jkt.kpkt.gov.my JKT... · 2018-01-16 · pada jalanan sebagai panduan pergerakan, melalui air...
Transcript of jkt.kpkt.gov.my JKT... · 2018-01-16 · pada jalanan sebagai panduan pergerakan, melalui air...
i
ISI KANDUNGAN
Tajuk Muka surat
ISI KANDUNGAN i - iii
SENARAI GAMBARAJAH iii
SENARAI JADUAL iii
SENARAI LAMPIRAN iii
SENARAI SINGKATAN DAN ISTILAH iv
1.0 Pendahuluan 1
2.0 Objektif
2.1 Objektif Umum 2
2.2 Objektif Khusus 2
3.0 Skop Kawalan Tikus di PBT 2
4.0 Pengenalan Mengenai Tikus 3 - 5
4.1 Faktor Biologi Tikus 6
4.2 Faktor Bionomik Tikus 7
5.0 Penyakit-penyakit Berkaitan Dengan Infestasi Tikus 8 – 10
6.0 Tanda-tanda Kehadiran Tikus 11
6.1 Kesan-kesan Am 11 - 12
6.2 Tinja /Tahi Tikus (Dropping) 12
6.3 Kesan Tapak Kaki 13
6.4 Laluan (Runway) 13
6.5 Palitan (Smears) 14
6.6 Kesan Gigitan (Bitemarks) 14
6.7 Lubang (Burrows) 15
7.0 Kaedah Pengiraan Densiti Populasi Tikus 16
7.1 Indeks Tikus (Rat Index) 16 – 17
8.0 Kaedah Kawalan
ii
8.1 Kaedah Kawalan Fizikal, Mekanikal dan Sanitasi 18 - 25
8.2 Kaedah Kawalan Kimia dan Lain-lain Kawalan 26 - 30
8.3 Promosi Kesihatan 31 - 34
8.4 Kaedah Kawalan Secara Pentadbiran / Organisasi 35
9.0 Prosedur Kerja Selamat
9.1 Prosedur Kerja Selamat Kaedah Fizikal dan Mekanikal serta
Langkah Keselamatan 36 - 37
9.2 Prosedur Kerja Selamat Menggunakan Kawalan Kimia Jenis
Umpan 38
9.3 Prosedur kerja Selamat Menggunakan Kawalan Kimia Jenis
Serbuk 39
10.0 Peruntukan Perundangan
10.1 Tafsiran 40
10.2 Peruntukan Perundangan
10.2.1 Kuasa Memasuki 41
10.2.2 Tindakan Kawalan 42-45
11.0 Pelupusan Tikus 46
12.0 Penilaian Program
12.1.1 Perancangan Kerja Program Kawalan Tikus 47
12.1.2 Laporan Pencapaian Program 47
SENARAI RUJUKAN 48 - 49
SENARAI GAMBARAJAH
Gambarajah 1 : Tanda – Tanda Kehadiran Tikus 11
Gambarajah 2 : Bentuk Najis Tikus Dan Kesan Tapak Kaki Mengikut
Spesies 12
Gambarajah 3 : Tanda Palitan Dan Juga Laluan Tikus 13
Gambarajah 4 : Tanda Gigitan Tikus 14
Gambarajah 5 : Lubang Tikus 15
Gambarajah 6 : Pelupusan Tikus Menggunakan Krematorium 46
iii
SENARAI JADUAL
Jadual 1 : Ciri Morfologi, Habitat Dan Tabiat Tiga Spesies Utama
Tikus Di Malaysia 4 - 5
Jadual 2 : Penyakit – Penyakit Berkaitan Tikus. 8 - 10
Jadual 3 : Jenis Premis Dan Cadangan Penggunaan Rodentisid 27
Jadual 4 : Pengisian Aktiviti Promosi Kesihatan Untuk Kempen
Kesedaran Di Lokaliti Yang Mempunyai Infestasi Tinggi 32 - 33
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran 1 – Laporan Bulanan Program Penghapusan Tikus PBT 50 - 51
Lampiran 2 - Carta Alir Pelupusan Tikus 52
Lampiran 3 - Proses Kerja Pelupusan Tikus 53 - 55
iv
SENARAI SINGKATAN DAN ISTILAH
COMBI Komunikasi melalui perubahan tingkahlaku (Comunication for
Behavioural Impact)
DBKL Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
PBT Pihak Berkuasa Tempatan
IPM Integrated Pest Management
JPA Jabatan Perkhidmatan Awam
JKKK Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
KPKT Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan
LEV Local Exhaust Ventilation
MSDS Material Safety Data Sheet
NGO Badan Bukan Kerajaan (Non Government Organization)
PPKP Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
PKA Pembantu Kesihatan Awam
PPE Pakaian Pelindung Keselamatan (Personal Protective Equipment)
WHO Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization)
PA Pekerja Awam
1
GARIS PANDUAN KAWALAN TIKUS DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN
1.0 PENDAHULUAN
Tikus merupakan haiwan mamalia daripada kumpulan rodensia yang hidup dalam
persekitaran manusia dan hampir boleh ditemui seluruh dunia. Di kawasan
berpenduduk padat seperti di bandar, tikus banyak didapati di tempat-tempat
pembuangan sampah, pasar, premis makanan dan pusat penjaja di tepi jalan. Di
kawasan luar bandar pula tikus banyak terdapat di hutan, kawasan pertanian
seperti sawah padi, ladang kelapa sawit dan sekitar penempatan manusia.Tikus
dikategorikan sebagai makhluk perosak kerana menyebabkan kerosakan harta
benda, hasil tanaman serta menyebabkan manusia mengalami kerugian berjuta-
juta ringgit malahan turut menjadi punca kepada penyebaran penyakit berjangkit.
Di Malaysia, akhir-akhir ini infestasi tikus terutamanya di bandar-bandar menjadi
masalah kesihatan bandar dan menjadi isu hangat di media massa. Data dari
Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan terdapat peningkatan kes
leptospirosis saban tahun di mana pada tahun 2011 terdapat 2,268 kes dengan 55
kematian, pada tahun 2012 terdapat 3,665 kes dengan 48 kematian manakala
pada tahun 2013 ialah 4457 kes dan 71 kematian, tahun 2014, 7806 kes dengan
92 kematian. Peningkatan kes ini menjadi salah satu indikator masalah infestasi
tikus yang semakin meruncing.
Disamping itu infestasi tikus juga merupakan salah satu masalah utama di setiap
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Data daripada Jabatan Kesihatan & Alam
Sekitar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan peningkatan
tangkapan tikus sebanyak 39,688 ekor (347%) dari 11,422 ekor tahun 2007
kepada 51,110 ekor pada tahun 2012.
Setakat ini tiada garis panduan yang spesifik yang digunapakai oleh PBT dalam
mengawal infestasi tikus di premis-premis dan kawasan persekitaran PBT.
Sehubungan dengan itu garis panduan ini diwujudkan untuk membantu anggota di
PBT dalam menangani masalah infestasi tikus.
2
2.0 OBJEKTIF
2.1 OBJEKTIF UMUM
Untuk menangani masalah infestasi tikus di kawasan PBT.
2.2 OBJEKTIF KHUSUS
i. Untuk meningkatkan pengetahuan anggota di PBT mengenai tikus dan
kawalannya.
ii. Untuk menyeragamkan kaedah kawalan tikus di semua kawasan PBT.
iii. Untuk mengurangkan masalah infestasi tikus dan kerosakan harta
benda serta penularan penyakit.
3.0 SKOP KAWALAN TIKUS DI PBT Skop kawalan tikus di PBT meliputi :-
i. Pusat penjaja
ii. Pasar
iii. Premis makanan
iv. Premis perniagaan
v. Pusat pelancongan
vi. Tempat pengumpulan sampah
vii. Tapak pelupusan sampah
viii. Tempat-tempat awam
Namun begitu PBT masih boleh mengarahkan mana-mana pemilik atau penghuni
premis termasuk premis persendirian untuk menjalankan tindakan kawalan tikus
sekiranya terdapat bukti infestasi tikus di tempat tersebut.
3
4.0 PENGENALAN MENGENAI TIKUS
Roden merupakan haiwan mamalia yang mempunyai sepasang gigi kacip sebagai
ciri utamanya yang digunakan untuk mengerit. Empat puluh peratus daripada
spesies mamalia adalah roden. Ianya terdapat di semua benua kecuali Antartika.
Antara spesis roden yang utama ialah tikus, tupai dan landak yang dikategorikan
kepada tiga sub-order utama iaitu Myomorpha (mouse-shaped), Sciuromorpha
(squirrel-shaped) dan Hystrichomorpha (porcupine-shaped).
Tikus adalah spesis daripada sub-order Myomorpha, di bawah Famili Muridae.
Muridae merupakan kumpulan haiwan yang menjadi spesis dominan disebabkan
kebolehan menerima dan mengeksploitasi pelbagai persekitaran dengan bantuan
manusia untuk tersebar di serata dunia. Ia adalah tikus komensal yang
menyebabkan kerosakan pada rumah dan harta benda, memakan makanan
manusia dan mencemarkannya, merosakkan tanaman dan hasil komoditi di
samping boleh menyebarkan penyakit. Terdapat 26 spesies dan 200 sub-
spesies tikus di Malaysia dan dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan
habitatnya iaitu tikus yang hidup di hutan rimba, kawasan luar bandar dan
kawasan bandar.
Terdapat 3 spesis utama tikus bandar di Malaysia iaitu Tikus Mondok (Rattus
norvegicus), Tikus Rumah (Rattus rattus) dan Mencit Rumah (Mus musculus). Ciri-
ciri morfologi, habitat dan tabiat spesis tikus ini dapat diringkaskan di dalam Jadual
1.
4
Jadual 1 : Ciri Morfologi, Habitat dan Tabiat Tiga Spesis Utama Tikus di Malaysia
Ciri-ciri Rattus norvegicus Rattus rattus Mus musculus
Gambar*
Berat 150 – 600 g 80 – 300 g 10 – 21 g
Kepala
dan
Badan
Hidung tumpul, berat,
badan tegap, saiz : 18
– 25cm
Hidung tajam, badan
ramping, saiz 16 – 21
cm
Hidung tajam, badan
ramping, saiz 6 – 10
cm
Ekor Lebih pendek daripada
panjang badan dan
kepala, gelap di atas
dan cerah di bahagian
bawah, bulu pendek
dan keras. Panjang
ekor 16 – 21 cm
Lebih panjang
daripada panjang
kepala dan badan.
Warna gelap
seragam, tiada bulu,
panjang ekor 19 –
25cm
Panjang ekor sama
atau lebih sedikit
daripada panjang
badan dan kepala.
