Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

38
Sulit 1 STPM 940/2 [Lihat Sebelah] Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT Bahagian A 1. Huraikan bagaimana kuasa raja-raja diperkukuhkan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem politik Melayu sebelum campur tangan Barat A. Pengenalan (2/3 Markah) Sistem politik Melayu tradisional sebelum kedatangan kuasa Barat meletakkan raja/sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintah. Sultan mempunyai kuasa dalam menentukan aspek politik, ekonomi , negeri , sosial dan pola hidup di dalam pemerintahannya,dan mempunyai kuasa mutlak Sultan dibantu oleh golongan pembesar yang dilantik terdiri daripada golongan bangsawan atau kerabat diraja. Sultan juga mendapat kesetiaan daripada golongan rakyat dan hamba Sebelum kedatangan kuasa Barat (1874) raja atau sultan di negeri-negeri Melayu mempunyai kuasa pemerintahan dengan menggunakan hukum yang tidak bertulis Sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dapat dikaitkan sebagai sistem yang terawal dengan penggunaan konsep sultan dalam pemerintahan B. Isi (20 Markah) Pengukuhan Kuasa Raja /Sultan sebagai Kuasa Tertinggi Dalam Sistem Politik Melayu a. Sebagai Ketua Pentadbiran Merupakan ketua di dalam sesebuah negara pemerintahannya Mempunyai kuasa mutlak dan boleh melantik sesiapa sahaja untuk menjadi pembesar dalam membantu urusan pentadbiran negeri. Pemusatan kuasa berada di tangan sultan, pembesar hanya berkuasa di wilayah penguasaannya sahaja dan perlu taat setia kepada raja/sultan Rakyat patuh dan taat setia kepada raja/sultan dan tidak boleh menderhaka Segala arahan raja/sultan yang diperintah dilakukan tanpa bantahan Boleh memecat pembesar b. Sebagai Ketua Agama Islam Dianggap sebagai ketua agama Islam dalam negari pemerintahannya Dilambangkan sebagai khalifah ataupun sebagai pembantu Allah di muka bumi Boleh memutuskan atau menyelesaikan masalah berkaitan agama Islam Dibantu oleh ulama yang bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal agama Islam Memastikan peraturan Islam dilaksanakan c. Sebagai Pelindung Adat Resam dan Adat Istiadat Dianggap mempunyai kuasa memelihara adat resam dan istiadat Mempunyai kuasa dalam menentukan jenis hukuman Dapat menerima anugerah atau pemberian daripada rakyat dan pembesar Dikecualikan daripada sebarang tindakan /hukuman atas sebarang pelanggaran hukum

Transcript of Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Page 1: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

1STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

Bahagian A

1. Huraikan bagaimana kuasa raja-raja diperkukuhkan sebagai kuasa tertinggi dalamsistem politik Melayu sebelum campur tangan Barat

A. Pengenalan (2/3 Markah) Sistem politik Melayu tradisional sebelum kedatangan kuasa Barat meletakkan

raja/sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintah. Sultan mempunyai kuasadalam menentukan aspek politik, ekonomi , negeri , sosial dan pola hidup di dalampemerintahannya,dan mempunyai kuasa mutlak

Sultan dibantu oleh golongan pembesar yang dilantik terdiri daripada golonganbangsawan atau kerabat diraja. Sultan juga mendapat kesetiaan daripada golonganrakyat dan hamba

Sebelum kedatangan kuasa Barat (1874) raja atau sultan di negeri-negeri Melayumempunyai kuasa pemerintahan dengan menggunakan hukum yang tidak bertulis

Sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dapat dikaitkan sebagai sistem yangterawal dengan penggunaan konsep sultan dalam pemerintahan

B. Isi (20 Markah)

Pengukuhan Kuasa Raja /Sultan sebagai Kuasa Tertinggi Dalam Sistem Politik Melayu

a. Sebagai Ketua Pentadbiran Merupakan ketua di dalam sesebuah negara pemerintahannya Mempunyai kuasa mutlak dan boleh melantik sesiapa sahaja untuk menjadi pembesar

dalam membantu urusan pentadbiran negeri. Pemusatan kuasa berada di tangan sultan, pembesar hanya berkuasa di wilayah

penguasaannya sahaja dan perlu taat setia kepada raja/sultan Rakyat patuh dan taat setia kepada raja/sultan dan tidak boleh menderhaka Segala arahan raja/sultan yang diperintah dilakukan tanpa bantahan Boleh memecat pembesar

b. Sebagai Ketua Agama Islam Dianggap sebagai ketua agama Islam dalam negari pemerintahannya Dilambangkan sebagai khalifah ataupun sebagai pembantu Allah di muka bumi Boleh memutuskan atau menyelesaikan masalah berkaitan agama Islam Dibantu oleh ulama yang bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal agama Islam Memastikan peraturan Islam dilaksanakan

c. Sebagai Pelindung Adat Resam dan Adat Istiadat Dianggap mempunyai kuasa memelihara adat resam dan istiadat Mempunyai kuasa dalam menentukan jenis hukuman Dapat menerima anugerah atau pemberian daripada rakyat dan pembesar Dikecualikan daripada sebarang tindakan /hukuman atas sebarang pelanggaran hukum

Page 2: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

2STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

d. Dipelihara dengan Hak Keistimewaan Untuk membezakan taraf antara raja dengan rakyat biasa Mempunyai penggunaan bahasa khusus seperti tuanku ,beta dan sebagainya yang

dikenali sebagai Bahasa Istana Mempunyai tempat kediaman khusus seperti istana Mempunyai cop mohor atas nama baginda Mempunyai alat kebesaran seperti kendi, ketur, tepak sirih dan sebagainya Payung dan pakaian berwarna putih dan kuning juga dikhususkan kepada raja/sultan

dan kerabat diraja sahaja.

e. Diperkukuhkan Unsur Mitos Diperkuatkan dengan perkaitan daripada tokoh-tokoh utama Sebagai contoh,Kesultanan Melayu Melaka dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain Menunjukkan ketokohannya sebagai raja/sultan yang berdaulat Bertujuan untuk mempertingkatkan status seseorang sultan tersebut Kesultanan Melayu Melaka yang agung juga dikaitkan susur galurnya dengan

Kesultanan Melayu lainnya seperti Johor, Perak dan Pahang

f. Diperkuatkan dengan Konsep Daulat Mempunyai daulat yang tidak boleh diderhakai Meliputi keistimewaan sebagai seorang pemimpin Rakyat perlu patuh dan taat setia terhadap raja/sultan Penderhaka akan menyebabkan individu itu dimakan sumpah

g. Dibantu oleh Pembesar Keteguhan peranan raja/sultan diperkuatkan oleh pembesar yang dilantik Mempunyai jawatan/gelaran tertentu seperti Bendahara, Seri Paduka Tuan, Maha

Menteri, Seri Paduka Laksamana dan sebagainya Pembesar diperingkat daerah dibahagi pula kepada beberapa lapisan dengan Sistem

Empat Lapisan (kecuali Kelantan dan Negeri Sembilan) dengan susunan seperti OrangBesar Berempat,Orang Besar Berlapan ,Orang Besar Enam Belas dan Orang BesarTiga Puluh Dua

Perlantikan melalui sultan yang menurunkan cop mohor Membantu raja/sultan dalam mengekalkan keamanan negeri dengan menguruskan

ekonomi dan sosial kawasan jagaan masing-masing

h. Hubungan Saling Bergantungan Antara Raja/Sultan dan Pembesar Pembesar menguasai kawasan luar yang dianugerah tetapi tanpa gelaran dan

perlantikan secara rasmi oleh sultan dengan cop mohor tiada membawa makna Raja/sultan akan mempunyai kedudukan tanpa digugat sekiranya mendapat sokongan

para pembesar.Contohnya di Perak, Sultan Perak berhak menerima $6 daripada setiapbahara bijih timah yang dieksport dari mana-mana daerah di Perak sebagaiperlambangan taat setia pembesar kepada raja/sultan.

Bidang kehakiman/perundangan sebelum kedatangan kuasa Barat tiada berdasarkantulisan tetapi berdasarkan hukuman bersifat adat.Sultan masih memegang peranandalam menjatuhkan hukuman berat seperti hukuman mati termasuk seluruh negeripemerintahannya yang dikuasai oleh pembesar

Page 3: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

3STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

Hukuman jenayah dan hukuman lain dapat dijatuhi oleh pembesar dalam kawasanmereka secara tidak langsung membantu raja/sultan dalam mengekalkan keamanandalam negeri

Pembesar juga dapat membekalkan tenaga kerja untuk keperluan sultan sepertimembina istana raja/sultan, kapal, keperluan raja/sultan, pentas untuk istiadat diraja,membekalkan tenaga rakyat untuk tujuan peperangan dan mempertahankan negaradaripada ancaman

Secara umumnya, pengkhususan berlaku dengan raja/sultan menumpukan kepadapemerintahan kerajaan pusat, menguruskan hubungan luar, menyatupadukan rakyat,mengerahkan tenaga askar dalam petempuran dan membantu negeri sekutunyadaripada ancaman musuh, dan mengekalkan keamanan,keadilan dan kesejahteraanrakyat

Sementara pembesar berperanan dengan membantu raja/sultan dalam mengekalkandan membatu raja/sultan dalam pemerintahan

Oleh itu, Majlis Pembesar Perak sering kali campur tangan dalam perlantikan sultan danpemilihan takhta sultan

Pentingnya hubungan antara pembesar dan juga raja/sultan saling mendukung antarasatu dengan yang lain.

C. Penutup ( 2 /3 Markah )

1. Kesimpulannya, sebelum kedatangan kuasa Barat di Negeri-negeri Melayu raja/sultansememangnya berada pada kedudukan yang tertinggi dalam sistem pemerintahan.Kedudukan ini membolehkan baginda berperanan sebagai ketua pemerintah, ketuaagama Islam, ketua adat istiadat dan adat resam.

2. Peranan raja diperkukuhkan lagi dengan keistimewaan raja/sultan dengan unsurmitos,keistimewaan dalam bahasa dan peralatan khas termasuk tempat tinggal di istanaDalam memperteguhkan kedudukan dan peranan raja/sultan, sokongan pembesar jugaamat penting bagi mengekalkan kesejateraan dan keamanan serta bertindak sebagaipelaksana atau pembantu raja/sultan dalam sistem pemerintahan sesebuah negara.

Page 4: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

4STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

2. Bincangkan kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum campur tangan British.

A. Pengenalan (3/2 markah)

Kegiatan ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan British lebih bersifat sara diridan komersial. Kegiatan perdagangan juga dijalankan oleh saudagar-saudagar tempatan (Raja-raja Melayu dan pembesar-pembesar Melayu). Di Sabah dan Sarawak kegiatan ekonomi saradiri dan komersial dijalankan oleh kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan Melayu. Di Sabahmasyarakat pribumi yang menjalankan kegiatan ekonomi saradiri ialah orang Bajau,Kadazan/Dusun, Melayu Brunei dan Kedayan. Mereka menjalankan kegiatan pertanian sepertimenanam padi huma, padi sawah, mencari hasil hutan dan memburu binatang. Sebilanganpenduduk menjalankan kegiatan perniagaan dan perdagangan.

B. Isi1. Kegiatan Ekonomi di Tanah Melayu (10 markah)

Kegiatan Ekonomi Saradiri

a. Penanaman Padi.

