jurnal 4

download jurnal 4

of 2

description

jurnal praktikum

Transcript of jurnal 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARUKELANTANPENULISAN JURNAL REFLEKTIFJurnal Reflektif Minggu Keempat(16 Ogos 2015 20 Ogos 2015)Masalah:Pada minggu keempat, saya telah menghadapi masalah mengawal kelas. Pada semester ini murid-murid 1 Bestari dan 4 Gemilang teramatlah nakal sampai kawalan kelas pada semester ini pada mula saya rasa sangat teruk. Selain itu pengurusan masa saya juga lemah. Misalnya dalam aktiviti kumpulan lebih lagi kawalan kelas masa ini saya rasa sangat susah untuk mengawal kerana murid akan bertukar dari satu stesen ke satu stesen yang lain.

Analisis:Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan yang saya jalankan mungkin cepat dan simple. Sampai terdapat kumpulan yang cepat menyiapkannya. Hal ini kerana kumpulan yang cepat menyiapkan tugasan tersebut sudah pandai dan mereka yang selalu membuat bising. Oleh itu, kawalan kelas menjadi sukar untuk dikawal. Di samping itu dalam pengurusan masa, saya tidak menyedari masa bergerak terlalu cepat. Daripada satu tunjang hendak ke tunjang lain itu saya selalu lambat atau terlebih masa.

Cadangan:Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan cara-cara mengawal kelas dan juga perancangan masa dengan lebih sempurna. Dengan cara ini, saya dapat memastikan kawalan kelas tidak lagi tidak terkawal, saya perlu sentiasa bersuara tegas kerana selama ini suara saya terlalu perlahan. Bagi pembahagian masa pula, saya akan sentiasa mengunci jam tangan bagi menyelesaikan masalah ini. Saya akan mendapat bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah di samping berbincang dengan rakan-rakan.

Tempoh Masa:Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran akan datang kerana kawalan kelas dan pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya, masalah ini tidak dapat diatasi dengan segera, sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancang tidak akan tercapai sepenuhnya.

Tindakan Susulan:Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan dan menyediakan aktiviti pengukuhan yang berbeza bagi murid-murid yang advance bagi mengawal kelas daripada bising. Biasanya pada hari Selasa, ketika aktiviti kumpulan dilaksanakan. Semasa aktiviti kumpulan, ia dijalankan selepas waktu rehat. Biasanya selepas waktu ini, kanak-kanak akan bergerak aktif kerana telah mendapat tenaga yang lebih. Oleh sebab itu, kawalan kelas pada masa ini sangat penting.