jurnal M1.docx

download jurnal M1.docx

of 2

description

jurnal mingguan

Transcript of jurnal M1.docx

Bilangan Jurnal : 1Minggu Praktikum : Minggu 1 Tarikh Peristiwa / Kejadian : 25-28 Januari 2016 Tajuk Jurnal : Sahsiah 1. Masalah / Peristiwa Isu yang difokus pada minggu pertama ini ialah berkenaan dengan kawalan kelas. Saya telah ditugaskan untuk mengajar kelas Tahun 4, Tahun 5, dan tahun 6. Ketika saya berada di dalam kelas tersebut, terdapat segelintir murid yang tidak menghormati saya dengan membuat bising dan bermain-main sewaktu saya bercakap di hadapan. Apabila saya memarahi mereka, barulah mereka akan bertindak diam. Namun, selepas itu, mereka akan melakukan lagi perkara yang sama dengan membuat bising. Ini menyebabkan saya berasa sedikit tertekan dan berasa penat untuk memarahi mereka berulang kali. 2. Analisis Masalah ini wujud kerana saya kurang memberi perhatian terhadap murid-murid tertentu kerana terpaksa melayan kerenah beberapa murid yang lain. Apabila saya bercakap di hadapan, terdapat seorang murid yang juga bercakap dan cuba untuk mengusik rakannya yang lain. Saya telah melaksanakan pembahagian kumpulan sewaktu di dalam kelas tersebut kerana saya bakal mengajar kelas mereka lagi. Pada masa yang sama terdapat murid yang tidak henti-henti bercakap dan dia bersikap loya buruk terhadap saya. Hal itu menyebabkan saya sukar untuk mengawal kelas dalam keadaan murid yang bermacam kerenah. Saya telah mengajukan hal ini kepada guru pembimbing saya berkenaan hal ini dan beliau menyatakan bahawa murid-murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 sememangnya mempunyai perangai yang sebegitu. Cadangan Tindakan Susulan Saya perlu memberi perhatian yang lebih kepada murid yang sering membuat bising tersebut. Saya telah menasihatinya agar tidak bercakap apabila guru sedang bercakap di hadapan dan mendengar apa yang guru perkatakan. Seorang guru telah menasihati saya agar mengenakan tindakan dan denda kepada murid-murid yang nakal dan membuat bising. Saya telah meletakkan sebatang pembaris panjang di atas meja guru sebagai amaran jika mereka membuat bising dan bergaduh, mereka akan dirotan. Saya akan memberi bimbingan kepada murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran dengan lebih mendalam agar mereka dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap arahan yang telah diberikan. Saya juga akan mengenakan peraturan atau syarat jika mereka membuat bising dan bergaduh di samping menjanjikan ganjaran jika mereka berkelakuan baik dan mendengar arahan.

3. Tempoh Masa Tindakan Susulan 27-28 Januari 2016

4. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing, guru pembimbing dan rakan-rakan untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan daripada guru-guru yang mengalami masalah yang sama seperti saya semasa mereka mula-mula bertugas sebagai seorang guru permulaan dahulu. 5. Tindakan susulan Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan merancang objektif yang sesuai dengan kebolehan murid-murid dan aktiviti-aktiviti yang menarik agar dapat membolehkan kawalan kelas lebih terkawal. Saya juga akan memberi bimbingan kepada murid-murid yang bermasalah dalam melakukannya sendiri dan akan lebih prihatin terhadap tingkah laku murid-murid di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang saya laksanakan agar kawalan kelas dapat dikawal dengan baik.

6. Kesimpulan Pengawalan kelas yang baik mampu dilakukan jika kita boleh mengesan dan mengetahui potensi setiap individu murid kita. Selain merancang aktiviti yang menarik, guru juga perlu memastikan murid haruslah sentiasa berada dalam keadaan bersedia terhadap apa sahaja arahan yang akan diberikan. Saya mendapati bahawa dengan mengingat nama murid dapat membantu saya dalam mengawal kelas dengan lebih baik lagi kerana murid akan sentiasa berasa bahawa tingkah laku mereka akan sering diperhatikan oleh guru.