Jurnal minggu 3

2
JURNAL MINGGU 3 (Murid yang tidak beratur dan sangat bising semasa sesi pertukaran kelas ke bilik khas mahupun perpustakaan) Isu yang dapat saya ketengahkan pada minggu ini ialah, murid yang tidak beratur dan sangat bising semasa sesi pertukaran kelas ke bilik khas mahupun perpustakaan. Walaupun isu seperti ini merupkan perkara lazim dan biasa kita dengar di kebanyakkan sekolah-sekolah rendah. Tetapi perkara seperti ini jika berlarutan akan merosotkan disiplin murid dan juga secara tidak langsung mengganggu murid lain yang sedang berlajar di dalam kelas. Bagi pendapat saya, sebangai guru, kita haruslah mengambil isu ini sebagai sesuatu perkara yang serius. Mengikut pemerhatian saya sepanjang minggu ini, punca berlakunya masalah seperti ini adalah, murid tidak dikawal oleh guru semasa proses penukaran kelas ke bilik-bilik khas mahupun perpustakaan. Kebanyakkan guru hanya akan memberi pesanan kepada ketua kelas untuk hadir ke bilik khas atau perputakaan pada masa-masa tertentu. Tetapi yang menjadi punca berlakunya masalah seperti ini adalah ketidak hadiran guru tersebut untuk mengawal dan menjemput murid dari kelas ke tempat yang hendak ditujui. Mungkin ini merupakan perkara yang remeh, tetapi perkara seperti ini adalah sangat penting bagi murid sekolah rendah. Cadangan penyelesaian bagi masalah atau isu ini ialah, guru tersebut seharusnya memainkan peranan yang penting dalam menangani isu ini. Guru tersebut haruslah menjemput murid dari kelas ke bilik-bilik khas yang ingin ditujui. Bagi memudahkan guru pula, guru tersebut juga digalakkan melantik atau memilih pengawas atau murid tertentu untuk mengawal kelas mereka sepanjang perjalanan ke bilik-bilik khas tersebut. Jadi, kepada guru yang tidak sempat untuk menjemput

Transcript of Jurnal minggu 3

Page 1: Jurnal minggu 3

JURNAL MINGGU 3

(Murid yang tidak beratur dan sangat bising semasa sesi pertukaran kelas ke bilik khas

mahupun perpustakaan)

Isu yang dapat saya ketengahkan pada minggu ini ialah, murid yang tidak beratur dan

sangat bising semasa sesi pertukaran kelas ke bilik khas mahupun perpustakaan. Walaupun

isu seperti ini merupkan perkara lazim dan biasa kita dengar di kebanyakkan sekolah-

sekolah rendah. Tetapi perkara seperti ini jika berlarutan akan merosotkan disiplin murid dan

juga secara tidak langsung mengganggu murid lain yang sedang berlajar di dalam kelas.

Bagi pendapat saya, sebangai guru, kita haruslah mengambil isu ini sebagai sesuatu

perkara yang serius.

Mengikut pemerhatian saya sepanjang minggu ini, punca berlakunya masalah seperti ini

adalah, murid tidak dikawal oleh guru semasa proses penukaran kelas ke bilik-bilik khas

mahupun perpustakaan. Kebanyakkan guru hanya akan memberi pesanan kepada ketua

kelas untuk hadir ke bilik khas atau perputakaan pada masa-masa tertentu. Tetapi yang

menjadi punca berlakunya masalah seperti ini adalah ketidak hadiran guru tersebut untuk

mengawal dan menjemput murid dari kelas ke tempat yang hendak ditujui. Mungkin ini

merupakan perkara yang remeh, tetapi perkara seperti ini adalah sangat penting bagi murid

sekolah rendah.

Cadangan penyelesaian bagi masalah atau isu ini ialah, guru tersebut seharusnya

memainkan peranan yang penting dalam menangani isu ini. Guru tersebut haruslah

menjemput murid dari kelas ke bilik-bilik khas yang ingin ditujui. Bagi memudahkan guru

pula, guru tersebut juga digalakkan melantik atau memilih pengawas atau murid tertentu

untuk mengawal kelas mereka sepanjang perjalanan ke bilik-bilik khas tersebut. Jadi,

kepada guru yang tidak sempat untuk menjemput muridnya ke tempat yang ingin ditujui,

tidaklah guru tersebut akan risau mengenai muridnya kerana terdapat beberapa orang murid

yang dilantik bagi mengawal murid kelas mereka yang lain. Guru juga boleh memntau murid

dari jauh bagi memastikan semua murid beratur mengikut barisan dan senyap semasa

berjalan ke bilik-bilik khas yang ingin ditujui.

Saya telah cuba kaedah penyelesaian ini kepada murid Tahun 5C dimana saya menjemput

mereka ke bengkel disamping saya juga melantik 3 orang murid untuk menjadi pengawas

semasa proses pertukaran kelas berlangsung. Ternyata, kaedah ini sangat berkesan dan

secara tidak langsung dapat mendidik murid untuk menjadi lebih berdisiplin dan sentiasa

mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Saya berharap, kaedah seperti ini dapat diikuti

oleh guru tetap di sekolah ini kelak.