jom pinjam

download jom pinjam

of 34

description

buku injam meminjam sampai lebam

Transcript of jom pinjam

  • TIPS MUDAH LULUS PINJAMAN

    oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 1

  • TIPS MUDAH LULUS PINJAMAN

    oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

    Sila gunakan modul ini untuk rujukan anda. Anda dibenarkan mencetak

    modul ini hanya untuk kegunaan sendiri sahaja bagi memudahkan

    rujukan. Anda TIDAK DIBENARKAN mengedarkan mana-mana bahagian

    modul ini dalam apa bentuk dan cara sekalipun sama ada elektronik,

    mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat dalam bentuk

    softcopy melalui CD, disket dan bahan-bahan lain.

    Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya

    semula kerana ia tergolong di dalam kesalahan harta intelek (cetak rompak).

    Hakcipta Terpelihara 2011 BicaraHartanah.com. Sekiranya anda telah

    menerima modul ini secara percuma atau berbayar dari sumber selain

    daripada www.bicaraharatanah.com, sila laporkan kepada admin@

    bicarahartanah.com

    Kerjasama anda amat dihargai dalam menangani kesalahan harta

    intelek. Pihak BicaraHartanah.com amat mengambil berat isu ini.

    Hak Cipta Terpelihara 2011

    Penulis tidak akan bertanggungjawab jika terdapat apa-apa masalah berhubung kesilapan atau kesalahan maklumat, apa-apa risiko, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku atas penggunaan dan aplikasi e-book ini secara langsung atau tidak langsung. Hasil kandungan e-book ini adalah berdasarkan pengalaman, kajian dan pemerhatian yang dilakukan oleh penulis semasa tulisan ebook ini dibuat.

    LEGAL DISCLAIMER

  • TIPS MUDAH LULUS PINJAMAN

    oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 1

    Berbeza dari ebook-ebook saya yang lalu, ebook kali ini sengaja saya aturkan dengan kaedah menegah atau melarang anda melakukan sesuatu perkara sama ada sebelum, semasa mahu pun setelah pinjaman anda diluluskan kerana ianya lebih mudah untuk diingati daripada kaedah menulis ayat-ayat penyata seperti yang ditulis di dalam buku-buku fizikal yang terdapat di pasaran.

    Setiap tegahan akan dihuraikan sebab larangannya sebelum disusuli dengan tindakan rasional yang boleh anda ambil bagi memungkinkan pinjaman anda itu diluluskan.

    SUSUN ATUR KANDUNGAN eBOOK

  • TIPS MUDAH LULUS PINJAMAN

    oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 2

    Prakata Pengenalan Tips 1 : Jangan Lupa Membayar Hutang Bulanan Anda Tips 2 : Jangan Lupa Formula Debt Service Ratio Tips 3 : Jangan Maksimumkan Margin Pinjaman AndaTips 4 : Jangan Lupa Sediakan Penyata Pendapatan TambahanTips 5 : Jangan Tinggalkan Baki Minima di Akaun AndaTips 6 : Jangan Lupa Laburkan Apa Yang Anda PerolehiTips 7 : Jangan Maksimumkan Penggunaan Kad Kredit AndaTips 8 : Jangan Memohon di Cawangan Bank (Jika Boleh)Tips 9 : Jangan Memohon di Satu Bank SahajaTips 10 : Jangan Menipu Pihak BankTips 11 : Jangan Terlalu Mendesak & MengugutPenutup

    346

    101215

    192123

    25

    27293032

    KANDUNGAN eBOOK

  • TIPS MUDAH LULUS PINJAMAN

    oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 3

    Segala puji ke hadrat Allah yang telah mencetuskan ilham dan idea kepada saya

    untuk menulis eBook ini.

    Secebis kasih sayang buat isteri, anak-anak dan ahli keluargaku yang sanggup

    berkongsi kasih dan masa dengan minatku yang satu ini.

    Setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guru yang telah mengajarkan aku tentang

    peri pentingnya ilmu pengetahuan di dalam mengharungi hidup ini.

    Ucapan jutaan terima kasih untuk rakan-rakanku yang sanggup meluangkan

    masa mendengar dan berkongsi pendapat denganku perihal selok belok pinjaman

    bank.

    Kepada saudara dan sahabatku, saudara Meor Azhar bin Che Saffry dan saudara

    Meor Ahmad Shukri bin Zainal Abidin di atas bantuan kalian di dalam penghasilan

    eBook ini.

    Buat pembaca blogku, jutaan terima kasih kerana masih sudi melawat dan

    memberikan pendapat terhadap tulisan-tulisanku. Semoga Allah membalas

    segala jasa kalian di dalam membantu pengembangan ilmu ini.

    PRAKATA

  • TIPS MUDAH LULUS PINJAMAN

    oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 4

    Saya kerap ditanya oleh rakan-rakan saya tentang bagaimana saya masih boleh

    mendapatkan pinjaman sedangkan hutang-hutang rumah saya yang semakin

    menimbun. Mereka hairan kerana bagi mereka adalah sesuatu yang mustahil

    sekiranya pihak bank masih mempercayai kemampuan saya membayar balik

    pinjaman tersebut sedangkan pendapatan saya hanyalah setara malah mungkin

    kurang dari pendapatan mereka.

