Jurnal

download Jurnal

of 34

description

pendidikan

Transcript of Jurnal

  • Journal of Social Science, Volume 3, Sept 2011, Page 1-34/ ISSN: 2231-7333

    Penggunaan Alat Bantu Mengajar (Abm) Di Kalangan Guru-

    Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik

    Daerah Johor Bahru, Johor

    Abdul Rahim Bin Hamdan1, Hayazi Bin Mohd Yasin

    1

    1Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

    Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk melihat penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru, Johor. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang diedarkan kepada 103 orang guru teknikal dari empat buah sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru. Segala data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package For Social Science (SPSS version 13.0) untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru teknikal adalah sederhana. Selain itu, penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting menurut guru-guru teknikal. Dapatan kajian juga mendapati faktor sikap dan minat, pengurusan dan pentadbiran, beban tugas, kewangan serta kemahiran dan pengetahuan kurang mempengaruhi guru-guru teknikal dalam penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui analisis ujian t di dapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengenai tahap dan faktor yang mempengaruhi penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan tetapi terdapat perbezaan yang signifikan mengenai kepentingan penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan. Hasil kajian memerlukan tindakan dari pihak guru, pentadbir sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membantu meningkatan lagi penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru.

    Kata kunci: Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM), guru-guru teknikal

    Abstract: This research was carried out to identify of using teaching aids among technical teachers in Technical

    school in Johor Bahru, Johor. The instruments of this research were questionnaires and distributed to the 103

    technical teachers from four Technical School in Johor Bahru. The collected data were analyzed by using Statistical

    Package For Social Science (SPSS version 13.0) computer software in order to determined the frequency,

    percentage and mean. The findings had shown that the level of teaching aids usage by technical teachers are

    medium. The usage of teaching aids are important in the enthuse and the attitude, management and administration,

    work overload, finance, knowledge and skill factors are not influencing the technical teachers in the usage of

    teaching aids. From the analysis via t test it show, there is no significant differences based on level and factors influences between male and female technical teachers but is a the differences about the importance of usage

    teaching aids for teaching and learning process. This study show that teachers, school administration, JPN and

    Ministry of Educational need to take part and have to increase the using of teaching aids among teachers.

    Keywords: Teaching aids, technical teachers

    1.0 PENGENALAN

    Berbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran digunakan pada zaman sekarang

    sehinggalah penggunaan sumber berkomputer dan berteknologi diguna pakai dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran berbanding zaman dahulu yang hanya menggunakan papan batu

  • 2

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    dan kapur. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ransangan dari pelbagai sumber penting

    bagi membina daya kreativiti dan inovasi pelajar. Bahan-bahan terkini perlu disediakan agar

    dapat membantu pelajar memahami konsep yang diajar dan sebagai menyokong pengajaran guru

    itu sendiri.

    Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai

    psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran

    yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan alat bantu

    mengajar) bagi meransang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Lantaran

    itu guru-guru teknikal haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan memperbanyakkan

    penggunaan ABM dalam pengajaran mereka. ABM adalah penting dalam pengajaran dan

    pendidikan kerana ianya dapat meransang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar.

    Menurut Ng Ying (2004), semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi

    adalah melalui deria kita sendiri seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau.

    Penggunaan ABM tidak dapat dielakkan dalam pengajaran guru kerana penggunaan alat-alat ini

    dapat membantu pelajar menajamkan deria mereka bagi membantu mereka mencapai

    pembelajaran yang berkesan.

    Dengan itu, guru-guru teknikal hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan semasa tentang

    teknik mengajar dan kesannya ke atas proses pembelajaran pelajar. Guru-guru teknikal juga

    perlu sentiasa berusaha ke arah pengajaran yang dapat memberikan kesan positif kepada

    pelajarnya. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah,

    malahan dapat melahirkan pelajar yang dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan negara.

    2.0 LATAR BELAKANG MASALAH

    Ada guru yang membosankan pelajar kerana cara pengajaran yang tidak berubah dari hari demi

    hari, minggu demi minggu dan tahun demi tahun. Sepatutnya yang perlu digunakan adalah

    sedikit imaginasi bagi mengubah cara penyampaian, mencari pendapat baru atau mencuba

    kaedah baru dan menggunakan bantuan peralatan bagi menyokong pengajarannya. Guru harus

    memahami citarasa pelajarnya yang berusia muda dan cuba menyesuaikan pengajarannya (Pusat

    Perkembangan Kurikulum, 1990). Menurut Brophy (1998) dalam Ng Ying (2004) mengatakan

    bahawa proses pembelajaran merupakan sesuatu yang menyeronokkan sekiranya kurikulum yang

    digubal dan guru yang melaksanakan aktiviti yang selari dengan kehendak dan minat pelajar.

    Dalam dapatan kajian Indrawati (2003), beliau mendapati bahawa faktor pengajaran guru

    mempunyai pengaruh yang kuat terhadap prestasi pelajar. Dapatan kajian beliau menyamai

    laporan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) pada tahun 1992,

    antara faktor yang mempengaruhi pencapaian prestasi pelajar ialah kaedah pengajaran yang

    dipraktikkan oleh guru dalam bilik darjah.

    Ng Ying (2004) pula menyatakan dalam kajiannya, kajian-kajian pendidikan yang

    terdahulu mendapati bahawa antara sebab pelajar tidak berminat untuk mengikuti pelajaran

    dalam kelas adalah kerana corak dan pola pengajaran yang membosankan mereka. Selain itu,

    penurunan motivasi belajar di kalangan para pelajar juga disebabkan oleh sifat pengajaran yang

    homogen dan berbentuk sehala (guru-pelajar) di kalangan kebanyakan guru. Penggunaan ABM

    perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan

    berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran

    yang lebih menarik dan menyeronokkan (Mok Soon Sang, 2001).

  • 3

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    Ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan ABM kepada guru-guru dalam

    menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Seseorang guru harus mahir mengenal pasti,

    membuat keputusan untuk memilih ABM yang berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk

    mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Ini kerana penggunaan ABM amat penting kepada

    guru bagi membantu mereka menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai

    ilmu yang disampaikan. Di antara kepentingan ABM yang dapat disebutkan di sini adalah seperti

    berikut:

    i. Membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi pelajaran.

    ii. Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang

    berlangsung.

    iii. Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran dan

    pembelajaran.

    (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990)

    Dalam pendidikan banyak inovasi diperkenalkan bagi memudahkan proses pengajaran

    dan pembelajaran guru. ABM memudahkan para guru mentransmisikan ilmu pengetahuan

    kepada pelajarnya. Ia juga membantu interaksi sosial antara guru dan pelajarnya dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran. Guru sepatutnya dapat menggunakan sebarang bahan yang ada

    dan sesuai dalam proses interaksinya dengan pelajar-pelajarnya.

    Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung kepada

    keberkesanan guru memilih dan menggunakan ABM yang sesuai. Di sekolah, Pusat Sumber

    Sekolah merupakan tempat yang boleh menjadi rujukan kepada guru-guru dalam mendapatkan

    sumber pengajaran. Walau bagaimanapun, sesebuah sekolah yang mempunyai Pusat Sumber

    yang dilengkapi ABM tidak dapat membantu pelajar dalam pembelajarannya jika gurunya tidak

    menggunakan bahan itu dalam pengajarannya.

    Sememangnya ABM memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran guru termasuklah guru-guru teknikal. Adalah menjadi tanggugjawab guru untuk

    menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi membantu kefahaman pelajar-pelajarnya tentang

    konsep dan ilmu pelajaran yang hendak disampaikan.

    3.0 PERNYATAAN MASALAH

    Cabaran pendidikan kini mengalami gelombang perubahan yang semakin ketara dengan

    wujudnya kurikulum dan mata pelajaran yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan.

    Ini termasuklah kewujudan sekolah menengah teknik yang menjuruskan ke arah bidang sains dan

    teknologi. Justeru itu, penggunaan ABM perlulah dititik beratkan dalam pengajaran guru-guru

    teknikal agar pelajar-pelajar ini mampu menjadikan mata pelajaran tersebut sebagai asas untuk

    melibatkan diri dalam dunia pekerjaan atau meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih

    tinggi.

    ABM bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan kini. Oleh itu, guru perlu bijak

    memilih kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk para pelajarnya kerana ia membantu guru

    tersebut menyediakan bahan-bahan pengajaran yang bermakna dan menarik serta mampu

    memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan

    Negara (Ee Ah Meng, 1997). Guru haruslah melakukan anjakan paradigma dalam pengajaran

  • 4

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    mereka dan tidak semata-mata menggunakan kaedah chalk and talk dalam pengajaran. Ini kerana kaedah ini membosankan dan menurunkan motivasi pelajar untuk belajar. Guru perlu

    mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka sejajar dengan cabaran

    pendidikan masa kini dengan mendedahkan kepada pelajarnya dengan ABM yang mampu

    membantu kefahaman dan menolong pelajar ke arah pembelajaran yang lebih bermakna.

    Persoalannya, sejauhmanakah penggunaan ABM di kalangan guru-guru teknikal di sekolah

    menengah teknik di daerah Johor Bahru dalam proses pengajaran dan pembelajarannya?

    4.0 OBJEKTIF KAJIAN

    Berpandukan kepada persoalan kajian di atas, objektif kajian ini adalah untuk:

    1. Mengenalpasti tahap penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

    kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru.

    2. Mengetahui kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru.

    3. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik

    daerah Johor Bahru.

    4. Melihat perbezaan tahap penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

    antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik

    daerah Johor Bahru.

    5. Melihat perbezaan kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah

    menengah teknik daerah Johor Bahru.

    6. Melihat perbezaan faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan

    di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru.

    5.0 SKOP KAJIAN

    Kajian ini hanya melibatkan guru-guru teknikal di sekolah-sekolah menengah teknik yang berada

    di daerah Johor Bahru, Johor sahaja. Terdapat empat buah sekolah yang telah dikenalpasti oleh

    penyelidik iaitu:

    a. Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru

    b. Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru

    c. Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri.

    d. Sekolah Menengah Teknik (ERT) Azizah, Johor Bahru

    Segala keputusan yang diperolehi nanti hanyalah melibatkan sekolah-sekolah menengah teknik

    di atas sahaja dan keputusannya tidak boleh disamakan dengan sekolah-sekolah di luar kawasan

    tersebut.

