Jom aktifkan fungsi ke 50 mykad

6
Jom Aktifkan Fungsi ke 50 Mykad Anda sekarang Adakah anda mengetahui akan 50 fungsi kegunaan Mykad? Mungkin kita hanya tahu sebilangan kecil sahaja fungsi Mykad seperti untuk rekod JPN, Rekod maklumat diri, Buat passport, Touch n Go, MEPS, rekod Kesihatan dan lain-lain lagi. Pihak MSC Malaysia berbangga untuk berkongsi dengan seluruh dunia ciptaan inovasi negara bagi meningkatkan kualiti dan gaya hidup melalui kecanggihan teknologi Kad Pintar Kerajaan atau dikenali sebagai MyKad ini. MyKad meliputi aplikasi utama 8+1 (dalam cip) dengan akses yang pantas dan selamat digunakan dalam menjalankan pelbagai transaksi elektronik seperti pengesahan identiti, kesihatan, pembayaran, pengaksesan, perniagaan dan servis peruncitan. Ciri keselamatan termasuklah pengesahan menggunakan kekunci simetri kriptografi, sistem operasi pelbagai lapisan dengan ‘firewall’ serta landasan cip yang selamat. MyKad menggunakan dua jenis teknologi biometrik bagi tujuan pengenalan diri. Biometrik yang digunakan adalah gambar berwarna pemegang kad dan Sijil Digital untuk pengesahan diri.

Transcript of Jom aktifkan fungsi ke 50 mykad

Page 1: Jom aktifkan fungsi ke 50 mykad

Jom Aktifkan Fungsi ke 50 Mykad Anda sekarang

Adakah anda mengetahui akan 50 fungsi kegunaan Mykad? Mungkin kita hanya tahu sebilangan kecil sahaja fungsi Mykad seperti untuk rekod JPN, Rekod maklumat diri, Buat passport, Touch n Go, MEPS, rekod Kesihatan dan lain-lain lagi.

Pihak MSC Malaysia berbangga untuk berkongsi dengan seluruh dunia ciptaan inovasi negara bagi meningkatkan kualiti dan gaya hidup melalui kecanggihan teknologi Kad Pintar Kerajaan atau dikenali sebagai MyKad ini.

MyKad meliputi aplikasi utama 8+1 (dalam cip) dengan akses yang pantas dan selamat digunakan dalam menjalankan pelbagai transaksi elektronik seperti pengesahan identiti, kesihatan, pembayaran, pengaksesan, perniagaan dan servis peruncitan.

Ciri keselamatan termasuklah pengesahan menggunakan kekunci simetri kriptografi, sistem operasi pelbagai lapisan dengan ‘firewall’ serta landasan cip yang selamat. MyKad menggunakan dua jenis teknologi biometrik bagi tujuan pengenalan diri. Biometrik yang digunakan adalah gambar berwarna pemegang kad dan Sijil Digital untuk pengesahan diri.

Takukah anda Apakah Fungsi yang ke 50 Mykad ini?

Page 2: Jom aktifkan fungsi ke 50 mykad

Aktifkan Fungsi ke 50 Mykad

Dan cuba kita lihat kepada fungsi ke-50 iaitu Affilate Marketing oleh Affiliate Junction (AJ) melalui Mycard Smart Shopper Program (MSSP). Fungsi yang akan memberi kita kelebihan semasa berbelanja.

Page 3: Jom aktifkan fungsi ke 50 mykad

Ringkasan mengenai latar belakang Affiliate Junction

Projek dimiliki dan diuruskan oleh peneraju syarikat "Affiliate Marketing" yang kukuh di Malaysia dengan kerjasama daripada MDEC (Multimedia Development Corporation) bagi membangunkan aplikasi pelbagai guna di dalam Mykad dan MSC (Multimedia Supper Corridor) untuk merealisaikannya. Program ini turut mendapat sokongan daripada ARFF (Asean Retail-Chains & Franchise Federation), MRCA (Malaysian Retailer-Chains Association) dan beberapa pertubuhan besar yang lain.

Namun begitu ia tidak lah melibatkan sebarang keuntungan perniagaan kepada pihak MSC atau MDEC.

Program Mykad Smart Shopper (MSSP) merupakan satu program rangkaian runcit affiliate persendirian yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh I Synergy Universal Sdn Bhd (ISU). Sokongan rasmi yang diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Multimedia Development Corporation (MDeC) adalah untuk mengiktiraf serta menggalakkan inisiatif dan promosi dalam penggunaan kad pintar di kalangan sektor komersial swasta dan tidak terikat dengan sebarang perkongsian perdagangan serta kerjasama perniagaan di antara pihak JPN dan MDeC dengan ISU. Pihak JPN dan MDeC juga tidak memegang syer atau menerima apa-apa insentif, keuntungan dan hasil dari perniagaan syarikat ISU.

Untuk maklumat lanjut, layari www.mykad.aj.my

Page 4: Jom aktifkan fungsi ke 50 mykad

Maklumat lain boleh layari laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di http://www.jpn.gov.my/informasi/pelbagai-kegunaan-mykad.

Apakah kelebihan apabila Mykad diaktifkan di bawah Program Mykad Smart Shopper (MSSP)

Pemegang Mykad boleh mendapatkan diskaun hanya dengan menunjukkan Mykad di kedai yang telah berdaftar dengan Affiliate Junction yang mempunyai label ini di premis berkenaan. Rugi kepada siapa yang tidak mendaftar Mykad sekarang kerana semakin hari semakin banyak premis yang mendaftar sebagai premis berdaftar di bawah MSSP ini.

Mendapat mata ganjaran yang boleh ditebus dengan setiap RM1, pemegang Mykad akan mendapat 1 Point AJ. Point tersebut boleh dikumpul dan ditebus. Point yang dikumpul tidak mempunyai tarikh luput.

Pemegang Mykad tidak perlu membawa kad-kad diskaun. Tidak perlu risau kad diskaun hilang. kerana hanya perlu bawa Mykad sahaja. Dimana salah satu keperluan untuk kemana sahaja.

Untuk mendapatkan senarai kedai atau premis yang terlibat boleh muat turun Aplikasi percuma pada smartphone sama ada google apps atau App store. Aplikasi tersebut didatangkan dengan kemudahan GPS sebagai tunjuk arah ke premis yang terlibat.

Page 5: Jom aktifkan fungsi ke 50 mykad

Bagaimana Cara nak Aktifkan Mykad?

Anda boleh merujuk mana-mana agen Affiliate yang berdaftar di bawah program Jom Aktifkan Mykad Smart Shopper (MSSP). Tidak perlu masa yang lama untuk diaktifkan bagi membolehkan anda mula berbelanja.

Maklumat diri anda akan dirahsiakan dan ia tertakluk kepada polisi yang ditetapkan oleh pihak JPN.

Usah bertanggung lagi. JOM AKTIFKAN MYKAD ANDA SEKARANG

Untuk mendapat maklumat lebih tepat dan mendalam boleh rujuk kepada pautan di bawah

Sumber : http://www.blogyaya.com/2014/12/Jom-Aktifkan-Mykad.html