    Bertitik tolak dari kemusykilan tersebutlah maka terdetik untuk saya

    membukukan tips-tips yang telah saya amalkan sejak sekian lama bagi membantu

    anda yang mempunyai keraguan terhadap kemusykilan ini terutamanya bagi

    anda yang baru berkecimpung dalam pelaburan hartanah supaya anda dapat

    mengikuti jejak langkah saya.

    Sebenarnya tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini dan bukanlah sesuatu

    yang mengagumkan sekiranya anda masih mampu untuk mendapatkan

    pinjaman walaupun pendapatan anda kurang dari jumlah bayaran bulanan

    semua hutang-hutang anda. Apa yang anda perlukan hanyalah daya kreativiti

    dan sedikit pengetahuan tentang tatacara yang digunakan oleh pihak bank di

    dalam memproses sesuatu permohonan pinjaman.

    PENGENALAN

  • TIPS MUDAH LULUS PINJAMAN

    oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 5

    Ya, saya faham kreativiti adalah sesuatu yang subjektif dan ianya bergantung

    kepada daya pemikiran seseorang manakala pengetahuan tentang tatacara

    pemprosesan pinjaman juga adalah sesuatu yang mustahil untuk anda

    memiliki melainkan anda adalah seorang pekerja bank.

    Malah menurut pemerhatian dan pengalaman saya, tidak semua pekerja bank

    tahu dan memahami kaedah dan tatacara sesuatu pinjaman itu diluluskan. Atas

    dasar ingin berkongsi ilmu inilah, maka saya hasilkan ebook ini dengan harapan

    anda akan mendapat manafaat dari rangkaian tips-tips yang saya catatkan di

    dalam ebook ini untuk anda adaptasikan ketika membuat permohonan bagi

    sebarang jenis pinjaman.

  • JANGAN LUPA MEMBAYAR HUTANG BULANAN ANDA

    oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 6

    Seorang peminjam yang baik dan disukai oleh pihak bank adalah peminjam

    yang tidak lupa melunaskan bayaran ansurannya setiap bulan. Ansuran yang

    saya maksudkan adalah bayaran bulanan bagi pinjaman perumahan, kenderaan,

    kad kredit, pinjaman peribadi mahu pun beberapa bentuk pinjaman yang lain.

    Ini sebenarnya merupakan kriteria terpenting dan yang paling utama bagi

    pihak bank di dalam meluluskan permohonan anda dan antara dokumen

    terpenting yang akan diberi perhatian oleh mereka adalah Laporan Central

    Credit Reference Information System (CCRIS), Credit Tip-Off Service (CTOS) dan

    beberapa bentuk laporan yang lain. Setiap laporan yang disediakan mempunyai

    tujuan yang berbeza.

    Jika Laporan CTOS lebih menjurus kepada semakan terhadap sebarang tindakan

    mahkamah yang pernah diambil terhadap pemohon, Laporan CCRIS tetap

    menjadi laporan paling utama bagi pihak bank sebelum meluluskan pinjaman.

    Untuk itu, anda perlu memberikan perhatian terhadap laporan ini bagi

    memastikan pinjaman anda mudah untuk diluluskan.

    JANGAN LUPA MEMBAYAR HUTANG BULANAN ANDA

    TIPS 1 :

  • oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

    JANGAN LUPA MEMBAYAR HUTANG BULANAN ANDA

    7

    Ya, beginilah rupa bentuk Laporan CCRIS yang menjadi panduan kepada pihak

    bank di dalam menentukan samaada permohonan anda itu boleh diluluskan

    atau pun tidak. Secara dasarnya, Laporan ini terbahagi kepada 4 bahagian

    iaitu :

    Apa itu Laporan CCRIS?

  • JANGAN LUPA MEMBAYAR HUTANG BULANAN ANDA

    oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 8

    i. Customer Profile :

    Menyediakan maklumat asas peminjam seperti nama, tarikh lahir, nombor kad

    pengenalan, jenis peminjam (individu/syarikat) dan kerakyatan si peminjam.

    ii. Outstanding Credit :

    Bahagian terpenting yang menunjukkan informasi tentang tarikh pinjaman

    dibuat, bentuk pinjaman, jumlah dan baki terkini pinjaman dan perkara

    terpenting yang selalu diberi perhatian oleh pihak bank ialah trend/habit

    seseorang peminjam itu menguruskan pinjamannya. Maklumat berkaitan

    trend/habit pinjaman ini hanya akan menyimpan rekod pengurusan

    pinjaman bagi tempoh satu tahun sahaja. Setiap tunggakan akan tercatat

    jumlah bulan yang tertunggak dan sekiranya anda tidak mempunyai sebarang

    tunggakan maka angka 0 akan tertera di dalam rekod tersebut. Ianya dapat

    dilihat di dalam gambar di atas yang mana sebagai contoh, item 2 (bagi hutang

    kad kredit), si peminjam telah tidak membayar ansuran minimanya sebanyak

    1 bulan pada bulan November dan amaun tersebut berlanjutan hingga ke

    bulan Disember menyebabkan rekod tunggakannya menjadi 2 bulan (angka

    1 dan 2 akan tercatat di dalam Laporan itu). Walaubagaimanapun amaun

    tunggakan tersebut telah dilangsaikannya pada bulan berikut dan ini telah

    mengakibatkan rekod pada bulan Januari telah kembali ke angka 0.

  • oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

    JANGAN LUPA MEMBAYAR HUTANG BULANAN ANDA

    9

    iii. Special Attention Account :

    Maklumat khas bagi peminjam yang pernah disabitkan dengan sebarang

    tindakan mahkamah oleh mana-mana pihak khususnya pihak bank (sekiranya

    ada).

    iv. Application for Credit :

    Informasi tentang permohonan-permohonan terkini yang telah dan pernah

    dilakukan oleh si peminjam.

    Bagi anda yang mempunyai trend/habit pembayaran yang baik (tanpa

    tunggakan), anda tidaklah perlu risau tentang masalah ini sebaliknya bagi anda

    yang mempunyai tunggakan, cuba elakkan daripada ianya tertunggak selama 2

    bulan secara berturut-turut kerana ianya akan mengakibatkan pihak bank tidak

    akan mempercayai anda lagi. Sekiranya anda mempunyai masalah tersebut

    sekarang, adalah dinasihatkan anda memperbetulkan dulu rekod anda selama

    setahun sebelum kembali memohon pinjaman di bank kerana seperti yang

    saya maklumkan sebelum ini, rekod yang tertera di dalam Laporan ini hanyalah

    untuk tempoh masa selama 1 tahun sahaja.

    AE : Jika boleh, dapatkan salinan Laporan CCRIS ini setiap kali anda membuat

    pinjaman bagi mengelakkan terdapatnya pinjaman yang bukan hak anda

  • JANGAN LUPA FORMULA DEBT SERVICE RATIO

    oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 10

    Apakah yang dimaksudkan dengan Debt Service Ratio (DSR)? DSR ini

    merupakan salah satu kayu pengukur yang digunakan oleh pihak bank bagi

    mengukur keupayaan bakal peminjam. Memandangkan yang ianya begitu

    berharga maka anda perlulah mengetahui formula pengiraan ratio tersebut

    dan sebelum anda membuat pengiraan, terdapat 2 item yang perlu anda beri

    perhatian sebelum memulakan pengiraan iaitu :

    Jumlah pendapatan anda setiap bulan

    Jumlah bayaran instalment bank setiap bulan

    Kedua-duanya penting kerana ianya merupakan antara item yang memungkinkan

    pengiraan itu dilakukan kerana formula bagi ratio tersebut adalah seperti berikut :

    Jumlah bayaran instalment bank setiap bulanDSR = ------------------------------------------------------------------------ X 100%

    Jumlah pendapatan anda setiap bulan

    JANGAN LUPA FORMULA DEBT SERVICE RATIO

    TIPS 2 :

  • oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

    JANGAN LUPA FORMULA DEBT SERVICE RATIO

    11

    Mengikut perkiraan pihak bank, lagi kecil peratusan DSR itu, maka lagi

    berkemampuanlah bakal peminjamnya menjelaskan bayaran bulanannya

    dan kebiasaannya pihak bank mempunyai garis panduannya sendiri dengan

    menetapkan peratusan tertentu sebagai syarat kelulusan. Untuk itu cuba kita

    lihat contoh yang diberikan dengan mengambil kira peratusan kelulusan yang

    ditetapkan oleh Bank A adalah sebanyak 60%.

    Contoh 1 :Jumlah pendapatan = RM5,000-00Jumlah instalment = RM3,500-00 3,500-00DSR = ----------------- X 100% 5,000-00 = 70% (melebihi peratusan kelulusan Bank A)

    Keputusan = Gagal mendapatkan kelulusan pinjaman

    Contoh 2 :Jumlah pendapatan = RM4,000-00Jumlah instalment = RM2,000-00

    2,000-00DSR = ----------------- X 100% 4,000-00 = 50% (kurang dari peratusan kelulusan Bank A)

    Keputusan = Pinjaman diluluskan

    AE : Cuba bertanya dahulu kepada pihak Bank tentang peratusan kelulusan

    mereka bagi memudahkan anda mengira DSR anda

  • JANGAN MAKSIMUMKAN MARGIN PINJAMAN ANDA

    oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 12

    Anda semua tahu bahawa setiap permohonan mempunyai peratusan

    margin yang dibenarkan oleh pihak bank. Sebagai contoh, bagi rumah anda

    yang pertama dan kedua, pihak bank membenarkan anda memohon sehingga

    90% margin pinjaman daripada harga rumah yang anda beli.

    Jika harga rumah tersebut ialah RM100,000-00, maka jumlah pinjaman yang

    anda boleh pohon adalah sebanyak RM90,000-00 dan sememangnya ia

    membantu anda untuk meminimakan jumlah wang yang perlu anda keluarkan.

    Sekiranya anda seorang pelabur, di mata pihak bank ianya menunjukkan yang

    anda kurang kredibiliti sekiranya anda memohon margin yang maksimum kerana

    mereka (pihak bank) berpendapat yang anda hanya mempunyai kemampuan

    yang cukup-cukup makan sahaja untuk melabur.

    Kenapa pula saya berkata begitu? Dari kacamata pihak bank, seorang pelabur

    yang bijak pastinya akan menunjukkan yang dia tidak terlalu bergantung

    JANGAN MAKSIMUMKAN MARGIN PINJAMAN ANDA

    TIPS 3 :

  • oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

    JANGAN MAKSIMUMKAN MARGIN PINJAMAN ANDA

    13

    kepada mereka (pihak bank) sebaliknya bank hanyalah sebagai pembantunya

    untuk mengembangkan harta dan sebagai pembantu, mereka (pihak bank)

    hanya perlu mengeluarkan margin yang lebih rendah daripada yang sepatutnya.

