jurnal minggu 1

5
Minggu Praktikum : 1 Tarikh : 1 Februari 2015 hingga 5 Februari 2015 Tajuk Jurnal : Masalah kelewatan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. 1. Isu Yang Difokuskan : Pada sesi praktikum pada semester ini, saya telah ditempatkan di SK Seri Mendapat, Parit raja. Saya telah ditugaskan untuk mengajar murid tahun 5 bagi subjek major iaitu Matematik. Pada hari kedua, saya telah menghadapi masalah kelewatan masa untuk mengajar di dalam kelas sebagaimana yang telah dirancangkan dalam rancagan pengajaran harian. Sesi pembelajaran yang sepatutnya berjalan selama sejam tidak dapat dilaksanakan dalam lingkungan masa yang telah ditetapkan kerana murid-murid lambat masuk ke dalam kelas pada waktu pagi selepas waktu perhimpunan. 2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) : Masalah ini timbul mungkin disebabkan minggu ini merupakan minggu pertama saya berada di sekolah ini. Oleh sebab itu,saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dan mengenali amalan serta budaya sekolah ini. Murid tidak bergegas masuk ke dalam kelas selepas waktu perhimpunan. Ada juga antara mereka gemar

description

jurnal praktikum

Transcript of jurnal minggu 1

Page 1: jurnal minggu 1

Minggu Praktikum : 1

Tarikh : 1 Februari 2015 hingga 5 Februari 2015

Tajuk Jurnal : Masalah kelewatan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

1. Isu Yang Difokuskan :

Pada sesi praktikum pada semester ini, saya telah ditempatkan di SK Seri

Mendapat, Parit raja. Saya telah ditugaskan untuk mengajar murid tahun 5 bagi subjek

major iaitu Matematik. Pada hari kedua, saya telah menghadapi masalah kelewatan

masa untuk mengajar di dalam kelas sebagaimana yang telah dirancangkan dalam

rancagan pengajaran harian. Sesi pembelajaran yang sepatutnya berjalan selama

sejam tidak dapat dilaksanakan dalam lingkungan masa yang telah ditetapkan kerana

murid-murid lambat masuk ke dalam kelas pada waktu pagi selepas waktu

perhimpunan.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Masalah ini timbul mungkin disebabkan minggu ini merupakan minggu pertama

saya berada di sekolah ini. Oleh sebab itu,saya masih lagi dalam proses menyesuaikan

diri dan mengenali amalan serta budaya sekolah ini. Murid tidak bergegas masuk ke

dalam kelas selepas waktu perhimpunan. Ada juga antara mereka gemar pergi ke

tandas sebelum masuk ke dalam kelas. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan

masa pembelajaran terganggu.

Page 2: jurnal minggu 1

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian

Lepas) :

As-Syahid Hassan Al-Banna menjelaskan perkaitan masa dengan kehidupan,

“Masa adalah sebuah kehidupan. Dan kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan

bermula pada saat kelahiran sehingga ke saat kematiannya”.Manusia ini seringkali

terleka dengan masa lapang dan mudah saja lalai dengan kehidupan fana.

Kadangkala sudah bertekad dan berazam untuk menggunakan masa dengan baik,

namun akhirnya kecundang jua, jalan pembaziran yang menjadi pilihan untuk dilalui.

Begitulah hakikat makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t di muka bumi ini.

Sesungguhnya, Allah s.w.t telah berjanji dengan masa:

Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan

mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati

untuk kesabaran. ( Surah al-‘Asr, ayat 1 hingga 3)

Allah s.w.t telah memperingatkan kita akan kepentingan masa melalui kalamnya

iaitu kitab al-Quran. Melalui ayat di atas, kita ketahui manusia akan terus berada dalam

kerugian kecuali bagi orang mukmin yang sedar akan kepentingan masa lalu

menggunakan masa tersebut untuk melakukan kebajikan dan kebaikan serta memberi

peringatan untuk manfaat diri sendiri dan masyarakat sekeliling secara

umumnya.berasakan tumpuan pelajar. Pengajaran yang berfokuskan kepada guru

dalam sistem lama perlu dikurangkan.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya

kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya

ialah :-

Page 3: jurnal minggu 1

1. Saya sewajarnya lebih membaca buku – buku yang mempunyai perkaitan

dengan pengurusan masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar

saya dapat mengaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

2. Saya seharusnya bersikap fleksibel dengan menyediakan pelan A dan pelan B

pada waktu – waktu tertentu terutamanya setelah mengenal pasti cara untuk

menghadapi masalah pengurusan masa dalam P&P.

3. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat guru dan pensyarah

pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam masa beberapa hari selepas

mengenalpasti masalah. Pengurusan jadual waktu sangat penting bagi mencapai objektif P&P.

6. Tindakan Susulan :

Saya akan memberi kata-kata motivasi dan nasihat kepada murid-murid saya agar

mereka menghargai masa. Saya akan menerapkan nilai menghargai masa ke dalam diri

mereka. Hal ini bertujuan memberi kesedaran kepeda mereka tentang kepentingan menepati

masa. Oleh yang demikian, mereka akan lebih peka terhadap tanggungjawab mereka

terutamanya bergegas untuk masuk ke dalam kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan.

7. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Saya akan meminta kerjasama guru pembimbing dan rakan-rakan seperjuangan untuk

memberikan penilaian tentang kejayaan saya di samping meminta pandangan cadangan

penambahbaikan terhadap situasi yang saya hadapi ini. Tindakan yang akan dilaksanakan

dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya kenal pasti telah diharapkan

agar dapat memberi impak yang positif.