Jenis Penyelidikan

2
ZULHILMI BIN ABD RAHMAN RABI MATIUS Jenis Penyelidikan Terdapat empat jenis penyelidikan iaitu penyelidikan asas, penyelidikan gunaan, penyelidikan tindakan dan penyelidikan penilaian. Huraian di bawah menerangkan setiap daripada penyelidikan tersebut. 2.1.1 Penyelidikan Asas Penyelidikan asas merupakan suatu penyelidikan yang berasaskan kepadapenyiasatan dan analisis yang berfokuskan kepada kefahaman sesuatu subjek, fenomena atau keadaan semula jadi tetapi tidak memerlukan rawatan ataupun penyelesaian. Pada amnya, penyelidikan asas adalah untuk memperluaskan pengetahuan sedia ada serta menambahkan maklumat mengenai masalah yang hendak dikaji dan ianya dijalankan sebelum menjalankan kajian selanjutnya (Rosinah, 2011). 2.1.2 Penyelidikan Gunaan Penyelidikan gunaan merupakan penyelidikan yang digunakan untuk menyelesaikan masalah yang lebih praktikal. Ianya bukan digunakan untuk tujuan menambah ilmu pengetahuan tetapi lebih kepada menyelesaikan situasi kemanusian (human condition). Penyelidikan gunaan dijalankan unuk menerokai dan mengenalpasti masalah bagi tujuan merancang strategi dan tindakan untuk menyelesaikan masalah berkenaan (Rosinah,2011). Sebagai contoh penyelidikan gunaan mengkaji cara-cara: - memperbaiki pengeluaran tanaman - merawat penyakit - menambahbaik kecekapan penggunaan tenaga di rumah, pejabat atau pengangkutan. 2.1.3 Penyelidikan Tindakan Penyelidikan tindakan telah mendapat tempat yang baik dalam bidang pendidikan terutamanya dalam konteks perkembangan profesionalisme dan pembuat keputusan berasaskan data (Othman, 2011). Ia biasanya digunakan untuk menyelesaikan masalah sosial (organisasi) atau pun fenomena dalam jangka masa yang singkat (Lewin, 1964); ini termasuklah bidang-bidang seperti bidang perubatan, keselamatan, pendidikan dan sebagainya. Tujuan melakukan penyelidikan tindakan adalah untuk memperbaiki kualiti sesuatu amalan bagi pengamal atau pun individu yang terlibat dengan situasi sosial berkenaan bagi memperbaiki kefahamannya tentang sesuatu peristiwa, situasi dan masalah agar keberkesanan amalan dapat diperbaiki (Chua, 2006).

description

jj

Transcript of Jenis Penyelidikan

ZULHILMI BIN ABD RAHMANRABI MATIUSJenis PenyelidikanTerdapat empat jenis penyelidikan iaitu penyelidikan asas, penyelidikan gunaan, penyelidikan tindakan dan penyelidikan penilaian. Huraian di bawah menerangkan setiap daripada penyelidikan tersebut.2.1.1 Penyelidikan AsasPenyelidikan asas merupakan suatu penyelidikan yang berasaskan kepadapenyiasatan dan analisis yang berfokuskan kepada kefahaman sesuatu subjek, fenomena atau keadaan semula jadi tetapi tidak memerlukan rawatan ataupun penyelesaian. Pada amnya, penyelidikan asas adalah untuk memperluaskan pengetahuan sedia ada serta menambahkan maklumat mengenai masalah yang hendak dikaji dan ianya dijalankan sebelum menjalankan kajian selanjutnya (Rosinah, 2011).2.1.2 Penyelidikan GunaanPenyelidikan gunaan merupakan penyelidikan yang digunakan untuk menyelesaikan masalah yang lebih praktikal. Ianya bukan digunakan untuk tujuan menambah ilmu pengetahuan tetapi lebih kepada menyelesaikan situasi kemanusian (human condition). Penyelidikan gunaan dijalankan unuk menerokai dan mengenalpasti masalah bagi tujuan merancang strategi dan tindakan untuk menyelesaikan masalah berkenaan (Rosinah,2011).Sebagai contoh penyelidikan gunaan mengkaji cara-cara:- memperbaiki pengeluaran tanaman- merawat penyakit- menambahbaik kecekapan penggunaan tenaga di rumah, pejabat atau pengangkutan.2.1.3 Penyelidikan TindakanPenyelidikan tindakan telah mendapat tempat yang baik dalam bidang pendidikan terutamanya dalam konteks perkembangan profesionalisme dan pembuat keputusan berasaskan data (Othman, 2011). Ia biasanya digunakan untuk menyelesaikan masalah sosial (organisasi) atau pun fenomena dalam jangka masa yang singkat (Lewin, 1964); ini termasuklah bidang-bidang seperti bidang perubatan, keselamatan, pendidikan dan sebagainya.Tujuan melakukan penyelidikan tindakan adalah untuk memperbaiki kualiti sesuatu amalan bagi pengamal atau pun individu yang terlibat dengan situasi sosial berkenaan bagi memperbaiki kefahamannya tentang sesuatu peristiwa, situasi dan masalah agar keberkesanan amalan dapat diperbaiki (Chua, 2006).

2.1.4 Penyelidikan PenilaianPenyelidikan penilaian merupakan suatu bentuk penyelidikan untuk mengkaji kesan atau hasil daripada sesuatu program atau pun intervensi sosial. (Rosinah, 2011). Sering kali tujuan penyelidikan penilaian adalah untuk penambahbaikan program atau intervensi