Jenis pendahuluan bm

15
Pendahuluan Jenis Definisi Tajuk/Tema: Berjimat cermat Skop/Fokus Soalan: Langkah-langkah untuk menggalakkan masyarakat berjimat cermat Berjimat cermat merupakan satu amalan perbelanjaan wang secara berhemat atau penggunaan sesuatu dengan tidak boros. Sejak kebelakangan ini, negara kita mengalami krisis ekonomi dan masalah kejatuhan nilai mata wang. Bagi mengatasi keadaan ini, maka sikap berjimat cermat patut diamalkan oleh setiap rakyat. Sikap rakyat yang suka berjimat cermat akan mengelakkan meningkatnya kadar inflasi, yakni satu keadaan apabila permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan melebihi penawaran barang dan perkhidmatan tersebut yang akan menyebabkan kenaikan harga. Sikap borong dilarang oleh Tuhan. Malah, kerajaan Malaysia juga menyeru rakyat supaya berjimat cermat, bukan sahaja untuk mematuhi ajaran agama , tetapi untuk membantu memulihkan ekonomi negara. Oleh itu, langkah-langkah berjimat cermat patut kita rancangkan demi menjamin kehidupan yang sempurna sepanjang masa, lebih-lebih lagi dalam menghadapi masa depan yang belum diketahui keadaannya. Pendahuluan Jenis Pendapat Tokoh Tajuk/Tema: Hubungan ibu bapa dengan sekolah Skop/Fokus Soalan: Faktor-faktor yang menyebabkan hubungan ibu bapa dengan sekolah renggang Pakar motivasi, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah berkata, Kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah berasrama gagal mewujudkan hubungan rapat dengan pihak sekolah terutamanya guru yang sepatutnya boleh membantu mereka memantau kegiatan pelajar terbabit di asrama. Ketika mengulas tentang kejadian seorang pelajar yang mati dipercayai selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior , Dato' Dr. Fadzilah Kamsah berkata, ibu bapa sepatutnya menjadikan perjumpaan dengan guru dan pihak sekolah sebagai rutin untuk mendapatkan pandangan positif serta memantau perkembangan anak- anak., terutamanya yang belajar di sekolah berasrama. Sekiranya ibu bapa dan guru saling berhubungan serta mengenali antara satu sama lain, ibu bapa akan mendapat laporan yang terus daripada guru mengenai pencapaian atau kegiatan terbabit di sekolah. Oleh itu, untuk mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah supaya anak-anak yang tinggal di asrama mendapat perhatian, maka semua pihak haruslah mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Pendahuluan Jenis Persoalan Tajuk/Tema: Kemalangan jalan raya Skop/Fokus Soalan: Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kadar kemalangan jalan raya

description

pendahuluan berguna

Transcript of Jenis pendahuluan bm

Page 1: Jenis pendahuluan bm

Pendahuluan Jenis Definisi

Tajuk/Tema: Berjimat cermatSkop/Fokus Soalan: Langkah-langkah untuk menggalakkan masyarakat berjimat cermat

          Berjimat cermat merupakan satu amalan perbelanjaan wang secara berhemat atau penggunaan sesuatu dengan tidak boros. Sejak kebelakangan ini, negara kita mengalami krisis ekonomi dan masalah kejatuhan nilai mata wang. Bagi mengatasi keadaan ini, maka sikap berjimat cermat patut diamalkan oleh setiap rakyat. Sikap rakyat yang suka berjimat cermat akan mengelakkan meningkatnya kadar inflasi, yakni satu keadaan apabila permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan melebihi penawaran barang dan perkhidmatan tersebut yang akan menyebabkan kenaikan harga. Sikap borong dilarang oleh Tuhan. Malah, kerajaan Malaysia juga menyeru rakyat supaya berjimat cermat, bukan sahaja untuk mematuhi ajaran agama , tetapi untuk membantu memulihkan ekonomi negara. Oleh itu, langkah-langkah berjimat cermat patut kita rancangkan demi menjamin kehidupan yang sempurna sepanjang masa, lebih-lebih lagi dalam menghadapi masa depan yang belum diketahui keadaannya.