  • 5

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    6.0 SOROTAN KAJIAN

    Kajian Ng Ying (2004), mendapati tahap penggunaan antara jenis ABM, didapati tidak ada jenis

    ABM yang mempunyai tahap penggunaan tinggi oleh responden. Daripada sembilan jenis ABM,

    hanya dua jenis yang berada di tahap penggunaan sederhana oleh responden iaitu carta dan

    model. Kajian beliau juga menunjukkan bahawa tahap penggunaan ABM oleh guru-guru

    teknikal secara keseluruhannya mendapati 111 responden (88.8%) mencapai tahap penggunaan

    ABM yang rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seramai 14 responden (11.2%)

    pula mencapai tahap penggunaan ABM yang sederhana. Tiada responden yang mencapai tahap

    penggunaan ABM yang tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Ng Ying (2004), mendapati komputer peribadi dan disket atau perisian komputer

    mempunyai tahap penggunaan yang paling tinggi oleh responden. Tahap penggunaan sederhana

    pula dicapai oleh responden bagi jenis ABM seperti OHP, projektor slaid, carta dan model. Manakala gambar foto, radio dan televisyen merupakan jenis ABM yang mempunyai tahap

    penggunaan paling rendah oleh responden. Kamaruzaman (1995), mendapati penggunaan ABM

    yang berbentuk bukan elektronik seperti carta, alat sebenar, model dan gambar foto adalah

    berada pada tahap yang rendah penggunaannya oleh guru-guru dalam pengajaran dan

    pembelajaran mereka.

    Kajian Zainab (1995), tentang kekerapan penggunaan ABM di kalangan guru-guru

    Kemahiran Hidup di daerah Kerian, Perak yang mana seramai 103 responden terlibat mendapati

    penggunaan peralatan sebenar berada pada tahap yang tinggi iaitu 62% menggunakannya dalam

    setiap pengajaran. Manakala alat perakam video, projektor slaid dan komputer adalah ABM yang mencatatkan penggunaan yang rendah di kalangan guru-guru.

    Mohd Razi (2002), membuat kajian tentang penggunaan ABM di kalangan guru-guru Kemahiran

    Hidup di kalangan pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan mendapati secara keseluruhannya

    tahap penggunaan ABM di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup adalah pada tahap sederhana.

    Kajian beliau mendapati penggunaan bahan sebenar menunjukkan yang tertinggi penggunaan

    dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala yang terendah ialah penggunaan kamera fotografi

    dan gambar.

    Kajian Adzman (2003), mendapati penggunaan bahan bercetak, komputer dan LCD

    dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan penggunaan pada tahap yang tinggi oleh

    responden. Dapatan kajian juga mendapati tahap penggunaan OHP, model, peralatan sebenar dan transparensi dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan penggunaan pada tahap sederhana. Manakala tahap penggunaan slaid, poster, carta dan perakam video dalam pengajaran

    dan pembelajaran adalah pada tahap rendah dicatat oleh responden. Beliau juga mendapati

    penggunaan ABM yang pelbagai seperti kertas edaran, carta, buku kerja dan sudut kit juga

    digunakan oleh responden semasa pengajaran dan pembelajaran.

    7.0 METOD

    7.1 Reka Bentuk Kajian

    Reka bentuk kajian ini digunakan sebagai panduan untuk penyelidik mendapatkan data dan

    maklumat. Kaedah yang digunakan adalah berbentuk tinjauan deskriptif. Kajian deskriptif adalah

    kajian yang bertujuan untuk menerangkan suatu fenomena yang sedang berlaku dan ia digunakan

    di dalam penyelidikan pendidikan. Keadah ini adalah sesuai digunakan kerana ia bertujuan untuk

  • 6

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    mengumpulkan segala maklumat mengenai pembolehubah. Menurut Mohamad Najib (1999),

    kaedah tinjauan deskriptif sesuai digunakan untuk menerangkan keadaan atau perhubungan

    antara dua pemboleh ubah.

    Instrumen yang digunakan adalah soal selidik di mana ia diedarkan kepada responden

    untuk mendapatkan maklum balas dan maklumat yang berkaitan dengan persoalan kajian.

    Tujuan penyelidik menggunakan soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang

    berkaitan dengan penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru teknikal di sekolah

    menengah teknik daerah Johor Bahru, Johor.

    Penyelidik telah memilih instrumen ini kerana ia sering digunakan untuk beberapa kajian

    mengenai penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru di sekolah. Selain itu,

    instrumen ini juga mudah difahami dan dikelolakan. Beberapa perkara juga telah

    dipertimbangkan untuk memilih instrumen ini iaitu :-

    i. Instrumen jenis ini adalah menjimatkan waktu penyelidik dan guru-guru, cepat

    disamping menjimatkan kos.

    ii. Responden hanya perlu memilih jawapan yang sesuai sebagaimana yang telah disediakan. Ini dapat memudahkan responden dalam memberikan tindakbalas

    memandangkan responden yang dipilih adalah terdiri daripada guru-guru

    teknikal yang sentiasa sibuk dalam menjalankan tugas harian mereka di

    sekolah.

    Instrumen jenis ini adalah berbeza dengan cara temubual di mana responden terpaksa

    memilih jawapan. Tambahan pula, ia memerlukan masa, tenaga dan perbelanjaan yang besar

    (Mohd Majid, 1994). Menurut Mohd Majid (1994), soal selidik merupakan alat ukur yang

    digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Soal selidik juga dapat digunakan untuk

    mendapatkan maklumat yang tepat mengenai fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan

    sebagainya.

    7.2 Tempat Kajian

    Penyelidik menjalankan kajian ini di sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru, Johor.

    Terdapat empat buah sekolah menengah teknik di daerah ini iaitu SMT Johor Bahru, SMT

    Perdagangan, SMT Tanjung Puteri dan SMT (ERT) Azizah.

    7.3 Sampel Kajian

    Persempelan adalah merupakan pengambilan sebahagian daripada sesuatu populasi. Ia

    merupakan kaedah yang baik untuk mengurangkan kos dan menggambarkan seluruh populasi.

    Sebagaimana yang diketahui, sampel adalah sumber untuk mendapatkan data.

    Menurut Mohd Majid (1994), populasi merupakan satu cerapan ke atas sekumpulan

    individu atau objek. Individu atau objek yang dicerap mestilah mempunyai sekurang-kurangnya

    satu ciri atau sifat yang sama antara satu sama lain.

    Populasi bagi kajian ini merupakan guru-guru teknikal di sekolah menengah teknik di negeri

    Johor yang terlibat secara langsung dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian

    ini penyelidik menggunakan keseluruhan populasi sebagai sampel kajian.

  • 7

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    7.4 Instrumen Kajian

    Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian.

    Instrumen kajian ini sering digunakan dalam bidang kajian kerana ia agak mudah berbanding

    dengan cara lain. Menurut Mohd Majid (1994), soal selidik lebih praktikal dan berkesan

    digunakan terutama populasi yang besar. Selain itu, ia juga digunakan untuk mendapatkan semua

    maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan lain-lain.

    Kesemua item yang terdapat dalam borang soal selidik ini adalah dibina sendiri oleh

    penyelidik berdasarkan pada kesesuaian tajuk. Instrumen ini dibahagikan kepada empat bahagian

    iaitu :-

    i. Bahagian A

    Bahagian ini mengandungi tiga item yang merujuk kepada latarbelakang responden iaitu

    jantina, umur dan pengalaman mengajar.

    ii. Bahagian B

    Bahagian ini dibina berdasarkan persoalan kajian iaitu mengenai tahap penggunaan ABM

    oleh responden dalam pengajaran dan pembelajaran. Responden dikehendaki

    menandakan ( O ) pada pilihan yang berkenaan dengan responden berdasarkan skala yang

    diberikan.

    iii. Bahagian C

    Bahagian ini mengandungi 10 item soalan yang dibina berdasarkan persoalan kajian iaitu

    mengenai kepentingan penggunaan ABM oleh responden dalam pengajaran dan

    pembelajaran. Responden dikehendaki menandakan ( O ) pada pilihan yang berkenaan

    dengan responden berdasarkan skala yang diberikan.

    iv. Bahagian D

    Untuk bahagian D mengandungi 30 item soalan yang dibina berdasarkan kepada

    persoalan kajian. Penyelidik menggunakan skala likert untuk memberi pilihan jawapan

    kepada responden. Responden dikehendaki menandakan tahap persetujuan terhadap item-

    item dengan menandakan ( O ) pada setiap kotak item yang dikemukakan mengikut tahap

    persetujuan masing-masing. Mengikut Mohd Majid (1994), menyatakan bahawa skala

    likert boleh digunakan untuk mengedarkan sikap. Lima skala likert adalah seperti berikut :

  • 8

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    Jadual 1: Skala Likert 5 Mata

    LIKERT PENGKELASAN

    1 Amat Tidak Setuju (ATS)

    2 Tidak Setuju (TS)

    3 Tidak Pasti (TP)

    4 Setuju (S)

    5 Amat Setuju (AS)

    Melalui penggunaan skala likert lima gred ini, data-data yang diperolehi dianalisis dan

    dinyatakan mengikut bilangan, peratus dan min. Penyelidik menghasilkan keputusan analisis-

    analisis kajian pada bahagian C dan D dengan mengkategorikan skala kepada tiga kategori

    sebagaimana yang dinyatakan oleh Mohd Majid (1994).

    Jadual 2: Nilai Penskoran Item

    Skala likert 5 katogeri Skala likert 3

    katogeri

    Sangat tidak setuju dan tidak setuju Tidak

    setuju

    Tidak Pasti Tidak

    Pasti

    Sangat setuju dan setuju Setuju

    7.5 Kajian Rintis

    Kajian rintis terhadap soalan kajian dilakukan terlebih dahulu untuk menguji kesahan soalan.

    Menurut Mohamad Najib (1999), sebelum melakukan kajian sebenar, kajian rintis perlu

    dilakukan dengan menggunakan sampel yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi

    yang hendak diuji. Kajian rintis telah dilakukan oleh penyelidik ke atas 10 orang guru

    Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti.

    Pemilihan sampel untuk kajian rintis ini dilakukan secara rawak bertujuan bagi memastikan

    instrumen kajian yang diguna pakai bersesuaian dengan responden dan mempunyai kesahan

    ujian.

