JMG 314 - PERANCANGAN AKADEMIK 2014-2015.pdf

9
- 1 - Perancangan Akademik JMG 314/4 GEOMORFOLOGI Sidang Akademik 2014/2015 KELAS SIDANG VIDEO Sidang Video Tarikh Jam Perjumpaan 1 Perjumpaan 2 Perjumpaan 3 Perjumpaan 4 Perjumpaan 5 Perjumpaan 6 (Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang Video Sidang Akademik 2014/2015 yang telah dihantar kepada pelajar)

Transcript of JMG 314 - PERANCANGAN AKADEMIK 2014-2015.pdf

  • - 1 -

    Perancangan Akademik

    JMG 314/4 GEOMORFOLOGI

    Sidang Akademik 2014/2015

    KELAS SIDANG VIDEO

    Sidang Video Tarikh Jam

    Perjumpaan 1

    Perjumpaan 2

    Perjumpaan 3

    Perjumpaan 4

    Perjumpaan 5

    Perjumpaan 6

    (Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual

    Sidang Video Sidang Akademik 2014/2015 yang telah dihantar kepada pelajar)

  • - 2 -

    JMG 314/4 - GEOMORFOLOGI PENGURUS KURSUS: Dr. Izham Mohamad Yusoff

    KANDUNGAN KURSUS

    Kursus ini membincangkan dengan mendalam dan terperinci tentang prinsip, proses dan bentuk-bentuk muka bumi di dalam sains geomorfologi moden. Sebagai tambahan, kursus ini juga menekan aspek gunaan iaitu bagaimana geomorfologi boleh menyumbangkan peranannya di dalam sebarang usaha pembangunan projek-projek yang melibatkan perubahan dan gangguan kepada muka bumi. Tajuk-tajuk yang di bincangkan dalam kursus ini ialah: 1: Ruang Lingkup Bidang Geomorfologi 2: Geomorfologi Struktural 3: Luluhawa 4: Pembentukan Cerun 5: Geomorfologi Fluvial 6: Geomorfologi Iklim/Kawasan KELAS SIDANG VIDEO Anda wajib menghadiri kelas telesidang. Penalti akan dikenakan kepada pelajar yang tidak hadir ke kelas telesidang dan tidak membuat persediaan. Anda dikehendaki membuat persediaan berdasarkan kepada agenda yang disediakan sebelum hadir ke kelas telesidang dan berbincang semasa sesi telesidang. Telesidang video ini bukanlah satu sesi syarahan atau kuliah yang bersifat penyampaian maklumat oleh pensyarah tetapi adalah merupakan satu sesi tutorial. Oleh itu, setiap pelajar yang hadir di dalam sidang video ini perlu membuat persediaan dan mengambil bahagian dengan aktif dalam perbincangan berdasarkan kepada tajuk perbincangan yang telah disediakan.

  • - 3 -

    AGENDA SIDANG VIDEO Sidang Video Pertama Tajuk Perbincangan untuk Sidang Video Pertama 1. Pengertian luluhawa 2. Luluhawa mekanika - Pengertian - Faktor-faktor - Proses-proses / cara berlaku - Bentuk-bentuk mukabumi 3. Luluhawa kimia - Pengertian - Faktor-faktor. - Proses-proses / cara berlaku - Bentuk-bentuk mukabumi 4. Peranan luluhawa dalam mengukir pandang darat fizikal. Rujukan yang perlu anda baca untuk sidang video pertama : 1. Bloom, A.L. 1978. Geomorphology: A Systematic Analysis of Late Cenozoic

    Landforms. Prentice Hall: New Jersey. m.s. 103-135. 2. Jamaludin Md. Jahi. 1989. Pengantar Geomorfologi. DBP: Kuala Lumpur. m.s.

