Jun 2012 Amanat Ketua Pengarah Perikanan fileWata’ala kerana dengan izin-Nya kita dapat meneruskan...
Transcript of Jun 2012 Amanat Ketua Pengarah Perikanan fileWata’ala kerana dengan izin-Nya kita dapat meneruskan...
Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh,
dan salam 1 Malaysia.
Segala puji bagi Allah SWT,
selawat dan salam ke atas
junjungan besar kita, Nabi
Muhammad SAW, keluarga
dan sahabat Baginda.
Pertama sekali, syukur ke hadrat Allah SubhanahuWata’ala kerana dengan izin-Nya kita dapat
meneruskan kehidupan dan dapat melaksanakan
kerja-kerja dengan aman dan bahagia.
Tuan/puan yang dihormati sekalian,
Majlis Jalinan Mesra Jabatan Perikanan Bersama
Media telah berjaya diadakan di Ibu Pejabat
Perikanan. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi
hubungan di antara Jabatan Perikanan dan pengamal
media yang telah banyak membantu dalam
menyebarkan maklumat kepada orang ramai
mengenai program-program yang dilaksanakan oleh
Jabatan Perikanan dan seterusnya meletakkan
jabatan ini pada tahap yang boleh dibanggakan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa peranan media
amatlah penting dalam menyampaikan maklumat
kepada masyarakat bagi membina dan membentuk
minda mereka supaya lebih progresif, proaktif,
bermotivasi dan sentiasa berpegang teguh pada
prinsip untuk maju serta berjaya. Selain itu media
juga menjadi jurucakap kepada pihak kerajaan
dalam usaha menyampaikan dasar-dasar bagi
pembangunan sosioekonomi masyarakat selaras
dengan wawasan kerajaan dan cita-cita negara
berteraskan Gagasan 1 Malaysia “Rakyat Didahulukan
dan Pencapaian Diutamakan”. Media juga mempunyai
pengaruh dan kekuatan di mana mereka boleh
meningkatkan dan juga boleh menjatuhkan reputasi
sesebuah organisasi atau individu.
Tuan/puan yang dihormati sekalian,
Hari ini, kuasa pena sudah diambil alih oleh gabungan
kuasa jari jemari dan jalur lebar yang disebarkan
secara pantas dalam talian (online). Nilai berita tidak
lagi berumur sehari atau 24 jam. Malahan tempoh
masa dua hingga tiga jam sudah dianggap “berita
yang basi”. Oleh itu, berita hendaklah disampaikan
secara pantas dan berdasarkan kepada nilai-nilai
kebenaran melalui “facts and figures”. Begitulah
betapa penting dan berpengaruhnya media, tidak kira
saiz sesebuah organisasi media berkenaan.
Bagi memastikan matlamat dan peranan Jabatan
Perikanan dapat disampaikan kepada golongan sasar
dengan pantas, Jabatan telah menggunakan pelbagai
media, antaranya media baharu seperti laman web,
facebook dan sebagainya serta media massa
konvensional seperti televisyen, radio dan akhbar.
Segala usaha tersebut akan diteruskan dan Jabatan
Perikanan amat memerlukan kerjasama yang
erat daripada semua pengamal media untuk
menjayakannya.
Alhamdullillah, banyak kejayaan yang telah dicapai
oleh Jabatan Perikanan. Ramai rakyat yang telah
mendapat faedah dan sekali gus menyumbang
kepada peningkatan taraf hidup serta menjana
pembangunan negara. Bagaimanapun suka saya
menekankan bahawa sebagai jabatan yang prihatin
dan bertanggungjawab, kita tidak mudah berpuas hati
atau berdiam diri hanya setelah mencapai beberapa
kejayaan. Sebaliknya Jabatan Perikanan sentiasa
Jun 2012http://www.dof.gov.my
Amanat Ketua Pengarah PerikananAmanat Ketua Pengarah Perikanan
1
(bersambung ke muka surat 5)
15 April 2012YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah
Perikanan Malaysia mengadakan sidang media sempena
Program Mesra Rakyat Bersama Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani di Estet Mini Tasik Chempaka, Lanchang,
Pahang.
