Jurnal Filologi Melayu - myrepositori.pnm.gov.my · jurnal filologi melayu jiud 16 kuala lumpur...

10
JILID 16, 2009 ISSN 01 28-6048 u ..... I · .. .,..4 .}1 KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Transcript of Jurnal Filologi Melayu - myrepositori.pnm.gov.my · jurnal filologi melayu jiud 16 kuala lumpur...

JILID 16, 2009 ISSN 01 28-6048

u ~ ~ ..... I · ~·4 .. ~ 4:!~.. .,..4 .}1 ~,~

KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

JURNAL FILOLOGI MELAYU

JIUD 16

KUALA LUMPUR PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

2009

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

AB. RAZAK AB. KARIM

NASKHAH-NASKHAH PULAU BUTON - ANTARA REALITI DAN HARAPAN1

Pendahuluan

Dalam makalah ini akan dibincangkan naskhah-naskhah Pulau Buton dari aspek masalah yang dihadapi , pemilik-pemilik naskhah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan naskhah ini. Umumnya mengetahui bahawa apabila disebut sahaja naskhah Pulau Buton, akan tergambar dalam fikiran kita ten tang koleksi Muluku Zahari yang telah dikatalogkan oleh Achadiati Ikram dan rakan-rakan beliau pada tahun 2001 dan di dalam katalog ini tersenarai 320 buah naskhah2

. Namun, apabila kajian dilakukan di kawasan ini masih banyak lagi naskhah Pulau Buton yang tidak dan belum dikatalogkan kerana pemilik perseorangan sebahagian besamya bersifat "pemalu" untuk dijalankan pendokumentasian terhadap naskhah mereka.

Latar Belakang Pulau Buton dan Masyarakatnya

Pulau Buton atau dikenali juga dengan nama Butong berada di wilayah SUL TRA, iaitu di wilayah Sulawesi Tenggara. Menurut penduduk tempatan, pulau ini mendapat nama daripada sebatang pokok yang bemama pokok butu, iaitu nama saintifiknya barringtonia asiatica. Penduduk setempat kemudiannya memanggil butu sebagai penanda daripada para pelaut di Kepulauan Nusantara yang sering singgah di pulau ini. Lama-kelamaan nama ini kekal dan pulau ini mendapat nama Buton. Pokok butu hanya terdapat di pulau ini dan hidup subur di kawasan berpasir. Oleh yang demikian nama pulau ini adalah sempena nama sebatang pokok butu yang terdapat di pulau ini.

I Kaj ian ini telah dilakukan selama 3 tahun di Pulau Buton dengan menggunakan peruntukan FRGS dan Tabung Akad emi Pengaj ian Melayu. 2 Kajian yang dil akukan tidak mengambil kira koleksi Muluku Zahari kerana naskah beliau telah d ikatalogkan. Tumpuan kajian adalah pada naskhah-naskhah lain yang mas ih terbiar, tidak dan be lum dibuat kaj ian lagi. askhah-naskha h tersebut adalah milik orang perseorangan dan bertebaran di kelurahan-kelurahan di Kola Bau-Bau.

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

2 / lurnal Filologi Melayu, lilid 16,2009

Pokok Bulu dan buahnya

Dari segi geografi kedudukan Pulau Buton atau dikenali juga dengan nama Pulau Butong terletak di bahagian selatan garisan Khatulistiwa di antara 122.30 darjah - 122.45 darjah. Pulau ini mempunyai keluasan kawasan daratan 30km persegi dan dari segi topografi kota ini dikelilingi oleh kawasan berbukit-bukit.

Dari segi pemerintahan pula, Pulau Buton mempunyai sebuah kota pentadbiran yang dinamakan Bau-Bau3

. Kota ini mempunyai 4 wilayah pentadbiran, iaitu Bungi, Sarawolio, Wolio dan Betoambari. Setiap wilayah mempunyai desa, dan di bawah desa terdapat kelurahan. Wilayah Betoambari dan Wolio sahaja mempunyai desa manakala dua lagi Wilayah mempunyai desa dan kelurahan. Kota Bau-Bau dikepalai oleh seorang Wali Kota dan dibantu oleh Sekretaris dan Dinas-dinas tertentu.

