JJ4 K2 NOVEL D

24
Bahagian D (10 markah) SOALAN 1 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1. (i) Hikmah, karya Mohd Faris Ikmal (ii) Istana Menanti, karya Abdul Latip bin Talib (iii) Sukar Membawa Tuah, karya M. Z Erlysha (iv) Bukan Duniaku, karya Aida Shahira Berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji, huraikan perwatakan watak utama novel tersebut. CADANGAN JAWAPAN : Watak Utama ialah Fadhil. 1. Fadhil seorang yang menghormati orang tua. Fadhil menghormati orang tua dengan meminta izin daripada kedua-dua orang tuanya untuk menyertai ekspedisi Gunung Datuk. 2. Fadhil seorang yang bijak merancang. Fadhil bijak merancang dengan menyenaraikan barang yang akan dibawa sebelum memulakan ekspedisi ke Gunung Datuk. 3. Fadhil seorang yang suka akan subjek Sejarah. Fadhil sangat meminati mata pelajaran Sejarah dan bercita-cita untuk bergelar ahli Sejarah. 4. Fadhil seorang yang berfikiran jauh. Fadhil berfikiran matang dan berfikir dengan rasional sebelum membuat sebarang keputusan.

Transcript of JJ4 K2 NOVEL D

Page 1: JJ4 K2 NOVEL D

Bahagian D

(10 markah)

SOALAN 1

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di

Tingkatan 1.

(i) Hikmah, karya Mohd Faris Ikmal (ii) Istana Menanti, karya Abdul Latip bin Talib (iii) Sukar Membawa Tuah, karya M. Z Erlysha (iv) Bukan Duniaku, karya Aida Shahira

Berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji, huraikan perwatakan watak utama novel

tersebut.

CADANGAN JAWAPAN :

Watak Utama ialah Fadhil.

1. Fadhil seorang yang menghormati orang tua. Fadhil menghormati orang tua dengan meminta izin daripada kedua-dua orang tuanya

untuk menyertai ekspedisi Gunung Datuk.

2. Fadhil seorang yang bijak merancang. Fadhil bijak merancang dengan menyenaraikan barang yang akan dibawa sebelum

memulakan ekspedisi ke Gunung Datuk.

3. Fadhil seorang yang suka akan subjek Sejarah. Fadhil sangat meminati mata pelajaran Sejarah dan bercita-cita untuk bergelar ahli

Sejarah.

4. Fadhil seorang yang berfikiran jauh. Fadhil berfikiran matang dan berfikir dengan rasional sebelum membuat sebarang

keputusan.

Page 2: JJ4 K2 NOVEL D

SOALAN 2

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3.

(i) Merenang Gelora karya Ruslan Ngah (ii) 6.20 karya Jasmina Ibrahim (iii) Cempaka Putih Untukmu, karya Rohani Deraman

Berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji, jelaskan persoalan-persoalan novel

tersebut.

CADANGAN JAWAPAN :

1. Tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak. En. Hasrul dan Pn. Sarah sangat bertanggungjawab dan ambil berat akan pendidikan

anak-anak. En. Hasrul tidak mahu Hartini membuang masa semasa cuti sekolah,

sebaliknya beliau menghantar Hartini untuk belajar komputer di Johor Baharu.

2. Patuh dan setia pada arahan ketua keluarga. Pn. Sarah dan keluarganya patuh akan arahan En. Hasrul agar berpindah dari Kuala

Lumpur ke kawasan pedalaman di Pahang. En. Hasrul menjadi wakil kerajaan dalam

Jabatan Pertanian untuk membangunkan pengeluaran pertanian di kawasan tersebut.

3. Simpati akan kesusahan orang lain. Keluarga En. Hasrul bersimpati akan keluarga Satiah sehinggakan mereka sanggup

mengambil Satiah sebagai anak angkatnya semata-mata ingin membantu dalam pelajaran

Satiah.

4. Perubatan Tradisional diamalkan, perubatan moden diperlukan. Pak Morit mengamalkan Perubatan Tradisional sejak turun temurun, tetapi bagi

menyelamatkan penyakit kronik Satiah, Pak Morit memerlukan perubatan moden.

5. Berusaha gigih dalam pelajaran akan membuahkan kejayaan. Hartini dan Satiah berusaha gigih dalam pelajaran sehingga mereka memperoleh

kejayaan cemerlang dalam PMR. Satiah memperoleh 8A dan Hartini memperoleh 7A 1B.

6. Sesiapa yang memfitnah orang lain akan mendapat balasan. Hartini telah difitnah mengedar pil estacy menyebabkan dia dilokap. tetapi akhirnya

pengawal keselamatan dan Junainah telah ditangkap polis kerana pembabitan dalam

pengedaran dadah.

Page 3: JJ4 K2 NOVEL D

SOALAN 3

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Hikmah, karya Mohd Faris Ikmal (ii) Istana Menanti, karya Abdul Latip bin Talib (iii) Sukar Membawa Tuah, karya M. Z Erlysha (iv) Bukan Duniaku, karya Aida Shahira

Berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji, jelaskan tema novel tersebut.

CADANGAN JAWAPAN :

Tema novel tersebut ialah semangat sekumpulan remaja yang peka akan

sejarah tanah air dan ingin mengkaji kesahihan sejarah tersebut.

Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy mewakili remaja di tanah air kita yang minat

akan mata pelajaran Sejarah. Mereka ingin sangat mengetahui sejarah setempat.

Mereka bertiga juga sanggup meredah hutan belukar untuk melihat sendiri

kewujudan dan keunikan Istana Menanti di Puncak Gunung Datuk.

Page 4: JJ4 K2 NOVEL D

SOALAN 4

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3.

(i) Merenang Gelora karya Ruslan Ngah (ii) 6.20, karya Jasmina Ibrahim (iii) Cempaka Putih Untukmu, karya Rohani Deraman

Berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji, jelaskan tema novel tersebut.

CADANGAN JAWAPAN :

Tema novel tersebut ialah nilai persahabatan sejati yang akrab tanpa mengira

lata belakang seseorang.

Hartini dan Satiah yang berkawan rapat tidak pernah menjadikan latar belakang

bangsa sebagai penghalang persahabatannya. Mereka berkawan baik dan sanggup

mengharungi dugaan dan cabaran hidup bersama-sama.

Namun begitu, Hartini amat kecewa kerana tidak dapat menyelamatkan Satiah

yang menghidap penyakit barah. Walaupun begitu Hartini telah banyak

membantu Satiah dengan memujuk Pak Morit untuk membawa Satiah ke

hospital.

Nilai persahabatan mereka lebih dirasakan apabila Hartini sentiasa mengingati

Satiah walaupun Satiah telah meninggal dunia. Hartini telah menanam pokok

cempaka putih di pusara Satiah kerana Satiah amat menggemari bunga itu.

Page 5: JJ4 K2 NOVEL D

SOALAN 5

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1 atau

Tingkatan 2. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, nyatakan contoh peristiwa yang berkaitan

dengan perwatakan watak utama yang ditetapkan bagi novel tersebut

CADANGAN JAWAPAN:

TINGKATAN SATU DUA TIGA NOVEL ISTANA MENANTI

Karya Abd Latip Talib DI SEBALIK WAJAH Abang Saifuddin Abang

Bohari

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU

Rohani Deraman

Watak Utama FADHIL DOKTOR FIKRI HARTINI AYU Watak -seorang remaja berusia 15

tahun -anak Encik Karim dan Mak Joyah -rakan karib kepada Ah Seng dan Ramasamy -tinggal di Kampung Ulu Seperi -suka subjek sejarah dan bercita-cita menjadi ahli sejarah.

-seorang remaja berusia 14 tahun -anak Cikgu Saiful dan Puan Halipah -dilahirkan balar -bersekolah di SMK Menggatal di Tingkatan Dua -rakan karib kepada Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin, dan Aziz -sering dibuli oleh Narius dan gengnya

-seorang remaja berusia 15 tahun -anak Encik Hasrul dan Puan Sarah -anak ketiga daripada empat orang adik-beradik -pelajar Tingkatan Tiga Teratai yang bersekolah di Sekolah Menengah Kuala Batu, kemudian melanjutkan pelajaran keTingkatan Empat di Sekolah Menengah Wawasan Raub -memperoleh 7A 1B dalam Penilaian Menengah Rendah ( PMR) -rakan baik kepada Satiah.

Perwatakan Contohnya Contohnya Contohnya Bersikap

berani

-Fadhil berani menyelongkar rahsia dan keunikan Istana Menanti walaupun kawasan itu dikatakan berpenunggu dan berpuaka.

-Doktor Fikri berani menyertai acara lumba lari pada hari sukan walaupun berpenyakit balar.

-Hartini bersama-sama kawan-kawannya memberanikan diri melawat Satiah walaupun Pak Morit bersikap keras dalam

WATAK UTAMA

Fadhil

Istana Menanti oleh

Abd Latip Talib

Doktor Fikri

Di Sebalik Wajah oleh

Abang Saifuddin Abang Bohari

Page 6: JJ4 K2 NOVEL D

-Fadhil bersama-sama rakannya berani mendaki ke puncak Gunung Datuk untuk melihat sendiri keunikan Istana Menanti.

-Doktor Fikri berani melepaskan Narius yang ditangkap polis. Dia meminta bapanya mengikat jamin Narius. Dia tidak takut untuk melepaskan pembulinya. Doktor Fikri tidak mengendahkan ugutan daripada Narius, Jais, dan Jamadi yang meminta wang perlindungan daripadanya ketika dia pulang dari sekolah.

mendidik anaknya Satiah kerana Hartini yakin bahawa mereka berada di pihak yang benar. -Hartini berani menghadapi Pak Morit yang bengis demi kebaikan sahabatnya Satiah dan memujuk Pak Morit supaya bersetuju Satiah dirawat di hospital

Tabah

-Fadhil tabah menghadapi cabaran ketika terperangkap di dalam terowong dan ditangkap oleh sekumpulan penjenayah di Istana Menanti di puncak Gunung Datuk. -Fadhil bersama-sama rakannya tabah mencari jalan keluar ketika mereka terperangkap di dalam bilik Istana Menanti.

-Doktor Fikri yang berpenyakit balar tabah menghadapi Narius dan rakannya yang selalu membulinya. -Doktor Fikri tabah mencuba sesuatu yang sukar sehingga akhirnya sanggup menyertai acara larian pada hari sukan -Doktor Fikri tabah menghadapi kerenah Narius dan rakan-rakannya yang mengambil mi goreng yang hendak dimakannya, malah tidak mahu melaporkan kejadian tersebut kepada guru disiplin

-Hartini tabah menghadapi ujian dan dugaan apabila dia kehilangan sahabatnya, Satiah. -Hartini tabah menghadapi kerenah Pak Morit bapa Satiah yang bengis,keras hati dan enggan menerima pendapat orang lain ketika memujuknya agar membawa Satiah berjumpa doktor.

Semangat setia kawan

Fadhil berkawan baik, setia, jujur dan sanggup membantu rakan-rakannya iaitu Ramasamy dan Ah Seng.

Doktor Fikri bersahabat baik dengan Josy yang pandai menjaga hatinya ketika dia bersedih kerana disisihkan oleh rakan-rakan sekelas.

Hartini bersahabat baik dengan Satiah. Mereka ibarat dua beradik kembar dan Hartini selalu berusaha untuk menolong sahabatnya itu

Penyayang

Fadhil sangat menyayangi ibu bapanya iaitu Encik Karim dan Mak Joyah

Doktor Fikri amat menyayangi bapanya Cikgu Saiful dan Puan Halipah kerana mereka selalu mengambil berat tentang dirinya walaupun dia dilahirkan berpenyakit balar

Hartini sangat menyayangi rakan-rakannya terutama Satiah malahan Hartini pengsan dan tidak sedarkan diri sewaktu mengetahui Satiah meninggal dunia.

Page 7: JJ4 K2 NOVEL D

PERWATAKAN WATAK UTAMA YANG LAIN

FADHIL DOKTOR FIKRI HARTINI AYU Mempunyai semangat patriotisme - Fadhil mempunyai semangat patriotisme yang tinggi kerana sangat berminat untuk mengkaji sejarah tanah air dan perjuangan bangsa. Menghormati orang tua -Fadhil sangat menghormati dan mendengar nasihat Tuk Ngah Bijak berfikir Fadhil bijak merancang untuk mencari jalan keluar bagi menyelamatkan dirinya dan rakan-rakannya yang terperangkap di dalam bilik peraduan raja. Prihatin Fadhil amat prihatin terhadap nasib malang yang menimpa Ah Seng yang hilang di dalam terowong Baik hati Fadhil baik hati kerana memberikan makanan dan minuman kepada Khairil Anuar yang kelaparan kerana makanannya telah hilang

Mempunyai sikap berjimat cermat Dia mampu menyimpan wang hingga RM1,000.00 hasil jualan sayur-sayuran yang ditanam sendiri dan wang pemberian daripada ayahnya sendiri dengan cermat. Memanfaatkan waktu terluang Dia mengisi masa terluang dengan menyudahkan kerja sekolah dan membaca buku Bijak berfikir Doktor Fikri bijak mencipta dan mengubahsuai sistem kereta kawalan jauh ketika berada di Jepun Berdikari Doktor Fikri menambah wang saku dengan menanam sayur-sayuran di kawasan tanah lapang di belakang rumah dan sayur-sayuran itu pula dijualnya di pasar Tamu Menggatal Seorang yang pemaaf Doktor Fikri memaafkan Narius yang banyak membulinya dan dia meminta bapanya mengikat jamin Narius yang ditangkap polis kerana berasa kasihan terhadapnya.

Mempunyai pengetahuan asas mengendalikan komputer Hartini dilantik oleh Cikgu Malik sebagai ketua Kelab Komputer di sekolahnya. Mudah mesra Hartini cepat mesra dengan rakan-rakan barunya seperti Satiah, Ambok, Sinda dan Ineng Bersimpati Hartini mudah bersimpati terhadap orang yang bermasalah hingga dia turut menderita apabila sahabatnya Satiah sakit kuat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menolongnya. Rajin Hartini seorang yang rajin berusaha hingga berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Berdikari Hartini terpaksa hidup berdikari apabila berjauhan dengan keluarga kerana tinggal di asrama.

Page 8: JJ4 K2 NOVEL D

SOALAN 6

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1 atau

Tingkatan 3. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, nyatakan contoh peristiwa yang berkaitan

dengan perwatakan watak sampingan yang ditetapkan bagi novel tersebut.

