JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA...

3
JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA NEGERI PERLIS Penggunaan o Oleh Ramli Ismail S ebut sahaja songkok, semua orang mengetahuinya. Walaupun ianya kecil dan nngan, namun peranannya cukup penting. Penggunaan songkok sememangnya tidak aSlng lagi kepada masyarakat Melayu di rantau ini, sarna ada di Malaysia, Indonesia, Brunei Darulsalam, Singapura dan juga di selatan Thailand. Dari apa yang difahamkan pemakaian songkok sudah lama diamalkan oleh masyarakat Melayu. Ada yang mendakwa pemakaian songkok di rantau ini bermula apabila ianya dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari India. Ada juga yang menyatakan ia bermula apabila Islam datang ke rantau ini. Biar apapun yang diperkatakan, apa yang pasti, songkok kini memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu di Malaysia. Apa yang lebih membanggakan apabila pemakaian songkok juga sudah dijadikan keperluan protokol untuk seseorang menghadiri majlis rasmi tertentu. Songkok diperbuat daripada kertas yang disalut dengan baldu. Keban yakan songkok berwarna hitam, walaupun terdapat juga sesetengah songkok berwarna lain daripada hitam. Bagi pengiktirafan protokol, setiap pemakai dikehendaki memakai songkok berwarna hitam. Contohnya mereka yang hendak menghadiri majlis- majlis rasmi di istana atau menghadiri perasmian atau mesyuarat di Dewan Undangan Negeri, semuanya mesti memakai songkok berwarna hitam. Saiz setiap songkok adalah mengikut lilitan kepala seseorang pemakai sementara ketinggiannya pula terpulang kepada kehendak pemakainya sendiri . ... pemakaian songkok juga sudah dijadikan keperluan protokol untuk seseorang menghadiri majlis rasmi tertentu ... Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Transcript of JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA...

Page 1: JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA ...myrepositori.pnm.gov.my/.../1320/1/JWIK_2007_Bil19_11.pdfpertama pengajian anak tersebut. Sesetengah ibu bapa tidak mengisah sangat ten tang

JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA NEGERI PERLIS

Penggunaan

o Oleh Ramli Ismail

S ebut sahaja songkok, semua orang mengetahuinya.

Walaupun ianya kecil dan nngan, namun

peranannya cukup penting. Penggunaan songkok

sememangnya tidak aSlng lagi kepada masyarakat

Melayu di rantau ini, sarna ada di Malaysia, Indonesia,

Brunei Darulsalam, Singapura dan juga di selatan

Thailand.

Dari apa yang difahamkan pemakaian songkok sudah

lama diamalkan oleh masyarakat Melayu. Ada yang

mendakwa pemakaian songkok di rantau ini bermula

apabila ianya dibawa oleh pedagang-pedagang Islam

dari India. Ada juga yang menyatakan ia bermula

apabila Islam datang ke rantau ini.

Biar apapun yang diperkatakan, apa yang pasti, songkok

kini memainkan peranan penting dalam masyarakat

Melayu di Malaysia. Apa yang lebih membanggakan

apabila pemakaian songkok juga sudah dijadikan

keperluan protokol untuk seseorang menghadiri majlis

rasmi tertentu.

Songkok diperbuat daripada kertas yang disalut

dengan baldu. Kebanyakan songkok berwarna

hitam, walaupun terdapat juga sesetengah songkok

berwarna lain daripada hitam.

Bagi pengiktirafan protokol, setiap pemakai

dikehendaki memakai songkok berwarna hitam.

Contohnya mereka yang hendak menghadiri majlis­

majlis rasmi di istana atau menghadiri perasmian

atau mesyuarat di Dewan Undangan Negeri,

semuanya mesti memakai songkok berwarna hitam.

Saiz setiap songkok adalah mengikut lilitan kepala

seseorang pemakai sementara ketinggiannya pula

terpulang kepada kehendak pemakainya sendiri .

... pemakaian songkok juga sudah dijadikan keperluan protokol untuk seseorang menghadiri majlis rasmi

tertentu ...

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 2: JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA ...myrepositori.pnm.gov.my/.../1320/1/JWIK_2007_Bil19_11.pdfpertama pengajian anak tersebut. Sesetengah ibu bapa tidak mengisah sangat ten tang

JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA NEGERI PERLIS

Sesetengah pemakai gemar memakai songkok

sederhana tinggi dan sesetengahnya pula

suka memakai songkok yang agak tinggi.

Kebanyakan songkok bersaiz tinggi dipakai

oleh pemakai-pemakai sebelum tahun enam

puluhan.

Sebab itulah jika dilihat kebanyakan songkok

yang dipakai oleh pejuang-pejuang

kemerdekaan dahulu tinggi sebagaimana

songkok yang dipakai oleh Almarhum

Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj, bapa

kemerdekaan negara.