Pulau Buton mempunyai bilangan penduduk seramai 120,502 orang berdasarkan bancian yang dilakukan pada tahun 2004. Daripada bilangan tersebut, bilangan penduduk lelaki seramai 58,469 orang ataupun 48.52% manakala selebihnya golongan wanita.

3 KOla Ball-Ball berasal daripada kala ball, iaitu sa lah salu daripada deria hidu manusia. Berdasarkan pendapal orang-orang lua di sini kola ini berasa l daripada kala ini dan lidak hairan lah KOla Bau-Bau juga dinamakan sebagai Kola Semerbak berdasarkan kala ball ilu.

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Naskhah-naskhah Pulau Buton - Antara Realiti dan Harapan / 3

LOKASI KAWASAN KAJIAN

~tt9Ste -.---_._--. M_~~_A_S!AR : SOUTH EAST SULAWESI

Dari segi agama, lebih 90% daripada masyarakat di sini beragama Islam dan selebihnya agama-agama lain sepel1i Kristian dan Hindu4

_ Menurut sejarah raja keenam memeluk Islam pada tahun 1540 dan menjadi raja pertama bergelar Sultan5

_ Di bawah pemerintahan baginda seluruh kerajaan Buton secara rasmi memeluk Islam dan Islam menjadi agama rasmi kerajaan ini_ Masyarakat Islam di sini berpegang teguh pada Kitab Martabat Tujuh dan ajarannya sebagai pegangan hidup mereka sejak datuk nenek mereka lagi6

_ Berdasarkan catatan, Martabat Tujuh merupakan undang-undang dasar yang telah disusun oleh Sultan Elangi pad a awal abad ke-17. Peraturan itu ditemui dalam pemerintahan Sultan Muhammad Idrus yang memerintah dari tahun 1824-1851_

Martabat Tujuh bermaksud tujuh posisi atau tujuh tingkat perwujudan. Ungkapan III I telah digunakan dalam tulisan golongan sufi mistik yang ditemui di Aceh pada

4 Kebanyakan masyarakat Hindu di sini berasal dari Bali yang migrasi ke Bau-Bau dan mereka menjalankan aktiviti penanaman padi untuk menyara hidup mereka. Menurut sejarah Hindu telah mula bertapak di Buton sejak zaman lampau lagi kerana sebelum pengaruh Islam bertapak dengan kuat di bawah Sultan Marhum, masyarakatnya beragama Hindu kerana dikatakaan Buton merupakan sa lah sebuah kerajaan Majapahit. Lihat Sejarah dan Adat Fiy Darul Butuni, 1977. him. 17. 5 Menurut Sejarab dan Adat Fiy Darul Butun, 1977: 17, Kata gelaran raja berubab menjadi Sultan setelah raja Marhum dan pengikut-pengikurnya memeluk Islam dalam tahun 948 Hijrah atau 1511 M. Pada tahun berkenaan Abdul Wabid penganjur Islam telah datang membawa ajaran Islam ke Buton dan kononnya be liau datang dari Tanah Semenanjung lahar. Schoorl J.W. 2003: 135 , pula menyatakan bahawa Kerajaan Buton memeluk Islam pada tahun 1540. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa Islam telah bertapak di Buton pad a tahun 1542. berdasarkan pendapat-pendapat ini ban yak yang boleh diperkatakan ten tang kedatangan Islam di Buton. 6 Di negara kita ajaran dan kitab Martabat Tujuh telah diharamkan oleh pihak berkuasa kerana ajarannya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam sebenamya. Menurut Abdul Fatah Haron Ibrahim (Utusan Malaysia, 6 Jun 2006) him. 2 1, Martabat Tujuh membincangkan asal mula kejadian alam semesta, iaitu tujuh lap is yang terdiri daripada Ahadiah, Wahdah , Wahidiah, Alam Arwah, Alam Mithal , Alam Ajksam dan A lam Insan. Menurut beliau lagi , ilmu atau akidah ini bercanggah dengan Ah li Sunnah kerana go longan ini mengatakan Allah mengadakan alam semesta ini bukan daripada tiada kepada ada sebagaimana iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah seba liknya daripada ada kepada ada.

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

4 / JumaL FiLoLogi M elayu, Jilid 16, 2009

permulaan abad ke-177. Pengaruh ini telah diterima dan mempengaruhi masyarakat serta

pemerintahan di Buton. Berdasarkan Martabat Tujuh, ia merupakan pancaran Tuhan (Allah) yang mewakili berrnacam-macam tingkat , iaitu :

(i) Tingkat pertama dinamakan marta bat ahdat, iaitu tingkat daripada semua hakikat yang belum diwujudkan oleh Tuhan sepenuhnya terwujud dalam diri sendiri daripada zat, hakikat tuhan sebenamya yang belum ditampakkan.

(ii) Tingkat kedua dinamakan martabat wahadat iaitu tingkat pertama mengetahui sifat-sifat tuhan yang menampakkan hakikatnya (zatnya).

(iii) Tingkat ketiga dinamakan martabat wahidiyat iaitu tingkat orang mempelajari nama sifat-sifat tuhan.

(iv) Tingkat keempat dinamakan, martabat alam arwah ialah alam arwah. (v) Tingkat kelima dinamakan martabat alam misali iaitu a lam fikiran ,

pencerrninan atau contoh segala sesuatu yang ada. (vi) Tingkat keenam dinamakan martabat alam ajsam, iaitu alam badan

(yang dapat dipisah-pisahkan dan dibahagi-bahagikan) sebagai sifat khusus yang lebih lanjut daripada pewujudan.

(vii) Tingkat ketujuh dinamakan martabat alam insan, iaitu alam manusia yang menggabungkan semua tingkat sebelumnya (pertama hingga 6) .

Sehingga kini ajaran Martabat Tujuh masih kuat diamalkan oleh masyarakat di Bau-Bau dan anggota masyarakat mengikutinya secara patuh kerana mereka mewarisinya daripada leluhur mereka lagi.

Pengaruh-pengaruh Luaf Pada Naskhah Bau-Bau

Setakat yang diketahui belum ada kajian menyeluruh dan selengkapnya yang dilakukan oleh para pengkaji tentang naskhah-naskhah yang berada di Bau-Bau8

. Ramai sarjana barat sendiri tidak mengetahui bahawa di Bau-Bau terdapat banyak lagi naskhah yang bemilai dan bel urn dibuat kajian sarna ada secara mendalam ataupun menyeluruh.

Berdasarkan faktor sejarah, Bau-Bau merupakan salah satu daripada jalur perdagangan antarabangsa yang menghubungkan pulau ini dengan jalur perdagangan yang digunakan oleh para pedagang. lalur yang dimaksudkan ialah perdagangan antara Cina dengan Kepulauan Asia Tenggara. Pulau Buton merupakan jalur perdagangan paling timur di Indonesia dan para pedagang menggunakan jalur ini untuk berdagang, kapal-kapal dari Cina akan menyusuri kawasan-kawasan perdagangan seperti Pattani, Kalimantan (Pontianak) dan seterusnya ke Pulau-pulau seperti Temate, Maluku dan pulau-pulau lain yang kaya dengan rempah ratus. Untuk meneruskan perdagangan ke kawasan lain seperti lawa, jalan yang paling dekat adalah melalui Makassar. Menurut

7 Lihat Schoorl , J.W. 1985. Beliefin Reincarnation on Buton, S .E.Sulawesi, Indonesia, BK I 14 1: 103-134. 8 Kajian yang dilakukan oleh pihak Belanda dan juga beberapa orang filo logi Indonesia hanya berturnpu pad a koleksi Muluku Zahari sahaja . Mereka tidak rnenjalankan kaji an secara rnenyeluruh termasuk di Pulau Wakatobi . Berdasarkan kaji an yang dil akukan di Bau-Bau, bilangan naskhah yang tercatat dalarn Katalog askhah Buton sebanyak 320 buah naskhah berbanding dengan bilangann ya yang tel ah dirnikrofilernkan oleh Arsip Nasional sebanyak 340 pada tahun 1978 dan 1984. Bagairnanapun , bilangan naskhah ini sekarang kurang daripada 100 naskhah dan banyak yang hilang kerana tidak dipul angkan oleh perninj arnnya ataupun rosak teruk dan langsung tidak boleh dibaca .

