JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan...

36
1 PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR SESI PENGAJIAN : 2012/2013 Saya MASITAH BINTI KABOL No Matrik: MP111274 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) / TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________________________ __________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR. M.AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN Nama Penyelia No 14, LORONG NILAM 2, BANDAR MAS, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR Tarikh: Tarikh: CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Transcript of JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan...

Page 1: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

1

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISּט

JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR

SESI PENGAJIAN : 2012/2013

Saya MASITAH BINTI KABOL No Matrik: MP111274

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

/ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________________ __________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR. M.AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN

Nama Penyelia No 14, LORONG NILAM 2, BANDAR MAS, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR

Tarikh: Tarikh:

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau ּט disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

2

"Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Pentadbiran"

Tandatangan : .....................................................................

Nama Penyelia : DR. M. AL-MUZ-ZAMMIL BIN YASIN

Tarikh : .....................................................................

Page 3: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

3

PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN GURU

DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KOTA TINGGI

MASITAH BINTI KABOL

Laporan projek ini dikemukkan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

( Pengurusan dan Pentadbiran )

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2013

Page 4: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

4

" Saya akui karya ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya "

Tandatangan : ...............................................................

Nama Penuh : MASITAH BINTI KABOL

Tarikh :

Page 5: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

5

DEDIKASI

Istimewa buat suami tercinta,

Shamsudin bin Mohamed Dom

Segala kesabaran dan doa mu menjadi nadi kejayaan ini. Terima kasih kerana sentiasa

memahami dan tidak pernah jemu memberi dorongan.

Anakanda yang dikasihi,

Nur Syazanie Mirza

Nur Syaqif Muhadif

Nur Syuhail Mulhim

Kalian menjadi sumber kejayaan ibu dan semoga anakanda semua juga akan terus

berjaya di dunia dan di akhirat...Amin.

Untuk Ayahanda, Bonda dan Mertua,

serta keluarga tersayang,

Terima kasih atas doa, kerjasama, nasihat dan dorongan yang tidak pernah putus.

Sesungguhnya kalian semua amat bermakna buat diri ini.

Page 6: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

6

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan keizinanNya, saya dapat menyiapkan penyelidikan ini

dengan sempurna bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (

Pengurusan dan Pentadbiran ).

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada penyelia

saya iaitu Dr. M. Al-Muz-Zammil bin Yasin yang telah banyak memberi bimbingan dan

dorongan sepanjang tempoh menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga kepada semua

pensyarah Universiti Teknologi Malaysia yang pernah mencurahkan bakti di kelas

Pesisir Kota Tinggi ini.

Jutaan terima kasih juga untuk guru besar, guru penolong kanan dan semua guru

yang sudi meluangkan masa untuk menjadi responden dalam kajian saya ini. Ucapan

penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.

Akhir sekali kepada semua rakan setugas di SK LKTP Sungai Mas, dan rakan

seperjuangan yang telah sama-sama mengharungi segala suka dan duka sepanjang

proses pembelajaran ini. Semangat dan keikhlasan membantu serta sedia berkongsi

maklumat akan saya ingati buat selamanya.

Page 7: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

7

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pemantauan pembelajaran dan pengajaran

guru di dalam bilik darjah di sekolah kebangsaan di sekitar daerah Kota Tinggi. Sampel

yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 270 orang guru yang telah dipilih melalui

persampelan rawak kelompok. Di samping itu, dua orang guru besar, dua orang guru

penolong kanan dan dua orang guru telah dipilih secara tidak rawak bertujuan untuk

mengumpul data kualitatif bagi kajian ini. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan

menggunakan pekali Cronbach Alpha di mana nilai kebolehpercayaannya ialah 0.831.

Data dikumpul melalui soal selidik, temu bual dan analisis dokumen. Data soal selidik

telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences ( SPSS )

versi 16.0 manakala data kualitatif dianalisis berdasarkan tema dan kesimpulan. Analisis

data soal selidik mendapati persepsi (negatif) guru terhadap proses pemantauan berada

pada tahap sederhana dengan skor min 3.53 di mana terdapat lima persepsi guru negatif

terhadap pemantauan pembelajaran dan pengajaran. Dapatan kajian ini juga mendapati

semua cadangan untuk memperbaiki proses pemantauan diterima. Dapatan kajian juga

mendapati bahawa 26.81 % guru-guru tidak dipantau cukup dua kali pemantauan dalam

masa tiga tahun.

Page 8: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

8

ABSTRACT

This research was conducted to evaluate teacher's teaching and learning in the

classroom at daily primary school around Kota Tinggi. The sample which was involved

in this research was 270 teachers who were chosen through cluster random sampling. In

addition, two headmasters, two senior assistants and two teachers were chosen

specifically in order to collect qualitative data for this research. The realibility of the

questionnaire was tested by using Cronbach Alpha coefficients where the value of the

realibility is 0.831. The data were collected through questionnaires, interviews and

document analysis. The questionnaire data were analyzed using Statistical Package for

Social Sciences (SPSS) version 16.0 while qualitative data were analyzed based on the

themes and conclusions. Analysis of survey data found that teachers perception

(negative) of the monitoring process is moderate with score mean 3.53 in which there

were five negative teachers perceptions towards monitoring teaching and learning. This

research also found that all the recommendations to improve the monitoring process

were all well received. The results also showed that 26.81 % of teachers were not

monitored adequately twice in three years.

Page 9: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

9

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

SENARAI SIMBOL

SENARAI LAMPIRAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xiv

xvi

xvii

xviii

xix

Page 10: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

10

BAB PERKARA MUKA

SURAT

1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar belakang masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Skop Kajian

1.8 Batasan Kajian

1.9 Definisi Operasional

1.9.1 Pemantauan

1.9.2 Pemantau

1.9.3 Pembelajaran dan pengajaran

1.9.4 Guru

1.9.5 Bilik Darjah

1.10 Kesimpulan

1

3

8

10

11

11

12

13

13

13

14

14

15

15

15

2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

2.2 Konsep Pemantauan

2.3 Tujuan Pemantauan

2.4 Perancangan Pemantauan

2.4.1 Fokus Pemantauan

2.4.2 Pemantauan Pembelajaran dan Pengajaran

16

16

18

19

21

21

Page 11: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

11

2.4.2.1 Jadual Pemantauan Pembelajaran

dan Pengajaran

2.4.2.2 Instrumen Pemantauan

Pembelajaran

dan Pengajaran

2.4.2.3 Rekod Pemantauan Pembelajaran

dan Pengajaran

2.4.2.4 Merancang Aktiviti Pembangunan

Profesionalisme Bagi Menyokong

Guru

2.5 Peranan Guru Besar / Guru Penolong Kanan

dalam Pemantauan Pembelajaran dan Pengajaran

Guru

2.6 Kajian Lepas

2.7 Teori / Model

2.8 Isu-isu Pemantauan di Dalam Bilik Darjah

2.9 Kesimpulan

22

23

25

25

26

28

30

33

38

3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Reka bentuk Kajian

3.3 Lokasi Kajian

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

3.5 Instrumen Kajian

3.6 Prosedur Kajian

3.7 Kajian Rintis

3.8 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

3.8.1 Kesahan

3.8.2 Kebolehpercayaan

39

39

41

41

44

51

53

55

55

55

Page 12: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

12

3.9 Analisis Data

3.10 Kesimpulan

56

58

4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian

4.3 Analisis Latar Belakang Responden

4.3.1 Jantina

4.3.2 Umur

4.3.3 Kaum

4.3.4 Pengalaman Mengajar

4.3.5 Kelulusan Akademik Tertinggi

4.3.6 Bilangan Kali Diselia 3 Tahun

Kebelakangan

4.4 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian

4.4.1 Analisis Persoalan Kajian 1:

Sejauhmanakah persepsi negatif guru

terhadap proses pemantauan?

4.4.2 Analisis Persoalan Kajian 2:

Bagaimanakah proses pemantauan dapat

diperbaiki?

4.4.3 Analisis Persoalan Kajian 3:

Berapa peratuskah jumlah pemantauan

yang tidak cukup dua kali di sekolah yang

dikaji?

4.4.4 Analisis Persoalan Kajian 4:

59

60

61

61

61

62

62

63

64

65

65

70

77

79

Page 13: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

13

Apakah kesilapan yang dilakukan

oleh pencerap dalam pengisian borang

pencerapan PK04/1?

4.4.5 Analisis Persoalan Kajian 5:

Apakah kelemahan dan penambahbaikan

yang boleh dilakukan kepada borang

pencerapan guru PK04/1 ?

4.4.6 Analisis Persoalan Kajian 6:

Sejauhmanakah guru besar / guru penolong

kanan perlu mengetahui mata pelajaran

yang diajar bagi membolehkan mereka

memantau dengan baik ?

4.5 Kesimpulan Dapatan Analisis Kajian

4.6 Kesimpulan

84

92

97

103

5

DAPATAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

5.2.1 Maklumat latar belakang responden

5.2.2 Persepsi negatif guru terhadap proses

pemantauan

5.2.3 Cadangan memperbaiki proses

pemantauan

5.2.4 Peratus jumlah pemantauan yang tidak

cukup dua kali di sekolah yang dikaji

5.2.5 Kesilapan dilakukan pencerap dalam

pengisian borang pencerapan PK04/1

104

104

106

107

109

110

111

112

Page 14: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

14

5.2.6 Kelemahan dan penambahbaikan yang

boleh dilakukan kepada borang pencerapan

guru PK04/1

5.2.7 Keperluan guru besar / guru penolong

kanan mengetahui tentang mata pelajaran

yang diajar bagi membolehkan mereka

memantau dengan baik.

5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan

pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik

darjah.

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

5.5 Penutup

RUJUKAN

LAMPIRAN

114

115

116

117

118

121

Page 15: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

15

SENARAI JADUAL

JADUAL PERKARA MUKA SURAT

2.1

2.2

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

3.7

3.8

3.9

3.10

3.11

3.12

4.1

4.2

4.3

Contoh Jadual Pemantauan Pembelajaran dan

Pengajaran

Contoh Standard 4 ( Pembelajaran dan Pengajaran )

Jumlah Guru Yang Terlibat

Penentuan Saiz Sampel Krejcie, R.V and Morgan D.W

Pembinaan Item Melalui Temubual ( Bahagian B )

Pembinaan Iten Melalui Temubual ( Bahagian C )

Skala Likert Dalam Kajian

Taburan Item Bagi Kajian Pemantauan Pembelajaran

dan Pengajaran Guru di Dalam Bilik Darjah

Soalan Temubual

Pemeringkatan Kedudukan Item Berdasarkan Nilai

Alpha Cronbach

Analisis Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach

Mengikut Item Soal Selidik Bagi Kajian Rintis ( Alpha

If Item Deleted )

Penambahbaikan Item Soalan Berdasarkan Alpha

Cronbach If Item Deleted

Tahap Pemeringkatan Min

Kaedah Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian

Taburan Pengagihan Soal Selidik Kajian

Taburan Responden Mengikut Jantina

Taburan Responden Mengikut Umur

22

23

43

44

45

47

49

49

50

53

54

54

56

57

60

61

62

Page 16: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

16

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

4.15

Taburan Responden Mengikut Kaum

Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar

Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik

Taburan Responden Mengikut Bilangan Diselia bagi 3

Tahun Kebelakangan

Maklum Balas Responden Terhadap Item-item

Persepsi Negatif Guru Terhadap Proses Pemantauan

Mengikut Min dan Sisihan Piawai

Maklum Balas Responden Terhadap Item-item Untuk

Memperbaiki Proses Pemantauan Mengikut in dan

Sisihan Piawai

Cadangan Responden Memperbaiki Proses Pemantauan

(Sebelum)

Cadangan Responden Memperbaiki Proses Pemantauan

(Semasa)

Cadangan Responden Memperbaiki Proses Pemantauan

(Selepas)