    Ini secara langsung mengurangkan risiko kepada pihak bank kerana anda telah

    menunjukkan kesanggupan anda mengeluarkan sejumlah amaun yang agak

    besar bagi berkongsi risiko dengan mereka (pihak bank). Walaubagaimanapun

    anda tidak perlu risau kerana ada caranya untuk mengatasi masalah ini iaitu

    dengan mengikuti langkah-langkah berikut :

    Dapatkan rumah yang di bawah nilai harga pasaran (market value)

    Mark-up harga Perjanjian Jual Beli (Sale & Purchase Agreement) mengikut

    harga pasaran

    Memohon margin pinjaman berdasarkan harga asal yang dipersetujui

    oleh penjual (harga yang di bawah nilai pasaran)

    Sebagai contoh :

    Harga Asal : RM100,000-00

    Harga Pasaran : RM130,000-00

    Margin Pinjaman : 90%

    Jika dilihat sekiranya anda memohon berdasarkan harga pasaran, anda akan

    mendapat jumlah pinjaman sebanyak RM117,000-00 (90% daripada harga pasaran).

    Memandangkan anda sudah mempunyai liabiliti (hutang) yang agak banyak

  • JANGAN MAKSIMUMKAN MARGIN PINJAMAN ANDA

    oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 14

    yang sekaligus telah meningkatkan kadar gearing ratio anda, maka adalah

    dinasihatkan anda memohon jumlah pinjaman pada harga asal rumah tersebut

    iaitu RM100,000-00 dan sekaligus ianya akan meminimakan margin pinjaman

    anda kepada 76.9% dan ianya akan secara langsung menggembirakan pihak

    bank untuk meluluskan pinjaman anda. Kenapa pula ianya menggembirakan

    pihak bank? Kerana ia menjadi bukti bahawa mereka (pihak bank) adalah

    pembantu dan bukannya pembiaya kepada anda kerana kesanggupan anda

    mengeluarkan RM30,000-00 sebagai modal (downpayment) anda.

    AE : Kalau anda sanggup mengeluarkan sebegitu banyak downpayment untuk

    harta anda, takkan semudah itu pula anda nak biarkan bank melelong harta

    anda - tanggapan pihak bank.

  • oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

    JANGAN LUPA SEDIAKAN PENYATA PENDAPATAN TAMBAHAN

    15

    Seperti biasa apabila anda berurusan dengan pihak bank pasti anda akan

    bertanyakan tentang dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan dan

    acapkali juga, anda pasti akan menyenaraikan semua dokumen yang diminta

    tanpa berfikir panjang. Kerap kali juga pihak bank akan berkata yang dokumen

    penyata pendapatan yang disediakan tidak cukup untuk menampung jumlah

    hutang yang baru dan juga yang sedia ada. Akhirnya samaada pinjaman anda

    tidak diluluskan atau pun anda terpaksa memberikan salinan dokumen penyata

    pendapatan tambahan yang baru untuk menguatkan lagi sumber pendapatan

    anda. Tidakkah ini akan membazirkan masa dan tenaga anda?

    Apakah penyata/dokumen yang perlu saya sediakan selain dari dokumen-

    dokumen asas seperti slip gaji? persoalan yang pasti bermain di fikiran anda

    dan penyata/dokumen yang saya maksudkan di sini ialah sebarang bentuk

    penyata/dokumen yang menghasilkan pendapatan tambahan kepada anda

    selain dari gaji tetap anda. Ianya mungkin dalam bentuk komisyen, sewa rumah

    dan sebagainya dan pastikan yang setiap pendapatan yang anda terima itu

    berada di dalam bentuk dokumen hitam putih.

    JANGAN LUPA SEDIAKAN PENYATA PENDAPATANTAMBAHAN

    TIPS 4 :

  • JANGAN LUPA SEDIAKAN PENYATA PENDAPATAN TAMBAHAN

    oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 16

    Tapi pendapatan yang saya terima itu dalam bentuk tunai. Jadi bagaimana nak

    jadikannya dokumen hitam putih? satu lagi persoalan yang kerap kali diajukan

    kepada saya. Sebenarnya amatlah mudah untuk menjadikannya dalam bentuk

    bertulis (hitam putih) iaitu dengan hanya memasukkan wang tunai yang anda

    terima itu ke dalam bank dan kemudian keluarkannya kembali sekiranya anda

    mahu menggunakannya. Ya, Nampak seakan remeh kerana anda perlu ke bank

    tetapi impaknya amatlah besar kepada anda di kemudian hari dan jika alasan

    tiada masa hendak ke bank yang akan anda berikan, saya rasa pada masa ini

    alasan tersebut tidak boleh diterima pakai kerana kebanyakan bank telah pun

    menyediakan mesin deposit tunai yang beroperasi 24 jam sehari.

    Selain daripada itu adalah dinasihatkan supaya turut menyediakan penyata

    pendapatan anda sendiri bagi memudahkan pihak bank memahami bentuk

    pendapatan yang anda terima itu. Mungkin contoh penyata pendapatan rumah

    sewa yang saya sediakan ini dapat membantu anda untuk merangka penyata

    pendapatan anda sendiri.

    Penyata pendapatan sewa rumah saya :

  • oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

    JANGAN LUPA SEDIAKAN PENYATA PENDAPATAN TAMBAHAN

    17

    Jika dilihat saya telah menyenaraikan penyata sewa 10 buah rumah yang akan

    tercatat di dalam penyata bank saya nanti dan apa yang penting di dalam

    penyata sewa rumah saya ialah terdapatnya ruangan jumlah bersih setiap

    bulan yang menunjukkan pendapatan tambahan yang saya bakal terima.

  • JANGAN LUPA SEDIAKAN PENYATA PENDAPATAN TAMBAHAN

    oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 18

    Pendapatan tambahan inilah yang bakal merendahkan Debt Service Ratio saya

    yang saya terangkan sebelum ini. Walaubagaimanapun penyata di atas belum

    cukup untuk ditunjukkan kepada pihak bank melainkan ianya turut disertakan

    dengan penyata akaun bank saya yang akan menjadi bukti apa yang saya catat-

    kan di atas itu adalah benar dan penyata akaun berikut akan saya sertakan

    setiap kali saya memohon pinjaman.

    Kesimpulannya, daripada kedua-dua bentuk penyata/dokumen di atas sudah

    cukup membuktikan yang saya mempunyai pendapatan tambahan yang boleh

    membantu saya untuk membayar balik pinjaman yang bakal saya ambil. Malah

    bukan itu sahaja, kedua-dua penyata/dokumen itu turut menunjukkan sikap

    tanggungjawab saya terhadap semua pembayaran pinjaman rumah saya dan

    ini akan meyakinkan pihak bank bahawa saya adalah seorang peminjam yang

    pasti akan bertanggungjawab dengan pinjaman baru yang akan saya ambil

    nanti.

    AE : Pastikan yang anda menyimpan setiap penyata/dokumen anda dan

    pastikan juga yang anda mempunyai filing system yang teratur

  • oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

    JANGAN TINGGALKAN BAKI MINIMA DI AKAUN ANDA

    19

    Adat orang makan gaji, pada setiap hujung bulan adalah hari yang paling

    menggembirakan kita apabila setiap dari kita akan menerima gaji di atas jerit

    perih kita bekerja selama sebulan tetapi malangnya walaupun amaun yang

    diterima agak banyak, amaun yang banyak itu jugalah yang kita keluarkan

    samaada untuk makan pakai kita atau pun membayar hutang kita.

    Hasilnya hanya sejumlah kecil baki yang akan tertinggal di dalam akaun kita

    pada setiap hujung bulan. Itu kisah yang makan gaji, bagi para usahawan pula,

    hujung bulanlah biasanya mereka akan gunakan duit keuntungan mereka

    untuk membayar itu ini, samaada untuk pembayaran kepada pembekal mahu

    pun bayaran-bayaran yang lain dan sepertimana mereka yang makan gaji,

    maka baki amaun yang tertinggal agak minima jika dibandingkan dengan hari-

    hari yang sebelumnya.

    Sekarang cuba anda bayangkan sekiranya anda merupakan seorang pegawai

    bank yang bertanggungjawab memproses 2 permohonan di mana satu

    permohonan mempunyai baki yang banyak pada setiap hujung bulan

    JANGAN TINGGALKAN BAKI MINIMA DI AKAUN ANDA

    TIPS 5 :

  • JANGAN TINGGALKAN BAKI MINIMA DI AKAUN ANDA

    oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 20

    manakala satu lagi meninggalkan baki yang minima di akhir bulan, akaun

    manakah yang lebih meyakinkan anda untuk diberikan kelulusan.

    Memang ini bukan ukuran kepada kemampuan seseorang peminjam tetapi

    ianya menjadi nasi tambah yang menunjukkan kecekapannya menguruskan

    aliran tunainya. Habis tu, apa yang saya perlu lakukan? soal anda kepada

    saya dan jawapan kepada persoalan itu ialah cuba tangguhkan dahulu duit

    keluar anda sehingga ke minggu pertama setiap bulan. Mudah bukan?

    AE : Pastikan baki minima akaun anda semakin bertambah setiap bulan bagi

    menunjukkan yang aliran tunai anda semakin baik dari masa ke semasa

  • oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

    JANGAN LUPA LABURKAN APA YANG ANDA PEROLEHI

    21

    Setiap ringgit yang anda perolehi amat bermakna dan pastikan yang nilai

    ringgit tersebut semakin bertambah setiap saat. Tidak guna sekiranya

    anda melonggokkan sejumlah besar wang anda di dalam instrumen yang

    tidak mendatangkan pulangan yang tinggi.

    Jika di dalam tips yang sebelumnya saya menitik-beratkan tentang keperluan anda

    meninggikan jumlah baki simpanan anda setiap bulan, itu tidak bermaksud yang

    anda perlu mengekalkannya untuk satu tempoh masa yang lama sebaliknya

    pada setiap awal bulan hendaklah diperuntukkan sejumlah amaun untuk

    dilaburkan ke dalam instrumen pelaburan yang lebih menguntungkan. Agak

    sukar untuk anda faham sekiranya saya tidak mendatangkan contohnya sekali

    dan sekali lagi saya akan memberikan contoh berkaitan dengan apa yang telah

    saya lakukan selama ini.

