JURNAL MINGGU 2

2
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS, Jurnal Minggu Keempat Bilangan Jurnal : Keempat Minggu Praktikum : Minggu Keempat (19 Oktober 2015 23 Oktober 2015) Tarikh Peristiwa/Kejadian : 20 Oktober 2015 Tajuk Jurnal : Murid tidak memberikan perhatian terhadap pengajaran guru. 1. Masalah / Peristiwa Saya menghadapi masalah suasana pembelajaran yang kurang kondusif dan murid tidak memberikan perhatian terhadap pengajaran guru pada 20 Oktober 2015 iaitu semasa saya menggantikan guru mata pelajaran Bahasa Malaysia yang mengajar di dalam kelas tersebut. Masalah ini sudah kali berlaku sepanjang saya masuk ke dalam kelas mereka. Terdapat lima orang murid yang tidak memberikan perhatian terhadap pengajaran saya. Hal ini disebabkan oleh 2. Analisis Saya melihat murid-murid yang terbabit sering kali hilang tumpuan dalam pelajaran. Mereka mengacau rakan di sebelah mereka. Tambahan lagi, mereka lebih banyak berbual dan tidak memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Apabila ditegur, mereka kembali senyap dan hanya beberapa ketika, kelas akan menjadi bising semula. Aktiviti yang murid lakukan ini akan memberikan halangan kepada guru dalam menyampaikan isi pelajaran dengan baik. Akibatnya, guru perlu meninggikan suara dengan untuk mengawal keadaan kelas yang bising. 3. Tindakan susulan Saya akan membuat dua tindakan susulan untuk mengatasi masalah yang saya hadapi. Antara perkara pertama yang akan saya lakukan adalah dengan

description

j2

Transcript of JURNAL MINGGU 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS,

Jurnal Minggu Keempat

Bilangan Jurnal : Keempat

Minggu Praktikum : Minggu Keempat (19 Oktober 2015 – 23 Oktober 2015)

Tarikh Peristiwa/Kejadian : 20 Oktober 2015

Tajuk Jurnal : Murid tidak memberikan perhatian terhadap pengajaran guru.

1. Masalah / Peristiwa

Saya menghadapi masalah suasana pembelajaran yang kurang kondusif dan murid

tidak memberikan perhatian terhadap pengajaran guru pada 20 Oktober 2015 iaitu semasa

saya menggantikan guru mata pelajaran Bahasa Malaysia yang mengajar di dalam kelas

tersebut. Masalah ini sudah kali berlaku sepanjang saya masuk ke dalam kelas mereka.

Terdapat lima orang murid yang tidak memberikan perhatian terhadap pengajaran saya. Hal ini

disebabkan oleh

2. Analisis

Saya melihat murid-murid yang terbabit sering kali hilang tumpuan dalam pelajaran.

Mereka mengacau rakan di sebelah mereka. Tambahan lagi, mereka lebih banyak berbual dan

tidak memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Apabila ditegur, mereka kembali senyap

dan hanya beberapa ketika, kelas akan menjadi bising semula. Aktiviti yang murid lakukan ini

akan memberikan halangan kepada guru dalam menyampaikan isi pelajaran dengan baik.

Akibatnya, guru perlu meninggikan suara dengan untuk mengawal keadaan kelas yang bising.

3. Tindakan susulan

Saya akan membuat dua tindakan susulan untuk mengatasi masalah yang saya hadapi.

Antara perkara pertama yang akan saya lakukan adalah dengan memberikan lebih banyak

aktiviti yang menarik perhatian mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran guru seperti

aktiviti berbentuk kuiz.

Kedua saya juga perlu kerap bersoal jawab dan memberi peluang kepada murid yang

bising untuk menjawab soalan yang saya ajukan. Tambahan lagi, saya akan memberi peluang

kepada mereka untuk menjawab sebanyak tiga kali agar mereka dapat membetulkan jawapan

mereka sekiranya berlaku kesilapan. Hal ini dapat memberi kesan kepada pengajaran saya

pada masa akan datang.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Pada minggu akan datang, saya akan mengadakan aktiviti yang lebih menarik seperti

kuiz untuk menarik perhatian murid-murid. Saya akan mengambil masa selama berada di sk

agar dapat mengatasi masalah murid yang tidak memberikan perhatian terhadap pengajaran

guru ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Guru Besar

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :