jurnal kejurulatihan

10
PERSEPSI ATLET TERHADAP TINGKAH LAKU KEMPIMPINAN JURULATIH DAN HUBUNGANNYA DENGAN ORIENTASI PENCAPAIAN Kajian jurnal yang diulas ini berfokuskan jurulatih dengan atlet. Jurulatih sememangnya memainkan peranan penting dalam sesebuah pencapaian sukan. Jurulatih yang berkesan mampu melahirkan atlet yang baik dan berprestij tinggi. Kelahiran seorang atlet dan kejayaannya bergantung kepada kebolehan jurulatih mengendalikan sesuatu sesi latihan yang berkesan. Ini dapat dibuktikan melalui kajian – kajian yang telah dilakukan bahawa jurulatih mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam hubungannya dengan atlet (Carron, 1979; Cratty, 1989; Thompson, 1992). Walaupun kejayaan atlet bergantung kepada pelbagai faktor seperti seringkali dikaitkan dengan tahap dan orientasi motivasi atlet (Duda & Nicholls, 1985; Shaharudin Abd Aziz, 1998), faktor kepimpinan jurulatih (Chelladurai, 1984), tahap keyakinan diri atlet serta tahap kebimbangan atlet sebelum dan semasa pertandingan berlangsung (Martens, 1987) namun kewibawaan jurulatih memainkan peranan yang sangat penting. Ini dibuktikan dengan kajian iaitu gayadan tingkah laku kepimpinan seseorang jurulatih pada umumnya dapat menentukan kewibawaannya dalam mencorakkan keberkesanan latihan dan pencapaian atlet yang cemerlang (Fuoss & Troppmann, 1981; Weles & Friedrichs, 1986; Garland & Barry, 1988; Gross, 1990; Chelladurai, 1990; Boonveerabut, 1992).

description

jurnal

Transcript of jurnal kejurulatihan

Page 1: jurnal kejurulatihan

PERSEPSI ATLET TERHADAP TINGKAH LAKU KEMPIMPINAN JURULATIH

DAN HUBUNGANNYA DENGAN ORIENTASI PENCAPAIAN

Kajian jurnal yang diulas ini berfokuskan jurulatih dengan atlet. Jurulatih

sememangnya memainkan peranan penting dalam sesebuah pencapaian sukan. Jurulatih yang

berkesan mampu melahirkan atlet yang baik dan berprestij tinggi. Kelahiran seorang atlet dan

kejayaannya bergantung kepada kebolehan jurulatih mengendalikan sesuatu sesi latihan yang

berkesan. Ini dapat dibuktikan melalui kajian – kajian yang telah dilakukan bahawa jurulatih

mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam hubungannya dengan atlet

(Carron, 1979; Cratty, 1989; Thompson, 1992).

Walaupun kejayaan atlet bergantung kepada pelbagai faktor seperti seringkali

dikaitkan dengan tahap dan orientasi motivasi atlet (Duda & Nicholls, 1985; Shaharudin Abd

Aziz, 1998), faktor kepimpinan jurulatih (Chelladurai, 1984), tahap keyakinan diri atlet serta

tahap kebimbangan atlet sebelum dan semasa pertandingan berlangsung (Martens, 1987)

namun kewibawaan jurulatih memainkan peranan yang sangat penting. Ini dibuktikan dengan

kajian iaitu gayadan tingkah laku kepimpinan seseorang jurulatih pada umumnya dapat

menentukan kewibawaannya dalam mencorakkan keberkesanan latihan dan pencapaian atlet

yang cemerlang (Fuoss & Troppmann, 1981; Weles & Friedrichs, 1986; Garland & Barry,

1988; Gross, 1990; Chelladurai, 1990; Boonveerabut, 1992).

         

Kejayaan terbaru yang dicapai oleh ratu skuasy Negara, Nicole Ann David, yang

berjaya menjuarai Kejohanan Skuasy Dunia sekaligus mengesahkan kedudukan beliau di

ranking nombor satu dunia, membuktikan bahawa wujudnya stail kepimpinan jurulatih serta

usaha gigih atlet dengan pencapaian dalam sukan.

         

Di samping itu, jurulatih dengan atlet mempunyai perkaitan terus kepada kejayaan

atlet. Jurulatih yang berjaya memahami rentak atlet dan keperluan diri atlet mampu untuk

memberi kejayaan besar di dalam pasukannnya. Kajian yang telah dijalankan ini melihatkan

Page 2: jurnal kejurulatihan

perkaitan yang jelas bahawa kejayaan atlet adalah kerana kepimpinan jurulatih dalam

pasukannya. Ini juga dapat dibuktikan dari kajian-kajian yang telah dijalankan,misalnya dari

sudut kepimpinan pula, kajian menunjukkan kejayaan atlet dalam bidang sukan seringkali

dikaitkan dengan stail kepimpinan jurulatih yang bercorak sokongan sosial, demokratik, dan

autokratik (Chelladurai & Saleh, 1978). Oleh itu dapat disimpulkan, keouasan atlet terhadap

kejayaan mereka banyak bergantung kepada corak kepimpinan jurulatih.

          Selain itu, jurnal ini juga membuktikan gaya seorang jurulatih turut memainkan

peranan penting dalam menentukan kejayaan atlet. Chelladurai dan saleh (1978,1980)

memperlihatkan tingkah laku kepimpinan jurulatih kepada lima dimensi iaitu, latihan dan

arahan (training dan instruction), demokratik, autokratik, sokongan sosial (social support) dan

mengganjar (rewarding). Jurulatih yang bersikap latihan dan arahan (training dan instruction)

adalah paling disukai. Bukti kajian terdahulu menunjukkan bahawa tingkah laku kepimpinan

jurulatih yang bercorak latihan dan arahan adalah paling dominan atau disukai oleh para atlet

dan jurulatih (Chelladurai, 1984; Dwyer & Fischer, 1990; Laughlin & Laughlin, 1994; Serpa

& Antunes, 1989; Serpa et al., 1991; Terry & Howe, 1984).

          Dengan itu, sikap kepimpinan jurulatih yang bersikap autokratik amatlah tidak disukai.

Sikap ini memberi impak yang besar terhadap kejayaan atlet. Hal ini berlaku kerana sikap ini

seakan-akan memberi tekanan dan menjadikan latihan sukan suatu yang membebankan.

Bukti ini dapat di ulas daripada kajian yang telah dilakukan, iaitu tingkah laku autokratik

adalah paling tidak disukai oleh para atlet dan jurulatih mengikut pengamatan mereka (Dwyer

& Fisher, 1990; Serpa & Antunes, 1989; Serpa, et. Al.,1991). Walaupun hampir keseluruhan

kajian yang dijalankan menyatakan sikap sosial dan demokratik disukai namun kajian lain

mendapati yang selainnya yang mana atlet lelaki lebih menyukai sokongan sosial dan

autokratik. Kajian mendapati juga atlet wanita lebih menyukai jurulatih yang bersikap

memberikan sokongan sosial dan demokratik sementara atlet lelaki lebih menyukai jurulatih

yang bersikap memberikan sokongan sosial dan autokratik (Chelladurai et al., 1988)

          Seterusnya, Kajian Booveerabut (1992) membuktikan bahawa terdapat hubungan yang

signifikan antara orientasi pencapaian atlet dengan tingkah laku kejurulatihan yang disukai

Page 3: jurnal kejurulatihan

berkadar terus. Ini bermakna, jurulatih yang mempunyai interaksi yang baik semasa latihan

sama ada sebelum pertandingan dan selepas pertandingan berangsung sangat memberi impak

kepada tahap prestasi atlet. Walaupun terdapat perbezaan di antara atlet berpengalaman atau

atlet muda dalam sukan berpasukan dan perbezaan jantina.  Namun keseluruhan hasil kajian

yang dijalankan merumuskan bahawa tingkah laku kepimpinan jurulatih yang khusus

memunyai pengaruh ke atas pencapaian dan kepuasan atlet dalam sesuatu permainan

(Chelladurai, 1984; Chelladurai et al., 1988; Dwyer & Fisher, 1990; Garland & Barry, 1988;

Gordon, 1986; Schliesman, 1987; Weiss & Friedrichs, 1986).

          Kajian lain juga telah dijalankan dan melalui kajian yang dijalankan terdapat

percanggahan daripada kajian yang terdahulu. Kajian yang telah dijalankan menjelaskan

bahawa hubungan jurulatih dan atlet jelas tidak menunjukkan hubungan yang jelas. Ini

bermakna hubungan yang baik di antara atlet belum tentu dapat menjamin kejayaan

atlet.  Kajian-kajian lepas itu seperti Kajian Weiss dan Friedrichs (1986) menunjukkan

tingkah laku sokongan sosial jurulatih tidak mempunyai hubungan yang nyata dengan

pencapaian atlet. Begitu juga dalam Kajian Fox (1984) telah membuktikan

bahawa gaya kepimpinan jurulatih tidak mempunyai hubungan yang nyata dengan kejayaan

dalam sesebuah pasukan sukan sofbol.

          Kajian lain membuktikan bahawa kerjasama di antara jurulatih dengan atlet dalam

merancang dan menentukan objektif dan sasaran mampu merealsasikan kejayaan yang

gemilang. Jurulatih yang mahir mengubah tingkah laku mengikut situasi

merupakan gaya kepimpinan yang memahami tugas yang diberikan kepadanya. Kajian ini

dibuktikan bahawa gaya dan tingkah laku tertentu adlah lebih berkesan daripada gaya yang

lain pada masa tertentu. Kajian Hersay dan Blanchard (1977) melaporkan kepimpinan situasi

ini dan juga menurut Chelladurai (1990), asas kepada Teori Kempimpinan Situasi Hersey dan

Blanchard (1977) menyatakan pemimpin harus mempellbagaikan tingkah laku manusia

mengikut kematangan ahli.

          Kajian ini juga mendapat sokongan daripada ramai ahli psikologi dan pakar

kejurulatihan sukan (Chelladurai, 1984; Gross, 1990; Lee, 1986; Weiss & Friedrichs,

Page 4: jurnal kejurulatihan

1986). Gaya kepimpinan jurulatih memberi impak yang besar kepada peningkatan

pencapaian atlet.

Di dalam jurnal ini juga menyatakan tujuan kajian adalah bagi mengenal pasti

hubungan antara tingkah laku kepimpinan jurulatih berasaskan persepsi atlet terhadap

dimensi-dimensi LSS (Chelladurai & Salleh, 1980) dengan orientasi pencapaian atlet.

Beberapa hipotesis telah dikkemukakan bagi mencari jalan penyelesaian permasalahan dan

ujian ini diuji pada signifikan .05. Hipotesis yang dikemukakan seperyi corak dan tingkah

laku kepimpinan jurulatih yang lebih berpengaruh, hubungan tiap-tiap satu dimensi tingkah

laku kepimpinan jurulatih dengan skor orientasi pencapaian at;et dalam sukan berpasukan

dan kelima-lima dimensi tingkah laku kepimpinan jurulatih adalah peramal yang signifikan

ke orientasi pencapaian atlet sukan berpasukan.

Hasil kajian berdasarkan method iaitu subjek kajian yang terdiri daripada atlet – atlet

remaja yang telah mengambil bahagian dalam sukan berpasukan pada peringkat Majlis Sukan

Sekolah – sekolah Daerah dan Instrumen iaitu soal selidik yang mengandungi latar belakang

subjek, Leadership Scale For Sports (LSS) (Chelladurai & saleh, 1980) versi persepsi atlet

dan Sport Orientation Questionnare (SOQ) (Gill & Deetar, 1980) maka lima dimensi tingkah

laku kepimpinan jurulatih telah dinilai.

