Jualan Langsung Secara Berperingkat Menurut Perspektif Islam

10
JUALAN LANGSUNG SECARA BERPERINGKAT DARI PERSPEKTIF ISLAM 1.0 Pengenalan Dalam era globalisasi kini, terdapat pelbagai jenis pasaran yang muncul akibat daripada percambahan idea-idea yang luar biasa hasil daripada kegunaan teknologi moden seperti telefon pintar dan kewujudan internet yang membolehkan para pengguna mengakses maklumat di mana-mana sahaja mereka berada. Maklumat yang diperoleh daripada internet itu bukan sahaja tidak terbatas oleh sempadan negara dan waktu, malahan ia boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Disebabkan oleh arus kemodenan teknologi in, ia telah memberi banyak impak di dalam bidang ekonomi dan perniagaan di dalam sesebuah negara dengan kewujudan pelbagai jenis dan teknik perniagaan moden yang memperlihatkan kematangan industri ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, teknik perniagaan jualan langsung secara berperingkat ataupun MLM tidak terkecuali daripada menjadi salah satu teknik yang mendapat perhatian orang ramai kerana sifatnya yang dapat meraih keuntungan dengan hebat. Perniagaan jualan langsung secara berperingkat ini merupakan salah satu daripada teknik ataupun pelan pemasaran perniagaan jualan langsung. Secara asasnya, terdapat tiga jenis teknik dan pelan pemasaran perniagaan jualan langsung, iaitu Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing Plan/MLM), Pelan Pemasaran Satu Tingkat (Single-Level Marketing Plan), dan Jualan Melalui Pesanan Pos (Mail Order). Perniagaan MLM merupakan pilihan yang paling digemari oleh masyarakat kerana pelan pemasaran tersebut, di samping, memberi banyak keuntungan kepada orang yang menggunakannya, ia juga dapat melatih seseorang itu untuk menjual barang dengan lebih yakin dan pelan ini 1

description

muamalat

Transcript of Jualan Langsung Secara Berperingkat Menurut Perspektif Islam

JUALAN LANGSUNG SECARA BERPERINGKAT DARI PERSPEKTIF ISLAM

1.0 Pengenalan

Dalam era globalisasi kini, terdapat pelbagai jenis pasaran yang muncul akibat daripada percambahan idea-idea yang luar biasa hasil daripada kegunaan teknologi moden seperti telefon pintar dan kewujudan internet yang membolehkan para pengguna mengakses maklumat di mana-mana sahaja mereka berada. Maklumat yang diperoleh daripada internet itu bukan sahaja tidak terbatas oleh sempadan negara dan waktu, malahan ia boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Disebabkan oleh arus kemodenan teknologi in, ia telah memberi banyak impak di dalam bidang ekonomi dan perniagaan di dalam sesebuah negara dengan kewujudan pelbagai jenis dan teknik perniagaan moden yang memperlihatkan kematangan industri ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, teknik perniagaan jualan langsung secara berperingkat ataupun MLM tidak terkecuali daripada menjadi salah satu teknik yang mendapat perhatian orang ramai kerana sifatnya yang dapat meraih keuntungan dengan hebat.

Perniagaan jualan langsung secara berperingkat ini merupakan salah satu daripada teknik ataupun pelan pemasaran perniagaan jualan langsung. Secara asasnya, terdapat tiga jenis teknik dan pelan pemasaran perniagaan jualan langsung, iaitu Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing Plan/MLM), Pelan Pemasaran Satu Tingkat (Single-Level Marketing Plan), dan Jualan Melalui Pesanan Pos (Mail Order). Perniagaan MLM merupakan pilihan yang paling digemari oleh masyarakat kerana pelan pemasaran tersebut, di samping, memberi banyak keuntungan kepada orang yang menggunakannya, ia juga dapat melatih seseorang itu untuk menjual barang dengan lebih yakin dan pelan ini juga lebih mudah daripada kedua-dua jenis pelan pemasaran yang lain.

Teknik pemasaran MLM ini bukan sahaja memberi keuntungan kepada seseorang individu yang menggunakannya, bahkan ia juga menguntungkan ekonomi sesebuah negara. Hal ini dapat dilihat apabila melalui MLM ini, seseorang dapat menambah pendapatannya kerana terdapat orang ramai yang menggunakan MLM ini sebagai sumber pendapatan kedua untuk menampung pendapatannya yang sedia ada yang tidak mencukupi dan dengan cara ini juga, ia dapat meningkatkan taraf hidup seseorang itu.

Kesimpulannya, disebabkan teknik pemasaran ini yang masih hijau di dalam negara Malaysia, terdapat banyak masalah yang timbul berhubung status MLM terutamanya, statusnya daripada perspektif syarak. Melalui artikel ini, saya akan menjelaskan mengenai definisi MLM serta faktor-faktor yang mengharamkannya. Di samping itu, saya juga akan menjelaskan beberapa cara untuk mengubah sesuatu MLM itu supaya mengikut piawaian syarak. Perbincangan ini hanya membincangkan faktor-faktor dan cara-cara yang penting sahaja.

2.0 Definisi

Jualan langsung secara berperingkat ialah satu sistem jualan atau pemasaran yang digunakan oleh sesebuah syarikat sebagai teknik pemasaran mereka. Melalui MLM ini, syarikat tersebut akan mengambil atau melantik individu sebagai ahli untuk menjual barangan atau perkhidmatan syarikat mereka. Ahli yang dilantik akan dikenakan sedikit bayaran untuk menjadi ahli kepada syarikat tersebut. Ahli-ahli tersebut akan melantik individu-individu lain bagi membentuk rangkaian di bawahnya ataupun disebut sebagai downline untuk menjual barangan atau perkhidmatan syarikat. Proses pengambilan ahli baru akan diteruskan oleh ahli-ahli dibawahnya. Setiap ahli akan mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi daripada jualan peribadi dan jualan ahli-ahli di bawah rangkaiannya.

Selain itu, MLM ini didefinisikan juga sebagai satu sistem di mana syarikat tersebut menjual produk-produknya secara langsung kepada ahli-ahli yang sudah mendaftarkan diri dengan syarikat tersebut. Di samping itu, syarikat itu juga memberikan peluang kepada setiap ahli yang berdafar untuk menjadi agen jualan barangan mereka. Melalui cara ini, seorang ahli mempunyai dua peranan iaitu, sebagai konsumer, orang yang membeli produk syarikat tersebut dan agen jualan yang menjual dan memasarkan produk-produk syarikat di pasaran.

Sistem pemasaran atau jualan ini terjadi apabila setiap konsumer berperanan sebagai orang yang memasarkan produk-produk syarikat tersebut di pasaran. Di dalam sistem ini terdapat orang yang mengambil orang lain untuk menjadi ahli di bawahnya yang dipanggil sebagai upline dan orang yang menjadi orang bawahannya dipanggil downline. Orang kedua yang dikenali sebagai downline ini juga kemudian akan menjadi upline apabila mereka berjaya mengambil ahli-ahli baru untuk menjadi orang di bawahnya. Sistem ini akan berterusan seperti berikut dan di dalam industri ini, seorang upline akan mendapat manfaat dalam bentuk bonus melalui jualan hasil daripada dirinya dan ahli-ahli di bawahnya.

Kesimpulannya, sistem jualan langsung secara berperingkat ini adalah satu sistem di mana ia berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak peringkat dan tingkatan yang membezakannya dengan teknik pemasaran yang lain.

3.0 Hukum Jualan Langsung Secara Berperingkat (MLM) Dalam Islam

Setiap perkara yang terjadi di atas muka bumi ini adalah mengikut kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran. Al-Quran merupakan panduan umat Islam dalam menjalani urusan-urusan kehidupan dan di dalamnya juga terdapat hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam sesuatu perkara. Oleh itu, muamalat yang merupakan salah satu cabang daripada fikh Islam telah diperuntukkan di dalam Al-Quran.

Pada asasnya, setiap urusan muamalat adalah harus selagi tidak terdapat faktor-faktor yang mengharamkannya. Hal ini demikian kerana berdasarkan dalil yang terdapat di dalam Al-Quran, keharusan di dalam muamalat ini dinyatakan dalam firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi. (Al-Baqarah : 29)

Berdasarkan kepada ayat di atas, wujudnya prinsip hukum asal bagi sesuatu perkara itu adalah harus. Oleh itu, berteraskan kepada prinsip ini juga, bolehlah dikatakan bahawa jualan langsung secara berperingkat yang baru wujud pada zaman moden ini adalah harus jika tidak terdapat perkara-perkara yang mengharamkannya.

