Jerebuh

11
PENDAHULUAN JEREBU CIRIMAT KASMAH SHILA FATIHAH

Transcript of Jerebuh

Page 1: Jerebuh

PENDAHULUAN

JEREBU CIRIMAT KASMAH SHILA FATIHAH

Page 2: Jerebuh

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara.

Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.

Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi.

Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar. keadaan ini juga disebabkan oleh pembakaran terbuka, pembuangan asap

kenderaan dan kilang. Hal ini turut membimbangkan pihak kerajaan. Oleh itu , terdapat kesan negatif akibat daripada jerebu yang berlaku. Walaubagaimanapun langkah yang drastik perlu diambil untuk mengatasi

masalah ini.

Page 3: Jerebuh

KESAN – KESAN JEREBU

Page 4: Jerebuh

1.MENJEJASKAN KESIHATAN

ia boleh menjejaskan kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan.

Kesan kesihatan manusia yang paling ketara adalah terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, neumonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung.

Bagi haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun.

Ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan.

Udara yang tercemar yang tidak ditapis itu akan terus masuk ke paru- paru seterusnya mengakibatkan badan manusia mungkin dijangkiti virus , bakteria dan paling menakutkan ialah kanse paru- paru.

Meskipun udara yang disedut akan melalui beberapa tapisan seperti di hidung dan tekak tetapi organ semula jadi itu tidak mamu menyekat 100 peratus apa yang disedut dari udara.

Page 5: Jerebuh

2. MENGURANGKAN JARAK PENGLIHATAN

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari.

Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk.

Ia akan mengganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat.

Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar.

Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak merupakan negeri yang paling teruk dengan IPU mencecah angka 800.

Sarawak diisytiharkan darurat Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan

semua sekolah terpaksa ditutup. (Kes terbaharu, IPU terburuk dicatatkan di Muar Johor iaitu mencecah angka

750)

Page 6: Jerebuh

3.MEMBERI KESAN KEPADA SEKTOR PERTANIAN

jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan

menjalankan proses fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah

berkurangan. Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan

memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan

nilai keasidan tanah dan air sekali gus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.

Page 7: Jerebuh

LANGKAH – LANGKAH MENGATASI

Page 8: Jerebuh

1.UNDANG –UNDANG YANG KETAT

pelaksanaan undang-undang oleh kerajaan harus dilakukan secara berterusan dan tidak ‘seperti melepaskan batuk di tangga’.

Selain itu, pengguna kenderaan terutamanya kenderaan berat seperti lori dan bas harus sentiasa memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan tidak mengeluarkan asap hitam yang berlebihan.

Kilang-kilang diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah ditinggikan 30 meter melepasi lapisan atmosfera

bumi. Tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat perladangan yang membakar

ladang yang telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk.

Page 9: Jerebuh

2.MENGURANGKAN BAHAN PENCEMAR

bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di negara kita.

Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida, karbón monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu.

Oleh yang demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

Begitu juga pengguna kenderaan yang lain, mereka sebolehbolehnya harus mengamalkan sikap berkongsi kereta apabila ke tempat kerja.

Pengurangan penggunaan kenderaan di jalan raya boleh mengelakkan berlakunya pencemaran udara yang serius.

Penggunaan kenderaan menggunaakan tenaga elektrik juga boleh mengurangkan pencemaran udara tetapi mungkin mahal namun bak kata pepatah Melayu’hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Page 10: Jerebuh

3.PROGRAM KITAR SEMULA

program kitar semula yang diuar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu mempertingkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.

Kepesatan pembangunan negara menyebabkab pembuangan pelbagai barangan walaupun masih boleh digunakan berleluasa.

Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan semula. Kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam

tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Dengan ini, masyarakat tidak akan membakar, membuang dan melupuskan

sampah dengan keterlaluan. Sekali gus, pencemaran bau, udara dan air dapat dikurangkan

Page 11: Jerebuh

KESIMPULANNYA

jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan

jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah

efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua, “sebelum nasi menjadi bubur”.

Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar.

Oleh itu, semua wargabumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup dengan selamat.

Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika langkah-langkah pencegahan tidak dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana pepatah melayu ada berbunyi, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.