisKu.’

Barangsiapa biasa berzikir dan mencegah hatinya darikesenangan dunia yang akan musnah, dia akan ditolong olehAllah dalam semua urusannya. Maka tidaklah menakjubkan bilaorang yang sabar akan berhasil dan orang yang tekun mengetukpintu hampir dibukakan baginya.

Orang yang berzikir kepada Allah memerlukan daya fikir diseluruh waktunya. Ketika bangun, dia mengingatiNya, ketikaduduk, tidur, dan sujud, dia mengingatiNya dan memperindahhal-ehwal yang diperlukan untuk mencapai hakikat zikir. Makaseseorang akan bangun dengan kebenaran zikirnya, mengabaikankesibukan lainnya, berdiri dalam keadaan yang bersih, dudukdengan perhatian yang fokus, menyeru didalamnya, dan menyebutAllah dengan berdiri di atas hamparan pengabdian, kemudianduduk di hamparan taqarrub.

Orang yang berzikir boleh dibahagikan kepada beberapagolongan berdasarkan perbezaan keadaan mereka.

Zikir mewajibkan orang yang berzikir menyerahkankekurangan-kekurangannya yang telah lampau, atau keburukanyang didapati daripadanya, lalu menolak malunya dari menyebutAllah.

Zikir itu menyenangkan bagi orang yang telah menemuikelazatannya. Lalu dengan pendekatan yang benar kepadaAllah dan menghadap dengan baik kepadaNya, zikir akan

Kandungan

Page 4: Jenis-jenis Zikir

473

menjadi kebiasaan bagi lidahnya, dan kalbunya menerima apayang nampak baginya.

Zikir adalah tempat pengagungan. Allah tidak ingin memilikisekutu di dunia dan akhirat yang tidak kekal lagi tidak wujud.Maka tidak ada sesuatu di balik zikir. Semua ciri khusus yangindah dan terpuji kembali kepada zikir. Dari itu, zikirmenghasilkan kelapangan dada, ketenangan jiwa, penerimaandan kerelaan.

Zikir disyariatkan oleh Al-Quran yang mulia, Sunnah yangsuci, dan perkataan para ulama yang terdahulu dan yangterkemudian. Dalil dari Al Kitab diantaranya firman Allah :

‘Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula)kepadamu.’

(Al-Baqarah : 152)

‘(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allahsemasa mereka berdiri dan duduk dan semasa merekaberbaring …’

(Ali Imran : 191)

‘Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepadaAllah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatanserta sebutan yang sebanyak-banyaknya; Dan bertasbihlahkamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.’

(Al-Ahzab : 41-42)

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 5: Jenis-jenis Zikir

474 Hakikat Tawassul dan Wasilah

‘…dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut namaAllah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi merekasemuanya keampunan dan pahala yang besar.’

(Al-Ahzab : 35)

‘…dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakansembahyang), pada waktu petang dan pada waktu pagi.’

(Ali Imran : 41)

‘(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hatimereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu,tenang tenteramlah hati.’

(Ar-Ra’d : 28)

‘Dan sebutlah (dengan lidah atau dengan hati) akan namaTuhanmu, pada waktu pagi dan petang.’

(Al-Insan : 25)

‘Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepadaNya,dengan penuh ketekunan.’

(Al-Muzammil : 8)

Kandungan

Page 6: Jenis-jenis Zikir

475

‘…dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar(faedahnya dan kesannya).’

(Al-Ankabut : 45)

‘Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakansembahyang, maka hendaklah kamu menyebut danmengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dansemasa kamu berbaring.’

(An-Nisa’ : 103)

‘Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlahkamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpahkurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak(dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dandi akhirat).’

(Al-Juma’ah : 10)

‘Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yangmenyekat dan menghalangi dari menggunakan Masjid-Masjid Allah untuk menyebut nama Allah didalamnya.’

(Al-Baqarah : 114)

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 7: Jenis-jenis Zikir

476 Hakikat Tawassul dan Wasilah

‘(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanyaterutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkanoleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut sertadiperingati nama Allah padanya.’

(An-Nur : 36)

‘(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya,yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-belidaripada menyebut serta mengingati Allah.’

(An-Nur : 37)

‘Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamudilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinakkamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankanperintahNya).’

(Al-Munafiqun : 9)

‘Dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut namaAllah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi merekasemuanya keampunan dan pahala yang besar.’

(Al-Ahzab : 35)

Kandungan

Page 8: Jenis-jenis Zikir

477

Ibn ‘Abbas Radiallahu‘anhu berkata : ‘Yang dimaksudkanadalah mereka yang berzikir kepada Allah setiap selesai solat,baik pagi, siang, mahupun malam, setiap kali bangun daritidurnya, dan setiap kali datang atau pergi dari rumahnyamenyebut nama Allah.’

Mujahid Radiallahu‘anhu berkata : ‘Tidaklah dikatakanbanyak berzikir seseorang itu sehingga mereka menyebut namaAllah, baik pada waktu berdiri, duduk, mahupun berbaring.’

Semua ibadah boleh dianggap benar apabila mengandungizikrullah, maka zikir boleh dilakukan dalam keadaan suci atautidak, di semua keadaan, pada waktu berdiri, duduk, dan lain-lain.

Dengan ini An-Nawawi berkata : ‘Para ulama bersepakattentang diperbolehkan zikir dengan hati dan lisan bagi yang dapatberbicara, pada waktu junub, haid dan nifas, iaitu dalam tasbih,tahmid, takbir, selawat atas Nabi s.a.w., doa, dan lain-lain.’

Maka zikir adalah kunci hati, kunci pintu hembusan, sertajalan untuk mengarahkan penglihatan hati. Dengan zikir orangmenjadi berakhlak, tidak membuat kerosakan. Barangsiapamelakukannya, nescaya dia tidak akan merasa gundah dan sedihkecuali kerana lalai dari zikir kepada Allah. Seandainya hanyadisibukkan dengan zikrullah, nescaya dia akan tetap beradadalam kegembiraan dan kepuasan hati, sebab zikir adalah kuncisemua keriangan, kesenangan, dan kegembiraan, sebagaimanakelengahan adalah kunci kesedihan dan kepedihan.

Selain itu juga, banyak ayat-ayat yang mulia, yang suci danyang jelas dalam mendorong melakukan zikir.

Adapun dalil zikir dari sunnah-sunnah yang mulia antaralain.

Al Bukhari dan Muslim mengeluarkan di dalam Sahihnya :

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 9: Jenis-jenis Zikir

478 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Rasulullah bersabda : ‘Allah berfirman : Aku berada di dalamsangkaan hambaKu tentang diriKu. Aku menyertainya ketikadia menyebutKu. Kalau dia menyebutKu kepada dirinya,maka Aku menyebutnya kepada diriKu, kalau diamenyebutKu didepan orang ramai, maka Aku menyebutnyadi depan orang dengan keadaan yang lebih baik daripadadiri mereka.’

Imam Muslim mengeluarkan di dalam Sahihnya :

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. : ‘Al-Mufradun telahmendahului.’ Maka ditanya : ‘Siapakah Al-Mufradun itu?’Baginda menjawab : ‘Orang yang berzikir kepada Allahbanyak-banyak.’

At-Tirmizi mengeluarkan di dalam Sunannya dan Al Hakimdi dalam Al Mustadraknya :

Rasulullah bersabda : ‘Sukakah kuberitahukan kepadakalian tentang sebaik-baik amal kamu yang paling muliadihadapan Tuhan kalian, yang dapat meninggikan darjatkalian, lebih baik bagi kamu daripada mendermakan emasdan perak, dan lebih baik bagi kalian daripada jihadmenghadapi musuh kemudian saling menebas leher?’ Merekamenjawab : ‘Tentu saja.’ Rasulullah berkata : ‘Berzikir kepadaAllah.’ (Hadis riwayat Al-Hakim Abu ‘Abdullah dalam AlMustadrak atas Sahihain. Hadis ini bersanad sahih)

Kandungan

Page 10: Jenis-jenis Zikir

479

Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya :

Rasulullah bersabda : ‘Tidak ada kaum yang dudukkemudian menyebut nama Allah kecuali dinaungi olehmalaikat, disirami dengan rahmatNya, diturunkan kepadamereka ketenangan, dan disebut oleh Allah di depanmakhluk-makhluk yang berada di sisiNya.’

Dari Abu Musa Al-Asy‘ari Radiallahu‘anhu, katanya :

Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Perumpamaanorang-orang yang berzikir kepada Tuhannya dan yang tidakberzikir kepada Tuhannya adalah seperti orang yang hidupdengan orang yang mati.’

Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya :

Rasulullah bersabda : ‘Di sisi Allah ada malaikat yangberkeliling di jalan-jalan untuk mencari orang yang berzikir.Apabila menemui suatu kaum yang menyebut Allah, merekasaling memanggil : ‘Marilah menuju kepada hajat kalian.’Dikatakan : ‘Kemudian mereka berkerumun membentangkansayap-sayapnya di langit dunia. Bertanyalah Tuhan mereka ‘Azzawa Jalla, sedangkan Dia Maha Mengetahui keadaan mereka:‘Apa yang dikatakan oleh hamba-hambaKu?’ Mereka menjawab:‘Mereka bertasbih, bertahmid, dan mengagungkanMu.’ Allahs.w.t. bertanya : ‘Apakah mereka melihatKu?’ Mereka menjawab:‘Tidak, demi Allah mereka tidak melihatMu.’ Allah bertanya :‘Bagaimana seandainya mereka melihatKu?’ Mereka menjawab:‘Kalau mereka melihatMu, maka mereka akan lebih mantapibadahnya, lebih besar pengagungannya, dan lebih banyaktasbihnya.’ Allah bertanya : ‘Apakah yang mereka minta?’ Mereka

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 11: Jenis-jenis Zikir

480 Hakikat Tawassul dan Wasilah

menjawab : ‘Mereka meminta syurga.’ Allah bertanya : ‘Apakahmereka pernah melihatnya?’ Mereka menjawab : ‘Tidak, demiAllah Tuhan kami, mereka tidak melihatnya.’ Allah bertanya:‘Bagaimana kalau mereka melihatnya?’ Mereka menjawab: ‘Kalaumereka melihatnya, maka mereka akan semakin mendesak,makin besar harapannya, dan pengejarannya.’ Allah bertanya:‘Kemudian mereka minta agar dilindungi dan dijauhkan dariapa?’ Mereka menjawab : ‘Dari api neraka.’ Allah bertanya:‘Apakah mereka pernah melihatnya?’ Mereka menjawab : ‘Tidak,demi Allah mereka tidak melihatnya.’ Allah bertanya :‘Bagaimana kalau mereka melihatnya?’ Mereka menjawab :‘Kalau mereka melihatnya, maka mereka akan lebih kerasmeminta perlindungan, lebih kencang larinya, dan lebih besartakutnya.’ Allah berkata : ‘Ku jadikan kalian sebagai saksibahawa Aku telah memberi mereka keampunan.’ Salah satumalaikat berkata : ‘Di antara mereka ada si Fulan. Dia kebetulanberjalan dan pergi kepada mereka kerana ada keperluan.’ Allahberkata : ‘Mereka adalah orang-orang majlis zikir. Maka tidakakan celaka, orang yang mahu duduk bersama mereka.’

Di dalam hadis di atas, jelaslah keutamaan majlis zikir danorang-orang yang berzikir, juga keutamaan orang-orang yangberkumpul dengan mereka untuk melakukan hal itu.Barangsiapa yang duduk bersama mereka, dia akan ikutmendapat semua yang mereka dapatkan, berupa penghargaanbagi mereka dari Tuhan mereka. Walaupun tidak menjadianggota tetap dalam asal zikir, berkawan kepada mereka akanmenjadikan seseorang bahagia kerana ikut serta, kalau benar-benar dia berniat untuk itu.

Dari Anas Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah bersabda :‘Apabila kalian berjalan di taman syurga, maka nikmatilah.’Mereka bertanya : ‘Wahai Rasulullah, apakah taman syurga itu?’Baginda menjawab : ‘Kelompok orang-orang yang berzikir.’

Dari Abu Darda’ Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullahbersabda : ‘Allah akan membangkitkan pada hari kiamat suatukaum yang wajah-wajah mereka laksana bulan yang bercahayaterang di atas mimbar-mimbar yang bertakhtakan permata yangmembuat orang-orang iri. Dan mereka tidak berasal darigolongan Nabi dan tidak pula dari golongan syuhada.’ Maka

Kandungan

Page 12: Jenis-jenis Zikir

481

seorang Badwi berlutut dan berkata : ‘Wahai Rasulullah,jelaskanlah kepada kami agar kami mengetahui siapa mereka?’Baginda menjawab : ‘Mereka adalah orang-orang yang salingmencintai di jalan Allah dari suku-suku yang berbeza dan bangsa-bangsa yang berbeza. Mereka berkumpul untuk berzikir kepadaAllah dan menyebutNya.’

Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya : SesungguhnyaRasulullah berjalan-jalan di kota Makkah melewati sebuah gunungyang disebut Jamdan, lalu Baginda bersabda : ‘Al-Mufradun telahlebih dulu berjalan di Jamdan ini.’ Para sahabat bertanya :‘Siapakah Al-Mufradun itu, wahai Rasulullah?’ Baginda men-jawab: ‘Al-Mustahtirun dengan zikir kepada Allah. Zikir itumeringankan beban berat mereka, sehingga ketika datang padahari kiamat, mereka merasa ringan.’

Al-Mustahtirun adalah orang-orang yang gemar akan zikirdan selalu melakukannya tanpa mempedulikan apa yangdikatakan dan dilakukan orang lain atas diri mereka.

Dari Abu Darda’ Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullahbersabda : ‘Sukakah kuberitahukan kepada kalian tentang sebaik-baik amal kalian yang paling mulia di hadapan Tuhan kalian,yang dapat meninggikan darjat kalian, lebih baik bagi kaliandaripada mendermakan emas dan perak, dan lebih baik bagikalian daripada jihad menghadapi musuh kemudian salingmenebas leher?’ Mereka menjawab : ‘Tentu saja.’ Rasulullahberkata : ‘Berzikir kepada Allah.’

Kemudian Muaz bin Jabal Radiallahu‘anhu berkata : ‘Tidakada sesuatu yang boleh menyelamatkan seseorang dari seksaanAllah kecuali zikrullah.’

Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullahbersabda : ‘Allah berfirman : ‘Aku berada di dalam sangkaanhambaKu tentang diriKu. Aku menyertainya ketika diamenyebutKu. Kalau dia menyebutKu kepada dirinya, maka Akumenyebutnya kepada diriKu, kalau dia menyebutKu di depanorang ramai, maka Aku menyebutnya di depan orang dengankeadaan yang lebih baik daripada diri mereka. Apabila diamendekat kepadaKu satu jengkal, maka Aku akan mendekatkepadanya satu hasta. Apabila dia mendekat kepadaKu satu

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 13: Jenis-jenis Zikir

482 Hakikat Tawassul dan Wasilah

hasta, maka Aku akan mendekat kepadanya satu depa. Dan kalaudia datang kepadaKu dengan berjalan kaki, maka Aku akandatang kepadanya dengan berlari.’

Dari Abu Sa’id Al Khudri Radiallahu‘anhu, katanya:Rasulullah bersabda : ‘Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirmanpada hari kiamat : ‘Semua orang yang berkumpul akanmengetahui orang-orang yang mulia.’ Ditanyakan : ‘Siapakahorang-orang yang mulia itu, wahai Rasulullah?’ Bagindamenjawab : ‘Orang-orang yang suka berzikir di masjid-masjid.’

Dari Anas bin Malik Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullahbersabda : ‘Tidak ada kaum yang berkumpul untuk berzikirkepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan tidak menginginkandari perbuatan itu selain wajahNya, kecuali akan diseru olehpenyeru dari langit : ‘Bangunlah! Ampunan bagi kalian telahmengganti dosa-dosa kalian dengan kebaikan.’

Dari Abu Sa’id Al Khudri Radiallahu‘anhu, katanya :

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Allahberfirman : ‘Barangsiapa selalu sibuk membaca Al-QuranAl-Karim untuk mengingatiKu dan memohon kepadaKu,maka Aku akan memberinya sesuatu yang lebih baikdaripada yang Kuberikan kepada orang yang meminta.’

Adapun dalil zikir berdasarkan kata-kata para ulama yangdahulu dan terkemudian di antaranya :

Dari ‘Abdullah bin ‘Abbas Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Allahtidak mewajibkan atas hambaNya hal-hal yang fardhu, kecualiyang telah diketahui olehnya. Dan orang yang meninggalkanfardhu-fardhu tersebut kerana alasan tertentu boleh dimaafkan,kecuali zikir. Zikir tidak memiliki batas, dan tidak ada alasanbagi seseorang untuk meninggalkannya kecuali dia kehilanganakal. Manusia diperintahkan untuk berzikir dalam segalakesempatan.’

Kandungan

Page 14: Jenis-jenis Zikir

483

Allah berfirman :

‘…Ingatlah Allah di waktu berdiri, duduk dandiperbaringan.’

(An-Nisa’ : 103)

‘Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlahnama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.’

(Al-Ahzab : 41)

Maksudnya, pada malam atau siang hari, di darat atau dilaut, di luar kota atau di dalam kota, dalam keadaan kaya ataupapa, dalam sihat atau sakit, secara rahsia atau terang-terangan,… pendeknya, dalam keadaan bagaimanapun.

Dari Ibnu ‘Atha Illah As-Sakandari Radiallahu‘anhu,katanya: ‘Zikir adalah kebebasan dari keadaan lalai dan lupa,kerana hati sentiasa bersama Allah.’

Ia merupakan pengulangan dalam menyebut namaNyadengan hati dan lisan, atau pengulangan sifat-sifatNya, atauhukum-hukumNya, atau perbuatanNya, atau apa saja yang bolehmendekatkan kepada Allah.

Imam Abu Qasim Al-Qusyairi berkata: ‘Zikir dapatmengeluarkan wilayah dan menjadi cahaya wasilah,memantapkan kemahuan, menjadi petanda awal dan akhir yangbaik. Maka tidak ada sesuatu di belakang zikir, dan semua halyang terpuji kembali kepada, atau muncul dari, zikir.’

Selanjutnya dia berkata : ‘Zikir adalah tiang yang kuat dijalan Allah, bahkan ia adalah andalan dan pokok sandaran dijalan itu. Seseorang tidak akan sampai kepada Allah kecualidengan selalu berzikir.’

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah : ‘Tak diragukan lagi bahawa hatiitu boleh berkarat seperti karat besi, perak, dan lain-lain. Apabila

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 15: Jenis-jenis Zikir

484 Hakikat Tawassul dan Wasilah

zikir ditinggalkan, hati menjadi berkarat; dan kalau zikirdilakukan, maka seolah-olah digosok karatnya.’

Karat hati terjadi dari dua hal, iaitu kelalaian dan dosa.Keduanya boleh digosok dengan dua hal pula, iaitu istighfar danzikir. Barangsiapa yang lalai di sebahagian besar waktunya,maka karatnya akan bertompok di hatinya. Banyak sedikitnyakarat tersebut bergantung kepada kealpaan dan kelalaiannya.Dan karat menyebabkan hati tidak mampu menangkapgambaran yang benar tentang sesuatu. Gambaran yang bathilterlihat benar, dan gambaran yang benar terlihat bathil.

Apabila karat telah bertompok, maka hati menjadi gelap dantidak nampak di dalamnya gambaran hakikat sebagaimanaadanya. Dan kalau karat itu sudah menebal dan menjadi hitamlalu naik hingga mencapai roh, maka rosaklah gambaran danpemahamannya. Seseorang tidak boleh lagi menerimakebenaran, melainkan selalu ingat akan kebathilan. Inilahperubahan hati yang paling besar. Asalnya adalah dari kealpaandan kelalaian serta menurut hawa nafsu. Hal-hal itu menutupidan melemahkan cahaya hati serta membutakan penglihatannya.

Allah berfirman :

‘Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahuihatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaranKami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya,dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.’

(Al-Kahfi : 28)

Imam Fakhruddin Ar-Razi berkata di dalam Tafsirnyatentang firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala :

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia).’(Al-A’raf : 180)

Kandungan

Page 16: Jenis-jenis Zikir

485

‘Yang mengharuskan seseorang masuk ke Jahannam adalahkelalaiannya dalam berzikir kepada Allah. Sebaliknya,penyelamat dari seksa Jahannam adalah zikir kepada Allah.Perasaan dan penglihatan menemukan dari roh-roh merekabahawa hal itu juga boleh menjadi masalah. Sebab, apabila hatiseseorang lalai dari zikir kepada Allah dan tenggelam ke dalamdunia beserta syahwatnya, maka dia akan terjatuh ke dalam pintukekikiran dan terus menerus merasa kurang. Dengan demikian,seseorang akan terus berpindah dari keinginan yang satu padakeinginan yang lain, dari permintaan yang satu kepadapermintaan yang lain, dari kegelapan kepada kegelapan. Apabilahatinya terbuka terhadap zikrullah dan ma’rifat Allah, makadia akan lulus dan selamat dari api keburukan dan darikesedihan kerana kerugian-kerugian, serta dapat merasakanma’rifat Tuhan langit dan bumi.’

Syaikh Ahmad Zaruq Radiallahu‘anhu tentang Qawa’idnyamenerangkan : ‘Perkataan, perbuatan, dan tanda-tanda yangkhusus bersifat tetap. Adapun kekhususan yang paling besaradalah zikir, sebab tidak ada amal yang lebih mampumenyelamatkan seseorang dari seksa Allah daripada zikir kepadaAllah. Allah telah menciptakan bermacam-macam hal, sepertiminuman dan tempat tinggal, beserta manfaatnya, masing-masing dengan ciri tersendiri. Maka semua yang bersifat umumharus dipenuhi sebagaimana umumnya,dan dalam keadaan yangsecocok dengan keadaan seseorang.’

Akhir kata, semua orang yang termasuk kategoripembimbing dan penunjuk telah memberikan nasihatnya bagiorang-orang yang menempuh perjalanan menuju hadhrat Allahdan menunjukkan amal yang boleh menghantarkan merekakepada Allah dan kepada keredhaan-Nya. Antara lain denganmemperbanyakkan zikrullah dalam semua kesempatan danberteman dengan orang-orang yang suka berzikir, sebab tarikannafas orang yang berzikir boleh memutus syahwat nafsu yangcondong kepada keburukan.

Ini dan hal-hal lainnya, serta semua yang menjelaskantentang syariat dan keutamaan zikir, berkumpulnya orang-orang untuk melakukannya, baik secara terang-teranganmahupun tersembunyi, merupakan dalil disyariatkannya zikir.

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 17: Jenis-jenis Zikir

486 Hakikat Tawassul dan Wasilah

JENIS-JENIS ZIKIRAda bahagian yang harus dijelaskan tentang jenis-jenis zikir iaituzikir sirr dan zikir jahar beserta kedudukannya.

Alasannya adalah kerana zikrullah itu disyariatkan, baiksecara sirr (secara sembunyi, dengan suara perlahan) mahupunjahar (secara terang, dengan suara keras). Dan RasulullahSallallahu ‘alaihi wasallam telah mendorong kita untukmelakukan zikir, secara sirr atau jahar. Para ulama syariahIslamiah juga telah menetapkan keutamaan zikir jahar apabilamampu membersihkan diri dari riya’, tidak mengganggu orangyang sedang solat, membaca Al Qur’anul Karim, atau tidur. Halini didukung oleh dalil-dalil dari hadis nabawiyah suci yangdiantaranya sebagai berikut :

Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullahbersabda : ‘Allah berfiman : ‘Aku berada di dalam sangkaanhambaKu tentang diriKu. Aku menyertainya ketika diamenyebutKu. Kalau dia menyebutKu kepada dirinya, maka Akumenyebutnya kepada diriKu, kalau dia menyebutKu di depanorang ramai, maka Aku menyebutnya didepan orang dengankeadaan yang lebih baik daripada diri mereka.’

Padahal zikir di hadapan umum tidak dilakukan kecualidengan jahar.

Dari Zaid bin Aslam Radiallahu‘anhu, katanya : Ibnul Adra’berkata : ‘Aku menyertai Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam padasuatu malam, lalu melewati seseorang di masjid yang mengeraskansuaranya, lalu aku berkata : ‘Wahai Rasulullah, tidaklah diatermasuk orang riya?’ Baginda menjawab : ‘Tidak, tetapi diapengeluh.’

Dari Ibnu ‘Abbas Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Sesungguhnyapada zaman Rasulullah orang-orang berzikir denganmengeraskan suara setelah menyelesaikan solat-solat maktubah.’Ibnu ‘Abbas melanjutkan : ‘Aku mengetahui bahawa mereka telahmenyelesaikan solat ketika mendengar (zikirnya).’

Dari As-Sa’ib Radiallahu‘anhu, katanya :

Kandungan

Page 18: Jenis-jenis Zikir

487

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Jibriltelah datang kepadaku dan berkata : ‘Perintahkanlah kepadasahabat-sahabatmu untuk mengeraskan suara dalam takbir.’