Padi merupakan tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat Melayu tradisional. Padiditanam untuk kegunaan sendiri, bukan untuk jualan. Dua jenis padi yang ditanam iaitu padihuma dan padi sawah. Padi huma di tanam di kawasan tanah tinggi seperti di lereng-lerengbukit kerana tidak memerlukan air yang banyak. Penanaman padi huma dijalankan secarapertanian pindah yang kebiasaan dijalankan oleh orang Asli seperti Semai Jakun danTemiar.

Padi sawah pula dipercayai diperkenalkan oleh orang Siam dan Minangkabau. Padi sawahditanam di kawasan tanah rendah dan di kawasan yang mempunyai banyak air.Kebanyakan kawasan penanaman padi sawah adalah kawasan yang subur seperti tebing-tebing sungai dan tanah pamah persisiran pantai.

Kawasan penanaman padi yang utama ialah Kuala Selangor, Dataran Perlis, SeberangPrai, Pahang dan Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun beras masih diimport olehSelangor, Perak dan Negeri Sembilan. Padi sawah memerlukan banyak air. Antara kaedahyang digunakan ialah sistem pengairan . Melalui sistem ini air sungai disekat denganmembina empangan yang diperbuat daripada kayu, kincir air dan terusan. Kaedah yangdigunakan dalam penanaman padi ialah menggunakan binatang untuk membajak, najisbinatang, kuku kambing untuk menanam padi.

b. Tanaman-tanaman Lain.

Selain tanaman padi, tanaman-tanaman lain juga ditanam iaitu jagung, kopi, tembakau,pisang tebu, ubi kayu, lada hitam gambir, kelapa dan keledek.

Page 5: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

5STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

c. Hasil hutan .

Memungut hasil hutan merupakan kegiatan tradisi masyarakat Melayu. Antara hasil hutanialah rempah-ratus, kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, nipah, buluh, kapur barus,buah-buahan, getah jelutung, kayu cendana serta pelbagai hasil hutan yang lain.Pengumpulan hasil-hasil hutan ini dilakukan orang-orang Melayu dan Asli.

d. Memburu binatang

Masyarakat Melayu tradisi menjalankan kegiatan memburu binatang sebagai kegiatansampingan. Antara binatang yang diburu termasuklah pelanduk, kancil, rusa, seladang danayam hutan. Kegiatan berburu dijalankan secara meluas di Pahang dan Terengganu.Kegiatan menjerat gajah juga dijalankan kerana gajah boleh digunakan untuk pelbagaikegunaan . Gajah digunakan sebagai alat pengangkutan atau pengangkutan utamagolongan pemerintah ,di samping menjadi lambang ketinggian taraf seseorang pemerintah.Gajah juga dijadikan hadiah oleh pemerintah atau persembahan serta kenderaan semasapeperangan. Kegiatan menjerat gajah dijalankan secara meluas di Pahang kerana terdapatbanyak binatang liar di negeri tersebut.

e. Penternakan

Antara kegiatan menternak binatang utama masyarakat Melayu ialah ayam, itik, lembu dankerbau. Selain menjadi sumber makanan, binatang ternakan seperti lembu dan kerbau jugadigunakan untuk membajak sawah dan menarik kayu.

f. Perikanan

Kegiatan menangkap ikan merupakan kegiatan utama masyarakat Melayu yang tinggal dikawasan persisiran pantai, tasik, dan sungai. Hasil tangkapan digunakan untuk keperluandiri dan lebihannya dijual atau dikeringkan.

Penduduk di Kelantan, Terangganu dan Pahang menjalankan kegiatan menangkap ikan dilaut antara bulan Mac hingga Oktober. Kegiatan menangkap ikan dihentikan antara bulanNovember hingga Februari kerana keadaan laut yang bergelora dan berbahaya kepadanelayan. Cara menangkap ikan berbeza-beza dan bergantung kepada keadaan setempat,sungai atau laut. Antara alat-alat yang digunakan untuk menangkap ikan di sungai dan tasikialah serampang, tombak, tali kail, bubu, jala, pukat, pancing, jaring, tangguk, kelong, gawai,jermal, serkap dan lukah. Alat-alat yang digunakan menangkap ikan di laut ialah pukat, jala,jaring kelong dan rawai.

Kegiatan ekonomi komersial.

a. Padi dan beras.

Di Kedah , Perlis dan Kelantan kegiatan penanaman padi adalah bersifat separa sara diridan berorientasikan komersial. Kedah mengeksport beras ke Pulau Pinang. ManakalaKelantan pula mengeksport beras ke Singapura. Negeri-negeri yang dapat menghasilkanlebihan hasil beras ialah Selangor, Perak dan Terengganu. Mereka mampu membekalkanberas kepada negeri-negeri Melayu lain.

Page 6: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

6STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

b. Hasil Hutan

Hasil hutan merupakan kegiatan ekonomi komersial yang sangat diperlukan oleh parapendagangan. Antara hasil hutan yang dieksport ialah rotan, damar, gading gajah dansebagainya.

Kegiatan pertanian dagang.

a. Lada hitam dan gambir

Lada hitam dan gambir banyak ditanam di Johor dan Pulau Pinang. Di Johor penanamanlada hitam dan gambir dijalankan oleh orang-orang Cina. Temenggong Daeng Ibrahimmemberi hak berekonomi kepada tauke-tauke dan ketua kongsi gelap Cina bagimengusahakan ladang-ladang lada hitam melalui Sistem Kangcu atau Surat Sungai.

ii. Kopi

Ditanam oleh peladang-peladang Eropah. Kopi ditanam secara besar-besaran di Selangor,Negeri Sembilan dan Johor.

b. Tanaman jualan lain

Tanaman tebu banyak ditanam di Seberang Perai dan Krian. Orang Eropah memainkanperanan penting dalam penanaman. Banyak kilang memproses tebu didirikan di kawasanini. Ubi kayu banyak diusahakan di Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan. Ditanam secarameluas pada pertengahan abad ke-19.

Kegiatan Perlombongan

a. Bijih Timah

Diusahakan oleh raja dan pembesar Melayu. Antara pembesar Melayu yang menjalankankegiatan pelombongan bijih timah ialah Long Jaafar, Ngah Ibrahim dan Raja Jumaat.Mereka menggunakan buruh-buruh Cina. Kawasan kegiatan bijih timah yang utama ialahKinta, Larut, dan Dinding di Perak; Sungai Ujong dan Sungai Linggi di Negeri Sembilan;Sungai Selangor dan Sungai Kelang di Selangor.

b. Emas.

Diusahakan di Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor. Pada peringkat awalemas diusahakan oleh orang-orang Minangkabau dari Sumatera.

Page 7: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

7STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

B. Kegiatan Ekonomi di Sarawak ( 5 markah )

Kegiatan Ekonomi Sara diri.

a. Penanaman Padi.

Padi huma diusahakan oleh orang Iban, Bidayuh dan Kenyah. Diusahakan secarabergotong-royong. Padi huma diusahakan oleh masyarakat Kelabit yang tinggal di kawasanbukit Hulu Sg.Baram. Sistem tali air dibina untuk mengairi kawasan sawah.

b. Perikanan.

Dijalankan oleh orang Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai Kaum Ibanmenjalankan penangkapan ikan di kawasan sungai terutamanya di Sungai Rejang, Saribasdan Batang Lupar.

c. Tanaman-tanaman lain.

Antara tanaman lain yang ditanam ialah lada hitam, pokok buah-buahan dan pokokmengkuang. Orang Melanau menjalankan kegiatan memproses sagu di Oya dan Mukah.

d. Perlombongan

Antimoni diusahakan oleh orang Bidayuh.

e. Perdagangan.

Dijalankan oleh orang Melanau dan Brunei di kawasan sempadan. Barang-barang yangdidagangkan ialah sagu.

Kegiatan ekonomi komersial

a. Lada hitam

Tanaman eksport terpenting pada zaman pemerintahan Brooke. Diusahakan olehpeladang Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura.

Brooke memberi tanah kepada saudagar-saudagar Cina untuk membuka kebun lada hitam.Antara tahun 1935-1939 Sarawak merupakan pengeksport kedua terpenting selepasIndonesia.

b. Gambir.

Harga gambir meningkat pada tahun 1890-an. Brooke memberi tanah kepada peladangCina. Gambir ditanam secara meluas di Bau. Pada awal abad ke-20, tanaman gambir mulaimerosot kerana harganya tidak stabil.

Page 8: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

8STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

c. Sagu.

Sagu ditanam secara meluas di antara tahun 1850-1860. Diusahakan oleh orang Melayudan Inggeris. Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepadapekebun-pekebun kecil. Mulai abad ke-20 orang Cina mulai mengambil alih kegiatan ini dankemudian menguasai perusahaan sagu.

d. Perlombongan.

Emas dilombong di Bau oleh orang Cina. Antimoni dilombong di Bahagian PertamaSarawak. Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak.

C. Kegiatan ekonomi di Sabah. ( 5 markah )

Kegiatan ekonomi sara diri

a. Penanaman Padi

Tanaman makanan utama. Padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun.Kawasan penanaman padi yang utama ialah Tuaran, Papar, Penampang dan lembah bukitdi Ranau, Keningau dan Tambunan. Padi huma ditanam di lereng-lereng bukit landai dikawasan pedalaman yang bergunung-ganang. Padi huma diusahakan oleh orang Murut danBajau.

b. Tanaman-tanaman lain

Jagung, ubi kayu, keledek, buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan ‘ makanan selang”

c. Pertukangan

Dijalankan oleh kaum Bajau. Mereka terkenal dengan kemahiran bertukang besi, menenunkain dan memacu kuda.

d. Perikanan

Dijalankan oleh masyarakat Melayu Brunei dan Kedayan. Dijalankan di sepanjang pantaiperairan Sabah dan bersempadan dengan Brunei.

e. Penternakan

Binatang yang diternak ialah kerbau, ayam, itik dan khinzir. Dijalankan oleh suku kaumdusun dan Kadazan.

Page 9: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

9STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

Kegiatan Ekonomi Komersial

a. Tembakau

SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau. Tembakau mula diusahakan oleh orang-orang Cina. Selepas tahun 1884, peladang-peladang Belanda dan Jerman memainkanperanan penting dalam penanaman tembakau. Kawasan tumpuan ialah Pantai TimurSabah. Pada tahun 1890 terdapat 60 estet tembakau yang kebanyakan tertumpu diBahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah.

Peladang menggunakan tenaga buruh dari Singapura dan Hong Kong. Pada penghujungabad ke-19 penanaman tembakau merosot apabila permintaan dari Amerika merosot.

b. Perlombongan.

Emas diusahakan oleh orang Cina di Sungai Segama. Petroleum diusahakan secarakomersial oleh SBUB.

C. Penutup ( 2/3 markah )

Kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum kedatangan Barat bersifat sara diri dan komersial.Kegiatan ekonomi sara diri adalah untuk keperluan diri dan keluarga sendiri. Kegiatan inimenjadi komersial apabila lebihan yang ada dijual atau ditukar dengan barangan lain. Setelahkedatangan Barat, kegiatan ekonomi sara diri masih wujud dan kegiatan komersial sertaperdagangan semakin berkembang.

Page 10: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

10STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

3. Sejauhmanakah perasaan tidak puas hati pembesar menyebabkan berlakunyapenentangan di Perak dan Pahang pada abad ke 19.

A. Pengenalan ( 3 Markah ) Sistem Residen mula diperkenalkan di Perak setelah Perjanjian pangkor ditandatangani

pada tahun 1874. Sementara di Pahang pula sistem ini dilaksanakan pada tahun 1888dengan perlantikan J.P Rodger

Residen berperanan sebagai penasihat sultan dalam semua aspek pentadbiran kecualidalam hal ehwal agama dan adat resam Melayu.