Oleh itu, keputusan – keputusan yang dicapai menunjukkan nilai yang signifikan

dengan situasi jurulatih Negara. Tingkal kau julutih yang menggunakan latihan dan arahan

menunjukkan keputusan yang paling dominant. Ini bermakna, jurulatih Negara lebih

menekankan dimensi tingkah laku ini.  Dimensi tingkah laku yang lain seperti mengganjar

kerap juga digunakan untuk memberi pujian kepada kejayaan atlet sama ada semasa latihan

dijalakan ataupun setelah memenangi sesuatu pertandingan. Manakala tingkah laku

autokratik adalah tingkah laku yang jarang dilakukan oleh jurulatih. Ini mugkin tidak sesuai

dengan situasi atlet negara yang masih belasan tahun. Persepsi ini mengambil kira jantina

atlet dan jenis sukan. Dengan skor yang didapati maka tingkah laku kepimpinan jurulatih

lebih kepada tingkah laku sosial dan demokratik dan tingkah laku mengganjar dan

demokratik menyumbang secara langsung kepada orientasi pencapaian atlet.

Page 5: jurnal kejurulatihan

Hasil perbincangan kajian jurnal ini maka penemuan yang diperolehi adalah

kepemimpinan jurulatih mempunyai pengaruh yang sangat dominan dalam sukan mengikut

perspesi atlet. Jurulatih sangat menekankan kepada pencapaian yang ingin dicapai melalui

latihan yang kerap dan berkesan, sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada atlet

tentang kemahiran – kemahiran, dan teknik – teknik dalam sukan. Di samping akan

menyelaras aktiviti yang perlu dijalankan demi keberkesanan program latihan.

Nilai ganjaran turut ditunjukkan oleh oleh jurulatih kepada atletnya. Jurulatih akan

kerap memberi pujian dan pengiktirafan sewajarnya agar para atlet di bawah seliaannya

sentiasa menunjukkan kejayaan yang memberangsangkan dan pencapaian yang lebih baik

dari tahun ke tahun. Namun nilai ini hanyalah dilakukan oleh beberapa jurulatih yang

mempunyai dimensi nilai atau tingkah laku sosial. Kajian ini dibuktikan oleh  kajian – kajian

terdahulu (Boonveerabut, 1992; Chelladurai & Saleh, 1978; Dwyer & Fisher, 1990; Home &

Carron, 1985; Serpa et al., 1984).

Hasil kajian ini juga menunjukkan jurulatih lebih cenderung untuk mengamalkan

tingkah laku yang bercorak latihan dan arahan serta menganjar. Nilai ini mendapat perhatian

di kalangan jurilatih adalah disebabkan fokus mereka untuk kemenangan. Penumpuan lebih

terhadap atlet untuk peningkatan pencapaian di sampan menjaga kebajikan atlet lebih

menyakinkan jurulatih untuk kejayaan pasukannya.

Sikap autokratik adalah jarang ditunjukkan oleh jurulatih adalah kerana jurulatih tidak

pernah untuk menggunakan kuasa peribadi mereka untuk menekan atlet. Jurulatih lebih

senang untuk mengadakan kolaborasi bersama atlet. Sikap ini hanya kanditunjukkan serta

diguna oleh jurulatih semasa untuk membuat keputusan yang penting untuk pasukannya dan

sebahagian besar untuk atlet yang pertama kali menyertai pertandingan dan kurang

berpengalaman. Ini adalah kerana dasar pengalaman dan tanggungjawab uanyuk merancang

kejayaan pasukannya.

Page 6: jurnal kejurulatihan

Walaupun demikian, hasil kajian lanjut yang dijalankan iatu Kajian Chelladurai dan

Carron (1983) meyatakan sikap autokratik ini juga sesuai digunakan untuk atlet yang

berperngalaman dan atlet yang bertanding di peringkat tinggi. Begitu juga kajian Serpa dan

Valadares (1991) menyatakan tingkah laku autokratik ini sesuai dipamerkan ketika

mengendalikan latihan terhadap atlet yang matang dan atlet senior.Faktor pengalaman,

rujukan peribadi dan kebolehan tanggungjawab mempengaruhi jurulatih untuk membuat

keputusan sendiri.