Warna hitam, tiada
bulu, panjang ekor 7
– 11 cm
Telinga Kecil, rapat, separuh
berbulu. Saiz 20 - 23
mm
Besar, menonjol,
nipis dan tidak
berbulu, tegak. Saiz
25 – 28 mm
Menonjol, besar. Saiz
15 mm atau kurang
Bulu Kelabu keperangan di
belakang, kelabu di
perut
Kelabu perang
kehitaman di
belakang, perut
putih, kelabu atau
kelabu kehitaman
Kelabu keperangan
di belakang, kelabu
di perut, bahagian
badan lain lebih
cerah
Tabiat Suka menggali dan
menggigit, boleh
berenang dan
menyelam
Suka memanjat dan
menggigit
Suka memanjat,
menggali dan
menggigit
Habitat Tinggal di dalam
tanah, parit dan
longkang, membuat
sarang di dalam tanah
Bersarang di cabang
pokok, luar dan
dalam rumah
Tinggal di dalam dan
luar rumah
5
Ciri-ciri Rattus norvegicus Rattus rattus Mus musculus
Najis 12 mm (3/4 inci).
Berbentuk gelendong
tirus
½ inci panjang
dengan hujung yang
tajam, berwarna
gelap
3-7 mm panjang,
berbentuk gelendong
Gambar
Najis*
Sumber* :- Lenny’s Bug Blog (www.LennysPestControl.com)
6
4.1 FAKTOR BIOLOGI TIKUS
Mengenali dan memahami biologi dan tabiat tikus sangat penting untuk
menentukan kaedah kawalan yang sesuai. Secara umumnya, semua tikus
mempunyai kitaran hidup, kelahiran, kadar tumbesaran dan aktiviti
kehidupan yang sama. Purata jangka hayat bagi seekor tikus adalah 1
hingga 3 tahun. Tikus hidup berkoloni dan setiap koloni mempunyai hierarki
yang mana seekor jantan dominan akan mengetuai satu koloni yang terdiri
daripada beberapa ekor betina dewasa, dan anak jantan dan betina yang
belum dewasa. Anak tikus jantan yang telah dewasa akan meninggalkan
koloni untuk membentuk koloni baru di tempat lain.
Kadar pembiakan tikus sangat tinggi kerana disebabkan oleh faktor-faktor
berikut :
1. Kematangan seks awal, iaitu seawal umur 42 hari hingga 75 hari,
berbeza mengikut spesies.
2. Tempoh bunting yang pendek, iaitu 19 hingga 24 hari sahaja.
3. Mampu membiak sepanjang tahun dan setiap kali melahirkan 5 hingga
7 ekor anak. Sebagai contoh, Mus musculus mampu melahirkan anak
sebanyak 10 kali setahun dan mampu melahirkan sehingga 50 ekor
anak.
4. Post-partum oestrus – keupayaan untuk mengawan lagi sejurus
selepas melahirkan anak.
7
4.2 FAKTOR BIONOMIK TIKUS
Tikus sangat bergantung kepada deria sentuhan, bau, pendengaran,
penglihatan dan rasa untuk berhubung dengan persekitaran bagi menjamin
kemandiriannya.
1. Deria sentuhan – Misai pada hidung dan bulu mata merupakan deria
sentuhan tikus yang sensitif bagi membantu pergerakannya. Oleh yang
demikian, ketika bergerak tikus gemar melalui tepi-tepi dinding atau
antara objek yang membolehkan misai atau bulu menyentuh
permukaan. Perlakuan ini menyebabkan tikus akan meninggalkan
tanda palitan (smear) pada permukaan laluannya.
2. Deria bau - Deria bau tikus amat tajam dan ia akan meninggalkan bau
pada jalanan sebagai panduan pergerakan, melalui air kencing dan
cecair genital untuk diikuti oleh tikus lain. Ianya juga sebagai penanda
bagi wilayahnya.
3. Deria pendengaran – Tikus boleh mengesan bunyi sehingga frekuensi
100 kHz, sebagai contoh, tikus rumah boleh mengesan bunyi sehingga
90 kHz dan menggunakan frekuensi pada kadar 22 kHz hingga 90 kHz
untuk berkomunikasi. Bunyi yang kuat akan menakutkan tikus.
4. Deria penglihatan – Deria penglihatan tikus adalah kurang baik
walaupun sensitif terhadap cahaya. Mata tikus berfungsi lebih baik pada
waktu malam berbanding waktu siang. Tikus biasanya tidak dapat
membezakan warna (buta warna) tetapi suka warna yang terang.
Disebabkan itulah, umpan tikus kebiasaannya berwarna terang untuk
menarik perhatian tikus.
5. Deria rasa – Deria rasa tikus sangat baik. Ia boleh membezakan antara
umpan kosong dengan umpan yang mempunyai racun. Deria rasa yang
baik ini menyebabkan berlakunya bait-shyness, iaitu situasi di mana tikus
akan menjauhi umpan apabila telah diketahui mengandungi racun.
8
5.0 PENYAKIT – PENYAKIT BERKAITAN DENGAN INFESTASI TIKUS
Tikus menimbulkan risiko besar kepada kesihatan manusia. Kajian menunjukkan
bahawa tikus boleh dijangkiti pelbagai jenis parasit dan ejen zoonotik, yang
seterusnya boleh menularkan penyakit kepada manusia, secara langsung atau
tidak langsung.
Di samping itu, tikus juga menjadi takungan (reservoir) untuk pelbagai penyakit
zoonotik. Antara penyakit yang dikaitkan dengan infestasi tikus adalah seperti
dalam Jadual 2.
Jadual 2 : Penyakit – penyakit berkaitan tikus.
Penyakit PLAGUE LEPTOSPIROSIS
Gambar
berkaitan
tanda atau
kesan
penyakit gangrene di jari
tangan
Kelenjar
bengkak
X-ray pesakit
leptospirosis
Jaundis
Agen
penyebab
Yersinia pestis gram negative
coccobacillus aerobik dan anaerobik
Leptospira (pathogenic) - Leptospira interrogans
Tempoh
inkubasi
1-7 hari 10 hari (julat 2-30 hari)
Takungan
(reservoir)
Tikus liar
Tikus, lembu, anjing, serigala,
arnab
Cara
Transmisi
i. Gigitan pinjal (flea) ii. Gigitan, cakaran tikus dan haiwan
peliharaan ii. Inhalasi titisan cecair pernafasan
(air droplet)
Langsung atau tidak langsung
daripada haiwan kepada
manusia melalui:
Luka / melecet (abrasion) kulit
Membran mukus (mulut, hidung & mata)
Inhalasi titisan air kencing
Pengambilan air / makanan yang tercemar
9
Penyakit PLAGUE LEPTOSPIROSIS
Tanda dan
gejala
Bubonic plague- 80% adalah jenis ini. Tanda-tanda dan gejala-gejala demam, kelesuan, menggigil, sakit kepala dan bengkak kelenjar. Tanpa rawatan 50-60% maut.
Septicemic plague gejala sama dengan bubonic plague dengan kegagalan pelbagai organ, septic
shock,pendarahan,disseminated
intravascular coagulation, dan
gangrene jari kaki dan tangan.
Pneumonic plague gejala adalah termasuk demam, menggigil, sakit kepala, septisemia, masalah pernafasan dan hemoptysis. Rawatan perlu dalam tempoh 24 jam selepas bermulanya gejala, jika tidak, boleh membawa maut.
4 kategori klinikal :
Gejala ringan seperti selsema
Sindrom Weil - jaundis, kegagalan buah pinggang, pendarahan
Myocarditis dengan aritmia
Meningitis/ meningoencephalitis
Pendarahan pulmonari dengan kegagalan pernafasan
Penyakit TYPHUS HANTAVIRAL
Gambar
berkaitan
tanda, kesan
dan vektor
pembawa
penyakit
Ruam
(macular
eruption)
Kutu Badan
Manusia
(Human body
louse)
X-ray dada
pesakit
Hantaviral
Pendarahan
pesakit
Hantaviral
Agen
penyebab
Bakteria Rickettsia prowazeki
Hanta virus
Tempoh
inkubasi
7 – 14 hari 4 - 40 hari
Takungan
(reservoir)
Tikus Tikus
10
Penyakit TYPHUS HANTAVIRAL
Cara
Transmisi
Gigitan kutu badan manusia - Pediculus humanus corporis yang dijangkiti
Najis kutu terkena pada luka dan kulit yang melecet
Inhalasi titisan air liur atau air kencing, atau melalui debu najis daripada tikus liar yang dijangkiti
Kulit yang pecah atau memakan makanan atau meminum air dicemari najis atau kencing tikus yang dijangkiti
Tanda dan
gejala
Demam yang tinggi, menggigil, sakit kepala, batuk, sakit otot yang teruk (severe myalgia), koma
Ruam (macular eruption) • 5-6 hari selepas onset • bermula di bahagian atas
badan dan merebak ke seluruh badan kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki
Penyakit ini amat serius, kadar kematian adalah 50 -60%. Boleh menyebabkan dua jenis sindrom iaitu: Hemorrhagic Fever with
Renal Syndrome (HFRS) –
gejalanya:
Demam
Lower back pain
Pendarahan
Kerosakan buah pinggang
Hantavirus Pulmonary
Syndrome (HPS) –
gejalanya:
Demam
Myalgia
Masalah gastrousus
Kegagalan sistem pernafasan
Shock
11
6.0 TANDA – TANDA KEHADIRAN TIKUS
Kehadiran dan infestasi tikus di sesuatu kawasan boleh dikenalpasti melalui
beberapa tanda. Adalah penting untuk mengetahui tanda-tanda kehadiran tikus
seterusnya menganggarkan populasi tikus supaya tindakan kawalan awal dapat
dijalankan sebelum infestasi menjadi serius dan mendatangkan masalah kepada
orang awam. Tanda-tanda kehadiran tikus dapat diringkaskan pada Gambarajah 1
di bawah :
GAMBARAJAH 1: Tanda – Tanda Kehadiran Tikus
6.1 Kesan-kesan am - Kehadiran tikus dapat diketahui secara langsung iaitu
dengan kewujudan tikus itu sendiri. Tikus akan kelihatan berlari di celah-
celah timbunan barang-barang, sampah sarap, timbunan kayu dan lain-lain
terutama pada waktu malam. Selain itu, tikus dapat dikesan kehadirannya
secara langsung dengan bunyi berdecit yang dihasilkan atau bunyi
12
pergerakannya pada siling, bumbung dan sebagainya. Kesan-kesan am
yang lain adalah seperti berikut:-
a. Kesan air kencing (urin) - air kencing tikus yang kering boleh dikesan
dengan menggunakan lampu ultra violet .
b. Bau tikus yang busuk - kerana ia akan sentiasa kencing disebabkan ia
mempunyai pundi kencing yang kecil.
c. Tikus hidup – tikus boleh dilihat berkeliaran di waktu siang atau malam
hari
d. Bangkai tikus – bangkai tikus ditemui di premis dan persekitaran.
e. Kesan gigitan- kesan gigitan pada makanan, perabut, wayar dan lain-
lain.
