Jurnal minggu 11

3
PENULISAN JURNAL MINGGUAN MINGGU 11 MASALAH Setelah beberapa masalah dalam minggu-minggu yang lalu telah Berjaya diselesaikan, maka hasil penilaian saya terhadap ciri-ciri murid yang telah dinyatakan sebelum ini adalah lebih kepada ekstrovert. Saya masih teruja untuk meneliti setiap permasalahan yang timbul sepanjang minggu kesebelas ini. Namun langkah-langkah bagi menyelesaikan setiap permasalahan berbangkit perlu diselesaikan atau diteruskan. Murid-murid juga akan dipantau supaya masalah yang sama tidak akan berulang. Saya telah banyak mempelajari cara-cara untuk menyelesaikan masalah semasa berada di luar kelas dan di dalam kelas. Hal ini juga memerlukan saya bertindak secara lebih progresif demi mencapai objektif dan standard pembelajaran yang ingin dicapai. Maka, sepanjang minggu kesebelas, saya telah mengalami masalah kesukaran murid menumpukan perhatian dan arahan di dalam kelas. ANALISIS Saya mengalami masalah dalam menghadapi murid-murid yang sukar untuk menumpukan perhatian serta arahan saya semasa berada di dalam kelas. a) Apabila saya melakukan penerangan di dalam kelas, saya mendapati murid-murid tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran saya. PENULISAN JURNAL REFLEKTIF MINGGU KESEBELAS (20 – 24 APRIL 2015 ) ISU : MURID TIDAK MENUMPUKAN PERHATIAN DI DALAM KELAS

description

jurnalrph

Transcript of Jurnal minggu 11

Page 1: Jurnal minggu 11

PENULISAN JURNAL MINGGUAN MINGGU 11

n

MASALAH

Setelah beberapa masalah dalam minggu-minggu yang lalu telah Berjaya diselesaikan,

maka hasil penilaian saya terhadap ciri-ciri murid yang telah dinyatakan sebelum ini adalah lebih

kepada ekstrovert. Saya masih teruja untuk meneliti setiap permasalahan yang timbul sepanjang

minggu kesebelas ini. Namun langkah-langkah bagi menyelesaikan setiap permasalahan

berbangkit perlu diselesaikan atau diteruskan. Murid-murid juga akan dipantau supaya masalah

yang sama tidak akan berulang. Saya telah banyak mempelajari cara-cara untuk menyelesaikan

masalah semasa berada di luar kelas dan di dalam kelas. Hal ini juga memerlukan saya bertindak

secara lebih progresif demi mencapai objektif dan standard pembelajaran yang ingin dicapai. Maka,

sepanjang minggu kesebelas, saya telah mengalami masalah kesukaran murid menumpukan

perhatian dan arahan di dalam kelas.

ANALISIS

Saya mengalami masalah dalam menghadapi murid-murid yang sukar untuk menumpukan

perhatian serta arahan saya semasa berada di dalam kelas.

a) Apabila saya melakukan penerangan di dalam kelas, saya mendapati murid-murid tidak

menumpukan perhatian terhadap pengajaran saya. Mereka akan bermain-main di belakang

dan bercakap-cakap sesama mereka. Hal ini sangat menyulitkan saya semasa proses

pengajaran sedang berlangsung.

b) Ada juga murid yang didapati berkhayal semasa saya memberikan arahan. Mereka akan

memandang ke tempat lain atau berangan-angan di dalam kelas. Impaknya, mereka akan

tertanya-tanya soalan yang sama setiap kali dan hal ini sangat mengganggu pengajaran

saya.

CADANGAN

PENULISAN JURNAL REFLEKTIFMINGGU KESEBELAS(20 – 24 APRIL 2015 )

ISU : MURID TIDAK MENUMPUKAN PERHATIAN DI DALAM KELAS

Page 2: Jurnal minggu 11

PENULISAN JURNAL MINGGUAN MINGGU 11

Saya telah merujuk perkara ini bersama-sama guru pembimbing untuk melaksanakan sesi

refleksi. Hasil perbincangan kami, cadangan untuk menyelesaikan masalah ini adalah seperti

berikut:-

a) Untuk mengatasi masalah kurang tumpuan murid, pemilihan aktiviti pengajaran mestilah

dapat menarik minat murid. Contohnya, guru perlu menambahbaik aktiviti pengajaran agar

penglibatan semua murid dapat dimaksimumkan.

b) Arahan-arahan guru juga mestilah dilaksanakan dengan jelas dan sempurna. Arahan yang

diberikan juga mestilah tepat dan ringkas agar masa yang lama tidak diambil untuk

memberikan arahan.

c) Melibatkan murid secara aktif dalam tugasan kumpulan. Hal ini akan memastikan mereka

memberi tumpuan penuh kepada setiap langkah pengajaran dan mengelakkan mereka

daripada berangan-angan.

TEMPOH MASA

20 – 24 April 2015

TINDAKAN SUSULAN

Setelah beberapa hari saya laksanakan cadangan-cadangan yang telah dinyatakan, maka

penilaian terhadap keberkesanan langkah tersebut adalah seperti berikut:-

a) Pemilihan aktiviti pengajaran dalam PdP yang mengutamakan aktiviti berkumpulan sangat

membantu dalam mengatasi masalah kurang tumpuan murid. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan

berasaskan tugasan berkumpulan telah menarik minat murid untuk aktif dalam pengajaran.

b) Perbincangan bersama rakan dan guru pelatih yang lain dapat mengembangkan idea saya

untuk menyusun aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan di dalam kelas

Secara umumnya, semua langkah susulan yang telah dicadangkan akan diteruskan bagi

menjamin kualiti pembelajaran yang lebih baik dan berkesan supaya masalah yang dihadapi oleh

murid-murid dapat diatasi.