CADANGAN JAWAPAN: TINGKATAN 1

ISTANA MENANTI ABD LATIP TALIB

TINGKATAN 2 DI SEBALIK WAJAH

ABANG SAIFUDDIN ABANG BOHARI

TINGKATAN 3 CEMPAKA PUTIH

UNTUKMU ROHANI DERAMAN

RAMASAMY CIKGU SAIFUL SATIAH

- Ramasamy sahabat

kepada Fadhil dan Ah Seng

- Seorang remaja berusia 15 tahun dan tinggal di Kampung Ulu Seperi

- Anak kepada Encik Shanti dan Puan Mary

- Bapa kepada Doktor

Fikri - Suami kepada Puan

Halipah - Pernah bekerja sebagai

guru dan meudian berhenti bekerja dengan pihak swasta

- Satiah anak orang

asli - Bapanya bernama

Pak Mori dan ibunya Mak Sukin

- Mempunyai adik yang bernama Akob dan Amat

- Rakan karib Hartini - Seorang pelajar

yang pintar - Menghidap

penyakit paru-paru

PERWATAKAN

RAMASAMY CIKGU SAIFUL SATIAH

WATAK SAMPINGAN

Ramasamy

Istana Menanti oleh

Abd Latip Talib

Satiah

Cempaka Putih Untukmu oleh

Rohani Deraman

Page 9: JJ4 K2 NOVEL D

Mempunyai semangat patriotisme - Ramasamy mempunyai semangat patriotisme yang tinggi kerana sangat berminat untuk mengkaji sejarah tanah air dan perjuangan bangsa. Menghormati orang tua -Ramasamy sangat menghormati dan mendengar nasihat Tuk Ngah Berani Ramasamy bersama-sama Fadhil dan Ah Seng berani mendaki Gunung Datuk untuk membongkar sejarah dan keunikan Istana Menanti Prihatin Ramasamy amat prihatin terhadap nasib malang yang menimpa Ah Seng yang hilang di dalam terowong Semangat setia kawan Ramasamy berkawan baik, setia, dan jujur terhadap rakan-rakannya, iaitu Fadhil dan Ah Seng

Bersyukur menerima ketentuan Ilahi Pada mulanya Cikgu Saiful tidak menerima kenyataan bahawa anak tunggalnya lahir dalam keadaan tidak sempurna dengan berkulit balar, namun akhirnya dia menerima kenyataan itu dengan perasaan syukur. Bijak Cikgu Saiful bijak menjaga perasaan anaknya. Setiap tindakan yang melibatkan Doktor Fikri akan difikirkan sedalam-dalamnya agar tidak membuatkan anaknya berasa rendah diri kelak Bertimbang rasa Cikgu Saiful merupakan seorang bapa yang bertimbang rasa kerana membenarkan Doktor Fikri memenuhi impiannya untuk mendaki Gunung Kinabalu

Bernasib malang Satiah bernasib malang kerana bapanya Pak Morit sangat mempercayai perubatan kuno yang lebih percaya kepada dukun bukannya bantuan doktor apabila dia disahkan menghidap penyakit barah paru-paru sehingga dia menderita kerana penyakitnya itu. Pintar dan rajin Satiah seorang yang pintar dan rajin berusaha hingga berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah ( PMR). Taat Satiah taat kepada bapanya. Walaupun dia tahu bahawa perubatan moden lebih baik daripada perubatan tradisional, dia tidak membantah tindakan bapanya itu. Penyayang Satiah sangat menyayangi sahabatnya Hartini dan keluarganya yang amat mengambil berat dirinya.

Page 10: JJ4 K2 NOVEL D

SOALAN 7

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1, Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.

(i) Istana Menanti karya Abd. Latip Talib (ii) Di Sebalik Wajah karya Abang Saifuddin B Abang Bohari (iii) Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman

Berdasarkan satu daripada novel di atas, nyatakan tiga latar tempat dan perististiwa yang berlaku di tempat-tempat tersebut.

CADANGAN JAWAPAN:

NOVEL LATAR TEMPAT PERISTIWA ISTANA MENANTI Kedai Runcit Encik Leong

Rumah Tuk Ngah Istana Menanti

Penduduk Kampung Ulu Seperi berkumpul untuk membincangkan masalah kehilangan Fadhil, Ramasamy Ah Seng dan Tuk Ngah. Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy mendengar cerita-cerita sejarah daripada Tuk Ngah. Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy terperangkap di dalam Istana Menanti

DI SEBALIK WAJAH Hospital Ratu Elizabeth Pantai Tanjung Aru SMK Menggatal 69, Taman Richlar (Rumah Cikgu Saiful /Doktor Fikri

Cikgu Saiful berdebar-debar menunggun isterinya yang hendak bersalin. Cikgu Saiful berehat di Pantai Tanjung Aru setelah penat mencari daging rusa. Cikgu Saiful mendaftarkan anaknya bersekolah di SMK Menggatal Lima orang rakan Doktor Fikri dating ke rumahnya.