Dari Syidad bin ‘Aus Radiallahu‘anhu, katanya :

‘Aku berada di majlis Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam ketikaBaginda bersabda : ‘Angkatlah tangan kalian danucapkanlah : Laa Ilaaha Illallah.’ Lalu kami melakukannya,dan Rasulullah berkata : ‘Ya Allah, sesungguhnya Engkaumengutusku dengan kalimat ini dan Engkau meme-rintahkanku dengannya, serta menjanjikan syurga.Sesungguhnya tidaklah Engkau mengingkari janji.’Kemudian bersabda : ‘Bergembiralah kalian, sesungguhnyaAllah telah mengampuni kalian.’

Dari Sahal bin Al Hanzhaliyah Radiallahu‘anhu, katanya :

Rasulullah bersabda : ‘Setiap kali suatu kaum duduk di suatumajlis untuk berzikir kepada Allah kemudian berdiri, sampaidikatakan kepada mereka : ‘Bangunlah, Allah telah mengampunikalian dan mengganti dosa-dosa kalian dengan kebaikan.’ (Hadisriwayat Al Baihaqi dari ‘Abdullah bin Maghfal, dan Al-Habranidari Sahal bin Al Hanzhaliyah).

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 19: Jenis-jenis Zikir

488 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Dari ‘Amru bin ‘Abasah Radiallahu‘anhu, katanya: Akumendengar Rasulullah bersabda : ‘Di sisi kanan Ar Rahman,semua tanganNya kanan, ditemukan orang-orang yang tidaktermasuk golongan Nabi dan bukan pula syuhada. Wajah-wajahmereka diselimuti oleh warna putih, dilihat oleh orang-orang yangmelihatnya. Para Nabi dan syuhada merebutkan mereka supayatinggal dan didekatkan tempatnya dengan Allah Subhanahu waTa‘ala. Ditanyakan : ‘Wahai Rasulullah, siapakah mereka itu?’Baginda menjawab : ‘Mereka adalah kumpulan bermacam-macam suku bangsa yang berkumpul untuk berzikir kepadaAllah, dan mengucapkan perkataan-perkataan yang baik,sebagaimana pemakan kurma memilih kurma yang baik.’ (Hadisriwayat Ath-Thabrani dengan sanad hasan)

Maksud ‘kumpulan’ adalah campuran dari berbagai sukubangsa yang berasal dari tempat-tempat yang berlainan, yangbersatu bukan kerana kekerabatan, hubungan darah, dan tidaksaling mengenal. Mereka hanya berkumpul untuk berzikirkepada Allah, bukan untuk yang lain.

KEUTAMAAN ZIKIR JAHARUlama Ath Thahathawi berkata di dalam catatannya tentangMuraqiyul Falah : ‘Ada perbezaan, apakah zikir yang dibacasecara rahsia itu lebih utama?’ Dijawab : ‘Benar, banyakperkataan yang menunjukkan hal itu, di antaranya adalah :‘Sebaik-baik zikir adalah yang tersembunyi, dan sebaik-baikrezeki adalah yang mencukupi, sebab yang rahsia akan lebihmantap keikhlasannya dan dekat dengan ijabah.’

Namun yang mengatakan bahawa zikir jahar lebih utamaadalah banyak hadis, di antaranya adalah yang diriwayatkanoleh Ibnul Zubair Radiallahu‘anhu :

Kandungan

Page 20: Jenis-jenis Zikir

489

‘Rasulullah apabila mengucapkan salam setelah solatnyaselalu berkata dengan suara keras : ‘Tidak ada Tuhan kecualiAllah, yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, bagiNyalah segalapujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan tidakada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.’

Rasulullah memerintahkan agar orang yang membaca AlQur’anul Karim di masjid didengarkan bacaannya. Ibn ‘Umarmenyuruh agar orang yang membaca di hadapannya dan dihadapan para sahabat didengarkan, kerana lebih banyakamalnya, lebih mantap untuk direnungkan, dan lebih banyakmanfaatnya untuk membangkitkan hati yang menyeleweng.

Berbagai hadis berlaku secara berlainan bergantung kepadaorang dan keadaannya. Bagi orang yang takut riya’ atau khuatirmengganggu orang lain, maka zikir dengan suara perlahan lebihbaik. Kalau tidak ada yang dikhuatirkan seperti itu, maka zikirdengan keras lebih baik.

Dikatakan di dalam Al Fatawa : ‘Zikir dengan keras dimasjid-masjid tidak dilarang, sebab dikhuatiri kalau-kalautermasuk yang dimaksud oleh Allah :

‘Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yangmenyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk menyebut nama Allah di dalamnya.’

(Al-Baqarah : 114)

Hadis-hadis tentang hal ini telah dikumpulkan oleh ulamabesar iaitu Al Hafiz As-Suyuthi Radiallahu‘anhu di dalam sebuahrisalah yang berjudul Natijatul Fikri fil Jahri fiz Zikri.Katanya : ‘Segala puji bagi Allah, dan keselamatan tercurah atashambaNya yang terpilih. Aku bertanya : ‘Anda dihormati olehAllah dari zikir yang biasa dilakukan oleh golongan sufiyah dimasjid-masjid dan mengeraskan suara di dalam tahlil. Hal itumakruh atau tidak?’ Jawabnya : ‘Sesungguhnya tidak adasesuatu yang dibenci tentang hal itu. Hadis-hadis menjelaskan

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 21: Jenis-jenis Zikir

490 Hakikat Tawassul dan Wasilah

tentang disukainya zikir jahar, dan disukainya zikir sirr.Keduanya bergantung kepada keadaan dan individu-individuyang melakukannya, sebagaimana An-Nawawi menyatakan halserupa tentang hadis-hadis yang menjelaskan tentang disukainyamembaca Al Qur’anul Karim dengan keras dan disukainyamembaca dengan perlahan.’ Sekarang saya ingin menjelskan halitu fasal demi fasal.

Hadis-hadis yang menunjukkan disukainya zikir jaharbeserta penjelasan dan ketetapannya adalah sebagai berikut :

Hadis pertama

Al Bukhari mengeluarkan dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu,katanya :

Rasulullah bersabda : ‘Allah berfirman : ‘Aku berada didalam sangkaan hambaKu tentang diriKu. Aku menyertainyaketika dia menyebutKu. Kalau dia menyebutKu kepadadirinya, maka Aku menyebutnya kepada diriKu, kalau diamenyebutKu di depan orang ramai, maka Aku menyebutnyadi depan orang yang keadaan mereka lebih baik daripadadiri mereka.’

Kalau dikatakan ‘menyebut di depan orang ramai’, berertidilakukan dengan jahar.

Hadis kedua

Al Bazzar dan Al Hakim mengeluarkan di dalam Al Mustadrakdan dianggap sahih, dari Jabir Radiallahu‘anhu, katanya :

Kandungan

Page 22: Jenis-jenis Zikir

491

‘Rasulullah keluar menemui kami dan bersabda : ‘Wahaisaudara-saudara, Allah memiliki Malaikat-Malaikat yangpergi berkeliling dan berhenti di majlis-majlis zikir di dunia.Maka penuhilah taman-taman syurga.’ Mereka bertanya :‘Dimanakah taman-taman syurga itu?’ Rasulullah menjawab:‘Majlis-majlis zikir. Kunjungilah dan hiburlah diri kaliandengan zikir kepada Allah.’

Hadis ketiga

Muslim dan Al Hakim mengeluarkan dengan lafaz dari AbuHurairah Radiallahu‘anhu, katanya :

Rasulullah bersabda : ‘Di sisi Allah ada malaikat yangberkeliling di jalan-jalan untuk mencari orang yang berzikir.Apabila menemui suatu kaum yang menyebut Allah, merekasaling memanggil : ‘Marilah menuju kepada hajat kalian.’Dikatakan : ‘Kemudian mereka berkerumun membentangkansayap-sayapnya di langit dunia. Bertanyalah Tuhan mereka ‘Azzawa Jalla, sedangkan Dia Maha Mengetahui keadaan mereka,:‘Apa yang dikatakan oleh hamba-hambaKu?’ Mereka menjawab:‘Mereka bertasbih, bertahmid, dan mengagungkanMu.’ Allahs.w.t. bertanya : ‘Apakah mereka melihatKu?’ Mereka menjawab:‘Tidak, demi Allah mereka tidak melihatMu.’ Allah bertanya:‘Bagaimana seandainya mereka melihatKu?’ Mereka menjawab:‘Kalau mereka melihatMu, maka mereka akan lebih mantapibadahnya, lebih besar pengagungannya, dan lebih banyaktasbihnya.’ Allah bertanya : ‘Apakah yang mereka minta?’ Merekamenjawab : ‘Mereka meminta syurga.’ Allah bertanya : ‘Apakahmereka pernah melihatnya?’ Mereka menjawab : ‘Tidak, demiAllah Tuhan kami, mereka tidak melihatnya.’ Allah bertanya:‘Bagaimana kalau mereka melihatnya?’ Mereka menjawab: ‘Kalaumereka melihatnya, maka mereka akan semakin mendesak,makin besar harapannya, dan pengejarannya.’ Allah bertanya :‘Kemudian mereka minta agar dilindungi dan dijauhkan dari

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 23: Jenis-jenis Zikir

492 Hakikat Tawassul dan Wasilah

apa?’ Mereka menjawab : ‘Dari api neraka.’ Allah bertanya :‘Apakah mereka pernah melihatnya?’ Mereka menjawab : ‘Tidak,demi Allah mereka tidak melihatnya.’ Allah bertanya :‘Bagaimana kalau mereka melihatnya?’ Mereka menjawab :‘Kalau mereka melihatnya, maka mereka akan lebih kerasmeminta perlindungan, lebih kencang larinya, dan lebih besartakutnya.’ Allah berkata : ‘Ku jadikan kalian sebagai saksibahawa Aku telah memberi mereka keampunan.’ Salah satumalaikat berkata : ‘Di antara mereka ada si Fulan. Dia kebetulanberjalan dan pergi kepada mereka kerana ada keperluan.’ Allahberkata : ‘Mereka adalah orang-orang majlis zikir. Maka tidakakan celaka, orang yang mahu duduk bersama mereka.’

Hadis ini pernah disebutkan. Di sini disebutkan kembaliuntuk menghuraikan nas-nas yang dibawa oleh Al- Suyuthi,meskipun terpaksa ada pengulangan hadis. Pengulangansemacam ini merupakan kelemahan.

Hadis keempat

Dikeluarkan oleh Imam Muslim dan At-Tirmizi di dalam Sahihmereka dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id Al KhudriRadiallahu‘anhu, katanya :

‘Rasulullah bersabda : ‘Tidak ada kaum yang dudukkemudian menyebut nama Allah kecuali dinaungi olehMalaikat, disirami dengan rahmatNya, diturunkan kepadamereka ketenangan, dan disebut oleh Allah di depanmakhluk-makhluk yang berada disisiNya.’

Hadis kelima

Dikeluarkan oleh Imam Muslim dan At-Tirmizi dari Mu’awiyahRadiallahu‘anhu :

Kandungan

Page 24: Jenis-jenis Zikir

493

‘Sesungguhnya Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam keluarmenjumpai sekelompok sahabatnya, kemudian bertanya: ‘Apayang menyebabkan kamu duduk?’ Mereka menjawab: ‘Kamiduduk untuk berzikir kepada Allah dan bertahmid.’ Bagindaberkata : ‘Tadi Malaikat Jibril datang untuk memberitahuaku bahawa Allah telah membanggakan kamu di depanmalaikat-malaikatNya.’

Hadis keenam

Dikeluarkan oleh Al Hakim dan dianggap sahih, juga Al Baihaqidi dalam Sya’bil Iman dari Abil Jauza’ Radiallahu‘anhu,katanya:

Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Perbanyakkanlahzikir kepada Allah sekalipun kamu dikatakan gila.’

Hadis ketujuh

Dikeluarkan oleh Al Baihaqi di dalam Sya’bil Iman dari AbilJauza’ Radiallahu‘anhu, katanya :

‘Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:‘Perbanyakkanlah zikir kepada Allah sampai orang-orangmunafik berkata bahawa kamu adalah orang yang mencaripujian.’

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 25: Jenis-jenis Zikir

494 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Hadis ini dan hadis yang lalu memberikan bukti bahawazikir tersebut dilakukan dengan jahar, tidak rahsia.

Hadis kelapan

Dikeluarkan oleh Al Baihaqi dari Anas Radiallahu‘anhu, katanya:

‘Rasulullah bersabda : ‘Apabila kalian berjalan di tamansyurga, maka nikmatilah.’ Mereka bertanya : ‘WahaiRasulullah, apakah taman syurga itu?’ Baginda menjawab :‘Kelompok orang-orang yang berzikir.’

Hadis kesembilan

Dikeluarkan oleh Baqi bin Mukhalid dari ‘Abdullah bin ‘Amru:

‘Sesungguhnya Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam melewatidua buah majlis. Satu majlis berdoa kepada Allah danmemohon kepadanya, sedangkan majlis yang lain menuntutilmu. Baginda berkata : ‘Kedua majlis itu baik, yang satulebih baik dari yang lain.’

Hadis kesepuluh

Dikeluarkan oleh Al Baihaqi dari ‘Abdullah bin Mughaffal,katanya:

Kandungan

Page 26: Jenis-jenis Zikir

495

Rasululluh bersabda : ‘Tidak ada kaum yang berkumpuluntuk berzikir kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan tidakmenginginkan dari perbuatan itu selain wajahNya, kecualiakan diseru oleh penyeru dari langit : ‘Bangunlah! Ampunanbagi kamu telah menggantikan dosa-dosa kamu dengankebaikan.’

Hadis kesebelas

Dikeluarkan dari Al Baihaqi dari Abu Sa’id Al KhudriRadiallahu‘anhu, katanya :

‘Nabi s.a.w. bersabda : ‘Allah Subhanahu wa Ta‘alaberfirman pada hari kiamat : ‘Semua orang yang berkumpulakan mengetahui orang-orang yang mulia.’ Ditanyakan :‘Siapakah orang-orang yang mulia itu, wahai Rasulullah?’Baginda menjawab : ‘Orang-orang yang suka berzikir dimasjid-masjid.’

Hadis keduabelas

Dikeluarkan dari Al Baihaqi dari Ibnu Mas’ud, katanya :

Sebuah gunung berbicara dan memanggil gunung yang laindengan namanya : ‘Hai Fulan, apakah pada hari ini dikautelah berzikir kepada Allah?’ Maka sesungguhnya kalau

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 27: Jenis-jenis Zikir

496 Hakikat Tawassul dan Wasilah

dijawab ‘Ya’, maka diberi khabar gembira.’ Lalu ‘Abdullahmembaca ayat : ‘Sesungguhnya kamu telah mendatangkansesuatu perkataan yang sangat keji, hampir-hampir langitpecah kerana ucapan itu, dan bumi terbelah dan gunung-ganang runtuh.’

(Maryam : 89-90)

Dan bila dikatakan: ‘Apabila yang didengar itu kejahatan,maka dia tidak akan mendengar kebaikan.’

Hadis ketigabelas

Dikeluarkan oleh Ibn Jarir di dalam Tafsirnya dari Ibn ‘AbbasRadiallahu‘anhu, tentang firman Allah :

‘Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langitdan bumi (atau penduduk keduanya).’

(Ad-Dukhan: 29)

‘Bahawa apabila seorang Mukmin meninggal, maka dia akanditangisi oleh bumi tempat dia solat, sujud, dan berzikir kepadaAllah.’

Dikeluarkan oleh Ibn Abiddunya dari Abu ‘UbaidRadiallahu‘anhu, katanya :

‘Sesungguhnya apabila seorang Mukmin meninggal, semuatempat di bumi berseru : ‘Hamba Allah yang Mukmin

Kandungan

Page 28: Jenis-jenis Zikir

497

meninggal.’ Maka menangislah bumi dan langit. KemudianAr Rahman bertanya : ‘Mengapa kamu menangisi hambaKu?’Mereka menjawab : ‘Tuhan kami, dia tidak pernah berbuatburuk di daerah kami kecuali selalu menyebutMu.’

Dalil yang diperolehi dari sini adalah tidak mungkin gunungdan bumi mendengar zikir seseorang apabila tidak dilakukandengan jahar.

Hadis keempatbelas

Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan Al Baihaqi dengan sanad sahihdari Ibnu ‘Abbas Radiallahu‘anhu, katanya :

‘Rasulullah bersabda : ‘Allah berfirman : ‘Hamba-Ku...Apabila engkau menyebutKu secara rahsia, Aku juga akanmenyebutmu secara rahsia. Dan apabila engkau menyebutKudi depan orang ramai, maka Aku akan menyebutmu di depanorang ramai dengan yang lebih baik dan lebih banyak.’

Hadis kelimabelas

Dikeluarkan oleh Al Baihaqi dari Sa’id bin Aslam Radiallahu‘anhu,katanya :

Ibnul Adra’ berkata : ‘Aku menyertai Nabi Sallallahu ‘alaihiwasallam pada suatu malam, lalu melewati seseorang dimasjid yang mengeraskan suaranya. Aku bertanya : ‘Wahai

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 29: Jenis-jenis Zikir

498 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Rasulullah, tidakkah dia termasuk orang riya?’ Bagindamenjawab : ‘Tidak, tetapi dia pengeluh.’

Al Baihaqi mengeluarkan dari ‘Uqbah bin ‘AmirRadiallahu‘anhu, bahawa Rasulullah menyebut seseorang dengansebutan Zul Bajadain (nama sebenarnya adalah ‘Abdullah), keranadia suka berkeluh-kesah didalam zikirnya.

Dikeluarkan pula oleh Al Baihaqi dari Jabir bin ‘AbdullahRadiallahu‘anhu, katanya :

Ada seseorang yang mengeraskan suaranya dalam berzikir.Maka seseorang berkata : ‘Semestinya dia merendahkansuaranya.’ Rasulullah bersabda : ‘Biarkanlah dia, sebabsesungguhnya dia adalah pengeluh.’

Hadis keenambelas

Dikeluarkan oleh Al Hakim dari Syidad bin ‘Aus Radiallahu‘anhu,katanya :

Aku berada di majlis Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam ketikaBaginda bersabda : ‘Angkatlah tangan kamu danucapkanlah: Laa ilaaha illallah.’ Lalu kami melakukannya,dan Rasulullah berkata : ‘Ya Allah, sesungguhnya Engkau

Kandungan

Page 30: Jenis-jenis Zikir

499

mengutusku dengan kalimat ini dan Engkau meme-rintahkanku dengannya, serta menjanjikan syurga.Sesungguhnya tidaklah Engkau mengingkari janji.’Kemudian Baginda bersabda : ‘Bergembiralah kamu,sesungguhnya Allah telah mengampuni kalian.’

Hadis ketujuhbelas

Dikeluarkan oleh Al Bazzar dari Anas Radiallahu‘anhu, katanya:

Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘SesungguhnyaAllah memiliki Malaikat-Malaikat yang berkeliling mencarimakhluk yang berzikir. Apabila ditemukan, mereka akanmengerumuninya, lalu Allah berfirman : ‘Gembirakanlahmereka dengan rahmatKu, sebab mereka adalah orang-orangyang tidak akan menderita barangsiapa yang duduk bersamamereka.’

Hadis kelapanbelas

Dikeluarkan oleh Ath Thabrani dan Ibn Jarir dari ‘Abdurrahmanbin Sahal bin Hanif, katanya : ‘Telah turun sebuah ayat kepadaRasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, sedangkan Bagindaberada di sebahagian rumahnya :

‘Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat denganorang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka padawaktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allahsemata-mata.’

(Al-Kahfi : 28)

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 31: Jenis-jenis Zikir

500 Hakikat Tawassul dan Wasilah

‘Kemudian Baginda keluar mencari orang-orang (yangdimaksud oleh ayat itu), kemudian menemui suatu kaum yangsedang berzikir kepada Allah. Diantara mereka ada yang berubankepalanya lagi kasar kulitnya, ada yang hanya berpakaian sehelaisaja. Begitu melihat mereka, Rasulullah duduk menyertai merekadan berkata : ‘Segala puji bagi Allah yang telah menjadikanmereka antara umatku yang menyuruhku untuk bersabarbersama mereka.’

Hadis kesembilanbelas

Dikeluarkan oleh Imam Ahmad Radiallahu‘anhu tentang zuhud,dari Thabit Radiallahu‘anhu, katanya :

‘Sesungguhnya Salman termasuk di dalam kelompok orangyang berzikir kepada Allah. Kemudian Nabi Sallallahu‘alaihi wasallam melalui hadapan mereka, sehingga merekaberhenti (berzikir). Baginda bertanya : ‘Apa yang kaliankatakan?’ Mereka menjawab : ‘Kami berzikir kepada Allah.’Baginda bersabda : ‘Sesungguhnya aku melihat rahmat turunkepada kalian. Itu sebabnya aku suka bergabung dengankalian berada didalamnya.’ Lalu Baginda berkata : ‘Segalapuji bagi Allah yang menjadikan diantara umatku orang-orang yang menyuruhku menyabarkan diri bersama mereka.’

Hadis keduapuluh

Dikeluarkan oleh Al Asbahani didalam kitab At-Targhib dariAbu Razin Al ‘Aqili Radiallahu‘anhu dari Rasulullah Sallallahu‘alaihi wasallam, Baginda berkata kepadanya :

Kandungan

Page 32: Jenis-jenis Zikir

501

‘Mahukah Aku tunjukkan pokok masalah yang bolehmenguasai kebaikan dunia dan akhirat?’ Dijawab : ‘Tentu.’Baginda bersabda: ‘Sertailah majlis-majlis zikir. Dan apabilaengkau sendirian, maka gerakkanlah lidahmu untukmenyebut Allah.’

Hadis keduapuluh satu

Dikeluarkan oleh Ibn Abid Dunya, Al-Baihaqi, dan Al-Asbahanidari Anas r.a., katanya :

Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Duduk bersama kaum yangberzikir kepada Allah setelah solat subuh hingga mataharinaik, lebih Aku sukai daripada apa yang dibawa olehmatahari. Dan duduk bersama kaum yang menyebut Allahselepas ‘Asr sampai matahari terbenam lebih Aku sukaidaripada seisinya.’

Hadis keduapuluh dua

Dikeluarkan oleh Asy-Syaikhani dari Ibn ‘AbbasRadiallahu‘anhu, katanya : ‘Sesungguhnya pada zamanRasulullah, orang-orang berzikir dengan mengeraskan suarasetelah menyelesaikan solat-solat maktubah.’ Ibn ‘Abbasmelanjutkan : ‘Aku mengetahui bahawa mereka telahmenyelesaikan solat ketika mendengar (zikirnya).’

Hadis keduapuluh tiga

Dikeluarkan oleh Al-Hakim dari ‘Umar bin KhattabRadiallahu‘anhu, katanya :

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 33: Jenis-jenis Zikir

502 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Rasulullah bersabda : ‘Barangsiapa masuk ke pasar lalumengatakan : ‘Tidak ada Tuhan kecuali Allah, Yang Esatiada sekutu bagiNya, bagiNyalah semua kerajaan danbagiNyalah segala pujian, Yang Menghidupkan dan YangMematikan, dan Dia atas segala sesuatu Maha Kuasa, dantidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolonganAllah,’ maka Allah akan menuliskan baginya beribu-ribukebaikan, menghapuskan beribu-ribu keburukan,meninggikan beribu-ribu darjat, dan membangun baginyarumah di syurga.’

Hadis keduapuluh empat

Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi dandianggap sahih, An-Nasa’i , dan Ibn Majah dari As-Sa’ib dariRasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam :

Baginda bersabda : ‘Jibril telah datang kepadaku danberkata: ‘Perintahkanlah kepada sahabat-sahabatmu untukmengeraskan suara mereka di dalam takbir.’

Hadis keduapuluhlima

Dikeluarkan oleh Al Maruzi di dalam kitabnya, Al ‘Idain, dariMujahid Radiallahu‘anhu, katanya :

Kandungan

Page 34: Jenis-jenis Zikir

503

‘Sesungguhnya ‘Abdullah bin ‘Umar dan Abu Hurairahdatang ke pasar pada hari kesepuluh untuk bertakbir dantidak pergi ke pasar kecuali hanya untuk itu.’

Dikeluarkan pula dari ‘Ubaid bin ‘Umair, katanya :

‘Umar bertakbir di kubahnya, bertakbir pula orang-orang dimasjid, dan bertakbir pula orang-orang dipasar, hinggapenuhlah disekitarku dengan takbir.’

‘Aku menemui orang-orang, dan mereka bertakbir pada harikesepuluh sampai terlihat seperti ombak kerana banyaknya.’

Dengan meneliti hadis-hadis yang telah lalu, kita mengetahuibahawa jahar dalam berzikir tidak dibenci, bahkan nas-nasnabawiyah ini menunjukkan disukainya hal itu, baik denganterang mahupun kuat, sebagaimana kita isyaratkan sebelumnyadan diisyaratkan juga di dalam Risalah Al-Hafiz As-Sayuthi.