Bagaimanapun akhir-akhir 1nl kebanyakan

pemakai songkok gemar memakai songkok

yang sederhana tinggi. Mereka boleh

memilih bentuk songkok yang hendak

dibeli di tempat-tempat penjualan songkok

yang banyak, atau paling sesuai membelinya

daripada tukang membuat songkok sendiri,

boleh membuat ukuran saiz dan bentuk

mengikut selera.

Pemakaian songkok selalunya dipasangkan

dengan baju Melayu lengkap bersampin.

Seseorang yang memakai pakaian kebangsaan

nampak janggal jika tidak memakai songkok.

Bagi umat Islam, mereka akan memakai

songkok jika hendak bersolat. Walaupun

ianya bukan sesuatu yang diwajibkan, tetapi

sudah tentu nampak lebih bersopan jika

bersembahyang dengan memakai songkok.

Sebab itulah, seringkali umat Islam membeli songkok baru

setiap kali tiba hari raya untuk dipakai semasa bersembahyang

sunat hari raya.

... Pemakaian songkok selalunya dipasangkan dengan baju

Melayu lengkap bersampin ...

Memandang kepada pemakaian songkok dimasukkan ke

dalam pemakaian protokol, tidak hairanlah jika ada di antara

mereka yang datang ke istana untuk menghadiri sesuatu

majlis rasmi tanpa memakai songkok, tidak dibenarkan masuk

ke dalam istana, kecuali selepas pulang mengambil songkok

dan memakainya.

Pemakaian songkok di kalangan masyarakat Melayu bermula

sejak peringkat kanak-kanak lagi. Bagi mereka yang dihantar

oleh ibu bapa untuk mengaji al-Quran kepada seseorang guru

Quran akan dibeli songkok baru untuk dipakai pada hari

pertama pengajian anak tersebut.

Sesetengah ibu bapa tidak mengisah sangat ten tang baju

dan kain pelekat untuk dipakai oleh anak-anak lelaki mereka

pada hari itu, asalkan bersih, walaupun lama, boleh dipakai,

tetapi lebih penting bagi mereka ialah menyediakan songkok

baru untuk anak mereka sebagai satu perangsang kepada

anak tersebut memulakan pengajian al-Quran mereka.

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 3: JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA ...myrepositori.pnm.gov.my/.../1320/1/JWIK_2007_Bil19_11.pdfpertama pengajian anak tersebut. Sesetengah ibu bapa tidak mengisah sangat ten tang

JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA NEGERl PERLlS

Semasa seseorang anak lelaki yang hendak

dikhatankan, juga dipakaikan pakaian Melayu baru

lengkap bersongkok. Sudah tentu anak-anak terse but

akan kelihatan lebih menarik dan bergaya sebelum

pakaian mereka ditanggalkan untuk dimandi dan

kemudian dikhatankan.

Apabila anak tersebut meningkat remaja dan teruna,

songkok juga tetap diperlukan. Di majlis akad nikah,

mereka perlu memakai songkok supaya kelihatan

lebih bersopan dan menarik.

Pemakaian songkok terus digunakan pada hari

perkahwinan. Bagi mereka yang tidak memakai

tengkolok, menggantikannya dengan memakai

songkok ketika pergi ke rumah pengantin

perempuan dan kemudian berada di atas pelamin .

... Para pemimpin pula akan nampak lebih anggun ketokohan kepimpinannya jika memakai songkok ...

Bagi menghiasi songkok terse but selalunya dilekatkan

kerongsang suasa atau kerongsang berwarna emas

berbentuk bintang, bunga dan seumpamanya supaya

kelihatan lebih menarik.

Penari-penari lelaki yang hendak menari tarian asli juga

seringkali memakai songkok bersama pakaian baju

Melayu mereka. Namun tidak semestinya songkok yang

dipakai oleh penari-penari atau para artis berwarna

hitam, sebaliknya ada yang memakai songkok

berwarna-warni. Para pemimpin pula akan nampak

lebih anggun ketokohan kepimpinannya jika memakai

songkok, walaupun bukan memakainya bersama baju

Melayu.

Sementara itu songkok juga dipakai dalam suasana

kesedihan atau kematian. Mereka yang hendak

menziarahi kematian adalah lebih bersopan jika

memakai songkok sama ada dengan pakaian berbaju

Melayu, berkain pelekat atau dengan pakaian seluar

berkemeja sahaja.

Pemakaian songkok Juga digunakan semasa berlaku

kemangkatan diraja. Sesetengah negeri mensyaratkan

rakyat memakai songkok berlilit kain putih selama

tujuh atau sepuluh hari sebagai menghormati

kemangkatan diraja tersebut.

Begitulah besarnya peranan songkok dalam masyarakat

Melayu di negara ini. Memang dirasakan wajar songkok

terus diberi peranan kerana ianya juga melambangkan

satu lagi identiti masyarakat Melayu dan kesopanan

seorang insan dari kalangan umat Islam.

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis