JSPK pengurusan kerjaya

2
7/23/2019 JSPK pengurusan kerjaya http://slidepdf.com/reader/full/jspk-pengurusan-kerjaya 1/2  127 LAMPIRAN  JAWAPAN SOALAN PENILAIAN KENDIRI BAB 1 1. Kerjaya adalah satu bidang yang berkait rapat dengan kehidupan seseorang. Ia bukan sahaja meliputi kerja yang dilakukan tetapi juga melibatkan tugas dan aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan sepanjang hidup. Kerjaya bukan sahaja boleh dirancang malah perlu dirancang dan diuruskan dengan baik agar menepati kehendak dan keperluan seseorang. Proses perancangan kerjaya sebenarnya bermula dari tahap seseorang itu belajar lagi sehinggalah menceburi sesuatu bidang pekerjaan. Ini bermakna bidang yang dipilih perlulah besesuaian dengan kebolehan, minat dan tahap pendidikan yang diterima. Misalnya seseorang yang berminat untuk menjadi seorang jurutera perlu mengikuti pengajian dalam bidang teknikal dan kejuruteraan untuk membolehkannya menceburi bidang tersebut. Begitu juga dengan kemahiran-kemahiran dan pengalaman yang dikumpul perlulah boleh membantu individu terbabit meningkatkan kerjayanya sebagai seorang jurutera.  Aspek pemilihan kerjaya juga penting agar kerjaya yang diceburi tidak memberi tekanan kepada kita malah membolehkan kita menggunakan potensi diri semaksimum mungkin. Ini penting agar kita tidak memilih kerjaya yang salah dan terperangkap dengan kerja tersebut. Jika ini berlaku maka produktiviti pekerja akan jatuh dan ia bukan sahaja merugikan organisasi malah juga membazirkan potensi individu. Oleh itu, cara yang boleh diambil untuk memilih kerjaya yang bertepatan dengan diri kita ialah dengan memilih bidang pendidikan yang bersesuaian, membangunkan ciri-ciri dan potensi diri sebaik mungkin, memperlengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang bersesuaian, menjalin hubungan yang baik dengan pihak-pihak yang berkaitan dan seterusnya sentiasa memajukan diri dari semasa ke semasa walaupun telah mencapai satu tahap kerjaya yang stabil. 2. Kerjaya dapat meningkatkan status seseorang kerana ia mewujudkan satu perasaan diperlukan dan rasa berguna dari segi psikologi lebih-lebih lagi jika jawatan yang disandang adalah jawatan yang penting dan pada hirarki yang tinggi. Lazimnya individu yang bekerja dianggap lebih penting dan berguna

Transcript of JSPK pengurusan kerjaya

Page 1: JSPK pengurusan kerjaya

7/23/2019 JSPK pengurusan kerjaya

http://slidepdf.com/reader/full/jspk-pengurusan-kerjaya 1/2

 

127

LAMP IRAN

 JAWAPAN SOALAN PENILAIAN KENDIRI

BAB 1

1.  Kerjaya adalah satu bidang yang berkait rapat dengan kehidupanseseorang. Ia bukan sahaja meliputi kerja yang dilakukan tetapijuga melibatkan tugas dan aktiviti-aktiviti lain yang dilakukansepanjang hidup. Kerjaya bukan sahaja boleh dirancang malahperlu dirancang dan diuruskan dengan baik agar menepatikehendak dan keperluan seseorang.

Proses perancangan kerjaya sebenarnya bermula dari tahapseseorang itu belajar lagi sehinggalah menceburi sesuatu bidang

pekerjaan. Ini bermakna bidang yang dipilih perlulah besesuaiandengan kebolehan, minat dan tahap pendidikan yang diterima.Misalnya seseorang yang berminat untuk menjadi seorangjurutera perlu mengikuti pengajian dalam bidang teknikal dankejuruteraan untuk membolehkannya menceburi bidang tersebut.Begitu juga dengan kemahiran-kemahiran dan pengalaman yangdikumpul perlulah boleh membantu individu terbabitmeningkatkan kerjayanya sebagai seorang jurutera.

 Aspek pemilihan kerjaya juga penting agar kerjaya yang diceburitidak memberi tekanan kepada kita malah membolehkan kitamenggunakan potensi diri semaksimum mungkin. Ini penting

agar kita tidak memilih kerjaya yang salah dan terperangkapdengan kerja tersebut. Jika ini berlaku maka produktiviti pekerjaakan jatuh dan ia bukan sahaja merugikan organisasi malah jugamembazirkan potensi individu. Oleh itu, cara yang boleh diambiluntuk memilih kerjaya yang bertepatan dengan diri kita ialahdengan memilih bidang pendidikan yang bersesuaian,membangunkan ciri-ciri dan potensi diri sebaik mungkin,memperlengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yangbersesuaian, menjalin hubungan yang baik dengan pihak-pihakyang berkaitan dan seterusnya sentiasa memajukan diri darisemasa ke semasa walaupun telah mencapai satu tahap kerjayayang stabil.

2.  Kerjaya dapat meningkatkan status seseorang kerana iamewujudkan satu perasaan diperlukan dan rasa berguna dari segipsikologi lebih-lebih lagi jika jawatan yang disandang adalahjawatan yang penting dan pada hirarki yang tinggi. Lazimnyaindividu yang bekerja dianggap lebih penting dan berguna

Page 2: JSPK pengurusan kerjaya

7/23/2019 JSPK pengurusan kerjaya

http://slidepdf.com/reader/full/jspk-pengurusan-kerjaya 2/2

 

128

daripada penganggur kerana mereka menghasilkan sesuatu untukkegunaan dan keperluan masyarakat. Jadi mereka lebih dihormatidan kewujudan mereka lebih diiktiraf berbanding dengan

individu yang tidak bekerja.

3. 

Sebelum abad ke-20 aspek pemilihan dan perancangan kerjayatidak wujud. Individu pada waktu tersebut lazimnya menceburisesuatu pekerjaan kerana mewarisi pekerjaan nenek moyangmereka atau kerana hanya itu peluang yang terbuka untukmereka. Walaupun tidak meminati bidang atau kerja tersebut,mereka tetap melakukannya untuk memenuhi keperluan hidup.

 Walau bagaimanapun senario ini berubah menjelang abad ke-20selaras dengan perubahan semasa khususnya dari segi ekonomiyang melanda dunia. Revolusi Industri yang berlaku secara besar-besaran telah mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada

individu dan membuka minda mereka tentang pemilihan kerjayayang bertepatan dengan minat, kebolehan dan pengalamanmasing-masing.

Dengan kata lain selepas abad ke-20 pemilihan kerjaya secaratradisional atau keturunan sudah berubah. Individu tidak lagimenuruti sahaja pekerjaan yang dilakukan oleh ibu-bapa ataunenek moyang mereka tetapi mereka kini mempunyai peluangyang lebih luas untuk memilih kerjaya yang diminati ataubersesuaian dengan kebolehan masing-masing. Ini bererti peluanguntuk mengembangkan kerjaya adalah lebih cerah kerana minatyang mendalam terhadap sesuatu akan mendorong individu

membangunkan potensi diri mereka untuk mencapai kepuasan. Tambahan pula pada waktu itu telah wujud badan-badan yangbertanggungjawab membantu dan membimbing individu memilihsesuatu bidang yang bersesuaian dengan mereka.