20 April 2012YB Datuk Wira Haji Ahmad Bin Hamzah, Ahli Parlimen Jasin
melawat kawasan nurseri ikan sempena Majlis Perasmian
Nurseri Ikan Marin Zon Industri Akuakultur Sempang di Kg.
Sempang Pantai, Merlimau, Melaka.
4 Mei 2012YB Datuk Seri Noh bin
Hj. Omar, Menteri
Pertanian dan Industri
Asas Tani Malaysia
mengadakan lawatan
ke Projek Pembenihan
Ikan Kerapu di Pantai
Cahaya Bulan, Kota
Bharu, Kelantan.
8 Mei 2012YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah
Perikanan Malaysia menyaksikan Penyampaian Geran
WWF oleh Dr. Sundari Ramakrishna, Pengarah Konservasi
WWF-Malaysia kepada YBhg. Dato’ Goh Siong Tee,
Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Laut Malaysia(MFFAM) sempena Majlis Bersama MFFAM di Ibu Pejabat
Perikanan, Putrajaya.
4 Mei 2012YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abd Razak, Perdana Menteri
Malaysia merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
Kelantan di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.
19 April 2012YB Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Malaysia merasmikan “The 6th International Discus Show Malaysia 2012“
di Kompleks Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur.
2 (bersambung ke muka surat 3)
11 Mei 2012Majlis Penyerahan Bangunan Makmal Biosekuriti Perikanan Wilayah
Tengah oleh Jabatan Kerja Raya yang diwakili YBrs. Encik Mohd Azmi
Bin Che Kob, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Bangunan B) JKR
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada Jabatan Perikanan
Malaysia yang diwakili oleh YBrs. Encik Shaupi Bin Derahman,
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Perikanan Malaysia di
Jalan Carruthers off Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.
22 - 25 Mei 2012The 3rd. Regional Exchange on the Implementation of EAFM Activities in the CoralTriangle Countries telah dirasmikan oleh YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood,
Ketua Pengarah Perikanan Malaysia di Putrajaya.
26 Mei 2012YB Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani Malaysia bersama penerima Anugerah Usahawan Belia
Tani sempena Perasmian Karnival Tani MAHA Youth (Himpunan
Jutaan Belia) di perkarangan bangunan Wisma Tani Putrajaya.
29 Mei 2012YB Dato’ Wira Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan bantuan
sempena Program Interaksi dan Hari Bertemu Pelanggan Warga
Nelayan Bersama YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani di Kg. Nenasi, Pekan, Pahang.
24 Mei 2012YB Dato’ Wira Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada kakitangan jabatan
dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
di MAEPS, Serdang, Selangor.
21 Mei 2012YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua
Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia
bertukar-tukar cenderahati dengan Encik Kurbanov,
Pengarah Penyelidik, Pusat Pembangunan dan
Penyelidikan Perikanan Uzbekistan sempena lawatan
rasmi ke Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.
(bersambung ke muka surat 4)
3
3 Jun 2012YB Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani Malaysia menyampaikan Lesen Sampan Khas kepada
nelayan sempena Mini MAHA Parlimen Tanjung Karang di Padang
Astaka, Tanjung Karang, Selangor.
16 Jun 2012YB Datuk Perumal A/L Raju, Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka (tengah)
merasmikan World Turtle Day 2012 di Dataran Pahlawan, Melaka.
21 Jun 2012YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan
Malaysia menyampaikan Sijil Amalan Akuakultur Baik (GAP)sempena Majlis Hari Bertemu Pelanggan Pusat Biosekuriti
Perikanan Selangor di KLIA, Sepang, Selangor.
29 Jun 2012YB Datuk Chua
Tee Yong,
Timbalan Menteri
Pertanian dan
Industri Asas Tani
Malaysia
menyampaikan
bantuan kepada
petani, penternak
dan nelayan
sempena Mini
MAHA Parlimen
Pontian di
Pontian, Johor.
30 Jun 2012YB Dato’ Wira Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri
Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan replika
Bot SLT kepada Pengerusi KPEP Tg. Rhu, Langkawi sempena
Majlis Perasmian Kompleks Perikanan Daerah Langkawi dan
Penyerahan Bantuan Input di Bawah Projek Touch Point Kepada
Pengusaha Perikanan di Langkawi di Bukit Malut, Langkawi, Kedah.
29 Jun 2012YBrs. Encik Abdul Hamid Bin Yasin, Pengarah
Perikanan Negeri Johor menyampaikan rawai kepada
nelayan sempena Majlis Pelancaran Projek Perintis
Rawai Menggunakan Mata Kail Berbentuk C (C-Hook)di Pontian, Johor.
18 Jun 2012YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan
Malaysia menyampaikan Takwim 2012 kepada wakil-wakil media
sempena Majlis Jalinan Mesra Jabatan Perikanan Bersama Media di
Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya.
8 Jun 2012Majlis Menandatangani Perjanjian Program Ladang Sinergi antara
Syarikat Trapia (M) Sdn. Bhd. dengan Pengusaha yang disaksikan
oleh YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah
(Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia di Ibu Pejabat
Perikanan, Putrajaya.
4
memikir dan melaksanakan pelbagai inisiatif dan
program yang terbaik untuk rakyat, sesuai dengan
gagasan Kerajaan. Pelbagai dasar dan program
pembangunan telah dilaksanakan bagi membolehkan
Jabatan Perikanan menyalurkan pelbagai bantuan baik
dalam sektor perikanan tangkapan, akuakultur mahupun
industri asas tani (IAT). Terbukti usaha dan pendekatan
tersebut telah dapat membantu meringankan bebanan
rakyat.
Tuan/puan yang dihormati sekalian,
Adalah menjadi harapan Jabatan Perikanan agar majlis
seperti ini dapat mencetus semangat dan meningkatkan
iltizam serta tekad warganya sebagai peneraju utama
dalam menyampaikan dasar dan program Kerajaan
secara lebih efektif dan berwibawa demi untuk
meningkatkan dan menjayakan agenda Kerajaan
dengan lebih cemerlang dan berjaya.
Bagi merancakkan lagi pencapaian tersebut, Jabatan
Perikanan telah melaksanakan Program Transformasi
semenjak bulan Ogos 2010 semasa saya mengambil
alih kepimpinan Jabatan ini sehinggalah sekarang.
Sebanyak 14 program transformasi utama Jabatan
Perikanan telah dilaksanakan dalam tempoh masa 20
bulan tersebut. Saya amat berterima kasih kepada
semua warga Jabatan Perikanan yang telah bekerja kuat
bagi merealisasikan transformasi tersebut. Saya sangat
berharap semoga mereka sentiasa bersikap inovatif dan
kreatif dalam mencari idea-idea baharu yang boleh
memb awa perubahan dan kemajuan kepada industri
perikanan negara dan secara tidak langsung boleh
membantu dalam meningkatkan pendapatan golongan
sasar.
Tuan/puan yang dihormati sekalian,
Di samping menyalurkan maklumat menerusi media
massa, saya percaya aktiviti turun padang dan
bersemuka dengan golongan sasar dapat memberi
impak yang lebih positif kepada mereka. Untuk itu,
Jabatan Perikanan telah merangka Program Kembara
Jabatan Perikanan Bersama Media yang akan
berlangsung pada bulan Julai ini.
Program ini terbuka kepada 12 orang pengamal media
yang berminat dan semua makan minum, penginapan
dan pengangkutan peserta-peserta akan disediakan
oleh Jabatan Perikanan. Program ini dapat memberi
peluang kepada pengamal media untuk menjelajah tiga
buah negeri di utara Semenanjung Malaysia iaitu Perak,
Pulau Pinang dan Kedah (termasuk Pulau Langkawi).