    JANGAN LUPA LABURKAN APA YANG ANDA PEROLEHI

    TIPS 6 :

  • JANGAN LUPA LABURKAN APA YANG ANDA PEROLEHI

    oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 22

    Contoh :

    Jika anda lihat pada penyata bank Al-Rajhi saya sebelum ini (di mukasurat 17),

    saya telah mengeluarkan sejumlah RM500-00 pada 2 Januari dari akaun

    tersebut dan jumlah itu sebenarnya saya peruntukkan untuk dilaburkan ke

    dalam Akaun Amanah Saham Wawasan 2020 dan Dana Pelaburan Amanah

    Public Islamic Equity Fund saya dan ianya saya lakukan pada setiap awal

    bulan. Ini sedikit sebanyak akan lebih meyakinkan pihak bank yang saya

    mempunyai tahap disiplin yang tinggi di dalam pengurusan kewangan.

    Dari sudut pandangan pihak bank, jika saya mampu menabung sebanyak

    RM500-00 setiap bulan tanpa masalah, mengapa pula saya tidak mampu

    untuk melunaskan bayaran pinjaman yang bakal saya ambil.

    AE : Terdapat pelbagai instrumen pelaburan selain yang disebutkan di atas

    untuk anda tempatkan duit simpanan anda setiap bulan, antaranya pelaburan

    emas, saham dan sebagainya

  • oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

    JANGAN MAKSIMUMKAN PENGGUNAAN KAD KREDIT ANDA

    23

    Kenapa kad kredit pula yang saya kaitkan dan tidak pinjaman-pinjaman yang

    lain? saya pasti itu antara persoalan yang bermain di fikiran anda ketika

    ini dan untuk pengetahuan anda, hutang kad kredit sebenarnya memberi

    pemarkahan (scoring) yang tinggi di dalam pengiraan Debt Service Ratio oleh

    pihak bank. Ini kerana kad kredit merupakan satu-satunya hutang yang boleh

    berubah samaada semakin bertambah atau berkurang bakinya, tidak seperti

    pinjaman-pinjaman lain yang mana bakinya akan sentiasa menyusut dari masa

    ke semasa.

    Ya, mungkin anda akan katakan yang anda tidak pernah culas untuk membayarnya

    setiap bulan tetapi percayalah itu hanya sebahagian daripada beberapa

    perkara yang diambilkira oleh pihak bank. Ini kerana kebanyakan dari

    kita (malah saya sendiri), yang hanya membayar amaun minimum (5%) yang

    dibenarkan setiap bulan dan ini tidak akan memberi impak sangat terhadap

    pemarkahan (scoring) yang diberikan oleh pihak bank.

    JANGAN MAKSIMUMKAN PENGGUNAANKAD KREDIT ANDA

    TIPS 7 :

  • JANGAN MAKSIMUMKAN PENGGUNAAN KAD KREDIT ANDA

    oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 24

    Jadi apa yang patut kami lakukan sekiranya kami tidak mampu membayar baki

    penuhnya?. Berdasarkan pengalaman saya, pastikan yang anda hanya

    menggunakan kurang dari 50% kredit limit yang diberikan dan sekiranya

    anda mempunyai jumlah yang melebihi limit tersebut, maka pindahkan amaun

    tersebut ke dalam kad-kad kredit yang lain atau pun ubahkannya kepada

    pinjaman tetap atau pinjaman peribadi. Sebagai contoh :

    Kredit Limit : RM10,000.00

    Baki Terkini : RM8,000.00 (80% dari jumlah kredit limit anda)

    Oleh itu, tinggalkan baki sekurang-kurangnya RM5,000.00 di dalam kad kredit

    tersebut dan pindahkan baki RM3,000.00 ke kad kredit yang lain atau pun ke

    pinjaman tetap/peribadi tetapi jika dapat pindahkan kesemuanya ke pinjaman

    tetap/peribadi, adalah lebih baik untuk system pemarkahan anda.

    AE : Pastikan anda tidak menambah kembali baki kad kredit anda ke tahap

    maksimum kerana ianya akan mensia-siakan usaha memindahkan baki anda

  • oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

    JANGAN MEMOHON DI CAWANGAN BANK (JIKA BOLEH)

    25

    Sudah tentu anda akan berasa hairan dengan tips di atas kerana saya yakin

    persoalan berikut akan timbul di fikiran anda :

    Kalau begitu saya perlu memohon ke mana kalau bukan ke cawangan bank?

    Bukan maksud saya untuk menidakkan keinginan anda untuk memohon di

    cawangan bank tetapi sekiranya anda mempunyai pilihan (terutama anda yang

    tinggal di bandar-bandar besar), pohonlah melalui banks sales/marketing

    executive yang mobilise dan untuk pengetahuan anda, di bandar-bandar

    besar kini hampir kesemua bank mempunyai sales & marketing team

    mereka sendiri yang berfungsi untuk mencari dan memberi pinjaman

    kepada anda dan antara cara-cara yang pernah saya lakukan untuk

    mendapatkan khidmat sales & marketing team ini :

    Dengan menghubungi talian toll-free yang disediakan oleh pihak bank

    dan meminta mereka menghantar seorang sales/marketing executive

    untuk menghubungi saya bagi urusan permohonan pinjaman.

    JANGAN MEMOHON DI CAWANGAN BANK (JIKA BOLEH)

    TIPS 8 :

  • JANGAN MEMOHON DI CAWANGAN BANK (JIKA BOLEH)

    oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 26

    Pergi ke cawangan bank yang terdekat dan minta mereka perkenalkan

    seorang sales/marketing executive untuk menguruskan urusan

    permohonan pinjaman saya.