    Sebanyak 10 borang soal selidik telah diisi dan dikembalikan, diproses dan dianalisis

    datanya menggunakan Statistical Pakage for Social Science (SPSS) version 13 bagi mendapatkan koefisyen Cronbach. Nilai alpha cronbach bagi keseluruhan kajian ini ialah 0.8042. Menurut Mohamad Najib (1999), jika nilai Alpha 0.6 0.7 ia boleh diterima dan jika melebihi 0.8 adalah sangat baik.

    7.6 Analisis Data

    Dalam kajian ini, penggunaan perisian Statistical Pakage for Social Science (SPSS) version 13 telah digunakan untuk menganalisis ke semua data yang telah diperolehi daripada responden

  • 9

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    yang telah menjawab soalan. Perisian ini digunakan untuk mengelakkan berlakunya kesilapan

    yang mungkin dilakukan dengan pengiraan manual. Menurut Mohd Majid (1994), perisian

    komputer boleh digunakan untuk mempercepatkan proses pengiraan pekali kebolehpercayaan

    sesuatu alat ukur.

    Untuk mendapatkan nilai kekerapan, min dan peratus. Menurut Mohamad Najib (1999),

    statistik diskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, min, medium, mod dan

    peratus. Manakala bagi persoalan kajian 4,5 dan 6 analisis data menggunakan statistik inferensi

    untuk membuat andaian tentang populasi dengan menggunakan ujian t. Menurut Mohamad Najib

    (1999), statistik inferansi digunakan untuk melihat perbezaan antara pemboleh ubah dengan

    membuat andaian tentang populasi dengan menggunakan ujian t, ANOVA, khi-kuasa dua atau

    kolerasi.

    Dalam menentukan tanggapan positif atau negatif terhadap sesuatu aspek yang dikaji,

    ianya ditentukan oleh nilai min yang diperolehi melalui penganalisisan data. Menurut Mohd

    Majid (1994), nilai min itulah yang dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu rendah, sederhana

    dan tinggi. Nilai min kurang daripada tiga menandakan tanggapan negatif dan nilai min yang

    melebihi daripada tiga menandakan tanggapan positif.

    Jadual 3: Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus

    Peratus Skor

    0 59 Rendah 60 79 Sederhana 80 100 Tinggi

    (Sumber: Yusri, 2007)

    Jadual 4: Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min

    Min Tahap

    1.00 2.33 Rendah 2.34 3.67 Sederhana 3.68 5.0 Tinggi

    (Sumber: Wan Nur Azyyati, 2007)

    8.0 HASIL DAPATAN KAJIAN

    8.1 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 1

    Dalam bahagian ini, penyelidik menjelaskan tentang analisis persoalan kajian 1 mengenai

    taburan penggunaan ABM mengikut jenis ABM yang digunakan. Penyelidik telah

    menyenaraikan sepuluh ABM yang biasa digunakan di sekolah-sekolah dan memberi juga ruang

    kepada responden untuk menyatakan jenis ABM yang digunakan selain dari yang disenaraikan

    penyelidik. Di dapati bahawa tiada responden yang menyatakan ABM selain dari yang

    disenaraikan oleh penyelidik.

    Oleh yang demikian, bahagian ini menjelaskan tentang sepuluh ABM sahaja yang

    digunakan oleh responden sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Data dan

    analisis dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min.

  • 10

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    1. Tahap Penggunaan ABM

    Dalam bahagian ini, penyelidik menggunakan min bagi setiap penggunaan ABM

    responden bagi menjawab persoalan kajian 1 mengenai tahap penggunaan ABM di kalangan

    guru teknikal di SMT di daerah Johor Bahru. Di dapati purata min ialah 2.62. Ini menunjukkan

    tahap penggunaan ABM di kalangan responden adalah pada tahap sederhana.

    Jadual 5: Tahap Penggunaan ABM

    Bil Alat Bantu Mengajar Min Tahap

    1 Bahan bercetak 3.91 Tinggi

    2 Peralatan sebenar 3.54 Sederhana

    3 OHP dan transparensi 3.29 Sederhana

    4 Komputer dan LCD projektor 2.95 Sederhana

    5 Model 2.75 Sederhana

    6 Poster/Carta 2.61 Sederhana

    7 Gambar foto 2.33 Rendah

    8 Papan gulung 1.77 Rendah

    9 Televisyen dan video 1.66 Rendah

    10 Radio dan kaset 1.43 Rendah

    Purata Min dan Tahap 2.62 Sederhana

    Jadual 5 menunjukkan tahap penggunaan ABM di kalangan responden. Didapati hanya

    bahan bercetak sahaja yang mempunyai tahap penggunaan yang tinggi di kalangan responden.

    Didapati model, poster/carta, peralatan sebenar, OHP dan transparesni serta komputer dan LCD

    projektor adalah pada tahap sederhana penggunaannya di kalangan responden. Manakala

    televisyen dan video, radio dan kaset, gambar foto serta papan gulung adalah pada tahap rendah

    penggunaannya di kalangan guru-guru teknikal di sekolah menengah teknik di daerah Johor

    Bahru.

    2. Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 2

    Dalam bahagian ini, penyelidik menjelaskan tentang analisis persoalan kajian 2 mengenai

    kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menjawab

    persoalan kajian. Terdapat 10 item yang dikemukakan dalam bahagian ini bagi mendapatkan

    maklum balas dari responden samada tidak setuju, tidak pasti dan setuju. Analisis keputusan dari

    responden dinyatakan dalam bentuk peratus dan min seperti dalam Jadual 6.

    Jadual 6: Taburan Responden Mengenai Kepentingan Penggunaan ABM

    Dalam Pengajaran

    No Item TS TP S Min Tahap

    % % % 1 Pelajar lebih

    berminat dalam

    pembelajaran

    - - 7 6.8 96 93.2 4.32 Tinggi

  • 11

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    apabila saya

    menggunakan

    ABM.

    2 ABM

    memudahkan saya

    mengawal kelas

    semasa proses

    pembelajaran

    berlaku.

    - - 13 12.6 90 87.4 4.14 Tinggi

    3 Penerangan

    konsep dan isi

    pelajaran menjadi

    lebih mudah dan

    cepat dengan

    penggunaan

    ABM.

    1 1 2 1.9 100 97.1 4.32 Tinggi

    4 Penggunaan ABM

    dapat membantu

    saya

    menyampaikan isi

    pelajaran yang

    sukar dengan lebih

    berkesan.

    - - - - 103 100 4.35 Tinggi

    5 Penggunaan ABM

    dapat

    memotivasikan

    pelajar untuk

    belajar.

    4 3.9 15 14.6 84 81.6 4.06 Tinggi

    6 Pelajar lebih aktif

    apabila saya

    menggunakan

    ABM semasa

    mengajar.

    - - 13 12.6 90 87.4 4.10 Tinggi

    7 Penggunaan ABM

    dapat memberi

    idea-idea baru

    kepada pelajar.

    2 1.9 6 5.8 95 92.2 4.06 Tinggi

    8 Interaksi antara

    saya dengan

    pelajar menjadi

    lebih aktif apabila

    saya

    menggunakan

    ABM semasa

    mengajar.

    - - 1 1.0 102 99 4.26 Tinggi

  • 12

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    9 Penggunaan ABM

    dapat menjadikan

    suasana

    pembelajaran

    lebih menarik dan

    menyeronokkan.

    - - 1 1.0 102 99 4.34 Tinggi

    10 Tumpuan pelajar

    kepada pengajaran

    saya lebih baik

    semasa saya

    menggunakan

    ABM.

    1 1.0 5 4.9 97 94.2 4.17 Tinggi

    Purata Min dan Tahap 4.21 Tinggi

    Merujuk kepada Jadual 6, analisis kajian bagi item pertama iaitu pelajar lebih berminat

    dalam pembelajaran apabila menggunakan ABM dalam pengajaran mendapati kebanyakkan

    responden bersetuju dengan item ini iaitu seramai 96 orang atau 93.2% responden. Selebihnya

    iaitu seramai 7 orang atau 6.8% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item

    yang dikemukakan. Didapati tiada responden yang tidak bersetuju dengan item tersebut. Min

    bagi item ini adalah 4.32 iaitu berada pada tahap tinggi. Bagi item ke-2 yang menerangkan

    tentang ABM memudahkan kawalan kelas semasa proses pembelajaran berlaku mendapati

    kebanyakkan responden member maklum balas bersetuju terhadap item ini iaitu seramai 90

    orang atau 87.4% responden. Selebihnya iaitu seramai 13 orang atau 12.6% responden pula

    memberi maklum balas tidak pasti terhadap item yang dikemukakan. Di dapati juga tiada

    responden yang tidak bersetuju dengan item tersebut. Min bagi item ini adalah 4.14 iaitu berada

    pada tahap tinggi.

    Bagi item ke-3 pula menerangkan tentang penerangan konsep dan isi pelajaran menjadi

    lebih mudah dan cepat dengan penggunaan ABM mendapati seramai 100 orang atau 97.1%

    responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item ini. Seramai 2 orang atau 1.9%

    responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Didapati juga terdapat

    seorang responden (1%) yang memberi maklum balas tidak bersetuju dengan item tersebut. Min

    bagi item ini adalah 4.32 iaitu berada pada tahap tinggi.

    Item ke-4 pula menerangkan tentang penggunaan ABM dapat membantu menyampaikan

    isi pelajaran yang sukar dengan lebih berkesan memperolehi skor setuju paling tinggi dalam

    bahagian ini iaitu kesemua responden atau 103 orang memberi maklum balas bersetuju dengan

    item tersebut. Min bagi item ini adalah 4.35 iaitu berada pada tahap tinggi.

    Seterusnya, bagi item ke-5 menerangkan tentang penggunaan ABM dapat memotivasikan

    pelajar untuk belajar mendapati 84 orang atau 81.6% responden memberi maklum balas

    bersetuju terhadap item tersebut. Seramai 15 orang atau 14.6% responden pula memberi maklum

    balas tidak pasti dan selebihnya seramai 4 orang atau 3.9% responden memberi maklum balas

    tidak bersetuju terhadap item tersebut. Min bagi item ini adalah 4.06 iaitu berada pada tahap

    tinggi.

    Item ke-6 menerangkan tentang pelajar lebih aktif apabila menggunakan ABM semasa

    mengajar mendapati kebanyakan responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item

    tersebut iaitu seramai 90 orang atau 87.4% responden. Selebihnya iaitu seramai 13 orang atau

    12.6% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item yang dikemukakan.

