Jurnal minggu 12

5
AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 BIL. JURNAL : MINGGU KEDUA BELAS TARIKH : 15 APRIL-19 APRIL 2013 MASALAH Sepanjang menjalani sesi praktikum ke-3 ini selama 12 minggu. Banyak pengetahuan dan pengalaman baharu telah saya peroleh sepanjang berada di sekolah ini. Banyak perubahan kearah yang positif telah dikenalpasti terutama dalam sesi persediaan pengajaran dan pembelajaran, aktiviti yang dilaksanakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dan sikap guru ketika berhadapan dengan kerenah murid – murid. Namun, yang bermain di fikiran saya ialah bagaimana untuk menjadi pendidik yang cemerlang sepanjang bergelar seorang guru serta bagaimana untuk mengekalkan aktiviti yang menarik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sepertimana yang kita ketahui, sikap manusia itu boleh berubah – ubah. Bak kata pepatah Melayu “ Sekali air bah, sekali pantai berubah”. Jika perubahan itu kearah yang positif, ia merupakan petanda yang baik, namun, jika perubahan itu ke arah yang negatif, hal inilah yang amat membimbangkan saya. Oleh yang demikian, banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk berusaha menjadi seorang pendidik yang cemerlang. Willian Athur ada mengatakan “The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. The great teacher inspires” yang bermaksud guru yang biasa memberitahu, guru yang baik memberi penjelasan, 1

Transcript of Jurnal minggu 12

Page 1: Jurnal minggu 12

AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

BIL. JURNAL : MINGGU KEDUA BELAS

TARIKH : 15 APRIL-19 APRIL 2013

MASALAH

Sepanjang menjalani sesi praktikum ke-3 ini selama 12 minggu. Banyak

pengetahuan dan pengalaman baharu telah saya peroleh sepanjang berada di

sekolah ini. Banyak perubahan kearah yang positif telah dikenalpasti terutama dalam

sesi persediaan pengajaran dan pembelajaran, aktiviti yang dilaksanakan sepanjang

sesi pengajaran dan pembelajaran dan sikap guru ketika berhadapan dengan

kerenah murid – murid.

Namun, yang bermain di fikiran saya ialah bagaimana untuk menjadi pendidik

yang cemerlang sepanjang bergelar seorang guru serta bagaimana untuk

mengekalkan aktiviti yang menarik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sepertimana yang kita ketahui, sikap manusia itu boleh berubah – ubah. Bak kata

pepatah Melayu “ Sekali air bah, sekali pantai berubah”. Jika perubahan itu kearah

yang positif, ia merupakan petanda yang baik, namun, jika perubahan itu ke arah

yang negatif, hal inilah yang amat membimbangkan saya.

Oleh yang demikian, banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk

berusaha menjadi seorang pendidik yang cemerlang. Willian Athur ada mengatakan

“The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher

demonstrates. The great teacher inspires” yang bermaksud guru yang biasa

memberitahu, guru yang baik memberi penjelasan, guru yang bagus memberi tunjuk

ajar. Guru yang terbaik memberi inspirasi. Oleh itu, saya akan berusaha untuk

menjadi guru yang memberi inspirasi.

1

Page 2: Jurnal minggu 12

AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

ANALISIS MASALAH

Sepanjang menjalani praktikum selama tiga bulan ini, banyak maklumbalas

yang diterima kearah yang positif. Almdulillah saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana

dikelilingi oleh insan-insan yang banyak membantu kearah kemenjadian seorang

guru . Namun jauh di sudut hati saya sangat gusar dan bimbang jika ilmu,

pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh selama ini tidak diaplikasikan ketika

bergelar guru kelak. Antara persoalan yang bermain di fikiran saya ialah:

- Bagaimanakah cara untuk menjadi pendidik yang cemerlang ketika

mengajar kelak?

- Bagaimanakah untuk mengekalkan aktiviti yang menarik dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran?

- Bagaimana untuk menjadi guru yang dapat memberi inspirasi kepada

murid?

CADANGAN

Bagi memastikan untuk menjadi pendidik yang cemerlang, beberapa

cadangan yang boleh membantu saya kearah itu. Antara cadangan saya adalah

seperti berikut:

- Perlu banyak membaca buku-buku ilmiah.

- Meminta nasihat dan berkongsi pengalaman dengan guru-guru lama dan

berpengalaman.

- Memastikan diri ikhlas mendidik anak bangsa.

- Berusaha untuk menjadi pendidik yang cemerlang dunia dan akhirat.

- Perlu banyak berdoa supaya diberi kekuatan jasmani, emosi, fizikal dan

mental untuk menjadi pendidik yang cemerlang.

2

Page 3: Jurnal minggu 12

AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

TINDAKAN SUSULAN

Kehidupan ini ibarat sebuah lautan yang terbentang luas dan diri kita umpama

kapal yang diatasnya ada kelasi kapal. Bagi menjamin kapal sampai ke destinasi,

kelasi perlu mempunyai peta dan kompas serta matlamat yang ditetapkan untuk

sampai ke destinasi yang dituju. Kehidupan umpama kapal, matlamat adalah arah

dan perancangan adalah kemudi dan kapal layar. Tidak ada jalan untuk cemerlang

dan maju kecuali dengan meletakkan matlamat dalam kehidupan dan merancang

apa yang akan menyampaikan kepada matlamat tersebut. Leh yang demikian, saya

perlu menetapkan satu matlamat yang jelas dalam diri sebagai seorang pendidik

iaitu untuk mejadi pendidik yang cemerlang.

Apabila matlamat sudah ditetapkan, maka saya perlu berusaha dan bertindak

ke arah itu. Antara tindakan yang perlu saya lakukan ialah memperbanyakkan bahan

bacaan berkenaan bidang saya iaitu pemulihan serta bacaan ilmiah yang berkaitan.

Menurut Dr. Muhammad Adnan Salim, sesungguhnya seorang yang tidak membaca

tidak akan mengetahui dirinya, dan tidak mengetahui perkara yang lain. Oleh yang

demikian, apabila banak membaca maka individu tersebut akan menjadi insan yang

berpengatahuan.

Menurut Jean Pieget, ahli falsafah barat yang terkenal ada mengatakan

“matlamat utama pendidikan adalah menghasilkan manusia yang berkeupayaan

melakukan perkara-perkara baru, bukan sekadar mengulangi apa yang telah

dilakukan oleh generasi sebelumnya, manusia yang kreatif, berdaya cipta dan

menemui pelbagai ciptaan dan perkara baru”. Oleh yang demikian, tugas seorang

guru bukanlah hanya mengajar dan mengulangi pengajaran guru 20 tahun dahulu,

namun guru yang cemerlang adalah guru yang mampu merangsang murid untuk

membentuk diri yang mampu maju kehadapan.

3

Page 4: Jurnal minggu 12

AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

Kesimpulan

Kesimpulannya, setiap individu mampu menjadi lebih baik pada setiap masa

daripada apa yang diperoleh sekarang. Syaratnya ialah perlulah memiliki keazaman

yang kuat, keinginan yang jitu dan semangat yang seimbang serta keimanan yang

teguh.

Robert H. Schuller ada mengatakan “ anakku, letakkanlah impianmu dan

impian itu akan mendorong kamu”. Justeru saya terpanggil untuk menetapkan

impian menjadi pendidik yang cemerlang kelak.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………. …………………

(AZLIZA BINTI MOHAMED)

4