Jurnal bm
-
Upload
iyatieku-ayune -
Category
Education
-
view
993 -
download
3
description
Transcript of Jurnal bm
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah
1
MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN IMBUHAN AWALAN,
AKHIRAN DAN APITAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
MENGGUNAKAN KAEDAH IMLAK
Oleh :
Hameelah Adnan
SK Taman Permas Jaya 2,
Johor Bahru, Johor.
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penggunaan imbuhan dalam ayat yang
dihadapi oleh murid-murid tahun 3 Cerdik 2. Kemahiran pengimbuhan merupakan
komponen kemahiran yang tidak boleh diabaikan. Pengimbuhan perkataan merupakan
proses yang kompleks kerana apabila seseorang itu mendengar, otaknya juga
berfungsi untuk mentafsir makna perkataan berimbuhan tersebut. Seramai 30 orang
murid dan 2 orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan
melalui ujian bulanan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid kurang faham
dengan perkataan dasar yang jika digunakan imbuhan yang berlainan akan membawa
maksud yang berlainan. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid
kepada perkataan-perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Murid
telah didedahkan dengan kaedah imlak selama satu jam tiga puluh minit dan kajian ini
telah selesai dalam tempoh dua bulan. Maksud imlak ialah mendengar dan menulis
semula petikan yang diperdengarkan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan
peningkatan prestasi murid. Dapatan pemerhatian pula menunjukkan murid lebih seronok
belajar mata pelajaran Bahasa Melayu jika dirangsang dengan bahan dan aktiviti yang
pelbagai.
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah
2
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Sebagai pengerusi panitia, saya ingin meninjau pencapaian dan penguasaan Bahasa
Melayu murid-murid tahap 1 sebelum melangkah ke tahap 2. Berdasarkan pengalaman
saya jika murid-murid tahap 1 dapat menguasai kemahiran-kemahiran bahasa maka ini
akan membantu kecemerlangan pencapaian Bahasa Melayu mereka pada tahap 2 dan
seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan UPSR. Terdapat dua kertas Bahasa
Melayu iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Hasil daripada
penandaan latihan karangan, tidak dinafikan ada ketika murid-murid tiada idea untuk
disampaikan dan dikembangkan dalam karangan. Kesalahan yang dapat saya kenal pasti
ialah masalah struktrur ayat akibat kesalahan penggunaan imbuhan. Hal ini akan
memberi kesan kepada markah penulisan dan mempengaruhi maksud ayat. Bagi saya
membina ayat yang mudah dan lengkap bergantung kepada pengimbuhan perkataan dan
struktur ayatnya. Ini bermakna pengimbuhan perkataan yang salah akan
menyebabkan fungsi ayat berubah daripada maksud sebenar yang hendak disampaikan.
Ini tentu menyulitkan pemahaman pembaca malah menimbulkan makna yang berbagai-
bagai.
Melalui pengalaman saya, lemahnya penggunaan imbuhan dalam kalangan murid
disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan murid terhadap pentingnya aspek
penggunaan imbuhan yang saya berikan sama ada dalam proses pengajaran dan
pembelajaran atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah. Kelemahan ini juga
berpunca daripada kurangnya penumpuan saya terhadap kepentingan penguasaan
imbuhan. Sekiranya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti murid tidak dapat
menjawab dengan baik soalan karangan dan soalan membina ayat bagi Bahasa
Melayu kertas 2 yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan markah murid. Di
sekolah rendah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah salah satu pengukur
kepada kecemerlangan sesebuah sekolah.
2.0 FOKUS KAJIAN
Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya dalam
penulisan karangan saya hanya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah penguasaan
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah
3
imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Aspek imbuhan amat penting dikuasai pada
peringkat awal, terutama setelah murid memasuki tahap 2 (Tahun 4-6) kerana terdapat
penulisan karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Hasil refleksi didapati murid-murid banyak melakukan kesilapan apabila membina ayat.
Kesilapan-kesilapan yang yang sering dilakukan oleh murid ialah:
- murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul
kepada sesuatu perkataan.
- Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat.
- murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat
dalam petikan atau ayat.
Saya akan cuba membantu murid memahami dan menguasai penggunaan imbuhan, saya
yakin murid boleh membina ayat dengan betul, tepat dan jelas maksudnya serta
membolehkan mereka menulis karangan dengan lebih baik. Hal ini seterusnya
diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan cemerlang dalam kertas Bahasa
Melayu Penulisan. Keadaan ini juga akan membantu murid-murid lebih mudah menulis
karangan apabila mereka berada di tahap 2 kelak.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN.