Sikap demokratik ditunjukkan adalah untuk memebri peluang kepada para atlet

mengemukakan idea semasa merancang strategi latihan dan matlamat pasukan. Sikap ini

digunakan untuk menjelaskan keprihatinan terhadap kebajikan atlet di samping untuk

menunjukkan sikap mesra dan lebih kepada sokongan social jurulatih terhadap pasukannya.

Dengan ini, kajian ini menunjukkan keserasian dengan hasil kajian-kajian terdahulu.

Berkaitan dengan orientasi pencapaian atlet banyak dipengaruhi oleh matlamat –

matlamat yang ingin dicapai serta cabaran – cabaran yang dihadapi. Disokong dengan kajian

Gill dan Deeter (1988). Sikap jurulatih yang sentiasa memberi tunjuk ajar, melibatkan atlet

dalam perancangan pasukan, memberi ganjaran terhadap sesuatu pencapaian mempengaruhi

keinginan dan orientasi atlet untuk mencapai kejayaan di samping pengaruh – pengaruh yang

lain mengikut situasi tertentu. Hal ini berdasarkan kajian Chelladurai (1990), menjelaskan

bahawa tingkah laku jurulatih sebenar jurulatih merupakan satu daripada komponen –

komponen pemboleh ubah yang mempunyai hubungan dengan pencapaian atlet.

Kajian jurnal ini juga memperlihatkan tingkah laku yang spesifik jurulatih

memeprngaruhi orientasi pencapaian atlet. Tingkah laku seperti mengganjar dan demokratik

merupakan ciri utama orientasi pencapaian atlet  di samping matlamat peribadi yang telah

ditetapkan. Kajian ini dibuktikan melalui Kajian Weiss dan Friedrichs (1986) dan garland dan

Barry (1988).

Kajian jurnal ini menjelaskan dengan terperinci pihak yang berkenaan seperti

jurulatih, pengurus dan pentadbir sukan pelu mempunyai kepimpinan dan tingkah laku yang

Page 7: jurnal kejurulatihan

bersesuaian dengan keperluan dan keadaan. Ini kerana tingkah laku yang tidak bersesuaian

akan memberi implikasi kepada pencapaian atlet.

Kajian ini juga menyediakan panduan berguna kepada sekolah, MSSM, MSN, MOM

dan badan – badan sukan agar usaha untuk merancang  dan program pendidikan kejurulatihan

atau kepemimpinan kejurulatihan sukan menjadi lengkap dengan kajian yang dijalankan ini.

Dalam merancang strategi pasukan factor kepimpinan  dan pemilihan jurulatih hendaklah di

pandang serius kerana ianya dapat membantu dalam proses pencapaian kejayaan pasukan

yang cemerlang.

Kajian ini disokong dengan bukti kajian daripada teori laluan matlamat (House, 1971)

dan Model kepemimpinan pelbagai Dimensi (Chelladurai & Carron, 1978). Saranan kepada

pemboleh ubah-pemboleh ubah makro dan mikro perlu dititikberatkan. Pencapaian atlet dan

pasukan perlu mengambil pelbagai faktor hasil kajian yang dijalankan.

Penerokaan awal dari kajian ini yang berkaitan dengan tingkah laku kepemimpinan

jurulatih dan hubungannya dengan orientasi pencapaian berguna untuk dapatan awal bagi

meneruskan kajian mengenainya.

Bibliografi

1. Mohd Yusof Abdullah dan rakan-rakan(2005). Sport Science as the Catalyst of

Quality Sports Perfomance. School ofEducation and Social Deveploment:

Universiti Malaysia Sabah and Ministry Of Youth And Sports Sabah.

2. Shaharudin Abdul Aziz. (2005). Jurnal Perkaitan Di Antara Orientasi Matlamat Dan

stail Kepimpinan dengan Pencapaian Atlet SUKMA Negeri Perak Di Kejohanan SUKMA

2004.