jurnal

7
MINGGU PERTAMA 18 JANUARI – 22 JANUARI 2010 PENULISAN JURNAL MASALAH Saya mengajar di Kelas 6 Abu Bakar , Sekolah Rendah Islam 11 , Felda Mata Air , Perlis . Pelajaran yang diajar ialah Bahasa Arab . Apabila saya mula masuk ke dalam kelas , saya dapati hampir kesemua murid tidak dapat menghafal perkataan asas dalam Bahasa Arab seperti senarai nama alatan dalam kelas dan sebagainya . Ini akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran . Jika murid tidak dapat menghafal atau mengingat , bagaimana mungkin mereka dapat menjawab soalan apatah lagi berkomunikasi dalam Bahasa Arab . ANALISIS MASALAH Saya terpaksa menyiasat punca-punca masalah tersebut . Apabila saya bertanyakan soalan kepada mereka , mereka berminat hendak menjawab tapi disebabkan kurangnya perkataan mereka hanya mampu menjawab dalam bahasa melayu . Beberapa soalan berlegar dalam minda saya :

description

TUKAR

Transcript of jurnal

Page 1: jurnal

MINGGU PERTAMA

18 JANUARI – 22 JANUARI 2010

PENULISAN JURNAL

MASALAH

Saya mengajar di Kelas 6 Abu Bakar , Sekolah Rendah Islam 11 , Felda

Mata Air , Perlis . Pelajaran yang diajar ialah Bahasa Arab . Apabila saya mula

masuk ke dalam kelas , saya dapati hampir kesemua murid tidak dapat

menghafal perkataan asas dalam Bahasa Arab seperti senarai nama alatan

dalam kelas dan sebagainya .

Ini akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran . Jika murid tidak

dapat menghafal atau mengingat , bagaimana mungkin mereka dapat menjawab

soalan apatah lagi berkomunikasi dalam Bahasa Arab .

ANALISIS MASALAH

Saya terpaksa menyiasat punca-punca masalah tersebut . Apabila saya

bertanyakan soalan kepada mereka , mereka berminat hendak menjawab tapi

disebabkan kurangnya perkataan mereka hanya mampu menjawab dalam

bahasa melayu . Beberapa soalan berlegar dalam minda saya :

- Apakah murid-murid ini tidak meminati bahas arab ?

- Adakah guru-guru bahasa arab sebelum ini tidak memberi perhatian ?

- Kenapa ia berlaku padahal ini adalah Sekolah Rendah Islam ?

- Adakah berpunca daripada kurangnya perhatian dari ibu bapa ?

Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui temu bual dan

soal selidik serta pemerhatian , beberapa dapatan telah dapat saya senaraikan:

Page 2: jurnal

- Murid-murid ini adalah dari kumpulan yang sederhana .

- Murid-murid ini tidak diberi penekanan tentang pentingnya mengingati

patah-patah perkatan dalam mempelajari bahasa arab .

- Kurangnya penglibatan ibu bapa di ruamah .

- Kurangnya aktiviti berkaitan bahasa arab dianjurkan pihak sekolah.

Saya cuba menganalisis kepercayan dan andaian saya berkaitan masalah

ini . Pada dasarnya saya percaya murid-murid dalam apa jua tahap pun ,

jika diberi tunjuk ajar yang secukupnya pasti berjaya . Selepas membuat

refleksi , saya rasa sebagai seorang pendidik saya perlu memikul

tanggungjawab untuk membolehkan murid-murid menghafal seberapa

banyak perkatan yang dapat . Kemampuan saya sebagai guru telah

dicabar .

CADANGAN

Untuk mengatasi masalah ini , saya ingin mencadangkan langkah-langkah

berikut :

- meminta setiap murid menghafal satu hari satu patah perkataan

bahasa arab bermula dengan alatan di dalam kelas .

- guru akan memantau hafalan dari masa kesemasa

- setiap hari Jumaat , guru akan mengemukan soalan di tapak

perhimpunan dan murid akan menjawab .

- menulis perkataan di suatu tempat khas setiap hari .

- memperbanyakkan aktiviti berkaitan bahasa arab

Page 3: jurnal

MINGGU 3TARIKH : 01 FEBRUARI 2010 - 05 FEBRUARI 2010

MASALAH :

Pada minggu ke 3 saya menghadapi masalah ketika aktiviti menyiapkan

lembaran kerja . Masalah ini timbul kerana murid tidak dapat menyiapkan

lembaran kerja yang diberikan ketika dalam kelas dan didalam waktu yang

diperuntukkan . Murid-murid biasa menyiapkan lembaran kerja sehingga

habis waktu pengajaran dan pembelajaran . Ini menyebabkan aktiviti

penutup tidak dapat dijalankan .

ANALISIS :

Masalah ini berlaku disebabkan murid lambat menulis dan mewarna serta

memahami soalan . saya terpaksa mengulang beberapa kali penerangan

mengenai soalan yang terdapat di lembaran kerja . ini mungkin

disebabkan lembaran kerja yang diberikan kurang sesuai dengan

kemampuan atau kebolehan murid dan terlalu banyak .

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI :

Pada masa akan datang saya akan menetapkan masa dengan mengambil

kira kemampuan murid . lembaran kerja yang dibrikan juga akan dinilai

terlebih dahulu dan saya tidak akan memberi lembaran kerja yang terlalu

banyak sehingga membebankan murid untuk menyiapkan . saya juga

akan berbincang dengan kawan-kawan yang untuk menangani masalah

ini .

Page 4: jurnal

TEMPOH MASA :

Saya akan mengatasi masalah ini secepat mungkin . saya akan pastikan

lembaran kerja yang akan dibuat seterusnya merupakan lembaran kerja

yang ringkas dan padat kerana ia sudah mampu untuk dinilai oleh

keupayaan murid .

PENILAIAN KEJAYAAN :

Saya akan meminta kerjasama guru pembimbing dan rakan-rakan

sepraktikum untuk memberi penilaian tentang lembaran kerja yang saya

sediakan adakah ia sesuai untuk murid yang saya ajar .

TINDAKAN SUSULAN :

Semasa membuat lembaran kerja saya akan memikirkan soalan yang

sesuai dan sedikit agar murid dapat menyiapkan lembaran kerja yang

diberikan .

Page 5: jurnal

MINGGU 2TARIKH : 25 JANUARI – 29 JANUARI 2010

MASALAH :

Pada minggu ke 2 saya menghadapi sedikit masalah sahaja. Aktiviti p&p

dijalankan dengan baik dan teratur cuma set induksi tidak selari dengan

RPH. Proses p&p dilaksanakan dengan tersusun .

ANALISIS :

Masalah ini berlaku disebabkan guru gagal mengadakan satu

perancangan yang teliti . Semakan akhir amat perlu untuk mengelakkan

dari melakukan kesilapan .

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI :

Pada masa akan datang saya akan menyemak dengan teliti setiap RPH

yang digunakan . . Saya juga akan berbincang dengan kawan-kawan

untuk menangani masalah ini .

TEMPOH MASA :

Saya akan mengatasi masalah ini secepat mungkin . Saya akan pastikan

perancangan saya akan berjalan dengan baik .

PENILAIAN KEJAYAAN :

Saya akan meminta kerjasama guru pembimbing dan rakan-rakan

praktikum untuk memberi penilaian tentang aktiviti / teknik yang saya

sediakan adakah ia sesuai untuk murid yang saya ajar .

TINDAKAN SUSULAN :

Semasa membuat perancangan aktiviti , saya akan meminta rakan –rakan

untuk menyemak RPH yang saya sediakan .

Page 6: jurnal