Apabila zikir jahar dijadikan percanggahan dengan hadis:

‘Sebaik-baik zikir adalah yang tersembunyi,’ maka

akan terjadi percanggahan antara hadis-hadis jahar dengan Al

Quran dalam hadis : ‘Membaca Al Quran

secara tersembunyi adalah laksana sedekah secara tersembunyi.’

Imam An-Nawawi menengahi percanggahan ini denganmengatakan bahawa bacaan yang sirr lebih utama apabila takutriya’, atau khuatir mengganggu orang yang sedang solat atau

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 35: Jenis-jenis Zikir

504 Hakikat Tawassul dan Wasilah

tidur. Sedangkan yang jahar lebih baik apabila tidak adakekhuatiran tentang hal ini, mengingat amalan didalamnya lebihbanyak, kerana ia dapat membangkitkan hati orang yangmembaca atau yang berzikir, ia mengumpulkan semangat untukberfikir, mengalahkan pendengarannya kepadanya, mengusirtidur, dan menambah kegiatan.

Sementara ulama berkata bahawa sebahagian bacaandianjurkan untuk diucapkan dengan jahar, dan sebahagian yanglain dianjurkan untuk dibaca secara sirr. Membaca secara sirrboleh membosankan. Oleh kerana itu boleh dilakukan denganjahar. Adakalanya orang yang membaca dengan jahar merasalelah, lalu dia beristirahat dengan cara membaca secara sirr.

Begitu pula perkataan yang diucapkan di dalam zikir bolehdicari jalan tengahnya seperti di atas, sehingga tidak adapertentangan antara hadis tentang zikir jahar dan zikir sirr, sertatidak bertentangan dengan firman Allah :

‘Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu,dengan merendah diri serta dengan perasaan takut(melanggar perintahnya), dan dengan tidak pulamenyaringkan suara.’

(Al-A’raf : 205)

Maka jawapan dari ayat Makkiyyah ini adalah seperti yangterdapat di dalam surah Al-Isra’ seperti berikut :

‘Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atausembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya.’

(Al-Isra’ : 110)

Ayat tersebut turun tatkala Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallammembaca Al Qur’anul Karim dengan jahar dan didengar oleh

Kandungan

Page 36: Jenis-jenis Zikir

505

orang-orang musyrik, lalu mereka memaki Al Qur’anul Karimdan Yang Menurunkannya. Maka perintah agar meninggalkanjahar dikeluarkan demi keamanan. Sama masalahnya denganlarangan untuk memaki berhala, sebab Allah berfirman :

‘Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang merekasembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akanmencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaanpengetahuan.’

(Al-An’am : 108)

Dengan demikian, makna ini telah hilang. Ulama yangcenderung kepada pengertian tersebut di antaranya Ibn Kathirdi dalam Tafsirnya.

Tafsir yang lain berasal dari kelompok mufassirin seperti‘Abdurahman bin Zaid bin Aslam, Syaikh Malik, dan Ibn Jariryang membawa ayat sebagai dalil bagi orang berzikir denganbacaan Al Qur’anul Karim. Semacam ini sifatnya mengagungkanAl Qur’an, sehingga suara-suara tidak dikeraskan. Makna inisemakin kuat apabila dihubungkan dengan firman Allah :

‘Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akandia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untukmendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.’

(Al-A’raf : 204)

Maka seolah-olah perintah untuk mendengarkan dengantekun diturunkan kerana khuatir hal itu menjadi kebiasaan yangmengarah kepada kebathilan. Walaupun diingatkan untukmembaca dengan cara sirr, perintah zikir dengan hati tetapberlaku agar manusia tidak lupa dari zikir kepada Allah. Olehkerana itulah ayat ini diakhiri dengan firman Allah :

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 37: Jenis-jenis Zikir

506 Hakikat Tawassul dan Wasilah

‘Janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.’(Al-A’raf : 205)

Perintah zikir kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam didalam ayat yang khusus telah sempurna. Bagi orang-orang yangselalu was-was dan khuatir akan terjerumus ke dalam keburukandiperintahkan untuk berzikir secara jahar, kerana sesungguhnyazikir secara jahar lebih mendalam kesannya dalam menolak was-was.

Hal ini dikuatkan pula oleh apa yang dikeluarkan oleh AlBazzar dari Mu’az bin Jabal Radiallahu‘anhu, katanya :

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

‘Barangsiapa di antara kalian melakukan solat malam,hendaknya membaca dengan suara yang keras, sebabmalaikat akan solat bersamanya dan mendengarkanbacaannya. Juga jin yang beriman yang berada di udarabeserta tetangganya yang menyertainya ikut solat dengansolatnya dan mendengarkan bacaannya. Dan dengankerasnya bacaannya, dia mengusir syaitan-syaitan darirumahnya dan dari rumah-rumah yang dikuasai oleh jin-jin yang fasik dan syaitan-syaitan yang jahat.’

Selanjutnya Ath Thabrani dan Al Bazzar meriwayatkandengan sanad hasan: ‘Ali bin Abi Thalib Radiallahu‘anhubertanya kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam : ‘WahaiRasulullah, tunjukkanlah kepadaku jalan yang paling dekatkepada Allah, paling mudah bagi hambaNya, dan paling utama

Kandungan

Page 38: Jenis-jenis Zikir

507

disisiNya. Maka Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab:‘Sebaiknya engkau secara terus-menerus menyebut Allah, baiksecara sirr atau jahar.’ Lalu ‘Ali berkata : ‘Semua orang berzikir,maka khususkanlah bagiku sesuatu dari zikir.’ Maka Rasulullahbersabda : ‘Perkataan paling utama dariku dan dari para Nabisebelumku adalah : ‘Laa Ilaaha Illallah’. Seandainya langit danbumi diletakkan di satu sisi neraca, sedangkan ‘Laa IlaahaIllallah’ diletakkan di sisi yang lain, nescaya kalimat tersebutlebih berat; dan tidak akan datang kiamat ketika di atas bumimasih ada orang yang mengucapkan ‘Laa Ilaaha Illallah’.Kemudian ‘Ali berkata : ‘Bagaimana caraku berzikir?’ NabiSallallahu ‘alaihi wasallam menjawab : ‘Tutuplah matamu dandengarkanlah aku ucapkan : ‘Laa Ilaaha Illallah’ tiga kali,kemudian ucapkanlah tiga kali sementara aku mendengarkan,dan lakukanlah hal itu dengan suara yang keras.’

Dari Mu’awiyah Radiallahu‘anhu, katanya : ‘BahawasanyaRasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam keluar menemuisekelompok sahabatnya, lalu bertanya : ‘Apa yang membuatkalian duduk di sini?’ Mereka menjawab : ‘Kami duduk untukberzikir kepada Allah dan memujiNya kerana menunjuki kamikepada Islam dan siapa yang diutusNya kepada kami.’ Rasulullahberkata : ‘Demi Allah, itukah yang menyebabkan kalian dudukini?’ Mereka menjawab : ‘Demi Allah, tidak ada yangmenyebabkan kami duduk kecuali hal itu.’ Rasulullah berkata :‘Aku tidak akan mengambil sumpah kalian kerana tuduhankalian, tetapi Jibril datang kepadaku dan memberitahukubahawa sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta‘ala telahmenyebut kalian di hadapan Malaikat-MalaikatNya.’ (Hadisriwayat Muslim, At-Tirmizi, dan An-Nasa’i)

Dari Anas bin Malik Radiallahu‘anhu, katanya :

‘Sesungguhnya ‘Abdullah bin Rawahah apabila bertemudengan salah sesorang sahabat Rasulullah Sallallahu ‘alaihiwasallam berkata : ‘Kemarilah! Kita beriman kepada Tuhankita sesaat.’

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 39: Jenis-jenis Zikir

508 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Pada suatu hari, dia berkata seperti itu kepada seseorang,lalu orang itu marah dan datang kepada Nabi Sallallahu ‘alaihiwasallam untuk mengadu : ‘Wahai Rasulullah, apakah anda tidakmelihat Ibn Rawahah, dia mengajar beriman kepada andakeimanan sesaat?’ Maka Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallammenjawab : ‘Semoga Allah melimpahkan rahmatnya kepada IbnuRawahah. Sesungguhnya dia menyukai majlis-majlis yangMalaikat-Malaikat membanggakannya…’ (Hadis riwayat ImamAhmad dengan sanad hasan)

ZIKIR MUNFARID DAN ZIKIR BERSAMA JAMA’AHIbadah-ibadah yang dilakukan secara berjama’ah, yang didalamnya termasuk zikrullah, akan menambah pahala ibadahyang dilakukan sendirian. Di dalam berjama’ah, hati-hati bolehbertemu, saling membantu, saling menjawab. Di dalamberjama’ah, bertemulah orang yang lemah dengan orang yangkuat, kegelapan dengan cahaya, yang kasar yang halus, yangbodoh dengan yang pandai, dan seterusnya.

Dari Anas Radiallahu‘anhu katanya :

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :‘Sesungguhnya Allah memiliki Malaikat-Malaikat yangberkeliling mencari makhluk yang berzikir. Apabiladitemukan, mereka akan mengerumuninya.’

Juga dari Anas Radiallahu‘anhu, katanya :

Kandungan

Page 40: Jenis-jenis Zikir

509

‘Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Apabilakalian melalui taman-taman syurga, maka nikmatilah.’Mereka bertanya : ‘Apakah taman-taman syurga itu, wahaiRasulullah?’ Rasulullah menjawab : ‘Makhluk yang berzikir.’

Berkatalah ulama Ibn ‘Alan, pensyarah Al Azkar dalamhadis ini : ‘Apabila kalian melewati sekelompok orang yangberzikir kepada Allah, maka ikutilah mereka atau dengarkanlahzikir mereka, sebab keadaan dan perasaan mereka adalahlaksana di taman-taman syurga.’ Allah berfiman :

‘Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamahTuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginyadua Syurga,…’

(Ar-Rahman : 46)

Imam Ahmad bin Hambal di dalam kitab Az Zuhudmeriwayatkan dari Husain bin Muhammad dengan sanad-sanaddari Abu Wa’il, katanya : ‘Mereka ini menganggap bahawa‘Abdullah melarang orang-orang untuk berzikir. Padahal‘Abdullah tidak pernah duduk di suatu majlis kecuali didalamnyadilakukan zikrullah.’

Imam Ahmad juga mengeluarkan di dalam Az Zuhud dariThabit Al Banani, katanya : ‘Sesungguhnya ahli zikir dudukuntuk melakukan zikir kepada Allah, sementara pada diri merekaterdapat dosa-dosa laksana gunung. Maka sesungguhnya darizikir kepada Allah itu tidak tersisa sesuatu (dosa) pun pada dirimereka.’

Ibnu ‘Abidin di dalam catatannya tentang zikrullahberjama’ah, demikian pula Imam Al Ghazali tentang zikirmunfarid dan zikir berjama’ah serta azan munfarid dan azanberjama’ah, mengatakan : ‘Sebagaimana azan berjama’ah bolehlebih banyak memenuhi udara dari pada azan munfarid, begitupula zikir berjama’ah lebih banyak pengaruhnya untukmenyingkapkan hijab hati dari pada zikir munfarid.’

Zikir disukai pada semua kesempatan. Dan kerana yangdituju dengan zikir itu adalah kehadiran hati, maka seharusnya

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 41: Jenis-jenis Zikir

510 Hakikat Tawassul dan Wasilah

perhatian ditujukan kepada orang yang berzikir dan apa yangdibacanya. Kalau bacaannya dimaksudkan untuk istighfar, makaseseorang harus membuka hati untuk meminta ampunan kepadaAllah. Kalau bacaannya adalah selawat kepada Nabi Sallallahu‘alaihi wasallam, maka seseorang perlu menghadirkankeagungan Rasulullah di dalam hatinya. Dan kalau zikir itumengandung penolakan dan ketetapan, iaitu ‘Laa Ilaaha Illallah’(Tidak ada Tuhan melainkan Allah), maka dia perlu menolaksegala sesuatu yang menghalangi ingatannya kepada Allah.

Di dalam apa saja, janganlah melepaskan lisan tahapkehadiran hati pada waktu itu. Namun menyebut Allah denganlisan, walaupun hatinya melayang, harus terus tetap dilakukan,sebab kelalaian manusia dari zikir akan menjauhkannya dariAllah secara keseluruhan. Apabila wujud zikir itu disertaikekhusyukan, dan apabila manusia menyibukkan dirinya hanyakepada Allah, maka dia akan hanya memberi perhatian terhadapketaatan kepada Allah. Diabaikannya zikrullah akan menjadikanmanusia menyibukkan diri dengan berbagai maksiat ucapan,seperti ghibah, namimah, dan lain-lain.

Selanjutnya diterima dari Abu Zar Radiallahu‘anhu :

‘Bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Tidakada satu hari pun, siang atau malam, kecuali adadidalamnya sedekah Allah ‘Azza waJalla, iaitu pemberiankepada hamba-hambaNya yang meminta. Dan tidak adapemberian Allah kepada hamba-hambaNya yang lebih baikdari pada ilham untuk berzikir kepadaNya.’

(Hadis riwayat Ibnu Abiddunya dan Ad Daruquthni, danpenulis Al Maqasid mengatakan bahawa sanadnya hasan)

Diterima dari Ummu Anas Radiallahu‘anha : Bahawasanyadia berkata :

Kandungan

Page 42: Jenis-jenis Zikir

511

‘Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat.’ Rasulullahmenjawab : ‘Jauhilah maksiat, kerana sesungguhnya ituadalah sebaik-baik hijrah. Dan jagalah hal-hal yangdifardhukan, sebab sesungguhnya itu adalah sebaik-baikjihad. Dan perbanyaklah zikir, sebab sesungguhnya engkautidak datang kepada Allah kecuali dengan sesuatu yangpaling disukaiNya dari banyaknya berzikir kepadaNya.’(Hadis riwayat Al-Thabrani dengan sanad hasan).

ZIKIR MUQAYYAD DAN ZIKIR MUTHLAQZikir muqayyad adalah zikir yang dianjurkan oleh Rasulullahkepada umatnya, yang terikat dengan waktu atau ruang yangkhusus. Contohnya seperti: zikir, tasbih, tahmid, tahlil dan takbirsetelah menyelesaikan solat; zikir ketika dalam perjalanan; zikirketika akan makan atau minum, zikir yang diucapkan pada saatmenghadapi kesulitan menolak kejahatan dan musibah; zikirpada saat sakit dan menghadapi mati serta segala sesuatu yangbertalian dengan hal itu; zikir setelah solat Jum’at dan malamJum’at; zikir pada saat melihat bulan; zikir pada saat berbukapuasa bagi orang yang melaksanakan puasa; zikir orang yangmelaksanakan haji dan semacamnya; zikir jihad di jalan Allah;zikir mutafariqah, seperti: ketika ayam berkokok dan binatanglainnya berbunyi; dan zikir ketika orang lain terkena musibah.

Demikianlah nukilan dari macam-macam zikir yangbermanfaat. Apabila anda ingin mengetahui lebih lagi, sila bukakembali buku-buku zikir.

Adapun zikir muthlaq adalah zikir yang tidak terikat denganruang, waktu dan hal. Tidak sewaktu berdiri, tidak pula ketikaduduk. Pendeknya, yang diminta dari orang-orang yang berimanadalah agar mereka menyebut Tuhannya di semua kesempatan,sampai lisannya lunak dengan zikrullah.

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 43: Jenis-jenis Zikir

512 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Ayat-ayat yang mendukung hal ini banyak, diantaranyafirman Allah s.w.t. :

‘Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingatkepadaMu.’

(Al-Baqarah : 152)

Firman Allah s.w.t. :

‘Mereka bertasbih, malam dan siang, dengan tidak berhenti-henti.’

(Al-Anbiya’ : 20)

Firman Allah s.w.t. :

‘Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlahnama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktupagi dan petang.’

(Al-Ahzab : 41-42)

Firman Allah s.w.t. :

‘…dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut namaAllah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi merekasemuanya keampunan dan pahala yang besar.’

(Al-Ahzab : 35)

Kandungan

Page 44: Jenis-jenis Zikir

513

Masih banyak ayat-ayat lain yang menganjurkan untukmemperbanyak zikrullah secara mutlak tanpa terikat pada ruangdan waktu, sebagaimana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallamyang agung menganjurkan kepada kita, zikir muthlaq di dalamsemua hal ehwal dan waktu kita.

Telah diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Bisr Radiallahu‘anhu:

Bahawa seseorang berkata : ‘Wahai Rasulullah,sesungguhnya syari’at Islam sebahagian besar telahkuketahui, maka mahukah anda memberitahu aku tentangsesuatu yang boleh kujadikan pegangan?’ Rasulullahmenjawab : ‘Jangan menjauhkan lisanmu dari zikir kepadaAllah.’

Telah disifatkan oleh ‘Aisyah Radiallahu‘anha tentangRasulullah dengan kata-katanya :

‘Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallamberzikir kepada Allah di seluruh kehidupannya.’

Dalam banyak hadisnya, Rasulullah telah mengajak kitakepada bermacam-macam cara berzikir, dari tasbih, tahlil, takbir,hingga istighfar, tanpa dibatasi oleh ruang, waktu, serta suasanaseperti apapun.

‘Abdullah bin ‘Abbas Radiallahu‘anhu berkata : ‘Allah tidakmewajibkan atas hambaNya hal-hal yang fardhu, kecuali yangtelah diketahui olehnya. Dan orang yang meninggalkan fardhu-fardhu tersebut kerana alasan tertentu boleh dimaafkan, kecualizikir. Zikir tidak memiliki batas, dan tidak ada alasan bagiseseorang untuk meninggalkannya kecuali dia kehilangan akal.Manusia diperintahkan untuk berzikir dalam segala kesempatan.’

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 45: Jenis-jenis Zikir

514 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Allah berfirman :

‘…maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allahsemasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamuberbaring.’

(An-Nisa’ : 103)

‘Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlahnama Allah sebanyak-banyaknya.’

(Al-Ahzab : 41)

Maksudnya, pada malam atau siang hari, di darat atau dilaut, di luar kota atau di dalam kota, dalam keadaan kaya ataupapa, dalam sihat atau sakit, secara rahsia atau terang-terangan,…pendeknya, dalam keadaan bagaimanapun.

Muhaddith Al Manawi memberi syarah hadis Rasulullahsebagai berikut :

‘Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman : ‘Aku menyertaihambaKu selama dia menyebutKu dan bibirnya bergerakuntuk (menyebut)Ku.’

Maksudnya, Allah akan menyertai orang yang menyebutNyadengan hatinya mahupun orang yang menyebutNya denganlidahnya. Dalam hal ini, zikir dengan hati lebih sempurna.Sedangkan zikir dengan lisan diucapkan untuk mengarahkankonsentrasi hati pada awal-awalnya. Apabila zikir telahmenguasai hati dan rohnya, maka zikir lisan boleh ditinggalkan.

Lazimnya, zikir di antara ahli thariqah itu merupakan tahap-tahap wasilah yang menghantarkan seseorang kepada Allah. Dania terdiri daripada tiga bahagian, iaitu: zikir orang-orang awamdengan lisan, zikir orang-orang khawas dengan hati, dan zikirorang-orang khawasul khawas dengan berhentinya mereka dari

Kandungan

Page 46: Jenis-jenis Zikir

515

zikir tatkala mereka telah melihat apa yang mereka sebutkan,iaitu sampai Allah terlihat dalam pandangan mereka dalamsegala hal.

Allah mengancam hambaNya yang meninggalkan zikirkepadaNya melalui kitabNya yang suci dan melalui lisanRasulNya, Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam. Ancaman iniditujukan kepada orang-orang awam mahupun orang-orang yangarif kepada Allah. Apabila kita memerhatikan Al Quran yangmulia, kita menemui firman Allah s.w.t. :

‘Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah,Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut danmenyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannyayang tidak renggang daripadanya. Dan sesungguhnyaSyaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yangbenar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.’

(Az-Zukhruf : 36-37)

Firman Allah s.w.t. :

‘Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu,dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dandengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagidan petang, dan janganlah engkau menjadi dari orang-orangyang lalai.’

(Al-A’raf : 205)

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 47: Jenis-jenis Zikir

516 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Dalam mengancam orang munafik, Allah s.w.t berfirman :

‘…Dan mereka pula tidak mengingati Allah, melainkansedikit sekali.’

(An-Nisa’ : 142)

Adapun dalil dari Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah :

Dari Abu Hurairah Radiallahu, katanya :

‘Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Tidakada suatu kaum yang berdiri (bersurai) dari suatu majlisyang didalamnya mereka tidak menyebut Allah, bak berdiridi atas bingkai himar, di mana mereka menjadi menyesalpada hari kiamat.’

Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya : RasulullahSallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Barangsiapa duduk ditempat duduk tanpa menyebut Allah didalamnya, maka Allahakan mengabaikannya. Dan barangsiapa berbaring dipembaringan tanpa menyebut Allah didalamnya, maka Allahakan mengabaikannya.’

Juga dari Abi Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya:Rasulullah bersabda : ‘Tidak ada kaum yang duduk di suatumajlis tanpa berzikir kepada Allah didalamnya dan tanpaberselawat atas NabiNya, kecuali Allah akan mengabaikanmereka. Kalau menghendaki, Dia menyiksa mereka. Dan kalaumenghendaki, Dia mengampuni mereka.’

Dari Mu’az bin Jabal Radiallahu‘anhu, katanya : RasulullahSallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Tidaklah bersedih parapenghuni syurga kecuali atas saat yang terlewat dari merekatanpa berzikir kepada Allah didalamnya.’

Kandungan

Page 48: Jenis-jenis Zikir

517

Sedangkan dalil dari perkataan orang-orang arif antara lain:Sahl At Tusturi berkata : ‘Aku tidak melihat maksiat yang lebihburuk daripada meninggalkan zikrullah.’

Abu Hasan Asy-Syazli berkata : ‘Di antara tanda-tanda nifaqadalah keengganan lidah untuk berzikir. Maka bertaubatlahkepada Allah dengan memudahkan lidah untuk mengucapkanzikir.’

Seolah-olah menguatkan penyebutan tentang orang-orangmunafik, Allah s.w.t. berfirman :

‘Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipudaya kepada Allah, dan Allah pula tetap membalas tipu dayamereka. Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang,mereka berdiri dengan malas. Mereka bertujuan riya’(memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia. Danmereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali.’

(An-Nisa’ : 142)

Dia melanjutkan kata-katanya : ‘Segala sesuatu memilikirintangan, dan rintangan bagi orang arif adalah terputusnyadia dari zikir. Namun seorang yang berakal hendaklah berupayamenyingkirkan kealpaan dan kelalaiannya, dan berusaha sekuattenaga mengubah kalbunya untuk berzikir kepada Tuhannya.Disebut sebagai orang Mukmin, apabila seseorang banyak-banyakberzikir kepada Allah. Lawannya adalah orang munafik, iaituorang yang berzikir kepada Allah sedikit sahaja.’

Selanjutnya dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya:Rasulullah bersabda : ‘Tidak ada kaum yang duduk di suatumajlis tanpa berzikir kepada Allah didalamnya, tanpa berselawatatas NabiNya, kecuali Allah akan mengabaikan mereka. Kalaumenghendaki, Dia menyiksa mereka. Dan kalau menghendaki,Dia mengampuni mereka.’ (Hadis riwayat Abu Daud dan At-

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 49: Jenis-jenis Zikir

518 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Tirmizi, lafaznya bagi At-Tirmizi, dan dikatakan sebagai hadishasan; dikeluarkan pula oleh Al Baihaqi dan Ibn Abid Dunya)

Dari Abi Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya :

‘Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:‘Barangsiapa duduk di tempat duduk tanpa menyebut Allahdidalamnya, maka Allah akan mengabaikannya.Barangsiapa berbaring di pembaringanya tanpa menyebutAllah didalamnya, maka Allah akan mengabaikannya. Danbarangsiapa berjalan di suatu lorong tanpa menyebut Allahdidalamnya, maka Allah akan mengabaikannya.’ (Hadisriwayat Imam Ahmad dalam Sunannya, Ibn Hibban dalamSahihnya, dan Abu Daud dalam Sunannya, dengan lafazbagi Abu Daud)

PERGERAKAN DI DALAM ZIKIRAllah berfirman :

‘(Iaitu)orang-orang yang mengingati Allah, sambil berdiriatau duduk atau dalam keadaan berbaring.’

(Ali ‘Imran : 191)

Ahli zikir tidak pernah kosong dari zikrullah yangberhubungan dengan kebersihan lahir dan terasa dalampembersihan batin.Yang dimaksudkan di sini adalah yangberkenaan dengan keumuman zikir yang tidak terikat denganwaktu dan ehwal tertentu. Dengan kata lain, tidak ada kealpaanterhadap Allah.

Kandungan

Page 50: Jenis-jenis Zikir

519

Pengkhususan ehwal yang berkenaan dengan zikir tidakmenyangkut kekhususan bacaan zikir, tetapi lebih kerana iamerupakan hal yang biasa sehingga kebanyakan manusia tidakkosong darinya.