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU

Kuala Lumpur

Hartini dan keluarganya tinggal di Kuala Lumpur

Page 11: JJ4 K2 NOVEL D

Kampung Kuala Batu Sekolah Menengah Kualan Batu Rumah Hartini Hospital Pontian, Johor Kampung Langsat Pusara Satiah

sebelum berpindah ke Pahang. Tempat tinggal baharu Hartini sekeluarga. Hartini mendaftar di Sekolah Menengah Kuala Batu dan belajar di Tingkatan Tiga Teratai. Satiahpengsan semasa dia dan Hartini mengulang kaji pelajaran di rumah Hartini. Satiah mendapat rawatan di hospital setelah pengsan di rumah Hartini. Hartini belajar komputer semasa tinggal bersama-sama neneknya di Pontian, Johor. Satiah dihantar berubat secara tradisional dengan dukun di Kampung Langsat. Hartini singgah di pusara Satiah untuk menanam pokok bunga cempaka.

Page 12: JJ4 K2 NOVEL D

SOALAN 8

Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1, 2 dan 3.

Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3

Novel Istana Menanti karya

Abd Latif Talib

Novel Di Sebalik Wajah karya

Abang Saifuddin Abang Bohari

Novel Cempaka Putih Untukmu

Karya Rohani Deraman

Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda kaji dalam Tingkatan 1, 2 dan 3

ialah masyarakat yang penyayang. Kemukakan satu contoh peristiwa daripada setiap novel

berkaitan dengan latar masyarakat yang dinyatakan.

CADANGAN JAWAPAN :

Tingkatan 1 Novel Istana Menanti

karya Abd Latif Talib

Tingkatan 2

Novel Di Sebalik Wajah karya

Abang Saifuddin Abang

Bohari

Tingkatan 3

Novel Cempaka Putih Untukmu

Karya Rohani Deraman

Masyarakat yang penyayang - Ibu bapa Fadhil, Ah Seng,

dan Ramasamy menyayangi anak-anak mereka kerana risau apabila anak mereka belum pulang walaupun hari sudah malam dan melaporkan kepada pihak polis tentang kehilangan anak-anak mereka. Bapa mereka juga turut serta dalam gerakan mencari Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy.

-

Masyarakat yang penyayang - Cikgu Saiful menyayangi

isterinya sehingga sanggup bersusah payah mencarikan daging rusa yang diidami oleh isterinya semasa mengandung.

- Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak mereka Doktor Fikri walaupun dilahirkan dalam keadaan yang kurang sempurna iaitu berkulit balar (albino).

Masyarakat yang penyayang

-Encik Hasrul dan Sarah merupakan ibu bapa yang bersifat penyayang. Mereka sayang akan anak mereka dan berusaha untuk memenuhi keperluan fizikal dan kerohanian mereka. Mereka turun memberikan kasih sayang kepada anak angkat mereka, Satiah. Misalnya menjahitkan Hartini dan Satiah baju kurung yang sama warna. Mereka juga sedaya upaya untuk menghulurkan bantuan menanggung kos perubatan Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru.

Page 13: JJ4 K2 NOVEL D

SOALAN 9

Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.

Bandingkan latar masyarakat yang prihatin yang terdapat dalam novel yang anda kaji dalam

Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.

CADANGAN JAWAPAN :

Tingkatan 1 Novel Istana Menanti

karya Abd Latif Talib

Tingkatan 2

Novel Di Sebalik Wajah karya Abang Saifuddin Abang Bohari

Masyarakat yang prihatin - Orang-orang kampung begitu prihatin dan

bekerjasama dengan pihak polis mereka berusaha mencari Tuk Ngah, Fadhil , Ramasamy dan Ah Seng yang terperangkap di dalam Istana Menanti

Masyarakat yang prihatin - Pihak polis yang menangani masalah

disiplin murid kerana mencuri basikal Doktor Fikri.

- Josy memberikan semangat dan sokongan ketika Doktor Fikri dipulaukan kawan-kawan lain angkara Narius.

Tingkatan 1 Tingkatan 2

Novel Istana Menanti karya

Abd Latif Talib

Novel Di Sebalik Wajah karya

Abang Saifuddin Abang Bohari

Page 14: JJ4 K2 NOVEL D

SOALAN 10

Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang anda kaji di tingkatan 2. (i ) Di Sebalik Wajah karya Abang Saifuddin Abang Bohari

( ii) Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin

(iii) Lestari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir

(iv) Wira Persona Avatari karya Ahmad Zaki Abu Bakar

Di Sebalik Wajah Ketabahan seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam

kehidupan hariannya Erti Sebuah Pengorbanan Kegigihan dan kecekalan hati remaja yang menjadi mangsa

perceraian ibu dan bapanya Lestari Bukit Menghijau Semangat cinta akan keindahan alam sekitar dan usaha untuk

mempertahankan keindahannya. Wira Persona Avatari Kesungguhan dan semangat perjuangan yang tinggi untuk

mencapai matlamat. Jelaskan 3 peristiwa bagi menyokong tema novel yang dikaji. CADANGAN JAWAPAN:

1. Doktor Fikri mempunyai semangat yang cekal dan kuat apabila dia sering dihina dan diganggu oleh pelajar-pelajar di sekolahnya.