Bagaimanapun, sistem ini telah mendapat tentangan dari rakyat tempatan apabilabanyak pembaharuan-pembaharuan yang telah dilaksanakan melanggar adat resamdan menggugat pemerintahan tradisonal tempatan dan perkara yang paling pentingianya telah menimbulkan perasaan tidak puas pemerintah di kedua-dua negeri.

B. Isi-isi penting

1. Faktor penentangan di Perak ( 10 Markah )

I. Perasaan tidak puas hati golongan pemerintah

Perlantikan J.W.W Birch sebagai Residen setelah 10 bulan Perjanjian Pangkorditandatangani dan pengenalan pelbagai pembaharuan di Perak menyebabkan RajaAbdullah tidak puas hati kerana beliau mengenepikan sultan dalam banyak perkara

Birch telah membatalkan hak pungutan cukai Raja Abdullah dan pembesar-pembesarPerak tanpa gantirugi yang memuaskan.

Pembatalan pajakan Sultan Abdullah kepada Lee Cheng Tee saudagar Singapura iaitukonsesi atau hak memungut cukai kastam di Hilir Sg Perak selama 10 tahun bernilaiRM26 000 setahun. Raja Abdullah tidak diberi gantirugi yang setimpal

Raja Ismail dan pembesar di Hulu Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagai sultanPerak dan enggan menyerahkan alat-alat kebesaran untuk tujuan pertabalan sultankepada Raja Abdullah

Penghapusan sistem perhambaan terutama hamba berhutang oleh Birch jugamenimbulkan kemarahan pembesar

Ngah Ibrahim pula tidak puas hati dengan kedudukannya sebagai Pembesar Larutkerana tidak dapat bertindak dengan bebas seperti dahulu dan terpaksa mematuhinasihat Penolong Residen iaitu Kapten Speedy

Perasaan tidak puas hati ini menyebabkan Raja Abdullah dan pembesar-pembesarenggan bekerjasama dengan Birch dan telah bersatu untuk menentangnya

II. Kelemahan pemerintahan Raja Abdullah Sultan tidak mentadbir Perak dengan baik dan banyak berhutang hingga terpaksa

menjual daerah Krian untuk membayar hutang Untuk membayar hutang baginda terpaksa memajakkan hak memungut cukai di Kuala

Sg Perak kepada Lee Cheng Tee Sultan juga tidak dapat mengawal pembesar-pembesar dengan baik dan banyak

mempunyai musuh. Terdapat pembesar yang tidak puas dengan perlantikan bagindasebagai sultan dan terdapat juga pembesar yang masih memungut cukai dengan nilaiyang tinggi di daerah masing-masing

Page 11: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

11STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

III. Kelemahan Peribadi Birch

Tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang adat resam danadat istiadat Melayu pengalaman berkhidmat di Sri Lanka tidak dapat digunakan keranabudaya yang berbeza

Beliau juga tidak fasih berbahasa Melayu dan sukar untuk berhubung denganmasyarakat tempatan

Beliau juga sombong dan menganggap dirinya bijak dalam pentadbiran dan inginmembuat pembaharuan dengan cepat dan tergesa-gesa sehinggan mengenepikanperasaan sultan dan pembesar Melayu

Beliau juga bersikap biadap dan kurang diplomasi ditunjukkannya apabila beliaumembakar rumah Ngah Ibrahim dan Tengku Panglima Besar kerana masih memungutcukai

IV. Pembaharuan-pembaharuan Birch

Sistem pengutan cukai diubah dan diletakkan dibawah kawalannya. Seorang PegawaiBritish dilantik untuk memungut cukai yang digelar Majistret atau Pemungut Cukai. Birchtelah mengambilalih hak pungutan cukai pembesar-pembesar Melayu. Birch telahcampur tangan dalam adat istiadat Melayu tanpa disedari.

Beliau juga tidak tahu pembayaran cukai adalah untuk menunjukkan tanda taat setia Birch juga telah menghapuskan amalan perhambaan tetapi beliau telah memberi

perlindungan kepada hamba-hamba yang melarikan diri ke rumahnya terutama hambaperempuan. Ianya melanggar adat Melayu. Malah memarahi Sultan yang memintasupaya hambanya dikembalikan dan tidak mahu membayar ganti rugi.

V. Perasaan tidak puas hati rakyat

Berapa peraturan baru telah diperkenalkan dan menimbulkan kemarahan rakyat. Birch memperkenalkan cukai bot dan padi. Penduduk diwajibkan membeli lesen untuk

membawa senjata, memotong kayu dan mengambil daun nipah Beliau juga memperkenalkan unng-undang awam dan jenayah bagi mempastikan

peraturan baru dipatuhi

VI. Kesilapan Sir William Jervois

Beliau telah dilantik sebagai Gabenor NNS pada Mei. 1875 bagi menggantikan AndrewClarke. Beliau membuat keputusan mengambil alih pentadbiran Perak melaluiperlantikan pegawai British atas nama sultan

Sultan dan pembesar diberi pencen kerana penyerahan kuasa pentadbiran Pada 11 September,1875 beliau mendesak Raja Ismail supaya menyerahkan alat

kebesaran Diraja Perak kepada beliau tetapi ditolak. Jervois juga memaksa Raja Abdullah menyerahkan kuasa pentadbiran Perak kepada

British dan akhirnya terpaksa menandatangani pengistiharan pentadbiran Perak kepadaBritish pada 2 Oktober 1875 kerana diugut akan dibuang negeri dan tempatnya akandiserahkan kepada Raja Yusuf

Page 12: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

12STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

2. Penentangan di Pahang ( 10 Markah )

I. Perasaan tidak puas hati golongan pemerintah.

a. Sultan

Pengenalan Sistem Residen dan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri menyebabkanSultan Ahmad kehilangan banyak kuasa dan hak keistemewaan. Semua keputusandalam Majlis Mesyuarat Negeri dibuat oleh Residen. Sultan hanya menandatanganisurat-surat perintah sahaja

Sultan juga tidak berpuas hati dengan jumlah elaun yang diberikan oleh British yangdianggap terlalu sedikit. Kerajaan memberikan RM18 000 setahun manakala SultanAhmad meminta supaya dibayar RM24 000 setahun

Tindakan British memaksa Sultan Ahmad melantik putera sulungnya iaitu TengkuMahmud sebagai Pemangku Raja yang berkuasa penuh. Tujuan British adalah untukmengurangkan peranannya sebagai pemerintah yang sah

Tindakan British memperkenalkan pelbagai peraturan baru yang diluluskan oleh MajlisMesyuarat Negeri pada 31 Disember 1889

b. Pembesar

Penghapusan hak pemungutan cukai pembesar-pembesar dalam daerah pentadbiranmasing-masing. Penubuhan daerah-daerah baru diletakkan di bawah pentadbiranpegawai British yang digelar Pemungut Cukai dan Majistret telah mengambil alih tugasyang sebelum ini dilaksanakan oleh pembesar daerah

Tindakan Residen British mengambil alih peranan pembesar Pahang sebagai PenasihatSultan dalam Majlis Penasihat istana melalui penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri

Dato Bahaman tidak puas hati kerana beliau tidak dibenarkan memungut cukai danditawarkan elaun sebanyak RM70 sebulan. Beliau juga tersinggung kerana British hanyamenawarkan elaun tahunan sebanyak RM840 sebagai ganti rugi atas kehilangan kuasadi daerah Semantan. Beliau menuntut supaya jumlah dinaikkan kepada RM6 000setahun tetapi tidak dilhiraukan oleh British

Kemarahan beliau bertambah apabila British mendirikan Balai Polis di Lubuk Teruatanpa meminta atau berunding terlebih dahulu dengannya. Pembinaan balai inimenyebabkan kebebasan Dato Bahaman dan pengikutnya terbatas dan terpaksamematuhi undang-undang British

Tok Gajah pula bangkit menentang kerana tuntutannya untuk mendapatkan elauntambahan ditolak. Perjuangannya mendapat sokongan masyarakat Melayu apabilapermintaannya agar British melewatkan pembayaran cukai tanah ditolak.

II. Perasaan Tidak Puas Hati Rakyat

Undang-undang baru telah diperkenalkan iaitu cukai tanah sebanyak 40sen seekardikenakan ke atas tanah kampong, tanah paya, dusun dan tanah nipah

Sistem lessen dan permit dilaksanakan dengan mewajibkan sesiapa sahaja yanghendak memungut hasil hutan atau mencari nipah mesti mendapatkan lesen terlebihdahulu

Rakyat diwajibkan untuk bekerja sebagai buruh kerahan selama dua bulan dalamsetahun bagi kerja-kerja yang melibatkan pihak kerajaan

Page 13: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

13STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

Sekatan yang tidak membenarkan rakyat tempatan membawa senjata seperti keriskemana sahaja mereka pergi

Kehadiran polis Sikh dan India yang kasar dan tidak memahami adat istiadatmasyarakat Melayu terutamanya membawa senjata kemana sahaja mereka pergi

Kehadiran pelombong Eropah dan Cina juga menyebabkan kebenciaan masyarakattempatan bertambah kerana mereka tidak faham adat, bersikap bongkak dan sombongterhadap masyarakat Melayu

Dato Bahaman dan Mat Kilau sering menyerang pedagang Cina di Pahang

III. Kelemahan Peribadi J.P Rodger

Beliau tidak pandai menggunakan diplomasi dan tolak ansur ketika berurusan denganSultan Ahmad dan pembesar Pahang

Beliau juga telah memperkenalkan pelbagai peraturan baru tanpa berunding dan tidakmenghiraukan perasaan sultan dan pembesar tempatan

C. Penutup (2/3 Markah)

Pertembungan yang berlaku antara masyarakat tempatan dengan British di Pahang danPerak adalah disebabkan oleh kelemahan British memahami adat tempatan danbertindak terburu-buru apabila melaksanakan pelbagai perubahan dan peraturan baru.

Kemuncak penentangan masyarakat tempatan di Perak adalah peristiwa pembunuhanJ.W.W Birch pada 2 November 1895

Sementara di Pahang penentangan terhadap British mengambil masa yang panjang danberlarutan selama empat tahun iaitu dari 1891-1895 namun gagal menewaskan British.Pada 1896, Pahang menyertai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Page 14: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

14STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

4. Jelaskan sebab-sebab penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896

A. Pengenalan (2/3 Markah) Pada tahun 1893, Frank Swettenham telah mencadangkan pengabungan negeri

Pahang,Perak, Selangor dan Negeri Sembilan sebagai Persekutuan. Cadangan ini telah dihantar ke Pejabat Tanah Jajahan di London oleh Sir Cecil Clementi

dan seterusnya Sir Charles Mitchell telah mengarahkan agar cadangan ini dikaji denganserius.

Perjanjian Persekutuan telah ditandatangani pada 1 Julai 1895 dan laksanakan pada 1Julai 1896 dengan melibatkan keempat-empat negeri di atas.