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Naskhah-naskhah Pulau Buton - Antara Realiti dan Harapan / 5

(Schoorl 2003:3), dokumen-dokumen barat menjelaskan bahawa Buton terletak di titik strategik pada rute dari Jawa dan Makassar ke Maluku, iaitu pusat pengeluaran rempah­rempah Indonesia. Dalam abad ke-16 Buton masih kuat dipengaruhi oleh pengaruh Ternate dan pulau ini merupakan kawasan sekunder bagi empayar Ternate yang mengawal perdagangan dan tempat pengumpulan hasil-hasil di sekitarnya untuk di hantar ke Ternate. Berdasarkan fakta ini berkemungkinan Islam di Buton dibawa oleh para pedagang dari Ternate kerana Ternate telah menerima Islam lebih awal daripada Buton.

Pulau Buton berada antara Makassar dan juga Kepulauan Tukang Besi9. Bagi

para pedagang, Pulau Tukang Besi am at penting untuk mereka membaiki kerosakan kapal sekiranya berlaku kerana besi yang banyak terdapat di pulau ini dan untuk mendapatkan bekalan-bekalan lain dalam pelayaran mereka. Pulau Buton dan pulau­pulau di sekitarnya seperti Kabeana, Muna dan lain-lain lagi mempunyai bekalan kayu jati untuk memperbaiki kapal-kapal di Pulau Tukang Besi . Pulau Muna, Kabaena, Wang­Wangi, Kaledupa berdekatan dengan Pulau Buton yang kaya dengan kayu jati bermutu tinggi dan amat penting bagi menyediakan bekalan penting yang diperlukan.

Bagi para pedagang yang belayar, mereka membawa pelbagai pengaruh dalam misi perdagangan mereka. Ini terbukti dengan pengislaman Melaka, Aceh, Pasai dan kawasan-kawasan lain disebabkan oleh pengaruh para pedagang yang datang. Perkara yang sarna juga berlaku di Pulau Buton. Para pedagang yang singgah berdagang di Pulau Buton akan menyebarkan Islam dan awal abad ke-17 Buton mempunyai kesultanan Islam yang cukup kuat. Walaupun dikatakan kerajaan Buton telah wujud pada abad ke-7 tetapi tidak ada bukti yang kukuh dan kebanyakannya berdasar cerita-cerita rakyat. 10

Pengaruh Islam yang kuat di Buton adalah disebabkan oleh peranan yang dimainkan oleh para pendakwah/ulama. Mereka menyebarkan Islam dengan membawa pelbagai ajaran tasawuflilmu mistik dan juga kitab-kitab fikah sebagai bahan rujukan bagi masyarakat setempat. Suatu yang menarik ialah ajaran tasawuf yang diajarkan di Pattani dan juga di Aceh terdapat dalam banyak naskhah di Buton. Misalnya naskhah Kitab Fawaidul Bahiyyah terjemahan daripada anak murid Tok Awang Kenali di Kelantan terdapat dalam simpanan Bapak Mujazill . Walaupun hubungan antara Kelantan dan Bau-Bau begitu jauh tetapi kitab ini satu-satunya yang ditemui di Bau-Bau. Contoh lain ialah AI-Quran milik Bapak Sofyan memperlihatkan iluminasi pengaruh Aceh begitu ketara sekali. AI-Quran ini dijangka ditulis sezaman dengan Abdul Rauf AI-Singkel di Aceh. Berdasarkan dua contoh ini membuktikan bahawa pengaruh para pedagang am at penting dalam penyebaran idealogi dan juga naskhah di alam Melayu.

Banyak lagi contoh naskhah yang menunjukkan bahawa naskhah-naskhah di Bau-Bau dipengaruhi oleh ulama-ulama di pusat-pusat penyebaran Islam di Pattani, Aceh atau kawasan-kawasan lain. Bagaimanapun, pengaruh Aceh dan Pattani telah mendominasikan naskhah-naskhah mereka ini . Walaupun begitu satu aspek penting yang paling ketara ialah unsur iluminasi pada naskhah-naskhah tidak begitu dominan.

