Jika Saya Seorang Raja 1

3
Tajuk esei : Jika saya seorang Raja, saya akan lakukan tiga perkara untuk kesejahteraan rakyat. Jika saya menjadi seorang Raja, saya akan menjadi Raja yang berjiwa rakyat. Saya ingin mempunyai sebuah kerajaan yang memiliki para pemimpin dan ketua yang baik, tulus, ikhlas dan adil dalam mentadbir urusan kerajaan agar negara saya sentiasa aman dan damai serta disayangi oleh semua lapisan masyarakat yang tinggal di negara saya. Jika saya seorang Raja, saya akan menjelajah ke semua pelosok bandar, daerah, kampung-kampung dan di mana-mana sahaja tempat rakyat saya tinggal. Saya akan bersua muka dengan rakyat jelata untuk mengetahui sebarang masalah yang dihadapi oleh mereka. Saya akan mendengar semua permasalahan dan akan berusaha menyelesaikan masalah mereka sebaik mungkin dengan bantuan pemimpin-pemimpin lain yang telah dilantik agar semua rakyat saya dapat hidup dengan selesa, aman dan tenteram. Jika saya seorang Raja, saya ingin menjadikan negara saya sebuah negara yang maju dalam pelbagai aspek. Misalnya, dari aspek pendidikan, politik dan ekonomi. Selain itu, saya juga akan menjadikan negara saya sebuah negara yang amat disukai oleh semua rakyat termasuklah rakyat di negara lain. Saya akan berusaha menjadikan negara saya sebuah negara yang terkenal disebabkan keindahan alam semula jadinya dan memiliki sistem pentadbiran yang sistematik. Saya dan rakyat jelata akan bersama- sama mendirikan bangunan-bangunan yang mesra alam, menjaga alam sekitar sebaik mungkin, menambah baik dan membaik pulih sistem perhubungan jalan raya supaya rakyat jelata dapat bergerak ke tempat lain dengan mudah dan selamat di samping menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang setaraf dengan negara-negara maju di dunia ini

description

esei tahun 6 sjkc

Transcript of Jika Saya Seorang Raja 1

Tajuk esei : Jika saya seorang Raja, saya akan lakukan tiga perkara untuk kesejahteraan rakyat. Jika saya menjadi seorang Raja, saya akan menjadi Raja yang berjiwa rakyat. Saya ingin mempunyai sebuah kerajaan yang memiliki para pemimpin dan ketua yang baik, tulus, ikhlas dan adil dalam mentadbir urusan kerajaan agar negara saya sentiasa aman dan damai serta disayangi oleh semua lapisan masyarakat yang tinggal di negara saya.Jika saya seorang Raja, saya akan menjelajah ke semua pelosok bandar, daerah, kampung-kampung dan di mana-mana sahaja tempat rakyat saya tinggal. Saya akan bersua muka dengan rakyat jelata untuk mengetahui sebarang masalah yang dihadapi oleh mereka. Saya akan mendengar semua permasalahan dan akan berusaha menyelesaikan masalah mereka sebaik mungkin dengan bantuan pemimpin-pemimpin lain yang telah dilantik agar semua rakyat saya dapat hidup dengan selesa, aman dan tenteram.Jika saya seorang Raja, saya ingin menjadikan negara saya sebuah negara yang maju dalam pelbagai aspek. Misalnya, dari aspek pendidikan, politik dan ekonomi. Selain itu, saya juga akan menjadikan negara saya sebuah negara yang amat disukai oleh semua rakyat termasuklah rakyat di negara lain. Saya akan berusaha menjadikan negara saya sebuah negara yang terkenal disebabkan keindahan alam semula jadinya dan memiliki sistem pentadbiran yang sistematik. Saya dan rakyat jelata akan bersama-sama mendirikan bangunan-bangunan yang mesra alam, menjaga alam sekitar sebaik mungkin, menambah baik dan membaik pulih sistem perhubungan jalan raya supaya rakyat jelata dapat bergerak ke tempat lain dengan mudah dan selamat di samping menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang setaraf dengan negara-negara maju di dunia ini seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Kemudahan-kemudahan ini akan saya berikan secara percuma kepada semua rakyat di negara saya. Jika saya seorang Raja, saya juga akan sentiasa memantau segala perkembangan semasa yang berlaku di dalam negara saya terutamanya perkara-perkara yang melibatkan rakyat jelata. Bagi memastikan kanak-kanak dapat bermain dengan riang bersama-sama dengan rakan mereka, saya akan membina taman-taman permainan untuk mereka. Saya juga akan membina lebih banyak tempat beriadah untuk keluarga supaya rakyat saya dapat melakukan aktiviti riadah atau berehat pada hujung minggu bersama ahli keluarga di samping dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Melalui cara ini, keluarga yang sihat dan harmoni dapat diwujudkan di negara saya. Selain itu, sebagai seorang Raja yang berjiwa rakyat dan ingin melihat rakyatnya hidup dalam keadaan yang tidak tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi, saya akan menghapuskan semua cukai yang wujud di negara ini seperti cukai pendapatan, cukai pintu, cukai kenderaan dan sebagainya. Hasil pendapatan negara akan diperoleh melalui cara yang lain seperti melalui sektor pelancongan, perindustrian, pertanian dan lain-lain yang merugikan rakyat. Sebagai seorang Raja yang mempunyai nilai moral dan etika, saya akan menghapuskan semua tempat yang mendorong rakyat saya melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti pusat hiburan haram, kelab malam, pusat perjudian, rumah pelacuran dan kawasan-kawasan yang sering dijadikan tempat untuk melakukan aktiviti maksiat. Konklusinya, jika saya seorang Raja, saya ingin menjadi Raja yang akan sentiasa dikenang apabila saya tiada kelak, disukai, disayangi dan dihormati oleh semua rakyat jelata tanpa mengira keturunan, pangkat, bangsa, umur dan agama. Saya akan sentiasa memastikan semua rakyat mendapat segala bantuan yang diperlukan kerana mereka semua inilah yang akan bersama-sama saya dalam memajukan negara. (511 patah perkataan)