3.1 Objektif am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan awalan,
akhiran dan apitan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
3.2 Objektif khusus
Kajian ini adalah bertujuan untuk:
3.2.1 Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam
petikan yang diberi.
3.2.2 Murid dapat mengklasifikasikan perkataan-perkataan berimbuhan
awalan, akhiran dan apitan.
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah
4
3.2.3 Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam struktur ayat
3.2.4 Pelajar berminat dan seronok untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu.
3.2.5 Guru dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menyeronokkan murid.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 15 orang murid lelaki (13
Melayu dan 2 India) dan 15 orang murid perempuan (11 Melayu dan 4 India)
dalam Tahun 3 Cerdik 2.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan masalah
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagi
kajian ini.
5.1.1 Ujian Pra
Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana
kefahaman mereka tentang penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan.
Murid juga diuji tentang kefahaman mereka mengenai makna perkataan yang
telah menggunakan imbuhan yang berlainan dengan membina ayat daripada
perkataan yang diberi. Selepas saya menyemak kertas ujian pra, saya dapati murid-
murid lemah dengan penggunaan perkataan berimbuhan yang diberi.
5.1.2 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkahlaku murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian
dijalankan murid kurang memberi respons kepada pengajaran dan pembelajaran.
Sebagaimana biasanya, murid perempuan yang lebih bersedia untuk belajar dan
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah
5
Pencapaian (Gred) Bilangan sampel Peratus (%)
A (80 – 100) 3 10
B (60 - 79) 12 40
C (40 – 59) 8 26.6
D (20 – 39) 5 16.7
E (0 – 19) 2 6.7
JUMLAH 30 100
Tingkah laku Peratus ( % )
Kesungguhan 50
Kurang mengambil bahagian 30
Kurang tumpuan ( bermain, berbual, mengganggu kawan )
20
menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang bersungguh-sungguh dan
kurang mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Faktor minat dan memberi tumpuan sepenuhnya membantu murid-murid mengikuti
keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.
5.2 Analisis tinjauan masalah
5.2.1 Analisis Ujian Pra
Jadual 1 : Pencapaian Ujian Pra
Berdasarkan Jadual 1, 76.7% (23 orang) murid telah lulus dan 23.3% (7
orang) murid telah gagal. Daripada analisis yang dibuat atas kesalahan-
kesalahan murid terdapat empat soalan yang mendapat peratusan kesalahan
paling banyak iaitu soalan 7 (66.7 %), soalan 10 (90%), soalan 13 (80%)
dan soalan 15 (70 %). Soalan–soalan tersebut berkaitan dengan imbuhan
akhiran dan apitan.
5.2.2 Analisis pemerhatian
Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti sikap belajar murid-
murid semasa pengajaran dan pembelajaran.
Jadual 2 : Mengenal pasti tingkah laku belajar
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah
6
5.3 Tindakan yang dijalankan
Dalam melaksanakan tindakan, saya menjalankan 5 aktiviti seperti di bawah:
- Mengenalpasti perkataan berimbuhan
– Mengelaskan jenis perkataan berimbuhan (awalan, akhiran dan apitan)
- Membina ayat
- Bercerita
- Ujian Pos
5.4 Perlaksanaan tindakan dan pemerhatian / penilaian
5.4.1 Aktiviti 1 : Mengenal pasti perkataan berimbuhan
i. Saya menggunakan sebuah petikan cerita yang dirakamkan sebagai bahan
rangsangan yang panjangnya kira-kira 100 patah perkataan.
Hari ini sekolah Mujib mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak.
Antara kanak-kanak yang paling gembira termasuklah Mujib. Cikgu Nurul
telah menghadiahinya sebungkus coklat. Mujib memegang coklat itu erat-
erat.
“Mengapa kamu tidak makan coklat itu, Mujib?” Tanya Cikgu Nurul.
Mujib hanya tersenyum mendengar pertanyaan Cikgu Nurul. Coklat
pemberian Cikgu Nurul itu ingin ditunjukkan kepada ibunya di rumah.
Mujib menerima coklat itu kerana dia murid yang baik.
Sebaik sahaja loceng berbunyi, Mujib terus pulang. Mujib tidak
sabar menunggu ibunya pulang dari kerja. Akhirnya, Mujib terlena di dalam
biliknya.
Dia tersedar apabila ibu mengejutkannya. Mujib terus teringat akan
coklatnya itu. Dia ke dapur untuk memberitahu ibunya.
“Ibu, saya ingin menunjukkan sesuatu kepada ibu,” kata Mujib.
Mujib berlari ke bilik untuk mengambil seluar sekolahnya.
Malangnya seluar sekolah yang dipakainya siang tadi tiada di dalam bilik
itu. Seluar itu telah direndam oleh ibunya di dalam baldi.