Peratus Pemantauan Yang Tidak Cukup Dua Kali

Analisis Kesilapan Pengisian Borang Pencerapan

Rumusan Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan

62

63

63

64

68

73

76

76

77

78

83

98

Page 17: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

17

SENARAI RAJAH

RAJAH PERKARA MUKA SURAT

2.1

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

Langkah-langkah Pemantauan Klinikal

Kesilapan Pengisian Borang Pencerapan

( Bilangan Dicerap )

Kesilapan Pengisian Borang Pencerapan

( Tiada Kelas dan Mata pelajaran )

Kesilapan Pengisian Borang Pencerapan

(Tiada Kod dan Nama Sekolah )

Kesilapan Pengisian Borang Pencerapan

( Tiada Skor )

Kesilapan Pengisian Borang Pencerapan

( Tiada Ulasan )

Kesilapan Pengisian Borang Pencerapan

( Tiada Tandatangan Guru Dicerap )

Deskripsi Skor

Aspek dinilai

Maklumat tidak lengkap ( Tiada tarikh )

33

80

80

81

81

82

83

86

87

88

Page 18: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

18

SENARAI SINGKATAN

Bil.

G1

G2

GB1

GB2

GPK1

GPK2

KBSM

KBSR

KSSR

NASSP

PPSMI

RPH

SKPM

SP

SPSS

- Bilangan

- Guru 1

- Guru 2

- Guru Besar 1

- Guru Besar 2

- Guru Penolong Kanan 1

- Guru Penolong Kanan 2

- Kurikulum Baru Sekolah Menengah

- Kurikulum Baru Sekolah Rendah

- Kurikulum Standard Sekolah Rendah

- National Association of Secondary School Principals

- Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris

- Rancangan Pengajaran Harian

- Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

- Sisihan Piawai

- Statistical Package for Social Science

Page 19: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

19

SENARAI SIMBOL

% - Peratus

f - Kekerapan

N - Saiz Populasi

S - Saiz Sampel

Page 20: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

20

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A

B

C

D

E

F

G

H

I

J

K

L

M

N

O

P

Borang Soal Selidik

Transkripsi Temubual Guru Besar 1

Transkripsi Temubual Guru Besar 2

Transkripsi Temubual Guru Penolong Kanan 1

Transkripsi Temubual Guru Penolong Kanan 2

Transkripsi Temubual Guru 1

Transkripsi Temubual Guru 2

Nilai Analisis Data - Kajian Rintis

Nilai Analisis Data - Kajian Sebenar

Surat Pengesahan Pelajar Universiti Teknologi

Malaysia

Surat Kebenaran Melaksanakan Kajian

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Surat Kebenaran Melaksanakan Kajian

Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 / 1987

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 / 1999

Panduan Penskoran Pencerapan Pembelajaran

dan pengajaran

Instrumen Pencerapan Pembelajaran dan

Pengajaran (PK04/1)

122

128

130

132

134

136

138

140

147

157

158

160

161

165

167

173

Page 21: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

21

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik darjah telah

menjadi salah satu tugas utama pengetua atau guru besar dalam bidang pendidikan

terutamanya dalam menentukan keberkesanan pengurusan kurikulum di sekolah.

Pemantauan dalam konteks pendidikan adalah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti

pengajaran dan pembelajaran iaitu pemantauan pengajaran. Pemantauan pengajaran

menjadi salah satu tugas dan tanggungjawab pihak pentadbir sekolah dan menjadi satu

dimensi pentadbiran sekolah. Pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam

bilik darjah merupakan satu kaedah yang biasa digunakan bagi menilai keberkesanan

tahap pencapaian kurikulum sesebuah sekolah dan meningkatkan kualiti pembelajaran

dan pengajaran guru. Tambahan lagi, kurikulum pendidikan di Malaysia sering berubah-

ubah mengikut perubahan zaman iaitu dari pengenalan KBSR, KBSM, PPSMI dan yang

terkini KSSR. Oleh sebab itu, bagi memastikan keberkesanan dan kecekapan

pelaksanaan kurikulum di sekolah, pemantauan yang rapi, terancang dan klinikal serta

bersistem ke atas pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik darjah amatlah

diperlukan. Justeru itu, kita memerlukan seseorang individu atau kumpulan individu

untuk menjamin atau memastikan kejayaan program-program pendidikan tersebut

(Al.Ramaiah, 2009).

Page 22: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

22

Pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik darjah telah

menjadi tanggungjawab pengetua atau guru besar sepertimana yang dinyatakan dalam

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987. Kandungan surat pekeliling tersebut menyatakan

bahawa tugas dan fungsi pengetua atau guru besar sebagai pemimpin profesional,

pengurus dan pentadbir hari ini adalah berbagai-bagai. Sebagai pemimpin profesional di

sekolahnya, tanggungjawab utama seorang pengetua atau guru besar ialah untuk

memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolahnya. Pelaksanaan kurikulum

dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru dan

keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan pemantauan yang rapi dan

sistematis daripada pihak pengetua atau guru besar sekolah itu. Ini termasuklah

pemantauan pengajaran dan pembelajaran terhadap guru di dalam kelas yang sepatutnya

menjadi perkara yang diutamakan dalam senarai tugas dan tanggungjawab pengetua atau

guru besar. Dengan tujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran

dan pembelajaran di sekolah, pengetua atau guru besar hendaklah diperingatkan bahawa

penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah merupakan tugas yang

amat penting. Menurut Al.Ramaiah (2009) pemantauan pengajaran menjadi salah satu

tugas dan tanggungjawab pihak pentadbir sekolah, dan ia menjadi satu dimensi

pentadbiran sekolah. Ini bermakna tugas memantau atau menyelia pembelajaran dan

pengajaran guru di dalam bilik darjah menjadi tugas yang terpenting selain tugasan

mengurus hal-hal pentadbiran sekolah.

Selain daripada itu, pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam

bilik darjah bukan sahaja boleh dilakukan oleh pengetua atau guru besar sahaja, malah

boleh dikongsi kuasa memantau dengan Guru Penolong Kanan, Ketua panitia atau rakan

guru di sekolah itu sendiri (Abdul Ghani, 2009). Guru besar atau wakilnya mesti

mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam sebelum melaksanakan

pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik darjah. Kesediaan guru

besar dan wakilnya melakukan pemantauan akan dapat mempengaruhi keberkesanan

pemantauan pembelajaran dan pengajaran yang diharapkan. Kemahiran pemantauan

dikaitkan dengan kebolehan guru besar atau wakilnya memerhati dan menilai

Page 23: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

23

keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, memberi bimbingan, memberi

tunjuk ajar dan dorongan kepada para guru.