6.2 Najis tikus (Droppings) - Ianya akan dilihat bertaburan di sekitar kawasan
yang ada punca makanan. Najis berwarna hitam, tekstur lembut dan berkilat
ketika masih baru dilepaskan dan akan menjadi keras, warna bertukar pudar,
mudah relai jika dipicit selepas sehari atau dua hari kemudian. Tikus akan
membuang najis sekali atau dua kali setiap jam dan saiz serta bentuk
najisnya berbeza mengikut spesis (Gambarajah 2).
Sumber :- http://www.extension.org/pages/63911/school-ipm-action-plan-for-rodents
Gambarajah 2 : Bentuk najis tikus dan kesan tapak kaki mengikut spesies.
13
6.3 Kesan Tapak Kaki
a. Boleh dikesan di atas permukaan yang berdebu.
b. Kesan kaki belakang mempunyai 5 jari dan kesan kaki hadapan 4 jari.
c. Akan meninggalkan kesan garisan yang beralun kerana ia mengheret
ekornya terutamanya tikus tua. Bagi tikus muda akan mengangkat
ekornya ke atas.
d. Boleh ditentukan dengan kesan baru atau lama dengan menekan
hujung jari ke atas debu tapak kaki dan bezakan kedua-duanya.
Perhatikan kedalaman, kejelasan dan kebersihan.
6.4 Laluan (Runway)
a. Tikus akan mengikut laluan yang sama bagi perjalanan dari sarang ke
sumber makanan (Gambarajah 3).
b. Laluan perjalanan dari sarang ke sumber makanan akan membuatkan
rumput mati (di kawasan lapang).
c. Jika di dalam bangunan kesan kelihatan di tepi dinding, tangga atau di
celah – celah perabut.
d. Biasanya laluan yang selalu digunakan akan dipenuhi dengan najis,
laluan yang tidak digunakan akan berdebu dan bersawang.
Tanda Palitan Tikus Tikus akan menggunakan laluan (runway) yang sama dan meninggalkan tanda palitan (smear).
Sumber:- Rodent Prevention, San Mateo Country Mosquito and Vector Control District. http://www.smcmad.org/rodent_prevention.htm
Gambarajah 3: Tanda palitan dan juga laluan tikus.
14
6.5 Palitan (Smears)
a. Bulu tikus yang berminyak akan meninggalkan kesan palitan pada
laluan. Laluan ini meliputi lubang masuk atau keluar, tepi dinding dan di
sekeliling bangunan (Gambarajah 3).
b. Palitan baru ditentukan dengan menggariskan dengan kuku atau benda
tajam dan ia akan menunjukkan kesan garis kerana ia lembut dan
melekat pada jari bila disentuh.
6.6 Kesan Gigitan (Bitemarks)
I. Tikus akan menggerit (gnawing) setiap hari untuk memastikan giginya
pendek dan boleh digunakan (Gambarajah 4).
II. Menggerit pada permukaan untuk memasuki bangunan.
III. Menggerit bungkusan, kotak, guni atau bekas untuk memperoleh
makanan.
IV. Di dalam rumah kesan gigitan terdapat pada sabun mandi, paip, kabel
elektrik, dinding dan almari.
V. Jika terdapat kesan gigitan yang baru, warna pada permukaan bekas
gigitan akan lebih cerah dan segar.
Kerosakkan akibat gigitan tikus: Tikus menggigit untuk memastikan gigi sentiasa kekal pendek, mereka juga menggigit untuk membuat laluan masuk.
Sumber:- Roden prevention, San Mateo Country Mosquito and Vector Control District.http://www.smcmad.org/rodent_prevention.htm
Gambarajah 4: Tanda gigitan tikus.
15
6.7 Lubang (Burrows)
a. Lubang boleh diperhatikan semasa pemeriksaan biasa melalui mata
kasar. Rujuk Gambarajah 5.
b. Ia didapati di sepanjang luar bangunan, di lantai tempat letak kereta
(basement), di luar premis perniagaan, rumah kediaman dan ladang.
c. Lubang juga terdapat di benteng, kawasan tanah tambak, bawah
belukar dan tumbuhan – tumbuhan tebal.
d. Untuk mengesan samada lubang baru, perhatikan longgokan tanah di
tepi lubang.
e. Lama - kelamaan longgokan akan menjadi rata dan laluan masuk akan
menjadi bersih.
f. Lubang lama biasanya akan ditumbuhi dengan rumput, sarang labah –
labah dan ranting kayu.
Sumber :-
Wild Norway Rat Behaviour, www.ratbehaviour.org/WildRats.htm.
Gambarajah 5: Lubang Tikus
16
7.0 KAEDAH PENGIRAAN POPULASI TIKUS
Tikus dikategorikan salah satu makhluk perosak dan kehadirannya dalam jumlah
yang banyak akan menyebabkan masalah kepada manusia dan mengakibatkan
kerugian berjuta-juta ringgit. Oleh itu, maklumat populasi tikus sangat penting
dalam usaha untuk mengawal populasi tikus di sesuatu kawasan supaya
populasinya dapat dikawal pada tahap yang tidak mendatangkan masalah.
Kaedah yang boleh digunakan untuk memperolehi indeks tikus adalah seperti di
bawah:
7.1 Indeks Tikus (Rat Index)
Indeks tikus ialah bilangan tikus yang di tangkap menggunakan perangkap
bagi tempoh masa tertentu. Indeks ini boleh digunakan apabila menjalankan
rutin tangkapan bagi memantau populasi tikus.
Kaedah:
a. Dua belas perangkap tikus yang berumpan perlu dipasang di tempat-
tempat yang berkemungkinan besar menjadi laluan tikus. Pemilihan
lokasi untuk memasang perangkap perlu ditentukan dengan
pemerhatian yang dibuat terlebih dahulu.
b. Perangkap hendaklah diperiksa setiap hari dan bilangan tikus yang
ditangkap selama tempoh tujuh hari dicatitkan.
c. Perangkap tanpa tikus hendaklah dipindahkan ke laluan tikus yang lain
atau menukar umpan.
d. Indeks tikus adalah berdasarkan kepada bilangan tikus yang ditangkap
dari 12 perangkap yang dipasang dalam masa 7 hari. Kadar infestasi
tikus adalah dikira seperti berikut :-
17
INDEKS
BILANGAN TIKUS DITANGKAP
DALAM MASA 7 HARI DARI 12
PERANGKAP
TAFSIRAN DAN TINDAKAN
0a 0 (Tiada tikus di perangkap) dan
tiada tanda infestasi
Tiada tindakan kawalan. Aktiviti promosi kesihatan dijalankan. Permantauan berkala diperlukan ( Contoh setiap minggu )
0b 0 (Tiada tikus di perangkap) tetapi
ada tanda infestasi
Tindakan kawalan dan pemantauan susulan perlu dijalankan. Aktiviti promosi kesihatan dijalankan
1 1 – 10
Rendah (tindakan kawalan dijalankan dan pemantauan berterusan ) Aktiviti promosi kesihatan dijalankan
2 11 – 25
Sederhana (kawalan perlu dilaksanakan sehingga sekurang – kurangnya indeks 1 dicapai) Aktiviti promosi kesihatan dijalankan
3 26 dan lebih
Tinggi (kawalan segera perlu dilaksanakan sehingga sekurang – kurangnya indeks 1 dicapai) Aktiviti promosi kesihatan dijalankan
Nilai Indeks dan Anggaran Jumlah Tikus
e. Jika kurang atau lebih bilangan perangkap yang digunakan dalam
tempoh lebih atau kurang dari 7 hari, formula berikut hendaklah
digunakan :-
Sumber: Trapping to Estimate Rodent Populations-A Demonstration
Project, T.L. Steinhart &A. W. Karsten, Center Iowa State University
(Diubahsuai).
Bilangan tikus ditangkap X 12
Bilangan Tikus = Bilangan perangkap yang dipasang ______________________________________ X 7 Bilangan hari perangkap dipasang
18
8.0 KAEDAH KAWALAN
8.1 Kawalan Fizikal, Mekanikal dan Sanitari
Kawalan tikus melibatkan segala usaha yang dijalankan untuk meningkatkan
tahap kebersihan persekitaran, mengurangkan bekalan makanan serta
tempat perlindungan dan mengurangkan populasi tikus melalui aktiviti
kawalan.
KAWALAN KAEDAH AKTIVITI
Kawalan Fizikal Kawalan / penghapusan
burrow
1. Menutup lubang-lubang tikus
dengan kaedah menampal
menggunakan simen konkrit.
2. Meletakkan rodent proffing di
laluan masuk.
3. Tumpuan perlaksanaan adalah
di aras bawah bangunan,
binaan konkrit longkang dan
dinding.
4. Sila rujuk carta alir 8.1.1
Kawalan
Mekanikal
Penggunaan perangkap tikus
1. Mempelbagaikan mekanisma /
umpan. Contoh : kelapa bakar,
ikan kering, inovasi sangkar
tikus.
2. Diletakkan di laluan dan ruang
yang terbuka (laluan tikus).
19
KAWALAN KAEDAH AKTIVITI
Kawalan
Mekanikal
Penggunaan gam
1. Meletak dan menempatkan
gam di atas papan plywood.
2. Pada ruang premis yang
tertutup seperti dalam
bangunan / ruang sempit.
Penggunaan tangguk / sauk
berjaring
1. Menangkap tikus yang
berkeliaran dan selalu
dilaksanakan pada waktu senja.
2. Digunakan jika bacaan indeks
infestasi tinggi.
Kawalan Sanitari
Persekitaran
Pengurusan sisa pepejal
1. Penggunaan tong sampah yang
sempurna, bertutup dan
mencukupi.
2. Kutipan sampah berjadual.
3. Penggunaan plastik sampah.
4. Digunapakai di semua premis
perniagaan / kediaman.
20
KAWALAN KAEDAH AKTIVITI
Kawalan Sanitari
Persekitaran
Penstoran bahan mentah
yang baik
1. Platform ditinggikan dari aras
lantai.