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah
7
Markah Peratus (%)
( A ) 80 - 100 10
( B ) 60 - 79 43.3
ii. Petikan ini diperdengarkan sebanyak dua kali dan murid diminta mengenal
pasti dan mencatat perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan.
iii. Murid membacakan perkataan berimbuhan yang dicatat.
iv. Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan
Pengimbuhan ialah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan
kepada sesuatu perkataan . Hasil daripada proses pengimbuhan ini akan
terbentuklah kata terbitan. (contoh : terbersih, bersihkan, membersihkan)
v Saya memperdengarkan semula petikan cerita
vi Murid mencatatkan semula perkataan berimbuhan.
Pemerhatian
Murid-murid telah menunjukkan respon yang tinggi untuk mendengar. Mereka juga
lebih bersedia untuk mengecam dan menyenaraikan perkataan berimbuhan yang
diperdengarkan.
Jadual 3 : Peratus Mengenal pasti Perkataan Berimbuhan
Jadual 3 menunjukkan hanya 6.6% sahaja murid yang tidak dapat mencatat perkataan.
Refleksi
Murid tidak dapat kenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan cerita.
5.4.2 Aktiviti 2 : Mengkelaskan jenis imbuhan
i. Saya mempamerkan carta imbuhan dan menerangkan jenis imbuhan
Terdapat empat jenis imbuhan dalam Bahasa Melayu, iaitu;
( C ) 40 - 59 40 ( D ) 20 - 39 6.6 ( E ) 0 - 19
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah
8
1. Awalan – imbuhan yang hadir sebelum kata dasar
2. Akhiran - imbuhan yang hadir selepas kata dasar
3. Apitan - imbuhan yang hadir serentak sebelum dan selepas kata
dasar
4. Sisipan - imbuhan yang hadir di tengah-tengah kata dasar.
(Bagi murid tahun 3 hanya imbuhan awalan, akhiran dan apitan
yang terdapat dalam sukatan)
ii. Saya membacakan petikan cerita
TABUNG BULUH HANIM
Hanim baru saja balik dari sekolah. Dia terus masuk ke dalam
biliknya. Hanim menyeluk kocek baju sekolahnya lalu mencapai tabung di
bawah katil. Hanim memasukkan wang ke dalam tabung buluh itu.
Digoncang-goncangnya tabung buluh itu. Bunyi duit syiling di dalam
tabung itu berdeting-deting. Hanim tersenyum gembira. Dalam masa
yang singkat, wang di dalam tabungnya sudah banyak.
Hanim bercadang untuk membuka akaun simpanan di bank. Dia
memberitahu ayah dan ibunya tentang cadangannya itu.
Ayah dan ibu Hanim sangat bangga akan sikap Hanim itu. Mereka
berharap agar sikap Hanim yang suka menabung itu menjadi contoh kepada
adik-adiknya yang lain.
iii. Murid mengkelaskan perkataan imbuhan yang didengar mengikut
jenisnya dalam lembaran yang diberikan.
Pemerhatian
Aktiviti 2 menghasilkan keputusan seperti berikut:
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah
9
Markah Peratus (%) ( A ) 80 - 100 25 ( B ) 60 - 79 55 ( C ) 40 - 59 20 ( D ) 20 - 39 0 ( E ) 0 - 19 0
Aktiviti Bilangan murid % pencapaian
Perbincangan 22 43.6
Membaca 26 56.4
Jadual 4 : Peratus Mengkelaskan Perkataan Berimbuhan
Jadual 4 menunjukkan 25% murid mendapat markah 80 – 100 dan tidak ada
seorang pun yang mendapat markah 39 ke bawah.Saya dapati dengan kaedah
imlak ini murid amat teruja untuk mengecam jenis perkataan berimbuhan yang
didengar untuk dicatatkan di ruangan yang betul. Murid juga menumpukan
perhatian terhadap P & P .
Refleksi
Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila berjaya
mengelaskan perkataan berimbuhan mengikut jenis imbuhan.
5.4.3 Aktiviti 3 : Membina ayat
i. Gambar bersiri dipamerkan dan murid fahami gambar yang dilihat
. ii. Murid menyatakan apa yang dilihat.
(Contoh :Monyet nampak buah pisang masak)
iii. Guru mencatatkan ayat-ayat yang murid-murid bina.
iv. Perbincangan – mengenal pasti kesalahan struktur ayat dan
membina ayat dengan menggunakan perkataan berimbuhan yang betul.
