Judi DAN cetak rompak

10
Berjudi

Transcript of Judi DAN cetak rompak

Page 1: Judi DAN cetak rompak

Berjudi

Page 2: Judi DAN cetak rompak

Bermain permainan yang memberi peluang

untuk mendapatkan duit atau pertaruhan

Definisi berjudi

Page 3: Judi DAN cetak rompak

PUNCA BERJUDI

• Berjudi sekadar untuk hiburan namun ia

bertukar menjadi perangai yang tidak

dapat dikawal

Page 4: Judi DAN cetak rompak

KESAN BERJUDI

• Apabila kalah dalam pertaruhan, pemain judi akan cuba menebusnya

dengan berbohong kepada ibu-bapa, pasangan dan mereka juga

sanggup melakukan aktiviti haram untuk mengganti wang pertaruhan

seperti menipu, menerima rasuah dan mencuri.

• Akibatnya berlaku keruntuhan rumah tangga, rosaknya hubungan keluarga, kerjaya dan pelajaran.

• Penagih judi Internet terpaksa bergantung dengan orang lain untuk menampung kekurangan wang yang disebabkan oleh kemudaratan aktiviti perjudian

Page 5: Judi DAN cetak rompak

CARA MENGATASI

• Menguatkuasakan undang-undang seperti penguatkuasaan had

umur

• Ibu bapa haruslah sentiasa memerhatikan perlakuan anak mereka

ketika melayari internet

• Memberikan kaunseling kepada penagih judi

• Tidak memberikan wang yang banyak kepada penagih judi

• Meluangkan masa dengan lebih kerap dengan penagih judi agar

dia tidak berasa keseorangan dan dapat mengelakkan diri

daripada berjudi

Page 6: Judi DAN cetak rompak

Cetak Rompak

Page 7: Judi DAN cetak rompak

Definisi Cetak

Rompak

Penggunaan bahan yang dilindungi undang-

undang hakcipta tanpa izin, maka mencabuli salah

satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli,seperti hak

untuk mengeluarkan semula atau menjalankan

karya yang dihakcipta, atau menghasilkan karya

derivatif yang berasaskan karya yang dihakcipta

itu.

Page 8: Judi DAN cetak rompak

PUNCA CETAK ROMPAK

• Kurangnya kesedaran dalam kalangan pengguna mengenai harta

intelek. Masyarakat pengguna tidak menyedari akan kesan buruk

yang bakal berlaku ekoran daripada perbuatan mencetak rompak.

• Selain itu, sikap tamak haloba dalam kalangan masyarakat

khususnya pengusaha produk cetak rompak haram. Bagi

pengusaha haram, kegiatan penjualan cetak rompak boleh

mendatangkan keuntungan yang berlipat kali ganda kepada

mereka.

• Cetak rompak juga berpunca daripada permintaan yang tinggi

terhadap barangan cetak rompak.

Page 9: Judi DAN cetak rompak

KESAN CETAK ROMPAK

• Merugikan pihak pengeluar yang sah. Dalam erti kata lain pihak yang

memiliki karya asli yang sah akan mengalami kerugian akibat daripada

perbuatan tamak para pengusaha cetak rompak yang tidak pernah puas

• Impak atau kesan negatif yang paling ketara dalam masalah ini ialah

syarikat rakaman video dan lagu kaset yang sah. Segala usaha dan penat

lelah mereka adalah sangat tidak berbaloi atau sia-sia. Segala usaha dan

titik peluh mereka tidak mendatangkan sebarang keuntungan akibat

daripada wujudnya jenayah cetak rompak.

• Aktiviti atau iklim pelaburan negara kita akan terjejas. Apabila masalah ini

semakin berleluasa, para pengusaha teknologi maklumat tidak mahu

melabur di negara kita lagi

Page 10: Judi DAN cetak rompak

CARA MENGATASI

• Penguatkuasaan undang-undang. Usaha menangani cetak rompak juga

boleh dilakukan dengan cara penguatkuasaan undang-undang oleh pihak

kerajaan.

• Perubahan sikap masyarakat juga membantu dalam menangani masalah

tersebut. Usaha menyekat gejala cetak rompak ini akan menjadi lebih

berkesan seandainya wujud kesedaran dalam kalangan masyarakat

sejagat khususnya anggota penguatkuasa. Mereka yang insaf dengan

tanggungjawab dan amanah ini tidak akan mudah tewas dengan

sebarang bentuk suapan atau rasuah serta pujuk rayu

• Melaksanakan hukuman penjara mandatori,langkah serta tindakan

seperti ini adalah merupakan satu langkah yang paling sesuai bagi

membendung penularan jenayah cetak rompak yang semakin menjadi-

jadi dan merugikan banyak pihak