    Kenapa pula saya perlu memohon melalui mereka? satu lagi persoalan yang

    mungkin timbul di fikiran anda dan jawapannya, supaya permohonan anda itu

    akan diberikan lebih perhatian jika dibandingkan dengan kakitangan bank di

    cawangan.

    Untuk pengetahuan anda, setiap seorang sales / marketing executive

    mempunyai sales targetnya yang tersendiri untuk dicapai dan setiap target

    yang dapat dicapai akan diberi ganjaran oleh pihak bank samaada dalam

    bentuk komisyen mahu pun peluang kenaikan pangkat. Oleh itu, bagi

    mencapai target yang telah ditetapkan, maka mereka ini akan bersungguh-

    sungguh memproses setiap permohonan yang diterima dengan harapan

    ianya dapat diluluskan kerana target mereka akan hanya dikira sekiranya

    permohonan itu dilulus dan diterima oleh pemohon. Jika dibandingkan

    dengan kakitangan bank di cawangan yang tidak menikmati sebarang

    ganjaran tambahan (seperti sales / marketing executive), mereka ini akan

    berasa kurang motivasi untuk memproses permohonan anda tambah-tambah

    lagi sekiranya pada masa yang sama terdapat puluhan kes lain yang perlu

    diproses. Untuk itu, mereka akan menjadi lebih rigid dan tidak bersifat

    membantu sekiranya keadaan seperti di atas berlaku yang pastinya akan

    membantutkan kelulusan permohonan anda.

    AE : Cuba dapatkan sales / marketing executive yang tidak pernah / jarang

    mencapai targetnya kerana mereka ini akan lebih bermotivasi untuk

    membantu permohonan anda

  • oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

    JANGAN MEMOHON DI SATU BANK SAHAJA

    27

    Bagi anda yang telah memiliki ebook kedua saya Tips dan Panduan Membeli

    Rumah Terpakai (Subsale), tips ini merupakan ulangan dari apa yang telah

    saya ceritakan di dalamnya.

    Sudah menjadi kebiasaan sebahagian besar daripada kita apabila hanya

    memohon pada satu bank pada satu-satu masa sahaja. Akibatnya, apabila

    bank yang anda pohon telah menolak permohonan anda, maka kelam kabutlah

    anda mencari bank-bank yang lain pula tanpa anda ketahui yang permohonan

    anda itu bakal menemui jawapan yang sama. Kenapa saya kata begitu?

    Jawapannya dapat anda lihat menerusi bahagian Application for Credit di

    dalam contoh Laporan CCRIS yang ada pada mukasurat 7.

    Jika anda perhatikan pada bahagian terakhir di dalam Laporan tersebut, anda

    akan dapat melihat satu senarai penuh pelbagai permohonan beserta statusnya

    yang pernah anda pohon dan dari situ, bank-bank lain akan dapat melihat yang

    permohonan anda sebelum ini telah pun ditolak. Jadi, adakah logik sekiranya

    mereka meluluskan permohonan pinjaman yang telah ditolak oleh bank lain?

    JANGAN MEMOHON DI SATU BANK SAHAJA

    TIPS 9 :

  • JANGAN MEMOHON DI SATU BANK SAHAJA

    oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 28

    Sudah tentu tidak bukan? Jika pun mereka ingin meluluskan permohonan anda

    itu, sudah pasti anda akan melalui satu proses permohonan yang amat ketat

    manakala kelulusan yang diberi pula akan dipenuhi dengan pelbagai syarat.

    Untuk itu, apa yang perlu anda lakukan bagi mengatasi masalah ini? Jawapannya

    ialah memohon kepada lebih dari sebuah bank secara serentak. Hanya dengan

    cara ini pihak bank tidak dapat mengenal pasti samaada permohonan anda di

    bank-bank lain telah ditolak atau pun tidak.

    Kenapa saya berkata begitu? Kerana bank-bank tersebut sudah pasti akan

    menjalankan proses tersebut secara serentak dan pada masa itu status yang

    ada dalam Laporan CCRIS anda akan menunjukkan status (P) singkatan untuk

    PENDING.

    Berapa buah yang sepatutnya anda pohon pada satu-satu masa? Terpulang

    kepada anda tetapi kebiasannya saya akan memohon kepada 3 buah bank pada

    satu-satu masa secara serentak dan sekiranya semuanya memberikan kelulusan,

    maka saya akan pilih pakej yang paling menarik di antara ketiga-tiganya.

    AE : Tiada guna anda memohon kepada 10 buah bank sekalipun sekiranya

    nama anda telah disenaraihitamkan oleh pihak bank

  • oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

    JANGAN MENIPU PIHAK BANK

    29

    Kerap kali saya melihat pemohon cuba menarik perhatian pihak bank dengan

    cara menyediakan dokumen palsu yang jauh lebih baik dari dokumen sebenar

    dan antara dokumen-dokumen yang dipalsukan adalah seperti penyata slip

    gaji, akaun bank malah kadangkala perjanjian sewa rumah juga turut menjadi

    subjek penipuan.