2. Doktor Fikri sering diejek oleh rakan-rakan sekolahnya seperti Narius, Jamadi dan Jais

kerana perbezaan warna kulitnya .

3. Walaupun berpenyakit balar, Dr Fikri tetap menyertai acara balapan 1500 meter yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan cuba sedaya upaya untuk menghabiskan lariannya.

4. Kesabarannya teruji apabila dia dituduh mencuri dompet, pen dan buku perpustakaan oleh Narius dan rakan-rakannya. Namun dia tetap tabah meneruskan pembelajarannya

5. Dr Fikri tidak mengharapkan bantuan kewangan ibu dan bapanya untuk membeli basikal baharu tetapi sebaliknya dia menggunakan wang simpanan hasil daripada jualan hasil tanamannya seperti tomato dan cili merah ke Tamu, Menggatal.

6. Dr Fikri telah berjaya dalam pertandingan kereta mainan kawalan jauh hasil ciptaannya yang diadakan di Jepun.

TEMA

Page 15: JJ4 K2 NOVEL D

SOALAN 11

Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang anda kaji di tingkatan 2. (i ) Di Sebalik Wajah karya Abang Saifuddin Abang Bohari

( ii) Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin

(iii) Lestari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir

(iv) Wira Persona Avatari karya Ahmad Zaki Abu Bakar

Jelaskan tiga persoalan berserta contoh peristiwa yang terdapat dalam novel yang anda kaji. CADANGAN JAWAPAN: 1. Rajin membaca Contoh: Doktor Fikri sentiasa mengisi masa lapangnya dengan membaca dan kerap pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku. 2. Menghargai persahabatan Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa jua rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. 3. Kasih sayang antara ahli keluarga Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri. Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka. 4. Keinsafan Contoh: Narius, Jais dan Jamadi berubah sikap dan insaf atas kesalahan mereka terhadap Doktor Farid, lebih-lebih lagi setelah Doktor Farid menyuruh bapanya menjamin Narius di balai polis. 5. Aplikasi Ilmu Contoh: Doktor Farid mengaplikasi pengetahuan menanam sayur-sayuran, memelihara ayam dan menjualnya di Tamu daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dipelajarinya. 6. Kemahiran menguasai ilmu elektronik Contoh: Kemahiran menguasai ilmu elektronik perlu diterapkan pada peringkat awal pendidikan lagi seperti yang dijalankan di Jepun bagi memastikan remaja lebih ke arah inovasi. 7. Berdikari Contoh: Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkannya walaupun mendapat tentangan awal daripada ayahnya. Doktor Fikri berjaya mengusahakan kebun sayur dan membela ayam.

Page 16: JJ4 K2 NOVEL D

8. Pasrah menerima ketentuan Tuhan Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila anak yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya. 9. Taat akan perintah agama Contoh: Cikgu Saiful dan keluarganya sering sembahyang bersama-sama di rumah.

Page 17: JJ4 K2 NOVEL D

SOALAN 12

Berdasarkan novel yang anda pelajari di tingkatan 2 dan 3, berikan contoh peristiwa yang

menunjukkan watak utamanya mempunyai nilai berikut.

CADANGAN JAWAPAN:

Watak utama dalam Cempaka Putih Untukmu (Tingkatan 3) – Hartini (1 markah)

Watak utama dalam Di Sebalik Wajah (Tingkatan 2) – Doktor Fikri (1 markah)

Nilai kasih sayang (1 contoh dari setiap novel)

Hartini sangat sayang akan Satiah. Pada awalnya Hartini tidak dapat menerima kematian Satiah

sehingga pengsan dan sering termenung. (1 markah)

Doktor Fikri sangat menyayangi keluarga dan kawan-kawannya. Dia meminta bapanya

menjamin Narius yang miskin walaupun Narius telah menganiayainya. (1 markah)

Mana-mana contoh yang menunjukkan nilai kasih sayang boleh diterima.

Nilai ketabahan (1 contoh dari setiap novel)

Hartini tabah menerima kematian Satiah. Dia meneruskan kembali persekolahannya dan berjanji

untuk belajar bersungguh-sungguh setelah membaca catatan Satiah. (1 markah)

Doktor Fikri tabah menerima dugaan dalam hidupnya. Dia sering diejek disebabkan nama dan

kecacatan kulitnya yang balar. (1 markah)

WATAK UTAMA

KASIH SAYANG

KETABAHAN

Page 18: JJ4 K2 NOVEL D

SOALAN 13

Berdasarkan novel yang anda pelajari di tingkatan 1, 2 dan 3 huraikan satu peristiwa yang

menggambarkan persoalan kerjasama dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan.