9 Pulau Tukang Besi kini telah ditukar namanya kepada Pulau Wakatobi yang merupakan akron im daripada em pat buah pulau iaitu pulau Wangi-Wangi, Pulau Kabaena, Pulau Tomia dan Pulau Binongko. 10 Tiada catalan menunjukkan Islam telah bertapak pada abad ini dan hanya ada catatan daripada daripada teks Jawa yang dinamakan Nagarakretagama yang ditulis oleh Mpu Prapanca sewaktu kerajaan Majapahit. Catatan ini menyatakan bahawa BUlon atau Butuni merupakan sebuah kampung yang mempunyai taman dan sistem sal iran yang baik. Kawasan ini mempun yai seorang raja yang memerintah. II Kitab ini ialah kitab Mujarrabat yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu yang pertama ditemui dan berada di Bau-Bau. Kebanyakan kitab Mujarrabat yang ada telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia. Kitab ini diberikan nombor panggi lan OBI2/AMZ dengan nama Kitab Mujarabat.

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

6 / Jurnal Filologi Melayu, Jilid 16, 2009

Kebanyakan naskhah jarang mempunyai iluminasi. Sesetengah naskhah mempunyai un sur iluminasi ala kadar sahaja dan dakwat yang digunakan hanyalah yang berwama hitam dan merah sahaja l2

. Dengan erti kata lain, ciri-ciri naskhah Buton yang utama ialah ketiadaan unsur iluminasi yang menggambarkan ciri naskhah setempat dan gambaran budaya masyarakat tempatan.

Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan naskhah yang berunsur keagamaan kecuali Al-Quran seperti kitab tasawuf, fIkah dan sebagainya kurang mementingkan un sur hiasan tetapi menekankan ilmu yang hendak disampaikan. Di samping itu, naskhah yang dibawa ke Buton akan disalin semula oleh kebanyakan ulama yang ada di sini. Oleh yang demikian tidak menghairankan sekiranya sesebuah naskhah itu mempunyai banyak sekali salinannya. Sebuah naskhah yang paling popular dan paling banyak disalin ialah naskhah Kabanti Bunga Melati. Naskhah ini boleh dikatakan sebagai naskhah yang wajib ada pada setiap orang pada zaman itu. Naskhah ini merupakan kabanti atau nazam yang mengandungi pengajaran agama serta ajaran tasawuf untuk mendidik anak-anak menjadi orang yang berguna dan taat pada agama. Kebanyakan masyarakat pada waktu itu menggunakan kabanti ini sebagai amalan dan panduan hidup anggota masyarakat.

AI-Qurao dari Aceh yang di temui di Bau-Bau dan dianggarkan ditulis pada abad ke-17 dimiliki oleh Bapak Sofyan

12 Naskhah al-Makkahtul al-Musyarrafab dan al-Madinah al-Munawwarab Illeillpunya i unsur i\ulllinas i yang dilllaksudkan di alas.

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Naskhah-naskhah Pulau Buton - Antara Realiti dan Harapan / 7

Naskhah-naskhah Melayu di Pulau Buton

Naskhah-naskhah Melayu Pulau Buton dapat dikategorikan dalam 6 jenis dan ditulis dalam 4 bahasa yang berlainan. Berdasarkan jenis naskhah-naskhah Melayu di Bau-Bau boleh dibahagikan kepada:

(i) kitab fikahltauhid (ii) kitab tasawuf (iii) hikayatlsalasilah (iv) ilmu ramalanlbintang (v) surat-sUi'at rajalpembesar (vi) khutbah Jumaatlhari raya

Berdasarkan bahasa pula, kebanyakan naskhah berbahasa Melayu tetapi terdapat juga yang berbahasa Wolio, Arab dan ditemui beberapa naskhah yang dituli s dengan bahasa Bugis Makassar l 3

. Kebanyakan naskhah yang ditulis dalam bahasa Wolio atau Bugis Makassar merupakan naskhah salinan daripada naskhah asal yang berbahasa Melayu atau yang berbahasa Arab. Kebanyakan pemilik naskhah memiliki kitab Martabat Tujuh dalam simpanan mereka. Kitab ini terdapat dalam keempat-empat bahasa dan paling banyak dalam bahasa Melayu. Ini disebabkan Sultan Muhammad Idrus telah mengangkat kitab ini sebagai peraturan dalam pemerintahan baginda dan tidak menghairankan ia menjadi naskhah yang paling popular dan disalin oleh kebanyakan anggota masyarakat pada waktu itu. Selain ini ajaran daripada Martabat Tujuh menjadi panduan dan pegangan serta peraturan hidup masyarakat pada waktu itu.