Menurut Abdul Ghani (2009), tujuan pemantauan dilakukan adalah untuk

membantu atau pun menambah baik pengajaran guru dan bukan untuk mencari

kesalahan atau kelemahan guru semata-mata. Melalui sesi perbincangan dalam pra

pemantauan, guru yang hendak diselia dapat berkongsi idea dengan pengetua atau guru

besar dan memperbetulkan sebarang kesilapan yang dikesan melalui perbincangan pasca

pemantauan berkaitan pencerapan pengajaran guru di dalam bilik darjah. Selain daripada

itu, pemantauan digunakan untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru di dalam bilik

darjah dengan berkongsi idea dan pengalaman berkaitan kaedah dan strategi pengajaran.

Kelemahan guru yang dikesan akan segera diperbaiki melalui perbincangan selepas

proses pemantauan dilaksanakan. Oleh sebab itu, pemantauan pembelajaran dan

pengajaran guru di dalam bilik darjah amat perlu dilaksanakan untuk mengesan dan

memperbaiki sebarang kepincangan yang berlaku dalam usaha meningkatkan kualiti dan

keberkesanan pengajaran guru di sekolah. Pemantauan bertujuan memperbaiki dan

mempertingkatkan kualiti penyampaian pengajaran para guru secara berterusan bagi

memantapkan tahap pembelajaran murid. Pemantauan proses pengajaran dan

pembelajaran sebenarnya adalah satu usaha jaminan kualiti dan pembangunan modal

insan kerana penambahbaikan perlu senantiasa dibuat (Razianna, 2013).

1.2 Latar belakang masalah

Pelbagai isu sering dikaitkan dengan pemantauan pembelajaran dan pengajaran

guru di dalam bilik darjah. Isu yang pertama iaitu guru besar atau wakilnya tidak

mempunyai masa melakukan pemantauan minimum dua kali bagi setiap orang guru.

Hasil temubual penyelidik dengan seorang pentadbir sekolah, turut mengakui bahawa

salah satu faktor yang menjadi penyebab kepada kegagalan melakukan pemantauan

sememangnya adalah disebabkan kekurangan masa untuk memantau. Menurut beliau

lagi, perkara ini berlaku kerana guru besar atau wakilnya terlalu sibuk mengurus dan

Page 24: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

24

mentadbir sekolah (Zaruiedah Ahmad, komunikasi peribadi, 19 Mac 2013). Menurut

Khairul Azran Hussin (2010), pengetua atau guru besar atau wakilnya pada hari ini

bukan sahaja terlibat dengan pengurusan kurikulum tetapi juga terpaksa memikul

tanggungjawab yang lebih dalam hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran dan

perkeranian sekolah . Kekangan masa dan beban tugas guru besar atau wakilnya yang

banyak menyebabkan pemantauan dilaksanakan sekadar memenuhi kehendak pihak

tertentu seperti daripada Pejabat Pelajaran Daerah atau pun Jabatan Pendidikan Negeri.

Bebanan yang banyak dalam tugasan pentadbiran guru besar atau wakilnya

menyukarkan dan mengganggu agihan masa yang cukup dilakukan untuk melaksanakan

pemantauan dengan berkesan. Peranan guru besar atau wakilnya sebagai pemantau

pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah kurang diberi perhatian. Ramai

pengetua atau guru besar bekerja keras dan mengambil banyak masa bagi memenuhi

peranannya dan bebanan kerja dan kadang kala terpaksa diselesaikan pada luar waktu

pejabat. Abdul Ghani (2009) melaporkan bahawa dalam satu kajian di Amerika Syarikat

oleh " National Association of Secondary School Principals " (NASSP, 2001) didapati

70 % daripada responden menyatakan masa adalah faktor penghalang utama mereka

tidak cukup masa untuk menjalankan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di

dalam bilik darjah. Ternyata isu pemantauan mempunyai persamaan dengan masalah

yang dihadapi oleh pemantauan pembelajaran dan pengajaran di negara Malaysia.

Pemantauan di sekolah tidak dibuat mengikut prosedur yang sepatutnya. Hal ini

terjadi disebabkan pemantau tidak mempunyai kemahiran dan tidak memahami prosedur

pemantauan yang patut diikuti. Hasil kajian Azizan (2006) turut menyatakan bahawa

pendedahan tentang kemahiran pemantauan guru besar atau wakilnya sangat kurang.

Guru besar atau wakilnya menjalankan pemantauan tanpa garis panduan atau tidak

memberi maklum balas kepada guru bagi tujuan membimbing dan penambahbaikan

(Razianna, 2013). Apa yang biasa dilakukan ialah guru besar atau wakilnya akan masuk

ke dalam bilik darjah dan duduk memerhati dan merekodkan hasil pemantauan

pengajaran dan pembelajaran guru. Guru besar atau wakilnya tidak mempunyai

kemahiran bimbingan dan mentoring. Pemantauan perlu menggunakan satu kaedah yang

terancang atau klinikal. Berdasarkan dapatan kajian Suryati (2007) menunjukkan

Page 25: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

25

pelaksanaan pemantauan memerlukan satu metodologi yang boleh menjamin

keberkesanan pemantauan. Dapatan beliau turut disokong oleh dapatan kajian Norlin

(2006) yang menyatakan bahawa kemahiran pemantauan perlu dikuasai oleh guru besar

atau wakilnya untuk melakukan pemantauan.Contohnya, terdapat lima langkah yang

digunakan dalam model pemantauan klinikal iaitu perbincangan pra-pemantauan,

pemantauan, analisis dan strategi, perbincangan dan refleksi dan perbincangan pasca

pemantauan. Namun demikian, pemantau tidak melaksanakan kesemua lima langkah

pemantauan. Tiada perbincangan sebelum, semasa dan selepas pemantauan

menunjukkan pemantauan tidak mengikut prosedur yang betul. Akibatnya, tujuan

pemantauan untuk menambah baik pengajaran dan pembelajaran guru, membantu guru

dan meningkatkan tahap profesionalisme guru tidak dapat dicapai. Pemantau hanya

melaksanakan tanggungjawab dengan memenuhkan borang pemantauan yang

disediakan. Hasil temubual dengan beberapa orang guru senior, beliau menyatakan

seesetengah guru besar atau wakilnya hanya memeriksa buku rekod mengajar guru

sahaja tanpa melaksanakan pemantauan mengikut prosedur yang sepatutnya (Rahman

Paiman, komunikasi peribadi, 18 Mac 2013).