CADANGAN JAWAPAN:

Cempaka Putih Untukmu – En Hasrul dengan bantuan Jabatan Narkotik dan pihak sekolah

menjalankan pemeriksaan mengejut ke asrama untuk mengetahui dalang sebenar dalam

pengedaran pil estacy. (2 markah)

Sebalik Wajah – Dayang Mahani, Josy, Suriani, Sanin dan Aziz bekerjasama membantu Doktor

Fikri menjual sayur di pasar tamu. (2 markah)

Istana Menanti – Kerjasama antara ibu bapa, masyarakat kampung dan pihak polis untuk mencari

Fadhil, Ramasamy dan Ah Sheng bersama Tuk Ngah yang dikhuatiri hilang dalam pendakian

mereka di Gunung Datuk. (2 markah)

Page 19: JJ4 K2 NOVEL D

SOALAN 14

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa yang menarik dalam novel

tersebut.

TINGKATAN NOVEL PERISTIWA MENARIK 1 Istana Menanti 1. Peristiwa Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy

memulakan perjalanan ke Gunung Datuk untuk mencari Istana Menanti dengan bantuan Tuk Ngah. Dalam perjalanan, mereka singgah di Jeram Lubuk Petai yang menyimpan pelbagai misteri.

2. Peristiwa Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy terkurung di dalam sebuah bilik di istana tersebut. Mereka mencari jalan keluar lalu menemukan sebuah terowong yang gelap. Di situ, bertemu dengan Khairil Anuar yang turut tersesat.

3. Peristiwa Ah Seng dipukul oleh penjahat sehingga pengsan. Fadhil, Ramasamy dan Khairil Anuar diarahkan penjahat menggali tanah untuk mencari harta karun.

2 Di Sebalik Wajah 1. Peristiwa hari pertama Doktor Fikri belajar di Tingkatan Dua Mawar. Pelbagai reaksi daripada rakan-rakan baharunya di kelas itu dapat dilihat.

2. Peristiwa Doktor Fikri yang dituduh sebagai pencuri oleh rakan-rakan kelasnya apabila Cikgu Wahab menemukan sejumlah buku, dompet dan pen pelajar lain di dalam beg Doktor Fikri.

3. Peristiwa pemergian Doktor Fikri ke Jepun selama lima tahun kerana mengikut ayahnya yang bertugas di sana.

3 Cempaka Putih Untukmu 1. Peristiwa tawaran kenaikan pangkat Encik Hasrul yang terpaksa berpindah dari Kuala Lumpur ke Kampung Kuala Batu, Jerantut, Pahang. Berbagai-bagai gambaran negatif tentang tempat baru itu digambarkan oleh keluarga Encik Hasrul.

2. Peristiwa Hartini memulakan persekolahan hari pertama di Sekolah Menengah Kuala Batu dalam Tingkatan Tiga Teratai. Dia berkenalan dengan rakan-rakan baru yang agak berbeza dengan rakan-rakannya di Bandar dahulu.

3. Peristiwa penemuan pil ectacy di dalam

Page 20: JJ4 K2 NOVEL D

almari Hartini di asrama sekolah. Hartini dibawa ke balai polis dan ditahan dilokap sehingga tiga hari.

Page 21: JJ4 K2 NOVEL D

SOALAN 15

Jawapan mestilah berdasarkan ketiga-tiga novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1, Tingkatan 2, dan Tingkatan 3: (i) Istana Menanti karya Abd Latip Talib

(ii) Di Sebalik Wajah karya Abang Saifuddin Abang Bohari

(iii) Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman

Berdasarkan rajah di atas, nyatakan satu peristiwa bagi setiap nilai dalam novel yang anda

kaji di Tingkatan 1 , 2 dan 3

CADANGAN JAWAPAN:

Nilai Tingkatan 1: Istana Menanti

Tingkatan 2: Di Sebalik Wajah

Tingkatan 3: Cempaka Putih Untukmu

Kasih Sayang

1. Ibu bapa Fadhil,Ah Seng

dan Ramasamy sangat sayang akan anak mereka.

1. Kasih sayang jelas terpapar

dalam watak Cikgu Saiful dan Puan Halipah. Mereka sangat sayang akan anak kandung mereka dan sentiasa memenuhi kehendak anak kesayangan. Sebagai contoh, Cikgu Saiful sanggup menemani anak mengutip najis lembu sebagai baja sayur-sayuran ketika diminta oleh anak mereka.

1. Hartini sangat

menyayangi Satiah sehingga dia tidak dapat menerima kenyataan pemergian rakan karibnya itu pada peringkat awal.

KERAJINAN KASIH SAYANG KESABARAN

NILAI

Page 22: JJ4 K2 NOVEL D

2. Ibu bapa Fadhil amat

meyayanginya dan berasa risau apabila Fadhil dan rakan-rakannya belum pulang dari Gunung Datuk.