  • 13

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    Didapati juga tiada responden yang tidak bersetuju dengan item tersebut. Min bagi item ini

    adalah 4.10 iaitu berada pada tahap tinggi. Bagi item ke-7 pula menerangkan tentang

    penggunaan ABM dapat memberi idea-idea baru kepada pelajar mendapati kebanyakkan

    responden memberi maklum balas bersetuju dengan item ini iaitu seramai 95 orang atau 92.2%

    responden. Seramai 6 orang atau 5.8% responden pula memberi maklum balas tidak pasti

    terhadap item tersebut. Manakala 2 orang atau 1.9% responden pula memberi maklum balas

    tidak bersetuju dengan item tersebut. Min bagi item ini adalah 4.06 iaitu berada pada tahap

    tinggi.

    Item ke-8 menerangkan tentang interaksi dengan pelajar menjadi lebih aktif apabila

    menggunakan ABM semasa mengajar mendapati kebanyakan responden memberi maklum balas

    bersetuju terhadap item tersebut iaitu seramai 102 orang atau 99% responden. Selebihnya iaitu

    seorang responden atau 1% memberi maklum balas tidak pasti terhadap item yang dikemukakan.

    Didapati juga tiada responden yang tidak bersetuju dengan item tersebut. Min bagi item ini

    adalah 4.26 iaitu berada pada tahap tinggi.

    Item ke-9 menerangkan tentang penggunaan ABM dapat menjadikan suasana

    pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan mendapati kebanyakan responden memberi

    maklum balas bersetuju terhadap item tersebut iaitu seramai 102 orang atau 99% responden.

    Manakala seorang atau 1% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item

    yang dikemukakan. Didapati juga tiada responden yang tidak bersetuju dengan item tersebut.

    Min bagi item ini adalah 4.34 iaitu berada pada tahap tinggi.

    Bagi item ke-10 pula menerangkan tentang tumpuan pelajar kepada pengajaran lebih baik

    semasa menggunakan ABM mendapati seramai 97 orang atau 94.2% responden memberi

    maklum balas bersetuju terhadap item ini. Seramai 5 orang atau 4.9% responden pula memberi

    maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Didapati juga terdapat seorang responden (1%)

    yang memberi maklum balas tidak bersetuju dengan item tersebut. Min bagi item ini adalah 4.17

    iaitu berada pada tahap tinggi.

    Berdasarkan Jadual 6, secara keseluruhannya mendapati bahawa nilai min purata bagi

    kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap

    tinggi iaitu 4.21. Ini menunjukkan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    adalah penting menurut guru-guru teknikal di SMT di daerah Johor Bahru.

    3. Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 3

    Dalam bahagian ini, penyelidik menjelaskan tentang analisis persoalan kajian 3 mengenai

    faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    bagi menjawab persoalan kajian.

    Terdapat 40 item yang digunakan bagi mendapatkan maklum balas dari responden. Item-

    item ini dibahagikan kepada lima bahagian yang terdiri daripada lima faktor yang dikaji oleh

    penyelidik. Faktor-faktor tersebut ialah faktor sikap dan minat, pengurusan dan pentadbiran,

    beban tugas, kewangan serta kemahiran dan pengetahuan. Analisis keputusan dari responden

    dinyatakan dalam bentuk peratus dan min.

  • 14

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    a. Keputusan dan Analisis Bagi Faktor Sikap dan Minat

    Dalam bahagian ini, penyelidik menjelaskan tentang analisis persoalan kajian 3 mengenai

    faktor sikap dan minat yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran bagi menjawab persoalan kajian.

    Terdapat 5 item yang dikemukakan dalam bahagian ini bagi mendapatkan maklum balas

    dari responden samada tidak setuju, tidak pasti dan setuju. Analisis keputusan dari responden

    dinyatakan dalam bentuk peratus dan min seperti dalam Jadual 7.

    Jadual 7: Taburan Responden Mengenai Faktor Sikap dan Minat Yang

    Mempengaruhi Penggunaan ABM

    No Item TS TP S Min Tahap

    % % %

    11 Saya sentiasa

    memikirkan jenis

    ABM yang akan

    digunakan dalam

    setiap pengajaran.

    4 3.9 3 2.9 96 93.2 4.13 Tinggi

    12 Saya sentiasa

    berbincang dengan

    rakan sejawat

    tentang penggunaan

    ABM dalam

    pengajaran.

    17 16.

    5

    4 3.9 82 79.6 3.82 Tinggi

    13 Saya sentiasa ke

    Pusat Sumber

    Sekolah/PKG bagi

    mendapatkan ABM

    yang sesuai untuk

    digunakan dalam

    pengajaran.

    44 42.

    7

    9 8.7 50 48.5 3.07 Sederhana

    14 Saya sentiasa

    mendapatkan

    maklumat dari

    Penyelaras Pusat

    Sumber Sekolah

    tentang ABM yang

    ada dalam

    jagaannya.

    42 40.

    8

    6 5.8 55 53.4 3.13 Sederhana

    15 Saya sentiasa

    mengumpulkan

    maklumat dari

    internet/majalah/sura

    t khabar untuk

    digunakan dalam

    11 10.

    7

    2 1.9 90 87.4 3.95 Tinggi

  • 15

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    pengajaran.

    Purata Min dan Tahap 3.62 Sederhana

    Merujuk kepada Jadual 7, analisis kajian ini adalah mengenai faktor dari segi sikap dan

    minat yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi

    item ke-11 iaitu sentiasa memikirkan jenis ABM yang akan digunakan dalam setiap pengajaran

    mendapati kebanyakkan responden memberi maklum balas bersetuju dengan item ini iaitu

    seramai 96 orang atau 93.2% responden. Seramai 3 orang atau 2.9% responden pula memberi

    maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Selebihnya iaitu seramai 4 orang atau 3.9%

    responden pula memberi maklum balas tidak bersetuju terhadap item tersebut. Min bagi item ini

    adalah 4.13 iaitu berada pada tahap tinggi.

    Item ke-12 yang menerangkan tentang sentiasa berbincang dengan rakan sejawat tentang

    penggunaan ABM dalam pengajaran mendapati seramai 82 orang atau 79.6% responden

    memberi maklum balas bersetuju terhadap item ini. Seramai 4 orang atau 3.9% responden pula

    memberi maklum balas tidak pasti. Selebihnya iaitu seramai 17 orang atau 16.5% responden pula

    memberi maklum balas tidak bersetuju terhadap item yang tersebut. Min bagi item ini adalah

    3.82 iaitu berada pada tahap tinggi.

    Seterusnya, bagi item ke-13 menerangkan tentang sentiasa ke Pusat Sumber

    Sekolah/PKG bagi mendapatkan ABM yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran

    mendapati 50 orang atau 48.5% responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item

    tersebut. Seramai 44 orang atau 42.7% responden memberi maklum balas tidak bersetuju

    terhadap item tersebut. Selebihnya iaitu 9 orang atau 8.7% responden pula memberi maklum

    balas tidak pasti. Min bagi item ini adalah 3.07 iaitu berada pada tahap sederhana.

    Item ke-14 menerangkan tentang sentiasa mendapatkan maklumat dari Penyelaras Pusat

    Sumber Sekolah tentang ABM yang ada dalam jagaannya mendapati seramai 55 orang atau

    53.4% responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item tersebut dan seramai 42 orang

    atau 40.8% responden pula mmeberi maklum balas tidak bersetuju. Selebihnya iaitu seramai 6

    orang atau 5.8% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Min

    bagi item ini adalah 3.13 iaitu berada pada tahap sederhana.

    Bagi item ke-15 pula menerangkan tentang sentiasa mengumpulkan maklumat dari

    internet/majalah/surat khabar untuk di kegunaan dalam pengajaran mendapati 90 orang atau

    87.4% responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item tersebut dan seramai 11 orang

    atau 10.7% responden pula memberi maklum balas tidak bersetuju. Selebihnya iaitu 2 orang atau

    1.9% responden pula memberi maklum balas tidak pasti. Min bagi item ini adalah 3.95 iaitu

    berada pada tahap tinggi.

    Berdasarkan Jadual 7, secara keseluruhannya mendapati bahawa nilai min purata bagi

    faktor sikap dan minat yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran berada pada tahap sederhana iaitu 3.62. Ini menunjukkan faktor sikap dan minat

    kurang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru

    teknikal di SMT daerah Johor Bahru.

  • 16

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    b. Keputusan dan Analisis Bagi Faktor Pengurusan dan Pentadbiran

    Dalam bahagian ini, penyelidik menjelaskan tentang analisis persoalan kajian 3 mengenai

    faktor pengurusan dan pentadbiran yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran bagi menjawab persoalan kajian.

    Terdapat 10 item yang dikemukakan dalam bahagian ini bagi mendapatkan maklum balas

    dari responden samada tidak setuju, tidak pasti dan setuju. Analisis keputusan dari responden

    dinyatakan dalam bentuk peratus dan min seperti dalam Jadual 8.

    Jadual 8: Taburan Responden Mengenai Faktor Pengurusan dan

    Pentadbiran Yang Mempengaruhi Penggunaa ABM

    No Item TS TP S Min Tahap

    % % %

    16 Kebanyakan ABM

    yang ada di sekolah

    sesuai digunakan

    untuk mengajar mata

    pelajaran yang saya

    ajar.

    29 28.2 9 8.7 65 63.1 3.34 Sederhana

    17 Penyelaras Pusat

    Sumber Sekolah

    memberi kerjasama

    yang baik kepada

    saya.

    6 5.8 2 1.9 95 92.2 4.04 Tinggi

    18 ABM dalam keadaan

    baik dan

    menggalakkan saya

    daripada

    menggunakannya.

    38 37 6 6 59 57.3 3.24 Sederhana

    19 Pihak pentadbir selalu

    memberi galakan

    kepada saya

    menggunakan ABM

    dalam pengajaran.

    5 4.9 5 4.9 93 90.1 4.06 Tinggi

    20 Pihak pentadbir

    pernah mengadakan

    kursus tentang

    penggunaan ABM

    yang berkesan.

    29 28.2 6 6 68 66 3.40 Sederhana

    21 Bilik tayangan yang

    terdapat di sekolah

    luas dan selesa.

    51 49.5 6 6 46 44.7 2.98 Sederhana

    22 Prosedur untuk

    mendapatkan ABM

    dari Pusat Sumber

    42 40.8 5 4.9 56 53.4 3.18 Sederhana

  • 17

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    Sekolah tidak rumit

    dan tidak memakan

    masa.