Justeru, hamba-hamba yang ikhlas akan menyibukkan lidahmereka dengan zikrullah, menyibukkan jasmani mereka denganketaatan kepada Allah, dan menyibukkan hati mereka dengantafakkur tentang bukti-bukti keagungan Allah.

Gerakan di dalam zikir merupakan perintah yangdianjurkan, kerana hal itu menyehatkan tubuh bagi ibadah zikir,pun diperbolehkan secara syar’i. Imam Ahmad mengeluarkan didalam Musnadnya, begitu pula Al-Hafiz Al Maqdisi bersamaorang-orang yang benar, hadis dari Anas Radiallahu‘anhu,katanya :

‘Orang-orang dari Habsyah menari-menari di hadapanRasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam seraya mengatakandalam bahasa mereka : ‘Muhammad hamba yang soleh.’ LaluNabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bertanya : ‘Apa yang merekakatakan itu?’ Seseorang menjawab : ‘Sesungguhnya merekaberkata : ‘Muhammad hamba yang soleh.’ Melihat keadaanitu, Rasulullah tidak mengingkari mereka, dan mengakuihal itu.’

Telah diketahui bahawa hukum syara’ diambil dariperkataan, perbuatan, dan pengakuan Nabi Sallallahu ‘alaihiwasallam kerana Baginda mengakui perbuatan orang-orangHabsyah tersebut dan tidak mengingkarinya, nyatalah bahawahal itu boleh dilakukan.

Hadis tersebut merupakan dalil diperbolehkannyamelakukan gerakan ketika mengucapkan puji-pujian kepada

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 51: Jenis-jenis Zikir

520 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Rasulullah dan ketika berzikir. Gerakan yang dilakukan dalamkedua kesempatan tersebut tidak dinamakan tari-tarian yangdiharamkan, melainkan diperbolehkan kerana menyegarkanbadan untuk berzikir, dan membantu menghadirkan Allah didalam hati kalau didasari oleh niat yang benar. Setiap masalahbergantung kepada tujuannya dan setiap amal perbuatanbergantung kepada niatnya, sementara semua orangmemperolehi apa yang diniatkannya.

Kita akan mendengar keterangan Imam ‘Ali Radiallahu‘anhutentang sahabat-sahabat Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.Berkatalah Abu Arakah : ‘Aku melakukan solat fajar bersama‘Ali. Setelah menoleh ke arah kanannya (salam), dia duduksejenak seolah-oleh diliputi kesedihan sampai matahari naik diatas dinding setinggi tembok. Kemudian dia solat dua rakaat,lalu membalikkan tangannya dan berkata : ‘Demi Allah, akumelihat sahabat-sahabat Muhammad. Maka sekarang akumelihat bagaimana keadaan mereka, di mana mereka bangunpagi dengan wajah pucat dan tangan mereka menebal sepertikaki domba. Mereka bersujud semalam suntuk membaca ayat-ayat Allah. Bergantian tangan mereka dengan dahi mereka sertakaki mereka. Di pagi hari, mereka berzikir kepada Allah danbergerak seperti pohon pada musim angin. Juga mata merekamenjadi bengkak kerana banyak menangis, sampai pakaiannyabasah.’

Yang penting bagi kita dari perkataan Imam ‘AliRadiallahu‘anhu adalah ‘… bergerak seperti pohon pada musimangin…’ Anda akan menemui mereka bergerak dengan gerakanyang cepat, dan hal ini membatalkan perkataan yang menuduhbahawa hal ini bid’ah yang diharamkan, sekaligus menguatkandiperbolehkannya bergerak di dalam zikir secara mutlak.

Syaikh Abdul Ghani An-Nablusi telah berdalil dengan hadisini dalam salah satu risalahnya tentang seruan bergerak di dalamzikir. Katanya : ‘Jelas bahawa para sahabat melakukan gerakan-gerakan yang cepat dalam berzikir. Maka seseorang itu tidakdicela apabila bergerak atau melakukan apa saja yang tidakmendatangkan maksiat dan tidak bermaksud untuk maksiatseperti apa yang telah disebutkan.’

Kandungan

Page 52: Jenis-jenis Zikir

521

Hanya, ada sekelompok orang termasuk golongan sufiyahyang merosakkan keindahan halaqah zikir dengan melakukanperbuatan mungkar yang diharamkan oleh syariat. Contohnya,menggunakan alat-alat muzik yang terlarang, sehingga tidakboleh lagi menjadi wasilah menambah keteguhan iman,menambah ketinggian di dalam masyarakat, dan mendatangkanketenangan jiwa. Orang-orang yang menyedari hal itu bolehmembezakan antara golongan sufiyah yang lurus, yang berjalandi atas petunjuk Rasulullah yang agung; dengan golongan yangpalsu, yang merosak citra dan mengotori hukum Allah dalamzikir. Yang utama di antara mereka adalah Ibn ‘Aidin di dalamrisalahnya, Syifa’ul ‘Alil, di mana dia menjelaskan tentangkepalsuan yang terjadi di antara golongan sufiyah. Katanya :‘Tidak ada yang perlu kita katakan kecuali kejujuran dari parapemimpin golongan sufiyah yang bersih dari semua hal yang hina.Seorang Imam yang sederhana, iaitu Sayyidina Al Junaid, telahditanya tentang orang-orang yang berlenggang-lenggok itu, laludia berkata : ‘Biarkanlah mereka bergembira dengan Allah,mereka adalah orang-orang yang merentasi jalan hati-hatimereka, merobek apa yang ada di hati mereka, kemudian merasajemu. Maka tidak mengapa bila mereka bernafas untukmengubati kejemuan mereka. Seandainya anda merasakan apayang mereka rasakan, nescaya anda tidak akan mencela.’

Keizinan tentang hal itu merupakan rukhsah ketika orang-orang arif berzikir dan mendengarkan zikir. Orang-orang arifyang menggunakan waktunya untuk melakukan perbuatan baikyang boleh membawa kebaikan bagi jiwa mereka, dan menahandiri dari keadaan-keadaan yang buruk, tidak mahu mendengarkecuali dari Allah dan tidak rindu kecuali kepada Allah.

Kalau ingat kepada Allah, mereka berseru. Ketika bersyukur,mereka menangis. Sewaktu bertemu Allah, mereka berseru.Tatkala menyaksikan Allah, mereka beristirehat. Dan apabilamereka diminta datang ke majlis taqarrub, mereka segeraberangkat.

Maka ada di antara mereka yang diliputi sentuhan Ilahiyah,kemudian jatuh pengsan. Ada di antara mereka yang terkenapancaran kelembutan Allah, lalu bangkit dan memanjatkan

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 53: Jenis-jenis Zikir

522 Hakikat Tawassul dan Wasilah

permohonan. Dan ada di antara mereka yang menemui kelazatandari taqarrub yang mereka cari, sampai mereka mabuk danhilang kesedarannya.

Dikatakan pula : ‘Dan tidak ada yang perlu kita katakantentang orang-orang yang telah terasa kecondongan mereka danyang telah mereka temui pada diri mereka kerinduan kepada zatRaja Diraja Yang Maha Mengetahui. Yang perlu kita bahasadalah persoalan mereka yang awam dan dianggap fasik olehmasyarakat pada umumnya.’

Oleh sebab itu, kita melihat Ibnu ‘Abidin Radiallahu‘anhumemperbolehkan kita bergerak dalam berzikir. Fatwanyatentang hal itu adalah ja’iz. Adapun nas-nas larangan disertakandi dalam catatannya yang masyhur tentang tiga kemungkaranyang kadangkala menyertai orang yang berzikir, iaitu hal-halyang mengandungi lahwun dan ghina’, memukul-mukul dengantongkat, dan mencampuradukkan kebathilan dengan kebaikan,sehingga menurunkan makna atau kemurnian mereka, dan tidakada yang tersisa kecuali hal itu.

Ada orang-orang yang menolak untuk berpegang kepadakata-kata Ibnu ‘Abidin hanya kerana mereka tidak memahamirisalahnya yang memisahkan antara sufiyah yang jujur dan yangpalsu. Sementara itu, orang-orang yang arif beserta para pengikutmereka boleh memahaminya. Maka perhatikanlah dua sumberini, nescaya anda akan mendapat penjelasan yang benar.

Tak diragukan lagi bahawa kegembiraan itu memaksakemahuan dan penampilan dari yang lain agar menjadikegembiraan yang hakiki. Tidak ada yang perlu dipertikaikandidalamnya apabila niatnya benar. Kerana hal itu diperbolehkansecara syar’i dan tidak ada kesulitan didalamnya, sebagaimananas-nasnya diutarakan oleh para fuqaha, maka kegembiraan itumerupakan hal yang utama. Apa yang dilakukan oleh golongansufiyah beserta kegembiraan mereka hanyalah meniru apa yangberlaku diantara para sahabat Rasulullah.

Al-Alusi di dalam Tafsirnya tentang firman Allah : ‘(iaitu)orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk ataudalam keadaan berbaring.’ (Ali Imran: 191) mengetengahkan cerita

Kandungan

Page 54: Jenis-jenis Zikir

523

yang dibawa oleh Ibn ‘Umar Radiallahu‘anhu, ‘Urwah bin ZubairRadiallahu‘anhu, dan kumpulan para sahabat, bahawa pada hariraya, mereka pergi ke tempat solat, lalu berzikir kepada Allah.Sebahagian dari mereka berkata : ‘…mengingat Allah sambilberdiri atau duduk.’ Kemudian mereka berdiri berzikir kepadaAllah di atas kaki-kaki mereka. Tujuan mereka adalah mencaribarakah dengan cara yang sesuai dengan ayat.

Dari apa yang dijelaskan di atas difahami bahawa gerakandi dalam zikir diperbolehkan dalam syariat ini, sebab perintahzikir meliputi segala kesempatan. Jadi, kita boleh berzikir kepadaAllah dengan duduk atau berdiri, dengan berhenti atau berjalan,dengan bergerak atau diam. Maka para sahabat pun berdiriuntuk memenuhi perintah Allah dalam ayat di atas.

Justeru, orang yang mengharamkan atau membenci gerakandidalam zikir perlu diminta dalil tentang hal itu, kerana iamengkhususkan beberapa hal yang mutlak, tanpa menggunakansebahagian dari hukum yang bersifat khusus.

Pada dasarnya, tujuan seorang Muslim ketika memasukihalaqah zikir adalah untuk menegakkan zikir. Gerakan di dalamzikir bukan merupakan syarat, melainkan menjadi wasilahdalam ibadah ini kalau didasari oleh niat yang benar.

Zikir Dan Hikmah Disyariatkan...

Kandungan

Page 55: Jenis-jenis Zikir

524 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Allah s.w.t. berfirman :

Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlahnama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya; Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktupagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepada kamu- dan malaikat-malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untukmengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat)kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat)...’

(Al-Ahzab : 41-43)

‘Dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut namaAllah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi merekasemuanya keampunan dan pahala yang besar.’

(Al-Ahzab : 35)

KEUTAMAAN DANBUAH ZIKIR

524

FASAL 2

Kandungan

Page 56: Jenis-jenis Zikir

525

‘…Dan sebutlah serta ingatilah Allah banyak-banyak, supayakamu berjaya (mencapai kemenangan).’

(Al-Anfal : 45)

Ayat-ayat suci yang menunjukkan kurnia zikir dan doronganuntuk melakukannya sangat banyak di dalam Al-Qur’anul Karim.Adapun tentang kurnia zikir dan buah-buahnya, di dalam SunnahNabawiyah yang suci telah tertera hadis-hadis yang sahih yangmengambil dasar dari Rasulullah. Bahkan orang- orang solehsebelum kita sampai menerangkan nas-nas tersebut di bab-babyang khusus di dalam kitab-kitab mereka yang mu’tamad.

Diantara hadis-hadis tersebut adalah dari Abu Hurairah r.a.,katanya :

‘Rasulullah bersabda : ‘Dua kalimat yang ringan bagi lidahtetapi berat timbangannya serta disukai oleh Ar-Rahmanadalah : ‘Subhanallahi wabihamdihi, Subhanallahil ‘azhim.’(Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya, Maha Suci AllahYang Maha Agung)’

Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya :

‘Rasulullah bersabda : ‘Sesungguhnya aku berkata bahawakalimat : ‘Subhanallah, wal hamdulillah, wa Laa IlaahaIllallah, wallahu akbar’ (Maha Suci Allah, dan segala pujiadalah bagi Allah, dan tidak ada Tuhan kecuali Allah, danAllah Maha Besar) itu lebih kusukai daripada apa yang

Keutamaan Dan Buah Zikir

Kandungan

Page 57: Jenis-jenis Zikir

526 Hakikat Tawassul dan Wasilah

dibawa oleh matahari terbit.’ (Hadis riwayat Bukhari danMuslim dalam Sahih mereka).

Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya :

‘Rasulullah bersabda : ‘Barangsiapa mengatakan : ‘LaaIlaaha Illallahu, wahdahu laa syarika lahu, lahul mulkuwa lahul hamdu, wa huwa’ala kulli syai’in qadir,’ (Tidakada Tuhan kecuali Allah yang Esa dan tidak ada sekutubagiNya, bagiNyalah seluruh kerajaan dan bagiNya pulasegala puji, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu) dalamsehari seratus kali, maka dia laksana membebaskan sepuluhorang budak, dituliskan baginya seratus kebajikan, dandihapuskan darinya seratus keburukan. Dan terbentukperisai (terjaga) baginya dari syaitan pada hari itu sampaipetangnya. Tidak ada yang lebih baik darinya kecualiseseorang yang beramal lebih banyak darinya.’ (Hadisriwayat. Imam Muslim dalam Sahihnya)

Dikatakan pula: ‘Barangsiapa membaca : ‘Subhanallah,wabihamdihi’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya) dalamsehari seratus kali, nescaya akan terangkat kesalahannyawalaupun sebanyak buih lautan.’ (Muttafaqun’alaih)

Dari Abu Ayyub Al Ansari Radiallahu‘anhu, Nabi Sallallahu‘alaihi wasallam bersabda : ‘Barangsiapa mengatakan : ‘LaaIlaaha Illallahu, wahdahu laa syarika lahu, lahul mulku walahul hamdu, wa huwa ‘ala kulli syai’in qadir,’ (Tidak ada Tuhankecuali Allah yang Esa dan tidak ada sekutu bagiNya, bagiNyaseluruh kerajaan dan bagiNya pula segala puji dan Dia Maha

Kandungan

Page 58: Jenis-jenis Zikir

527

Kuasa atas segala sesuatu) sepuluh kali, maka seperti seseorangyang membebaskan 4 orang hamba dari anak-anak Ismail.’(Muttafaqun’alaih)

Dari Abu Zar Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah bersabdakepadaku : ‘Sukakah kuberitahukan kepadamu perkataan yangpaling disukai oleh Allah? Sesungguhnya perkataan yangpaling disukai Allah adalah : ‘Subhanallah, wa bihamdihi’ (MahaSuci Allah, dan segala puji bagiNya).’ (Hadis riwayat ImamMuslim di dalam Sahihnya)

Abu Malik Al-Asy’ari Radiallahu‘anhu berkata : Rasulullahbersabda : ‘Kebersihan adalah separuh dari iman, ‘Subhanallah’(Segala puji bagi Allah) memenuhi neraca, dan ‘Subhanallahwal hamdulillah’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah)memenuhi antara langit dan bumi.’

Dari Sa’ad bin Abi Waqqas Radiallahu‘anhu, katanya :Seorang Badwi datang kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihiwasallam dan berkata : ‘Ajarkanlah kepadaku sebuah kalimatyang akan selalu kuucapkan.’ Maka dikatakan : ‘Katakanlah :‘Laa Ilaaha Illallahu, wahdahu laa syarika lahu, Allahu Akbarkabiran, wal hamdu lillahi kasiran, wa Subhanallahi Rabbil‘Alamin, wa laa haula wa laa quwwata ill billahil ‘Azizil Hakim(Tidak ada Tuhan kecuali Allah Yang Esa dan tidak ada sekutubagiNya, Allah Maha Besar lagi sempurna KebesaranNya, segalapuji yang banyak bagiNya, Maha Suci Allah Tuhan AlamSemesta, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali denganpertolongan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana).’

Orang itu berkata : ‘Itu semua adalah untuk Tuhanku, laluapa yang diperuntukkan bagiku?’ Baginda menjawab:‘Allahummaghfirli, warhamni, wahdini, warzuqni’ ( Ya Allah,ampunilah aku, kasihanilah aku, berilah petunjuk kepadaku, danberilah aku rezeki).’ (Hadis riwayat Muslim)

Dari Thauban Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Rasulullahapabila selesai solat beristighfar tiga kali lalu berkata:‘Allahumma antas salam, wa minkas salam, tabarakta ya ZalJalali wal Ikram’ (Ya Allah, Engkaulah Pemilik Keselamatan,dan dariMulah datangnya keselamatan, dariMulah datangnyaberkah, wahai Zat Pemilik Segala Keagungan dan Kemuliaan).’

Keutamaan Dan Buah Zikir

Kandungan

Page 59: Jenis-jenis Zikir

528 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Dikatakan kepada Al Auza’i Radiallahu‘anhu, dia adalahseorang perawi hadis : ‘Bagaimana bacaan istighfar itu?’ Diamenjawab : ‘Astaghfirullah (Aku mohon ampun kepada Allah)…Astaghfirullah (Aku mohon ampun kepada Allah)…’(Muttafaqun’alaih)

Dari Al Mughirah bin Syu’bah Radiallahu‘anhu:‘Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila selesai solat berkata :‘Laa Ilaaha Illallahu, wahdahu laa syarika lahu, lahul mulkuwa lahul hamdu, wa huwa’ala kulli syai’in qadir. Allahummalaa mani’a limaa a’thait, wa laa mu’thiya lima mana’ta, wa laayanfa’u Zal Jaddi minkal Jadd’ (Tidak ada Tuhan kecuali Allahyang Esa dan tidak ada sekutu bagiNya, bagiNyalah seluruhkerajaan dan bagiNya pula segalapuji, dan Dia Maha Kuasaatas segala sesuatu. Ya Allah, tidak ada yang dapat menolakpemberianMu, tidak ada yang dapat memberi apa yang Kau tolak,dan tidak berguna kekayaan seseorang -bila digunakan untukmengelakkan hukum Allah- sebab kekayaan itu dari Allah).’(Hadis riwayat Muslim)

Dari ‘Abdullah bin Zubair Radiallahu‘anhu, katanya :‘Sesungguhnya Rasulullah setiap kali selesai solat danmengucapkan salam, berkata : ‘Laa Ilaha Illallahu, wahdahulaa syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa ’alakulli syai’in qadir. Laa haula wa laa quwwata illa billah. LaaIlaaha Illallah, wa laa na’budu illa iyyahu, lahun ni’matu walfadhlu, lahuth thanaul hasan. Laa Ilaaha Illallahu mukhlisinalahud diin, walau karihal kafirun’ (Tidak ada Tuhan kecualiAllah yang Esa dan tidak ada sekutu bagiNya, bagiNyalahseluruh kerjaan dan bagiNya pula segala puji, dan Dia MahaKuasa atas segala sesuatu, tidak ada daya dan kekuatan kecualidengan pertolongan Allah. Tidak ada Tuhan kecuali Allah, dankami tidak menyembah kecuali kepadaNya, bagiNyalah semuanikmat dan kurnia, bagiNyalah pujian yang baik. Tidak adaTuhan kecuali Allah, dan kami ikhlas beragama kepadaNya,meskipun orang-orang kafir membencinya).’

Berkatalah Ibnu Zubair : ‘Demikianlah Rasulullah Sallallahu‘alaihi wasallam bertahlil setiap selesai solat.’

Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya: ‘Aku bertanya:‘Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling senang dengan

Kandungan

Page 60: Jenis-jenis Zikir

529

syafaat anda pada hari kiamat?’ Rasulullah Sallallahu ‘alaihiwasallam menjawab : Kukira, hai Abu Hurairah, pertanyaanini tidak datang dari seseorang sebelum engkau, sebab akumengamati perhatianmu terhadap hadis-hadis. Orang yangpaling senang dengan syafaatku pada hari kiamat adalah orangyang mengucapkan : ‘Laa Ilaaha Illallah’ dengan ikhlas dari hati(atau dirinya).’ (Hadis riwayat Bukhari di dalam Sahihnya)

Dari ‘Ubadah bin Al-Samit Radiallahu‘anhu, katanya:Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Barangsiapa bersaksibahawa tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tidak adasekutu bagiNya; dan bahawa Muhammad adalah hamba danRasulNya; dan bahawa Isa adalah hamba dan RasulNya, sertakalimatNya yang diletakkan pada diri Maryam, dan roh dariNya;dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar; maka Allahakan memasukkannya ke dalam syurga atas segala amal.’ (Hadisriwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Anas Radiallahu‘anhu : Nabi Sallallahu ‘alaihiwasallam dan Mu’az membonceng di atas unta. Nabi Sallallahu‘alaihi wasallam berkata : ‘Wahai Mu’az bin Jabal!’ Diamenjawab : ‘Labbaik, ya Rasulullah, wasa’daik,’ tiga kali. NabiSallallahu ‘alaihi wasallam berkata : ‘Setiap orang yang bersaksibahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad adalahRasulullah dengan yakin dari hatinya, dia akan diharamkanoleh Allah dari api neraka.’ Berkatalah Mu’az : ‘WahaiRasulullah, bolehkah aku memberitahukannya kepada orang-orang agar merasa tenang dan gembira?’ Rasulullah menjawab: ‘Kalau begitu, nanti semua orang akan menggantungkan diripada hal itu dan tidak mahu beramal.’ Mu’az memberitahu halini setelah Rasulullah wafat dengan melanggar laranganBaginda.’ (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Zaid bin Arqam Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullahbersabda : ‘Barangsiapa mengucapkan : ‘Laa Ilaaha Illallah’dengan ikhlas, maka dia masuk syurga.’ Ditanyakan :‘Bagaimana yang dimaksudkan dengan ikhlas?’ Bagindamenjawab : ‘Dia menjauhkan diri dari hal-hal yang diharamkanAllah.’ (Hadis riwayat Ath Thabrani di dalam Mu’jamul Ausathwal Kabir)

Keutamaan Dan Buah Zikir

Kandungan

Page 61: Jenis-jenis Zikir

530 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Dari Rifa’ah Al-Juhani Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Kamimenyertai Rasulullah, dan ketika tiba di Al Kadid atau Ta’did,Baginda bertahmid dan berkata : ‘Bagus!’ Kemudian melanjutkan:‘Aku bersaksi di hadapan Allah bahawa tidak akan mati hambayang bersaksi : ‘Laa Ilaaha Illallah wa Anni Rasulullah’ (TiadaTuhan selain Allah dan aku adalah Rasulullah) dengan jujurdari hatinya lalu menguatkannya kecuali dia masuk syurga.’(Hadis riwayat Imam Ahmad).

Dari Abu Sa’id Al Khudri Radiallahu‘anhu, katanya : NabiSallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Musa ‘alaihissalamberkata : “Ya Rabbi, ajarkanlah kepadaku sesuatu untukku agaraku tetap menyebut dan memanggilMu dengan hal itu.’ Allahmenjawab : ‘Katakanlah : ‘Laa Ilaaha Illallah.’ Musa berkata :‘Ya Rabbi, semua hambaMu mengatakan hal itu.’ Allahmenjawab : ‘Katakanlah : ‘Laa Ilaaha Illallah.’ Kata Musa :‘Sesungguhnya aku menghendaki sesuatu yang khusus bagidiriku.’ Jawab Allah : ‘Wahai Musa, seandainya langit dan bumiyang tujuh lapis ini diletakkan di satu sisi, sedangkan ‘Laa IlaahaIllallah’ diletak di sisi yang lain, nescaya akan lebih berat ‘LaaIlaaha Illallah.’ (Hadis riwayat An Nasa’i dan Ibn Hibban didalam Sahih mereka dan Al Hakim. Dikatakan bahawasanadnya hasan).

Dari Ya’la bin Syidad, katanya : Ayahku, Syidad bin ‘Ausbercerita, sementara ‘Ubadah bin As-Shamit hadir danmembenarkannya. Dia berkata : ‘Kami sedang menyertai NabiSallallahu ‘alaihi wasallam, lalu Baginda bertanya : ‘Adakah diantara kalian orang asing?’ (maksudnya adalah Ahli Kitab).Dijawab : ‘Tidak ada, ya Rasulullah.’ Maka Baginda menyuruhmengunci pintu dan bersabda : ‘Angkatlah tangan kalian danucapkan : ‘Laa Ilaaha Illallah.’ Maka kami mengangkat tangansesaat, lalu Baginda berkata : ‘Alhamdulillah! Ya Allah,sesungguhnya Engkau mengutusku dengan kalimat ini danmemerintahkanku dengannya. Engkau menjanjikan atas (yangmembaca)nya syurga dan Engkau tidaklah mengingkari janji.’Selanjutnya Baginda berkata : ‘Bergembiralah! SesungguhnyaAllah telah mengampuni kalian.’ (Hadis riwayat Imam Ahmaddengan sanad hasan, juga Ath-Thabrani dan lain-lain)

Kandungan

Page 62: Jenis-jenis Zikir

531

Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya :

Rasulullah bersabda : ‘Perbaharuilah iman kalian.’ Merekabertanya : ‘Wahai Rasulullah, bagaimana cara memper-baharui iman kami?’ Baginda menjawab : ‘Banyak-banyaklah mengucapkan ‘Laa Ilaaha Illallah.’ (Hadis riwayatImam Ahmad dan Ath-Thabrani dengan sanad hasan)

Dari Ibnu ‘Umar Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullahbersabda : ‘Bukan ahli ‘Laa Ilaaha Illallah’, orang yang kesepiandi kuburnya dan pada saat kebangkitannya. Seolah-olah akumelihat ahli ‘Laa Ilaaha Illallah’ sementara mereka mengusaptanah dari rambut-rambut mereka dan berkata : ‘Segala puji bagiAllah Yang telah menghilangkan duka cita dari kami.’ (Faathir: 34)’ (Hadis riwayat Ath-Thabrani dan Al Baihaqi)

Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin As Radiallahu‘anhu, katanya:Rasulullah bersabda : ‘Sesungguhnya Allah memilih seorang dariumatku untuk menjadi saksi makhluk-makhluk pada harikiamat. Kemudian dibukalah 99 catatan, yang setiap catatanterbentang sepanjang penglihatan. Kemudian Allah bertanya :‘Adakah ini sesuatu yang kau ingkari? Apakah engkau dizalimioleh pencatatKu dengan catatan-catatan ini?’ Dia menjawab :‘Tidak, Tuhanku.’ Allah bertanya : ‘Apakah engkau hendakmengemukakan alasan?’ Jawabnya : ‘Tidak, Tuhanku.’ Allahberkata : ‘Benar, di sisiKu engkau memiliki kebaikan, dan tidakakan ada kezaliman atas dirimu pada hari ini.’ Lalu keluarlahselembar catatan yang berisi tulisan : ‘Asyhadu an Laa IlaahaIllallah, wa Asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluhu.’Allah berfirman : ‘Bawalah ini ke neraca.’ Dia menjawab : ‘WahaiTuhanku, selembar catatan ini ditimbang dengan seluruh catatanlainnya?’ Allah menjawab : ‘Sesungguhnya engkau tidakdizalimi.’ Lalu diletakkan selembar catatan itu di salah satu sisineraca, sedangkan catatan lainnya sepanjang penglihatan itudiletak di sisi yang lain. Ternyata catatan-catatan yang banyak

Keutamaan Dan Buah Zikir

Kandungan

Page 63: Jenis-jenis Zikir

532 Hakikat Tawassul dan Wasilah

itu menaik, sedangkan selembar catatan itu memberat. Makatidak ada sesuatu yang mampu menyaingi nama Allah.’ (Hadisriwayat At-Tirmizi, dan dikatakan sebagai hadis hasan, dan IbnMajah, Ibn Hibban didalam Sahih mereka, serta Al-Baihaqi danAl-Hakim, dan dikatakan sahih atas syarah Muslim)

Dari Abu Ayyub Radiallahu‘anhu, katanya : Nabi Sallallahu‘alaihi wasallam bersabda : ‘Barangsiapa mengucapkan : ‘LaaIlaaha Illallahu, wahdahu laa syarika lahu, lahul mulku walahul hamdu, wa huwa ‘ala kulli syai’in qadir.’ (Tidak ada Tuhankecuali Allah yang Esa dan tidak ada sekutu bagiNya, bagiNyalahseluruh kerajaan dan bagiNya pula segala puji, dan Dia MahaKuasa atas segala sesuatu), maka serupa dengan keadilan yangbebas atau yang dibebaskan.’ (Hadis riwayat Ath-Thabrani danrawi-rawinya menguatkan dan boleh dipercayai)

Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Orang-orang fakir dari golongan Muhajirin mendatangi Rasulullah danberkata : ‘Orang-orang kaya telah memperolehi darjat yang tinggidan kenikmatan yang abadi. Mereka solat sebagaimana kamisolat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa, tetapi merekamempunyai kelebihan harta, sehingga boleh melakukan haji,‘umrah, jihad, dan bersedekah.’ Rasulullah bersabda : ‘Mahukahkalian kuajari sesuatu yang dengannya kalian boleh menyusulorang-orang sebelum kalian dan mendahului orang-orang setelahkalian, dan tidak menjadi satu yang terbaik dari kalian, hasilseperti apa yang mereka hasilkan?’ Mereka menjawab : ‘Tentu,ya Rasulullah.’ Rasulullah bersabda : ‘Bertasbih, bertahmid, danbertakbirlah setiap selesai solat tiga puluh tiga kali.’

Abu Salih, rawi dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, ketikaditanya bagaimana cara berzikir, dia menjawab : ‘Subhanallah,walhamdulillah, wallahu akbar’ masing-masing tiga puluh tigakali.’ (Muttafaq’alaih)

Imam Muslim menambahkan di dalam Sahihnya: ‘Kemudiandia pulang dan membacakan sabda Rasulullah kepada golonganMuhajirin itu. Mereka berkata : ‘Saudara-saudara kita orang-orang kaya telah mendengar, lalu melakukan seperti apa yangkita lakukan.’ Rasulullah bersabda : ‘Itu adalah kurnia dariAllah yang diberikan kepada setiap orang yang Dia kehendaki.’

Kandungan

Page 64: Jenis-jenis Zikir

533

Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya :

Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Barangsiapa setiap kali selesaisolat bertasbih 33 kali, bertahmid 33 kali, dan bertakbir 33kali, dan berkata untuk menyempurnakan hitungan keseratus dengan : ‘Laa Ilaaha Illallahu, wahdahu laa syarikalahu, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa ‘ala kulli syai’inqadir’ (Tidak ada Tuhan kecuali Allah, Yang Esa tidak adasekutu bagiNya, bagiNyalah semua kerajaan dan bagiNyapula segala puji, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu),maka akan diberi ampunan atas dosa-dosanya walaupunsebanyak buih lautan.’

Dari Ka’ab bin Ajrah Radiallahu‘anhu, dari Rasulullah s.a.w.:

Baginda s.a.w. berkata : ‘Penyebab tidak disia-siakannyaorang yang menyebut atau mengerjakan pada akhir solatmaktubah adalah 33 tasbih, 33 tahmid, dan 33 takbir.’ (Hadisriwayat Imam Muslim)

Dari Sa’ad bin Abi Waqqas Radiallahu‘anhu : ‘BahawaRasulullah apabila telah selesai solat selalu memintaperlindungan dengan kalimat ini : ‘Allahumma inni a’uzu bikaminal jubni wal bukhli, wa a’uzu bika min an uradda ila arzalil‘umri, wa a’uzu bika min fitnatid dunya, wa a’zu bika min fitnatil

Keutamaan Dan Buah Zikir

Kandungan

Page 65: Jenis-jenis Zikir

534 Hakikat Tawassul dan Wasilah

qubri’ (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rasa takut dankikir, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan kepadaseburuk-buruk urusan, aku berlindung kepadaMu dari fitnahdunia, dan aku berlindung kepadaMu dari fitnah kubur).’ (Hadisriwayat Bukhari di dalam Sahihnya)

Dari Mu’az Radiallahu‘anhu, katanya :

‘Rasulullah telah menarik tanganku dan bersabda : ‘WahaiMu’az, demi Allah aku mencintaimu.’ Baginda melanjutkan:‘Maka kuwasiatkan kepadamu, jangan kau tinggalkan padasetiap kali selesai solat, membaca : ‘Allahumma a’inni ‘alazikrika wa syukrika wa husni ’ibadatika’ (Ya Allah, tolonglahaku untuk berzikir kepadaMu, bersyukur kepadaMu, danmenyempurnakan ibadah kepadaMu).’ (Hadis riwayat AbuDaud di dalam Sunannya dengan sanad sahih).

Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya :

Rasulullah bersabda : ‘Apabila seorang dari kalianbertasyahhud, maka hendaklah berlindung kepada Allah dariempat perkara.’ Lalu berkata : ‘Allahumma inni a’uzu bika minazabi Jahannami, wa min azabil qobri, wa min fitnatil mahyawal mamat, wa min syarri fitnatil masihud dajjal’ (Ya Allah.sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksa Jahannam,dari seksa kubur, dari fitnah dunia, dan dari fitnah akhirat, dandari kejahatan fitnah dajjal.’ (Hadis riwayat Imam Muslim)

Dari ‘Ali bin Abi Thalib Radiallahu‘anhu, katanya:‘Rasulullah apabila berdiri untuk melaksanakan solat,menjadikan akhir ucapannya antara tasyahhud dan salam:‘Allahummaghfirli maa qaddamtu, wa maa akhartu, wa maaa’lantu, wa maa asrartu, wa maa anta a’lamu bihi minni, antalmuqaddimu, wa antal muakhkhiru, Laa Ilaaha Illa Anta’ (YaAllah, ampunilah dosaku yang telah lalu, dosaku yang akan

Kandungan

Page 66: Jenis-jenis Zikir

535

datang, dosa yang kutampakkan, dosa yang kusembunyikan, dandosaku yang hanya Engkau yang mengetahuinya. Engkau tidakberawal, Engkau tidak berakhir, tidak ada Tuhan kecualiEngkau.’ (Hadis riwayat Imam Muslim)

Dari ‘Aisyah Radiallahu‘anha, katanya : ‘RasulullahSallallahu ‘alaihi wasallam mengucapkan di dalam ruku’ dansujudnya : ‘Subhanakallahumma Rabbana wa bihamdika,Allahummaghfirli’ (Maha Suci Engkau, ya Allah Tuhan kami,dan dengan memuji terhadapMu, ya Allah, ampunilah aku).’(Hadis riwayat Imam Muslim)

Dari ‘Aisyah Radiallahu‘anha, katanya : ‘Rasulullah s.a.w.mengucapkan di dalam ruku’ dan sujudnya : ‘Subbuhu quddusunRabbul Malaa’ikati war Ruh’ (Maha Suci Tuhan para malaikatdan Jibril).’ (Muttafaqun’alaih)

Dari Ibn ‘Abbas Radiallahu‘anhu: Bahawa Rasulullahbersabda : ‘Apabila kalian ruku’, maka agungkanlah didalamnyaTuhan, dan apabila kalian bersujud, maka berijtihadlah dalamberdoa, adakalanya Allah mengabulkan kalian.’ (Hadis riwayatImam Muslim)

Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya : BahawaRasulullah bersabda : ‘Seorang hamba berada paling dekatdengan Tuhannya apabila dia bersujud. Maka di dalam sujuditu, perbanyakkanlah doa.’ (Hadis riwayat Imam Muslim)

Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu : Bahawa Rasulullahmengucapkan di dalam sujudnya : ‘Allahummaghfirli zanbikullihi daqqihi, wa jallihi, wa awwalihi, wa akhirihi, wa ’alaniyatihi, wa sirrihi’ (Ya Allah, ampunkanlah bagiku dosa-dosakuseluruhnya, yang kecil mahupun yang besar, yang dahulumahupun yang kemudian, yang diniatkan, dan yangtersembunyi).’ (Hadis riwayat Imam Muslim)

Dari Aisyah Radiallahu‘anha, katanya : ‘Aku kehilangan NabiSallallahu ‘alaihi wasallam pada suatu malam, maka akumencarinya dan menemui Baginda sedang ruku’ -atau sujud- danmembaca : ‘Subhanakallahumma wa bihamdika, Laa Ilaaha IllaAnta’ (Maha Suci Engkau, ya Allah, dan segala puji bagiMu, tidakada Tuhan kecuali Engkau).’

Keutamaan Dan Buah Zikir

Kandungan

Page 67: Jenis-jenis Zikir

536 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Di dalam riwayat : Kemudian tanganku menyentuh perutBaginda di arah kaki, sementara Baginda sedang bersujud danmengucapkan :

‘Allahumma inni a’uzu biridhaka min sakhathika, wabimu’afatika min ‘uqubatika, wa a’uzu bika minka, laa uhshithana-an ‘alaika, anta kama athnaitu ‘ala nafsika’ (Ya Allah,aku berlindung kepada ridhaMu dari murkaMu, dan kepadamaafMu dari hukumanMu, dan berlindung kepadaMu daridiriMu. Tidaklah sanggup aku menghitung puji-pujianbagiMu sebagaimana Engkau memuji-muji diriMu).’ (Hadisriwayat Muslim)

Dari Sa’ad bin Abi Waqqas Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Kamiberada di sisi Rasulullah, kemudian Baginda bertanya :‘Tidakkah seorang dari kalian ingin mendapatkan seribukebaikan setiap hari?’ Maka seseorang bertanya : ‘Bagaimanacara mendapatkan seribu kebaikan?’ Baginda menjawab :‘Bertasbihlah seratus kali, nescaya akan ditulis sebagai seribukebaikan atau dihapuskan seribu kesalahan.’ (Hadis riwayatMuslim)

Dari Abu Zar Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah s.a.w.bersabda : ‘Setiap jari-jari seorang dari kalian adalah sedekah,setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah,mencegah kemungkaran adalah sedekah, dan bahagian dari halitu adalah dua rakaat yang ditegakkan pada waktu dhuha.’(Hadis riwayat Muslim)

Dari Ummul Mu’minin, Juwairiyah binti Al HarithRadiallahu‘anha :

‘Bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam keluar darirumahnya pagi-pagi setelah solat subuh, sementara dia beradadi tempat sujudnya, sampai Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam

Kandungan

Page 68: Jenis-jenis Zikir

537

kembali pada waktu dhuha, sedangkan dia masih duduk ditempatnya. Baginda bertanya : ‘Apakah engkau dalam keadaanseperti ini sejak kutinggalkan tadi?’ Dia menjawab : ‘Ya.’ LaluNabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Telah kubacasepeninggalanmu tadi empat kalimat berulang tiga kali yangkalau ditimbang dengan yang kau baca sejak pagi tadi nescayalebih berat, iaitu : ‘Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi,wa ridhaka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi’(Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilanganmakhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan seberat ‘ArasyNya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (Hadis riwayat Muslim)

Di dalam riwayat lain, juga dari Imam Muslim, dikatakan:‘Subhanallahi ‘adada khalqihi, Subhanallahi ridha-a nafsihi,Subhanallahi ziinata ‘Arsyihi, Subhanallahu midada kalimatihi’(Maha Suci Allah sebanyak bilangan makhlukNya, Maha SuciAllah sebesar ridha diriNya, Maha Suci Allah seberat ‘ArasyNya,Maha Suci Allah sebanyak hitungan kalimatNya).’

Didalam riwayat At-Tirmizi dikatakan : ‘Mahukah kuajarkankepadamu kalimat untuk diucapkan? : ‘Subhanallahi adadakhalqihi (tiga kali), Subhanallahi ridha-a nafsihi (tiga kali),Subhanallahi ziinata ‘Arsyihi (tiga kali), Subhanallahi midadakalimatihi (tiga kali).’ (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Dari Abu Musa Al-Asy’ari Radiallahu‘anhu, katanya:Rasulullah bersabda :

‘Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya danyang tidak berzikir kepadaNya adalah seperti orang yanghidup dengan yang mati.’ (Hadis riwayat Al Bukhari didalam Sahihnya)

Di dalam riwayat Imam Muslim : ‘Perumpamaan rumah yangtidak digunakan untuk berzikir kepada Allah didalamnya adalahseperti hidup dan mati.’ (Hadis riwayat Muslim di Sahihnya)

Keutamaan Dan Buah Zikir

Kandungan

Page 69: Jenis-jenis Zikir

538 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Dari Jabir Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Aku mendengarRasulullah bersabda : ‘Zikir yang paling utama adalah ‘LaaIlaaha Illallah.’ (Hadis riwayat At-Tirmizi, dikatakan sebagaihadis hasan)

Dari ‘Abdullah bin Bisr Radiallahu‘anhu : Bahawa seseorangberkata : ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya syari’at Islamsebahagian besar telah kuketahui, maka mahukah andamemberitahu aku tentang sesuatu yang boleh kujadikanpegangan?’ Rasulullah menjawab : ‘Jangan menjauhkan lisanmudari zikir kepada Allah.’ (Hadis riwayat At-Tirmizi, dikatakansebagai hadis hasan)

Dari Jabir Radiallahu‘anhu, dari Rasulullah s.a.w. : Bagindabersabda : ‘Barangsiapa mengucapkan ‘Subhanallahi wabihamdihi,’ maka ditanamkan baginya pohon kurma di syurga.’(Hadis riwayat At-Tirmizi, dikatakan sebagai hadis hasan).

Dari Ibnu Mas’ud Radiallahu‘anhu, katanya : RasulullahSallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Aku bertemu dengan‘Ibrahim a.s. pada malam Isra’, lalu dia berkata : ‘Sampaikanlahsalamku kepada umatmu, dan katakan kepada mereka, bahawasyurga itu indah tempatnya, sejuk airnya, dan di sana terdapattelaga yang tanamannya adalah : ‘Subhanallah, wal hamdulillah, wa Laa Ilaaha Illallah, wallahu akhbar.’ (Hadis riwayatAt-Tirmizi, dikatakan sebagai hadis hasan)

Dari Abu Darda’ Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullahbersabda : ‘Sukakah kuberitahukan kepada kalian tentang sebaik-baik amal kalian yang paling mulia di hadapan Tuhan kalian,yang dapat meninggikan darjat kalian lebih baik bagi kaliandaripada mendermakan emas dan perak, dan lebih baik bagikalian daripada jihad menghadapi musuh, kemudian salingmemancung leher?’ Mereka menjawab : ‘Tentu saja.’ Rasulullahberkata : ‘Berzikir kepada Allah Yang Maha Tinggi.’

Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu dan Abu Sa’idRadiallahu‘anhu : Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :‘Allah memilih empat kata, iaitu : ‘Subhanallah, walhamdulillah,wa Laa Ilaaha Illallah, wallahu akbar.’ Barangsiapamengucapkan : ‘Subhanallah’, tertulis baginya dua puluhkebajikan dan dihapuskan darinya dua puluh keburukan.

Kandungan

Page 70: Jenis-jenis Zikir

539

Barangsiapa mengucapkan : ‘Allahu Akbar’, maka di hitungserupa itu. Barangsiapa mengucapkan : ‘Laa Ilaaha Illallah’,maka di hitung serupa itu. Dan barangsiapa mengucapkan :‘Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin’ dari dirinya sendiri, makatertulis baginya tiga puluh kebajikan dan dihapuskan baginyatiga puluh keburukan.’ (Hadis riwayat Imam Ahmad, Ibn AbidDunya, An Nasa’i, dan lafaz baginya, Al Hakim dan Al Baihaqi)

Dari Abu Malik Al-Asy’ari Radiallahu‘anhu, katanya :Rasulullah bersabda : ‘Kebersihan adalah separuh dari iman,‘Alhamdulillah’ memenuhi neraca, ‘Subhanallahi wal hamdulillah’ memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi, solatadalah cahaya, sedekah adalah bukti, kesabaran adalah cahaya,dan Al Qur’anul Karim adalah dalil bagimu dan atas dirimu,semua orang berlari lalu menjual dirinya, kemudian ada yangmembebaskannya atau menyia-yiakannya.’ (Hadis riwayat ImamMuslim, At-Tirmizi, dan An-Nasa’i)

Dari ‘Aisyah Radiallahu‘anha : Bahawa Rasulullah bersabda:‘Setiap insan dari bani Adam diciptakan dari tiga ratus enampuluh sendi. Barangsiapa bertakbir, bertahmid, bertahlil,bertasbih, beristighfar kepada Allah, menyingkirkan batu yangmengganggu di jalanan orang Muslim, atau duri atau tulangdari jalanan orang Muslim, atau memerintahkan kebaikan ataumencegah kemungkaran, sebanyak tiga ratus enam puluh sendiitu, maka sesungguhnya pada saat itu, dia telah berjalanmenjauhkan dirinya dari api neraka.’ (Hadis riwayat ImamMuslim dan An-Nasa’i)

Dari Ibn Abi Aufa, katanya : ‘Seorang dusun berkata : ‘WahaiRasulullah, aku sudah meneliti Al Qur’an, tetapi tidak mampu.Maka ajarkanlah kepadaku sesuatu yang termasuk bahagian dariAl Qur’an.’ Baginda menjawab : ‘Katakanlah : ‘Subhanallah, walhamdu lillah, wa Laa Ilaaha Illallah, wallahu akbar.’ Laludibacanya kalimat itu, dan memegangnya dengan tangannya danberkata : ‘Wahai Rasulullah, ini untuk Tuhanku. Lalu apa yangditujukan bagiku?’ Baginda menjawab : ‘Katakanlah :‘Allahummaghfirli, warhamni, wa’afini, warzuqni’ (Ya Allah,ampunilah aku, kasihilah aku, berilah aku kesihatan, dan berilahaku rezeki).’ Dan kukira dikatakan : ‘… wahdini’ (…Berilah akupetunjuk).’ Lalu orang dusun itu pun pergi, dan Rasulullah

Keutamaan Dan Buah Zikir

Kandungan

Page 71: Jenis-jenis Zikir

540 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Orang dusun itu pergisetelah memenuhi tangannya dengan kebaikan.’ (Hadis riwayatAl Baihaqi dan Ibnu Abid Dunya, sanadnya jayyid)

Dari Anas bin Malik Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Telahdatang seorang Badwi kepada Rasulullah, lalu berkata : ‘WahaiRasulullah, ajarkanlah kepadaku kebaikan.’ Baginda menjawab:‘Ucapkanlah : ‘Subhanallah, wal hamdu lillah, wa Laa IlaahaIllallah, wallahu akbar.’ Dikatakan : ‘Dia menyimpulkantangannya dan menatapnya, kemudian berkata : ‘Subhanallah,wal hamdu lillah, wa Laa Ilaaha Illallah, wallahu akbar.’ Lalupulanglah dia. Suatu ketika, waktu Rasulullah melihatnya,Baginda tersenyum dan bersabda : ‘Orang yang tidakmendapatkan untung itu rupanya berfikir.’ Dia berkata : ‘WahaiRasulullah, ‘Subhanallah, wal hamdu lillah, wa Laa IlaahaIllallah, wallahu akbar’ ini untuk Allah, lalu apa yangdiperuntukkan bagiku?’ Rasulullah menjawab : ‘Kalau engkaumengatakan : ‘Subhanallah’, Allah menjawab : ‘Engkau benar’.Kalau engkau mengucapkan : ‘Alhamdulillah’, Allah menjawab:‘Engkau benar’. Kalau engkau mengucapkan : ‘Laa IlaahaIllallah’, Allah menjawab : ‘Engkau benar’. Kalau engkaumengucapkan : ‘Allahu Akbar’, Allah menjawab : ‘Engkau benar’.Lalu katakanlah : ‘Allahummaghfirli’, Allah menjawab : ‘Akuakan melakukannya’. Lalu katakanlah : ‘Allahummarhamni’,Allah menjawab : ‘Aku akan melakukannya’. Lalu katakanlah :‘Allahummarzuqni’, Allah menjawab : ‘Sudah Kulakukan’.Dikatakan : ‘Lalu orang Badwi itu menghitung tujuhditangannya.’ (Hadis riwayat Imam Ahmad di dalamMusnadnya, An-Nasa’i di dalam Sunannya, Al-Baihaqi dan IbnAbid Dunya)

Dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, katanya : BahawaRasulullah bersabda : ‘Ambillah syurga kalian.’ Mereka berkata:‘Wahai Rasulullah, apakah ada musuh yang datang?’ Rasulullahmenjawab : ‘Tidak, tetapi syurga kalian dari neraka.’ Merekaberkata : ‘Subhanallah, wal hamdu lillah, wa Laa Ilaaha Illallah,wallahu akbar’, maka semua bacaan itu pada hari kiamat akanmenyelamatkan dan hal tersebut merupakan amal-amal akhiryang baik.’ (Hadis riwayat An Nasa’i, Al Baihaqi, dan Al Hakimatas Syarah Bukhari dan Muslim)

Kandungan

Page 72: Jenis-jenis Zikir

541

Dari Abu Darda’ Radiallahu‘anhu, katanya: Rasulullahbersabda : ‘Subhanallah, wal hamdu lillah, wa Laa IlaahaIllallah, wallahu akbar, wa laa haula wa laa quwwata illa billah’.Semua itu adalah Baqiyatus Salihah; mereka menghancurkandosa-dosa sebagaimana pohon menjatuhkan daun-daunnya, dania merupakan harta syurga.’ (Hadis riwayat Ath Thabrani, IbnMajah, perawinya berdalil kepadanya di dalam Sahih)

Dari Anas Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Rasulullah mengambilsepotong dahan, lalu mengibas-ngibaskannya tetapi daun-daunnya tetap berada ditempatnya. Baginda mengulangi, tetapitidak juga mahu gugur, ia mengulanginya sampai tiga kali tetapitidak ada yang gugur. Baginda bersabda : ‘Sesungguhnya :‘Subhanallah, wal hamdu lillah, wa Laa Ilaaha Illallah, wallahuakbar’ menggugurkan dosa-dosa seperti gugurnya daun-daundari pohon.’ (Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya,dan At Tirmizi, dan orang-orangnya benar)

Sa’ad bin Abi Waqqas Radiallahu‘anhu berkata bahawa diabersama Rasulullah s.a.w. melihat seorang wanita yangmemegang biji kurma atau batu-batuan yang digunakan sebagaitasbih. Maka Baginda s.a.w. bersabda : ‘Mahukah kuberitahusesuatu yang lebih mudah dan lebih baik daripada ini?’‘Subhanallahi’adada maa khalaqa fis sama’, wa subhanallahi‘adada maa khalaqa fil ardh, wa subhanallahi ‘adada maa bainazalika, wa subhanallahi ‘adada maa huwa khaliq, wallahu akbarmithlu zalika, wal hamdu lillahi mithlu zalika, wa Laa IlaahaIllallah mithlu zalika, wa laa haula wa laa quwwata illa billahimithlu zalika’ ( Maha Suci Allah sebanyak bilangan apa yangdiciptakanNya di langit, Maha Suci Allah sebanyak bilanganapa yang diciptakanNya di bumi, Maha Suci Allah sebanyakbilangan apa yang diciptakanNya diantara keduanya, Maha SuciAllah sebanyak bilangan apa yang Dialah Yang Menciptakan,dan Allah Maha Besar seperti hal itu, dan segala puji bagi Allahseperti hal itu, dan tidak ada Tuhan kecuali Allah seperti halitu, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolonganAllah seperti hal itu).’ (Hadis riwayat At Tirmizi dan hadisnyadianggap hasan, sedangkan Al-Hakim berkata bahawa sanadnyasahih)

Keutamaan Dan Buah Zikir

Kandungan

Page 73: Jenis-jenis Zikir

542 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Dari Abu Musa Radiallahu‘anhu, katanya: Rasulullahbersabda : ‘Mahukah kutunjukkan kepadamu salah satu hartasyurga?’ Aku menjawab : ‘Tentu, ya Rasulullah.’ Rasulullahbersabda : ‘Laa haula wa laa quwwata illa billah.’ (Muttafaqun‘alaih)

Demikian sejumlah hadis yang kuat dan jelas dalammenerangkan keutamaan zikir, yang diambil dari sumber yangbenar untuk menuju kepada hakikat. Adapun yang berkaitandengan keutamaan zikir bersifat mutlak dan lebih banyak lagihadis murni yang menjelaskan hal itu. Di antara hadis-hadisyang mengajak kepada keperluan zikir adalah, At-Tirmizimengeluarkan di dalam Sunannya dengan sanad dari NabiSallallahu ‘alaihi wasallam yang bersabda :

‘Zikir yang paling utama adalah : ‘Laa Ilaaha Illallah’.’(Dikeluarkan pula oleh Ibnu Majah di dalam Sunannya, dan AtTirmizi berkata bahawa ini hadis hasan)

Imam Muslim mengeluarkan di dalam Sahihnya dengansanad dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang bersabda:‘Perkataan yang paling disukai Allah ada empat, iaitu :‘Subhanallah, wal hamdu lillah, wa Laa Ilaaha Illallah, wallahuakbar’, tidak jadi soal mulai dari yang mana.’

Rasulullah bersabda : ‘Barangsiapa mengatakan : ‘Laa IlaahaIllallah, wahdahu laa syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu,wa huwa’ ala kulli syai’in qadir’ (Tidak ada Tuhan kecuali Al-lah yang Esa dan tidak ada sekutu bagiNya, bagiNya seluruhkerajaan dan bagiNya pula segala puji, dan Dia Maha Kuasaatas segala sesuatu) dalam sehari seratus kali, maka dia laksanamembebaskan sepuluh orang hamba, dituliskan baginya seratuskebaikan, dan dihapuskan darinya seratus keburukan. Danterbentuk perisai (terjaga) baginya dari syaitan pada hari ituhingga ke petangnya. Tidak ada yang lebih baik darinya kecualiseseorang yang beramal lebih banyak darinya.’ (Hadis riwayatImam Muslim dalam Sahihnya).

Rasulullah bersabda : ‘Barangsiapa membaca : ‘Subhanallah,wa bihamdihi’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya) dalamsehari seratus kali, nescaya akan terangkat kesalahannyawalaupun sebanyak buih lautan.’ (Muttafaqun’alaih)

Kandungan

Page 74: Jenis-jenis Zikir

543

Contoh-contoh yang diajukan di atas tidak setanding denganbanyaknya hadis yang menjelaskan tentang hal ini, Namun sayamenyebutkan beberapa saja darinya yang memiliki nilai yangmenunjukkan tingginya keutamaan dan besarnya pahala.

Zikir adalah lawan dari kelalaian. Maksud dari zikir adalahberzikirnya hati, yang apabila dipadukan dengan lisan, makalebih utama dan sempurna. Kalau zikir hanya dengan lisan, makamanfaatnya sedikit saja, tetapi apabila dilakukan terus-menerus,akan boleh menyedarkan hati.

Telah ramai ulama yang berbicara soal ini dengan huraian-huraian yang penting untuk diketahui, diantaranya :

Ustaz Abu ‘Ali Ad Daqaq berkata : ‘Zikir tersebar wilayahnya,maka barangsiapa mendapatkan taufik untuk berzikir, berertidia telah diberi kelapangan. Dan barangsiapa dijauhkan darizikir, maka dia akan terasing.’ Perkataan ini sudah pernahdiutarakan sebelumnya.

Sahal bin ‘Abdullah At Tusturi berkata : ‘Tidak ada satu hariyang berlalu kecuali Allah memanggil : ‘Wahai hambaKu, engkautidak adil kepadaKu. Aku ingat kepadamu tetapi engkaumelupakan Aku. Aku memanggilmu, tetapi engkau pergi selaindariKu, Aku jauhkan engkau dari bahaya-bahaya, tetapi engkauterus berada dalam kesalahan dan berkecimpung dalam dosa.Wahai anak Adam, apa yang akan kau bawa besok bila engkaumenghadapKu?’

Zun Nun Al Misri berkata : ‘Barangsiapa ingat kepadaAllah dengan mengingat hakikatNya, maka dia akan melupakansemua ingatan tentang selain Dia. Allah akan menjaganya darisegala sesuatu, dan dia akan mendapatkan ganti atas apa yangdikorbankan dan ditinggalkannya.’

Ustaz Abu Qasim Al Qusyairi berkata : ‘Zikir adalah saturukun yang kuat di jalan Allah, bahkan dia merupakan sandarandan andalan di jalan ini. Tidak akan sampai seseorang kepadaAllah kecuali dengan terus menerus menggunakan zikir.’

Sebahagian dari mereka mengatakan : ‘Zikrullah dengan hatiadalah pedang para prajurit. Dengannya mereka memerangi

Keutamaan Dan Buah Zikir

Kandungan

Page 75: Jenis-jenis Zikir

544 Hakikat Tawassul dan Wasilah

musuh, dan dengannya mereka, menolak kotoran dan penyakityang menuju kepada mereka.’

Apabila zikir itu mantap di dalam hati, maka syaitan yangmenghampirinya ditumbangkan sebagaimana seseorangditumbangkan. Apabila dia menghampiri syaitan, maka syaitan-syaitan itu berkerumun, lalu mereka bertanya : ‘Kenapa ini?’Dijawab : ‘Sudah dikuasai oleh manusia.’

Syaikh Abu ‘Uthman bertanya, lalu kepadanya dikatakan :‘Kita berzikir kepada Allah tetapi tidak menemui kenikmatanzikir di dalam hati kita.’ Maka dijawab : ‘Bersyukurlah kepadaAllah, bahawa Dia mengambil berat tentang jasmani kalianuntuk taat kepadaNya.’

Abu Bakar Al Kinani berkata : ‘Seandainya berzikirkepadaNya tidak difardhukan atas diriku, maka apa yangdisebut-sebut itu merupakan penghargaan bagiNya.’

Para ulama berbeza pendapat dalam menetapkan jumlahbacaan zikir yang banyak.

Imam Abu Al Husain Al Wahidi dari Ibn ‘AbbasRadiallahu‘anhu berkata : ‘Zikrullah dilakukan pada akhir solatpada siang dan malam hari, di tempat tidur dan setiap kali banguntidur, sebagaimana pulang pergi dari rumahnya.’

Dari Mujahid Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Seseorang tidakdikatakan banyak berzikir kepada Allah hingga dia berzikirkepada Allah dengan berdiri, duduk, dan berbaring.’

Syaikh Imam Abu ‘Amru bin Salah ditanyai tentang kategoriorang yang banyak berzikir kepada Allah. Dia menjawab :‘Apabila seseorang selalu memperhatikan zikir-zikir ma’thuratyang ditetapkan pada siang atau malam hari, dalam waktu dankeadaan yang berbeza siang mahupun malam, maka diatermasuk orang yang banyak berzikir kepada Allah.’ (Disebutkandalam kitab ‘Amalul Yaumi wal Lailah oleh Ibn Salami).

Selanjutnya Abu Sa’id Al Khudri Radiallahu‘anhu, berkata :Rasulullah bersabda : ‘Kaum-kaum yang berzikir kepada Allahdi dunia di atas pembaringan-pembaringan yang keras akandimasukkan ke dalam darjat yang utama.” (Hadis riwayat IbnHibban di dalam Sahihnya)

Kandungan

Page 76: Jenis-jenis Zikir

545

Dari Mua’az Radiallahu‘anhu dari Rasulullah Sallallahu‘alaihi wasallam : Bahawa seseorang bertanya kepada Baginda :‘Mujahidin yang bagaimana yang paling besar pahalanya?’Baginda menjawab : ‘Mereka yang memperbanyakkan zikirkepada Allah.’ Ditanyakan lagi : ‘Mujahidin yang bagaimanayang paling besar pahalanya?’ Baginda menjawab : ‘Mereka yangmemperbanyakkan zikir bagi Allah.’ Lalu orang tersebutmenyebut tentang solat, zakat, haji, sedekah, dan semua halsemacam itu. Rasullulah bersabda: ‘Mereka yang mem-perbanyakkan zikir bagi Allah.’

Maka Abu Bakar berkata kepada ‘Umar : ‘Wahai Abu Hafs,telah pergi orang berzikir dengan semua kebaikan.’ Rasulullahmembenarkan kata-kata Abu Bakar : ‘Benar’.’ (Hadis riwayatImam Ahmad di dalam Musnadnya dan Ath-Thabrani di dalamMu’jamul Kabirnya)

ZIKIR DENGAN TASBIH DAN DOAPada akhirnya, kita tanyakan : ‘Zikir dengan tasbih dan doa,samakah hal itu dengan sedekah yang bermanfaat untukmenolak bala?’

Jawabnya : ‘Hadis-hadis dan athar menerangkan denganjelas tentang hal itu. Tentang keutamaannya di atas sedekah,kalau hal itu menyebabkan tertolak bala, maka masalah ini tidakmengandung keraguan. Telah banyak tertera di dalam hadis-hadis yang tidak terhitung tentang zikir-zikir khusus yangmenolak bala, syaitan, kesulitan, dan hal-hal lain yang dibenci.

Kitab Al Azkar tulisan Asy-Syaikh Muhyiddin An-Nawawidipenuhi dengan bahasan tentang masalah ini. Demikian pulakitab Ad Du’a’ Ath Thabrani dan Al Baihaqi. Maka tidak perlulagi kita memperpanjangkan hal ini.

Telah dibenarkan bahawa lafaz : ‘Laa haula wa laa quwwatailla billah’ mampu menolak tujuh puluh pintu mudarat, di manamudarat yang paling rendah adalah kefakiran atau kesulitan.

Al Hakim mengeluarkan dan dianggap sahih dari ThaubanRadiallahu‘anhu dalam hadis marfu’ :

Keutamaan Dan Buah Zikir

Kandungan

Page 77: Jenis-jenis Zikir

546 Hakikat Tawassul dan Wasilah

‘Allah tidak menolak qadar kecuali dengan doa.’

Al Hakim dan lain-lain mengeluarkan hadis dari AisyahRadiallahu‘anha secara marfu’ : ‘Doa itu bermanfaat, yang turunmahupun yang tidak turun, dan bala juga akan turun kemudiandoa menyambutnya, lalu keduanya berpadu sampai hari kiamat.’(Dikeluarkan seperti ini hadis Ibn ‘Umar)

Abu Daud dan lain-lain mengeluarkan dari Ibn Abbas hadismarfu’: ‘Barangsiapa membiasakan istighfar, Allah akanmemberikan kelapangan dari segala kerisauan dan jalan keluardari segala kesempitan, dan akan memberikan rezeki dari arahyang tak disangka-sangkakannya.’

Ibn Abi Syaibah mengeluarkan dari Suwaid bin Jamil,katanya : ‘Barangsiapa setelah ‘Asr mengucapkan : ‘Laa IlaahaIllallah, lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai’in qadir’, akan dibelaorang yang menyatakan hal itu dan semacamnya sampai esok.’

Ishaq bin Rahawiyah mengeluarkan di dalam Musnadnyadari jalan Az Zuhri, dikatakan : ‘Telah datang Abu Bakar denganseekor burung gagak yang bersayap lebat, lalu dia berkata : ‘Akumendengar Rasullulah s.a.w. bersabda : ‘Tidak ada buruankecuali diburu, tidak menggigit kecuali digigit dan tidak diputusnyawa kecuali kerana putusnya tasbih.’ (Dikeluarkan dari AbuSyaikh di dalam kitab Al-‘Azhimah dari jalan Ibn ‘Auf dari AbuBakar secara marfu’)

Abu Nu’aim mengeluarkan di dalam kitabnya, Al Hilyah,dari hadis Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, dan Abu Syaikh darihadis Abu Darda secara marfu’: ‘Tidak ada burung dan ikan lautyang diambil (nyawanya) kecuali kerana hilangnya tasbih.’

Dari Anas Radiallahu‘anhu , hadis marfu’: ‘Ajal semuabinatang dan cacing tanah berada di dalam tasbih. Maka kalaumereka telah lepas tasbihnya, Allah pun menggenggam roh-rohnya.’

Adapun pengutamaan zikir atas sedekah didukung olehbanyak hadis, diantaranya yang tersebut berikut ini: Dikeluarkan

Kandungan

Page 78: Jenis-jenis Zikir

547

oleh Al-Hakim dan At-Tirmizi dari Abu Darda’ secara marfu’ dariRasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam :

Rasulullah bersabda : ‘Sukakah kuberitahu kepada kaliantentang sebaik-baik amal kalian yang paling mulia di hadapanTuhan kalian, yang dapat meninggikan darjat kalian, lebih baikbagi kalian daripada mendermakan emas dan perak, dan lebihbaik bagi kalian daripada jihad menghadapi musuh kemudiansaling menebas leher?’ Mereka menjawab : ‘Tentu saja’.Rasulullah berkata : ‘Berzikir kepada Allah.’

Dikeluarkan oleh Al Hakim dari Al Barra’ secara marfu’:‘Barangsiapa mengucapkan : ‘Laa Ilaaha Illallahu, wahdahu laasyarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa’ala kullisyai’in qadir’ sepuluh kali, dia laksana memerdekakan budak.’

Al Baihaqi mengeluarkan di dalam kitab Sya’bil Iman darijalan Anas Radiallahu‘anhu secara marfu’:‘Aku lebih baik dudukbersama ahli zikrullah sejak solat Subuh sampai matahari naik.Lebih kusukai daripada membebaskan empat puluh budakketurunan Ismail.’

Rasulullah bersabda : ‘Duduk bersama kaum yang berzikirkepada Allah setelah solat subuh hingga matahari naik lebihkusukai daripada apa yang dibawa oleh matahari. Dan dudukbersama kaum yang menyebut Allah selepas ‘Asr sampai matahariterbenam lebih ku sukai daripada dunia seisinya.’

Ibn Abi Syaibah mengeluarkan di dalam Al Musannaf dariIbn Mas’ud Radiallahu‘anhu, katanya: ‘Sesungguhnya membacatasbih lebih ku sukai dari menginfaqkan beberapa dinar di jalanAllah.’

Dikeluarkan juga darinya bahawa dia berkata:‘Sesungguhnya membaca : ‘Subhanallah, wal hamdu lillah, waLaa Ilaaha Illallah, wallahu akbar, wa laa haula wa laa quwwatailla billah’ lebih ku sukai daripada sedekah beberapa dinar.’

Dikeluarkan dari Abdullah bin Amru bin Ash r.a., katanya:‘Sesungguhnya membaca : ‘Subhanallah, wal hamdu lillah, waLaa Ilaaha Illallah, wallahu akbar, wa laa haula wa laa quwwatailla billah’ lebih ku sukai daripada membawa kuda sebanyak itubeserta tali kendalinya.’

Keutamaan Dan Buah Zikir

Kandungan

Page 79: Jenis-jenis Zikir

548 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Athar dalam pengertian semacam ini banyak sekali dan yangsaya sebutkan di atas kiranya sudah cukup bagi orang yangmemerlukan. Adapun bagi orang yang menolak, kita pohonkankepada Allah hidayah menuju jalan yang benar.

Di antara dalil tentang keutamaan zikir di atas semua ibadahadalah bahawa syariat tidak mengizinkan kita meninggalkannyadalam apa keadaan sekalipun.

Ibn Jarir mengeluarkan di dalam Tafsirnya dari QatadahRadiallahu‘anhu, katanya : ‘Allah menfardhukan zikir di dalamkesibukan apa saja, bahkan pada saat bertempur dengan pedang.’

Dia berfirman :

‘Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemudengan sesuatu pasukan (musuh), maka hendaklah kamutetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilahAllah banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapaikemenangan).’

(Al-Anfal : 45)

Setelah itu, dari Abu Sa’id Al Khudri Radiallahu‘anhu:Bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam ditanya:‘Orang beribadah yang bagaimana paling tinggi darjatnya disisi Allah pada hari kiamat?’ Baginda menjawab : ‘Orang yangbanyak berzikir kepada Allah.’ Seseorang berkata : ‘WahaiRasulullah, bagaimana dengan orang yang berjihad di jalanAllah?’ Baginda menjawab : ‘Seandainya dia memancung denganpedangnya leher orang-orang kafir dan orang-orang musyriksampai putus dan mengalirkan darah, maka berzikir kepadaAllah itu lebih utama darjatnya.’ (Hadis riwayat At-Tirmizi danAl Baihaqi)

Dari Malik bin Yakhamir, bahawa Mu’az bin Jabal berkatakepada mereka tentang kata-kata terakhir sebelum berpisahdengan Rasulullah s.a.w.: Aku bertanya kepada Baginda:

Kandungan

Page 80: Jenis-jenis Zikir

549

‘Perbuatan apa yang paling disukai oleh Allah?’ Jawab Baginda:‘Engkau mati sementara lisanmu banyak berzikir kepada Allah.’(Hadis riwayat Ibn Hibban di dalam Sahihnya, Ath-Thabrani didalam Mu’jamil Kabir, Ibn Abid Dunya, serta Al Bazzar)

BUAH ZIKIRSetelah kita membahaskan syariat zikir beserta keutamaannyaberdasarkan Al Kitab, Sunnah, serta pendapat umat terdahulu,maka sesuailah apabila kita sekarang membahaskan tentangbuah yang kembali kepada zikir dan kepada orang-orang yangberzikir, juga berdasarkan Al Kitab, Sunnah, serta perkataanorang-orang terdahulu. Telah tertera di dalam Al Qur’anul Karimpenjelasan tentang pengutamaan Allah terhadap makhluk-makhluk-Nya serta pahala, ampunan, kemenangan, dankejayaan di dunia dan akhirat yang disediakan oleh Allah bagihamba-hambaNya yang suka berzikir.

Allah berfirman:

‘Dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut namaAllah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi merekasemuanya keampunan dan pahala yang besar.’

(Al-Ahzab : 35)

‘Dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).’

(Al-Anfal : 45)

Keutamaan Dan Buah Zikir

Kandungan

Page 81: Jenis-jenis Zikir

550 Hakikat Tawassul dan Wasilah

‘(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hatimereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu,tenang tenteramlah hati manusia.’

(Ar-Ra’d : 28)

Sebagaimana di dalam Al Qur’anul Karim diterangkantentang keutamaan zikir dan seumpamanya, maka di dalamsunnah yang mulia dan perkataan umat terdahulu juga terdapatpenjelasan yang kuat tentang keutamaan ini yang diharapkanoleh kaum lelaki dan wanita yang berzikir.

Dari Sunnah diantaranya: Dari Abu HurairahRadiallahu‘anhu dan Abi Sa’id Al Khudri Radiallahu‘anhu,katanya : Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Tidakada kaum yang berzikir kepada Allah kecuali dinaungi olehMalaikat, disirami dengan rahmatNya, diturunkan kepadamereka ketenangan, dan disebut oleh Allah disisiNya.’

Dari Abu Sa’id Al Khudri Radiallahu‘anhu, katanya:Rasulullah bersabda : ‘Allah berfirman : ‘Barangsiapa selalu sibukmembaca Al Qur’an Al Karim untuk mengingatKu dan memohonkepadaKu, maka Aku akan memberinya sebaik-baik pemberianyang Kuberikan kepada orang yang meminta.’

Dari Abu Sa’id Al Khudri Radiallahu‘anhu, katanya:Rasulullah bersabda : ‘Allah berfirman pada hari kiamat : ‘Semuaorang yang berkumpul akan mengetahui orang-orang yang mulia.’Ditanyakan : ‘Siapakah orang-orang yang mulia itu, wahaiRasulullah?’ Baginda menjawab: ‘Orang-orang yang suka berzikirdi masjid-masjid.’

Dari Muawiyah Radiallahu‘anhu: Sesungguhnya NabiSallallahu ‘alaihi wasallam keluar menemui sekelompoksahabatnya, kemudian bertanya : ‘Apa yang menyebabkan kalianduduk?’ Mereka menjawab : ‘Kami duduk untuk berzikir kepadaAllah dan bertahmid.’ Baginda berkata : ‘Tadi malaikat Jibrildatang untuk memberitahu aku bahawa Allah telahmembanggakan kalian di depan malaikat-malaikatNya.’

Dari Anas Radiallahu‘anhu, katanya : Rasulullah bersabda :‘Tidak ada kaum yang berkumpul untuk berzikir kepada AllahSubhanahu wa Ta‘ala dan tidak menginginkan dari perbuatan

Kandungan

Page 82: Jenis-jenis Zikir

551

itu selain wajahNya, kecuali akan diseru oleh penyeru dari langit: ‘Bangunlah! Ampunan bagi kalian telah mengganti dosa-dosakalian dengan kebaikan.’

Dari Thabit Radiallahu‘anhu: ‘Sesungguhnya Salmantermasuk di dalam kelompok orang yang berzikir kepada Allah.Kemudian Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam melintasi hadapanmereka, sehingga mereka berhenti (berzikir). Maka Bagindabertanya : ‘Apa yang kalian katakan?’ Mereka menjawab : ‘Kamiberzikir kepada Allah.’ Baginda bersabda : ‘Sesungguhnya akumelihat rahmat turun kepada kalian. Itu sebabnya aku sukabergabung dengan kalian didalamnya.’ Lalu berkata : ‘Segalapuji bagi Allah yang menjadikan di antara umatku orang-orangyang menyuruhku menyabarkan diri bersama mereka.’

Masih banyak selain itu hadis-hadis yang sahih. Tidak cukupjalan untuk menyebutnya. Ulama-ulama kita telah mengaturdengan tertib buah-buah zikir yang utama, bahkan sampaimenghitungnya. Banyak keuntungan dan buah zikir,sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Qayyim : ‘Zikir mengusirdan menundukkan syaitan, serta mematahkan keganasan, dansebaliknya merelakan Allah, menghilangkan kesempitan dankerunsingan hati, mendatangkan kebahagiaan kepada hati,kegembiraan, dan ketenangan, mencerahkan wajah dan hati,menguatkan tubuh dan jiwa, mendatangkan rezeki menghiasiorang yang berzikir dengan wibawa, kelazatan, dan kecerahan,mewariskan kecintaan yang merupakan roh Islam, puncak sendiagama, dan kebahagiaan dan keselamatan.’

Allah telah menjadikan bagi segala sesuatu dengan ‘sebab’,dan kecintaan Allah disebabkan oleh zikir yang berterusan. Makabarangsiapa yang ingin mendapatkan cinta Allah, hendaknyadia bersemangat dalam berzikir kepadaNya, kerana zikirmerupakan pintu cintaNya, syiarNya yang agung, dan jalanNyayang lurus.

Zikir juga mewariskan muraqabah sampai memasuki pintuihsan, sehingga seseorang menyembah Allah seakan-akan diamelihatNya. Tidak ada jalan bagi orang-orang yang berakaltentang zikir menuju maqam ihsan, seperti halnya tidak adajalan bagi orang yang lemah untuk mencapai rumahnya.