B. Isi-isi penting (20 Markah)

Sebab-sebab Penubuhan Persekutuan1. Masalah Kewangan Pahang

Setelah British berjaya campur tangan di Pahang sekitar tahun 1888, Perbelanjaannegeri Pahang melebihi pendapatannya, contohnya pada tahun 1892 Pahang telahmeminjam RM 610 000 daripada Negeri-negeri Selat dan pada tahun yang sama jugaPahang telah menambah pinjamannya kepada RM 175 000

Pada waktu yang sama,Pahang kurang mendapat perhatian pelabur asing disebabkantiadanya sistem perhubungan yang baik

Pemberontakan Pahang juga menelan belanja yang banyak bagi pihak British Cadangan C.P Lucas dan Sir Cecil Smith memajukan Pahang kerana mempunyai

pontesi sumber alam British mencadangkan agar negeri yang makmur dan kaya seperti Perak dan Selangor

dapat membantu Pahang sekiranya digabungkan dalam satu sistem pemerintahan

2. Mengurangkan kuasa Residen Residen British yang ditempatkan di Pahang, Selangor ,Negeri Sembilan dan Perak

menjalankan tugas tanpa sebarang panduan dan kawalan Bahkan Residen ada kalanya bertindak melebihi kuasa Sultan sehingga menimbulkan

rasa kurang senang di kalangan sultan,pembesar dan rakyat Bahkan Sultan dan Majlis Negeri sendiri tidak dapat mengawal kuasa Residen Residen juga kemudiannya berkuasa melantik Ahli Majlis Negeri tanpa merujuk kepada

Sultan Sultan hanya berkuasa dalam hal ehwal adat dan agama Islam sahaja Kedudukan Gabenor Negeri-negeri Selat di Singapura yang seharusnya mengawal

kuasa dan pelaksanaan tugas Residen tidak dapat berbuat demikian disebabkankedudukan Singapura yang jauh

3. Untuk menyeragamkan sistem pentadbiran Keempat-keempat negeri Melayu yang mempunyai Residen mempunyai pentadbiran

yang tidak seragam dan bergantung kepada Residen sendiri untuk menentukan polisidan pelaksanaan pentadbiran

Setiap negeri ini juga mempunyai sistem pentadbiran kehakiman,undang-undang tanahdan percukaian yang berbeza.Kesannya wujud pembaziran kewangan dalampentadbiran dan tiada kerjasama antara setiap negeri yang mempunyai Residen kerana

Page 15: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

15STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

masing-masing menumpukan kepada pembangunan negeri di bawah pentadbiranmereka sahaja.

Dengan adanya sesebuah persekutuan, sistem pentadbiran dapat diselaraskan dan jugapenggunaan sumber pendapatan dan tenaga professional seperti doktor,jurutera danpendidik dapat dipinjamkan ke setiap negeri dan kepada negeri yang memerlukannya

Di samping itu,sistem perkhidmatan seperti kerja raya,kesihatan dan pendidikan dapatdisatu dan diselaraskan

Bahkan sistem perhubungan seperti jalan raya dan jalan kereta api dapatdipertingkatkan antara negeri dan secara tidak langsung akan meningkatkan minatpelabur

4. Dasar British Semenjak tahun 1890an lagi British telah menggalakkan penubuhan Persekutuan ini di

Tanah Jajahannya yang lain seperti Afrika dan Australia dan kesannya menunjukkankejayaan.

Sehubungan itu,dasar ini difikirkan sesuai untuk dilaksanakan di Tanah Melayu Melalui pergabungan ini,sistem kewangan,pembangunan ekonomi,pentadbiran dan

pemantauan dapat dilakukan dan diselaraskan serta menjimatkan pendapatan Secara tidak landsung dasar pro persekutuan ini memperkuatkan pandangan British

untuk memperkenalkan Persekutuan di antara negeri Pahang,Perak,Selangor danNegeri Sembilan.

5. Alasan Keselamatan Melalui penggabungan keempat-empat negeri tersebut juga akan memperkukuhkan

pertahanan British di Tanah Melayu daripada ancaman luar. Keempat-keempat negeri yang dicadangkan pembentukan persekutuan akan

mempunyai pasukan tentera yang disatukan Secara tidak langsung aspek keselamatan dapat dipantau secara menyeluruh dan

bantuan ketenteraan dapat disalurkan dengan segera sekiranya ada keselarasan.

Ciri-ciri PersekutuanI. Negeri Pahang,Perak, Selangor dan Negeri Sembilan disatukan di bawah naungan

British yang kemudiannya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu

II. Setiap negaeri akan mempunyai Residen yang bertanggungjawab kepada ResidenJeneral

III. Pentadbiran pusat Persekutuan akan diketuai oleh Residen Jeneral yang berpusat diKuala Lumpur

IV. Residen Jeneral bertanggung jawab terhadap Pesusuruhjaya Tinggi yang turutmenjawat Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura.

V. Residen Jeneral bertanggungjawab menasihati sultan dalam pentadbiran kecualiadat istiadat dan agama Islam

VI. Perkhidmatan Awam Persekutuan ditubuhkan antaranya PeguamNegara,Pesuruhjaya Keadilan,Pesuruhjaya Polis,Pesuruhjaya Kewangan danPengarah Jabatan Kerja Raya dan kesemuanya adalah di bawah kawalan ResidenJeneral

Page 16: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

16STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

C. Penutup (2/3 Markah)

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 bertujuan untukmembantu memajukan negeri yang kurang kemampuan dari segi pengurusan kewangandan pembangunan ekonomi,contohnya Pahang.

Di samping menyeragamkan sistem pentadbiran,ekoran tiadanya penyelarasan sistemResiden

Page 17: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

17STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

5. Huraikan langkah-langkah ke arah kemerdekaan Tanah Melayu 1957

A. Pengenalan ( 2/3 Markah)

- proses kemerdekaan dipercepat oleh darurat.- Parti Perikatan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah memainkan peranan utama

dalam merundingkan kemerdekaan.- Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos tanpa pertumpahan darah.

B. Isi ( 20 Markah)

1. Sistem Ahli

- bertujuan memberi peluang kepada rakyat tempatan mendapat latihan pentadbiran.- Ahli-ahlinya dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British atas perkenan Majlis Raja-Raja Melayu

dengan nisbah 5( orang tempatan ) : 4 ( Pegawai Kanan British )- Ahli-ahlinya di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi- AHli bertaraf menteri dan diberi portfolio.- Contoh Ahli : Dato Onn ( Hal Ehwal Dlm Negeri ) , EEC Thuraisingan (Pelajaran) Tunku

Yaakob ( Pertanian dan Perhutanan ),Lee Thiang Keng ( Kesihatan ) , Dato Mahmud Mat (Tanah,Perlombongan dan Perhubungan )

2. Pilihanraya Majlis Perbandaran 1951-1952- bertujuan memberi peluang kepada rakyat memilih pemimpin mereka di peringkat tempatan.- Merupakan latihan demokrasi berparlimen.- Pilihanraya tempatan pertama : Pulau Pinang 1951.- Parti Radikal memenangi 6/9 kerusi yang dipertandingkan.- Pilihanraya bagi Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952,Pakatan UMNO- MCA memenangi

9/12 kerusi.IMP : 2 kerusi,1 kerusi dimenangi calon bebas.- rakyat diberi peluang menjalankan tanggungjawab mereka ke arah berkerajaan

sendiri.

3. Pilihanraya Persekutuan 1955 ( 4 m )

- 1954,Jawatankuasa Pilihanraya ditubuhkan oleh British.- 52 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan akan dipilih melalui pilihanraya.- Parti yang bertanding : Parti Perikatan,Parti Buruh,Parti Negara,PAS,Parti Prifresif Perak.- Parti Perikatan memenangi 51/52 kerusi, 1 kerusi oleh PAS.- Kemenangan besar terletak pada kerjasama,kompromi dan tolak ansur antara UMNO,MCA

dan MIC ; faktor kepimpinan dan manifesto yang menarik.- Antaranya : merdeka dalam 4 tahun,tamatkan darurat secepat mungkin,melindungi institusi

raja Melayu,meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu- kemenangan memberi mandate kepada Parti Perikatan untuk membentuk kerajaan

dan kabinet baru ; seterusnya memulakan rundingan dengan British tentangkemerdekaan.

Page 18: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

18STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

4. Rundingan Kemerdekaan- Rombongan Kemerdekaan dihantar ke London- Terdiri daripada wakil raja dan Parti Perikatan- Diketuai Tunku Abdul Rahman- Beberapa persetujuan dicapai.Antaranya :

a. kemerdekaan pada 31 Ogos 1957b. menjalankan pemerintahan secara demokrasic. British mendapat hak menenpatkan tentara di Tanah Melayud. Sebuah badan khas ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan Tanah Melayu

- kepulangan rombongan disambut secara meriah di padang Bandar Hilir Melaka

5. Suruhanjaya Reid- ditubuhkan 1955,dipengerusikan Lord Reid.- Anggota lain : Sir Ivor Jennings,Sir William Mckell,B Malik dan Tuan Abdul Hamid- Telah bersidang 118 kali dan menerima 131 memorandum daripada pertubuhan

dan individu.- Memorandum Majlis Raja-Raja Melayu dan Parti Perikatan mendapat pertimbangan utama

kerana bersifat tuntutan bersama semua kaum dan dianggap sebagai Pakatan Murni.- pindaan yang berkaitan dengan isu bahasa,agama,kedudukan raja-raja

Melayu,kedudukan istimewa orang Melayu,kerakyatan jus soli dibuat dan mendapatpenyelesaian yang sewajarnya hasil tolak ansur dan permuafakatan antara kaum.

- rang perlembagaan ditandatangani oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan PesuruhjayaTinggi 5 Ogos 1957. dan diluluskan oleh MPP 15 Ogos 1957.

C. Penutup ( 2/3 Markah )

- pengisytiharan kemerdekaan dibuat di Stadium Merdeka 31 Ogos 1957- Bendera Union Jack diturunkan 30 Ogos tengah malam- Kemerdekaan Tanah Melayu dicapai secara perundingan .- Kemerdekaan yang dicapai secara aman membolehkan Tanah Melayu mencapai kejayaan

politik,ekonomi dan sosial selepas kemerdekaan.

Page 19: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

19STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

6. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan persekutuan bagi mencapaimatlamat perpaduan kaum di Malaysia melalui pendidikan dalam tempoh antara tahun1956 hingga 1963

A. Pengenalan (3 Markah) Semasa zaman penjajah Inggeris telah memperkenalkan pendidikan vernakular yang

berasaskan empat jenis sekolah yang berbeza mengikut kaum Sistem pendidikan tersebut telah mencetuskan masalah perpaduan di Tanah melayu. Parti Perikatan yang memenangi pilihanraya umum 1955 ditugaskan membentuk

kerajaan untuk memikul tanggung jawab pentadbiran negara. Tugas untama kerajaan baru itu ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa pendidikan

untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara.

B. Isi (20 Markah)

1. Penyata Razak 1956 dan ordinan Pelajaran 1957 Penyata Razak dikeluarkan pada tahun 1956 bertujuan membina sistem pendidikan

kebangsaan yang dapat diterima oleh rakyat persekutuan keseluruhannya Jawatankuasa ini juga ditugaskan mengkaji peranan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan Membuat pindaan semula ke atas sistem pendidikan sedia ada termasuk Ordinan

Pelajaran 1952 ke arah membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bolehmenyatupadukan semua kaum di Tanah Melayu.

Dua sistem persekolahan diperkenalkan iaitu sekolah umum dan sekolah jenis umum Sekolah umum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah

jenis umum menggunakan sama ada bahasa Inggeris,bahasa Cina atau Tamil sebagaibahasa pengantar.

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib bagi semuasekolah.

Bahasa Cina dan bahasa Tamil pula hanya boleh diajar sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang murid Cina atau India.