2. Jarak dari dinding 6 inci.
3. Jadual penyelenggaraan /
pembersihan stor.
4. Kawalan ke atas bilik stor
supaya tidak dimasuki tikus (rat
proofing).
5. Digunakan di premis
perniagaan yang berasaskan
bahan makanan mentah.
Pemasangan perangkap
minyak (grease trap)
1. Semua premis makanan
diwajibkan pemasangan
perangkap minyak (syarat
lesen).
2. Jadual penyelenggaraan yang
sistematik secara individu atau
menggunakan perkhidmatan
kontraktor.
3. Sisa makanan / lemak
diselenggarakan dengan
sempurna.
4. Digunapakai oleh semua
premis makanan.
21
8.2 Kaedah kawalan menggunakan pendekatan pengurusan pest (roden)
secara bersepadu ( IPM )
Pengurusan pest (rodent) secara bersepadu ( Integrated Pest
Management, IPM) yang meliputi 4 komponen utama seperti berikut:-
(a) Survey yang termasuk pemeriksaan premis, penyediaan peta dan
analisa, penyediaan laporan lengkap seperti kadar prevalen dan punca
infestasi serta cadangan penyelesaian;
KAWALAN KAEDAH AKTIVITI
Kawalan
Sanitasi
Persekitaran
Penempatan semula gerai
penjaja haram (pemutihan)
1. Menyediakan perkhidmatan
kutipan pelupusan sampah
berjadual.
2. Menyediakan tong sampah
yang sempurna (bertutup).
3. Digunapakai untuk gerai atau
penjaja haram (pemutihan).
Kawalan ke atas premis
terbiar / kosong
1. Notis arahan penghapusan
kacau ganggu terhadap pemilik
premis (Akta 171, Seksyen 82).
2. Notis arahan pembersihan
premis terhadap pemilik premis
(Akta 171, Seksyen 82).
3. Digunapakai di semua premis
terbiar / kosong.
Kawalan terhadap jenis
perniagaan yang berisiko
seperti kelapa parut,
pemprosesan ayam dan
sebagainya.
1. Kawalan pembuangan sisa
dengan lebih sempurna.
2. Tempoh perlaksanaan : Serta-
merta (syarat pelesenan).
3. Digunapakai di semua premis
perniagaan yang berisiko.
22
(b) Mengenalpasti nilai “treshold” untuk menentukan tindakan kawalan
bagi menghalang kerosakan dan membuat penilaian risiko;
(c) Intervensi untuk pencegahan, mengurangkan populasi dan
menghapuskan tikus; dan
(d) Penilaian melalui pemantauan berterusan bagi memastikan kaedah
kawalan menggunakan pendekatan IMP adalah berkesan dan
ditambah baik sekiranya perlu.
23
8.1.1 CARTA ALIR KERJA-KERJA KAWALAN FIZIKAL DAN MEKANIKAL
TIKUS
8.1.1.1 Carta Alir Kerja Kawalan Tikus Menggunakan Tangguk / Sauk
Berjaring
Persediaan logistik dan
anggota
Mula
Ada
Tiada
Tamat
Aktiviti menangkap tikus
menggunakan tangguk/sauk
Masukkan ke dalam sangkar
Gunakan kaedah
lain
Lupuskan secara selamat
Hasil tangkapan
24
8.1.1.2 Carta Alir Kerja Kawalan Tikus Menggunakan Gam
Persediaan logistik
dan anggota
Mula
Ada
Tiada
Tamat
Aktiviti menangkap tikus
menggunakan gam
Masukkan ke dalam bekas
yang sesuai
Gunakan kaedah
lain
Lupuskan secara selamat
Hasil tangkapan
25
8.1.1.3 Carta Alir Kerja Kawalan Tikus Menggunakan Perangkap Tikus
Mula
Ada
Tiada
Tamat
Aktiviti menangkap tikus
menggunakan perangkap
Gunakan kaedah lain
Lupuskan secara selamat
Hasil tangkapan
Persediaan logistik
dan anggota
26
8.1.1.4 Carta Alir Kerja Kawalan Tikus Secara Menutup Lubang Tikus (Burrow)
Mula
Tidak Aktif
Aktif
Tamat
Tutup lubang tikus
Gunakan kaedah
lain
Pantau susulan
lubang yang
ditutup
Persediaan logistik
dan anggota
27
8.2 KAEDAH KAWALAN KIMIA DAN LAIN-LAIN KAEDAH
8.2.1 Pendahuluan
Penggunaan bahan kimia adalah salah satu cara yang paling meluas
digunakan dalam aktiviti kawalan tikus. Bahan kimia (rodenticide)
kebiasaannya berbentuk umpan makanan, cecair dan juga debu. Terdapat
dua jenis cara tindakan rodentisid iaitu secara serta-merta (akut) dan juga
secara perlahan-lahan (antikoagulan). Racun akut bertindak secara pantas
melalui sekali pengambilan manakala racun antikoagulan bertindak secara
perlahan melalui pengambilan secara berulang dan seterusnya
menyebabkan kematian akibat pendarahan dalaman. Aplikasi rodentisid
mestilah toksik terhadap tikus dan pada masa yang sama selamat kepada
organisma bukan sasaran.
Aktiviti kawalan mesti dikekalkan sehingga paras eradikasi yang dikehendaki
tercapai. Secara amnya, aktiviti kawalan menggunakan rodentisid adalah
berjaya jika umpan tidak diganggu selama 2 minggu dan tiada kehadiran
tikus baru dikesan.
8.2.2 Penggunaan Rodentisid Mengikut Jenis Premis
Pemilihan penggunaan rodentisid mestilah bersesuaian dengan lokasi,
persekitaran dan kepadatan populasi tikus. Walau bagaimanapun,
penggunaan bahan kimia (rodenticide) tidak digalakkan digunakan di premis
makanan kerana berisiko tinggi menyebabkan pencemaran makanan kecuali
sekiranya infestasi tikus terlalu tinggi.
28
Jadual 3: Jenis Premis dan Cadangan Penggunaan Rodentisid
BIL JENIS PREMIS KETERANGAN JENIS
1 Gudang Bangunan berasingan untuk
tempat penyimpanan
barang bukan makanan.
Antikoagulan
2 Stor Tempat / bilik yang bersaiz
kecil dan sederhana untuk
penyimpanan barang /
makanan dan sebagainya.
Antikoagulan
3 Rumah Tempat bangunan
kediaman manusia.
Antikoagulan
4 Flat Tempat bangunan 4 tingkat
ke atas untuk kediaman
manusia bersaiz kecil dan
sederhana.
Antikoagulan
6 Tempat Rekreasi Tempat tumpuan awam
bagi menjalankan aktiviti
riadah dan rekreasi.
Antikoagulan
7 Pasar Bangunan dan tempat
tumpuan awam bagi
mendapatkan makanan
basah dan kering.
Antikoagulan
8 Tempat
Pembuangan
Sampah
Tempat penempatan tong
sampah berpusat.
Antikoagulan
29
8.2.3 Jenis Rodentisid
Senarai Rodentisid yang berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk
Perosak adalah seperti berikut:
Bahan Aktif Jenama Racun
Tikus Formulasi
Kepekatan (%)
Kesan
Klasifikasi hazard `active
ingredient’ oleh WHO
Zinc Phosphide
Gold Coin Mapa Vita
Powder Powder Powder
80 80 80
Akut 1b - Highly hazardous
Generasi Pertama Warfarin Chlorophacinone Diphacinone Coumatetralyl
Tikumin 1000 Ebor Baits KG 22 Rat Bait Tikumin Bait HRU Rat Bait DSP Chlorophacinone 0.25 Check Check bait Hentikus Butik S Trixon Rakus FPS-C Yasodion Racumin Paste Coumatrac
Bait Bait Bait Bait Bait Bait
Bait Bait Bait Bait Bait Bait
Granule
Bait Powder
1.0 0.05 0.05 0.05 0.05 0.25
0.29 0.01 0.29
0.005 0.25 0.25
0.005
0.0375 0.75
Antikoagulan
Antikoagulan
Antikoagulan
Antikoagulan
1b - Highly Hazardous
1a - Extremely hazardous
1a - Extremely hazardous
1b - Highly Hazardous
* Senarai ini dikemaskini oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak dari semasa ke
semasa.
30
Bahan Aktif Jenama Racun
Tikus Formulasi
Kepekatan (%)
Kesan
Klasifikasi hazard `active
ingredient’ oleh WHO
Generasi Kedua Bromadiolone Brodifacoum Flocoumafen
Lanirat Bait Butik G2 Ratox Q-Rat KG 33 Ratikus Ebor 401 DSP Bromadiolone 0.25 Talon Ebor 2030 Tornado Matikus Bounty Jasper Rattus BM Ratgone ZA Ratbait Echo Emtikus Aratta Storm Stratagem Storm BB
Bait Bait Bait Bait Bait Bait Bait Bait
Bait Bait Bait Bait Bait Bait Bait Bait Bait Bait Bait Bait
Bait Bait Bait
0.005 0.005 0.005 0.25 0.005 0.25 0.005 0.25
0.005 0.003 0.003 0.003 0.003 0.005 0.003 0.005 0.005 0.003 0.003 0.005
0.005 0.005 0.005
Anticoagulan
Anticoagulan
Anticoagulan
1a - Extremely hazardous 1a - Extremely hazardous 1a - Extremely hazardous
* Senarai ini dikemaskini oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak dari semasa ke
semasa.
* Racun dari kelas 1a (extremely hazardous) dan dari kelas 1b (highly hazardous) perlu
dikendalikan oleh anggota yang terlatih - WHO
31
8.2.4 Formulasi Rodentisid dan Penggunaannya
BIL FORMULASI RODENTISID PENGGUNAAN
1 Debu / Serbuk - Lubang
- Laluan tikus
- Digaul dengan umpan yang
bersesuaian
2 Bait (Pallet/ Paste/ Wax Block) - Di dalam Rat Bait Station (RBS)
- Lubang
- Laluan tikus
8.2.5 Pengurusan Dan Pelupusan Rodentisid
8.2.5 (a) Pengurusan rodentisid hendaklah mengikut kepada akta dan `
garis panduan yang berkaitan.
8.2.5 (b) Semua sisa rodentisid hendaklah dilupuskan mengikut Akta Kualiti
Alam Sekeliling (1974) di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 oleh operator yang berdaftar
dengan Jabatan Alam Sekitar.