Naskhah-naskhah Fikah

Naskhah berbentuk kitab fikah paling banyak ditemui di kawasan ini terutama dalam simpanan tokoh-tokoh fikah yang pemah menjadi Imam di Masjid Agung di Bau­bau. Kitab-kitab fikah yang terdapat sebahagian besamya tidak lengkap dan banyak bahagian yang telah rosak!4. Antara tokoh Imam yang banyak menyimpan naskhah sedemikian ialah Bapak La Umbu!5 dan Allahyarham Bapak Muchir. Kitab yang paling

13 Hanya dua buah kitab berbahasa Bugis Makassar di temui di Bau-Bau. Kedua-dua kitab ini menyentuh bidang tasawuf dan sufi sm. Masih banyak lagi naskhah seumpama ini di Bau-Bau tetapi kandungannya hampir sama seperti naskhah­naskhah Melayu yang lai n. Hanya bahasanya sahaja yang berlainan kerana masyarakat Makassar zaman lampau mempunyai sistem tuli san mereka yang tersendiri. Selain itu hubungan antara Buton dan Makassar tidak begitu baik dan mempunyai sejarah panjang sejak zaman lampau. Sering berlaku peperangan antara kedua-dua kuasa ini sehingga pihak Belanda memaksa mereka menandatangan i perjanjian perdamaian. 14 Kebanyakan naskhah di Bau-Bau menunggu masa sahaja untuk musnah kerana mereka tidak menjaga naskhah-naskhah yang ada. Amara naskhah yang paling kriti kal ialah naskhah milik Bapak Mujazi di Kelurahan Melai . Walaupun naskhah­naskhah beli au telah dimikrofilemkan oleh pihak Belanda dan beberap ahli filolog i Indonesia serta dibuat kata log tetapi mereka langsung tidak merawat naskhah-naskhah tersebut. Dijangkakan dalam jangka masa lima tahun lagi seluruh naskhah milik beliau akan hancur dan tidak boleh dibaca. Walaupun ada usaha untuk menyelamatkan dan memulihara naskhah-naskhah tersebut dari pihak kami tetapi sikap beliau yang tertutup menyukarkan usaha ini dilakukan. Beliau amat kuat berpegang pad a amanat orang tuanya yang ti dak mahu naskhah milik beli au dibawa keluar dari rumahnya wa laupun untuk tujuan pemuliharaan. Sikap ortodok beliau dan beberapa orang lain inilah yang memusnahkan naskhah-naskhah Melayu di Bau-Bau kerana kejahilan mereka tentang naskhah. 15 Bapak La Umbu mempunya i banyak sekali naskhah fikah tetapi sayangnya telah rosak teruk. Beliau merupakan bekas Imam di Masjid Agung dan pakar fikah di Bau-Bau. Untuk mengelakkan ilmu fika h yang be liau mil iki hilang, beliau telah

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

8 / Jurnal Filologi Melayu, Jilid 16, 2009

popular ialah Siratalmustaqim tetapi kebanyakan tidak lengkap dan ban yak bahagian yang telah musnah dan tinggal cebisan-cebisan pada halaman-halaman tertentu sahaja. Antara naskhah fikah yang ditemui ialah :

(i) Raudhah al-Ikhwanfi Ibadah ar-Rahman (ii) Kitab Solat (i ii) Kitab Fikah Melayu dan Arab (iv) Kitab Solat (v) Makrifatul lbadat

Kebanyakan kitab fikah yang ditemui telah hilang bahagian hadapannya dan hanya tinggal bahagian tengahnya sahaja. Berdasarkan kandungannya kitab-kitab in i membicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan fikah dan hukum terhadapnya. Ia banyak merangkumi persoalan seperti sembahyang, puasa, zakat , haji dan hal-hal lain yang berkaitan dengan fikah. Antara naskhah fikah yang ditemui ditunjukkan di bawah 101.

MSS 1 i 6 : Kitab Solat berbahasa Arab

menyalin semula naskhah-naskhah yang telah rosak itu dalam buku-buku bentuk baru dan di simpan untuk anak cucu beliau pad a masa akan datang. Namun, usaha sebegini hanya dijalankan oleh beliau seorang sahaja. 16 Nombor rujukan MSS 17 dalam makalah ini merupakan nombor rujukan yang digunakan dalam kajian ini . Angka 17 ialah bilangan naskhah yang dapat dicatatkan.

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA