Jual Beli - Riba

6
February 20, 2012 [RIBA (FAEDAH) MUALAMAT] RIBA Takrif Berlebihan atau tambahan atau tidak sama timbangan, sukatan atau masa berlaku pertukaran bahan-bahan jenis tertentu. Dalam istilah syarak, riba mengandungi 3 bentuk takrif: Hutang iaitu bayaran lebih daripada pokok mengikut perjanjian yang telah disyaratkan. Jual beli riba iaitu akad ke atas pertukaran tertentu yang tidak diketahui persamaan pada timbangan atau sukatan yang diakui oleh Syarak Pertukaran mata wang dan bahan-bahan jenis ribawi seperti menangguhkan penyerahan salah satu bahan yang ditukarkan atau dijual beli. Jenis riba Riba hutang piutang riba Riba jual beli Riba hutang piutang Riba nasiah / riba yad Riba fadhl Riba jahiliyah Riba Qardh

Transcript of Jual Beli - Riba

Page 1: Jual Beli - Riba

February 20, 2012 [ ]

RIBATakrif

Berlebihan atau tambahan atau tidak sama timbangan, sukatan atau masa berlaku pertukaran bahan-bahan jenis tertentu.

Dalam istilah syarak, riba mengandungi 3 bentuk takrif:

Hutang iaitu bayaran lebih daripada pokok mengikut perjanjian yang telah disyaratkan. Jual beli riba iaitu akad ke atas pertukaran tertentu yang tidak diketahui persamaan pada

timbangan atau sukatan yang diakui oleh Syarak Pertukaran mata wang dan bahan-bahan jenis ribawi seperti menangguhkan penyerahan salah satu

bahan yang ditukarkan atau dijual beli.

Jenis riba

Riba hutang piutang

القرد sesuatu faedah untuk tuan punya hutang yang diisyaratkan ke atas hutang piutang : رباءyang diberi kepada si berhutang

جهيلية bayaran yang lebih daripada hutang asal atau pokok yang dikenakan ke atas si : رباءberhutang kerana tidak membayar hutangnya dalam tempoh yang ditetapkan.

Riba jual beli

الفضل pertambahan atau perbezaan kuantiti dalam pertukaran atau jual beli barang-barang :رباءyang sama sejenis dari kumpulan barang-barang jenis ribawi.

اليد رباء أو نسيئة penangguhan penyerahan atau penerimaan barang pertukaran bahan ribawi :رباءsesama jenis iaitu penyerahan barang pertukaran daripada salah satu pihak pada masa lain.

riba

Riba jual beliRiba hutang piutang

Riba nasiah / riba yad

Riba fadhlRiba jahiliyahRiba Qardh

Page 2: Jual Beli - Riba

February 20, 2012 [ ]

Hukum

HaramSesiapa yang terlibat dengan amalan riba berdosa besar.

Sebarang muamalat, jual beli atau perniagaan yang disertai dengan riba adalah tidak sah. Riba boleh berlaku dalam hutang piutang, jual beli dan pertukaran mata wang.

Hukum riba dalam hutang-piutang

Sebarang manfaat material untuk tuan punya hutang yang dikenakan ke atas orang yang berhutang sebagai lebihan daripada jumlah hutnag yang wajib dibayar adalah riba seperti sabda rasulullah SAW yang bermaksud:“setiap hutang yang membawa mandaat (material) kepada tuan punya hutang adalah riba”.

Riba ini dinamakan riba qardh

Faedah (bayaran lebih) juga termasuk dalam kumpulan riba hutang piutang. Ini yang dikenakan ke atas orang yang berhutang berdasarkan kepada tempoh masa penangguhan

bagi membayar hutang berkenaan, umpamanya 10% setahun daripada jumlah hutang dan ditambah lagi sekiranya hutang itu tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.

Riba ini ialah riba jahiliyah dan hukumnya adalah haram.

Hukum riba dalam jual beli

Para ulamak bersependapat : jual beli yang tidak sama timbangan/ sukatan barang-barang berikut jadi riba fadhl maka hukumnya haram:

Emas dengan emas Perak dengan perak Gandum dengan gandum Sekoi dengan sekoi Buah tamar dengan buah tamar Garam dengan garam

Mengikut Mazhab Syafiee, bahan-bahan ribawi ialah: Mata wang: emas dan perak tanpa dikira samada bahan-bahan itu berbentuk wang

seperti dinar dan dirham atau barang-barang kemas dan seumpamanya.Wang kertas juga adalah bahan ribawi

Bahan makanan : yang sesuai seperti beras, gandum, jagung dan seumpamanya’ atau yang bukan asasi seperti daging, buah-buahan, garam dan lain-lain

Jual beli bahan-bahan ribawi yang ditangguh penyerahannya oleh satu pihak (pembeli atau penjual) ke satu masa yang lain jadi riba nasiah.Hukumnya haram.

Jual beli yang boleh berlaku:

Page 3: Jual Beli - Riba

February 20, 2012 [ ]

Jual beli antara bahan-bahan ribawi yang sama jenis Contohnya : emas dengan emas, beras dengan beras. Hendaklah memenuhi syarat-syarat sama timbangan/sukatan Serah menyerah dalam satu masa.

Jual beli antara bahan-bahan ribawi yang berlainan jenis Contohnya: emas denagn perak, beras dengan gula Tanpa sama timbangan/sukatan Hendaklah dalam satu masa yang sama.

Jual beli antara bahan-bahan ribawi yang berlainan asas Contohnya: beras dengan emas, gandum dengan perak Tanpa sama timbangan atau sukatan Tanpa serah menyerah pada satu masa yang sama

Jual beli bahan-bahan ribawi dengan bahan bahan bukan ribawi Tidak disyaratkan persamaan dan serah menyerah pada suatu masa yang sama.

Jual beli bahan-bahan yang bukan ribawi dengan yang sejenis dengannya. Tanpa persamaan Tanpa serah menyerah dalam satu masa yang sama Contohnya : Menjual seekor lembu dengan dua ekor lembu secara tangguh.

Menjual sesuatu barang kepada seseorang kemudian si penjual membeli balik barang itu daripada pembeli dengan harga yang lebih daripada harga jualan pertama atau kurang daripadanya.

Membeli mata wang yang berlainan jenis logam dan berlainan Negara dengan berlainan harga. Contohnya menjual Riyal Emas Saudi dengan Riyal Perak Saudi dan Ringgit Emas Malaysia

dengan Riyal Perak Saudi dengan syarat dilakukan serah menyerah dalam satu masa yang sama untuk mengelak daripada riba nasiah.

Jual beli matawang yang sama sejenis dengan harga yang lebih atau kurang

Tidak boleh dilakukan kerana tidak sama bilangan/ kiraan Contohnya: $100 Malaysia ditukar dengan $90 malaysia sahaja atau dengan ditangguh

penyerahan daripada satu pihak.

Pendapat ulamak mengenai tempoh masa serah menyerah dalam jual beli bahan ribawi & pertukaran mata wang

Syafie dan Abu Hanifah Sah serah menyerah selama masa kedua-dua belah pihak daripada penjual dan pembeli

berada dalam majlis akad Imam Malik

Page 4: Jual Beli - Riba

February 20, 2012 [ ]

Dikehendaki serah menyerah daripada kedua-dua belah pihak dengan serta merta. Oleh yang demikian, sekiranya berlaku kelewatan menyerah daripada salah satu pihak pada ketika pihak yang satu lagi menyerah barang atau wang yang ditukar itu kepadanya maka pertukaran itu tidak sah walaupun kedua-dua mereka masih berada dalam majlis akad.

Jual beli yang tidak sah

Menjual daging dengan daging yang tidak sama timbangan dan tidak serah menyerah pada satu masa yang sama walaupun daging-daging itu daripada berlainan jenis haiwan kerana daging adalah bahan makanan maka ia adalah bahan ribawi.

Menjual daging dengan binatang yang masih hidup sekalipun berlainan jenis kerana tegahan Rasulullah SAW daripada menjual binatang dengan daging.

Bukan riba

Orang yang berhutang itu memberi sumbangan wang dan sebagainya kepada tuan punya hutang semasa membayar hutangnya sebagai seguhati tanpa sebarang janji atau syarat daripadanya, maka sumbangan tersebut tidak dianggap riba

Ianya halal dan termasuk dalam konsep al-Qardh al-Hasan.( الحسن (القرض