8.2.5 (c) Pemantauan berterusan untuk menilai kesan penggunaan racun
termasuk keberkesanannya, kesan keracunan terhadap anggota
pekerja, haiwan lain dan alam sekitar perlu dilakukanoleh pihak
profesional seperti Pegawai Sains. Ini adalah bertujuan untuk
memastikan keberkesanannya dan mengelakkan ‘primary
poisoning’ atau ‘secondary poisoning’ terhadap pekerja, kanak-
kanak dan haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing.
32
8.3 PROMOSI KESIHATAN
Promosi kesihatan adalah salah satu komponen penting dalam aktiviti
kawalan tikus. Ini kerana tanggungjawab untuk mengawal populasi tikus
tidak hanya terletak pada PBT semata mata. Penglibatan komuniti adalah
penting supaya kesannya akan dirasai oleh keseluruhan lapisan masyarakat
sama ada dari segi kesihatan, ekonomi, keselamatan dan juga imej PBT dan
juga negara amnya.
Sebelum aktiviti promosi kesihatan dijalankan, kawasan yang telah
diinfestasi dengan tikus perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Antara kawasan
yang selalunya mengalami masalah infestasi tikus adalah :
i. Pusat penjaja/pasar
ii. Pusat riadah
iii. Kawasan perumahan rakyat dan rumah kos rendah
iv. Kawasan longgokan sampah haram
v. Kawasan yang selalunya mempunyai aduan tikus secara berulang
vi. Kawasan berlakunya kejadian wabak leptospirosis
8.3.1 Kaedah pelaksanaan
8.3.1(a) Kempen kesedaran bahaya tikus
Kempen kesedaran tikus adalah untuk memberikan kesedaran kepada
masyarakat mengenai impak buruk akibat populasi tikus yang tidak
terkawal. Jadual 4 menunjukkan aktiviti yang dicadangkan untuk kempen
kesedaran.
33
Jadual 4: Pengisian aktiviti promosi kesihatan untuk kempen kesedaran di lokaliti yang mempunyai infestasi tinggi
Bil. Aktiviti Objektif Panduan Indikator Tanggungjawab
1. Ceramah
Untuk memberi penjelasan mengenai kesan infestasi tikus kepada masyarakat
Memberi kesedaran kepada masyarakat setempat
Menekankan mengenai pengurusan sisa makanan dan sampah yang sistematik dan sempurna
Kumpulan sasaran:
i. Penduduk setempat ii. Penjaja iii. Pelajar Sekolah iv. NGO
Sekurang kurangnya 1 ceramah
Jabatan/Bahagian Kesihatan atau Jabatan yang berkaitan
2 Gotong-royong
Membersihkan kawasan -kawasan persekitaran yang menjadi tempat pembiakan tikus
Kumpulan sasaran :
i. Penduduk setempat ii. Penjaja iii. Pelajar Sekolah iv. NGO
Sekurang kurangnya sekali dalam tempoh kempen
Jabatan/Bahagian Kesihatan atau Jabatan yang berkaitan
JKKK/Agensi Kerajaan
NGO
34
Bil. Aktiviti Objektif Panduan Indikator Tanggungjawab
3 Pemasangan banner dan bunting
Memberi kesedaran kepada masyarakat
Banner dan bunting dipasang sepanjang kempen berlangsung
Banner dan bunting dipasang di jalan utama
Sekurang -kurangnya 5 bunting dan 1 banner dipasang di kawasan
Jabatan/ Bahagian Kesihatan atau Jabatan yang berkaitan
4
Edaran poster dan risalah
Memberi pengetahuan kepada masayarakat
Risalah diedarakan kepada kumpulan sasar:
i. Penduduk setempat ii. Penjaja iii. Pemilik Premis
Makanan/Perniagaan iv. Pelajar Sekolah v. NGO
Sekurang -kurangnya 1 risalah dan poster untuk setiap premis
Jabatan/ Bahagian Kesihatan atau Jabatan yang berkaitan
5 Pertandingan Menggalakkan penglibatan masyarakat
Pertandingan Premis dan Kawasan Kediaman Bersih
Sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh kempen
Jabatan/ Bahagian Kesihatan atau Jabatan yang berkaitan
35
8.3.2 Kempen Pembasmian Tikus
Kempen pembasmian tikus dijalankan oleh pihak PBT secara mobilisasi
masyarakat di mana pihak PBT dan masyarakat bersama-sama
menjalankan aktiviti pembasmian tikus di kawasan yang telah dikenalpasti.
Melalui kempen ini, pihak PBT menyediakan kepakaran teknikal serta
kemudahan logistik termasuk alat dan juga racun.
8.3.2(a) Mewujudkan Jawatankuasa Khas Kolaborasi Kawalan Tikus
Menubuhkan Jawatankuasa melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan NGO
yang berkaitan bagi membincangkan isu-isu berhubung masalah tikus di
Pihak Berkuasa Tempatan. Antara agensi kerajaan utama yang terlibat
adalah:
i. Pejabat Kesihatan Daerah
ii. Jabatan Pengairan dan Saliran
iii. Jabatan Perkhidmatan Veterinar
iv. NGO yang berkaitan
8.3.2(b) Mewujudkan Program COMBI (Communication for Behavioral
Impact)
Program COMBI merupakan satu pendekatan yang
diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ianya menggunakan pendekatan komunikasi untuk mengubah
tingkah laku manusia. Untuk melaksanakan program COMBI,
satu jawatankuasa perlu ditubuhkan yang melibatkan
masyarakat bagi mengatasi masalah tikus setempat.
Bagi memastikan kejayaan kempen yang dijalankan, kerjasama
daripada semua pihak terutamanya pihak masyarakat, NGO,
institusi pendidikan dan agensi kerajaan diperlukan.
36
8.4 Kaedah Kawalan Secara Pentadbiran / Organisasi
8.4.1 Keperluan Unit Kawalan Pest dan Roden di Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT)
Semua PBT perlulah komited menjalankan program ini melalui
pewujudan Unit Kawalan Pest dan Roden. Perjawatan,
keperluan logistik dan peralatan yang dicadangkan bagi unit ini
mengikut kategori PBT adalah seperti berikut:
KATEGORI
PIHAK
BERKUASA
TEMPATAN
KEPERLUAN
LOGISTIK
TENAGA
KERJA
KEPERLUAN
PERALATAN
PP
KP
PK
A
PA
PE
MA
ND
U
Majlis Daerah 1 buah
kenderaan 1 2 4 1
1. Perangkap
tikus
2. Rats
proofing
3. Peralatan
Perlindungan
Diri (PPE)
4. UV light
5. Fume hood
6. Stor kimia
Majlis
Perbandaran
2 buah
kenderaan 2 4 10 2
Dewan
Bandaraya
4 buah
kenderaan 2 4 10 2
8.4.2 Polisi-polisi kawalan kaedah ‘self monitoring’ Menguatkuasakan prosedur sedia ada iaitu laporan
penghapusan tikus di kalangan premis makanan mengikut
syarat perlesenan hendaklah dilaksanakan. Kebanyakan PBT
telah mensyaratkan semua premis makanan berbuat demikian
bagi memenuhi syarat-syarat perlesenan tetapi tidak banyak
PBT yang mengambil tindakan susulan penguatkuasaan
terhadap kaedah ini.
37
9.0. PROSEDUR KERJA SELAMAT
9.1 Prosedur Kerja Selamat Kawalan Fizikal Dan Mekanikal Serta Langkah Keselamatan
KAEDAH KAWALAN
KERJA HAZARD RISIKO LANGKAH KESELAMATAN ( PEKERJA )
LANGKAH KESELAMATAN ( AWAM )
A Menggunakan Tangguk / Sauk Berjaring
1. Kawasan kerja tidak rata / semak / lubang
2. Bekerja dalam keadaan posisi badan yang tidak ergonomik
1. Tergelincir dan Jatuh (slip & fall) 2. MSD ( mascular skeletal disease)
1. Memakai PPE ( Baju lengan panjang, sarung tangan, but keselamatan)
2. First Aid Kit disediakan 3. Personal hygiene
(membersihkan diri selepas selesai tugas)
4. Frequent Short Break
Pemberitahuan kepada masyarakat setempat mengenai aktiviti dengan menggunakan pembesar suara atau media komunikasi lain beberapa jam sebelum aktiviti dilaksanakan.
B Menggunakan Gam
1. Pendedahan kepada pelarut organik.
Penyakit alahan kulit terhadap bahan kimia
1. Memakai PPE (baju lengan panjang, sarung tangan, but keselamatan)
2. Memakai sarung tangan kulit
Pemberitahuan kepada masyarakat setempat mengenai aktiviti dengan menggunakan pembesar suara atau media komunikasi lain beberapa jam sebelum aktiviti dilaksanakan supaya mereka menjaga keselamatan anak-anak dan haiwan peliharaan.
38
KAEDAH KAWALAN
KERJA HAZAD RISIKO LANGKAH KESELAMATAN
( PEKERJA )
LANGKAH KESELAMATAN
( ORANG AWAM )
C Menggunakan Perangkap Tikus
1. Terdedah kepada objek tajam
2. Bekerja di persekitaran yang kotor/semak
3. Perangkap tidak disenggelara dengan baik
1. Luka tertusuk 2.Jangkitan penyakit
zoonotik seperti leptospirosis, melioidosis dsb. 3. Patukan ular
1. Memakai PPE (baju lengan panjang, sarung tangan, but keselamatan)
2. Peralatan First Aid disediakan 3. Personal hygiene
(membersihkan diri selepas selesai tugas)
Pemberitahuan kepada masyarakat setempat mengenai aktiviti dengan menggunakan pembesar suara atau media komunikasi lain beberapa jam sebelum aktiviti dilaksanakan.
D Menutup lubang tikus dengan menggunakan tanah liat atau simen atau lain-lain yang sesuai.
1. Terdedah kepada objek tajam
2. Bekerja di persekitaran yang kotor/ semak
1. Luka tertusuk 2. Jangkitan penyakit zoonotik. 3. Patukan ular 4. Tergelincir dan jatuh.
1. Memakai PPE (baju lengan panjang, sarung tangan kulit, but keselamatan dsb).
2. Mendapatkan pelalian ATT (Anti Tetanus) (sekiranya perlu).
3. Mengambil Prophylaxis antibiotic (sekiranya perlu).
4. Kebersihan diri (membersihkan diri sebelum balik ke rumah).
Pemberitahuan kepada masyarakat setempat mengenai aktiviti dengan menggunakan pembesar suara atau media komunikasi lain beberapa jam sebelum aktiviti dilaksanakan
Nota :Mana-mana petugas/kakitangan yang melaksanakan tugas kawalan tikus, jika terkena gigitan tikus perlulah dirujuk kepada
Pegawai Perubatan/hospital/klinik berdekatan SERTA-MERTA untuk pemeriksaan dan pengendalian selanjutnya.