    34- 40. 3. Tjia, H.D. 1987. Geomorfologi. DBP: K. Lumpur. m.s 22-39. 4. Modul 3 Sidang Video Kedua Tajuk Perbincangan Untuk Sidang Video Kedua 1. Jenis-jenis Struktur 2. Kesan setiap jenis struktur ke atas pembentukan muka bumi. 3. Jenis-jenis Lipatan 4. Bentuk-bentuk mukabumi hasil dari perlipatan

  • - 4 -

    5. Jenis-jenis Gelinciran 6. Bentuk-bentuk mukabumi hasil dari Gelinciran Rujukan yang perlu anda baca untuk sidang video Kedua : 1. Bloom, A.L. 1978. Geomorphology: A Systematic Analysis of Late

    Cenozoic Landforms. Prentice Hall: New Jersey. 2. Modul 2 3. Tjia, H.D. 1987. Geomorfologi. DBP: K. Lumpur. Sidang Video Ketiga Tajuk Perbincangan untuk Sidang Video Ketiga 1. Gerakan jisim/ susutan darat - Definisi / pengertian 2. Jenis-jenis Gerakan jisim - Gerakan perlahan - Gerakan pantas 3. Faktor-faktor yang menyebabkan runtuhan cerun 4. Kesan runtuhan cerun - Alam sekitar fizikal - Sosial dan ekonomi 5. Langkah-langkah untuk mengurangkan runtuhan cerun Rujukan yang perlu anda baca untuk sidang video Ketiga 1. Tjia, H.D. 1987. Geomorfologi. DBP: K. Lumpur. m.s 40-50.

  • - 5 -

    Sidang Video Keempat Tajuk Perbincangan Untuk Sidang Video Keempat 1. Hakisan Dan Pengangkutan Sungai - Definisi 2. Cara-cara hakisan sungai berlaku 3. Cara-cara pengangkutan berlaku 4. Bentuk-bentuk muka bumi hasil daripada hakisan dan pemendapan sungai Rujukan yang perlu anda baca untuk sidang video Keempat 1. Lobeck, A.K., 1981, Geomorfologi: Pengenalan Kepada Kajian Pandangan

    Darat, Dewan Bahasa Dan Pustaka. Bab 5, m.s. 203-240 ; Bab 6, m.s. 241-280.

    2. Modul 5 Sidang Video Kelima Tajuk Perbincangan Untuk Sidang Video Kelima 1. Hakisan ombak - Cara-cara hakisan berlaku 2. Bentuk-bentuk bumi akibat dari hakisan ombak 3. Pengangkutan ombak 4. Pandang darat atau bentuk muka bumi hasil dari penimbunan ombak Rujukan yang perlu anda baca untuk sidang video Kelima : 1. Lobeck, A.K., 1981, Geomorfologi: Pengenalan Kepada Kajian Pandangan

    Darat, Dewan Bahasa Dan Pustaka. Bab 10, m.s 427-472. 2. Modul 6

  • - 6 -

    Sidang Video Keenam Tajuk Perbincangan Untuk Sidang Video Keenam 1. Ulangkaji Sidang Video Pertama sehingga Sidang Video Kelima Rujukan yang perlu anda baca untuk sidang video keenam 1. Seperti yang disenaraikan dalam Sidang Video Pertama sehingga Sidang

    Video Kelima.

    ASAS PENILAIAN KURSUS Penilaian kursus adalah berasaskan kepada : Peperiksaan akhir : 60% Kerja kursus : Projek / tugasan 30% 100% 40% Amali 10% TUGASAN / PROJEK Arahan : a) Projek perlu dibuat secara individu atau boleh terdiri daripada 2 orang. b) Tuliskan nama ahli-ahli dalam kumpulan berserta dengan pelekat bar code

    masing-masing pada muka kulit hadapan tugasan anda. c) Jika perlu projek atau tugasan anda hendaklah di sertai dengan peta lakar

    kawasan kajian atau lain-lain peta serta gambar-gambar yang berkaitan (jika perlu) untuk memantapkan lagi kajian anda.

    d) Jalankan juga kajian literatur berkaitan dengan tajuk yang anda kaji untuk

    menguatkan lagi hujah anda. e) Projek anda mestilah berasaskan kepada penyelidikan dan bacaan sendiri dan

    mengandungi nota kaki yang sesuai serta bibliografi yang lengkap. Setiap nota, jadual dan gambarajah yang di sertakan dalam essei anda mestilah mempunyai punca (source) dari mana peta, jadual atau gambarajah itu di petik.

    f) Projek kajian anda mestilah di taip di atas kertas bersaiz A4 dan panjangnya di

    antara 20 28 muka surat termasuk gambar foto, gambarajah, peta dan sebagainya.