Pendahuluan Jenis Pendapat Tokoh

Tajuk/Tema: Hubungan ibu bapa dengan sekolahSkop/Fokus Soalan: Faktor-faktor yang menyebabkan hubungan ibu bapa dengan sekolah renggang

          Pakar motivasi, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah berkata, “Kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah berasrama gagal  mewujudkan hubungan rapat dengan pihak sekolah terutamanya guru yang sepatutnya boleh membantu mereka memantau kegiatan pelajar terbabit di asrama. Ketika mengulas tentang kejadian seorang pelajar yang mati dipercayai selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior , Dato' Dr. Fadzilah Kamsah berkata, ibu bapa sepatutnya menjadikan perjumpaan dengan guru dan pihak sekolah sebagai rutin untuk mendapatkan pandangan positif serta memantau perkembangan anak-anak., terutamanya yang belajar di sekolah berasrama. Sekiranya ibu bapa dan guru saling berhubungan serta mengenali antara satu sama lain, ibu bapa akan mendapat laporan yang terus daripada guru mengenai pencapaian atau kegiatan terbabit di sekolah. Oleh itu, untuk mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah supaya anak-anak yang tinggal di asrama mendapat perhatian, maka semua pihak haruslah mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

Pendahuluan Jenis Persoalan

Tajuk/Tema: Kemalangan jalan rayaSkop/Fokus Soalan: Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kadar kemalangan jalan raya

          Dewasa ini, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa, terutamanya pada musim perayaan. Adakah kemalangan jalan raya terjadi akibat kelalaian diri sendiri atau kelalaian orang lain? Mengapakah jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat dari setahun

Page 2: Jenis pendahuluan bm

ke setahun, khususnya pada cuti perayaan? Apakah punca sebenar kemalangan berlaku? Mengapakah kemalangan jalan raya banyak membabitkan motosikal dan bas ekspress berbanding dengan kenderaan lain.? Bagaimanakah kita hendak mengelak atau mengurangkan kadar kemalangan jalan raya? Adakah dengan mengadakan kempen keselamatan  jalan raya kita dapat mengawal kemalangan jalan raya? Mungkin ada antara kita yang mengatakan bahawa kemalangan jalan raya disifatkan sebagai takdir daripada Tuhan. Persoalannya, apakah faktor-faktor sebenarnya yang menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku?

Pendahuluan Jenis Peribahasa

Tajuk/Tema: Semangat KejirananSkop/Fokus Soalan: Langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat

          Sejak belakangan ini, semangat kejiranan dan amalan gotong-royong semakin tipis dalam masyarakat kita. Jikalau dahulu peribahasa seperti “ringan sama dijinjing, berat sama dituruni”, dan “hati gajah sama dilapah sama dilapah, hati kuman sama dicecah” menjadi pegangan hidup masyarakat. Dalam zaman yang serba canggih dengan teknologi yang tinggi, manusia tidak lagi mementingkan semangat kejiranan. Bagi mereka amalan gotong-royong dianggap kerja yang membuang masa dan sia-sia sahaja. Mereka hidup seperti “enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing” dan “masing-masing perahu, masing-masing kayuh”. Jadi, bagaimanakah kita hendak memupuk semangat kejiranan dalam sanubari setiap warganegara kita?

Pendahuluan Jenis Puisi

Tajuk/Tema: Kepentingan ilmuSkop/Fokus Soalan: Faedah-faedah menuntut ilmu

Berburu ke padang datar,Dapat rusa belang kaki;Berguru kepalang ajar,Bagai bunga kembang tak jadi.

Bintang tujuh sinar berseri,Bulan purnama datang menerpa;Ajaran guru hendak di cari,Mana yang dapat janganlah lupa.