39
9.2 PROSEDUR KERJA SELAMAT MENGGUNAKAN KAWALAN KIMIA JENIS UMPAN
BIL KERJA HAZAD RISIKO
LANGKAH
KESELAMATAN
(PEKERJA)
LANGKAH KESELAMATAN
(ORANG AWAM)
1 Menyediaan racun
- Mengalihkan racun dari bekas besar kepada bekas kecil
Pendedahan terus
kepada kulit dan
pernafasan manusia
i. Keracunan ii. Sakit kulit
i. Latihan kepada pekerja ii. PPE – Sarung
tangan(chemical resistance), apron, penutup hidung dan mulut (rujuk MSDS)
iii. Basuh tangan selepas penyediaan racun
iv. Penyediaan First Aid Kit
Meletakkan notis
pemberitahuan aktiviti
kawalan tikus sedang
dijalankan pada hari operasi
dilakukan.
2 Menempatkan racun di
lokasi yang di kenal pasti
- Laluan - Lubang - Habitat
Pendedahan terus kepada kulit dan pernafasan manusia
i.Keracunan ii.Sakit kulit
i. Latihan kepada pekerja ii. PPE – sarung
tangan(chemical resistance), apron, penutup hidung dan mulut (rujuk MSDS)
iii. Basuh tangan selepas penyediaan racun
Pendedahan terhadap binatang berbisa seperti ular
i. Dipatuk ular i. Latihan kepada pekerja ii.PPE- Peralatan khusus
(penyepit dan bekas) iii. Penyediaan First Aid Kit
40
9.3 Prosedur Kerja Selamat Menggunakan Kawalan Kimia Jenis Serbuk
BIL KERJA HAZAD RISIKO LANGKAH KESELAMATAN
KEPADA PEKERJA
LANGKAH KESELAMATAN
KEPADA ORANG AWAM
1 Menyediakan racun
Mengalihkan racun dari bekas besar kepada bekas kecil
Pendedahan
terus kepada kulit
dan pernafasan
manusia
• Keracunan • Sakit kulit • Masalah
pernafasan • Iritasi mata
• Latihan kepada pekerja • PPE – Sarung tangan(chemical
resistance), penutup hidung dan mulut (respirator), apron dan goggle (rujuk MSDS)
• Basuh tangan – basuh bekas, guna alatan berasingan selepas penyediaan racun
• Penyediaan di tempat bertutup yang mempunyai pengudaraan baik
• Penyediaan First Aid Kit • Alat pencuci mata kecemasan
Meletakkan notis
pemberitahuan aktiviti
kawalan tikus sedang
dijalankan pada hari operasi
dilakukan.
2 Meletak racun di
lokasi yang dikenal
pasti seperti laluan
dan lubang
Pendedahan terus kepada kulit dan pernafasan manusia
Keracunan
Sakit Kulit
Masalah Pernafasan
Iritasi mata
Latihan kepada pekerja
PPE – Sarung tangan(chemical resistance), penutup hidung dan mulut, apron dan goggle
Basuh tangan – basuh bekas, guna alatan berasingan selepas penyediaan racun
Penyediaan peralatan khusus – Mist blower
41
10. PERUNTUKAN PERUNDANGAN
10.1 TAFSIRAN
Definasi Kacauganggu
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171)
Seksyen 2
“kacau ganggu” ertinya sesuatu perbuatan, ketinggalan atau benda yang menyebabkan atau
mungkin menyebabkan bencana, kegusaran, kesalahan, kerosakan, bahaya atau kecacatan
kepada deria penglihatan, bau, atau pendengaran atau yang membencanakan atau berbahaya
atau yang mungkin membencanakan atau berbahaya kepada kesihatan atau harta atau yang
menjejas keselamatan atau hak-hak penduduk-penduduk umumnya.
Public Health Ordinance 1960
Seksyen 89
The following shall be deemed to be nuisances liable to be dealt with in the manner provided by
this Part :-
(i) any collection of water, sewage, refuse or other fluid or solid substance, or any cesspit,
latrine, urinal or ash-pit, which is in such a state or so situated, constructed or maintained as
to permit, or be liable to permit, the breeding or development of any of the life-stages of
mosquitoes, flies, helminths or other insects or parasites which may convey or cause
diseases of human beings or domestic animals;
Definasi Perosak
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009
Peraturan 2 :
“perosak” ertinya mana-mana haiwan yang berkebolehan mencemarkan makanan secara
langsung atau tidak langsung.
42
10.2 PERUNTUKAN PERUNDANGAN
10.2.1 Kuasa Memasuki
1. Seksyen 72(1)(a) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171)
Satu pihak berkuasa tempatan yang mempunyai kuasa boleh mengadakan, menyelenggara
dan menjalankan perkhidmatan-perkhidmatan kebersihan bagi membuang dan
menghapuskan ataupun bagi menguruskan sampah, bangkai binatang dan segala jenis
sampah sarap dan cecair buangan.
2. Seksyen 103(1) & (2) Local Government Ordinance (Sabah No.11 od1961) 1961
Pengerusi dan mana-mana pegawai yang diberikuasa boleh memasuki mana-mana premis
bagi tujuan penguatkuasaan Ordinance.
3. Seksyen 5(1) – (5) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2007) (AKTA
154)
Ketua Pengarah, seseorang Pegawai Kesihatan atau Inspektor boleh memasuki premis bagi
tujuan menjalankan kuasa di bawah akta ini.
4. Seksyen 36 Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan 1987
Kemasukan ke dalam establisymen makanan oleh Pegawai Majlis adalah dibenarkan bagi
tujuan penguatkuasaan undang-undang kecil ini.
5. Seksyen 1(a) Akta Makanan 1983 (AKTA 281)
Seorang Pegawai Berkuasa boleh memasuki pada bila-bila masa yang munasabah mana-
mana premis yang dipercayai sebagai premis makanan.
6. Seksyen 26(a) Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 1987
Seorang pegawai yang diberikuasa boleh memasuki mana-mana premis yang digunakan
atau pegawainya percaya dengan munasabah digunakan bagi maksud tred perniagaan.
43
10.2.2 Tindakan Kawalan
1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171)
Seksyen 76(1) Memusnahkan tikus
Pegawai Kesihatan boleh menyampaikan notis kepada pemunya atau penduduk premis
untuk memusnahkan tikus dan untuk menghapuskan tempat pembiakannya dan untuk
mencegahnya daripada berada semula.
Seksyen 76(2) Memusnahkan tikus
Ketidakpatuhan notis dalam tempoh tujuh hari dari penyampaiannya apabila disabitkan,
boleh didenda atau dipenjarakan dan pihak berkuasa tempatan itu boleh mengambil
milik premis itu dan mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang difikirkannya perlu
untuk melaksanakan maksud seksyen ini.
Seksyen 80 Kacauganggu hendaklah dihapuskan
Pihak berkuasa tempatan hendaklah mengambil langkah memberhentikan,
memusnahkan dan menghapuskan segala kacauganggu.
Seksyen 81(c) Kacau ganggu yang tindakan secara terus boleh diambil atasnya di bawah
Akta ini
Bagi maksud Akta ini, tindakan boleh diambil secara terus di bawah Akta ini atas perkara
yang berikut iaitu apa-apa timbunan atau letakan yang mana suatu kacau ganggu atau
mungkin menjadi suatu tempat pembiakan bagi nyamuk atau lalat atau apa-apa vermin
dan apa-apa benda lain yang diisytiharkan oleh Pihak Berkuasa Negeri sebagai suatu
kacau ganggu.
Seksyen 82(1) – (13) Notis mengkehendaki kacau ganggu dihapuskan
Pihak berkuasa tempatan boleh menyampaikan satu notis kepada orang yang
menyebabkan kacauganggu bagi melaksanakan tindakan penghapusan kacauganggu
dan mencegah berlaku semula kacauganggu tersebut.
Proses penyampaian notis kacauganggu bagi tindakan penghapusan dan pencegahan
boleh dilaksanakan mengikut peruntukan yang digunapakai.
44
2. Akta Makanan 1983 (AKTA 281)
Seksyen 11 Penutupan premis tidak suci
Pengarah atau seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan penutupan mana
mana premis yang tidak dibersihkan dan disucikan keadaannya hingga mendatangkan
bahaya kepada kesihatan.
3. Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009
Peraturan 16 Kawalan Perosak di Premis Makanan
Tuan punya premis makanan hendaklah mengekalkan keadaan premis makanan bebas
daripada mana-mana perosak, mengambil semua langkah yang praktis untuk
memusnahkan dan mengelak infestasi semula serangan perosak tanpa menimbulkan
ancaman kepada keselamatan makanan.
Peraturan 15(2) Kebersihan Premis Makanan- Premis makanan hendaklah bebas
daripada apa-apa timbunan kotak, tin, botol kosong, sampah atau apa-apa barang lain
yang tidak berkaitan dengan urusan premis makanan untuk mengelakkan kemasukan
dan sarang perosak;
Peraturan 17(3) Pelupusan sampah- Semua tempat simpanan sisa makanan, hasil
sampingan yang tidak boleh dimakan dan sampah lain hendaklah direka bentuk dan
diuruskan dalam cara yang sedemikian yang membolehkannya dikekalkan bersih, jika
perlu bebas daripada haiwan dan perosak.
4. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (AKTA 342)
Seksyen 18(b),(c) & (d) Membasmi kuman dan menutup premis
Pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya premis itu atau mana-mana
bahagiannya dibasmi kuman, dibasmi serangga atau dibasmi tikus atau memerintahkan
supaya premis itu atau mana-mana bahagiannya ditutup sehingga premis itu dibasmi
kuman, dibasmi serangga dan dibasmi tikus dengan sempurnanya.
Seksyen 19(1) Pemusnahan struktur
Seseorang Pegawai Kesihatan boleh memerintahkan pemusnahan apa-apa struktur di
mana suatu kes penyakit berjangkit telah berlaku jika struktur itu tidak berupaya dibasmi
kuman dengan sempurnanya.
45
5. Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan 1987
Seksyen 15(1) Pengawalan Serangga/binatang perosak
Setiap pemegang lesen establisymen makanan hendaklah pada setiap masa
mengambil langkah-langkah sesuai yang mungkin perlu untuk menjadikan establisymen
makanannya bebas dari tikus, lalat, serangga atau kutu dan hama membiak.
6. Undang-Undang Kecil Pasar 1987
Seksyen 7(b) & (e) Kehendak-kehendak Kebersihan
Pemegang lesen sesebuah pasar awam dan persendirian hendaklah memastikan bahan
makanan yang dijual dan disimpan berada dalam keadaan bersih dan dilindungi dengan
berkesannya dari lalat, vermin, serangga, habuk, kotoran atau lain-lain bahan atau
benda yang merosakkan.