3. Mereka berasa amat risau

apabila anak-anak mereka lewat pulang dan segera bertindakmelaporkan kehilangan mereka kepada pihak polis.

2. Cikgu Saiful, Puan Halipah

dan Doktor Fikri saling menyayangi antara satu sama lain.

3. Kasih sayang jelas terpapar dalam watak Cikgu Saiful dan Puan Halipah. Mereka sangat sayang akan anak kandung mereka dan sentiasa memenuhi kehendak anak kesayangan. Sebagai contoh, Cikgu Saiful sanggup menemani anak mengutip najis lembu sebagai baja sayur-sayuran ketika diminta oleh anak mereka.

2. Satiah mengutus tiga

pucuk surat kepada Hartini yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Puncak Wawasan untuk bertanya khabar dan menghilangkan perasaan rindunya terhadap Hartini.

3. Ibu bapa Hartini bukan sahaja menyayangi anak-anaknya bahkan juga anak orang lain yang diaanggap anak angkatnya.

Kesabaran

1. Mereka telah dipaksa untuk menggali lubang-lubang dalam terowong tersebut yang dipercayai tertanamnya harta karun.

2. Tuk Ngah berusaha memasuki terowong tersebut untuk menyelamat dan mencari tiga sekawan tetapi keadaan gelap menghalang usaha pencarian tersebut.

1. Doktor Fikri tabah

menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

2. Doktor Fikri merupakan

seorang pelajar yang tabah. Dia sabar menghadapi layanan rakannya yang telah salah faham akannya. Dia sentiasa tabah menghadapi layanan yang buruk daripada murid yang

1. Penderitaan yang dialami oleh Satiah sangat menyakitkan. Walaupun dia mengalami kesakitan yang teruk, dia tetap meneruskan pelajarannya di sekolah berasrama penuh.

2. Hasrul sentiasa sabar menghadapi aneka masalah yang dihadapinya. Hasrul tahu bahawa Pak Morit masih kuat mempercayai tahyul,

Page 23: JJ4 K2 NOVEL D

Akhirnya Sarjan Mokhtar mengarahkan orangnya mengepung istana tersebut.

3. Fadhil clan kawan-kawannnya terpaksa melakukan kerja-kerja tersebut jika ingin selamat dan keluar daripada istana lama itu.

lain.

3. Doktor Fikri merupakan seorang pelajar yang tabah. Dia sabar menghadapi layanan rakannya yang telah salah faham akannya. Dia sentiasa tabah menghadapi layanan yang buruk daripada murid yang lain.

namun dia tidak tergesa-gesa mengubah pandangan hidup Pak Morit. Segala-galanya dilaksanakan dengan sabar.

3. Setelah membaca diari Satiah, Hartini terharu dan menguatkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan Satiah menggantikan tempat Satiah menjadi anak kepada Pak Morit dan Mak Sukin.

Kerajinan

1. Tiga orang sahabat yang

amat berminat dalam mengkaji sejarah bersepakat untuk menjejak sebuah istana lama di puncak Gunung Datuk. Fadhil, Ah seng dan Ramasamy mengunjungi Tuk Ngah untuk mendapatkan kepastian.

2. Tuk Ngah yang menjadi

pakar rujuk peristiwa bersejarah tentang kaitan Istana Menanti dengan sejarah penting beberapa kerajaan Melayu Melaka dan juga sejarah pejuang tanah air menentang penjajah.

1. Salah satu nilai dalam novel

ini adalah rajin. Watak utama Doktor Fikri merupakan seorang budak yang rajin. Dia sanggup menanam sayur-sayuran dan menjual hasilan tanaman di tamu. Dia juga tekun membaca buku.

2. Doktor Fikri rajin membaca

buku dan mengusahakan kebun sayur-sayuran serta ternakan ayamnya.

1. Hartini dan Satiah

ialah pelajar-pelajar yang rajin berusaha sehingga berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PMR.

2. Hartini bercadang supaya mereka belajar secara berkumpulan untuk menghadapi peperiksaan PMR. Rakannya juga turut berminat untuk mempelajari teknik belajar seperti ini.

Page 24: JJ4 K2 NOVEL D

3. Remaja tiga sahabat itu semakin berminat untuk mengetahui keistimewaan Istana Menanti yang juga diceritakan opleh Tuk Ngah tempat pejuang Melayu berlindung semasa penjajahan Jepun dan komunis suatu masa dahulu.

3. Salah satu nilai dalam novel ini adalah rajin. Watak utama Doktor Fikri merupakan seorang budak yang rajin. Dia sanggup menanam sayur-sayuran dan menjual hasilan tanaman di tamu. Dia juga tekun membaca buku.

3. Hartini telah memperoleh keputusan yang cemerlang iaitu 7A 1B manakala murid yang mendapat keputusan terbaik ialah Satiah.