          Daripada pantun dua rangkap di atas, kita dapat melihat bahawa ilmu sangat penting dan setiap orang digalakkan menuntut ilmu. Hal ini demikian kerana ilmu dapat diibaratkan seperti obor yang dapat menerangi malam yang terang, bahkan ilmu dikatakan menjadi teman ketika keseorangan, dijadikan teman ketika keseorangan, dijadikan teman ketika diperantauan, dan menjadi penyuluh dalam kegelapan. Kini, kita mendapati bahawa orang yang berilmu mencapai kejayaan dalam hidup mereka, manakala orang yang jahil terkial-kial entah di mana. Oleh itu, setiap orang digalakkan menuntut ilmu kerana ilmu

Page 3: Jenis pendahuluan bm

mempunyai pelbagai faedah dan manfaatnya.

Pendahuluan Jenis Gabungan

Tajuk/Tema: Kesesakan lalu lintasSkop/Fokus Soalan: Langkah-langkah untuk mengatasi kesesakan lalu lintas

Kini, kesesakan lalu lintas merupakan satu masalah yang masih cuba diatasi oleh pihak berkuasa. Kesesakan lalu lintas telah menjadi satu fenomena yang bukan sahaja menyusahkan para pengguna jalan raya, tetapi boleh menimbulkan masalah sosial, pencemaran alam sekitar, dan psikologi kepada penghuni bandar-bandar besar. Kesesakan lalu lintas menjadi cabaran kepada pihak berkuasa tempatan sehingga segala tumpuan dan tenaga telah dicurahkan untuk menangani masalah ini. Keadaan ini bertambah buruk apabila bilangan penduduk serta kenderaan seperti kereta, bas, dan lori bertambah seperti kedatangan kelkatu selepas hujan di kawasan tersebut. Menurut satu rencana yang disiarkan dalam majalah Dewan Siswa menunjukkan Kuala Lumpur telah dilanda sindrom kesesakan lalu lintas yang amat parah. Banyak kenderaan tersadai di jalan raya dan menimbulkan kekucar-kaciran dalam sistem perhubungan dan pengangkutan. Apakah langkah-langkah yang wajar dan drastik perlu diambil untuk membanteras masalah ini? Kempen kongsi kereta yang dilancarkan oleh kerajaan tidak membawa sebarang kesan. Oleh itu, setiap pihak haruslah mengambil inisiatif dan memberi komitmen supaya kesesakan lalu lintas yang semakin menjadi-jadi dapat dikurangkan atau dibendung.

Tajuk: Gejala Sosial Skop : Langkah-langkah untuk membendung gejala sosial Gejala sosial bermaksud perbuatan buruk atau negatif yang dilakukan oleh segelitir anggota masyarakat. Hal ini jika tidak dibendung mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat. Kini, gejala ini membabitkan golongan muda yang akan menjadi pewaris pucuk pimpinan negara ini, malah gejala ini melibatkan pelajar sekolah. Antara kes yang membabitkan pelajar sekolah ialah ponteng sekolah, mengugut guru, merosakkan harta benda awam, membuli pelajar junior sehingga menyebabkan kematian, dan sebagainya. Manakala, kes-kes yang membabitkan golongan muda ialah penyalahgunaan dadah, curi motosikal, pecah rumah, lumba haram, dan sebagainya. Masalah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu, langkah kerajaan mengadakan Program Latihan Khidmat Negara merupakan satu langkah wajar untuk membendung gejaa sosial dalam kalangan remaja. Selain itu, langkah-langkah lain, perlu dijalankan untuk membendung gejala sosial yang membabitkan golongan remaja. 2)Pendahuluan jenis Pendapat Tokoh Dalam pendahuluan jenis ini, anda memaparkan pendapat tokoh berkaitan dengan tajuk perbincangan. Tokoh yang dikemukakan itu boleh yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia, tetapi tokoh tersebut hendaklah yang dikenali oleh kebanyakan orang. Pendapat ini ditulis dalam bentuk prosa atau dalam bentuk dialog, yakni dalam pengikat kata. Pendahuluan jenis ini sesuai untuk karangan jenis deskriptif, syarahan, ceramah, ucapan, rencana dan perbahasan. Tajuk : Tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia Skop : Cara-cara untuk memupuk minat membaca Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti

Page 4: Jenis pendahuluan bm

Sains Malaysia 9USM), Tan Sri Ani Arope mengatakan bahawa rakyat Malaysia belum bersedia menjadikan amalan membaca sebagai tabiat harian mereka untuk menggantikan tabiat lain, terutamanya makan. Beliau mengatakan bahawa membaca ialah tabiat yang amat mustahak berbanding makan kerana setiap bahan bacaan berupaya mendatangkan pelbagai idea untuk kegunaan manusia. Ketika berucap merasmikan pelancaran buku penerbit USM di Dewan Kuliah A, Universiti Sains Malaysia pada 27 Mac 2004, beliau berkata "Jadual makanan boleh ubah. Cuba jangan lupa membaca. Tabiat membaca rakyat negara ini amat kurang berbanding dengan penduduk di negara Asia lain seperti Jepun, Korea dan China. Orang Jepun misalnya, membaca dua buah buku sebulan. Orang kita nak baca dua buah buku setahun pun payah. Selepas keluar universiti pun, lupa membaca. Kita perlu membangkitkan budaya membaca ini. Saya fikir masyarakat harus kembali kepada buku, khususnya bacaan yang lebih serius dan bermotifkan ilmu pengetahuan. Walaupun perkembangan penerbitan di negara kita semakin pesat, namun tentunya tidak serancak perkembangan penerbitan majalah hiburan dan bacaan ringan yang lebih banyak melaporkan mengenai dunia artis dan glamor." Berdasarkan kenyataan Tan Sri Ani Arope di atas, maka usaha-usaha perlu dilaksanakan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. 3) Pendahuluan jenis Suasana -Dimulakan dengan mengisahkan satu keadaan atau suasana di suatu tempat yang akan dijadikan fokus untuk tajuk karangan. -Jadi, pendahuluan jenis ini sesuai untuk karangan jenis cerita dan dekriptif. Tajuk: Boros berbelanja Skop: Kesan jika masyarakat suka berbelanja boros Selepas tamat kelas tuisyen, saya pun keluar dari rumah Cikgu Siva dan menuju ke stesen bas untuk menaiki bas pulang ke rumah yang sejauh empat kilometer dari pusat bandar Sungai Petani. Dalam perjalanan ke stesen bas, saya mendapati sekelompok orang sedang menuju ke sebuah pasar raya. Pelanggan masuk dan keluar dari pasar raya itu. Setelah itu, baharulah saya mengetahui bahawa pasar raya itu sedang mengadakan promosi jualan hebat bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.Pengunjung pasar raya itu terpaksa ber asak-asak masuk kerana pasar raya itu terlalu sesak.Manakala,orang yang keluar dari pasar raya saya didapati menjinjing barangan di kedua-dua belah tagan.Mereka membeli barangan,makanan,dan pakaian dalam kuantiti yang banyak.Tidak hairanlah kadar inflasi di negara kita semakin meningkat dari setahun ke setahun.Sikap boros dan membeli tanpa perancangan patu di kawal dan sebaliknya sikap berjimat cermat patut diamalkan kerana berjimat cermat patut diamalkan kerana berjimat cermat merupakan satu amalan nilai murni.Sekiranya semua rakyat Malaysia boros berbelanja,maka pelbagai kesan akan timbul kelak. 4)Pendahuluan jenis Persoalan - Mudah ditulis kerana pelajar perlu menulis banyak ayat tanya tentang tajuk, yakni mengemukakan beberapa persoalan yang dibincangkan dalam isi karangan. -Sesuai untuk karangan jenis perbahasan, syarahan, ceramah, ucapan dan deskriptif. Tajuk : Kemalangan jalan raya Skop : Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kadar kemalangan jalan raya Dewasa ini, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa, terutamanya pada musim perayaan. Adakah kemalangan jalan raya terjadi akibat kelalaian diri-sendiri atau kelalaian orang lain? Mengapakah jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat dari setahun ke setahun, khususnya pada cuti perayaan?