    23 Saya tidak

    menghadapi masalah

    untuk mendapatkan

    ABM kerana

    bilangannya

    mencukupi untuk

    digunakan pada satu-

    satu masa.

    50 48.5 10 10 43 41.7 2.94 Sederhana

    24 Jika terdapat sebarang

    kerosakan pada

    peralatan ABM, pihak

    sekolah akan

    mengambil langkah

    segera untuk

    memperbaikinya.

    22 21.3 10 10 71 68.9 3.50 Sederhana

    25 Walaupun jarak bilik

    darjah dengan Pusat

    Sumber Sekolah agak

    jauh ia tidak

    menyukarkan saya

    untuk membawa ABM

    ke bilik darjah.

    41 39.8 9 9 53 51.5 3.17 Sederhana

    Purata Min dan Tahap 3.39 Sederhana

    Merujuk kepada Jadual 8, analisis kajian ini adalah mengenai faktor dari segi pengurusan

    dan pentadbiran yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran. Bagi item ke-16 iaitu kebanyakan ABM yang ada di sekolah sesuai digunakan

    untuk mengajar mata pelajaran yang diajar mendapati kebanyakkan responden memberi maklum

    balas bersetuju dengan item ini iaitu seramai 65 orang atau 63.1% responden. Seramai 9 orang

    atau 8.7% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Selebihnya

    iaitu seramai 22 orang atau 28.2% responden pula memberi maklum balas tidak bersetuju

    terhadap item tersebut. Min bagi item ini adalah 3.34 iaitu berada pada tahap sederhana.

    Item ke-17 menerangkan tentang penyelaras Pusat Sumber Sekolah memberi kerjasama

    yang baik mendapati kebanyakan responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item

    tersebut iaitu seramai 95 orang atau 92.2% responden. Seramai 6 orang atau 5.8% responden

    pula memberi maklum balas bersetuju. Manakala 2 orang atau 1.9% responden pula memberi

    maklum balas tidak pasti terhadap item yang dikemukakan. Min bagi item ini adalah 4.04 iaitu

    berada pada tahap tinggi.

    Item ke-18 pula menerangkan tentang ABM dalam keadaan baik dan menggalakkan

    responden daripada menggunakannya mendapati seramai 59 orang atau 57.3% responden

    memberi maklum balas bersetuju terhadap item ini. Manakala seramai 38 orang atau 37%

    responden pula memberi maklum balas tidak bersetuju. Selebihnya iaitu seramai 6 orang atau 6%

  • 18

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Min bagi item ini

    adalah 3.24 iaitu berada pada tahap sederhana.

    Bagi item ke-19 yang menerangkan tentang pihak pentadbir selalu memberi galakan

    kepada responden menggunakan ABM dalam pengajaran mendapati kebanyakan responden

    memberi maklum balas bersetuju terhadap item tersebut iaitu seramai 93 orang atau 90.1%

    responden. Manakala bagi resopnden yang memberi maklum balas tidak bersetuju dan tidak pasti

    terhadap item tersebut adalah sama iaitu seramai 5 orang atau 4.9%. Min bagi item ini adalah

    4.06 iaitu berada pada tahap tinggi.

    Item ke-20 pula menerangkan tentang pihak pentadbir pernah mengadakan kursus tantang

    penggunaan ABM yang berkesan mendapati seramai 68 orang atau 66% responden memberi

    maklum balas bersetuju terhadap item ini. Manakala seramai 29 orang atau 28.2% responden

    pula memberi maklum balas tidak bersetuju. Selebihnya iaitu seramai 6 orang atau 6% responden

    pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item yang tersebut. Min bagi item ini adalah

    3.40 iaitu berada pada tahap tinggi.

    Bagi item ke-21 pula menerangkan tentang bilik tayangan yang terdapat di sekolah luas

    dan selesa mendapati seramai 51 orang atau 49.5% responden memberi maklum balas tidak

    bersetuju terhadap item ini. Manakala responden yang memberi maklum balas bersetuju pula

    seramai 46 orang atau 44.7% responden. Selebihnya iaitu seramai 6 orang atau 6% responden

    pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Min bagi item ini adalah 2.98

    iaitu berada pada tahap sederhana.

    Item ke-22 yang menerangkan tentang prosedur untuk mendapatkan ABM dari Pusat

    Sumber Sekolah tidak rumit dan tidak memakan masa mendapati seramai 56 orang atau 53.4%

    responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item ini. Manakala seramai 42 orang atau

    40.8% responden pula memberi maklum balas tidak bersetuju. Selebihnya iaitu seramai 5 orang

    atau 4.9% responden pula member maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Min bagi

    item ini adalah 3.18 iaitu berada pada tahap sederhana.

    Item ke-23 pula menerangkan tentang responden tidak menghadapi masalah untuk

    mendapatkan ABM kerana bilangannya mencukupi untuk digunakan pada satu-satu masa

    mendapati seramai 50 orang atau 48.5% responden memberi maklum balas tidak bersetuju

    terhadap item ini. Manakala responden yang memberi maklum balas bersetuju pula seramai 43

    orang atau 41.7% responden. Selebihnya iaitu seramai 10 orang atau 10% responden pula

    memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Min bagi item ini adalah 2.94 iaitu

    berada pada tahap sederhana.

    Item ke-24 menerangkan tentang jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan ABM,

    pihak sekolah akan mengambil langkah segera untuk memperbaikinya mendapati seramai 71

    orang atau 68.9% responden memberi maklum balas tidak bersetuju terhadap item tersebut dan

    seramai 22 orang atau 21.3% responden pula memberi maklum balas bersetuju. Selebihnya iaitu

    seramai 10 orang atau 10% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item

    tersebut. Min bagi item ini adalah 3.50 iaitu berada pada tahap sederhana.

    Bagi item ke-25 pula menerangkan tentang walaupun jarak bilik darjah dengan Pusat

    Sumber Sekolah agak jauh ia tidak menyukarkan responden untuk membawa ABM ke bilik

    darjah mendapati seramai 53 orang atau 51.5% responden memberi maklum balas bersetuju

    terhadap item ini. Seramai 41 orang atau 39.8% responden pula memberi maklum balas tidak

    bersetuju terhadap item tersebut. Di dapati juga terdapat 9 orang atau 9% responden yang

    memberi maklum balas tidak pasti dengan item tersebut. Min bagi item ini adalah 3.17 iaitu

    berada pada tahap sederhana.

  • 19

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    Berdasarkan Jadual 8, secara keseluruhannya mendapati bahawa nilai min purata bagi

    faktor pengurusan dan pentadbiran yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap sederhana iaitu 3.39. Ini menunjukkan faktor

    pengurusan dan pentadbiran kurang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran guru-guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru.

    c. Keputusan dan Analisis Bagi Faktor Beban Tugas

    Dalam bahagian ini, penyelidik menjelaskan tentang analisis persoalan kajian 3 mengenai

    faktor beban tugas yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran bagi menjawab persoalan kajian. Terdapat 5 item yang dikemukakan dalam

    bahagian ini bagi mendapatkan maklum balas dari responden samada tidak setuju, tidak pasti dan

    setuju. Analisis keputusan dari responden dinyatakan dalam bentuk peratus dan min seperti

    dalam Jadual 9.

    Jadual 9: Taburan Responden Mengenai Faktor Beban Tugas Yang

    Mempengaruhi Penggunaa ABM

    No Item TS TP S Min Tahap

    % % %

    26 Jumlah waktu

    mengajar yang

    banyak tidak

    menghalang saya

    daripada

    menggunakan

    ABM.

    48 46.6 14 13.6 41 39.8 2.85 Sederhana

    27 Penglibatan dalam

    banyak

    jawatankuasa di

    sekolah tidak

    menghalang

    kemampuan saya

    untuk merancang

    ABM yang baik

    untuk pengajaran.

    64 62.1 15 14.6 24 23.3 2.54 Sederhana

    28 Walaupun sukatan

    pelajaran banyak

    dan perlu

    dihabiskan tidak

    menghalang saya

    menggunakan

    ABM yang

    berkesan untuk

    pengajaran.

    60 58.3 16 15.5 27 26.2 2.55 Sederhana

  • 20

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    29 Penglibatan saya

    dalam aktiviti-

    aktiviti pelajar

    terutamanya di luar

    waktu persekolahan

    tidak menghalang

    kemampuan saya

    untuk merancang

    penggunaan ABM

    yang baik dalam

    pengajaran.

    61 59.2 13 12.6 29 28.1 2.62 Sederhana

    30 Proses menanda

    buku dan

    menyemak kerja

    pelajar dari semasa

    ke semasa tidak

    menghalang saya

    daripada

    menyediakan

    ABM.

    61 59.2 10 9.7 32 31.1 2.64 Sederhana

    Purata Min dan Tahap 2.64 Sederhana

    Merujuk kepada Jadual 9, analisis kajian ini adalah mengenai faktor dari segi beban tugas

    yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi item

    ke-26 iaitu jumlah waktu mengajar yang banyak tidak menghalang responden daripada

    menggunakan ABM mendapati kebanyakkan responden memberi maklum balas tidak bersetuju

    dengan item ini iaitu seramai 48 orang atau 46.6% responden. Seramai 41 orang atau 39.8%

    responden pula memberi maklum balas bersetuju terhadap item tersebut. Selebihnya iaitu

    seramai 14 orang atau 13.6% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item

    tersebut. Min bagi item ini adalah 2.85 iaitu berada pada tahap sederhana.

    Bagi item ke-27 pula menerangkan tentang penglibatan dalam banyak jawatankuasa di

    sekolah tidak menghalang kemampuan responden untuk merancang ABM yang baik untuk

    pengajaran mendapati seramai 64 orang atau 62.1% responden memberi maklum balas tidak

    bersetuju terhadap item ini. Manakala responden yang memberi maklum balas bersetuju pula

    seramai 24 orang atau 23.3% responden. Terdapat juga responden yang memberi maklum balas

    tidak pasti terhadap item tersebut iaitu seramai 15 orang atau 14.6%. Min bagi item ini adalah

    2.54 iaitu berada pada tahap sederhana.

    Item ke-28 pula menerangkan tentang walaupun sukatan pelajaran banyak dan perlu

    dihabiskan tidak menghalang responden menggunakan ABM yang berkesan untuk pengajaran

    mendapati kebanyakkan responden memberi maklum balas tidak bersetuju dengan item tersebut

    iaitu seramai 60 orang atau 58.3%. Manakala responden yang memberi maklum balas bersetuju

    pula seramai 27 orang atau 26.2% responden. Terdapat juga responden yang memberi maklum

    balas tidak pasti terhadap item tersebut iaitu seramai 16 orang atau 15.5%. Min bagi item ini

    adalah 2.55 iaitu berada pada tahap sederhana.

    Item ke-29 menerangkan tentang penglibatan responden dalam aktiviti-aktiviti pelajar

    terutamanya di luar waktu persekolahan tidak menghalang kemampuan responden untuk

  • 21

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    merancang penggunaan ABM yang baik dalam pengajaran mendapati kebanyakkan responden

    memberi maklum balas tidak bersetuju dengan item tersebut iaitu seramai 61 orang atau 59.2%

    responden. Manakala seramai 29 orang atau 28.1% responden pula memberi maklum balas tidak

    bersetuju. Selebihnya iaitu seramai 13 orang atau 12.6% responden pula memberi maklum balas

    tidak pasti terhadap item tersebut. Min bagi item ini adalah 2.62 iaitu berada pada tahap

    sederhana.

    Bagi item ke-30 pula menerangkan tentang proses menanda buku dan menyemak kerja

    pelajar dari semasa ke semasa tidak menghalang responden daripada menyediakan ABM

    mendapati kebanyakkan responden memberi maklum balas tidak bersetuju dengan item tersebut

    iaitu seramai 61 orang atau 59.2%. Manakala responden yang memberi maklum balas bersetuju

    pula seramai 32 orang atau 31.1% responden. Terdapat juga responden yang memberi maklum

    balas tidak pasti terhadap item tersebut iaitu seramai 10 orang atau 9.7%. Min bagi item ini

    adalah 2.64 iaitu berada pada tahap sederhana. Berdasarkan Jadual 9, secara keseluruhannya

    mendapati bahawa nilai min purata bagi faktor beban tugas yang mempengaruhi penggunaan

    ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap sederhana iaitu 2.64. Ini

    menunjukkan faktor beban tugas kurang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran guru-guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru.

    d. Keputusan dan Analisis Bagi Faktor Kewangan

    Dalam bahagian ini, penyelidik menjelaskan tentang analisis persoalan kajian 3 mengenai

    faktor kewangan yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran bagi menjawab persoalan kajian. Terdapat 5 item yang dikemukakan dalam

    bahagian ini bagi mendapatkan maklum balas dari responden samada tidak setuju, tidak pasti dan

    setuju. Analisis keputusan dari responden dinyatakan dalam bentuk peratus dan min seperti

    dalam Jadual 10.

    Jadual 10: Taburan Responden Mengenai Faktor Kewangan Yang

    Mempengaruhi Penggunaa ABM

    No Item TS TP S Min Tahap

    % % %

    31 Saya tidak

    menggunakan

    wang sendiri untuk

    menyediakan

    ABM.

    77 74.8 4 3.8 22 21.4 2.38 Sederhana

    32 Bahan-bahan yang

    diperlukan untuk

    membina ABM

    disediakan oleh

    pihak sekolah.

    42 40.8 9 8.7 52 50.5 3.16 Sederhana

    33 Pihak sekolah

    hanya

    menyediakan ABM

    yang murah

    46 44.7 5 4.9 52 50.5 3.03 Sederhana

  • 22

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    harganya.

    34 ABM yang rosak

    diperbaiki oleh

    pihak sekolah

    dengan segera.

    37 35.9 10 10 56 54.4 3.29 Sederhana

    35 Sekolah

    mempunyai

    peruntukan yang

    cukup untuk

    membeli ABM

    yang terkini.

    45 43.7 8 7.7 50 48.5 3.14 Sederhana

    Purata Min dan Tahap 3.0 Sederhana

    kewangan yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran. Bagi item ke-31 iaitu responden tidak menggunakan wang sendiri untuk

    menyediakan ABM mendapati kebanyakkan responden memberi maklum balas tidak bersetuju

    dengan item ini iaitu seramai 77 orang atau 74.8% responden. Seramai 22 orang atau 21.4%

    responden pula memberi maklum balas bersetuju terhadap item tersebut. Selebihnya iaitu

    seramai 4 orang atau 3.8% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item

    tersebut. Min bagi item ini adalah 2.38 iaitu berada pada tahap sederhana.

    Bagi item ke-32 pula menerangkan tentang bahan-bahan yang diperlukan untuk membina

    ABM disediakan oleh pihak sekolah mendapati seramai 52 orang atau 50.5% responden

    memberi maklum balas tidak bersetuju terhadap item ini. Manakala responden yang memberi

    maklum balas bersetuju pula seramai 42 orang atau 40.8% responden. Terdapat juga responden

    yang memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut iaitu seramai 9 orang atau 8.7%

    responden. Min bagi item ini adalah 3.16 iaitu berada pada tahap sederhana.

    Seterusnya item ke-33 menerangkan tentang pihak sekolah hanya menyediakan ABM

    yang murah harganya mendapati seramai 52 orang atau 50.5% responden memberi maklum balas

    tidak bersetuju terhadap item ini. Manakala responden yang memberi maklum balas bersetuju

    pula seramai 46 orang atau 44.7% responden. Selebihnya iaitu seramai 5 orang atau 4.9%

    responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Min bagi item ini

    adalah 3.03 iaitu berada pada tahap sederhana.

    Bagi item ke-34 iaitu ABM yang rosak diperbaiki oleh pihak sekolah dengan segera

    mendapati kebanyakkan responden memberi maklum balas bersetuju dengan item ini iaitu

    seramai 56 orang atau 54.4% responden. Seramai 37 orang atau 35.9% responden pula memberi

    maklum balas tidak bersetuju terhadap item tersebut. Terdapat juga responden yang memberi

    maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut iaitu seramai 10 orang atau 10% responden. Min

    bagi item ini adalah 3.29 iaitu berada pada tahap sederhana.

    Item ke-35 pula menerangkan tentang sekolah mempunyai peruntukan yang cukup untuk

    membeli ABM yang terkini mendapati seramai 50 orang atau 48.5% responden memberi

    maklum balas bersetuju terhadap item ini. Manakala responden yang memberi maklum balas

    tidak bersetuju pula seramai 45 orang atau 43.7% responden. Selebihnya iaitu seramai 8 orang

    atau 7.7% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Min bagi

    item ini adalah 3.14 iaitu berada pada tahap sederhana.

  • 23

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    Berdasarkan Jadual 10, secara keseluruhannya mendapati bahawa nilai min purata bagi

    faktor kewangan yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran berada pada tahap sederhana iaitu 3.0. Ini menunjukkan faktor kewangan kurang

    mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru teknikal

    di SMT daerah Johor Bahru.

    e. Keputusan dan Analisis Bagi Faktor Kemahiran dan Pengetahuan

    Dalam bahagian ini, penyelidik menjelaskan tentang analisis persoalan kajian 3

    mengenai faktor kemahiran dan pengetahuan yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran bagi menjawab persoalan kajian. Terdapat 5 item yang

    dikemukakan dalam bahagian ini bagi mendapatkan maklum balas dari responden samada tidak

    setuju, tidak pasti dan setuju. Analisis keputusan dari responden dinyatakan dalam bentuk

    peratus dan min seperti dalam Jadual 11.

    Jadual 11: Taburan Responden Mengenai Faktor Kemahiran dan

    Pengetahuan Yang Mempengaruhi Penggunaa ABM

    No Item TS TP S Min Tahap

    % % %

    36 Saya berdaya

    kreatif untuk

    membina ABM

    bagi kegunaan

    dalam pengajaran.

    30 29.1 7 6.8 66 64 3.59 Sederhana

    37 Saya sentiasa

    didedahkan

    dengan kursus-

    kursus yang

    berkaitan dengan

    ABM.

    48 46.6 12 11.

    7

    43 41.7 2.77 Sederhana

    38 Saya telah diberi

    pendedahan

    menggunakan

    ABM dengan

    secukupnya

    sewaktu di

    maktab/universiti.

    17 16.5 14 13.

    6

    72 70 3.51 Sederhana

    39 Saya tahu jenis

    ABM yang sesuai

    untuk digunakan

    dalam pengajaran.

    23 22.3 13 12.

    6

    67 65 3.61 Sederhana

    40 Saya mahir

    menggunakan

    ABM yang

    berteknologi

    31 30.1 7 6.8 65 63.1 3.51 Sederhana

  • 24

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    tinggi.

    Purata Min dan Tahap 3.36 Sederhana

    Merujuk kepada Jadual 11, analisis kajian ini adalah mengenai faktor kemahiran

    dan pengetahuan yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran. Bagi item ke-36 iaitu responden berdaya kreatif untuk membina ABM bagi

    kegunaan dalam pengajaran mendapati kebanyakkan responden memberi maklum balas

    bersetuju dengan item ini iaitu seramai 66 orang atau 64% responden. Manakala bagi responden

    yang membri maklum balas tidak bersetuju pula adalah seramai 30 orang atau 29.1% responden.

    Selebihnya iaitu seramai 7 orang atau 6.8% responden pula memberi maklum balas tidak pasti

    terhadap item tersebut. Min bagi item ini adalah 3.59 iaitu berada pada tahap sederhana.

    Item ke-37 pula iaitu responden sentiasa didedahkan dengan kursus-kursus yang

    berkaitan dengan ABM mendapati seramai 48 orang atau 46.6% responden memberi maklum

    balas tidak bersetuju terhadap item tersebut. Bagi responden yang bersetuju dengan item tersebut

    pula adalah seramai 43 orang atau 41.7% responden. Terdapat juga responden yang memberi

    maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut iaitu seramai 12 orang atau 11.7% responden.

    Min bagi item ini adalah 2.77 iaitu berada pada tahap sederhana.

    Bagi item ke-38 menerangkan tentang responden telah diberi pendedahan menggunakan

    ABM dengan secukupnya sewaktu di maktab/universiti mendapati seramai 72 orang atau 70%

    responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item tersebut dan seramai 17 orang atau

    21.3% responden pula memberi maklum balas tidak bersetuju. Selebihnya iaitu seramai 14 orang

    atau 13.6% responden pula memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut. Min bagi

    item ini adalah 3.51 iaitu berada pada tahap sederhana.

    Bagi item ke-39 pula menerangkan tentang responden tahu jenis ABM yang sesuai untuk

    digunakan dalam pengajaran mendapati seramai 67 orang atau 65% responden memberi maklum

    balas bersetuju terhadap item ini. Seramai 23 orang atau 22.3% responden pula memberi maklum

    balas tidak bersetuju terhadap item tersebut. Manakala seramai 13 orang atau 12.6% responden

    yang memberi maklum balas tidak pasti dengan item tersebut. Min bagi item ini adalah 3.61 iaitu

    berada pada tahap sederhana. Item yang terakhir adalah item ke-40 menerangkan tentang bahan

    responden mahir menggunakan ABM yang berteknologi tinggi mendapati seramai 65 orang atau

    63.1% responden memberi maklum balas bersetuju terhadap item ini. Manakala responden yang

    memberi maklum balas tidak bersetuju pula seramai 31 orang atau 30.1% responden. Terdapat

    juga responden yang memberi maklum balas tidak pasti terhadap item tersebut iaitu seramai 7

    orang atau 6.8% responden. Min bagi item ini adalah 3.51 iaitu berada pada tahap sederhana.

    Berdasarkan Jadual 11, secara keseluruhannya mendapati bahawa nilai min purata bagi

    faktor kemahiran dan pengetahuan yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap sederhana iaitu 3.36. Ini menunjukkan faktor

    kemahiran dan pengetahuan kurang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran guru-guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru.

    f. Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan ABM Dalam Proses Pengajaran Dan

    Pembelajaran

    Dalam bahagian ini, penyelidik menggunakan min bagi setiap faktor yang mempengaruhi

    penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menjawab persoalan kajian 3.

  • 25

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    Jadual 12: Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaa ABM

    Faktor Min Tahap

    Sikap dan minat 3.62 Sederhana

    Pengurusan dan pentadbiran 3.39 Sederhana

    Beban tugas 2.64 Sederhana

    Kewangan 3.0 Sederhana

    Kemahiran dan pengetahuan 3.36 Sederhana

    Purata min dan Tahap 3.20 Sederhana

    Berdasarkan Jadual 12, secara keseluruhannya mendapati bahawa nilai min purata bagi

    faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran berada

    pada tahap sederhana iaitu 3.20. Ini menunjukkan faktor sikap dan minat, pengurusan dan

    pentadbiran, beban tugas, kewangan serta kemahiran dan pengetahuan kurang mempengaruhi

    guru-guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru dalam penggunaan ABM dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran.

    4. Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 4

    Berdasarkan kepada hipotesis kajian dalam bab 1, keputusan pengujian hipotesis

    menggunakan ujian t telah dilakukan dan ditunjukkan dalam jadual di bawah.

    Ho 1: Tidak terdapat perbezaan di antara tahap penggunaan ABM dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru

    teknikal perempuan.

    Jadual 13: Analisis perbezaan tahap penggunaan ABM berdasarkan jantina

    Jenis ABM Jantina Jumlah Min Nilai t Sig.

    Lelaki 42 2.683 0.753 0.343

    Perempuan 61 2.591 0.731

    Aras Signifikan, a = 0.05

    Berdasarkan dapatan ujian t, Jadual 13 menunjukkan nilai signifikan adalah 0.343 melebihi aras signifikan 0.05. Ini menunjukkan bahawa Ho1 diterima. Oleh itu tidak terdapat

    perbezaan tahap penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

    antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan.

    5. Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 5

    Berdasarkan kepada hipotesis kajian dalam bab 1, keputusan pengujian hipotesis

    menggunakan ujian t telah dilakukan dan ditunjukkan dalam jadual di bawah.

  • 26

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    Ho 2: Tidak terdapat perbezaan di antara kepentingan penggunaan ABM

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru

    teknikal perempuan.

    Jadual 14: Analisis perbezaan kepentingan penggunaan ABM berdasarkan jantina

    Kepentingan

    Penggunaan ABM Jantina Jumlah Min Nilai t Sig.

    Lelaki 42 4.152 -1.463 0.023

    Perempuan 61 4.262 -1.386

    Aras Signifikan, a = 0.05

    Berdasarkan dapatan ujian t, Jadual 14 menunjukkan nilai signifikan adalah 0.023 tidak melebihi aras signifikan 0.05. Ini menunjukkan bahawa Ho2 ditolak. Oleh itu terdapat perbezaan

    mengenai kepentingan penggunaan ABM mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan.

    6. Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 6

    Berdasarkan kepada hipotesis kajian dalam bab 1, keputusan pengujian hipotesis

    menggunakan ujian t telah dilakukan dan ditunjukkan dalam jadual di bawah.

    Ho 3: Tidak terdapat perbezaan di antara faktor yang mempengaruhi

    penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru

    teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan.

    Jadual 15: Analisis perbezaan faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM berdasarkan

    jantina

    Faktor Yang

    Mempengaruhi

    Penggunaan ABM

    antina Jumlah Min Nilai t Sig.

    Lelaki 42 3.156 -1.563 0.951

    Perempuan 61 3.297 -1.555

    Aras Signifikan, a = 0.05

    Berdasarkan dapatan ujian t, Jadual 15 menunjukkan nilai signifikan adalah 0.951 melebihi aras signifikan 0.05. Ini menunjukkan bahawa Ho3 diterima. Oleh itu tidak terdapat

    perbezaan mengenai faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan.

  • 27

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    9.0 PERBINCANGAN

    1. Tahap Penggunaan ABM

    Secara keseluruhannya, tahap penggunaan ABM di kalangan guru-guru teknikal adalah

    pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini bersamaan dengan dapatan kajian Mohd Razi (2002),

    yang mendapati secara keseluruhannya tahap penggunaan ABM di kalangan guru-guru

    Kemahiran Hidup adalah pada tahap sederhana. Hasil analisis yang dijalankan menunjukkan

    hanya bahan bercetak sahaja merupakan ABM yang paling kerap digunakan oleh responden

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna responden lebih suka menyediakan

    bahan bercetak untuk digunakan dalam pengajarannya kerana ianya lebih mudah dan ringkas

    untuk disediakan. Bahan bercetak biasanya dicetak oleh pembantu pejabat gred N1 setelah

    menerimanya dari guru. Ini menjimatkan masa responden kerana tidak perlu mencetak sendiri

    bahan tersebut.

    Sementara itu penggunaan model, poster/carta, peralatan sebenar, OHP dan transparensi

    serta komputer dan LCD projektor pula mencatatkan penggunaan pada tahap sederhana oleh

    guru teknikal. Ini menyamai dapatan kajian Ng Ying (2004) yang mendapati tahap penggunaan

    OHP, projektor slaid, carta dan model adalah pada tahap sederhana dicapai oleh responden

    dalam kajiannya.

    Penggunaan komputer semakin meluas dewasa ini namun penggunaannya masih kurang

    di kalangan responden walaupun dapatan kajian mendapati sebahagian responden mahir

    menggunakan ABM yang berteknologi. Penggunaannya perlu ditingkatkan kerana kebanyakkan

    responden tiada masalah untuk mengendalikannya. Didapati juga kebanyakkan responden tidak

    menggunakan televisyen dan video serta radio dan kaset dalam pengajaran mereka. Ini

    bersamaan dengan dapatan kajian Ng Ying (2004) yang mendapati gambar foto, radio dan

    televisyen merupakan jenis ABM yang mempunyai tahap penggunaan paling rendah oleh

    responden. Kajian Wan Nur Azyyati (2007) juga mendapati penggunaan alatan perakam video dan siaran pendidikan mencatatkan penggunaan pada tahap rendah.

    Keadaan ini adalah bersamaan dengan dapatan kajian yang menunjukkan siaran

    televisyen pendidikan biasanya tidak sama dengan jadual kelas. Selain itu, peralatan seperti

    video memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menggunakannya. Dapatan kajian juga

    mendapati pihak pentadbir pernah mengadakan kursus tentang penggunaan ABM tetapi mungkin

    tidak mengadakan kursus tentang penggunaan video dalam pengajaran.

    Dapat dirumuskan bahawa hasil kajian mendapati daripada sepuluh ABM yang

    disenaraikan, hanya bahan bercetak sahaja yang mempunyai tahap penggunaan yang tinggi di

    kalangan guru-guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru. Tahap penggunaan model, poster/carta,

    peralatan sebenar, OHP dan transparensi serta komputer dan LCD projektor pula adalah

    sederhana. Manakala tahap penggunaan televisyen dan radio, radio dan kaset, gambar foto dan

    papan gulung pula adalah rendah. Secara keseluruhannya, tahap penggunaan ABM di kalangan

    guru-guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru, Johor adalah sederhana.

    Didapati juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penggunaan ABM

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal

    perempuan di SMT di daerah Johor Bahru, Johor. Dengan itu, hipotesis nol pertama gagal

    diterima.

  • 28

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    2. Kepentingan ABM Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

    Secara keseluruhannya, didapati responden bersetuju dengan penggunaan ABM penting

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Analisis kajian menunjukkan min purata bagi

    kepentingan penggunaan ABM adalah pada tahap tinggi. Pernyataan tertinggi tentang

    kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah mengenai

    penggunaan ABM dapat membantu menyampaikan isi pelajaran yang sukar dengan lebih

    berkesan. Hasil analisis mendapati keseluruhan responden bersetuju dengan pernyataan tersebut.

    Ini menunjukkan responden menggunakan ABM bagi membantu responden dalam

    menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar.

    Ini bertepatan dengan kajian Adzman (2003) yang mendapati seramai 86.8% responden

    bersetuju penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu

    pengajaran guru menjadi lebih mudah dan cepat. Kajian Muhamad Sobri (2000) juga mendapati

    seramai 93.8% responden bersetuju penggunaan ABM dapat menambah kefahaman pelajar

    sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

    Menurut Mok (2001), ABM memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran. Guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan menarik dan berkesan serta

    pelajar boleh memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru dengan mudah. Selain itu ia

    dapat meningkatkan kefahaman pelajar. Dapatan kajian Muhamad Sobri (2000), mendapati tanpa

    ABM pelajar akan sukar memahami isi pelajaran yang di ajar oleh guru.

    Selain itu, penggunaan ABM dalam pengajaran menjadikan interaksi dengan pelajar

    menjadi lebih aktif dan menjadikan suasana pembelajaran menarik. Penggunaan ABM juga dapat

    membantu responden mengawal kelas dengan mudah, memotivasikan pelajar, menarik minat dan

    tumpuan pelajar serta menjadikan pelajar lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Ia menyamai dapatan kajian Adzman (2003), yang mendapati 86.3% responden setuju

    interaksi guru dengan pelajar lebih berkesan dengan penggunaan ABM. Manakala kajian Yusup

    (1997), mendapati alat dan bahan pengajaran yang menarik perhatian dapat menambahkan minat

    pelajar untuk belajar. Jika bahan itu sesuai dengan objektif pembelajaran, pelajar itu akan

    mempunyai motivasi untuk belajar. Kajian Adzman (2003) pula mendapati 84% responden

    bersetuju pelajar menunjukkan minat yang mendalam apabila penggunaan ABM digunakan

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini menunjukkan minat pelajar dapat ditingkatkan

    dengan penggunaan ABM dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih aktif serta

    lebih berkesan.

    Dapat dirumuskan bahawa hasil kajian mendapati guru-guru teknikal di SMT daerah

    Johor Bahru, Johor bersetuju dengan penggunaan ABM adalah penting dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran. Penggunaan ABM dapat menambahkan minat pelajar, memudahkan kawalan

    kelas, isi pelajaran dapat disampaikan dengan mudah dan cepat, memotivasikan pelajar, pelajar

    lebih aktif, memberi idea kepada pelajar, interaksi antara guru dengan pelajar menjadi aktif,

    suasana pembelajaran menjadi menarik dan tumpuan pelajar lebih baik.

    Didapati juga min bagi kepentingan penggunaan ABM adalah tinggi menurut responden

    tetapi dari segi jantina berbeza kerana terdapat perbezaan yang signifikan mengenai kepentingan

    penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan

    guru teknikal perempuan di SMT di daerah Johor Bahru, Johor. Dengan itu, hipotesis nol kedua

    ditolak.

  • 29

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    3. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan ABM Dalam Pengajaran

    Secara keseluruhannya, faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses

    pengajaran dan pembalajaran adalah kurang mempengaruhi guru-guru teknikal SMT di daerah

    Johor Bahru.

    a. Faktor Sikap dan Minat

    Hasil kajian mendapati faktor sikap dan minat merupakan faktor tertinggi yang mempengaruhi

    penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun demikian, purata min

    menunjukkan faktor sikap dan minat kurang mempengaruhi penggunaan ABM dalam pengajaran

    guru-guru teknikal SMT di daerah Johor Bahru.

    Walaubagaimanapun kajian menunjukkan terdapat juga faktor yang mempengaruhi

    penggunaan ABM di kalangan responden seperti kurang ke Pusat Sumber Sekolah, PKG dan

    tidak mendapatkan maklumat dari Penyelaras Pusat Sumber Sekolah dalam penyediaan ABM.

    Ini kerana guru-guru sentiasa sibuk dengan tugas-tugas yang diberikan oleh pentadbir

    sehinggakan tiada masa untuk mengunjungi Pusat Sumber Sekolah dan PKG yang berdekatan.

    Sikap tersebut seharusnya dielakkan oleh guru-guru kerana untuk melahirkan pelajar yang

    cemerlang memerlukan bahan pengajaran yang baik demi menjamin keberkesanan pelajaran

    yang disampaikan.

    Menurut Balakrishnan (1995), kebanyakkan guru lebih suka mengamalkan pengajaran

    secara tradisional yang berpusatkan guru dengan tidak mempelbagaikan penggunaan ABM

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    b. Faktor Pengurusan dan Pentadbiran

    Hasil kajian mendapati faktor pengurusan dan pentadbiran merupakan faktor kedua tertinggi

    yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun

    demikian, purata min menunjukkan faktor pengurusan dan pentadbiran kurang mempengaruhi

    penggunaan ABM dalam pengajaran guru-guru teknikal SMT di daerah Johor Bahru.

    Walaubagaimanapun kajian menunjukkan terdapat juga faktor yang mempengaruhi

    penggunaan ABM di kalangan responden seperti bilik tayangan yang tidak selesa dan sempit,

    prosedur untuk mendapatkan ABM dari Pusat Sumber yang rumit, bilangan ABM yang tidak

    mencukupi dan jarak bilik darjah dengan Pusat Sumber Sekolah yang jauh menjadi faktor yang

    mempengaruhi penggunaan ABM di kalangan responden.

    Ini menyamai dapatan kajian Fatimah (1980) dan Gan (1990) yang mendapati

    antara faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM di kalangan guru-guru ialah kemudahan

    untuk menggunakan media dalam bilik darjah tidak mencukupi, peralatan tidak mencukupi dan

    terdapat kerenah pentadbiran untuk mendapatkan dan menyediakan bahan untuk pengajaran.

    c. Faktor Beban Tugas

    Hasil kajian mendapati faktor beban tugas merupakan faktor kelima tertinggi yang

    mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Purata min

    menunjukkan faktor beban tugas kurang mempengaruhi penggunaan ABM dalam pengajaran

    guru-guru teknikal SMT di daerah Johor Bahru.

  • 30

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    Walaubagaimanapun kajian menunjukkan terdapat juga faktor yang mempengaruhi

    penggunaan ABM di kalangan responden seperti jumlah waktu mengajar yang banyak,

    penglibatan dalam jawatankuasa di sekolah, sukatan pelajaran yang banyak, penglibatan dengan

    aktiviti luar dan menanda buku pelajar merupakan antara faktor yang mempengaruhi penggunaan

    ABM di kalangan responden. Ini menunjukkan tugas guru bukan hanya sekadar mengajar tetapi

    terlibat dengan berbagai kerja-kerja lain yang membantutkan guru-guru untuk menggunakan

    ABM dalam pengajaran mereka.

    Ini dapat dibuktikan melalui kajian Tan (1996) yang mendapati selain terlibat dengan

    pengajaran sesuatu subjek, seseorang guru juga terlibat dengan aktiviti persatuan akademik,

    badan beruniform serta sukan dan permainan. Di samping itu mereka juga terpaksa

    menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa yang ditetapkan.

    Ia menyamai kajian Ali (1990) yang mendapati faktor yang mempengaruhi penggunaan

    ABM di kalangan guru adalah masa kerana ramai guru terlibat dalam aktiviti kurikulum dan ko-

    kurikulum di sekolah.

    d. Faktor Kewangan

    Hasil kajian mendapati faktor kewangan merupakan faktor keempat tertinggi yang

    mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Purata min

    menunjukkan faktor kewangan kurang mempengaruhi penggunaan ABM dalam pengajaran

    guru-guru teknikal SMT di daerah Johor Bahru.

    Walaubagaimanapun kajian menunjukkan terdapat juga faktor yang mempengaruhi

    penggunaan ABM di kalangan responden seperti terpaksa menggunakan wang sendiri untuk

    menyediakan ABM, pihak sekolah tidak menyediakan bahan untuk membina ABM, ABM yang

    rosak tidak diperbaiki dengan segera dan tiada peruntukan dari pihak sekolah untuk membeli

    ABM. Sekolah seharusnya mempunyai peruntukan yang secukupnya agar ABM dapat

    disediakan dan digunakan oleh guru-guru bagi proses pengajaran dan pembelajaran yang

    berkesan.

    Ia menyamai kajian Ng Ying (2004) yang mendapati responden terpaksa menggunakan

    wang sendiri dalam penyediaan ABM yang menjadi faktor mempengaruhi responden untuk

    menggunakan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Kajian Ali (1990), juga mendapati antara masalah utamanya ialah kekurangan bahan-

    bahan sumber kerana kos dan harga yang tinggi, peruntukan kewangan yang tidak mencukupi,

    bahan yang ada kurang sesuai dan bahan agak terhad.

    e. Faktor Kemahiran dan Pengetahuan

    Hasil kajian mendapati faktor kemahiran dan pengetahuan merupakan faktor ketiga tertinggi

    yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Purata min

    menunjukkan faktor kewangan kurang mempengaruhi penggunaan ABM dalam pengajaran

    guru-guru teknikal SMT di daerah Johor Bahru.

    Walaubagaimanapun kajian menunjukkan terdapat juga faktor yang mempengaruhi penggunaan

    ABM di kalangan responden iaitu tidak didedahkan dengan kursus-kursus tentang ABM.

    Ia menyamai kajian yang dilakukan Gan (1990), beliau mendapati tiada kursus tentang

    penggunaan ABM diadakan oleh pihak sekolah dan kementerian. Manakala kajian Ng Ying

  • 31

    Abdul Rahim Bin Hamdan & Hayazi Bin Mohd Yasin / Journal of Social Science (2011)

    (2004), pula mendapati bahawa Pengetua tidak pernah mengadakan latihan dalam perkhidmatan

    (LDP) mengenai ABM.

    Dapat dirumuskan bahawa hasil kajian mendapati faktor sikap dan minat menjadi faktor

    utama yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-

    guru teknikal di SMT daearh Johor Bahru. Di samping itu, ia dituruti oleh faktor pengurusan dan

    pentadbiran, faktor kemahiran dan pengetahuan, faktor kewangan dan faktor beban tugas. Secara

    keseluruhannya, faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran kurang mempengaruhi guru-guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru, Johor.

    Didapati juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengenai faktor yang

    mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru

    teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di SMT di daerah Johor Bahru, Johor. Dengan itu,

    hipotesis nol ketiga diterima.

    10.0 KESIMPULAN

    Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan ABM adalah penting bagi membantu guru

    mentransmisikan ilmu pelajaran dengan lebih baik dan berkesan. Di samping itu ia juga

    membantu pelajar memahami ilmu yang disampaikan dengan lebih baik berbanding tanpa

    menggunakan ABM. Namun begitu didapati penggunaannya masih kurang di kalangan guru-

    guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru, Johor.

    Penggunaan ABM di kalangan guru-guru teknikal di SMT daerah Johor Bahru, Johor

    dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti sikap dan minat, pengurusan dan pentadbiran, beban tugas,

    kewangan serta kemahiran dan pengetahuan guru-guru. Namun didapati faktor-faktor tersebut

    sebenarnya kurang mempengaruhi penggunaan ABM di kalangan guru-guru teknikal di SMT

    daerah Johor Bahru, Johor.

    Sebenarnya tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengenai tahap dan faktor yang

    mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru

    teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di SMT di daerah Johor Bahru, Johor tetapi terdapat

    perbezaan yang signifikan mengenai kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di SMT di daerah

    Johor Bahru, Johor.

    RUJUKAN

    Abdul Rahim Abdul Rashid (1992). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

    Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Amir Hasan Dawi (2002). Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Tanjong Malim : Quantum

    Books.

    Atan Long