    Tahukah anda sekiranya anda tertangkap semasa melakukan penipuan tersebut,

    maka nama anda akan turut sama disenaraihitamkan oleh pihak bank. Ini akan

    mengakibatkan anda menghadapi kesukaran untuk memohon sebarang pinjaman

    di masa hadapan. Atas sebab itu, ingin saya nasihatkan anda supaya jangan

    sekali-kali cuba untuk memalsukan dokumen anda walau dengan apa alasan

    sekalipun kerana ianya langsung tidak berbaloi dengan akibatnya di masa

    hadapan.

    AE : Biar gaji anda sekecil mana sekalipun, yang penting anda tahu bagaimana

    untuk menguruskannya kerana pihak bank hanya ingin melihat bagaimana

    anda menguruskan kewangan anda sebelum memberikan kelulusan

    JANGAN MENIPU PIHAK BANK

    TIPS 10 :

  • JANGAN TERLALU MENDESAK & MENGUGUT

    oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 30

    Pernahkah anda bayangkan yang anda berada di pihak pegawai bank yang

    ditimbuni dengan berpuluh-puluh permohonan untuk diproses dan jika anda

    ditempat mereka, adakah anda suka sekiranya para pemohon anda terlalu

    mendesak anda supaya mempercepatkan proses permohonan anda? Untuk

    itu adalah lebih baik anda membuat follow-up kira-kira seminggu selepas

    permohonan dibuat. Ini kerana kebanyakan bank akan meluluskan pinjamannya

    dalam tempoh tersebut dan sekiranya selepas tempoh tersebut, permohonan

    anda masih belum diluluskan, cubalah bertanya dengan baik kepada pegawai

    bank yang memproses permohonan anda dengan lemah lembut dan

    berhemat. Mungkin ayat-ayat sebegini dapat membantu komunikasi anda

    dengan mereka :

    Boleh saya tahu adakah dokumen-dokumen yang saya sertakan tempohari

    tidak mencukupi bagi mendapatkan kelulusan?

    Maaf kalau permohonan saya ini menyusahkan anda tetapi bolehkah saya

    tahu samaada pinjaman saya ini mempunyai peluang untuk diluluskan?

    JANGAN TERLALU MENDESAK & MENGUGUT

    TIPS 11 :

  • oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi

    JANGAN TERLALU MENDESAK & MENGUGUT

    31

    Ya, bunyinya seakan begitu lembut tetapi impaknya bakal membuat si pegawai

    bank tersebut terpaksa membuat diri mereka berjanji dengan anda. Lulus atau

    tidak tetapi itulah jurus jawapan yang terpaksa mereka berikan. Jadi secara

    tidak langsung, ianya akan membuatkan mereka terpaksa mendapatkan

    jawapan bagi permohonan anda itu secepat mungkin.

    Selalu terjadi dek kerana terlalu marah kerana jawapan kelulusan tidak anda

    ketahui dalam masa yang singkat (iaitu kurang dari seminggu), maka kata-kata

    ugutan seperti nanti saya akan adukan kepada pihak atasan anda tatkala

    jawapan permohonan tidak diperolehi dengan cepat dan ayat-ayat sebeginilah

    sebenarnya yang akan menyukarkan lagi permohonan anda untuk diluluskan.

    Kenapa pula ianya boleh jadi begitu?

    Untuk pengetahuan anda, memandangkan mereka (pihak bank) telah

    mengambil tempoh masa yang lama untuk meluluskan pinjaman anda dan

    ditambah lagi dengan ugutan dari pihak anda, maka kebiasaannya mereka

    akan cuba mencari alasan untuk menolak permohonan anda kerana hanya

    dengan cara itu sahajalah mereka mampu untuk menyelamatkan diri mereka

    dari tindakan pihak atasan di atas kelewatan mereka memproses dan meluluskan

    pinjaman anda.

    AE : Sedekahkan pujian dan kata simpati kepada pegawai Bank yang

    memproses permohonan anda bagi menunjukkan keprihatinan anda

    terhadap mereka

  • TIPS MUDAH LULUS PINJAMAN

    oleh Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi 32

    Nah, anda sudah temui rahsia dan jawapan kepada persoalan bagaimana

    saya masih boleh mendapat pinjaman dari bank walaupun rumah saya

    sudah melebihi 10 buah dan telah saya ungkapkan sebelum ini, segala-

    galanya bergantung kepada kreativiti dan pengetahuan asas tentang proses

    pinjaman dan menerusi tips-tips yang saya telah ketengahkan, ianya tidaklah

    sesukar yang anda fikirkan dan dari apa yang telah saya alami selama 13

    tahun berkecimpung di dalam pelaburan hartanah, ianya bukanlah sesuatu

    yang mustahil untuk dicapai. Apa yang perlu anda lakukan dari sekarang ialah

    ikuti dan amalkan tips-tips yang telah saya berikan di dalam ebook ini dan

    nantikan hasilnya.

    Walaubagaimanapun suka saya nak ingatkan sekali lagi bahawa tips-tips tersebut

    tidak akan bermakna selagi anda tidak menjaga dan mengawal hutang-hutang

    yang telah pun anda miliki sekarang. Pastikan yang Laporan CCRIS anda bebas

    dari turutan angka 2, 3 dan seterusnya kerana ianya cukup untuk menjadi

    alasan bagi pihak bank untuk menolak permohonan anda.

    Ingat, tiada yang mustahil dalam dunia ini, apa yang penting ialah sedikit

    kreativiti dan pengetahuan perihal pinjaman bank untuk anda mencapai

    matlamat yang anda impikan.

    PENUTUP