Peserta juga akan dibawa turun padang untuk melawat
projek-projek perikanan yang diselia oleh Jabatan
Perikanan termasuk berpeluang untuk menyertai operasi
Selat Melaka dengan menaiki bot peronda Perlindungan
Sumber, Jabatan Perikanan bermula dari pangkalan
Batu Maung, Pulau Pinang ke Taman Laut Pulau Payar,
bermalam di Pulau Langkawi dan keesokan harinya ke
pangkalan Kuala Kedah, Kedah. Peserta akan diberi
berkesempatan untuk berjumpa dan menemu bual
pengusaha-pengusaha yang terlibat di sepanjang
program tersebut.
Adalah menjadi harapan Jabatan Perikanan agar
program seumpama ini akan mendapat publisiti daripada
media massa dalam usaha untuk menarik lebih ramai
pihak swasta dan usahawan untuk berkecimpung di
dalam industri perikanan. Satu upacara penyerahan logo
Program Kembara Media Bersama Jabatan Perikanan
kepada wakil pengamal media juga telah diadakan.
Tuan/puan yang dihormati sekalian,
Jabatan Perikanan juga turut menyediakan Takwim 2012
bagi memudahkan pengamal media membuat liputan ke
atas program dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan
sepanjang tahun 2012 ini. Adalah menjadi harapan
semoga takwim tersebut dapat membantu dalam
melaksanakan aktiviti-aktiviti secara lebih terancang dan
sistematik. Kebanyakan aktiviti yang disediakan adalah
merupakan “touch point project” kepada masyarakat
terlibat dan juga majlis interaksi bersama golongan
sasar yang membolehkan Jabatan Perikanan memberi
sentuhan kalbu kepada mereka berkenaan.
Tuan/puan yang dihormati sekalian,
Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada
pengamal media di atas sumbangannya dalam
membantu membangunkan minda golongan sasar iaitu
penternak/pengusaha akuakultur, nelayan dan
pengusaha industri asas tani. Saya percaya keikhlasan
pengamal media dalam melaksanakan tanggungjawab
akan difahami oleh rakyat. Sesungguhnya maklumat
yang tepat, pantas dan kaedah penyebaran yang kreatif
amat penting dalam memberikan pengetahuan dan
kefahaman kepada rakyat dan seterusnya berjaya
membangkitkan kesedaran mereka untuk sama-sama
menyokong dan menjayakan agenda pembangunan
Jabatan Perikanan.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas
dan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang
telah menjayakan majlis berkenaan. Kepada pengamal
media pula, saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan
terima kasih kerana telah sudi melapangkan masa untuk
hadir bersama dalam majlis berkenaan walaupun sibuk
dengan tugas dan komitmen masing-masing. Adalah
menjadi harapan saya agar hubungan baik yang sedia
terjalin di antara Jabatan Perikanan dan pengamal
media akan terus berkekalan dan berpanjangan dalam
usaha kita mengisi peranan masing-masing bagi
menjayakan nation building dan membantu Jabatan
Perikanan ke arah meningkatkan tahap sosioekonomi
rakyat melalui kuasa jari jemari tuan-tuan dan puan-
puan.
Sekian, wassalam.
(DATO’ AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)
Ketua Pengarah
Jabatan Perikanan Malaysia
Putrajaya
(sambungan dari muka surat 1)
5
i) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2012
Tajuk: Pelaksanaan Urusan Perkhidmatan Pegawai
Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem
Saraan Malaysia
Tujuan: Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan
pelaksanaan urusan perkhidmatan Pegawai
Perkhidmatan Awam Persekutuan yang dikekalkan
mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM) selaras
dengan keputusan kerajaan sebagai mana
diumumkan pada 8 Mac 2012.
Tarikh: 15 Mei 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012
Tajuk: Kaedah Pemberian Anjakan Gaji Berdasarkan Jadual
Gaji Minimum-Maksimum
Tujuan: Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan
memaklumkan kaedah pemberian Anjakan Gaji
berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum
(JGMM) kepada pegawai yang telah melepasi tahap
kompetensi pada Aras IV dalam Penilaian Tahap
Kecekapan (PTK) dan diluluskan pemberian Anjakan
Gaji oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia
(PPSM).