Satu sukatan pelajaran yang sama digubal bagi semua sekolah rendah. Satu jenis sekolah menengah sahaja diwujudkan di mana bahasa Melayu dan bahasa

Inggeris akan dijadikan bahasa yang wajib dipelajari oleh semua murid. Sistem pendidikan sekolah menengah akan dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu

sekolah Menengah rendah( 3 tahun),sekolah menengah atas (2 tahun) dan sekolah prauniversiti (2 tahun)

Cadangan-cadangan dari Penyata Razak telah diluluskan pada bulan April 1957sebagai ordinan Pelajaran 1957 oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

2. Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961 Cadangan-cadangan yang dikemukakan ialah menjamin semua kanak-kanak

bersekolah terutamanya di sekolah rendah dan peluang melanjutkan pelajaran disekolah menengah ditingkatkan.

Pelajarann percuma telah diperkenalkan di peringkat sekolah rendah dan sekolahmenengah kebangsaan.

Umur persekolahan murid-murid pula dilanjutkan daripada 12 tahun kepada 15 tahun. Penubuhan sekolah pelajaran lanjutan.

Page 20: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

20STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

Penubuhan 2 jenis sekolah rendah iaitu sekolah rendah kebangsaan dan sekolahrendah jenis kebangsaan.

Mengesyorkan bahasa kebangsaan dijadikan bahasa pengantar di sekolah bagimenggantikan bahasa Inggeris.

Bahasa Cina dan bahasa Tamil boleh diajar jika terdapat sekurang-kurangnya 15 orangmurid.

Pengetauan agama Islam akan diajar kepada mereka yang beragama Islam jikaterdapat 15 orang atau lebih.

Pendidikan akhlak untuk murid-murid bukan Islam akan dimasukkan dalam sukatanpelajaran wajib mulai darjah 4 hingga tingkatan 5.

Unsur-unsur sivik juga disertakan dalam sukatan pelajaran kajian tempatan bagi darjah1 hingga darjah 3

Bagi sekolah menengah, semua peperiksaan awam dijalankan dalam bahasa rasmisahaja iaitu bahasa Inggeris atau bahasa kebangsaan.

Sekolah-sekolah menengah yang enggan menukar bahasa pengantarnya kepadabahasa rasmi negara boleh menjadi sekolah menengah persendirian.

C. Penutup. (2 Markah ) Akta Pelajaran 1961 telah menjadi asas kepada segala penggubalan dasar serta

program-program pendidikan untuk pembangunan negara Penggubalan dasar pendidikan seperti yang termaktub dalam akta pelajaran 1961

adalah hasil proses kerjasama dan perundingan masyarakat berbilang kaum di negaraini.

Usaha ini jelas menunjukkan keazaman kerajaan untuk membentuk satu sistempendidikan kebangsaan.

Page 21: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

21STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

7. Bandingkan sistem Adat yang diamalkan dalam masyarakat tradisional di China danIndia sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat .

A. Pengenalan (3 Markah )

1. Adat bermaksud peraturan yang diamalkan turun-temurun dalam sesebuah masyarakatsehingga dianggap hukum yang harus dipatuh. Ia disampaikan secara lisan daripada satugenerasi ke generasi yang lain.

2. Masyarakat Cina tradisional mula mengamalkan adat sejak dilahirkan hinggalah pada harikematian mereka. Mereka dipengaruhi oleh ajaran Confucius manakala masyarakat Indiamengamalkan hukum adat yang berkaitan dengan pengaruh agama Hindu.

3. Semua adat ini bertujuan untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan masyarakat.

B. ISI

I. Adat di China (10 Markah)

1.1 Adat kowtowAdat menghadap maharaja China dengan cara meniarap atau berlutut sebanyaksembilan kali di hadapan maharaja. Maharaja dianggap suci dan perlu disembahsedemikian rupa. Adat ini mengangkat darjat raja ke tahap yang paling tinggisebagai wakil tuhan. Adat ini dipatuhi oleh semua termasuklah duta-duta Baratsewaktu menghadap maharaja China.

1.2 Adat wanita hamilDiamalkan sejak mula kehamilan hingga ke seratus hari selepas bersalin.Dilarang menyertai majlis perkahwinan dan pengebumian sehingga 100 hariselepas bersalin. Perlu berehat dan mengambil makanan yang baik danmengelakkan makanan yang sejuk kerana dikatakan akan menyebabkan ibutersebut ditimpa penyakit.

1.3 Adat mementingkan anak lelaki.Anak lelaki mengekalkan nama keluarga. Anak perempuan yang berumahtanggasecara langsung memutuskan hubungan dengan keluarga dan menggunakannama keluarga suaminya. Bagi bapa yang tidak mempunyai anak lelaki tidakakan mempunyai persembahan yang diletakkan di atas meja pujaan rohnyaselepas meninggal kerana dianggap gagal memenuhi tanggungjawabnya.

1.4 Adat mengikat kaki anak gadis.Kaki anak perempuan yang berumur antara tiga ke lapan tahun diikat/bebat(dibalut dengan kain ketat) supaya kecil dan cantik. Wanita Cina berasa banggajika mempunyai kaki yang kecil kerana melambangkan status tinggi dankemuliaan. Saiz kaki besar melambangkan kehinaan dan kemiskinan.

1.5 Adat memuja roh nenek moyangNenek moyang dianggap sebagai ketua keluarga. Bapa yang tidak ada anaklelaki tidak akan disembah. Penghormatan ini akan dilakukan terutama padahari-hari tertentu seperti menyambut Tahun Baru. Adat ini turutdipertanggungjawabkan kepada golongan tua atau majlis orang tua.

Page 22: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

22STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

1.6 Adat berkenaan bayi atau anak kecilBagi masyarakat Cina , ketika bayi itu dilahirkan dia telah berusia satu tahun danapabila dia berusia satu tahun sebenarnya dia telah pun berusia dua tahun.Masyarakat Cina amat menitikberatkan soal pendidikan sejak kanak-kanak lagiterutamanya menghormati keluarga.

1.7 Adat perkahwinanPerkahwinan dalam masyarakat Cina diatur sejak kecil kerana ini bolehmengeratkan hubungan kekeluargaan. Pihak pengantin perempuan tidakdibenarkan mengadakan majlis perkahwinan kerana ini hanya dilakukan olehpihak lelaki sahaja. Masyarakat Cina pentingkan perkahwinan kerana dianggapakan melahirkan generasi baru yang akan menggantikan generasi lama.

1.8 Adat tilikan nasibMasyarakat Cina amat percaya pada tilikan nasib. Sial malang dalam kehidupanakan dapat disingkirkan dengan bantuan tukang tilik yang mahir. Sebelummelakukan sesuatu perkara masyarakat di Asia Timur akan mendapatkankhidmat tukang tilik untuk menentukan tarikh, hari, masa dan ketika yang sesuaimemulakan sesuatu upacara.

2. Adat di India (10 Markah)

2.1 Adat pembunuhan bayi perempuanPembunuhan ini dilakukan semasa bayi masih kecil iaitu semasa bayi tersebutmasih menyusu. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan ibu bapa daripadamenanggung penderitaan seperti pemberian dowri apabila anak itu berkahwinkelak. Ia biasanya dilakukan oleh golongan miskin.

2.2 Adat SutteeAdat yang melibatkan pembakaran balu dalam upacara pembakaran mayatsuami mereka. Adat ini diamalkan oleh masyarakat India sebagai buktikesetiaan isteri terhadap suami dengan alasan suami isteri tersebut dapat hidupbersama di syurga.

2.3 Adat ThuggeeMerupakan amalan merompak dan pembunuhan di jalan. Amalan ini dijalankanoleh kumpulan agama yang bersenjata menyamar lalu mencekik pengembarajalanan sehingga mati atas nama Dewi Kali.

2.4 Adat bertindik hidungAmalan ini dilakukan oleh kaum wanita India dengan memakai barang kemas dihidung dikenali sebagai muukkuti. Adat ini menjadikan seseorang wanita itulembut, mengimbangkan suhu badan dan dianggap membawa kebaikan.

Page 23: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

23STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

2.5 Adat PottuAdat meletakkan tanda di dahi berbentuk bulat yang juga dikenali sebagaitaligam. Pottu dianggap sebagai warisan bagi kaum wanita India. Terdapat jugakaum lelaki yang memakai pottu merah atau cendana.

2.6 Amalan sistem kastaMasyarakat di India dibahagikan mengikut golongan tertentu. Ia bertujuan untukmenjaga keturunan yang dianggap mulia dan dihormati. Sistem kastadibahagikan mengikut empat kelas masyarakat iaitu Kysatria (perwira,aristokrat), Brahmin (sami) , Vaisya (pedagang) dan Sundra ( rakyat biasa).

2.7 Adat tidak membenarkan perkahwinan semula baluBalu-balu dilarang daripada berkahwin semula selepas kematian suami mereka.Mereka juga tidak boleh menghias diri dan hanya memakai sari putih sahaja.Mereka juga tidak boleh menghadiri perayaan keluarga dan tidak dibenarkanpulang ke rumah keluarga sendiri.

2.8 Adat khas bagi wanita hamilWanita hamil harus menjaga dirinya agar tidak melanggar segala pantang larangkerana perbuatan ini akan mempengaruhi anak dalam kandungan. Wanita hamiltidak boleh mengumpat, bergaduh dan sebagainya untuk melindungi ibu dananaknya daripada dipengaruhi oleh kuasa jahat.

C. Penutup (2 Markah)

1. Hukum adat di China dan India mempengaruhi corak pemerintahan dan kehidupanmasyarakatnya.

2. Terdapat beberapa amalan yang mencetuskan kontroversi akibat pertembunganantara dua budaya yang bertentangan sewaktu kedatangan Barat.

Page 24: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

24STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

8. Bincangkan dasar pintu tertutup yang diamalkan oleh Siam dan Vietnam pada abadke-19.

A. Pengenalan ( 2/3 Markah )

1. Vietnam dan Siam menjalankan dasar tutup pintu pada abad ke-19 kerana alasan yanghampir sama iaitu tidak perlukan barangan Barat dan takut campur tangan kuasa Baratdalam poliik tempatan.

B. Isi.

Siam (10 Markah)

Dasar tutup pintu siam tidak konsisten, pragmatik dan akhirnya ditamatkan langsung melaluidasar diplomasi.1) Zaman pemerintahan Rama 1

- Penyatuan Siam oleh Paya Taksin- sibuk berperang dengan Burma, Kemboja dan Vietnam.

2) Zaman pemerintahan Rama II- campur tangan di Kedah. Perang siam-Kedah.- 1821 sultan Kedah lari ke Pulau Pinang (Penjajahan British)- 1822 John crawford ingin mengadakan hubungan persahabatan dan perdagangan-gagal- Siam menghalang perdagangan dengan Barat.- Siam berhubung perdagangan dengan China untuk persahabatan dan mengekalkan

kekuasaannya di negeri-negeri Tanah Melayu.- Siam mengadakan persahabatan dengan Portugis, Belanda dan Perancis keranan

membeli senjata.- British berasa diri mereka dipencilkan.

3) Zaman pemerintahan Rama III- Henry Burney mengadakan perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan Siam- Siam juga membuka pintu kepada Eropah dan Amerika tetapi terhad dan tidak

menandatangani perjanjian.- Siam ingin melindungi persaingan saudagar-saudagar Siam dengan Barat.- Siam bimbang campur tangan kuasa asing.

4) Zaman Rama IV (Mongkut)- Perubahan-perubahan dalam corak perniagaan- dasar buka pintu setelah menandatangani perjanjian Bowring 1855 (British)- menyukakan hati saudagar-saudagar Barat.- 1856- Perjanjian kerjasama dengan Amerika dan Perancis- Siam tidak dijajah.