  • - 7 -

    g) Tugasan atau laporan projek anda yang telah siap hendak sampai kepada pengurus kursus tidak lewat daripada 20 Mac 2015.

    h) Kajian perlu dilakukan dengan sendiri dan tidak boleh meniru dari mana-mana

    laporan. Markah kosong akan diberi jika didapati meniru dari laporan atau meniru kawan.

    Tajuk Projek / Tugasan :

    Tajuk projek anda mestilah berdasarkan kepada salah satu daripada tema-tema berikut dan tempat kajian mestilah di salah sebuah negeri atau skop di Malaysia : a. Sistem gunung lipat di Malaysia. b. Pembentukan ciri-ciri fizikal di pesisiran pantai. c. Pandang darat fizikal hasil daripada proses luluhawa kimia dan luluhawa

    mekanika. Penulisan projek / tugasan wajib mengandungi : 1. Pengenalan 2. Latar belakang kawasan kajian 2. Kajian Literatur 3. Metodologi 4. Hasil Kajian 5. Kesimpulan / Rumusan 6. Rujukan

    Alamat Penghantaran Projek / Tugasan : Hantarkan projek / tugasan anda kepada : Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang. (U/P: Dr. Izham Mohamad Yusoff)

  • - 8 -

    AMALI Ujian amali ini akan di adakan semasa kursus intensif. Tarikh ujian amali ialah pada hari dan slot terakhir kuliah untuk kursus ini semasa intensif. KURSUS INTENSIF Kursus intensif akan diadakan pada 21/1/2015 hingga 10/2/2015 di Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. RUJUKAN ASAS 1. Jamaludin Md. Jahi. 1989. Pengantar Geomorfologi. Dewan Bahasa Dan

    Pustaka: K. Lumpur. 2. Lobeck, A.K. 1981. Geomorfologi: Pengenalan Kepada Kajian Pandang

    Darat (terjemahan). Dewan Bahasa Dan Pustaka: K. Lumpur. 3. Small. R.J. 1978. The Study Of Landforms: A Textbook Of Geomorphology.

    2nd. Edition Cambridge University Press: London. 4. Tjia, H.D. 1987. Geomorfologi. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur. RUJUKAN TAMBAHAN 1. Bloom, A.L. 1978. Geomorphology: A Systematic Analysis of Late Cenozoic

    Landforms, Prentice-Hall: New Jersey. 2. Butzer, K.W. 1976. Geomorphology From The Earth. Harper& Row: New

    York. 3. Embleton, C. 1979. Processs In Geomorphology. Edward Arnold: London. 4. Hails, J. R. 1977. Applied Geomorphology: A perspective of The

    Contribution of Geomorphology to The Interdisciplinary Studies And Environmental Manegement Elsevier Scientific Pub: Amsterdam.

    5. Pitty, A.F. 1971. Introduction To Geomorphology. Methuan: London. 6. Rice, R.J. 1977. Fundamentals Of Geomorphology. Longmans: London. 7. Spark. B.W. 1972. Geomorphology. 2nd. Edition. Longmans. London. 8. Twidale, C.R. 1976. Analysis of Landforms. John Wiley & Sons: New York.

  • - 9 -

    KAMUS / ISTILAH 1. Fairbridge, R.W.1968. Encyclopedia of Geomorphology. Reonhold: New

    York.

    Salam hormat dari pengurus kursus dan

    Selamat Belajar