jurnal minggu 10

3
JURNAL MINGGU 10 (06/04/2015 – 11/04/2015) CARA PENYAMPAIAN ISI PELAJARAN 1. Isu Yang Difokuskan : Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran selama 10 minggu ini, saya dapati penggunaan bahan bantu mengajar maujud yang sesuai mampu menarik minat murid dan banyak membantu saya semasa menyampaikan isi pelajaran dengan baik. Semasa mengajar tajuk buah-buahan dalam Pendidikan Seni Visual membuat arca timbul buah-buahan, saya telah membawa beberapa jenis buah di dalam kelas. Mereka tertanya-tanya apakah kegunaan bahan tersebut kerana bagi mereka biasanya mereka melihat bahan-bahan seperti ini hanya untuk dimakan. Seterusnya, saya juga dapati ketegasan dan kelantangan suara amat penting. Suara saya yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh saya. Di sini saya telah menyedar semasa pengajaran dijalankan bahan bantu mengajar tidak perlu terlalu banyak dan semasa menjalani pengajaran suara yang sesuai dan tegas amat memerlukan. 2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) : Setelah pengajaran dan pembelajaran kali ini, saya dapati kelantangan suara akan menunjukkan ketegasan guru dalam menyampaikan sesuatu. Apabila kelantangan dan ketegasan guru berpadu ketika menyampaikan isi pelajaran, menyebabkan murid- murid lebih tertumpu kepada penyampaian guru tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan yang saya pamerkan ternyata dapat menjadikan suasana kelas lebih terkawal dan membuatkan murid hormat kepada saya. Seterusnya, kejelasan dalam memberi arahan merupakan kekuatan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Soalan-soalan yang diajukan dapat dijawab dengan baik dan arahan yang diberikan dapat diikuti dengan mudah. Kejelasan penyampaian memainkan peranan penting dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan keberkesanan pengajaran. Pada kali

description

jurnal minggu 10

Transcript of jurnal minggu 10

JURNAL MINGGU 10

(06/04/2015 11/04/2015)

CARA PENYAMPAIAN ISI PELAJARAN

1. Isu Yang Difokuskan :Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran selama 10 minggu ini, saya dapati penggunaan bahan bantu mengajar maujud yang sesuai mampu menarik minat murid dan banyak membantu saya semasa menyampaikan isi pelajaran dengan baik. Semasa mengajar tajuk buah-buahan dalam Pendidikan Seni Visual membuat arca timbul buah-buahan, saya telah membawa beberapa jenis buah di dalam kelas. Mereka tertanya-tanya apakah kegunaan bahan tersebut kerana bagi mereka biasanya mereka melihat bahan-bahan seperti ini hanya untuk dimakan. Seterusnya, saya juga dapati ketegasan dan kelantangan suara amat penting. Suara saya yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh saya. Di sini saya telah menyedar semasa pengajaran dijalankan bahan bantu mengajar tidak perlu terlalu banyak dan semasa menjalani pengajaran suara yang sesuai dan tegas amat memerlukan.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :Setelah pengajaran dan pembelajaran kali ini, saya dapati kelantangan suara akan menunjukkan ketegasan guru dalam menyampaikan sesuatu. Apabila kelantangan dan ketegasan guru berpadu ketika menyampaikan isi pelajaran, menyebabkan murid-murid lebih tertumpu kepada penyampaian guru tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan yang saya pamerkan ternyata dapat menjadikan suasana kelas lebih terkawal dan membuatkan murid hormat kepada saya. Seterusnya, kejelasan dalam memberi arahan merupakan kekuatan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Soalan-soalan yang diajukan dapat dijawab dengan baik dan arahan yang diberikan dapat diikuti dengan mudah. Kejelasan penyampaian memainkan peranan penting dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan keberkesanan pengajaran. Pada kali ini, saya memilih teknik kelantangan suara kerana saya dapati sebelum ini saya bercakap dengan lemah lembut tidak mendapat kesan yang baik.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Pelaksanaan pengajaran di dalam kelas amat memerlu menggunakan pelbagai strategi yang berbeza untuk menarik perhatian murid-murid. Saya terlalu menggunakan kaedah pemusatan guru dan murid hanya mendengar penjelasan saya telah menyebabkan saya tidak dapat kesan adakah murid memahami atau tidak. Oleh itu, saya telah menyedar murid melakukan aktiviti dalam kumpulan manakala tugas saya sebagai fasilitator dan merumuskan apa yang telah dilakukan oleh murid adalah lebih berkesan. Begitu juga dengan teknik penyoalan juga amat penting. Semasa menjalani sesi soal jawab, suara yang lantang dan sikap yang tegas amat membantu saya untuk mendapat jawapan yang tepat.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :Apabila saya dapati kelemahan dan kelebihan maka saya akan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dalam tugasan pengajaran, strategi memfokuskan kepada pemusatan murid amat memerlukan supaya saya dapat mengenalpasti murid-murid mengambil perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan maka strategi pemusatan guru akan kurang digunakan. Di sini saya perlu mempelbagaikan strategi pengajaran bagi menyampaikan ilmu yang berkualiti kepada murid-murid. Strategi yang dirancang hendaklah sesuai dengan tahap kebolehan murid dan keadaan persekitaran bilik darjah. Kebolehan guru mempelbagaikan strategi pengajaran mampu menarik minat murid dan sesi p&p akan berlangsung dengan jaya.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :5 hari6. Tindakan Susulan :Saya memilih menggunakan suara yang lantang dan ketegasan semasa pengajaran dijalankan telah menyebabkan murid-murid mematuhi peraturan yang ditetapkan maka disiplin murid bertambah baik. Selain itu, saya telah dapati peka dengan kehendak dan keperluan murid serta layanan yang diberikan kepada murid hendaklah adil dan saksama kerana semua murid terasa dihargai dan minat mereka belajar terus dapat dipupuk. Oleh itu, saya akan kekalkan strategi yang dirasai sesuai dan menggunakan strategi yang baru untuk menambahbaikkan lagi pengajaran dan pembelajaran.