Seksyen 17 Sekitar gerai hendaklah dijaga kebersihannya
Tuan punya gerai hendaklah menjaga gerai atau petaknya dan di sekitarnya supaya
berada dalam keadaan bersih dan memuaskan pihak Majlis.
Seksyen 18(1) – (5) Membuang Sampah
Tuan punya gerai hendaklah mengadakan bilangan tong sampah yang mencukupi dan
menyelenggara secara teratur dengan kaedah yang diluluskan oleh Majlis.
Tuan punya gerai hendaklah menyelenggara pengumpulan sampah mengikut kaedah
yang diluluskan oleh Majlis.
7. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (AKTA 672)
Seksyen 79(1) Kuasa penguatkuasaan
Seseorang pegawai yang diberikuasa boleh menyiasat berkenaan apa-apa kemudahan
pengurusan sisa pepejal, tanah dan premis lain untuk memastikan penyenggaraan dan
kebersihan sepatutnya.
8. Akta Hidrogen Sianida (Pewasapan) 1953 & Peraturan-Peraturan Hidrogen Sianida
(Pewasapan) 1953
46
Peraturan 16 Notis hasrat menjalankan pewasapan kepada pegawai
Setiap operator yang berlesen yang mengendalikan hidrogen sianida hendaklah
memberi notis kepada Pegawai Kesihatan pihak berkuasa tempatan mengenai hasrat
kerja-kerja pewasapan.
Peraturan 17 Notis hasrat menjalankan pewasapan kepada peghuni
Setiap operator yang berlesen yang mengendalikan hidrogen sianida hendaklah
memberi notis kepada penghuni premis mengenai hasrat kerja-kerja pewasapan.
9 Protection Of Public Health (Sarawak Chepter 30)1999
Secsyen 32(1) Regular Inspection Of Designated Premises
The Director or any Public Health Officer shall make regular inspection of premises used for
designated trade, and may, by order in writing, direct the owner or occupier thereof to take all or
any measures at the expense of any owner or occupier, within such time and date to be
specified in the Order-
(a) To improve the sanitary conditions of such premises
(b) If the premises or part thereof found to be infested with disease bearing insects or
rodents, to disinfect the same or, to remove breeding places for such insects or rodents, and
preventing their reappearance, and
(c) To clean the premises or part thereof internally or externally or both internally or
externally.
10 Local Government Ordinance 1961
Secsyen 49D Order For Demolition Of House Unfit For Habitation.
a) Where a closing order has been made in respect of any dwelling-house and the Authority is of
the opinion that the continued existence of such dwelling-house is dangerous or injurious to the
health of the public or of the inhabitants of the neighbouring dwelling-house it may make a
complaint to a Magistrate’s Court, and such Court after hearing the complaint may make on the
owner a summary order for the demolition of such dwelling-house within a time specified in such
order.
47
b) Any person who fails to comply with the summary order shall be guilty of an offence and shall
on conviction be liable to a fine not exceeding one hundred ringgit for each day during the period
of his default.
c) Where a person fails to comply with the provisions of a summary order the Authority may
execute the order and may recover the cost of such work from the owner.
11 Syarat-syarat yang dilaksanakan secara pentadbiran termasuklah :-
Setiap premis makanan perlu mendapatkan pengesahan tiada sebarang infestasi tikus atau
urungan di premis tersebut daripada mana-mana syarikat kawalan ‘pest’ yang berlesen dan
diluluskan sebelum mendapatkan lesen perniagaan atau memperbaharui lesen perniagaan.
Nota :
Cadangan meminda peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen
Makanan dengan meletakkan klausa kepada pemunya premis makanan
mendapatkan perkhidmatan kawalan ‘pest’ (lalat, lipas dan tikus) sebelum
mendapatkan lesen perniagaan atau memperbaharui lesen perniagaan.
48
11.0 PELUPUSAN TIKUS
11.1 Tikus hidup yang ditangkap menggunakan perangkap dikutip dan dimasukkan dalam
bekas yang kedap air (water tight) dan kedap udara (air tight).
11.2 Tikus dimatikan dengan menggunakan bahan kimia ethyl ether. Kadar sukatan yang
diperlukan perlulah dirujuk pada label bahan kimia tersebut.
11.3 Tikus yang mati akibat dari racun tikus hendaklah dikutip di lapangan dalam tempoh 24
jam selepas racun diletakkan oleh pekerja menggunakan penyepit atau penyodok.
Pencarian berterusan perlu dijalankan sehingga tiada lagi bangkai tikus ditemui.
11.4 Tikus yang mati di lokasi berair, disembur dengan menggunakan disinfektan seperti
klorin, lysol dan seumpamanya. Biarkan selama 10 minit sebelum bangkai tikus dikutip
dengan menggunakan penyepit atau penyodok. Bangkai tikus dimasukkan ke dalam beg
plastik dan diikat kemudian dimasukkan ke dalam beg plastik kedua yang juga diikat.
11.5 Semburan racun serangga (insecticide) hendaklah dijalankan sekitar 1 meter radius dari
bangkai tikus ditemui bagi tujuan mematikan kutu tikus.
11.6 Bangkai tikus boleh dilupuskan dengan kaedah berikut:
11.6.1 Dibakar dalam krematorium haiwan (rujuk gambarajah 6 dibawah)
11.6.2 Ditanam di tempat yang khusus
11.6.3 Dilupuskan di tapak pelupusan sisa pepejal
Carta Alir dan Proses Kerja Pelupusan Tikus adalah seperti di Lampiran 1 & 2.
Gambarajah 6 : Kaedah Pelupusan Tikus Menggunakan Krematorium (Gambar: Ehsan Jabatan
Kesihatan DBKL)
49
12 PENILAIAN PROGRAM
12.1 Perancangan Kerja Program Kawalan Tikus
Setiap PBT hendaklah merancang dan mengatur program kerja penghapusan tikus setiap tahun.
Semua kawasan sasaran hendaklah dijadualkan mengikut masa bersesuaian. Kawasan berisiko
tinggi mempunyai jadual kerja yang lebih kerap berbanding kawasan risiko rendah.
12.2 Laporan pencapaian program hendaklah dinilai setiap bulan.
Laporan hendaklah dibentang dalam Jawatankuasa Kesihatan PBT berkenaan pada setiap bulan.
Laporan kepada KPKT hendaklah dihantar setiap bulan. Contoh laporan seperti Lampiran 3.
50
RUJUKAN
1. Laporan Tahunan Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar DBKL 2012.
2. Control of Communicable Diseases Manual 2004, 18th Edition, David L. Heymann, MD.
3. Vector Control Series Rodents, Training and Information Guide, WHO 1987.
4. Lenny’s Bug Blog (www.LennysPestControl.com). 4 Julai 2013,
5. School IPM Action Plan for Rodents (http://www.extension.org/pages/63911/school-ipm-action-
plan-for-rodents). 4 Julai 2013.
6. Roden prevention, San Mateo Country Mosquito and Vector Control District.
(http://www.smcmad.org/rodent_prevention.htm) 4 Julai 2013
7. Wild Norway Rat Behaviour, www.ratbehaviour.org/WildRats.htm. 4 Julai 2013
8. Trapping to Estimate Rodent Populations-A Demonstration Project, T.L. Steinhart &A. W.
Karsten,Center Iowa State University.
9. Akta Kerajaan Tempatan 1976
10. Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994
11. Kementerian Kesihatan Malaysia (2011). Garis Panduan Untuk Diagnosis, Pengurusan Dan
Pencegahan Serta Kawalan Leptospirosis di Malaysia
12. DBKL ( Aktiviti Kawalan Rodensia di DBKL )
13. Pestisid and Their Application For The Control of Vectors and Pests of Public Health
Importance, Sixth Edition, World Health Organization (WHO) (2006).
14. Senarai Racun Makluk Perosak Berdaftar, Jabatan Pertanian Malaysia-
www.doa.gov.my/web/senarai-racun-makhluk-perosak-berdaftar.
15. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005
16. Chemical Control of Rodent, Lam Yuet Ming, MARDI Research, Bumbung Lima, Kepala Batas,
Pulau Pinang
17. Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( Penggunaan dan Standard
Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000
18. Garispanduan Keperluan Kelengkapan Peralatan Perlindungan Diri
19. Communication for Behavioral Impact (COMBI)- A toolkit for Behavioral and Social
Communication in Outbreak Response
20. Sciences Lab (2013), Material Safety Data Sheet Ethyl ether MSDS,
http://www.sciencelab.com, 21 Mei 2013.
21. Jabatan Kerajaan Tempatan (1987), Undang-Undang Kecil PBT (Jilid Satu), Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kuala Lumpur.
51
22. Jabatan Kerajaan Tempatan (1987), Undang-Undang Kecil PBT (Jilid Dua), Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kuala Lumpur.
23. Lembaga Penyelidikan Undang-Undang (2011), Akta Makanan 1983 (AKTA 281) & Peraturan-
Peraturan (Hingga 5hb Julai 2011), International Law Book Services, Petaling Jaya, Selangor
Darul Ehsan.
24. Lembaga Penyelidikan Undang-Undang (2009), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171),
International Law Book Services, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
25. Lembaga Penyelidikan Undang-Undang (2008), Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam
1984, International Law Book Services, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
26. State of Sabah (1997), Local Government Ordinance 1961, Government Printer, Sabah.
27. State of Sabah (1997), Public Health Ordinance (Sabah No.11 od1961) 1960, Government
Printer, Sabah.
28. Undang-Undang Malaysia (2007), Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit dan
Peraturan-Peraturan & Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dan Peraturan-
Peraturan (Pindaan Januari 2007), MDC Publishers Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
29. Undang-Undang Malaysia (2007), Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
(AKTA 672), Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.
30. Akta Hidrogen Sianida 1953 (AKTA 260) (Semakan 1987), Jabatan Percetakan Negara (1987),
Kuala Lumpur.
31. Undang-Undang Malaysia (2008), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Peraturan-
Peraturan (Pindaan Mei 2008), MDC Publishers Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
32. World Organization of Animal Health (2012), General Disinfection Guidelines, http://www.oie.int,
04 Julai 2013.
33. Dr. Ahmad Zaidi Bin Hj. Zainal (2013), DBKL Experience in Rodent Control, Bengkel Garis
Panduan Kawalan Tikus di PBT Siri 1/2013, Institut Latihan KPT, Berjaya Resort Hill, Bukit
Tinggi, Pahang, 08/05/2013.