Page 25: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

25STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

Vietnam (10 Markah)

Kerajaan Vietnam juga menjalankan dasar tutup pintu berpilih-pilih, namun begitudasarnya menyebabkan Vietnam ditawan oleh Perancis.1) Maharaja Gia Long

- 1801 menawan Vietnam- mengisytiharkan dirinya Maharaja.- 1804 pengiktirafan dari Maharaja China keluarga Nguyen sebagai pemerintah Vietnam.- mengikuti dasar pemencilan dalam hubungannya dengan Barat enggan memberikan- sebarang keistimewaan kepada Barat kecuali Portugis kerana membalas jasa Paderi

Pigneau de Behaine yang banyak memberi bantuan semasa pemberontakan Tay Sonsehingga membolehkan beliau menaiki takhta.

- hanya tongkang-tongkang China dibenarkan berlabuh dan berniaga.

2) Maharaja Minh Mang- mengikut ajaran Confucius- juga mengamalkan dasar tutup pintu- kerana benci kepada Barat, bimbang campur tangan Barat dalam hal negeri, tidak

percaya dengan Barat dan lain-lain.- 1822 John Crawford datang untuk mengadakan hubungan, ditolak oleh Maharaja.- namun Perancis mendapat layanan yang baik kerana bantuannya dalam menyatukan

Vietnam.- tetapi tiada satu perjanjian ditandatangani atau hubungan diplomatik- dasar agama Kristian – anti agama Kristian, enggan membenarkan agama kristian- diamalkan berbeza dengan bapanya yang membenarkan kegiatan mubaligh- mubaligh Kristian memasuki Vietnam dan dipenjarakan. Gereja ditutup.

3) Maharaja Thieu Tri.- mengamalkan dasar tutup pintu-bencikan kuasa Barat.- meneruskan dasar pemencilan-anti agama Kristian- 1843- Kapten Levegeu belayar ke Tourane meminta membebaskan lima orang

mubaligh agama kristian yang ditangkap dan dihukum mati.- 1847 – walaupun mubaligh Kristian dibebaskan Perancis mengepung Tourane meminta

keselamatan warganegara Perancis. Perancis gagal mendapat jaminan daripadaMaharaja.

- 1847- Thieu Tri mangkat.

4) Maharaja Tu Duc- hubungan dengan Barat bertambah buruk- usaha-usaha menganiaya mubalidh kristian diteruskan.- 1857-kematian Bishop Sepanyol di Tongking- Perancis melancarkan serangan – Tourane dan Saigon ditawan.- 1862- perjanjian dengan Perancis – bermula pendudukan Perancis di Vietnam.

C Penutup ( 2/3 Markah )

1. Siam tidak dijajah walaupun mengamalkan tutup pintu.- diselesaikan dengan PerjanjianBowring 1855.

2. Dasar tutup pintu Vietnam berakhir dengan penaklukan Perancis ke atas Vietnam.

Page 26: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

26STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

9. Sistem ekonomi di Filipina dan Indonesia pada abad ke19 merupakan sistem yangmenindas peribumi. Bincangkan

A. Pengenalan ( 3 Markah )

1. Sistem ekonomi kolonial British, Belanda, Sepanyol di Asia Tenggara abad ke 19 telahmengubah sistem Ekonomi tradisional kepada ekonomi kalitalis

2. Sistem ekonomi kolonial juga menunjukkan perkembangan dan keuntungan kepada negarasehingga D.J.M.Tate, Asia Tenggara dikatakan sebagai penumbang kepada RevolusiPerindustrian di Eropah

3. Keadaan ini bersesuaian dengan tujuan utama penjajahan kuasa Barat iaitu mengautpulangan ekonomi sebanyak mungkin sehingga mampu menjadikan negara Baratcontohnya Belanda sebagai pusat perdagangan terpenting hasil bahan mentah yang dibawadari Indonesia

4. Namun, sistem ekonomi Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia bersifat memerasperibumi dan hanya menguntungkan kelas-kelas tertentu sahaja seperti tuan tanah, kapitalisdan pentadbir kolonial termasuk golongan gereja di Filipina

B. Isi

Sistem ekonomi Belanda di Indonesia ( 10 Markah )

1. Dasar ekonomi Belanda di Indonesia ditunjukkan dengan sistem kultur,dasar liberal dandasar etika

2. Sistem kultur sama seperti sistem Corvee (buruh paksa) diperkenalkan oleh Johanes VanDe Busch pada tahun 1830. Secara teori sistem ini menekankan ‘kemakmuranbersama’antara petani dan kerajaan.Di antara syarat sistem kultur :a) 1/5 tanah di Pulau Jawa mesti ditanam dengan tanaman eksport seperti kopi, teh, tebu,

tembakau, dan rempahb) tanah yang diusahakan untuk keperluan itu dikecualikan daripada cukaic) andainya hasil yang diperoleh melebihi harga sewa tanah, lebihan tersebut akan

diberikan kepada rakyat, sementara jika berlaku kerugian ia akan ditanggung olehkerajaan

d) pekerja akan diawasi oleh ketua tempatan (wedana)

3. Sistem kultur ini menjadi ‘urat nadi kemakmuran Hindia Timur’ dan ‘pelampung penyelamatBelanda’telah mengikat,memeras dan menindas peribumi.

4. Keinginan kerajaan untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin telah menyebabkanekonomi tempatan terjejas.Tanaman makanan tidak diberi perhatian, tanah yang suburdigunakan untuk tanaman eksport,petani terpaksa bekerja lebih masa bagi tanaman eksportmengakibatkan Pulau Jawa terutama Ceribon mengalami kebuluran yang teruk pada 1843

5. Penduduk berhijrah meninggalkan kampung menuju ke Bandar. Ini menimbulkan masalahkesesakan dan timbulnya masalah sosio-ekonomi di Bandar

6. Petani terseksa kerana terpaksa membayar cukai dan ganti rugi sekiranya hasil tanamantidak menjadi, mendapat tekanan daripada wedana yang ingin mengaut keuntungandaripada sistem peratus yang diperkenalkan oleh Belanda

7. Kesilapan,penyelewengan dan kelalaian kerajaan menyebabkan petani mengalamikesempitan hidup, terpaksa menjual tanah kepada kapitalis, penyakit merebak dan palingteruk sekali, petani ditindas dari segi pemikiran dan semangat sehingga tidak berupayamenyuarakan penentangan.

Page 27: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

27STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

8. Kecaman terhadap sistem kultur melalui novel Edward Douwes,Dekker ‘Max Haveelan’pada 1860 dan risalah ‘Van der Putte’Peraturan kontrak gula di Jawa menyebabkan sistemkultur diganti dengan Dasar Liberal.Namun dasar liberal tidak mengubah nasib petani Jawamalah kini mereka ditindas oleh golongan kapitalis.

9. Dasar liberal mendatangkan kesan buruk kepada peribumi Indonesia. Kononnya sistem iniadalah untuk memberi kebajikan kepada rakyat yang dijajah. Tetapi dari segi praktiknyapeluasan kawalan dan penggunaan buruh di ladang dan lombong telah menghancurkanadat perpaduan peribumi.Kemasukan modal persendirian Belanda dan Indonesia telahmemajukan ekonomi tetapi faedahnya hanya dinikmati oleh usahawan dan kapitalis.Peribumi Indonesia semakin tertindas dan kehilangan hak milik tanah. Sistem perhubungandan pendidikan hanya diperluaskan ke kawasan yang kaya dengan sumber ekonomi danperibumi tertinggal dalam semua bidang. Kebajikan peribumi diabaikan malah menderitakerana sistem pajak sawah padi, penyelewengan kontrak buruh. Nasib peribumi Indonesiatidak terbela

Sistem Ekonomi Sepanyol di Filipina ( 10 Markah )

1. Seperti juga di Indonesia, penjajah Sepanyol mengamalkan sistem ekonomi yangmenindas. Rakyat peribumi ditindas, diperas dan diperhambakan

2. Sistem Polo-sistem buruh paksa dimana semua orang lelaki berumur 16 tahun hingga 60tahun kecuali ketua dan anak lelaki sulung dikehendaki menjadi buruh selama 40 hari dalamsetahun. Untuk mengelak bekerja mereka perlu membayar 1 ½ reale sehari. Mengikutperaturan orang-orang yang dipaksa bekerja perlu dibayar gaji 1 ¼ reale sehari dan beraspercuma. Tetapi pegawai-pegawai Sepanyol tidak membayarnya malah diambil sebagaitambahan kepada mereka sendiri

3. Sistem Encomenda- satu sistem tuan tanah bercorak feudal. Orang-orang Sepanyol ( sptbekas-bekas tentera, pengembara-pengembara) yang membantu dan meyokong dasarSepanyol diberi hak penguasaan tanah termasuk penduduk-penduduk sekali seramai 500orang hingga 1000 orang. Tuan tanah ( encomiendero) dibenar memungut cukai daripadapenduduk kawasannya. Mereka juga memaksa penduduk memberi tenaga secara percumasebagai balasan memberi perlindungan ke atas penduduk walaupun itu adalahtanggungjawab mereka. Rakyat didera, dianiayai, dipaksa membayar cukai berlebihan danmembuat kerja berat. Orang-orang Filipina diwajib membayar ufti, cukai, zakat dan cukaikepala. Mula bayar 8 reale sekeluarga kemudian dinaikkan kepada 10 reale. Pemungut-pemungut pula sering memaksa rakyat bayar lebih untuk diri mereka sendiri. Inimenyebabkan peribumi Filipina sama menderita seperti peribumi Indonesia

4. Sistem Vandala-sama seperti corvee/buruh paksa/kultur di Indonesia. Rakyat dipaksamenjual hasil keluaran kepada kerajaaan dengan harga yang ditetapkan olehkerajaan.Selalunya mereka tidak diberi bayaran langsung atau dibayar dengan wang kertasyang tidak berharga.Mereka juga diberi surat perjanjian hutang sahaja seperti membayarufti kepada kerajaan.Penindasan ini menyebabkan tanaman makanan berkurangan danpetani melarikan diri ke kawasan pedalaman dan mengadakan pemberontakan. ContohnyaPemberontakan Pampangan

5. Corpuz dalam bukunya ‘The PHILIPINES’ menyatakan penjajah Sepanyol merasakanbahawa sistem polo dan vandala merupakan tiang ekonomi yang utama kepda pemeritahandi Filipina

Page 28: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

28STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

C. Penutup ( 2 Markah )

1. Sistem ekonmi penjajah/kolonial lebih menguntungkan penjajah dan kapitalis2. Peribumi sentiasa tertindas dan menderita seperti yang terjadi di Filipina dan Indonesia.3. Mendorong kebangkitan bagi mengembalikan hak peribumi

Page 29: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

29STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

10. Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa Barat di India dan di Indochina padaabad ke-19.

A. Pengenalan (3 Markah )

1. Perkembangan dalam bidang perdagangan dan perindustrian telah mendorong kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba meluaskan pengaruh mereka di seluruh dunia.

2. Pada abad ke-19 kuasa-kuasa Barat berusaha meluaskan pengaruh politik dan ekonomiserta membentuk empayar yang luas di Asia kerana kaya dengan bahan mentah yangdiperlukan di kilang-kilang mereka. Negara-negara di Asia juga menyediakan pasaranyang lebih luas bagi lebihan barangan hasil keluaran kilang-kilang mereka.

3. Negara-negara Barat menggunakan berbagai-bagai cara untuk menguasai negara-negara Asia seperti peperangan, perjanjian, ataupun pengilhakan. Antara negara-negara Asia yang terlibat dengan perluasan kuasa Barat melalui kaedah pengilhakanialah India oleh British dan Indochina oleh Perancis.