Page 5: Jenis pendahuluan bm

Apakah punca sebenar kemalangan berlaku? Mengapakah kemalangan jalan raya banyak membabitkan motosikal dan bas ekspres berbanding dengan kenderaan lain? Bagaimanakah kita hendak mengelak atau mengurangkan kadar kemalangan jalan raya? Adakah dengan mengadakan kempen keselamatan kita dapat mengawal kadar kemalangan jalan raya? Mungkin ada anatara kita yang mengatakan bahawa kemalangan jalan raya hanya disifatkan sebagai takdir daripada Allah. Persoalannya, apakah faktor-faktor sebenarnya yang menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku? Pendahuluan jenis Peribahasa, Pepatah dan Cogan Kata -Mengandungi beberapa peribahasa, pepatah, atau cogan kata yang ada kaitan dengan tajuk yang hendak dibincangkan. -Pelajar-pelajar tidak dikehendaki menghuraikan maksud peribahasa, pepatah, dan cogan kata yang diberi. -Sesuai untuk karangan jenis perbahasan, ucapan, ceramah, syarahan, dan deskriptif. Tajuk : Belia Skop : Peranan belia dalam pembangunan negara Peribahasa Melayu dicipta untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup masyarakat Melayu. Antara peribahasa Melayu yang menggambarkan peranan belia dalam pembangunan negara ialah “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya” dan “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Kedua-dua peribahasa ini menekankan kepentingan daya usaha semua golongan masyarakat, terutamanya golongan belia dalam membangunkan negara. Hal ini membuktikan bahawa pembangunan negara memang bergantung kepada golongan belia kerana “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”, “generasi muda pelapis dan peneraju wawasan”, “remaja penggerak wawasan”, “generasi muda wawasan bangsa”, dan banyak lagi. Oleh itu, pembangunan negara memang dipertanggungjawabkan kepada golongan belia untuk merealisasikan Wawasan 2020 seperti kata pepatah “satu matlamat,satu wawasan”. Oleh itu, setiap belia perlu mengetahui peranan mereka dalam memajukan dan membangunkan negara ini. 

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwinTajuk: Gejala Sosial Skop : Langkah-langkah untuk membendung gejala sosial Gejala sosial bermaksud perbuatan buruk atau negatif yang dilakukan oleh segelitir anggota masyarakat. Hal ini jika tidak dibendung mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat. Kini, gejala ini membabitkan golongan muda yang akan menjadi pewaris pucuk pimpinan negara ini, malah gejala ini melibatkan pelajar sekolah. Antara kes yang membabitkan pelajar sekolah ialah ponteng sekolah, mengugut guru, merosakkan harta benda awam, membuli pelajar junior sehingga menyebabkan kematian, dan sebagainya. Manakala, kes-kes yang membabitkan golongan muda ialah penyalahgunaan dadah, curi motosikal, pecah rumah, lumba haram, dan sebagainya. Masalah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu, langkah kerajaan mengadakan Program Latihan Khidmat Negara merupakan satu langkah wajar untuk membendung gejaa sosial dalam kalangan remaja. Selain itu, langkah-langkah lain, perlu dijalankan untuk membendung gejala sosial yang membabitkan golongan remaja. 2)Pendahuluan jenis Pendapat Tokoh Dalam pendahuluan jenis ini, anda memaparkan pendapat tokoh berkaitan dengan tajuk perbincangan. Tokoh yang dikemukakan itu boleh yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia, tetapi tokoh tersebut hendaklah yang dikenali oleh kebanyakan orang. Pendapat ini ditulis dalam bentuk prosa atau dalam bentuk dialog, yakni