34. Recommendation for euthanesia of experimental animals Part 2, Document for the European
Commission 1986, Euthanesia of animal used for scientific purposed, Autralian and New
Zealand Council for the Care of Animals 2001.
52
(Lampiran 3) BKS/JKT/TIKUS/2013/00
LAPORAN BULANAN AKTIVITI KAWALAN TIKUS DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Nama PBT : ______________________________________________ [1]
Bulan : ___________________ [2] Tahun : _____________________ [3]
BIL [4]
TARIKH AKTIVITI [5]
TEMPAT AKTIVITI [6]
KATEGORI AKTIVITI (Tandakan )
[7]
KAEDAH KAWALAN (Tandakan )
[8] JENIS BAHAN KIMIA YANG DIGUNAKAN (Nyatakan)
[9]
JENIS PERANGKAP YANG DIGUNAKAN
(Nyatakan) [10]
BIL
TIK
US
DIT
AN
GK
AP
H
IDU
P / B
AN
GK
AI T
IKU
S
DIP
UN
GU
T
[11]
TINDAKAN PENGUATKUASAAN (Nyatakan Bilangan)
[12]
Ru
tin
Op
era
si
Ad
ua
n
Kaji
an
Sia
sata
n
kes
La
in-l
ain
(Nyata
kan
)
Kim
ia
Pera
ng
kap
Fiz
ikal
La
in-l
ain
(n
yata
kan
)
No
tis
Ko
mp
au
n
Tin
da
kan
Ma
hkam
ah
BILANGAN AKTIVITI PENDIDIKAN KESIHATAN BERKAITAN KAWALAN TIKUS YANG DIJALANKAN (Nyatakan Bilangan)[13]
GOTONG-ROYONG
[13a]
CERAMAH
[13b]
PAMERAN
[13c]
KEMPEN
[13d]
RISALAH DIEDAR
[13e]
POSTER DIEDAR
[13f]
BUNTING
DIPASANG
[13g]
KAIN RENTANG
DIPASANG
[13f]
Laporan disediakan oleh :
Nama Pelapor : ………………………………………………………………….. No Tel : …………………………………... Jawatan : ………………………………………………………………….. E-Mel : ……………………………………
Bahagian/Jabatan : ………………………………………………………………….. Tarikh : …………………….
Nota : Laporan ini hendaklah dikemukakan setiap bulan kepada Bhg. Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT melalui e-mel [email protected] atau faks ke 03-88913098
pada atau sebelum 10hb bulan berikutnya. Sekiranya tiada aktiviti dijalankan pada bulan tersebut, nil reporting masih perlu dikemukakan.
53
PANDUAN MENGISI FORMAT LAPORAN BULANAN AKTIVITI KAWALAN TIKUS DI PIHAK
BERKUASA TEMPATAN (BKS/JKT/TIKUS/2013/00)
1. Laporan ini hendaklah dikemukakan untuk aktiviti kawalan tikus yang dijalankan setiap
bulan pada atau sebelum 10 hb bulan berikutnya.
2. Sekiranya tiada aktiviti dijalankan pada bulan tersebut, laporan ini masih juga perlu
dihantar sebagai nil reporting.
3. Keterangan bagi setiap ruangan dalam format tersebut adalah seperti dalam jadual di
bawah :
NOMBOR
RUANGAN KETERANGAN
1 Nyatakan nama PBT yang melaporkan aktiviti
2 Nyatakan bulan kalendar bagi aktiviti yang dilaporkan
3 Nyatakan tahun
4 Nyatakan bilangan mengikut turutan aktiviti
5 Nyatakan tarikh aktiviti dijalankan
6 Nyatakan tempat aktiviti dijalankan contohnya ‘Pasar Borong Selayang’ atau ‘Kawasan Perumahan Taman Mahkota’
7
Tandakan kategori aktiviti yang dijalankan seperti berikut:
Rutin – aktiviti terancang yang dibuat mengikut jadual
Operasi – aktiviti yang dirancang khas pada skala yang besar dan melibatkan pelbagai unit/agensi
Aduan – aktiviti susulan daripada aduan yang diterima
Kajian – aktiviti yang dijalankan bagi tujuan mendapatkan maklumat atau pengumpulan data
Siasatan kes – aktiviti susulan daripada kejadian jangkitan kes penyakit berpunca atau disyaki daripada pencemaran oleh tikus yang dilaporkan
8 Tandakan kaedah kawalan yang dijalankan samada melalui penggunaan bahan kimia, perangkap, fizikal (contohnya menutup lubang tikus) atau lain-lain kaedah
9 Nyatakan nama bahan aktif dan jenama (trade name) bahan kimia yang digunakan dalam aktiviti kawalan tikus
10 Nyatakan jenis perangkap yang digunakan contohnya perangkap sangkar, gam, sauk, ‘break bone’, ‘transit killer rat’ (TKR) dan sebagainya.
11 Nyatakan bilangan tikus yang ditangkap hidup menggunakan perangkap atau bilangan bangkai tikus yang dipungut selepas diracun
12 Nyatakan bilangan bagi tindakan penguatkuasaan yang diambil semasa aktiviti yang dijalankan samada notis, kompaun atau tindakan mahkamah
13a-13f Nyatakan bilangan mengikut kaedah aktiviti pendidikan kesihatan yang dijalankan berkaitan aktiviti kawalan tikus bagi sepanjang bulan yang dilaporkan
4. Laporan ini hendaklah dikemukakan menerusi e-mel di alamat [email protected] atau
melalui faksimili di nombor 03-88913098.
5. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Kesihatan
Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan di talian 03-88913364.
54
CARTA ALIR PELUPUSAN TIKUS
Basmi kuman
Tikus hidup
Tikus mati (Bangkai)
Mula
Kumpul ke dalam tong
Kumpul tikus
Matikan tikus (ethyl ether)
Tapak pelupusan
sisa pepejal Tanam Bakar (krematorium
haiwan)
Lampiran 1
Tamat
Pelupusan akhir
Basmi kuman di tempat bangkai dikutip (sekiranya lokasi berair).
Masukkan bangkai ke dalam beg
plastik (dua lapis)
Basmi serangga di
tempat bangkai dikutip.
Keadaan tikus
55
Lampiran 2
PROSES KERJA PELUPUSAN TIKUS
BIL ANGGOTA TERLIBAT
TINDAKAN DOKUMEN BERKAITAN
1 Pembantu Kesihatan Awam/Pekerja awam
Kumpulkan tikus yang hidup dan bangkai tikus.Gunakan PPE seperti but getah (wellington boot), sarung tangan getah, topeng mulut (surgical mask), ‘splash goggles’.
Dr. Ahmad Zaidi
Bin Hj. Zainal
(2013)
2 Pembantu Kesihatan Awam/Pekerja awam
Kumpulkan tikus hidup yang ditangkap ke dalam bekas yang tidak telap air, bertutup rapat dan kedap udara. Perangkap tikus hendaklah dicuci dengan bersih dan dibasmikuman setiap kali selepas digunakan.
Dr. Ahmad Zaidi
Bin Hj. Zainal
(2013)
3 Pembantu Kesihatan Awam/Pekerja awam
Matikan tikus menggunakan diethyl ether dengan kadar sukatan yang diperlukan;
• Lakukan dalam ruang yang mempunyai ruang pengudaraan baik.
• Keluarkan bangkai tikus dari bekas tersebut menggunakan penyepit atau penyodok dan diletakkan dalam beg plastik dan diikat.
• Gunakan PPE yang sesuai sepanjang mengendalikan tikus.
Sect. 2 – Composition and information on ingredients; Sect. 7 – Handling and Storage; Sect. 8 – Exposure controls / Personal Protection. (MSDS diethyl ether, ScienceLab. Chemicals & Laboratory Equipments(2013)
4 Pembantu Kesihatan Awam /Pekerja awam
Bangkai tikus:
Semua tikus yang mati diracun di lapangan hendaklah dikutip.
Pekerja hendaklah menggunakan penyepit atau penyodok semasa menjalankan kutipan.
Bangkai tikus dimasukkan ke dalam beg plastik.
Tempat bangkai dikutip hendaklah disinfeksi (dinyahjangkit).
PPE yang sesuai sentiasa digunakan sepanjang mengendalikan tikus.
Dr. Ahmad Zaidi Bin Hj. Zainal (2013)
56
BIL ANGGOTA TERLIBAT
TINDAKAN DOKUMEN BERKAITAN
5 Pembantu Kesihatan Awam /Pekerja awam
Basmi kuman Semburan disinfektan seperti Lysol, cecair klorin di lokasi bangkai ditemui (sekiranya lokasi berair).
Pengalaman daripada Majlis Daerah Lahad Datu, Sabah, Bengkel Garis Panduan Kawalan Tikus di PBT Siri 2/2013, Hotel Heritage, Tawau, Sabah, 04/07/2013.
6 Pembantu Kesihatan Awam /Pekerja awam
Basmi serangga • Semburan racun serangga dijalankan
dalam lingkungan 1 meter radius dari titik bangkai tikus ditemui.
Pengalaman daripada Majlis Daerah Lahad Datu, Sabah, Bengkel Garis Panduan Kawalan Tikus di PBT Siri 2/2013, Hotel Heritage, Tawau, Sabah, 04/07/2013.
7 Pembantu Kesihatan Awam/Pekerja awam
Masukan bangkai tikus ke dalam beg plastik. Dr. Ahmad Zaidi Bin Hj. Zainal (2013)
8 Pembantu Kesihatan Awam /Pekerja awam
Basmi kuman • Semburan disinfektan seperti Lysol,
cecair klorin dan sebagainya ke atas bangkai di dalam beg plastik.
• Beg plastik hendaklah diikat rapat dan dibawa ke tempat pelupusan.
General Disinfections Guidelines by R.F Kahrs
9 Pembantu Kesihatan Awam /Pekerja awam
Pelupusan akhir - Semua bangkai tikus boleh dilupuskan dengan kaedah berikut :-
Dr. Ahmad Zaidi Bin Hj. Zainal (2013)
10 Pembantu Kesihatan Awam /Pekerja awam
Bakar bangkai tikus dalam krematorium haiwan.
Dr. Ahmad Zaidi
Bin Hj. Zainal
(2013)
11 Pembantu Kesihatan Awam /Pekerja awam
Tanam bangkai tikus di tempat khusus. Dr. Ahmad Zaidi
Bin Hj. Zainal
(2013)
12 Pembantu Kesihatan Awam /Pekerja awam
Tanam bangkai tikus di tapak pelupusan sisa pepejal.
Dr. Ahmad Zaidi Bin Hj. Zainal (2013)