Guru besar atau wakilnya tidak mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran

yang dipantau. Masalah ini turut disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Khairul

Bariah (2007) di mana kesediaan guru besar atau wakilnya untuk melakukan

pemantauan perlu diambil berat kerana faktor ini turut menyumbang kepada kejayaan

pelaksanaan pemantauan ke atas pembelajaran dan pengajaran guru. Pemantau tidak

menguasai bidang atau mata pelajaran yang diajar oleh guru. Pemantau tidak ada

kepakaran dalam mata pelajaran guru yang hendak dipantau. Kuasa pakar dan

kemahiran pemantau sebagai pemantau pengajaran dan pembelajaran guru diragui dan

dipersoalkan (Al. Ramaiah, 2009). Pemantau hanya melihat aspek-aspek tertentu dalam

borang pemantauan. Isi Kandungan mata pelajaran guru dipantau tidak difahami

sepenuhnya. Oleh itu, pemantau tidak tahu memberikan pandangan dan cadangan

penambah baikan terhadap mata pelajaran semasa memantau pengajaran guru di dalam

bilik darjah. Kurangnya pengetahuan pemantau dalam mata pelajaran guru dipantau

secara tidak langsung gagal menunjukkan keberkesanan pemantauan. Dalam hal ini,

Page 26: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

26

pemantau perlu mengetahui aspek penting dalam pemantauan pengajaran dan

pembelajaran dengan tujuan dapat meningkatkan keberkesanan program pemantauan

khususnya di dalam kelas yang disebut pencerapan klinikal (Abdul Rahman, 2011). Oleh

yang demikian, pemantau perlu melengkapi diri dengan kemahiran ilmu interpersonal

dan teknikal supaya lebih bersedia menjalankan tugas pemantauan. Masalah ini juga

telah disokong oleh pengakuan seorang guru kanan sekolah rendah, hasil temubual

penyelidik dengan beliau menyatakan bahawa pemantauan terpaksa juga dilaksanakan

walaupun pemantau tidak mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran guru yang

hendak dipantau (Rukiah Markasan, komunikasi peribadi, 21 Mac 2013).

Guru tidak melakukan persediaan yang rapi apabila dipantau. Hal ini berlaku

kerana guru tidak membuat perancangan dan persediaan sebelum memulakan pengajaran

dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Contohnya, guru tidak menulis perancangan

pembelajaran dan pengajaran di dalam buku rekod mengajar. Berdasarkan edaran Surat

Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1999, arahan jelas daripada Ketua Pengarah Pendidikan

Malaysia agar semua guru dapat menyediakan rekod pembelajaran dan pengajaran

dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Malah buku

rekod mengajar mestilah dapat diberikan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak

yang diberi kuasa. Amalan pengajaran guru dalam bilik darjah masih berada pada tahap

paradigma lama (Razianna, 2013). Pendekatan pengajaran yang kerap digunakan oleh

kebanyakan guru hanyalah menyampaikan maklumat. Amalan pengajaran guru perlu

berubah dengan penekanan kepada pembelajaran dan pembangunan diri murid. Alat

bantuan mengajar yang digunakan juga tidak dikaitkan dengan kemudahan masa kini

seperti komputer, internet dan sebagainya. Kaedah untuk menyampaikan isi kandungan

mata pelajaran juga tidak pelbagai. Kadang kala guru tidak membawa langsung buku

rekod mengajar ke dalam bilik darjah. Keadaan menjadi lebih serius apabila pemantau

datang ke kelas secara tiba-tiba untuk memantau pengajaran dan pembelajaran guru di

dalam bilik darjah. Atas sebab-sebab yang dijelaskan di atas, pemantauan sangat perlu

dilaksanakan bagi memperbetulkan keadaan namun disebabkan alasan ini hasil

pemantauan tidak menunjukkan prestasi guru dengan baik.

Page 27: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

27

Sikap dan persepsi negatif guru terhadap pemantauan. Situasi ini timbul ekoran

daripada kurangnya pemahaman tentang tujuan dan objektif pemantauan dilaksanakan

menyebabkan guru sering berada dalam keadaan tertekan apabila diselia oleh guru besar

atau wakilnya. Ada guru yang berfikiran sempit yang sentiasa mempunyai buruk sangka

dan beranggapan guru besar memantau pengajaran mereka untuk mencari kesalahan

(Razianna, 2013). Guru juga sering beranggapan pemantau tidak mempercayai

kebolehan guru yang sudah terlatih dan berpengalaman mengajar bertahun-tahun. Guru

menganggap pemantauan menyukarkan kerana guru terpaksa membuat persiapan yang

rapi apabila diberitahu hendak dipantau sedangkan hakikatnya, pada hari biasa ia tidak

berlaku seperti itu. Hasil temubual penyelidik dengan seorang guru sekolah rendah

menyatakan bahawa perasaan tertekan timbul apabila guru besar hendak melakukan

pemantauan ke atas pengajarannya kerana bimbang kaedah atau cara pengajarannya

tidak akan menepati atau bertentangan dengan kehendak pemantau (Rohana, komunikasi

peribadi, 20 April 2013). Sudah tiba masanya pemantau melakukan anjakan paradigma

dan menukar mind-set berkenaan pemantauan, daripada mencari kesalahan seperti mana

tanggapan kebanyakan guru kepada menambah baik pengajaran dan dapat meyakinkan

guru bahawa pemantauan adalah sebahagian daripada proses ke arah peningkatan

profesionalisme (Abdul Rahman, 2011).