(Contoh : Seekor monyet ternampak setandan pisang yang masak di atas
sebatang pokok pisang)
v. Latih tubi membaca ayat yang telah dibetulkan struktur ayatnya.
vi. Guru pembantu membuat pemerhatian terhadap respon murid dalam
aktiviti perbincangan
Jadual 5: Aktiviti-aktiviti yang digemari murid
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah
10
Pencapaian (Gred)
Bilangan murid
Peratus
A ( 80 – 100) 10 33.3
B ( 60 - 79 ) 15 50
C ( 40 - 59 ) 5 16.7
D ( 20 - 39 )
E ( 0 - 19 )
Pemerhatian
Saya dapati murid lebih seronok belajar Bahasa Melayu jika menggunakan
sesuatu bahan sebagai rangsangan.
Refleksi
Saya mula sedar bahawa selama ini masalah ini timbul adalah disebabkan
murid- murid tidak dibimbing untuk menggunakan perkataan berimbuhan dalam
perbualan harian.
5.4.4 Aktiviti : Ujian Pos
Ujian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas Ujian
Pos disediakan, murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan Ujian Pra
tetapi diubahkan kata dasar. Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu.
Murid dikehendaki menjawab semua soalan. Kertas ujian ini mengandungi 5
bahagian yang membawa pemberian markah sebanyak 50 markah.
Bahagian A - Imbuhan awalan
Bahagian B - imbuhan akhiran
Bahagian C - imbuhan apitan
Bahagian D - membina ayat
Bahagian E - Tandakan _/ atau X menggunaan imbuhan dalam ayat.
Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan pra ini selama 30
minit.
Jadual 6 : Jadual Perbandingan Pencapaian Ujian Pos Berdasarkan
Bilangan dan Peratus
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah
11
Pencapaian Ujian Pra Ujian Pos
Lulus 23 ( 76.6 % ) 30 ( 100 % )
Gagal 7 ( 33.4 % )
Jumlah 30 ( 100 % ) 30 ( 100 %)
Refleksi
Dapatan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid. Jika
dalam Ujian Pra ada murid yang gagal tetapi dalam Ujian Pos semua murid
lulus malah peratus pencapaian setiap gred juga meningkat.
5.5 Refleksi keseluruhan
Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan
yang agak ketara. Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan yang betul
merupakan salah satu peningkatan yang menyumbang kepada markah
karangan. Pada keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa pencapaian murid
telah meningkat selepas tindakan diambil. Saya dapati murid mempamerkan satu
peningkatan prestasi yang amat baik.
Jadual 7 : Prestasi murid mengikut peratus lulus
Berdasarkan Jadual 7 di atas, 76.6% murid lulus dan 33.4% murid dalam ujian Pra.
Manakala dalam Ujian Pos, hasil dapatan menunjukkan 100% murid lulus ujian
tersebut. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan
meningkatkan pencapaian murid dalam penguasaan penggunaan imbuhan .
Rumusan pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan
pembelajaran Semasa sesi P & P dijalankan dapat dilihat murid-murid lebih berminat
dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa murid boleh dibantu untuk menikmati
pengalaman berjaya dalam penulisan karangan jika menguasai salah satu kemahiran
berbahasa iaitu penggunaan imbuhan. Saya berasa puas hati dengan perkembangan yang
ditunjukkan oleh murid-murid. Bukanlah mudah untuk menggalakkan murid mengikuti
P&P dengan minat serta memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang ingin diajarkan
oleh guru untuk difahami oleh murid.
Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
Sekolah Rendah
12
6.0 Cadangan kajian seterusnya.
Saya telah menggunakan kaedah imlak dalam membantu murid-murid untuk menguasai
penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang betul dalam struktur ayat. Saya
bercadang meneruskan kaedah imlak dalam pengajaran dan pembelajaran akan datang
kerana murid sudah menguasai penggunan imbuhan namun masih lemah dalam
membina struktur ayat. Seterusnya saya akan menjalankan satu lagi kajian yang
berkaitan dengan struktur ayat menggunakan kaedah imlak. Saya juga mencadangkan
kaedah ini dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru yang
mengajar Bahasa Melayu dibantu dengan aktiviti –aktiviti yang menarik dan
menggunakan pelbagai media seperti audio–visual yang menarik dan berkesan.
BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz Abdul Talib (1993 ). Menguji kemahiran bahasa, prinsip , teknik
dan Contoh, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Koh Bon Boon ( 1989 ) , Perspektif-perspektif dalam pengajaran Bahasa
Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Raminah Hj. Sabran ( 1992 ) . Kecekapan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu
, Penerbitan Fajar Bakti Kuala Lumpur.
Zuriah Yusuf (1992 ). Asas kemahiran berbahasa dalam KBSR Jilid 3, Dewan Bahasa
dan Pustaka Kuala Lumpur.