Kesimpulannya, pelbagai pendapat telah diberikan oleh para ulama dan terdapat perbezaan antara pandangan tersebut mengenai jualan langsung secara berperingkat ini. Berbalik kepada hukum asal yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran, MLM ini tidak haram untuk digunakan sebagai teknik pemasaran selagi teknik tersebut tidak bercampur dengan unsur-unsur yang haram dan bercanggah dengan syariat Islam. Jika terdapat unsur-unsur haram tersebut, maka haramlah sesuatu perniagaan MLM itu.

4.0 Faktor-Faktor Pengharaman MLM dalam Islam

Seperti yang telah diketahui di dalam bahagian hukum MLM di atas, tidak menjadi haram sesuatu perkara itu melainkan dengan adanya unsur-unsur yang mengharamkannya, oleh itu, jika tiada unsur-unsur tersebut, hukum terhadap MLM itu adalah harus seperti asal. Walau bagaimanapun, MLM yang dipraktikkan di dalam pasaran tempatan pada masa kini, terdapat beberapa unsur yang mengharamkannya untuk digunakan berdasarkan kepada syariat Islam.

Pertama sekali ialah unsur perjuadian. Perjudian yang terdapat di dalam MLM ini boleh digambarkan seperti di dalam permainan judi, di mana, di dalam satu permainan yang mempunyai empat orang pemain, para pemain mempertaruhkan sejumlah wang tertentu seperti setiap penjudi mempertaruhkan wangnya, RM 10. Selepas pengagihan daun terup dan kiraan mata dikumpulkan, maka penjudi pertama yang dapat mencapai kiraan mata yang telah ditetapkan akan mengambil kesemua wang yang dipertaruhkan.

Oleh itu, disini dapat dilihat bahawa jika seseorang ahli kepada syarikat MLM itu menjualkan produknya kepada seseorang, niatnya bukan kerana ingin memanfaatkan atau memakai produk tersebut tetapi dia membelinya untuk mendapatkan poin-poin yang telah ditetapkan supaya mendapat pulangan yang dingini terlebih dahulu.

Konsep inilah yang diamalkan di dalam sebahagian MLM bagi memberi bonus yang tinggi kepada orang yang mencapai point tertinggi atau jualan tertinggi di dalam sesuatu peringkat. Selain itu, bonus yang digunakan di dalam teknik pemasaran ini juga dapat dilihat bertentangan dengan syarak kerana si penjual pertama dan si penjual kedua dinafikan haknya kerana mereka tidak dapat mencapai nilai yang perlu dicapai untuk mendapatkan kembali pulangan mereka sedangkan konsep keuntungan di dalam muamalat Islam telah disebut di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286 yang bermaksud setiap yang berusaha berhak mendapat hasil yang diusahakan.

Kedua ialah riba. Riba ialah pengambilan tambahan dalam transaksi pinjam meminjam. Selain itu, ia juga ditakrifkan sebagai tambahan dalam transaksi jual beli yang dilakukan secara batil. Di dalam urusan muamalat. Allah telah menegaskan pengharaman riba di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 275, yang bermaksud, Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Di dalam MLM, riba berlaku apabila terdapat fixed return atau janji kemasukan tetap. Sebagai contoh, setiap ahli yang menyertai rangkaian MLM mestilah membayar yuran sebanyak RM 50. Setelah ia menjadi ahli dengan pembayaran yuran tadi, maka ia berhak mendapat RM 5 setiap bulan sebagaimana yang dijanjikan oleh syarikat, di samping keuntungan jualan atau keuntungan melalui poin pembelian atau jualan produk MLM tersebut. Fixed return tersebut jelasnya adalah riba yang telah mencemarkan keharusan sistem MLM dan jelas sekali bahawa ia diadakan untuk menarik minat orang ramai menyertai rangkaian MLM tersebut.

Akhir sekali ialah terdapat unsur pembaziran dan penindasan. Pembelian dalam kuantiti yang banyak tanpa justifikasi yang wajar semata-mata untuk mendapatkan bonus yang ditawarkan tanpa mempunyai strategi pemasaran yang sewajarnya. Pembelian produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah berlandaskan kepada keperluan kepenggunaan sebenar dan/atau keupayaan untuk menjual produk tersebut.

Bagi sesetengah sistem MLM, ia mensyaratkan jumlah jualan tertentu bagi mendapatkan keuntungan. Ahli-ahli yang tidak mencapai jualan target akan ditarik bahagian keuntungannya dan pihak syarikat akan memberikan kepada orang yang mencapai jualan target. Oleh itu, berdasarkan cara ini, MLM mengandungi penindasan yang menjadi punca haram kerana konsep dalam bermuamalat dalam Islam adalah setiap seseorang berhak mendapat apa yang diusahakan tetapi di dalam MLM terjadi sebaliknya.

5.0 Cara-cara Menghalalkan Jualan Langsung Secara Berperingkat

Antara faktor yang menjadikan sesuatu MLM itu haram adalah dengan kewujudan penipuan, riba, penindasan, pembaziran, syubhah dan gharar. Setiap transaksi yang dilakukan di dalam muamalat islam hendaklah bebas daripada perkara-perkara yang melibatkan riba, penindasan dan gharar. Jika terdapat elemen-elemen tersebut di dalam sesuatu transaksi, transaksi tersebut adalah bertentangan dengan syarak. Oleh itu, setiap muslim yang terlibat dalam sesuatu kontrak perniagaan hendaklah berhati-hati ketika melakukan suatu transaksi kerana dengan kewujudan beberapa elemen tersebut, kontrak perniagaan tersebut akan menjadi haram dan bertentangan dengan syariat islam.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan elemen-elemen yang mengharamkan MLM daripada berlaku di dalam transaksi seharian. Pertama sekali, sistem MLM yang beroperasi seperti konsep perjudian itu dapat dibersihkan dengan pelbagai cara, antaranya adalah dengan pembahagian bonus yang bersumberkan keuntungan syarikat. Keuntungan yang diperoleh syarikat bolehlah dibahagikan antara penjual produk MLM berpandukan kepada unit yang berjaya dijual. Walaupun perkara ini bertentangan dengan sistem MLM yang sering diuar-uarkan memberi keuntungan yang banyak kepada ahli-ahlinya kerana jumlah bonus penjual yang tertinggi akan menjadi lebih rending berbanding bonus yang berkonsepkan kepada perjudian tersebut tetapi ia bersifat adil untuk semua pihak.

Kemudian, antara cara lain yang boleh digunakan ialah pengagihan keuntungan berdasarkan kepada mata penggunaan yang berkonsepkan kepada mudharabah, di mana setiap ahli yang membeli adalah mudharib (pemberi modal) yang berhak mendapat peratusan keuntungan daripada syarikat MLM dalam tempoh setahun, sebagai contoh. Cara ini dapat membersihkan riba yang selama ini menjadi tunjang kepada MLM ini dan boleh menarik lebih ramai lagi, orang-orang islam untuk menjadi ahli kepada sistem ini.

Akhir sekali ialah syubhah dan gharar. Dalam konteks perniagaan jualan langsung yang berteraskan multi-level marketing, syarikat hendaklah memastikan bahawa pelan pemasarannya adalah bebas daripada perkara yang tidak jelas atau syubhah. Perkara gharar dan syubhah ini hendaklah dielakkan di dalam setiap aspek perniagaan tersebut meliputi pelan pemasaran, pemberian insentif, barang dan perkhidmatan serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya bagi memastikan perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi prinsip-prinsip syariah yang telah digariskan oleh Islam.6.0 Penutup

Berdasarkan kepada perbincangan di atas yang telah dibuat terhadap sistem jualan langsung secara berperingkat ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa hukum yang mendasari sesuatu urusan muamalat itu adalah harus pada asalnya dan menjadi haram apabila terdapat faktor-faktor yang mengharamkannya seperti perjudian, riba, penindasan, kezaliman, syubhah dan gharar. Orang-orang Islam yang terlibat dengan sesuatu sistem MLM ini seharusnya berhati-hati apabila menyertainya kerana dengan penglibatan di dalam perniagaan yang diharamkan, pendapatan yang telah diperolehi juga menjadi haram dan ia akan memberi kesan kepada kehidupan seseorang muslim itu, sama ada hubungannya sesama manusia, mahupun hubungannya sesame tuhan. Oleh itu, agama Islam ini merupakan agama yang mudah dan dengan berlakunya sedikit perubahan terhadap sistem MLM ini, ia dapat digunakan oleh orang Islam.

7