Keutamaan Dan Buah Zikir

Kandungan

Page 83: Jenis-jenis Zikir

552 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Zikir juga mewariskan inabah, iaitu pengembalian kepadaAllah. Barangsiapa banyak berzikir kepada Allah, dia akanmewariskan pengembalian hatinya kepadaNya di dalam semuahalnya dan hanya Allahlah tempatnya bersandar, tujuankepulangannya, pembelanya, serta tempat pelariannya tatkalaterjadi petaka dan musibah.

Zikir mewariskan taqarrub kepada Allah. Zikir hambakepada Allah menjadikannya dekat kepadaNya, sedangkankelalaian untuk berzikir menjauhkannya dariNya.

Zikir membuka pintu ma’rifat yang luas bagi hamba. Makasetiap kali zikir bertambah, bertambah pula ma’rifatnya.

Zikir mewariskan kebesaran Tuhan ‘Azza wa Jalla danpemuliaan terhadapNya kerana besarnya penguasaan zikirnyaatas hatinya. Sedangkan kehadiran Allah di dalam hatinya laindengan orang-orang yang alpa dan lalai, yang terhalang oleh hijabIlahiyah. Dan ia mewariskan zikrullah dihatinya, sebagaimanafirman Allah :

‘Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pulakepadaMu...’

(Al-Baqarah : 152)

Cukuplah keutamaan zikir beserta pemuliaan terhadapNyadilihat dari sabda Rasulullah tentang firman Tuhannya : ‘Kalaudia menyebutKu kepada dirinya, maka Aku menyebutnya kepadadiriKu, kalau dia menyebutKu didepan orang ramai, maka Akumenyebutnya didepan orang dengan keadaan yang lebih baikdaripada diri mereka.’

Zikir mewariskan kehidupan hati. Saiful Islam Ibn Taimiyahberkata : ‘Zikir bagi hati adalah laksana air bagi ikan. Bagaimanajadinya si ikan apabila meninggalkan air?’

Zikir juga menghilangkan karat-karat hati. Sesungguhnyasegala sesuatu ada karatnya. Dan karat hati adalah kealpaandan kelalaian beserta hawa nafsu, sedangkan pembersihannyaadalah zikir, taubat dan istighfar.

Kandungan

Page 84: Jenis-jenis Zikir

553

Zikir menghapus dan menghilangkan dosa dan kesalahan,dan merupakan kebajikan yang paling utama, sedangkankebajikan menghapuskan keburukan.

Zikir menghilangkan kerenggangan antara hamba denganTuhannya. Kerenggangan yang terjadi di antara hamba yanglalai dengna Tuhannya yang Maha Esa tidak akan terhapuskecuali dengan zikir.

Seorang hamba yang mengingat Allah pada waktu senangakan diingat oleh Allah pada waktu susah. Telah tercantum didalam athar : ‘Bahawa apabila seorang hamba yang taat daningat kepada Allah dilanda kesusahan atau meminta keperluankepada Allah, maka Malaikat akan berkata : ‘Ya Rabbi, suarayang dikenal dari hamba yang dikenal.’ Dan apabila orang yanglalai dan lari dari Allah meminta sesuatu, maka Malaikat akanberkata : ‘Ya Rabbi, suara mungkar dari hamba yang ingkar.’

Termasuk faedah zikir adalah sebagai penyelamat dari seksaAllah, sebagaimana dikatakan oleh Mu’az Radiallahu‘anhu:‘Tidak ada amal Bani Adam yang mampu menyelamatkannyadari seksa Allah selain zikir.’ (Diriwayatkan secara marfu’ dariMu’az Radiallahu‘anhu)

Zikir adalah penyebab turunnya ketenangan, rahmat, danperhatian terhadap malaikat, sebagaimana diberitahukan olehNabi Sallallahu ‘alaihi wasallam.

Zikir menyebabkan seseorang sibuk dan terlupa dari ghibah,namimah, dusta, keburukan, dan kebathilan. Telah kita maklumibahawa manusia suka berbicara, dan kalau tidak berbicaradengan zikrullah dan mengingat perintahNya, maka diaberbicara dengan apa yang diharamkanNya atau sebahagiandarinya. Tidak ada jalan untuk menghindarkan diri dariperkataan yang diharamkan ini kecuali dengan berzikir kepadaAllah.

Zikir-zikir yang dapat diamati dan diusahakan merupakansaksi atas hal tersebut. Maka barangsiapa membiasakan diriuntuk berzikir kepada Allah, secara langsung dia akanmemelihara lisannya dari ucapan-ucapan yang bathil, main-main, dan sia-sia. Dan barangsiapa menjauhkan lisannya dari

Keutamaan Dan Buah Zikir

Kandungan

Page 85: Jenis-jenis Zikir

554 Hakikat Tawassul dan Wasilah

zikir kepada Allah, maka dia akan mudah mengucapkan semuaperkataan yang bathil, main-main, dan sia-sia. Sungguh, tidakada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Majlis zikir adalah majlis Malaikat, sedangkan majliskelalaian dan main-main adalah majlis syaitan. Seorang hambabebas memilih mana yang lebih utama baginya di dunia danakhirat. Seseorang yang suka berzikir akan mendapatkankebahagiaan dan keberkatan kerana zikirnya, begitu juga siapasaja yang menyertainya. Sedangkan orang yang lalai dari zikirakan menderita kerana kelalaiannya, begitu juga orang yangmenyertainya.

Seorang hamba yang berzikir akan selamat dari kepedihandi hari kiamat, sementara majlis-majlis yang tidak menyebutnama Tuhan di dalamnya akan mendatangkan kepedihan yangsangat pada hari kiamat.

Orang yang sibuk berzikir kepada Alah akan mendapatkankurnia yang lebih utama daripada yang dimintanya, sebagaimanatelah dijelaskan di dalam hadis sahih.

Zikir adalah ibadah yang paling mudah, lagipun lebih muliadan lebih utama, sebab gerakan lisan lebih ringan daripadagerakan badan. Namun, meskipun yang diminta hanya sekadargerakan lisan seperti ini, banyak orang yang merasa berat,bahkan tidak mampu melakukannya.

Zikir adalah tanaman syurga. Telah diriwayatkan oleh At-Tirmizi didalam Jami’nya dari hadis dari ‘Abdullah bin Mas’udyang berkata :

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Aku bertemudengan ‘Ibrahim ‘alaihaissalam pada malam Isra’, lalu dia berkata: ‘Wahai Muhammad, sampaikanlah salamku kepada umatmu, dankatakan kepada mereka bahawa syurga itu indah tempatnya, sejukairnya, dan di sana terdapat telaga yang tanamannya adalah :‘Subhanallah, wal hamdu lillah, wa laa ilaaha illallah, wallahuakbar.’ (At-Tirmizi mengatakan bahawa hadis ini hasan, dari IbnMas’ud sebagaimana dikutip dari kitab Ad Da’awat)

Zikir adalah sebab bagi pemberian dan kurnia Ilahi. Di dalamSahihain dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, dikatakan

Kandungan

Page 86: Jenis-jenis Zikir

555

bahawa Rasulullah bersabda : ‘Barangsiapa mengucapkan : ‘Laailaha illallahu, wahdahulaa syarika lahu, lahul mulku wa lahulhamdu, wa huwa ‘ala kuli syai’in qadir’ (Tidak ada Tuhan kecualiAllah yang Esa dan tidak ada sekutu bagiNya, bagiNyalahseluruh kerajaan dan bagiNya pula segala puji, dan Dia MahaKuasa atas segala sesuatu) dalam sehari seratus kali, maka dialaksana membebaskan sepuluh budak, dituliskan baginya seratuskebaikan, dan dihapuskan darinya seratus keburukan. Danterbentuk perisai (terjaga) baginya dari syaitan pada hari itusampai petangnya. Tidak ada yang lebih baik darinya kecualiseseorang yang beramal lebih banyak darinya.’

Rasulullah bersabda : ‘Barangsiapa membaca : ‘Subhanallah,wabihamdihi’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya) dalamsehari seratus kali, nescaya akan terangkat kesalahannyawalaupun sebanyak buih lautan.’

Orang selalu berzikir kepada Allah wajib terhindar dari lupa,yang merupakan penyebab menderitanya seorang hamba didalam hidup atau matinya, sebab melupakan Allah mewajibkandia lupa kepada dirinya dan kebaikannya.

Allah berfirman :

‘Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telahmelupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikanmereka melupakan (amal-amal yang baik untukmenyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orangyang fasik - derhaka.’

(Al-Hasyr: 19)

Zikir membuatkan seorang hamba mendapat kemudahan,sementara dia berada di pembaringannya atau di tempat kerjanya,dalam sihat atau sakitnya, dan dalam kesedihan ataukegembiraannya. Tidak ada sesuatu yang sebanding dengan waktudan keadaan seperti itu, dan yang sedemikian itu merupakan kurniadari Allah yang diberikan kepada hambaNya yang dikehendaki.

Keutamaan Dan Buah Zikir

Kandungan

Page 87: Jenis-jenis Zikir

556 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Zikir adalah pokok masalah dan jalan yang umum bagigolongan sufiyah dan wilayah. Barangsiapa membuka dirinyabagi zikir, maka akan terbuka baginya pintu masuk kepadaAllah. Hendaknya dia menyucikan diri, kemudian masuk kepadaTuhannya agar menemukan apa yang diharapkannya. Apabilaseorang hamba mendapatkan Tuhannya dengan berzikirkepadaNya, maka dia akan menemui segala sesuatu. Danbarangsiapa kehilangan Tuhannya dengan tidak berzikirkepadaNya, maka dia akan tertinggal segala-galanya.

Zikir adalah pohon yang berbuah ma’rifat, yang dilalui olehorang-orang yang melakukannya. Tidak ada jalan untuk memetikbuah zikir kecuali dari pohon zikir. Setiap kali pohon itumembesar dan menguat batangnya, maka buahnya juga akanmenjadi besar. Dari itu, zikir membuahkan maqam semuanyasebagai persiapan untuk menuju kepada tauhid. Ia adalah pokokdari semua maqam beserta kaedah yang membangunkan maqamitu di atasnya, seperti dibangunnya parit atau dinding diatasdasarnya, dan seperti tegaknya atap di atas dinding. Apabilaseorang hamba tidak bersedia dan bangun, maka dia tidak bolehmerentas manzilah-manzilah perjalanannya menuju Allah.Sedangkan, dia tidak akan bangun kecuali dengan zikir, sebabkealpaan adalah tidur atau matinya hati.

Seorang yang berzikir akan dekat dengan sesuatu yangdisebutnya, dan yang disebutnya akan selalu menyertainya. Danma’iyyah (kebersamaan) ini adalah ma’iyyah khusus, lain denganma’iyyah ilmu dengan kepentingan umum. Ia merupakanma’iyyah dengan taqarrub dari wilayah, kecintaan, pembelaan,dan taufik. Seperti firman Allah :

‘Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, danorang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.’

(An-Nahl : 128)

‘Dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar.’(Al-Baqarah : 249)

Kandungan

Page 88: Jenis-jenis Zikir

557

‘Dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalahbeserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.’

(Al-Ankabut: 69)

‘Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allahbersama kita.’

(At-Taubah : 40)

Orang yang berzikir mendapatkan bagian yang banyakdidalam hal ini, sebagaimana diakui oleh hadis qudsi :

‘Aku menyertai hambaKu yang menyebutKu danmenggerakkan bibirnya.’

Di dalam hadis lain :

‘Orang yang berzikir kepadaKu adalah ahli majlisKu, orangyang bersyukur kepadaKu adalah orang yang mendapatkantambahan dariKu, orang yang taat kepadaKu adalah orang-orang yang mendapat penghargaanKu, orang yangbermaksiat kepadaKu, tidak Kusingkirkan dari rahmatKu.Apabila mereka bertaubat kepadaKu, maka Aku menjadikekasihnya, sebab Aku mencintai orang-orang yang bertaubatdan mencintai orang-orang yang suka menyucikan diri.Apabila mereka tidak mahu bertaubat, maka Aku adalah

Keutamaan Dan Buah Zikir

Kandungan

Page 89: Jenis-jenis Zikir

558 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Tabibnya. Aku mencubainya dengan musibah-musibah untukmenyucikannya dari keburukan.’

Ma’iyyah Allah yang dicapai oleh orang-orang yang berzikirmerupakan hal yang tiada taranya. Ia merupakan ma’iyyahpaling khusus yang dihasilkan oleh orang-orang berbuat kebajikandan bertakwa. Di samping itu, ma’iyyah Allah ini tidak bolehdigambarkan dengan kata-kata, tidak boleh pula didapatkan olehsifat-sifat, tetapi diketahui dari hati dan perasaan.

Makhluk yang paling mulia di sisi Allah adalah yangbertakwa, yang lidahnya merasa ringan untuk terus menerusberzikir kepadaNya. Ketakwaannya itu menyebabkan diamenerima perintah-perintah dan larangan-laranganNya, sertamenjadikan zikirnya sebagai syi’ar bagiNya. Dengan demikian,ketakwaan membuatnya wajib masuk syurga dan selamat dariapi neraka. Ini merupakan pahala dan ganjaran. Sedangkan zikirmembuatnya wajib dekat dengan Allah dan kembali kepadaNya.Ini merupakan manzilah.

Di antara keuntungan zikir adalah melunakkan kekerasandi dalam hati yang tidak boleh dilunakkan kecuali dengan zikirkepada Allah.

Humad bin Zaid menyebutkan bahawa seseorang berkatakepada Hasan Radiallahu‘anhu : ‘Wahai Abu Sa’id, aku mengadukekerasan hatiku kepadamu.’ Al Hasan berkata : ‘Ajarlah diadengan zikir.’

Hati akan mengeras setiap kali dilanda kelalaian. Apabilaseseorang berzikir kepada Allah, maka kekerasan itu mencairsebagaimana mencairnya baja di dalam api. Tiada yang mampumelunakkan hati sebagaimana zikrullah.

Keuntungan zikir yang lain adalah menyihatkan danmengubati hati. Hati yang sakit dapat diubati dan dipulihkankesihatannya dengan zikrullah.

Makhul Radiallahu‘anhu berkata : ‘Berzikir kepada Allahmerupakan ubat, sedangkan berzikir kepada manusiamerupakan penyakit.’

Asal mula zikir adalah mewalikan Allah, dan itu merupakanpokok kewalian. Sedangkan asal mula kelalaian adalah

Kandungan

Page 90: Jenis-jenis Zikir

559

penentangan terhadap Allah, dan itu merupakan pangkal segalapenentangan. Maka seorang hamba yang masih berzikir kepadaTuhannya akan dicintai olehNya, sementara yang melupakanNyaakan dibenci dan ditindak.

Al Auza’i berkata : ‘Sesungguhnya Hasan bin ‘Athiyahberkata : ‘Tidak ada yang lebih menjauhkan seorang hamba dariTuhannya daripada kebencian untuk berzikir kepadaNya.’

Seseorang jauh dari Allah kerana kelalaiannya, tetapi Diatetap memperdulikan hambaNya sepanjang dia tidak membencizikrullah. Pada saat membenci zikrullah itulah seseorang barudiletakkan sebagai musuhNya, sebagaimana menjadikan orangyang berzikir sebagai waliNya.

Keuntungan zikir yang lain adalah orang yangmemperbanyakkan zikir akan masuk syurga dengan tertawa,seperti yang disebutkan oleh Abu Darda’ Radiallahu‘anhu:‘Orang-orang yang berzikir kepada Allah, akan termasuk salahseorang dari kalangan mereka ke dalam syurga dengan tertawa.’

Keuntungan yang lain adalah, zikir seorang hamba kepadaTuhannya akan menjadi perisai dirinya dari neraka Jahannam.Apabila amalan-amalannya berjalan menuju Jahannam, makazikir yang dilakukannya menjadi penghalang di jalan tersebut.Kalau zikirnya selalu dikukuhkan dengan sempurna, maka akanterbentuk perisai yang kukuh yang tidak boleh ditembus.

Semua amalan hendaklah dilakukan untuk mengingatiAllah. Allah berfirman :

‘...dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.’(Taha : 14)

Barangsiapa ingin memperluaskan pengetahuannya tentangfaedah zikir, dia boleh merujuk kepada kitab-kitab yang khususmembahaskan soal zikir secara panjang lebar, seperti : Al Azkartulisan Imam An Nawawi, Miftahul Falah tulisan Ibn ‘Atha’As Sakandari, Amalul Yaumi wal Lailah tulisan JalaluddinAs Suyuthi, dan kitab-kitab tentang zikir yang lain.

Keutamaan Dan Buah Zikir

Kandungan

Page 91: Jenis-jenis Zikir

560 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Para pemuka golongan sufiyah telah menelaah zikrullah darisemua sisinya hingga menemui banyak faedah zikir. Merekakemudian membahasnya dengan pengertian yang yaqin, lalumenasihati orang lain untuk memperbanyakkan zikir kepadaTuhannya, dengan dasar :

‘Tidak beriman salah seorang dari kalian sebelum diamencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinyasendiri.’

Al Hasan Al Bashri sebagai pemuka tabi’in berkata : ‘HambaAllah yang paling disukai oleh Allah adalah yang paling banyakberzikir kepadaNya dan bertakwa hatinya.’

Zun Nun Al Misri berkata : ‘Dunia tidak indah kecuali denganzikir terhadapNya, akhirat tidak indah kecuali dengan maaf danampunanNya, dan syurga tidak indah kecuali bila telahmelihatNya.’

Abu Sa’id Al Kharaz Radiallahu‘anhu berkata : ‘Allahmempercepatkan nikmat bagi ruh para waliNya dengan zikirnyasampai ke dekatNya; mempercepat nikmat bagi jasad parawaliNya dengan kebaikan yang mereka lakukan; dan nasibmereka dilebihkan dari semua makhluk. Maka hidup jasad-jasadmereka adalah hidup yang terhormat, dan hidup ruh-ruh merekaadalah hidup Rabbaniyyin.’

Kandungan

Page 92: Jenis-jenis Zikir

561

Allah berfirman :

‘Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yangada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiadasesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akantetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. SesungguhnyaDia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.’

(Al-Isra’ : 44)

Dari hikmah dan kemuliaan Allah adalah Dia Maha Sucidari segala kekurangan, layak dipuji serta disucikan. Hikmahnyayang lain adalah Al-Mukallifin di langit dan dibumi supayabertasbih bagiNya agar menguntungkan diri mereka sendiri. Dialebih mengetahui semua tujuanNya.

Ibn ‘Abbas berkata : ‘Segala sesuatu hidup hanya untukbertasbih dan bertahmid kepadaNya. Semua haiwan dantumbuhan bertasbih kepadaNya. Pohon-pohon bertasbih. Tanahpun bertasbih selama tidak basah. Kalau basah, dia meninggalkantasbih. Manik-manik bertasbih selama tidak bangkit daritempatnya. Kalau bangun, dia meninggalkan tasbih. Daunbertasbih selama dia menempel di pohonnya. Kalau gugur, dia

TASBIH DAN DALILDISYARIATKAN

561

FASAL 3

Kandungan

Page 93: Jenis-jenis Zikir

562 Hakikat Tawassul dan Wasilah

meninggalkan tasbih. Air bertasbih selama dia mengalir. Kalaudiam, dia meninggalkan tasbih. Baju bertasbih selama masih baru.Kalau sudah usang, dia meninggalkan tasbih. Binatang danburung bertasbih kalau mereka bersuara. Kalau diam, merekameninggalkan tasbih. Sesuatu yang mati dan hidup hanyabertasbih, bahkan sampai suara pintu dan suara atap. Segalasesuatu bertasbih bagi Allah, baik binatang atau benda mati.’

Menunjuk tentang hal itu adalah yang diriwayatkan olehIbn Mas’ud Radiallahu‘anhu : ‘Kami menganggapnya sebagaitanda-tanda berkat, tetapi kalian menganggapnya sebagaiancaman. Kami bersama Rasulullah dalam suatu perjalanan,lalu kekurangan air. Baginda bersabda : ‘Carilah sisa-sisa air.’Kemudian seseorang datang membawa timba berisi sedikit air.Rasulullah meletak tangannya di dalam timba itu kemudianbersabda : ‘Mari menuju kepada kesucian yang penuh berkat dariAllah!’ Maka aku melihat air itu memancar dari celah jari-jariRasulullah. Kami juga mendengar tasbih dari makanansementara makanan itu dimakan.’ (Bukhari dan Al Baghawi)

Imam Muslim mengeluarkan dari Jabir bin SamurahRadiallahu‘anhu: Rasulullah bersabda: ‘Sesungguhnya diMakkah ada batu yang memberi salam kepada semua Muslimpada malam bi’thah dan aku mengetahuinya sekarang.’

Imam Al Bukhari mengeluarkan dari Ibn ‘UmarRadiallahu‘anhu : ‘Sesungguhnya Rasulullah berkhutbah denganbersandar kepada batang pohon. Setelah dibuatkan mimbar danBaginda berpindah ke sana, batang pohon itu menjadi rindu.Maka Baginda menghampiri dan mengusapnya sehingga menjaditenang.’

Di dalam hadis-hadis tersebut terdapat dalil bahawa benda-benda mati juga berbicara dan bertasbih.

Ulama Al Ma’ani berkata : ‘Tasbih langit, bumi, benda-bendamati, dan haiwan-haiwan yang tidak berakal adalah denganlisan. Hal ini menunjukkan keberadaan Sang Pencipta besertakemampuan dan kehalusan hikmahNya. Seakan-akan iaberbicara dengan itu dan mengucapkan tasbih. Dan ketahuilahbahawa Allah memiliki ilmu tentang benda-benda mati, makaseharusnya kita serahkan ilmunya kepadaNya.’

Kandungan

Page 94: Jenis-jenis Zikir

563

dengan dhammah pada huruf sin dan sukun pada hurufba’ bererti adalah Al Khuraazat, di mana orang yang bertasbihmenghitung dengan kalung tasbihnya. Ia juga merupakantathawwu’ dari zikir dan solat. Kita boleh mengatakan:

(Aku menyelesaikan tasbihku).

dengan dhammah pada huruf sin dan fathah padahuruf ba’ bererti doa dan solat tathawwu’ dan nafilah.

dengan fathah pada huruf sin dan kasrah pada hurufba’ ertinya jari setelah ibu jari(iaitu telunjuk).

Menghitung zikir dengan biji tasbih diperkenalkan di dalamIslam, dan bukan merupakan bid’ah sebagaimana dikatakan olehsesetengah orang.

Di dalam Syarah Al Azkar, An-Nawawi menerangkan sabdaNabi Sallallahu ‘alaihi wasallam sebagai berikut : ‘Bahawahitungan dengan jari-jari sering menganggu, maka sesungguhnyamasalahnya di sini berkait dengan ketelitian hitungan.’ Dari sini,lantas orang-orang menggunakan tasbih.

Di dalam Syarah Al Misykah karangan Ibn Hajar dikatakan:‘Tujuan yang hendak dicapai di sini adalah memenuhi hitunganzikir sesuai dengan yang diperintahkan di dalam hadis. Bijitasbih dalam hal ini menggantikan fungsi jari jemari yangdigunakan untuk menghitung. Jadi, anggapan bahawa haltersebut merupakan bid’ah adalah tidak benar, kecuali kalau kitamengikuti cara-cara yang dipakai oleh sebahagian orang yangpunya maksud riya’ atau main-main.’

Ibnul Jauzi berkata : ‘Sesungguhnya menghitung dengantasbih itu disukai kerana di dalam hadis dikatakan bahawaShafiyah bertasbih dengan biji kurma atau kerikil, danperbuatannya itu diakui oleh Rasulullah. Dengan demikian,menghitung tasbih tidaklah menyimpang dari tujuan zikir. Halitu diatur dengan cermat dan teliti.’

Ibn ‘Alan berkata : ‘Asal hukum diperbolehkannyamenghitung dengan tasbih itu sahih berdasarkan ketetapan Nabi

Tasbih Dan Dalil Disyariatkan

Kandungan

Page 95: Jenis-jenis Zikir

564 Hakikat Tawassul dan Wasilah

Sallallahu ‘alaihi wasallam. Perbuatan itu tidak melanggarsabdanya dan tidak boleh dianggap bid’ah.’

Imam Al Qusyairi berkata di dalam Risalahnya: ‘Akumendengar Ustaz Abu ‘Ali Ad Daqqaq berkata: ‘Di tangan AlJunaid terlihat tasbih lalu dikatakan kepadanya: ‘Engkau dengankedudukan seperti itu membawa tasbih di tangan?’ Diamenjawab: ‘Ia adalah jalan yang menghantarkanku kepadaTuhanku, jadi aku tidak mahu berpisah darinya.’

Ibn ‘Alan telah mengasingkan bab tentang tasbih di dalamAl Azkar dalam satu bahagian yang diberi judul ‘IqadulMashabih li Masyru’iyati Ittakhadzal Masabih’. Didalamnyadijelaskan tentang hal-hal yang berkaitan dengan tasbihberdasarkan berita-berita yang sahih dan athar yang cermat danterpercaya, juga perbezaan keutamaan menghitung dengantasbih atau dengan jari dalam berzikir.

Hasilnya, penggunaan tasbih untuk menghitung zikir-zikiryang berjumlah banyak boleh membantu mengarahkan hatidalam berzikir, sehingga lebih utama daripada hitungan denganjari-jari dan seumpamanya, sampai akhir penjelasannya dalamsoal ini.