Page 6: Jenis pendahuluan bm

dalam pengikat kata. Pendahuluan jenis ini sesuai untuk karangan jenis deskriptif, syarahan, ceramah, ucapan, rencana dan perbahasan. Tajuk : Tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia Skop : Cara-cara untuk memupuk minat membaca Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains Malaysia 9USM), Tan Sri Ani Arope mengatakan bahawa rakyat Malaysia belum bersedia menjadikan amalan membaca sebagai tabiat harian mereka untuk menggantikan tabiat lain, terutamanya makan. Beliau mengatakan bahawa membaca ialah tabiat yang amat mustahak berbanding makan kerana setiap bahan bacaan berupaya mendatangkan pelbagai idea untuk kegunaan manusia. Ketika berucap merasmikan pelancaran buku penerbit USM di Dewan Kuliah A, Universiti Sains Malaysia pada 27 Mac 2004, beliau berkata "Jadual makanan boleh ubah. Cuba jangan lupa membaca. Tabiat membaca rakyat negara ini amat kurang berbanding dengan penduduk di negara Asia lain seperti Jepun, Korea dan China. Orang Jepun misalnya, membaca dua buah buku sebulan. Orang kita nak baca dua buah buku setahun pun payah. Selepas keluar universiti pun, lupa membaca. Kita perlu membangkitkan budaya membaca ini. Saya fikir masyarakat harus kembali kepada buku, khususnya bacaan yang lebih serius dan bermotifkan ilmu pengetahuan. Walaupun perkembangan penerbitan di negara kita semakin pesat, namun tentunya tidak serancak perkembangan penerbitan majalah hiburan dan bacaan ringan yang lebih banyak melaporkan mengenai dunia artis dan glamor." Berdasarkan kenyataan Tan Sri Ani Arope di atas, maka usaha-usaha perlu dilaksanakan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. 3) Pendahuluan jenis Suasana -Dimulakan dengan mengisahkan satu keadaan atau suasana di suatu tempat yang akan dijadikan fokus untuk tajuk karangan. -Jadi, pendahuluan jenis ini sesuai untuk karangan jenis cerita dan dekriptif. Tajuk: Boros berbelanja Skop: Kesan jika masyarakat suka berbelanja boros Selepas tamat kelas tuisyen, saya pun keluar dari rumah Cikgu Siva dan menuju ke stesen bas untuk menaiki bas pulang ke rumah yang sejauh empat kilometer dari pusat bandar Sungai Petani. Dalam perjalanan ke stesen bas, saya mendapati sekelompok orang sedang menuju ke sebuah pasar raya. Pelanggan masuk dan keluar dari pasar raya itu. Setelah itu, baharulah saya mengetahui bahawa pasar raya itu sedang mengadakan promosi jualan hebat bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.Pengunjung pasar raya itu terpaksa ber asak-asak masuk kerana pasar raya itu terlalu sesak.Manakala,orang yang keluar dari pasar raya saya didapati menjinjing barangan di kedua-dua belah tagan.Mereka membeli barangan,makanan,dan pakaian dalam kuantiti yang banyak.Tidak hairanlah kadar inflasi di negara kita semakin meningkat dari setahun ke setahun.Sikap boros dan membeli tanpa perancangan patu di kawal dan sebaliknya sikap berjimat cermat patut diamalkan kerana berjimat cermat patut diamalkan kerana berjimat cermat merupakan satu amalan nilai murni.Sekiranya semua rakyat Malaysia boros berbelanja,maka pelbagai kesan akan timbul kelak. 4)Pendahuluan jenis Persoalan - Mudah ditulis kerana pelajar perlu menulis banyak ayat tanya tentang tajuk, yakni mengemukakan beberapa persoalan yang dibincangkan dalam isi karangan. -Sesuai untuk karangan jenis perbahasan, syarahan, ceramah, ucapan dan deskriptif. Tajuk : Kemalangan jalan raya Skop : Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kadar kemalangan jalan raya Dewasa ini, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin

Page 7: Jenis pendahuluan bm

meningkat dari semasa ke semasa, terutamanya pada musim perayaan. Adakah kemalangan jalan raya terjadi akibat kelalaian diri-sendiri atau kelalaian orang lain? Mengapakah jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat dari setahun ke setahun, khususnya pada cuti perayaan? Apakah punca sebenar kemalangan berlaku? Mengapakah kemalangan jalan raya banyak membabitkan motosikal dan bas ekspres berbanding dengan kenderaan lain? Bagaimanakah kita hendak mengelak atau mengurangkan kadar kemalangan jalan raya? Adakah dengan mengadakan kempen keselamatan kita dapat mengawal kadar kemalangan jalan raya? Mungkin ada anatara kita yang mengatakan bahawa kemalangan jalan raya hanya disifatkan sebagai takdir daripada Allah. Persoalannya, apakah faktor-faktor sebenarnya yang menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku? Pendahuluan jenis Peribahasa, Pepatah dan Cogan Kata -Mengandungi beberapa peribahasa, pepatah, atau cogan kata yang ada kaitan dengan tajuk yang hendak dibincangkan. -Pelajar-pelajar tidak dikehendaki menghuraikan maksud peribahasa, pepatah, dan cogan kata yang diberi. -Sesuai untuk karangan jenis perbahasan, ucapan, ceramah, syarahan, dan deskriptif. Tajuk : Belia Skop : Peranan belia dalam pembangunan negara Peribahasa Melayu dicipta untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup masyarakat Melayu. Antara peribahasa Melayu yang menggambarkan peranan belia dalam pembangunan negara ialah “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya” dan “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Kedua-dua peribahasa ini menekankan kepentingan daya usaha semua golongan masyarakat, terutamanya golongan belia dalam membangunkan negara. Hal ini membuktikan bahawa pembangunan negara memang bergantung kepada golongan belia kerana “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”, “generasi muda pelapis dan peneraju wawasan”, “remaja penggerak wawasan”, “generasi muda wawasan bangsa”, dan banyak lagi. Oleh itu, pembangunan negara memang dipertanggungjawabkan kepada golongan belia untuk merealisasikan Wawasan 2020 seperti kata pepatah “satu matlamat,satu wawasan”. Oleh itu, setiap belia perlu mengetahui peranan mereka dalam memajukan dan membangunkan negara ini. 

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

1.

Pendahuluan jenis definisi

2. Pendahuluan jenis persoalan

3. Pendahuluan jenis suasana

4. Pendahuluan jenis peribahasa

5. Pendahuluan jenis pendapat

6. Pendahuluan jenis puisi

Page 8: Jenis pendahuluan bm

7. Pendahuluan jenis sejarah

8. Pendahuluan jenis gabungan.

9. Pendahuluan jenis statistik

10. Pendahluan jenis lirik lagu.

Latihan:

1. --------------------------------------------

Sukarelawan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat membawa

maksud orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan sukarela. 

Secara umum, sukarelawan boleh dimaksudkan sebagai seseorang

atau kumpulan individu yang sanggup melakukan sesuatu perkerjaan

tanpa mengharapkan sebarang balasan.  Mereka melakukan

pekerjaan tanpa mengira masa demi membantu insan-insan yang

memerlukan pertolongan. Malangnya, sejak akhir-akhir ini, semangat

sukarelawan semakin luntur dan hanya segelintir individu sahaja yang

sanggup melakukan sesuatu tanpa sebarang ganjaran.

2. ------------------------------------------------

Sungai merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai dan amat

berharga kepada manusia.  Walau bagaimanapun, keadaan beberapa

batang sungai di negara kita berada pada tahap yang kurang

memuaskan.  Terlalu banyak rungutan dilontarkan oleh setiap lapisan

masyarakat tentang kualiti sungai di negara kita.  Persoalannya,

mengapakah rungutan-rungutan ini timbul? Adakah sungai yang

mengalir bersih sebelum ini mampu bertukar menjadi tercemar

Page 9: Jenis pendahuluan bm

dengan sendirinya atau berpunca daripada sikap dan perbuatan

manusia sendiri?