Tarikh : 16 April 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2012
Tajuk: Dasar Baru Pelantikan Secara Peminjaman,
Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap
Tujuan: Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan
memaklumkan keputusan Kerajaan mengenai dasar
baharu pelantikan secara peminjaman, pertukaran
sementara dan pertukaran tetap yang meliputi syarat
peminjaman dan pertukaran sementara serta kaedah
penetapan gaji permulaan.
Tarikh: 20 April 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
iv) Surat Edaran JPA
Tajuk: Bantuan Pakaian Untuk Pasangan Pegawai Yang
Bertaraf Diplomatik
Tujuan: Kerajaan Telah Bersetuju Supaya Kadar Bantuan
Pakaian Untuk Pasangan Pegawai Yang Bertaraf
Diplomatik Yang Diperuntukkan Melalui Perenggan
2.2.4 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1994 dan
Pindaan Melalui Surat Kementerian Kewangan
KK/BP(29.00)617/32-5JD.2 (SK.1/96)/(9) bertarikh 5
November 1996.
Tarikh: 26 Mac 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
v) Surat Edaran JPA
Tajuk: Urusan Pertimbangan Kenaikan Pangkat PegawaiKumpulan Sokongan Perkhidmatan Guna SamaPersekutuan Yang Telah Memangku Sebelum 1 Oktober 2011
Tujuan: Dimaklumkan Bahagian Perkhidmatan JPA sedangdalam proses mengumpul maklumat bagi urusanpertimbangan kenaikan pangkat Pegawai SokonganPerkhidmatan Guna Sama Persekutuan yang telahmemangku selama sekurang-kurangnya enam (6)bulan iaitu sebelum 1 Oktober 2012.
Tarikh: 9 April 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
vi) Surat Edaran JPA
Tajuk: Maklumat Gaji Akhir Bagi Urusan PembayaranFaedah Persaraan dan Faedah Terbitan BerdasarkanPekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 atauPekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012
Tujuan: (Sila rujuk laman web untuk makluman seterusnya)
Tarikh : 12 April 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
vii) Surat Edaran JPA
Tajuk: Kaedah Pengiraan Elaun Pemangkuan BerikutanPelaksanaan Jadual Gaji Minimum – Maksimum DiBawah Sistem Saraan Malaysia
Tujuan: (Sila rujuk laman web untuk makluman seterusnya)
Tarikh: 10 Mei 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
viii) Surat Edaran JPA
Tajuk: Penjelasan Mengenai Kelayakan Elaun Berikutan
Pelaksanaan Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan
Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan
Malaysia
Tujuan: (Sila rujuk laman web untuk makluman seterusnya)
Tarikh: 29 Mei 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)
Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)
6
i) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2011
Tajuk: Pindaan Kepada Perenggan 4.1.1.1.VPekeliling Perbendaharaan Bil. 13 Tahun 2001 –Pengurusan Kehilangan dan Hapus Wang Awam
Tujuan: Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkanpindaan berhubung tempoh masa bagi PegawaiPenyiasat atau Jawatankuasa Siasatan menyediakanlaporan akhir berhubung kehilangan wang awam yanglengkap kepada Perbendaharaan berserta dengan syordan ulasan Pegawai Pengawal.
Tarikh: 6 April 2011
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: hhttp//www.mampu.gov.my
Dari MAMPUDari MAMPU
Dari PerbendaharaanDari Perbendaharaani) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2012
Tajuk: Kontrak Pusat Sistem Panel Bagi Perolehan Bekalan
dan Pengiriman Minyak Pelincir dan Gris Jenis
Tempatan Kepada Semua Agensi Kerajaan di
Seluruh Semenanjung Malaysia (kecuali Angkatan
Tentera Malaysia)
Tujuan: Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini
bertujuan memaklumkan mengenai kaedah
perolehan untuk Kontrak Pusat Sistem Panel bagi
bekalan dan pengiriman minyak pelincir dan gris jenis
tempatan kepada semua agensi Kerajaan di seluruh
Semenanjung Malaysia (kecuali Angkatan Tentera
Malaysia)
Tarikh: 10 Mei 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my
ii) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2012
Tajuk: Kontrak Pusat Sistem Bagi Perolehan Mereka
Bentuk, Membuat, Menghantar, Memasang dan
Menyusun Perabot Logam Kepada Semua Agensi
Kerajaan di Semenanjung Malaysia
Tujuan: Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini
bertujuan memaklumkan mengenai Kontrak Pusat
Sistem Panel bagi perolehan Mereka Bentuk,
Membuat, Menghantar, Memasang dan Menyusun
Perabot Logam kepada semua Agensi Kerajaan di
Semenanjung Malaysia.