Ibn Sa’id berkata di dalam Ath Thabaqat : ‘Telah diceritakanoleh ‘Ubaidillah bin Musa, dari Fathimah binti Al Husain bin‘Ali bin Abi Thalib Radiallahu‘anhu : ‘Sesungguhnya dia bertasbihdengan benang yang bersimpul di dalamnya.’

‘Abdullah bin Imam Ahmad bin Hanbal Radiallahu‘anhumengeluarkan di dalam Zawa’iduz Zuhud dari jalan Nu’aimbin Muhriz, dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, dari datuk AbuHurairah Radiallahu‘anhu, bahawa ia memiliki seutas talidengan seribu simpul, dan tidak tidur hingga menyelesaikanhitungan tasbihnya.

Al Hafiz Al Sayuthi Radiallahu‘anhu mengarang sebuahrisalah tentang tasbih yang berjudul Al Manhatu fis Subhah.Di dalam kitab tersebut beliau menjelaskan : ‘Apakah asalpemakaian tasbih itu sunnah? Aku mengumpulkan dalambahagian ini hadis-hadis dan athar-athar yang mencantumkansoal tasbih di dalamnya.’

Kandungan

Page 96: Jenis-jenis Zikir

565

Dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Daud, At-Tirmizi,An-Nasa’i, Al-Hakim dan dianggap sahih, dari Ibn ‘AmruRadiallahu‘anhu, katanya : ‘Aku melihat Nabi Sallallahu ‘alaihiwasallam menghitung tasbih dengan tangannya.’

Dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Daud, At-Tirmizi,dan Al-Hakim, dari Basirah Radiallahu‘anhu dari golonganMuhajirat, katanya :

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:‘Lakukanlah atas kalian bertasbih, bertahlil, dan mengkuduskan.Janganlah lalai sebab ia akan merosakkan tauhid. Dan hitunglahdengan jari-jemari, sebab sesungguhnya mereka akan ditanyadan akan menjawab.’

Dikeluarkan oleh At-Tirmizi, Al-Hakim dan Ath-Thabranidari Shafiyah Radiallahu‘anhu, katanya : ‘Rasulullah masuk ketempatku sedangkan di tanganku ada empat ribu biji kurma yangku pakai sebagai tasbih. Baginda bertanya : ‘Apa ini, wahai puteriHuyai?’ Aku menjawab : ‘Aku bertasbih denganNya. Rasulullahberkata : ‘Tasbihmu sejak bangun dengan apa yang ku baca lebihbanyak daripada ini.’ Aku berkata : ‘Ajarkanlah kepadaku, wahaiRasulullah.’ Baginda menjawab : ‘Katakanlah : ‘Subhanallahi‘adada maa khalaqa min syai’ (Maha Suci Allah sebanyakbilangan sesuatu yang diciptakan).’ (Hadis riwayat At Tirmizi,dikatakan sebagai hadis hasan sahih)

Dikeluarkan oleh Abu Daud, At Tirmizi dan dianggap hasan,An Nasa’i, Ibn Majah, Ibn Hibban, Al Hakim dan dianggap sahih,dari Sa’ad bin Abi Waqqash Radiallahu‘anhu :

‘Sesungguhnya dia bersama Rasulullah menemui seorangwanita yang memegang sebiji kurma atau batu kerikil yangdipakai sebagai tasbih. Maka Baginda bersabda : ‘Mahukah kuberitahu sesuatu yang lebih mudah dan lebih baik dari pada ini?:‘Subhanallahi ‘adada maa khalaqa fis sama’, wa subhanallahi‘adada maa khalaqa fil ardh, wa subhanallahi ‘adada maa bainazalika, wa subhanallahi ‘adada maa huwa khaliq, wallahu akbarmitslu zalika, wal hamdu lillahi mitslu zalika, wa laa ilaha illallahmitslu zalika,wa laa haula wa laa quwwata illa billahi mitsluzalika’.

Tasbih Dan Dalil Disyariatkan

Kandungan

Page 97: Jenis-jenis Zikir

566 Hakikat Tawassul dan Wasilah

(Maha Suci Allah sebanyak bilangan apa yang diciptakanNyadi langit, Maha Suci Allah sebanyak bilangan apa yangdiciptakanNya di bumi, Maha Suci Allah sebanyak bilangan apayang diciptakanNya di antara keduanya, Maha Suci Allahsebanyak bilangan apa yang Dialah Yang Menciptakan, danAllah Maha Besar seperti hal itu, dan segala puji bagi Allahseperti hal itu, dan tidak ada Tuhan kecuali Allah seperti halitu, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolonganAllah seperti hal itu).’

Di dalam juz Hilalul Hifar dan Mu’jamush Shahabahtulisan Al Baghawi, serta Tarikh Ibn ‘Asakir dari jalanMu’tamar bin Sulaiman dari ‘Ubai bin Ka’ab dari datuknya,Baqiyah dari Abu Shafiyah, maula Nabi Sallallahu ‘alaihiwasallam, dikatakan bahawa diletakkan di depannya sehelaipermaidani dari kulit, lalu dibawakan satu bekas berisi batu-batuan untuk bertasbih sampai tengah hari, kemudian bekastersebut disingkirkan. Sesudah solat pertama (zuhur), bekas itudibawa lagi kepadanya agar dia boleh bertasbih sampai malam.

Imam Ahmad mengeluarkan di dalam kitabnya, Az Zuhuddengan Sanad dari Yunus bin ‘Ubaid dari ibunya berkata : ‘Akumelihat Abu Shafiyah, dia adalah sahabat Nabi Sallallahu ‘alaihiwasallam dan tetangga kami.’ Dikatakan : ‘Dia bertasbih denganbatu kerikil.’

Dikeluarkan oleh Ibnu Sa’ad dari Hakim bin Ad Dailamibahawa Sa’ad bin Abi Waqqash bertasbih dengan batu kerikil.

Ibn Abi Syaibah menggeluarkan di dalam Al Mushannafdari pembantu Sa’ad bahawa Sa’ad bertasbih dengan batu kerikilatau biji kurma.

Ibn Sa’ad berkata didalam kitab Ath Thabaqat: Dari‘Ubaidillah bin Musa, dari Jabir, dari seorang wanita, dariFatimah binti Al Husain bin ‘Ali bin Abi Thalib Radiallahu‘anhu:‘Bahawa dia bertasbih dengan benang yang tersimpul.’

‘Abdullah bin Imam Ahmad bin Hanbal Radiallahu‘anhumengeluarkan di dalam Zawa’iduz Zuhud dari jalan Nu’aimbin Muhriz dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu, dari datuk AbuHurairah Radiallahu‘anhu bahawa dia memiliki seutas tali

Kandungan

Page 98: Jenis-jenis Zikir

567

dengan seribu simpul, dan tidak tidur sampai menyelesaikanhitungan tasbihnya.

Ahmad mengeluarkan di dalam Az Zuhud dengan sanaddari Al Qasim bin ‘Abdurrahman, katanya : ‘Abu Darda’mempunyai biji-biji kurma yang disimpan di dalam sebuahkantong. Apabila solat siang, dia mengeluarkan biji kurmatersebut satu persatu dan bertasbih dengannya sampai habis.’

Ibn Sa’ad mengeluarkan dari Abu Hurairah Radiallahu‘anhu,bahawa ia bertasbih dengan biji-biji kurma yang berbelah.

Ad Darami mengeluarkan di dalam Musnadul Firdausdengan sanad dari ‘Abdush Shamad bin Musa, katanya : ‘Akudiberitahu oleh Zainab binti Sulaiman bin ‘Ali, dari UmmulHassan binti Ja’far bin Al Husin, dari ayahnya, dari datuknya,dari ‘Ali secara marfu” katanya : ‘Alangkah indahnya tasbihuntuk zikir.’

Di keluarkan oleh Ibn Abi Syaibah dari Abu Sa’ad Al Khudribahawa ia bertasbih dengan batu kerikil.

Dikeluarkan dari jalan Ibn Nadhrah, dari seseorang, dariAth Thafawah, katanya: ‘Aku singgah kepada Ibrahim‘Alaihissalam dan ia membawa satu kantong berisi batu kerikilatau biji kurma, lalu bertasbih dengannya sampai habis.’

Dikeluarkan dari Zadzan, katanya : ‘Aku mengambil tasbihUmmu Ya’qub. Apabila sampai ‘Ali, dia berkata : ‘Kembalikantasbih Ummu Ya’qub.’

Didalam kitab Tuhfatul ‘Ibad tulisan terakhir ‘Ashir Al JalalAl Balkani terdapat satu fasal yang bagus dalam soal tasbih.Dia berkata : ‘Sebahagian ulama berpendapat bahawa bertasbihdengan jari-jemari lebih baik daripada menggunakan tasbih.’Pendapat ini berdasarkan pada hadis Ibn ‘Amru. Namundikatakan juga bahawa menggunakan tasbih lebih kecilkemungkinannya untuk salah hitung daripada mengunakan jari.Jadi seolah-olah hitungan dengan jari lebih utama, tetapi dengantasbih lebih baik.

Tasbih banyak di pakai tokoh-tokoh terpandang dan banyakdi tiru dan diandalkan, misalnya seperti Abu Hurairah r.a. yang

Tasbih Dan Dalil Disyariatkan

Kandungan

Page 99: Jenis-jenis Zikir

568 Hakikat Tawassul dan Wasilah

memiliki benang dengan seribu simpul. Seolah-olah, dia tidaktidur sebelum mencapai dua belas ribu bacaan tasbih.

Kata ‘Ikrimah : ‘Didalam Sunan Abu Daud terdapat hadisdari Abi Nadhrah Al Ghifari, katanya : ‘Aku diberitahu seorangsyaikh dari Thafawah : ‘Aku bertemu kepada Abu HurairahRadiallahu‘anhu di Madinah. Maka aku tidak melihat adaorang yang lebih kuat dan lebih teliti terhadap tamunya.’Dikatakan : ‘Ketika aku berada disisinya pada suatu harisementara dia di pembaringannya, di sampingnya ada sekarungbatu kerikil atau biji kurma, dan dibawahnya ada seorang jariahberkulit hitam. Dia bertasbih dengannya, dan kalau apa yangada didalam karung itu habis, maka diberikan kepadanyasekarung lagi untuk tasbih.’

Abu Hurairah Radiallahu‘anhu bertasbih dengan biji kurmayang berbelah. Sisi yang satu digosok hingga putih, sedangkansisi lainnya dibiarkan dengan aslinya. Semua biji kurma yangberwarna putih dan berwarna asli itu terbelah.

Al Hafizh ‘Abdul Ghani berkata di dalam kitabnya, Al Kamal,di dalam terjemahan Abu Darda’ ‘Uwaimir Radiallahu‘anhu,bahawa dia membaca seratus ribu tasbih dalam sehari.

Disebut pula bahawa Salamah bin Syaib berkata : ‘Khalidbin Ma’dan membaca dalam seharinya empat puluh ribu tasbih,disamping bacaan lainnya. Dia membasuh jari-jemarinya,kemudian menggerak-gerakkannya yakni dengan tasbih. Apayang diketahuinya oleh orang yang meneliti, jumlah bolehmencapai seratus ribu atau empat puluh ribu yang tidak bolehdi hitung dengan jari-jemari.’

Hal itu benar dan menguatkan boleh hitungannya dilakukandengan saranan tertentu.

Abu Muslim Al-Khaulani Radiallahu‘anhu juga mempunyaitasbih. Pada suatu malam, dia bangun dengan tasbihditangannya. Dikatakan : ‘Tasbih itu berputar sampai kesikunya,lalu dia bertasbih. Maka Abu Muslim menoleh sementara tasbihitu berputar ditangannya lalu berkata :

Kandungan

Page 100: Jenis-jenis Zikir

569

Abu Muslim berkata: ‘Kemarilah Ummu Muslim! Lihatlahkeajaiban yang menakjubkan ini.’ Dikatakan : ‘Lalu datanglahUmmu Muslim sementara tasbih itu berputar dan bertasbih.Namun begitu apabila dia duduk, tasbih itu diam.’

Berkatalah Syaikhul Imam Al-Arif ‘Umar Al Bazzar bahawatasbih Syaikh Abi Wafa’ apabila diletakkan di atas tanah akanberputar sendiri satu persatu.

Al-Qadhi ‘Abul Abbas Ahmad bin Khalkan menyebut di dalamWafiyatul A’yan : ‘Pada suatu hari dia melihat tasbih di tanganAbu Qasim Al-Junaid, maka dikatakan kepadanya : ‘Anda,dengan kedudukan seperti itu, membawa-bawa tasbih di tangan?’Dia menjawab : ‘Ini adalah jalan yang menghantarkan akukepada Tuhanku.’

Dikatakan : ‘Dan telah ku riwayatkan dalam berita berantaiiaitu berita yang disampaikan kepadaku oleh Syaikh kami, Abu‘Abdullah Muhammad bin Abi Bakar bin Abdullah dari lafaznyadan aku melihat tasbih di tangannya.’ Dikatakan : ‘Akudiberitahu oleh Imam Abul’ Abbas Ahmad bin Abi Mahasin Yusufbin Baniyas tentang bacaanku kepadanya, dan aku melihat adatasbih di tangannya.’ Katanya : ‘Kami diberitahu oleh AbulMunzir Yusuf bin Muhammad bin Mas’ud At-Tirmizi : ‘Akumelihat di tangannya ada tasbih.’ Dikatakan aku membacakanbagi Syaikh kami, Abu Thana : ‘Aku melihat di tangannya adatasbih.’ Dikatakan : ‘Kami di beritahu oleh ‘Abdush Shamad binAhmad bin Abdul Qadir, dan aku melihat dia memegang tasbih.’Dikatakan kami diberitahu oleh Abu Muhammad Yusuf bin AbuFarj ‘Abdurrahman bin ‘Ali : ‘Dan aku melihat ada tasbih ditangannya.’ Dikatakan : ‘Aku di beritahu oleh ayahku, danmelihat di tangannya ada tasbih.’ Dikatakan : ‘Aku bertanyakepada ayahku, Abu Bakar Muhammad bin ‘Ali As Salami AlHadad : ‘Apakah engkau melihat ditangannya ada tasbih?’Dijawab : ‘Benar’. Dikatakan : ‘Aku melihat Abu Nasir ‘AbdulWahhab bin Abdullah bin Umar Al Mukri, dan aku melihatditangannya ada tasbih.’

Dikatakan : ‘Aku melihat Abu Hasan ‘Ali bin Al Hasan binAbul Qasim, orang yang dikasihi dan termasuk golongan sufi.Aku mendengar Abu Hasan Al Maliki berkata: ‘Telah ku lihat di

Tasbih Dan Dalil Disyariatkan

Kandungan

Page 101: Jenis-jenis Zikir

570 Hakikat Tawassul dan Wasilah

tangannya ada tasbih’, lalu aku berkata : ‘Wahai Ustaz, apakahanda sampai sekarang memakai tasbih?’ Dia menjawab : ‘Begitupulalah aku melihat guruku, Al Jadid, tangannya memegangtasbih, maka aku berkata kepdanya : ‘Wahai Ustaz, andamenggunakan tasbih?’ Dia menjawab : ‘Benar, juga kulihat halitu pada guruku, Sirri bin Mughlis As Saqathi, bahawaditangannya ada tasbih. Maka aku berkata : ‘Wahai Ustaz, andamemakai tasbih?’ Dia menjawab : ‘Demikian juga apa yangkulihat pada guruku, Ma’ruf Al Karkhi, di tangannya ada tasbih.Lalu aku bertanya sebagaimana engkau bertanya, lalu diaberkata : ‘Juga kulihat guruku, Bisyri Al Hafi, dan di tangannyaada tasbih. Akupun bertanya sebagaimana engkau bertanya, dandia berkata : ‘Aku melihat guruku ‘Umar Al Maliki, tangannyamemegang tasbih. Akupun bertanya sebagaimana engkaubertanya, dan dia berkata : ‘Aku melihat guruku, Al Hasan AlBasri, di tangannya ada tasbih. Lalu aku berkata : ‘Kedudukananda mulia dan ibadah anda baik sekali, tetapi anda sekarangmembawa tasbih?’ Dia menjawab kepadaku : ‘Ada sesuatu yangdari awal ku pakai dan aku tidak akan meninggalkan akhirnya.Aku ingin berzikir kepada Tuhanku dengan hatiku, tanganku,dan lidahku.’

Ibn Khalkan berkomentar dalam hal ini dan berkata : ‘Makaseandainya penggunaan tasbih tidak disepakati oleh mereka,nescaya orang-orang pun tidak mengikuti mereka atau mencariberkat mereka. Mengambil pelajaran dari masalah yang pentingdan kuat ini, bagaimana mungkin orang berzikir kepada Allahdengan menggunakannya?’

Sesungguhnya di dalam berzikir kepada Allah, seseoranghanya perlu melihat tasbihnya sedikit saja. Ini adalahkeuntungan yang paling besar, dan itu sebabnya alat itu di sebutoleh sebahagian ulama salaf sebagai rahmat Allah.

Keuntungan yang lain adalah bahawa tasbih itu menolongkesinambungan zikir seseorang. Setiap kali melihatnya, dia akaningat untuk berzikir, sebab tasbih adalah sarana penghitungzikir. Maka alangkah baiknya kalau tasbih itu sentiasa dibawaagar mudah pembawanya untuk berzikrullah. Sebahagian ulama

Kandungan

Page 102: Jenis-jenis Zikir

571

menyebutnya penyambung hubungan, dan sebahagian lagimenyebutnya tali hati.

Tidak satu pun orang-orang dahulu mahupun penerusnyayang mengutip tentang penolakan menghitung zikir dengantasbih. Bahkan kebanyakan mereka menghitung dengannya.Ditanyakan kepadanya : ‘Apakah engkau menghitung untukAllah?’ Maka dijawab : ‘Tidak, tetapi aku menghitung bilanganzikir.’ Maksudnya, kebanyakan zikir yang jumlahnya telahditentukan oleh sunnah yang mulia itu tidak mencukupi biladihitung menggunakan jari-jemari. Andaipun dilakukan,kesibukan menghitung dengan jari itu boleh menghilangkankekhusyukan, padahal kekhusyukan itulah yang sangatdiperlukan di dalam zikir.

Dikeluarkan oleh Ibn ‘Asakir di dalam Tarikhnya dari Bakarbin Khunais dari seorang Sammah, katanya : ‘Di tangan AbuMuslim Al Khaulani terdapat tasbih, yang mana dia biasabertasbih dengannya. Kemudian dia bangkit dengan tasbih masihditangannya. Tiba-tiba tasbih itu berputar ke arah sikunya dan

bertasbih : Maka berkatalah AbuMuslim : ‘Wahai Ummu Muslim! Lihatlah keajaiban yangmenakjubkan ini.’ Lalu datanglah Ummu Muslim sementaratasbih itu berputar dan bertasbih. Namun begitu dia duduk,tasbih itu diam.’

Jelaslah kebolehan pemakaian tasbih dan dianjurkanpemakaiannya, maka kebanyakan ulama dan fuqaha jugamengizinkannya.

Ibn ‘Abidin berkata di dalam catatannya yang termasyhur :‘Pemakaian tasbih tidak perlu dipersoalkan, dan dalil-dalilpembolehannya telah diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tirmizi,An Nasa’i, Ibn Hibban dan Al Hakim, yang dikatakan bersanadsahih.’

Dari Sa’ad bin Abi Waqqash Radiallahu‘anhu: ‘Sesungguhnyadia bersama Rasulullah menemui seorang wanita yang memegangbiji kurma atau kerikil yang dipakai sebagai tasbih. Maka Bagindabersabda: Mahukah ku beritahu sesuatu yang lebih mudah danlebih baik dari pada ini? : Subhanallahi ‘adada maa khalaqa fis

Tasbih Dan Dalil Disyariatkan

Kandungan

Page 103: Jenis-jenis Zikir

572 Hakikat Tawassul dan Wasilah

sama’, wa subhanallahi ‘adada maa khalaqa fil ardh, wasubhanallahi ‘adada maa baina zalika, wa subhanallahi ‘adadamaa huwa khaliq, wallahu akbar mitslu zalika, wal hamdu lillahimithlu zalika, wa laa ilaha illallah mithlu zalika, wa laa haulawa laa quwwata illa billahi mithlu zalika’ (Maha Suci Allahsebanyak bilangan apa yang diciptakan-Nya di langit, Maha SuciAllah sebanyak bilangan apa yang diciptakan-Nya di bumi, MahaSuci Allah sebanyak bilangan apa yang diciptakan-Nya di antarakeduanya, Maha Suci Allah sebanyak bilangan apa yang DialahYang Menciptakan, dan Allah Maha Besar seperti hal itu, dansegala puji bagi Allah seperti hal itu, dan tidak ada Tuhan kecualiAllah seperti hal itu, dan tidak ada daya dan kekuatan kecualidengan pertolongan Allah seperti hal itu).’

Berdasarkan cahaya petunjuk Nabawi yang terperinci ini,nampaklah bahawa Rasulullah tidak melarang hal itu. Bagindahanya menunjukkan sesuatu yang lebih mudah dan lebih utama,walaupun menjadi makruh atau terlarang untuk dijelaskan olehRasulullah baginya.

Tasbih memang tidak disebut-sebut di dalam hadis ini, sebabhadis itu hanya menyebut tentang biji kurma yang dirangkaidengan tali. Namun hal seperti itu tidak menimbulkan adanyalarangan. Tidak ada keanehan, bahkan tidak ada kerahan untukmenerima penggunaan tasbih. Jama’ah fuqaha yang baik darigolongan sufi yang suci lainnya biasa melakukan zikir dengantasbih.

Hadis-hadis tentang tasbih banyak berkait denganperbicaraan tentang hukum zikrullah, khususnya setelah solatsubuh. Zikir memang diharuskan atas seorang mukmin di segalawaktu dan tempat. Namun zikrullah setelah subuh memilikimanzilah yang khusus dan kedudukan yang tinggi, yang perlumendapatkan perhatian para ulama. Telah tertera bahawaamalan yang paling utama setelah solat fajar adalah kesibukanberzikir kepada Allah. Berbeza dengan apa yang disangka orangbahawa membaca Al Qur’anul Karim setelah subuh lebih utamadan mulia. Hal itu diterangkan di dalam banyak hadis,diantaranya :

Kandungan

Page 104: Jenis-jenis Zikir

573

Dari Abu Umamah Radiallahu‘anhu , katanya: RasulullahSallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : ‘Barangsiapa solat pagi(subuh) berjama’ah, kemudian duduk untuk berzikir kepadaAllah sehingga matahari naik, lalu bangun untuk solat duaraka’at, maka sama dengan pahala haji dan ‘umrah.’ (Hadisriwayat Ath Thabrani, sanadnya hasan, seperti yang tertera didalam Majmu’uz Zawa’id)

Dari Anas bin Malik Radiallahu‘anhu , katanya :

Rasulullah bersabda : ‘Barangsiapa solat fajar berjamaahlalu duduk untuk berzikir kepada Allah sehingga mataharitinggi, kemudian solat dua rakaat, dia mendapatkan pahalalaksana pahala haji dan ‘umrah sepenuhnya.’ (Hadis riwayatAt Tirmizi dalam Sunannya dan dianggap hasan)

Dari ‘Imarah Radiallahu‘anhu, katanya: ‘Aku mendengarUmmul Mu’minin – iaitu ‘Aisyah Radiallahu‘anha – berkata: ‘Akumendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:‘Barangsiapa solat fajar lalu duduk di tempatnya dan tidakmelakukan sesuatu tentang urusan dunia, dan berzikir kepadaAllah sehingga matahari naik, lalu solat dhuha empat rakaat,maka dia keluar dari dosa-dosanya seperti baru dilahirkan olehibunya tidak ada dosa baginya.’

(Hadis riwayat Abu Ya’la, Ath Thabrani di dalam Majmu’azZawaid)

Dari Mu’az bin Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w.bersabda: ‘Barangsiapa melakukan solat fajar, kemudian dudukuntuk berzikir kepada Allah sampai matahari naik, makadiwajibkan atasnya syurga.’ (Hadis riwayat Abu Ya’la di dalamkitab Kanzul ‘Amal)

Dari Al Hasan bin ‘Ali Radiallahu‘anhu, katanya: ‘Akumendengar datukku, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallambersabda : ‘Tidak ada seorang hamba yang melakukan solatsubuh, lalu duduk untuk berzikir kepada Allah hingga matahari

Tasbih Dan Dalil Disyariatkan

Kandungan

Page 105: Jenis-jenis Zikir

574 Hakikat Tawassul dan Wasilah

naik kecuali akan dilindungi dari neraka.’ (Hadis riwayat AthThabrani, disebutkan di dalam Kanzul Amal)

Para fuqaha Al Hanafiyah telah menerangkan keunggulanzikir setelah solat fajar hingga matahari naik, yang diambil darihadis-hadis tersebut.

CLICK HERE TO CONTINUE...

Kandungan