JURNAL 3

download JURNAL 3

of 4

description

JURNAL PRAKTIKUM

Transcript of JURNAL 3

JURNALBilangan Jurnal : 3/12Minggu Praktikum : Minggu ketigaTarikh Peristiwa : 10 - 14 Februari 2014Tajuk Jurnal : Bahan Bantu Mengajar Efektif

1. Masalah / Peristiwa Pada minggu ini, saya telah diselia oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Bagi tujuan itu, saya telah menyediakan beberapa perancangan aktiviti dan merancang untuk menghasilkan beberapa bahan bantu mengajar yang menarik dan dapat memberikan impak kepada pembelajaran murid. Selain itu, saya mencuba untuk menyediakan lembaran kerja yang kreatif agar dapat menarik minat murid dalam menyiapkan tugasan yang diberikan agar murid lebih bermotivasi dalam pembelajaran. Pelbagai cabaran telah dihadapi sepanjang membuat persediaan pengajaran dan saya telah berjaya menghadapinya.

1. Analisis

Berdasarkan perancangan yang telah dibuat, saya begitu bersemangat sekali untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik. Saya cuba untuk berfikir di luar jangkaan agar tidak terikat dengan idea yang sama. Selain itu, saya ingin bahan bantu mengajar yang dihasilkan dapat digunakan secara maksimum dan dapat mengaitkan kemahiran yang dipelajari dengan kehidupan seharian. Hal ini kerana, menurut Mohd Dahlan (1992), penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar mengikut cara yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau tumpuan muridmurid terhadap pembelajaran. Pengunaan bahan bantu mengajar juga turut memudahkan guru dalam penyampaian konsep kepada pelajar.

Selain itu, saya juga ingin menyediakan sesuatu yang menarik untuk dijadikan aktiviti kumpulan agar murid dapat memberikan komitmen dalam menjalankan tugasan yang diberikan. Oleh itu, saya mengambil pendekatan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) iaitu Liquid Crystal Display (LCD) untuk menyediakan bahan bantu mengajar ini. Kajian Gayeski (1986), penggunaan komputer untuk pengajaran graf, carta dan kerja lukisan kini kian mudah dan canggih.

Namun, masalah timbul apabila saya menghadapi kekangan masa untuk menyediakan bahan-bahan bagi tujuan penyeliaan. Dengan keadaan lesu dan keletihan, saya hampir sahaja tidak mampu menyiapkan bahan pengajaran tersebut. Berkat kesungguhan, saya akhirnya berjaya menyiapkan kesemua bahan pengajaran bagi penyeliaan walaupun terpaksa tidur lewat. Walaupun begitu, saya amat berpuas hati dengan hasil yang diperolehi apabila saya melihat murid begitu teruja semasa melaksanakan aktiviti dan menunjukkan maklum balas yang baik.

Cadangan Tindakan Susulan

1. Saya akan cuba untuk memperbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti yang menarik bagi menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti yang telah saya rancangkan. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (Omardin Ashaari, 1999)

1. Saya akan berusaha untuk menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk penyelesaian masalah atau permainan yang melibatkan kemahiran yang diajarkan kerana keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145).

1. Bagi meningkatkan minat murid, saya akan membina bahan bantu mengajar yang berwarna warni, menarik, kreatif dan dapat digunakan secara maksimum. Keberkesanan media pengajar iaitu mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang berterusan dalam diri pelajar (Naim Ahmad,1989).

1. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba menggunakan pengalaman ini dengan sebaik mungkin. Sebaik sahaja perkara ini telah saya kenalpasti, saya akan melaksanakan tindakan susulan yang telah saya rancangkan. Hal ini kerana Bahan Bantu Mengajar tidak kurang pentingnya dalam menarik minat para pelajar (Dale, 1963). Pencapaian objektif pembelajaran merupakan aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya tindakan ini dapat dijalankan dengan segera, sudah pasti aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan baik dan lancar.

Disemak oleh guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :..Nama :. Nama :...Tarikh : Tarikh :..

BibliografiDale, E. (1969). Audio Visual Method in Teaching. New York : Holt Rinehart and WinstonGayeski. D. M (1986). Interative Media. New jersey: Prentice Hall PTRMohd. Dahlan Mohd Ramli. (1992). Keberkesanan Penggunaan Alat dan Bahan Bantu Mengajar Peserta-peserta KPK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Satu Tinjauan. Mei (4) Jurnal Guru m.s. 270 280.

Naim Hj. Ahmad. (1994). Video pendidikan: Tinjauan pendidikan Jarak Jauh Ciri dan Penilaian, Jurnal Wawasan. Mac: m.s.57 65.

Omardin Ashaari (1999). Pembelajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rashidi Azizan & Abd. Razak Habib. (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah: Kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.