4. Di India dan Indochina walaupun cara campur tangannya adalah sama iaitu dengankaedah pengilhakan, namun proses perlaksanaannya adalah berbeza. Perluasan kuasamelalui kaedah pengilhakan melibatkan cara kekerasan seperti peperangan, ugutan,perjanjian, dan sebagainya.

B. Isi ( 20 Markah )

Proses pengilhakan kuasa-kuasa Barat di India dan Indochina pada abad ke-19

1. Pengilhakan British di India ( 10 markah )

a. Dasar pengilhakan Lord William Bentick ( 1824-1835 )i. Semasa menjadi Gabenor Jeneral di India beliau telah mengilhakan beberapa

kawasan. Beliau menggunakan alasan penyalahtadbiran untuk mengilhakan Cachar,Coorg, dan Mysore.

ii. Raja Cachar telah mangkat tanpa meninggalkan waris. Bentick telah mengilhakankawasan tersebut atas permintaan penduduk tempatan.

iii. Di wilayah Coorg dan Mysore, Bentick mengilhakan kawasan ini atas alasanpemimpin tempatan telah menyalahgunakan kuasa mereka dalam pentadbiran.Penduduk tempatan menyokong tindakan Bentick kerana mereka mahukanpentadbiran yang adil dan saksama.

b. Dasar pengilhakan Lord Ellenborough ( 1836-1846 )i. Lord Ellenborough telah mengilhakan Sind dan Gwalior.ii. British telah menjalinkan hubungan dengan Sind sejak tahun 1809. Pada tahun 1823

British telah menandatangani perjanjian dengan Sind dan Gwalior untuk menyekatkemaraan kuasa Perancis di kedua-dua kawasan tersebut. Melalui perjanjian inipedagang-pedagang British dibenar menggunakan sungai dan jalan-jalan raya yangada.

iii. Perjanjian ini telah dicabuli oleh Lord Auckland yang telah mengarahkan tenteranyaberbaris melalui Sind.

Page 30: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

30STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

iv. Lord Ellanborough ingin merampas Sind dengan membuat beberapa tuduhan.Charles Napier telah dihantar untuk menyiasat. Beliau mengadakan perjanjian barudengan Amir Sind. Amir-amir dipaksa menyerahkan bahagian yang lebih besar diwilayah mereka serta melepaskan hak mereka untuk membuat wang mereka sendiri.Hanya mata wang British yang diakui sebagai mata wang yang sah.

v. Tindakan itu menyebabkan Amir marah dan bertindak menyerang residensi British.Amir telah ditewaskan dalam peperangan di Miani dan Dabo. Sind telah dirampasdan diletakkan dalam empayar British di India.

vi. Ellenborough juga telah mengilhakan wilayah Gwalior dan Paniar setelah kematianDaulat Rao Sindhia, ketua puak Maratha yang digeruni.

c. Dasar pengilhakan Lord Dalhousie ( 1846-1856 )

i. Lord Dalhousie melaksanakan dasar pengilhakan melalui tiga kaedah iaitu hakmenakluki kuasa agung oleh Syarikat Hindia Timur British ( SHTI ), “ Doctrin ofLapse ” ( Undang-Undang Lesap Waris ), dan keinginan untuk melanjutkankebaikan-kebaikan tanpa faedah yang dibawa oleh pemerintah British ke ataswilayah-wilayah yang dibelenggu masalah penyelewengan atau penyelewenganpemerintah tempatan.

ii. Melalui kaedah hak menakluki kuasa agung, beliau telah menakluk Punjab denganmengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh dan mengalahkan mereka di Gujerat.Punjab berjaya diilhakan.

iii. Kaedah Doctrin of Lap paling kerap digunakan oleh Lord Dalhousie. Menurut doktrinini mana-mana pemerintah yang tidak meninggalkan waris untuk meneruskanpemerintahan selepas mereka mangkat, maka negeri atau wilayah itu akan jatuh kebawah kuasa agung dengan sendirinya. Beliau tidak mengiktiraf hak seseorangpemerintah untuk melantik seorang waris yang bukan daripada keturunannya.Contohnya di Jhansi, perlantikan anak angkat sebagai pewaris dianggap tidak saholeh British. Wilayah-wilayah lain yang diilhakan cara ini ialah Satara, Jaitpur,Baghat, dan Samalpur.

iv. Kaedah kebaikan untuk diperintah berlaku atas alasan penganiayaan, kezaliman,dan ketidakadilan politik dalam sesebuah negeri. Misalnya Qudh telah diletakkan dibawah naungan SHTI. Pentadbiran Qudh dikuasai oleh Nawab Khan dalam keadaanhuru-hara dan amalan rasuah berleluasa. Dalhousie mengadakan perjanjian denganQudh. Dalam perjanjian itu, SHTI akan mengambil alih Qudh, manakala Nawab akandibenarkan mengekalkan gelaran dan dibayar 15 juta rupee. Apabila Nawab engganmenandatangani perjanjian tersebut Dalhousie telah mengambil keputusanmenjalankan dasar pengilhakan atas alasan penyelewengan pemerintah tempatan.

Page 31: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

31STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

2. Pengilhakan Indochina oleh Perancis ( 10 markah )

a. Pengilhakan Kembojai. Kemboja sering menjadi rebutan antara Vietnam dan Thailand sejak abad ke-19

sehingga Kemboja terpaksa menghantar ufti kepada Vietnam dan Thailand untukmenjamin kemerdekaannya.

ii. Pada masa yang sama Perancis juga berminat untuk menguasai Kemboja keranabimbang akan dikuasai oleh British ataupun Thailand di samping Perancis hendakmenjadikan Kemboja sebagai negeri penampan.

iii. Perebutan kuasa semasa pemerintahan Raja Norodom menjadi sebab Peranciscampur tangan tetapi dibantah oleh Thailand.

iv. Keadaan ini menyebabkan satu perjanjian ditandatangani antara Perancis danThailand dan perjanjian ini menetapkan bahawa Kemboja menjadi negeri naunganPerancis. Ini disebabkan Thailand juga turut menuntut Kemboja berada dibawahnaungan Thailand.

v. Perjanjian ini telah menamatkan persaingan antara Perancis dan Thailandberhubungan dengan isu Kemboja.

vi. Sikap tolak ansur Thailand ini menyebabkan Perancis membalasnya denganmengiktiraf kedaulatan Thailand ke atas Battambang dan Siamreap.

vii. Namun pada tahun 1962, Laksamana Bonnard telah melawat Raja Norodom danmeminta Kemboja menghantar ufti kepada Perancis dan bukannya kepada Vietnam.

viii. Pada 1863, Perancis memaksa Raja Norodom menandatangani perjanjian untukberhenti menghantar ufti sama ada kepada Thailand dan Vietnam.

b. Pengilhakan Tourane dan Saigoni. Perancis menjalinkan hubungan baik dengan Vietnam semasa pemerintahan

Maharaja Gia Long.ii. Pengganti-pengganti Gia Long kemudiannya tidak menjalinkan hubungan baik

dengan Perancis. Mereka bertindak melakukan kekejaman terhadap mubaligh-mubaligh Kristian dan menggubal undang-undang yang melarang kemasukanmubaligh-mubaligh Kristian ke Vietnam.

iii. Permusuhan Perancis dan Vietnam telah memuncak semasa pemerintahanMaharaja Tu Duc. Pada masa ini kegiatan anti-Kristian dan kejadian pembunuhanmubaligh Kristian semakin bertambah.

iv. Kegiatan ini menyebabkan Raja Perancis Napoleon III telah mengambil tindakanmenakluki Vietnam dengan menggunakan peristiwa pembunuhan Bishop Diaz,seorang paderi Sepanyol di Tongking, sebagai alasan menyerang Vietnam.

v. Pada 31 Ogos 1858, Perancis telah menyerang Tourane bersama bersamaangkatan tentera Sepanyol di bawah pimpinan Rigault ge Genouilly dan pada 2September 1858 Tourane jatuh ke tangan Perancis. Seterusnya Perancismenyerang Saigon yang merupakan kawasan tanaman dan pusat pengumpulanpadi yang utama di Vietnam. Saigon telah jatuh ke tangan Perancis pada 17Februari 1859.

vi. Peristiwa ini menyebabkan seluruh selatan Vietnam jatuh ke tangan Perancis. TuDuc akhirnya mengaku kalah dan menandatangani perjajanjian dengan Perancispada Jun 1862.

Page 32: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

32STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

c. Pengilhakan Tongkingi. Tongking penting kepada Perancis dari segi ekonomi kerana menjadi jalan

perniagaannya ke China melalui Sungai Merah. Perancis bimbang denganpersaingan kuasa Barat yang lain seperti Jerman, Itali, dan AmerikaSyarikat.Penindasan Maharaja Tu Duc juga memaksa Perancis menakluki Tongking.

ii. Sewaktu Perancis bertapak di Cochin-China, keadaan huru-hara telah tercetus diTongking kerana kamasukan orang-orang pelarian.

iii. Perdana Menteri Perancis telah memutuskan untuk menamatkan keadaan huru-haradi Vietnam dan menjadikan Vietnam sebagai naungan Perancis.

iv. Pada April 1882, angkatan laut Perancis tiba di Hanoi dan menakluki Tongking padatahun 1883.

C. Penutup ( 2 Markah )

1. Perancis dan British telah berjaya menggunakan kaedah pengilhakan untuk meluaskankuasa di Vietnam dan India.

2. Campur tangan Perancis dan British telah menyebabkan perubahan-perubahan berlakudalam aspek politik, ekonomi, dan sosial di Vietnam dan India.

3. Perluasan kuasa melalui kaedah pengilhakan telah menyebabkan perasaan tidak puashati di kalangan rakyat tempatan yang membawa kepada berlakunya penentanganseperti peristiwa Dahagi India 1857.

Page 33: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

33STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

11. Huraikan sumbangan Raja Chulalongkorn dan Maharaja Meiji dalam pemodenannegara masing-masing dari tahun 1868 hinngga 1910.

A. Pengenalan (2/3 Markah)

Raja Chualongkorn (Rama V) menaiki takhta pada 1869-1910 .Baginda banyakmenyumbangkan idea-idea pemodenan di Thailand bagi meneruskan usahapemodenan yang telah diperkenalkan oleh Raja Mongkut

Pembaharuan oleh Meiji pula dimulai apabila menerima penyerahan kuasa daripadaShogun Hitisubashi Keiki pada 1867. Maharaja Meiji melakukan pemodenan ke atasJepun.

Sumbangan kedua-dua tokoh ini diperlihatkan melalui dasar buka pintu yang diamalkandalam usaha mengelakkan campur tangan kuasa Barat.

B. Isi

Sumbangan Raja Chulalongkorn dalam Pemodenan Thailand (10 Markah)

1. Dasar luar negara

Meneruskan dasar buka pintu dengan menandatangani perjanjian dengan Belgium,Jerman dan Itali antara tahun 1868 - 1872.

Menyerahkan Laos dan kemboja kepada Perancis dan negeri-negeri Utara TanahMelayu kepada Inggeris

Mengimbangi pengaruh kuasa asing di Negara Thailand dan menjamin kedaulatan.

2. Dasar sistem pentadbiran

Mengambil bangsa asing untuk melancarkan pentadbiran Contohnya pegawai Inggerisdiambil sebagai Penasihat Kewangan, Amerika Syarikat sebagai Penguasa Kastam danPerancis sebagai Penasihat Ketenteraan.

Memperkenalkan sistem pentadbiran daerah yang dibahagi kepada 18 monthon(daerah) dan menamatkan sistem autonomi lama

Menubuhkan Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian LuarNegeri.

Menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Penasihat Rendah pada tahun 1874dengan memberi peluang untuk golongan bangsawan dan rakyat terlibat dalam halpentadbiran.

1892, Jabatan hasil Dalam Negeri diperkemaskan dengan memperkenalkan cukailangsung

1894, sistem kehakiman diperkemaskan dengan menubuhkan Mahkamah Jenayah danMahkamah Awam.

Hakim bangsa Eropah melatih peguam tempatan dan Putera Rabi dilantik sebagaiMenteri Keadilan.

Memperkemaskan sistem penjara dan polis.

Page 34: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

34STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

3. Dasar Sosial

Sekolah Sunandalaya (khusus untuk perempuan), Maktab Raja (khusus Untuk Lelaki)dan sekolah untuk golongan pertengahan diperkenalkan

Memberi kebebasan beragama kepada rakyat Sistem perhambaan dimansuhkan pada tahun 1874 dan perkhidmatan tentera bergaji

diperkenalkan Hak istimewa golongan bangsawan dimansuhkan Memperkenalkan perkhidmatan telegraf pada tahun 1875, penggunaan telefon 1881 dan

sistem pengangkutan kereta api dari Bangkok ke Patnam sejauh 16 batu pada tahun1893, dari Bangkok ke Ayuthia sejauh 40 batu dan dari Bangkok ke Korat pada 1901.

Sistem ekonomi barter ditukarkan dengan sistem ekonomi moden dengan penubuhanKewangan Diraja dan Jabatan Cetak kewangan pada tahun 1861 bertujuanmengeluarkan wang perak.

Perdagangan Negara Thai dengan dunia luar meningkat dan menggalakkan penanamanmodal asing .

Sumbangan Maharaja Meiji dalam Pemodenan di Jepun (10 Markah)

1. Bidang pentadbiran

1868, Maharaja Meiji memperkenalkan perlembagaan yang mengandungi sistemdemokrasi, penghapusan feudalisme dan menerapkan tamadun barat dalammasyarakat dan Negara Jepun.

1872 dan 1873, memperkenalkan sistem Kementerian berasaskan sistem Barat danjuga sistem Kabinet berasaskan sistem kerajaan Prusia pada 1885.

Maharaja Meiji juga memperkenalkan Sistem Pemerintahan Monarki BerperlembagaanParlimen (DIET)

Majlis Raja ditubuhkan pada 1885 untuk memberi nasihat kepada Maharaja dalamurusan pentadbiran

Pilihanraya pertama di Jepun telah dilaksanakan pada tahun 1890

2. Sistem Pendidikan

Menghantar rakyat Jepun untuk mengkaji sistem pendidikan Barat dan luar negeri Sekolah rendah dan menengah telah diperkenalkan di Jepun dengan berasaskan sistem

pendidikan Barat Kanak-kanak berusia enam tahun diwajibkan bersekolah Sistem pelajaran Barat juga diperkenalkan termasuk matematik dan sains Sistem pendidikan vokasional berasaskan kepada orientasi Jepun diperkenalkan Universiti diperkenalkan dengan berasaskan kepada model Barat pada tahun 1877 Sistem pendidikan di Jepun bertujuan melahirkan masyarakat berpendidikan mahir, celik

huruf dan mempunyai semangat cintakan tanahair 1906, sekitar 95% pendunduk Jepun memiliki asas sekurang-kurangnya bersekolah

rendah.

Page 35: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

35STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

3. Sistem perhubungan

1872, jalan kereta api pertama yang menghubungkan Tokyo dengan pelabuhanYokohama diperkenalkan

1877, pembinaan rangkaian jalan kereta api telah diusahakan oleh syarikat swasta Akhir abad ke 19, Jepun memiliki sekitar 3.417 km sistem rangkaian jalan kereta api Sistem telegraf dan pos diwujudkan

4. Sistem Sosial

Sistem feudal dihapuskan dan tanah milik golongan feudal dijadikan hak milik negara Golongan Samurai yang mendapat kedudukan dalam masyarkat telah melibatkan diri

dalam perusahaan dan perniagaan sehingga mewujudkan kapitalis dalam sistemekonomi

Penubuhan Kementerian Perusahaan pada tahun 1870 dan perusahaan tempatan dankecil dikembangkan dengan galakan bantuan teknikal, pemberian pinjaman dengankadar faedah rendah dan bantuan subsidi.

Perkembangan perusahaan melalui pembinaan kilang alat marin (1871), kilang kaca(1876), kilang simen (1875) kilang pembuatan senjata dan peluru di Osaka dan Tokyo(1883 serta kilang pembinaan kapal di Hyogo

5.` Sistem Pertanian

Diperkenalkan dengan penambahan bilangan tanah untuk pertanian Penyelidikan dan penggunaan jentera berat serta penggunaan baja dagangan Kemudahan pinjaman luar bandar untuk petani Petani digalakkan mempunyai tanah dan cukai tanah telah diperkenalkan pada tahun

1873 Cukai yang dikenakan adalah sekitar 20%- 30% daripada hasil tanaman Sektor perikanan juga dimajukan Menggalakkan penyelidikan secara sainstifik dengan mendirikan kilang memproses hasil

laut Hak penangkapan ikan juga telah dikembangkan sehingga ke perairan pinggir pantai

laut Siberia

C. Penutup. (2/3 Markah)

Raja Chulalongkorn dan juga Maharaja Meiji mempunyai matlamat untuk me Dasar Raja Chulalongkorn berjaya mengekalkan kedaulatan negaranya majukan

Negara masing-masing daripada penjajahan kuasa barat Pemodenan Meiji berjaya menjadikan Jepun sebagai tapak asas menuju kepada sebuah

negara yang maju di Asia.

Page 36: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

36STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

12. Bandingkan dasar luar India dengan dasar luar Vietnam selepas kedua-dua Negaramencapai kemerdekaan

A. Pengenalan ( 3 Markah )1. Dasar luar merupakan instrumen sebuah negara berinteraksi dengan negara lain.2. Dapat memperlihatkan sikap sesebuah negara sama ada ingin memainkan peranan aktif

atau pasif dalama dunia3. India merdeka pada Ogos 1947 dan Vietnam setelah menghadapi pergelutan antara

rakyat Vietnam dan sesama kumpulan rakyat akhirnya merdeka pada 8 Mei 1954dengan pembahagian Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Pada 1955, Vietnam Utaradikuasai oleh komunis yang diiktiraf oleh Rusia dan China. Vietnam Selatan bebas darikomunis

4. Bermula dari kemerdekaan itu bermulalah kedua-dua negara melaksanakan dasar luarmereka.

B. IsiDasar Luar India ( 10 Markah )1. India menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 1946 dan

menganggotai banyak jawatankuasa cawangan PBB

2. Anggota penting dalam Pertubuhan Komanwel dan Rancangan Colombo

3. Pernah menjadi Pengarah Agung FAO pada 1956 dan pernah menjadi Setiusahapertama UCAFE

4. India menjadi ibu pejabat penyelidikan dan pusat cawangan UNESCO dan UNICEF

5. India juga seringkali menjadi tuan rumah kepada pelbagai Persidangan antarabangsaseperti CAFE pada tahun 1956 dan 1961. Menjadi tuan rumah Persidangan Bulan SabitMerah Antarabangsa dan Persidangan ILO bagi Rantau Asia pada 1957

6. Semasa proses pendamaian Vietnam, Loas dan Kemboja India telah terlibat secara aktifmelaksanakan Perjanjian Damai dan Gencatan Senjata

7. India juga menghantar satu kontijen ketenteraan dibawah panji-panji PBB ke Mesirpada 1956. Dan 700 tentera ke Congo bagi mengawal hospital tentera danperkhidmatan komunikasi. Pada tahun 1961 menghantar 700 orang pakar ke 24 negaradi bawah Program Bantuan Teknikal PBB

8. Dari segi ekonomi melakukan pertukaran barang dengan negara luar, melibatkanbarangan India seperti bahan mentah dan bahan industri serta tekstil dengan baranganmesin berat dan peralatan

9. Eksport utama ialah teh dan jut. India mengekport kain kapas, rempah-ratus, tembakau,manganese dan sebagainya

Page 37: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

37STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

10. Import India pula melibatkan bahan keluli, peralatan pengangkutan, barangan elektrik,kima, beras dan sebagainya. Jalinan perdagangan ini melibatkan negara sekutu utamaseperti England, Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Rusia dan Negara-negara indusitriyang lain

Dasar Luar Vietnam ( 10 Markah)1. Vietnam Utara di bawah komunis telah membuat pembaharuan tanah bagi menghadapi

pemberontakan petani di Wilayah Nghe-an pada Nov 1956

2. 1960 Vietnam Utara menyokong kuat pemberontakan Pathet Lao di negara jiran Laosdengan menyalurkan bantuan pakar perang dan ketenteraan

3. Juga menyediakan bantuan aktif kepada pemberontakan di Vietnam Selatan ( Viet-Cong) . Vietnam Utara juga menghadapi tuduhan melanggar peruntukan gencatansenjata 1954 oleh anggota suruhnajaya Kawalan Antabangsa

4. Percubaan Vietnam Utara menjadi anggota PBB seringkali gagal kerana dihalang olehVietnam Selatan. Namun Vietnam Utara menjadi anggota Persidangan Solidariti Afro-Asia dan penyelidik bersama Institut Nuklear dan pertubuhan Bersama Kereta api.Vietnam juga cuba menjalin hubungan dengan negara-negara Asia seperti India danIndonesia

5. Republik Rakyat China ada menyalurkan pinjaman kepada Vietnam Utara sebanyak 300juta yuan dan geran 100 juta yuan dengan faedah 1% dalam tempoh 10 tahun padatahun 1959

6. Vietnam Utara juga menjalinkan hubungan dagang dengan Jerman Timur, Poland,Hungary, Romania , Bulgaria, Mongolia, Peranchis, Jepun dan Hong Kong

7. Vietnam Selatan pula menjalin hubungan dengan Amerika Syarikat apabila mendapatbantuan ekonomi dan teknikal sebanyak 1699.2 juta pada tahun 1962. Perancis pulamenghulurkan bantuan sebanyak 14.5 b franc dan bagi program pelarian berjumlah 14juta bagi tempoh 1957-1961

8. Vietnam Selatan juga mendapat bantuan teknikal dan materail daripada negara-negaralain dari agensi-agensi PBB

9. Vietnam mengeksport getah sebanyak 3.5% kepada Amerika dan Perancis 50%.Vietnam juga mengeksport kayu manis dengan nilai eksport sebanyak 25 juta dollarVietnam pada tahun 1959. Import utama pula ialah bahan mineral, logam, makanan,kertas, perubatan, barangan elektrik dan sebagainya

10. Pembekal utama Vietnam Selatan ialah Amerika Syarikat, Jepun, dan Peranchis.Manakala pasaran utama ialah Perancis, United Kongdom dan Jerman Barat

Page 38: Johor-Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Kertas 2

Sulit

38STPM 940/2 [Lihat Sebelah]Skima ini SULIT sehingga peperikssan ini tamat SULIT

C. Penutup ( 2 Markah)

1. India dan Vietnam menggunakan pelbagai pendekatan dalam hubungannya dengannegara luar untuk kepentingan bersama sama ada di peringkat dunia, serantau danantarabangsa bagi menjamin kepentingan politik, ekonomi dan sosial

2. Vietnam terbahagi kepada Vietnam Utara dan Vietnam Selatan kerana pengaruhkomunis di Vietnam Utara. Vietnam Utara mendapat dokongan negara-negara blokkomunis manakala Vietnam Selatan dibantu oleh PBB dan Amerika Syarikat