JOURNAL-1-Minggu Pertama Di Sjkt

2
Minggu Ke-1 (2 Februari – 6 Februari 2015) Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : : : : Ke-1 Pertama 2 Februari 2015 – 6 Februari 2015 Minggu Pertama di SJK (T) BBST Pada hari pertama, saya sebagai guru praktikum melapor diri kepada Guru Besar SJK(T) BBST. Saya menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Guru besar memberi maklumat berkaitan pelbagai perkara tentang sekolah, termasuklah : - sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah; - struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan; - latar belakang murid dan masyarakat setempat; - tugas dan tanggungjawab murid di sekolah; - pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan. Kemudian, saya meneruskan hari pertama saya dengan menghadirkan diri di perhimpunan mingguan sekolah. Beberapa peringatan dan maklumat disampaikan kepada murid-murid pada perhimpunan berkenaan. Seterusnya, saya membuat perbincangan bersama guru pembimbing saya iaitu Puan Yoges berkenaan rancangan pengajaran tahunan, proses pengajaran dan pembelajaran, rancangan aktiviti kokurikulum dan rancangan projek yang ingin dijalankan. Puan Yoges banyak memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sebagai seorang guru baru untuk melangkah ke alam perguruan. 1 PERISTIWA

description

Journal_1

Transcript of JOURNAL-1-Minggu Pertama Di Sjkt

Page 1: JOURNAL-1-Minggu Pertama Di Sjkt

Minggu Ke-1 (2 Februari – 6 Februari 2015)

Bilangan Jurnal

Minggu Praktikum

Tarikh Peristiwa / Kejadian

Tajuk Jurnal

:

:

:

:

Ke-1

Pertama

2 Februari 2015 – 6 Februari 2015

Minggu Pertama di SJK (T) BBST

Pada hari pertama, saya sebagai guru praktikum melapor diri

kepada Guru Besar SJK(T) BBST. Saya menyerahkan Surat Pengenalan Diri

kepada beliau. Guru besar memberi maklumat berkaitan pelbagai perkara

tentang sekolah, termasuklah :

- sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah;

- struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru

penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru

darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan;

- latar belakang murid dan masyarakat setempat;

- tugas dan tanggungjawab murid di sekolah;

- pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang

berkaitan.

Kemudian, saya meneruskan hari pertama saya dengan menghadirkan

diri di perhimpunan mingguan sekolah. Beberapa peringatan dan maklumat

disampaikan kepada murid-murid pada perhimpunan berkenaan. Seterusnya,

saya membuat perbincangan bersama guru pembimbing saya iaitu Puan Yoges

berkenaan rancangan pengajaran tahunan, proses pengajaran dan

pembelajaran, rancangan aktiviti kokurikulum dan rancangan projek yang ingin

dijalankan. Puan Yoges banyak memberikan sokongan dan dorongan kepada

saya sebagai seorang guru baru untuk melangkah ke alam perguruan. Saya

sangat terharu dengan penerimaan awal semua warga sekolah ini yang sangat

1

PERISTIWA

Page 2: JOURNAL-1-Minggu Pertama Di Sjkt

Minggu Ke-1 (2 Februari – 6 Februari 2015)

mesra dan baik. Kemesraan yang wujud membuatkan saya tidak kekok untuk

bergaul dengan semua warga sekolah ini.

Pada hari ketiga saya menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan bagi

subjek Matematik. Guru pembimbing memberitahu kepada saya bahawa akan

agih 6 waktu bagi subjek Matematik tahun 3 dan 2 waktu bagi Pendidikan

Jasmani Tahun 4. Saya tidak menghadapi banyak masalah dalam penyediaan

Rancangan Pengajaran Tahunan tersebut kerana telah didedahkan dengan cara

penulisan rancangan pengajaran ketika di institut.

Pada hari ke-4 saya mula mencari maklumat berkenaan sekolah untuk

menyiapkan portfolio. Hampir 90% dapat disiapkan. Buku rekod juga disediakan

dan dikemaskinikan. Pada hari kelima, saya membuat rancangan mingguan,

rancangan pengajaran harian dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran

yang akan saya gunakan dalam minggu kedua.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

2