JURNAL MINGGU 12

4
JURNAL MINGGU 12 Bil Jurnal Ke 12 Minggu Praktikum Kedua belas Tarikh Peristiwa 14 April hingga 18 April 2014 Tajuk Jurnal Displin Murid 1. Masalah/Peristiwa Sepanjang minggu saya berpraktikum, saya dapat melihat setiap kali murid dari bilik darjah ke kawasan padang untuk melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani, murid yang berkenaan hendaklah beratur dalam dua barisan iaitu barisan lelaki dan perempuan sambil meletakkan jari telunjuk pada bibir / mulut murid dan berjalan di dalam barisan sehingga sampai di padang terutama murid tahap satu. 2. Analisis Budaya ini sudah diterapkan di seluruh sekolah dan sangat berkesan dari aspek kawalan disiplin. Murid akan kurang berborak sesama sendiri dalam keadaan begitu di sepanjang perjalanan ke tapak kelas yang seterusnya. Jika murid didapati berborak, guru hanya perlu menggunakan frasa ‘tangan kat mana?’ dan secara langsung murid tersebut akan menguncikan jarinya pada bibir / mulut. Budaya ini bukan

Transcript of JURNAL MINGGU 12

Page 1: JURNAL MINGGU 12

JURNAL MINGGU 12

Bil Jurnal Ke 12

Minggu Praktikum Kedua belas

Tarikh Peristiwa 14 April hingga 18 April 2014

Tajuk Jurnal Displin Murid

1. Masalah/Peristiwa

Sepanjang minggu saya berpraktikum, saya dapat melihat setiap kali murid

dari bilik darjah ke kawasan padang untuk melakukan aktiviti Pendidikan

Jasmani, murid yang berkenaan hendaklah beratur dalam dua barisan iaitu

barisan lelaki dan perempuan sambil meletakkan jari telunjuk pada bibir /

mulut murid dan berjalan di dalam barisan sehingga sampai di padang

terutama murid tahap satu.

2. Analisis

Budaya ini sudah diterapkan di seluruh sekolah dan sangat berkesan dari

aspek kawalan disiplin. Murid akan kurang berborak sesama sendiri dalam

keadaan begitu di sepanjang perjalanan ke tapak kelas yang seterusnya. Jika

murid didapati berborak, guru hanya perlu menggunakan frasa ‘tangan kat

mana?’ dan secara langsung murid tersebut akan menguncikan jarinya pada

bibir / mulut. Budaya ini bukan sahaja dapat mendisiplinkan murid malah guru

dapat mengawal segala tingkah laku murid dengan lebih efektif dan berkesan.

Page 2: JURNAL MINGGU 12

3. Cadangan dan tindakan :

Tindakan ini akan saya aplikasikan juga bagi murid saya terutama apabila

murid hendak berjalan masuk ke dalam bengkel Kemahiran Hidup. Tindakan

seperti ini seharusnya dititkberatkan kerana murid akan lebih berdisiplin dan

tidak menganggu rakannya yang lain terutama apabila berjalan di luar kelas.

Saya mendapati apabila setiap kali murid hendak berjalan menuju ke

kawasan bengkel atau pun makmal, mereka sering kali akan berlari dan tidak

kurang juga akan membuat bising di luar kelas. Oleh hal yang demikian, saya

kira langkah ini merupakan langkah pertama bagi mengawa permasalahan

tersebut. Dengan adanya tindakan ini, guru akan dapat mengawal murid

khususnya murid yang nakal dengan lebih proaktif. Perkara ini mungkin

nampak remeh namun bagi pandangan saya budaya seperti ini harus

dilaksanakan dari semasa ke semasa. Dengan jumlah murid yang sangat

ramai dalam sebuah kelas dan latar belakang yang berbeza ditambah pula

dengan sikap dan karenah yang pelbagai sudah pasti seorang guru akan

memikirkan cara bagaimana untuk memainkan peranan dalam menguruskan

tingkah laku dan disiplin mereka. Oleh itu, budaya seperti ini diharapkan

dapat membantu guru dan mendidik murid menjadi insan yang lebih

berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Saya juga

menyedari bahawa pada zaman yang serba moden ini, murid semakin hari

semakin lupa untuk menerapkan dirinya dengan budaya yang positif dek

kerana pengaruh sekeliling mereka. Maka, adalah menjadi tugas guru untuk

sentiasa mengingatkan dan membentuk mereka agar menjadi lebih baik.

4. Tempoh masa dan tindakan susulan.

Saya akan terus mengamalkan budaya ini di sepanjang tempoh praktikum

kerana saya banyak menggunakan kawasan bengkel dan padang berbanding

dalam bilik darjah dan budaya ini boleh membantu saya mengawal murid di

sepanjang perjalanan ke kawasan tersebut.

Page 3: JURNAL MINGGU 12

Di semak oleh guru pembimbing Disemak oleh pensyarah penyelia

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

Tandatangan : Tandatangan :