Tarikh : 23 Mei 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
iii) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2012
Tajuk: Tatacara Pengurusan Perolehan Kerajaan Secara
e-Bidding Melalui Sistem e-Perolehan
Tujuan: Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini
bertujuan untuk memaklumkan kepada semua
Kementerian/Jabatan (Agensi) mengenai tatacara
pengurusan perolehan Kerajaan secara e-Biddingmelalui sistem e-Perolehan (eP)
Tarikh: 2 Mei 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
iv) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2012
Tajuk: Peraturan Perolehan Perkhidmatan Percetakan
Dokumen Kerajaan
Tujuan: Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan
untuk memaklumkan kepada semua Kementerian,
Jabatan dan Badan Berkanun (Agensi) mengenai
tatacara perolehan perkhidmatan percetakan
dokumen Kerajaan.
Tarikh: 9 Mei 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
v) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2012
Tajuk: Tatacara Perolehan Perkhidmatan Kemudahan
Latihan Secara Pakej
Tujuan: Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan
untuk memaklumkan kepada Kementerian, Jabatan,
Badan Berkanun (Agensi) mengenai tatacara
perolehan perkhidmatan kemudahan latihan
secara pakej.
Tarikh: 9 Mei 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http//www.treasury.gov.my
vi) Surat Arahan Perbendaharaan
Tajuk: Keperluan Kelulusan Kementerian Kewangan Bagi
Peruntukan Sewa Ruang Pejabat
Tujuan: (Sila rujuk laman web untuk makluman seterusnya)
Tarikh : 18 April 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
vii) Surat Arahan Perbendaharaan
Tajuk: Penyerahan Bil/ Tuntutan Oleh Pembekal/ Kontraktor
Dalam Tempoh 14 Hari Kepada Agensi Kerajaan
Tujuan: (Sila rujuk laman web untuk makluman seterusnya)
Tarikh: 20 April 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
viii) Surat Arahan Perbendaharaan
Tajuk: Panduan Kod Bidang Bagi Perolehan Bekalan dan
Perkhidmatan di Laman Web e-Perolehan
Tujuan: (Sila rujuk laman web untuk makluman seterusnya)
Tarikh: 24 April 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
ix) Surat Arahan Perbendaharaan
Tajuk: Perubahan Kadar Harga Kontrak Kawalan
Keselamatan Berikutan Penguatkuasaan Akta Majlis
Penetapan Gaji 1947 (Perintah Peraturan Gaji)
(Saraan Minimum Berkanun Pegawai Keselamatan
Swasta di Sarawak dan Sabah) 2011
Tujuan: (Sila rujuk laman web untuk makluman seterusnya)
Tarikh: 9 Mei 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
x) Surat Arahan Perbendaharaan
Tajuk: Pembatalan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.8
Tahun 2002-Penggunaan Perkhidmatan Yang
Ditawarkan Oleh Kumpulan IKRAM Sdn. Bhd.
Tujuan: (Sila rujuk laman web untuk makluman seterusnya)
Tarikh: 9 Mei 2012
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
7
Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?
Menurut Wikipedia, Ikan Naga adalah dari famili
Stomiidae yang terbahagi kepada 27 genus
seperti Astronesthes, Chirostomias, Opostomias,Trigonolampa dan lain-lain. Ikan ini mendiami kawasan
dasar laut dalam yang lazimnya antara 50 hingga 1,000
meter. Ia bersifat pemangsa yang memakan ikan-ikan kecil
dan menghasilkan telur yang boleh terapung di permukaan
air sebelum menetas. Anak ikan ini akan turun ke kawasan
laut dalam setelah mencapai tahap dewasa.
