JK HEM Dan Tugas

download JK HEM Dan Tugas

of 2

Transcript of JK HEM Dan Tugas

JAWATANKUASA HAL EHWAL MURIDTugas1. Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan sahsiah, kebajikan, keselamatan, kesihatan murid dengan memberi fikiran dan pandangan melalui perbincangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekoladan garis panduan Unit HEM dan jika perlu mengkaji semula dari semasa ke semasa2. Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan untuk membimbing dan membantu dalam menangani masalah tersebut. 3. Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan daripada murid, guru, serta ibu bapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah.4. Memberi bimbingan dan panduan dalam hal pelantikan pengawas-pengawas sekolah.5. Merancang segala aktiviti yang berpusatkan murid demi kepentingan mereka.LEMBAGA DISIPLINTugas 1. Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan Pekeliling Kementerian dan Jabatan Pelajaran Negeri.2. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah.3. Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas.4. Mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975. Setiausaha Lembaga Disiplin atas nasihat pengetua boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin.5. Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah.6. Mewujudkan system rekod disiplin kelas dan system pemantauan yang berkesan.7. Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan prinsip-prinsip RUKUNEGARA.8. Menerima laporan pengawas/guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.9. Menanam semangat kekitaan melalui slogan SEKOLAHKU RUMAHKU supaya peraturan sekolah menjadi satu budaya.10. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh pengetua.11. Menjalankan rondaan(dengan bantuan guru bertugas harian) untuk mengesan murid yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah.12. Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian/JPN/PPD.13. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin pelajar.14. Menjadi pegawai perhubungan antara ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin.15. Mendapatkan bantuan pihak polis sekiranya murid terlibat dengan kes jenayah.

JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELINGTugas 1. Khidmat UBK meliputi semua aspek Bimbingan dan Kaunseling, iaitu:

1.1 Bimbingan Murid1.2 Bimbingan Kerjaya1.3 Bimbingan Sosial1.4 Bimbingan Sahsiah1.5 Bimbingan Psikologi1.6 Bimbingan Pencegahan Dadah/Rokok/Jenayah/AIDS2. Menyediakan perancangan tahunan yang berfaedah dan berkesan.3. Mengelolakan program orientasi:

3.1 Penerapan budaya sekolah bagi Tingkatan Peralihan, 1, 4 dan 63.2 Penerangan mengenai pemilihan mata pelajaran di peringkat sekolah3.3 Pemilihan mata pelajaran elektif di peringkat menengah atas3.4 Bimbingan peluang-peluang melanjutkan pelajaran dan kerjaya4. Mengelola dan mengurus bilik UBK secara berkesan.5. Membentuk pasukan Pembimbing Rakan Sebaya.6. Menyediakan dan memaklumkan jadual tugas, temujanji dan aktiviti UBK.7. Mengadakan program khas bagi kumpulan murid yang bermasalah(berisiko tinggi).8. Mengadakan program khas pencegahan dadah/rokok/jenayah/AIDS.

JAWATANKUASA KESELAMATAN SEKOLAH