JURNAL 4

5
JURNAL Bilangan Jurnal : 4/12 Minggu Praktikum : Minggu keempat Tarikh Peristiwa : 17 – 21 Februari 2014 Tajuk Jurnal : Penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran 1. Masalah / Peristiwa Pada minggu ini, saya berkeputusan untuk mencuba pendekatan pengajaran yang baharu iaitu, menggunakan alat bantu mengajar berteraskan teknologi. Jadi, saya telah merancang satu sesi pengajaran Matematik menggunakan alat bantu mengajar yang berteraskan teknologi iaitu paparan cecair Kristal (LCD) sebagai medium dan sumber pengajaran dan pembelajaran. Berikutan penggunaan alat tersebut, saya telah mendapat maklum balas yang positif dan negatif berkenaan dengan tindakan saya tersebut. 1. Analisis Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik pada minggu ini, saya telah menggunakan alat LCD sepenuhnya sebagai medium pengajaran. Syukurlah, saya telah mendapat maklum balas positif di atas pilihan saya untuk menggunakan

description

jurnal praktikum

Transcript of JURNAL 4

Page 1: JURNAL 4

JURNAL

Bilangan Jurnal : 4/12

Minggu Praktikum : Minggu keempat

Tarikh Peristiwa : 17 – 21 Februari 2014

Tajuk Jurnal : Penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran

1. Masalah / Peristiwa

Pada minggu ini, saya berkeputusan untuk mencuba pendekatan pengajaran

yang baharu iaitu, menggunakan alat bantu mengajar berteraskan teknologi. Jadi,

saya telah merancang satu sesi pengajaran Matematik menggunakan alat bantu

mengajar yang berteraskan teknologi iaitu paparan cecair Kristal (LCD) sebagai

medium dan sumber pengajaran dan pembelajaran. Berikutan penggunaan alat

tersebut, saya telah mendapat maklum balas yang positif dan negatif berkenaan

dengan tindakan saya tersebut.

1. Analisis

Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik pada minggu ini, saya

telah menggunakan alat LCD sepenuhnya sebagai medium pengajaran. Syukurlah,

saya telah mendapat maklum balas positif di atas pilihan saya untuk menggunakan

alat berkenaan di mana ia sangat sesuai digunakan terutamanya untuk

memaparkan video yang digunakan untuk set induksi. Tambahan pula, saya telah

menggunakan fungsi ‘animation’ bagi mejadikan paparan slide lebih menarik.

Menurut Ismail (2002), media interaktif sebagai media pembelajaran sangat

berfaedah kepada pembelajaran kerana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah dapat disokong dengan maklumat, nota dan arahan.

Page 2: JURNAL 4

Secara tidak langsung, saya telah memberi gambaran yang menunjukkan

kecekapan dalam mengendalikan alat teknologi yang mana merupakan satu

kemahiran penting bagi seorang guru. Penggunaan alat bantu mengajar ini

dikatakan dapat meningkatkan minat serta meransangkan minda pelajar di zaman

siber ini dan telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan

pembelajaran (Kamps,1994; Slavin, 1995; Jonassen, 1996; Mackenzie &Jansen,

1998; Heinich et al, 1999).

Namun, disebalik kelebihan menggunakan LCD, saya juga telah mendapat

maklum balas yang negatif kerana telah melibatkan aktiviti yang kurang sesuai

apabila menggunakan LCD sebagai medium pengajaran. Pemasangan LCD

memakan masa yang lama menyebabkan mereka menjadi bosan dan akhirnya

tidak fokus kepada pengajaran lagi.

Cadangan Tindakan Susulan

a) Saya patut memikirkan alat bantu tambahan yang sesuai agar dapat mengaitkan

pembelajaran menggunakan LCD dengan alat bantu mengajar bersifat konkrit

Contoh : menyediakan alat bantu mengajar yang berbentuk maujud sebagai

bahan sokongan kepada paparan kerana bahan maujud boleh dilihat dari dekat

dan mampu menyokong maklumat yang dipaparkan dengan memanipulasi objek

berkenaan.

b) Pilih aktiviti yang bersesuaian dengan objektif pembelajaran dan juga alat bantu

mengajar yang dipilih agar ketiga-tiga aspek ini saling berkaitan dan mampu

memaksimumkan pembelajaran murid-murid. Malahan saya akan memperkaya

kemahiran teknikal di samping mengemaskinikan perisian dan perkakasan

(Markham et. al., 2003).

Page 3: JURNAL 4

a) Sebagai seorang guru, saya harus bersikap prihatin dan teliti dalam memilih alat

bantu mengajar yang bersesuaian dengan topik yang diajar agar objektif

pembelajaran dapat dicapai. Kaedah pengajaran dengan menggunakan

komputer dapat meningkatkan motivasi dan minat pelajar. Dapatan ini disokong

oleh kajian yang dibuat oleh Jonassen (1998, dalam Lim dan Fatimah, 2003,

m.s. 75),

b) Di samping itu, saya perlu memikirkan kesesuaian pemilihan alat bantu

mengajar dengan keadaan lokasi, bilangan murid, aktiviti yang dijalankan, masa

yang diperuntukkan serta kawalan kelas dan disiplin murid. Penekanan perlu

diberi bahawa ia bukan hanya sebagai penyampai maklumat tetapi juga

merupakan alat pengajaran dan pembelajaran (Abdullah, 1999).

2. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dengan segera. Sebaik sahaja, masalah

ini telah saya kenalpasti, saya akan melaksanakan tindakan susulan yang telah

saya rancangkan. Pencapaian objektif pembelajaran merupakan aspek penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak diatasi

dengan segera, sudah tentu proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan

berjalan dengan sempurna.

Page 4: JURNAL 4

Disemak oleh guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :………………… Tandatangan :…………………..

Nama :…………………………. Nama :…………………………...

Tarikh :………………………… Tarikh :…………………………..

BIBLIOGRAFI

Abdullah bin Md Yatim. Perkembangan Internet dan Implikasi terhadap Suasana Pengajaran Sekolah: Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Jurnal Pendidikan. Guru Bil. 12/1999.Johor Bahru, Johor. 2002

Heinich, R.Molenda, M. Rusel J.D and Smaldino, S.E. Instructional Media and Technologies forLearning. Edisi 7. New Jersey. Prentice Hall. 2002.

Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Lim Chap Sam, Fatimah Salleh, Munirah Ghazali (2003). Alat Bantu Mengajar Matematik. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Markham, T., Mergendooler, J., Learmer, J. and Ravitz, J. (2003). Project based Learning Handbook. Hong Kong: Quinn Essentials Books and Printing, Inc.