Sesetengah spesies mempunyai badan yang nipis dan
panjang seperti ikan Timah (Trichiurus lepturus) dan tidak
mempunyai sisik tetapi terdapat bintik-bintik berpasir
menggerutu timbul sepanjang badan hingga ke bahagian
ekor seperti belakang ikan pari pasir (Gymnura spp.).Sesetengah spesies berwarna perak kebiruan metalik.
Matanya bersinar bulat dengan bola mata yang besar dan
jernih dengan bibir mulut nipis yang boleh terbuka luas.
Baru-baru ini seorang nelayan di Sungai Ular, Kuantan,
Pahang iaitu Encik Zainuddin Busu, 36, telah menemui
Ikan Naga (Regalecus glesne) yang ditemui mati
terdampar di pantai tersebut. Ikan tersebut yang bersaiz
lebih dua meter panjang, ditemuinya ketika turun ke pantai
untuk menangkap ikan. Menurutnya, pada mulanya dia
menyangka kertas plastik bersinar di pantai yang
dihanyutkan ombak, tetapi apabila mendekatinya ia adalah
sejenis ikan.
Jelasnya lagi, sehari sebelum kejadian, kelihatan tiga
hingga empat ekor ikan ini timbul di permukaan air
mengejar anak ikan. Pergerakannya sungguh cantik
berikutan terdapat sesungut merah berombak di bahagian
kepalanya.
“Kami terpukau melihat kumpulan ikan itu, sebab sebelum
ini tidak pernah melihat ikan secantik itu berenang di
permukaan air”, katanya.
“Sepanjang 20 tahun bekerja sebagai nelayan pantai, inilah
kali pertama saya melihat Ikan Naga”.
“Punca kematian tidak pasti. Mungkin ia mati kebuluran
kerana hasil bedah siasat perutnya tidak terdapat bahan
makanan. Cuma yang ada hanya pasir,” katanya.
Penemuan Ikan Naga ini dianggap kejadian yang pertama
berlaku di pantai negeri Pahang. Encik Zainuddin tidak
bercadang untuk menjual ikan tersebut tetapi akan
menyerahkan kepada Jabatan Perikanan untuk dibuat
kajian. Berikutan penemuan itu, rumahnya dikunjungi orang
ramai yang ingin melihat ikan berkenaan.
IKANNAGA
Panjang lebih dua meter
Perut kosong ... mungkin mati kebulur
Oleh
Mohamed Semail
Jabatan Perikanan
Negeri Pahang
Cantik ... badan mempunyai
tompokan berpasir
Ikan Naga yang berjaya ditangkap di luar negarasuatu ketika dahulu.
8
Amalkan mengambil satu sudu madu lebah padawaktu malam sebelum tidur, diikuti denganbeberapa teguk air masak. Pada awal pagi pula
(tidak kurang dari setengah jam sebelum bersarapan)amalkanlah memakan sebiji buah kurma segar.
Mengapa Madu dan Kurma?Madu lebah mempunyai pelbagai khasiat. Sabda NabiSAW: "Demi Allah yang aku dalam genggaman-Nya,minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat padapenghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jikaseseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
"Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan".
Buah Kurma pula mengurangkan risiko diserangpenyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencingmanis kerana kandungannya yang kaya dengan zatgalian seperti potasium, kalsium dan zat besi yangboleh menyihatkan sel darah merah. Buah kurma jugamerupakan sumber tenaga kerana mengandungiglukosa yang merupakan unsur gula dalam darah.Kurma merangsang kesihatan wanita yang hamil dananak yang dikandungi, memudahkan wanita bersalindan memberi tenaga tambahan. Membantu prosestumbesaran kanak-kanak dan membantu membentukminda yang sihat. Kesimpulannya, Madu lebah amatberkesan dari segi pencegahan, manakala buah kurmaamat penting bagi pertumbuhan dan peningkatankesihatan.
Gaya atau amalan pemakanan seharian sejak kitabangun tidur sehingga masuk tidur, merupakan penentuutama tahap kesihatan kita untuk hari-hari seterusnya.Jika pengambilan setiap makanan/minuman dilakukandengan tidak berhati-hati, risiko pengumpulan bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti lemak, kolesterol,kimia, toksik, racun, kafein, dadah dan lain-lain dalamsistem dalaman tubuh adalah tinggi.
Segala bahan inilah yang akan menjadi penyebabpelbagai masalah kesihatan mahupun penyakit kronikseperti barah, darah tinggi, kencing manis, lemahjantung, kegemukan dan lain-lain. Amalan makan madulebah sebelum tidur adalah satu cara terbaik untukmengimbangi atau menangani masalah tersebut.
Bahan-bahan aktif yang terdapat dalam madu lebahakan melakukan kerja-kerja penyingkiran toksik, bahankimia, racun, menghancurkan lemak dan kolesterol,meredakan ketegangan saraf dan memperkayakankandungan vitamin dan zat dalam tubuh, semasa kitatidur. Pada waktu pagi, sebelum menjamah sebarangjenis makanan, daya serap semua sel dan saraf dalamtubuh berada pada tahap yang tinggi. Keadaan inimenyebabkan kandungan vitamin, glukosa semula jadidan zat yang terdapat dalam buah kurma dapat diserapoleh sistem tubuh secara maksimum. Ini memberikesan yang amat besar dalam daya tahan dan tahapkesihatan seseorang yang mengamalkannya.
Dengan rutin yang tetap dan gaya pemakanan tersebut,insya-Allah selepas beberapa bulan mengamalkannya
akan berlaku pelbagai perubahan, melibatkanpeningkatan kesihatan dan penyembuhan penyakitsecara cepat dan berkesan.
Khasiat Madu Lebah Asli v Madu digunakan dalam perubatan tradisional
seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi. v Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan
kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungibahan mineral serta vitamin yang diperlukan olehtubuh badan manusia.
v Madu merupakan bahan peneutral yang bertindakmenyingkirkan toksik, bahan kimia, racun,kolesterol serta memecahkan lebihan lemak dalamsistem tubuh.
v Madu boleh menghilangkan kepanasan badan,batuk, selesema, mencerdaskan otak, melancarkandarah, meredakan urat saraf, melawaskan sistempembuangan, menstabilkan sistem pernafasan,menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis,darah tinggi dan barah.
v Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin,melancarkan sistem pencernaan, baik untukkecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus,meningkatkan daya ketahanan badan.
v Madu juga baik untuk wanita mengandung (bulanke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin.
Khasiat Buah Kurma Segar v Kandungan anti oksidan di dalam kurma adalah
dua kali ganda berbanding kismis, aprikot keringdan blueberry.
v Kurma memberi tenaga serta-merta menerusikandungan gulanya sebanyak 50 hingga 57 peratusglukosa. Orang berpuasa yang berbuka dengankurma akan berasa segar dan bertenaga sertadapat beramal tanpa rasa letih atau mengantuk.
v Potasium yang diperlukan oleh tubuh badan untuksistem saraf terkandung di dalam kurma. Potasiumjika diambil berlebihan tidak memudaratkan tubuhbadan, sebaliknya sangat baik untuk mengatasimasalah seperti sembelit, lemah otot, letih, stres,sengal-sengal badan dan untuk menguatkan dayaingatan.
v Sekiranya dimakan tanpa membuang kulitnya,kurma dikatakan dapat melawaskan pembuangannajis dan mencegah daripada masalah barah usus.
v Kurma juga sesuai untuk dimakan oleh wanita yangkekurangan susu badan kerana kandungan zat besidan kalsium di dalam kurma dapat menambahkanair susu.
v Kurma turut membantu dalam tumbesaran kanak-kanak yang berperanan dalam pembentukan darahdan sumsum tulang.
v Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisarhalus dan dijadikan serbuk seperti teh. Serbuk inikemudian direndam dan diminum untukmenyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Kurmajuga digunakan dalam kaedah perawatan sufi.
Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara di atas, alhamdulillah. Sekurang-kurangnya anda telahmenunaikan kewajiban iaitu menjaga kesihatan tubuhbadan yang dikurniakan oleh Allah SWT.
PETUA KESIHATAN
KHASIAT MADU DAN KURMA
9