Pemantauan tidak dilaksanakan ke atas semua guru. Melalui satu temu bual

bersama seorang guru yang telah lama mengajar dan mempunyai banyak pengalaman,

didapati pemantauan yang dilaksanakan oleh guru besar atau wakilnya kadang kala tidak

meliputi semua guru di sekolahnya. Pemantauan hanya dianggap penting oleh guru besar

dan perlu dilakukan apabila terdapat tujuan kenaikan pangkat seseorang guru. Ini

dilakukan kerana pemantauan merupakan satu perkara wajib yang perlu dilaksanakan ke

atas seseorang guru yang hendak dinaikkan pangkat kerana kenaikan pangkat akan

berjaya sekiranya guru memperolehi markah yang tinggi dalam pemantauan

pembelajaran dan pengajarannya. Menurut beliau lagi, guru besar atau wakilnya jarang

memantau pembelajaran dan pengajaran guru yang telah lama berkhidmat dan

mempunyai pengalaman mengajar yang sudah bertahun-tahun lamanya kerana mereka

percaya bahawa guru tersebut sudah boleh melaksanakan pengajaran di dalam bilik

Page 28: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

28

darjah dengan baik. Guru besar atau wakilnya hanya menyemak buku rekod mengajar

guru dan beberapa buku latihan murid. Tetapi pemantauan lebih kerap dilakukan oleh

guru besar ke atas guru-guru baru berkhidmat atau guru-guru bermasalah di sekolah.

Lebih jelas lagi, pemantauan dibuat lebih kepada keperluan untuk mengambil prestasi

guru-guru yang akan disahkan dalam jawatan (Abibah, komunikasi peribadi, 17 April

2013). Keadaan ini juga menunjukkan tiada keselarasan dalam melaksanakan

pemantauan ke atas semua guru sekolah. Azizan (2006) daripada kajiannya juga

mendapati guru besar berpendapat pemantauan tidak perlu dijalankan ke atas guru yang

telah terlatih dan berpengalaman.

Kesahan pemantauan diragui. Pemantauan dijadikan satu alat pengukur untuk

membuktikan guru telah berjaya atau tidak melaksanakan pembelajaran dan pengajaran

yang berkesan di dalam bilik darjah. Pemantauan pembelajaran dan pengajaran

dijalankan untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru. Hasil pemantauan akan

membuktikan sama ada pengajaran guru benar-benar berkualiti dan mencapai matlamat

yang telah ditetapkan. Bukan itu sahaja, pemantauan juga dijadikan alat pengukur untuk

melihat keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Walau bagaimanapun, pemantauan pengajaran guru di dalam bilik darjah mempunyai

kelemahan sebagai satu alat pengukuran kerana kehadiran pemantau di dalam bilik

darjah adalah satu gangguan kepada proses pembelajaran dan pengajaran guru di dalam

bilik darjah. Tambahan lagi kehadiran pemantau ini bersifat sekali-sekala, maka tahap

kesahannya boleh dipersoalkan. Contohnya, kalau guru yang berkenaan dapat

menghasilkan pengajaran yang baik sekali dalam setahun semasa guru dipantau,

walaupun dalam kebanyakan masa yang lain, pengajarannya adalah kurang memuaskan.

Guru seolah-olah berlakon untuk dipantau. Guru juga hanya akan membuat persediaan

yang rapi dan lengkap sekiranya diberitahu oleh guru besar atau wakilnya untuk

dipantau. Keadaan ini sebenarnya tidak menggambarkan keadaan yang sebenarnya

berlaku dalam waktu kebiasaannya. Dalam konteks ini, pemantauan pengajaran sebagai

satu alat pengukur adalah tidak sah (Al.Ramaiah, 2009).

Page 29: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

29

1.3 Pernyataan masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang dijelaskan, nyatalah bahawa

pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah banyak

menimbulkan isu yang kurang menyenangkan sama ada di kalangan guru-guru sekolah

atau pemantau itu sendiri.

Guru besar tidak mempunyai masa melakukan pemantauan minimum dua kali

bagi setiap orang guru. Himpunan dan lambakan beban tugas perkeranian dan

pentadbiran banyak mengganggu tumpuan guru besar terhadap keutamaan tugasnya

sebagai seorang pemantau proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik

darjah. Selain daripada itu, masalah lain juga timbul iaitu pemantauan tidak dibuat

mengikut prosedur atau garis panduan yang sepatutnya. Keadaan ini berlaku kerana

sesetengah pemantau tidak mempunyai kemahiran yang cukup berkaitan pemantauan

pengajaran dan pembelajaran. Proses sebelum, semasa dan selepas pemantauan tidak

dijalankan. Akibatnya, pemantauan yang dijalankan tidak memberikan banyak faedah

kepada guru-guru yang dipantau.

Masalah guru tidak melakukan persediaan yang rapi apabila dipantau juga tidak

harus dipandang ringan oleh pihak pentadbir. Persiapan dari segi penyediaan buku rekod

mengajar, bahan bantuan mengajar, kaedah dan strategi yang digunakan sangat penting

untuk menentukan kejayaan pemantauan yang dilaksana. Oleh sebab itulah pemantauan

dari semasa ke semasa adalah penting untuk memastikan guru sentiasa akur dengan

arahan kementerian, dasar dan peraturan pendidikan, pekeliling yang berkuat kuasa,

kehendak pedagogi serta polisi atau hala tuju yang ditetapkan di peringkat sekolah

(Razianna, 2013).

Masalah guru besar atau pemantau tidak mempunyai pengetahuan tentang mata

pelajaran yang diajar oleh guru yang dipantau juga tidak patut dipandang remeh.

Kekurangan ini menyebabkan pemantau tidak dapat berkongsi kemahiran dan kepakaran

dengan guru yang dipantau. Pemantau sepatutnya menguasai atau mahir dalam semua

Page 30: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

30

mata pelajaran sebelum melaksanakan pemantauan ke atas guru-guru supaya pemantau

lebih bersedia untuk menjalankan pemantauan. Bukan itu sahaja, guru juga perlu

mempunyai kemahiran ilmu interpersonal dan teknikal yang baik supaya apa yang

hendak dicapai hasil daripada proses pemantauan akan berjaya diperolehi. Masalah

berkaitan sikap atau persepsi negatif guru terhadap pemantauan juga ditimbulkan dalam

kajian ini. Kebanyakan guru tidak gemar apabila guru hendak dipantau oleh guru besar

atau wakilnya. Guru merasa rendah diri kerana beranggapan pemantau hendak mencari

kesalahan dan kelemahan guru serta seolah-olah tidak mempunyai kepercayaan terhadap

kebolehan guru sebagai seorang guru yang terlatih dan berpengalaman. Keadaan ini

berlaku kerana guru tidak memahami konsep dan tujuan sebenar pemantauan dijalankan.

Radi (2007) hasil kajiannya mendapati, pemantau mesti mempunyai pengetahuan yang

mendalam terutamanya dalam bidang pedagogi sebelum melakukan pemantauan yang

berkesan.

Pemantauan yang tidak dilakukan ke atas semua guru juga menjadi satu isu yang

berat kerana ia menunjukkan guru besar atau wakilnya bersikap tidak adil atau tidak

jujur dalam menjalankan pemantauan ke atas guru-guru di sekolah. Perkara ini tidak

seharusnya berlaku kerana semua guru perlu diberi bimbingan dan dikawal selia agar

matlamat dan objektif sekolah sentiasa selari dengan objektif pengajaran dan

pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Kesahan pemantauan sebagai alat pengukur

untuk menentukan keberkesanan dan kualiti pengajaran guru juga sering dipertikaikan.

Persediaan guru sewaktu dipantau tidak memberikan gambaran pengajaran sebenar

proses pembelajaran dan pengajaran yang biasa dilakukan di dalam bilik darjah. Oleh

sebab itu, kajian perlu dilakukan untuk menambahbaik dan meningkatkan kesahan

pemantauan sebagai alat pengukuran keberkesanan pembelajaran dan pengajaran guru.

Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti persepsi

negatif guru terhadap pemantauan, mengenal pasti bagaimana proses pemantauan dapat

diperbaiki, membuat analisis dokumen terhadap borang pencerapan guru PK04/1 dan

mengenal pasti sejauhmanakah guru besar dan guru penolong kanan perlu mengetahui

mata pelajaran yang diajar bagi membolehkan mereka memantau dengan baik.

Page 31: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

31

1.4 Objektif kajian

Antara objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini ialah :

i. Mengenal pasti sejauhmanakah persepsi negatif guru terhadap proses

pemantauan.

ii. Mengenal pasti bagaimanakah proses pemantauan dapat diperbaiki.

iii. Mengatahui peratus jumlah pemantauan yang tidak cukup dua kali di

sekolah yang dikaji.

iv. Mengenal pasti apakah kesilapan yang dilakukan oleh pencerap dalam

pengisian borang pencerapan.

v. Mengenal pasti kelemahan dan penambahbaikan yang boleh

dilakukan kepada borang pencerapan guru PK04/01.

vi. Mengenal pasti sejauhmanakah guru besar /GPK perlu mengetahui

tentang matapelajaran yang diajar bagi membolehkan mereka

memantau dengan baik.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian dijalankan untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan seperti

mana dinyatakan di bawah ini :

i. Sejauhmanakah persepsi negatif guru terhadap proses pemantauan ?

Page 32: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

32

ii. Bagaimanakah proses pemantauan dapat diperbaiki ?

iii. Berapa peratuskah jumlah pemantauan yang tidak cukup dua kali di

sekolah yang dikaji ?

iv. Apakah kesilapan yang dilakukan oleh pencerap dalam pengisian

borang pencerapan ?

v. Apakah kelemahan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan

kepada borang pencerapan guru PK04/01 ?

vi. Sejauhmanakah guru besar /GPK perlu mengetahui tentang mata

pelajaran yang diajar bagi membolehkan mereka memantau dengan

baik?

1.6 Kepentingan kajian

Kajian dalam bidang ini sedikit sebanyak akan dapat membantu pemantau

memahami fungsi pemantauan yang sebenar serta dapat membantu pemantau merancang

dan melaksanakan proses pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru dengan lebih

tersusun dan kemas berpandukan teori atau model pemantauan sedia ada. Dapatan kajian

juga secara tidak langsung akan memberikan atau menunjukkan banyak kepentingannya

dalam organisasi sekolah khususnya. Antaranya ialah kajian dijalankan dapat

menggambarkan situasi sebenar yang berlaku dalam proses pemantauan pengajaran dan

pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Selain daripada itu, kajian ini dapat meninjau

pengetahuan guru tentang konsep dan tujuan pemantauan dilaksanakan di sekolah serta

proses sebelum, semasa dan selepas pemantauan berlaku.

Kepentingan yang lain iaitu sebagai panduan kepada guru-guru dalam

memahami tujuan dan proses pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam

Page 33: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

33

bilik darjah yang dipertanggungjawabkan kepada guru besar atau guru penolong kanan

atau wakilnya. Kajian ini juga penting untuk menyedarkan guru-guru bahawa mereka

dapat memberi kerjasama dalam usaha guru besar meningkatkan profesionalisme guru

itu sendiri. Kajian ini juga tidak kurang pentingnya dalam membantu pemantau atau

guru besar atau wakilnya membaiki kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam

menjalankan proses pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik

darjah.

Akhir sekali, kajian ini amat bermanfaat kepada Pejabat Pelajaran Daerah,

Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memberikan

maklumat yang tepat berkenaan proses pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru

yang berlaku di sekolah-sekolah dewasa ini. Malah keberkesanan proses pemantauan

pembelajaran dan pengajaran guru di sekolah dapat digunakan untuk membantu pihak

yang bertanggungjawab menyusun atau merancang program yang lebih baik dan

meningkatkan lagi keberkesanan pencapaian kurikulum sekolah seterusnya

meningkatkan tahap profesionalisme guru di Malaysia.

1.7 Skop kajian

Kajian akan memfokuskan kepada pemantauan pembelajaran dan pengajaran

guru di dalam bilik darjah dalam meninjau beberapa aspek penting dalam pemantauan

iaitu mengenal pasti sejauhmanakah persepsi negatif guru terhadap proses

pemantauan,mengenal pasti bagaimanakah proses pemantauan dapat diperbaiki,

mengetahui peratus jumlah pemantauan yang tidak cukup dua kali di sekolah yang

dikaji, mengenal pasti apakah kesilapan yang dilakukan oleh pencerap dalam pengisian

borang pencerapan, mengenal pasti kelemahan dan penambahbaikan yang boleh

dilakukan kepada borang pencerapan guru PK04/01 dan mengenal pasti sejauhmanakah

guru besar/GPK perlu mengetahui tentang matapelajaran yang diajar bagi membolehkan

mereka memantau dengan baik.

Page 34: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

34

Kajian ini hanya dijalankan di sekolah rendah kebangsaan Gred A di daerah Kota

Tinggi sahaja. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini tidak boleh digunakan untuk

menggambarkan keadaan pemantauan di seluruh sekolah rendah kebangsaan di negeri

Johor.

1.8 Batasan kajian

Kajian ini hanya dijalankan ke atas semua guru sekolah rendah kebangsaan Gred

A di sekitar daerah Kota Tinggi. Sampel yang dipilih adalah melibatkan semua guru di 8

buah sekolah yang dipilih dan hanya guru yang pernah diselia oleh guru besar atau guru

penolong kanan sekolah sahaja yang terlibat dengan kajian ini. Dapatan kajian tidak

menggambarkan keseluruhan populasi guru-guru di seluruh sekolah rendah di negeri

Johor. Data-data yang dikumpul adalah berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan,

analisis dokumen dan temubual. Maka maklumat yang diperolehi juga sangat

bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan responden.

1.9 Definisi operasional

1.9.1 Pemantauan

Pemantauan menurut Kamus Dewan (2010) ialah perihal (perbuatan, tindakan

dan sebagainya) memantau. Alimuddin Mohd Dom (2007) dari perspektif tradisional

mengaitkan pemantauan dengan tindakan pihak pengurusan melaksanakan pemantauan

dalam bentuk mengarah, mengawal dan menghukum. Pemantauan dalam kajian ini

adalah difokuskan kepada pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik

darjah yang dilakukan oleh guru besar atau wakilnya. Pemantauan adalah istilah lain

yang digunakan oleh penyelidik bagi maksud yang sama dengan penyeliaan.

Page 35: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

35

1.9.2 Pemantau

Pemantau boleh didefinisikan sebagai orang atau pihak yang memantau (Kamus

Dewan, 2010). Dalam konteks kajian ini, pemantau adalah terdiri daripada guru besar

atau guru penolong kanan yang akan melaksanakan pemantauan pengajaran dan

pembelajaran guru di dalam bilik darjah.

1.9.3 Pembelajaran dan pengajaran (PdP)

Pembelajaran diertikan sebagai proses (kegiatan) belajar menurut Kamus Dewan

(2010). Pembelajaran juga merupakan aktiviti mental, fizikal dan rohani kepada pelajar

itu sendiri. Ia adalah proses di mana individu dapat mengubah sikap dan tingkah laku

mereka supaya berkembang secara berterusan dan tekal serta mampu menggunakan ilmu

dan kemahiran yang diperolehi bagi kemajuan diri sendiri khasnya dan negara amnya

(Mohd Sahandri, Ramli dan Shaffe, 2010).

Pengajaran pula menurut Kamus Dewan (2010) dimaksudkan sebagai perihal

mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau sistem

mengajar, aspek-aspek yang dipentingkan dan lain-lain). Pengajaran merupakan satu

aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang

tertentu. Pengajaran juga merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti

perancangan,pelaksanaan, penilaian dan maklum balas (Mohd Sahandri et al, 2010).

Pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam konteks Kurikulum Standard Sekolah

Rendah lebih menekankan kepada pembelajaran kendiri. Guru perlu menyediakan

suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis agar pengajaran lebih berkesan.

Semasa pembelajaran, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan

menetapkan teknik-teknik yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid. Hal

ini dapat merangsang murid belajar secara aktif. Malah dapat membantu murid

Page 36: JUDUL : PEMANTAUAN PEMBELAJARAN DAN … Binti Kabol... · 5.3 Cadangan penambahbaikan pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik ... RPH SKPM SP SPSS - Bilangan -

36

menganalisis konsep atau idea bagi menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Dalam

hal ini, murid akan dibimbing oleh guru mempelajari sesuatu konsep melalui

pengalaman sedia ada dan kreativiti sendiri bagi menghasilkan pembelajaran yang lebih

bermakna sebelum sebarang pengetahuan disampaikan atau diajar oleh guru.

1.9.4 Guru

Guru dalam kajian ini ialah penunjuk ajar, pembimbing atau pemberitahu yang

menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada anak murid. Menurut Kamus Dewan

(2010) guru ialah orang yang mengajar, pendidik, pengajar atau pengasuh.

1.9.5 Bilik darjah

Bilik darjah yang dimaksudkan dalam kajian ini iaitu tempat guru

menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid sekolah. Bilik darjah

juga merupakan tempat para murid menerima pelajaran, dibimbing dan diasuh dengan

pekerti dan personaliti yang mulia, dicungkil bakat dan kelebihan dengan menonjolkan

kemahiran pelbagai yang dimiliki oleh setiap murid, digilap daya kreativiti yang unik

serta dilatih dengan unsur-unsur ketahanan diri yang kuat dalam menghadapi cabaran

(Noriati, Boon, Sharifah dan Zuraidah (2010).

1.10 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kandungan bab ini memberikan gambaran umum tentang

proses pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik darjah yang

berlaku di sekolah dewasa ini. Banyak isu, kekeliruan atau ketidakfahaman atau salah

tanggap berkenaan proses pemantauan pembelajaran dan pengajaran guru di dalam bilik

darjah. Masalah yang timbul perlulah diberi perhatian agar semua pihak akan mendapat

faedah yang sebenarnya ingin dicapai melalui pemantauan yang dijalankan.