3. ---------------------------------------------------

Alangkah indahnya suasana ketika itu. Jeritan suara anak-anak

menikmati kesegaran arus sungai yang mengalir jernih kedengaran

memecah kesunyian. Semuanya terasa indah pada saat itu, namun

segala-galanya telah berubah. Kebanyakan sungai di negara kita

dikategorikan sebagai sungai yang berada pada tahap kritikal kerana

dihantui  masalah pencemaran. Jika keadaan ini terus dibiarkan,

maka fungsi sungai sebagai nadi kehidupan akan tinggal kenang-

kenangan.

4. ------------------------------------------------------

Sering kali kita mendengar pengguna melahirkan rasa tidak puas hati

terhadap kualiti barangan yang dibeli.  Malahan ada yang membuat

aduan kepada Persatuan Pengguna di kawasan masing-masing.

Pada hakikatnya, jika pengguna sendiri mengamalkan sikap alah

membeli menang memakai pasti rasa tidak puas hati dapat dielakkan.

Sebagai pengguna yang bijak, utamakanlah kualiti barangan

walaupun terpaksa berbelanja lebih sedikit kerana hasilnya pasti

memuaskan. Jadilah pengguna yang bijak dan anda pasti akan

terhindar daripada helah para peniaga.

5. -------------------------------------------------------

Page 10: Jenis pendahuluan bm

Menurut Datuk Alimuddin Mohd. Dom, Timbalan Ketua Pengarah

Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia akan

menghantar sebanyak 30 orang pendidik terdiri daripada pengetua

dan guru besar ke King’s College, United Kingdom (UK) untuk

mendapat pendedahan tentang sistem Sekolah Kelompok (Cluster

School) di negara berkenaan.  Langkah ini merupakan satu langkah

bijak kerana hasilnya, mereka yang dihantar akan kembali dengan

pelbagai maklumat yang pastinya dapat memberi manfaat kepada

dunia pendidikan kita.

6. -------------------------------------------------------

Malaysia akan menyambut Jubli Emas kemerdekaan negara kali ke-

50 pada 31 Ogos 2007.  Tema dan logo “ Malaysiaku Gemilang” pada

tahun ini mengingatkan kita tentang peristiwa pengisytiharan

kemerdekaan negara oleh Yang Teramat Mulia Allahyarham Tunku

Abdul Rahman Putra al-Haj, mantan Perdana Menteri Malaysia

Pertama di Stadium Merdeka 50 tahun yang lalu. Laungan keramat

“Merdeka” yang berkumandang pada pagi 31 Ogos 1957 itu

merupakan detik bersejarah sekali gus negara kita bebas daripada

belenggu penjajah.

7. --------------------------------------------------

    

                                                Yang kurik itu kundi,

Page 11: Jenis pendahuluan bm

                                                Yang merah itu saga,

                                                Yang baik itu budi,

                                                Yang indah itu bahasa

.

            Pantun lama ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa budi

bahasa amat penting untuk diamalkan dan seseorang yang berbudi

bahasa akan dipandang tinggi dalam masyarakat. Oleh itu, pelbagai

langkah perlu diambil bagi memupuk amalan berbudi bahasa dalam

kalangan generasi muda pada hari ini.

     

8. -----------------------------------------------------

Menurut statistik yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia, secara keseluruhannya, pencapaian Ujian Pencapaian

Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2000 jelas menunjukkan

bahawa pencapaian murid Bandar melebihi tahap penguasaan

minimum (A, B, C ) bagi subjek Bahasa Inggeris, iaitu 67.5 peratus

berbanding dengan murid luar Bandar, iaitu 51.9 peratus.

9. --------------------------------------------------------

Jika kau fikirkan kau boleh,

Kau hampir boleh melakukan,

Jika kau fikirkan ragu-ragu,

Usahamu tidak menentu.

Jika diteliti lirik lagu tersebut, jelas sekali bahawa keazaman dan

semangat menjadi penentu kepada kejayaan seseorang. Tanpa

Page 12: Jenis pendahuluan bm

keazaman yang kuat, sudah pasti kejayaan sukar dicapai sebaliknya

jika kita senantiasa berfikiran positif dan berazam untuk berjaya, pasti

kita dapat menikmati hasilnya.